Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6840

Bacaan






Pagi itu Alia berjanji dengan Arsharf di rumah keluarganya di Puchong. Sebelum dia ke sana dia telah mengajak Syafikah pergi bersarapan terlebih dahulu sebelum Syafikah memasuki pejabat. Mereka pergi ke sebuah restoran berhampiran pejabat mereka. Mereka memesan sarapan pagi itu. Sambil makan dan minum mereka berbual-bual.

“Lia semalam kau pergi date dengan En.Amsya macam mana?” Soal Syafikah.

Alia menjeling kearah Syafikah lalu berkata.

Dating apanya dengan mamat sewel tu harap muka saja hensem tapi perangai…Aduh! Tidak tahulah nak cakap apa. Malaslah aku nak layan, ini yang aku malas nak keluar dengan kekasih orang buat kerja separuh jalan. Kau tahu tak? dia ajak aku cari cincin tapi dia entah ke mana, lepas tu muncul balik asyik tengok gelang pula. Aku beli barang yang aku nak lepas itu aku bla tinggal dia. Sekarang ini cincin aku ada dengan dia. Kau ingat tak? cincin yang aku berkenan dulu yang aku tunjuk pada kau, lepas itu masa kita pergi sekali lagi, cincin itu sudah ada orang beli. Cincin bertatah berlian dua belas butir yang asli seakan-akan cincin yang aku berkenan, aku belilah kelmarin. Kalau hilang cincin aku, aku kerjakan dia biar dia tahu langit tinggi rendah.” Cerita Alia panjang lebar pada Syafikah. Syafikah mendengar dengan penuh kusyuk sambil terangguk-angguk.

“Habis siapa bayar?” Soal Syafikah lagi.

“Akulah bayar semua sekali dengan cincin dia.” Jawab Alia.

“Cepatlah makan. Syaf, kau sudah buat appointmentaku dengan company secretary? Macam mana aku lupa semua itu. Kau prihatin sikit pasal kerja aku lepas tu inform pada aku.” Kata Alia membuatkan Syafikah mengeluh.

“Lia, kau lupa ke meeting Lembaga Pengarah kau belum buat lagi. Banyak lagi kerja kau belum beres. Temujanji kau dengan company secretary nanti aku bagitahu.” Balas Syafikah. Alia termenung.

“Itulah kerja banyak sekarang, ini pula sibuk nak kahwin entah apa-apa. Tambah lagi kerja. Kau tolong minta dengan kak Zura Financial Statementstiga tahun dan Draf akaun untuk tahun ini sudah setengah tahun aku nak tengok kemudian kau bawa balik rumah, malam ini aku study sikit. Lepas itu mintak tolong kak Zura up-date akaun kalau boleh suruh dia print kau bawa balik sekali.” Arah Alia.

Selesai sahaja makan pagi Alia terus ke Puchong dan Syafikah pula terus ke pejabat. Dia sudah maklumkan pada Mak Tim dan Pak Majid kedatangan dia dan Arshraf pada hari itu. Alia sampai lebih awal dari Arshraf dan wakil incurance Alliance.

Sampai sahaja kereta Hyundai Sonata yang dipandunya didepan pintu pagar automatic rumahnya dibuka. Lepas sahaja parking kereta dia terus turun berjalan sekeliling rumah peninggalan papa dan mamanya itu. Semua kenangan dirumah banglo besar itu terawang dalam kotak ingatannya kini sedih bercampur sebak membuatkan airmata Alia menitis tanpa dia sedari.

Pak Majid dan Mak Tim yang sedar kedatangan anak susuannya itu memerhati dari dalam rumah. Terdiam mereka sambil berpandangan, mereka tahu Alia masih sedih atas kehilangan orang tuanya yang dulu merupakan tempat Alia mencurah kasih sayang dan semua masalah. Tapi sekarang tiada lagi yang mahu mendengar dan mengetahui masalahnya.

Alia merehatkan badannya dikerusi rehat tepi kolam renang. Teringat gelak tawa mereka di situ bermain dan berehat dihujung minggu. Dia tersenyum memandang kolam didepannya terasa juga dia mahu berendam dalam kolam itu. Kalau dulu dia selalu berenang bersama keluarganya. Menitis airmatanya mengenang semua kenangan itu.

Tiba-tiba bahunya dipegang, dia tersentak kemudian berpaling tersenyum pada Arshraf. Cepat-cepat dia mengesat airmatanya.

“Along sudah lama sampai?” Sapa Adik kesayangannya itu. Melihat kakaknya itu mengesat airmata. Alia mengangguk kepala, Arshraf duduk disebelah kakaknya, memegang tangan Alia, Alia membalas pegangan itu. Suasana diam seketika, Alia menarik nafas panjang. Lalu bersuara dengan lembut.

“Adik, along nak kahwin.” Katanya sambil memandang keanak mata Arshraf.

“Dengan siapa kak long?” Soal Arshraf terkejut. Yang dia tahu kakaknya itu tidak mempunyai teman lelaki.

“Danial Amsya bin Zulkarnian.” Jawabnya

“Macam mana orangnya? Ada gambar tak? Dia tahu ke siapa along? Kerja apa?” Soal Arshraf bertubi-tubi.

“Along tak ada gambar dia. Dia tidak tahu siapa kak long. Kak long bagitahu dia kak long kerja kerani. Dia jurutera Oil&gas Petronas. Hari sabtu ni keluarga dia nak pergi rumah tok wan pinang Along. Adik nak jumpa dia tak?”

“Wow hebatnya, boleh juga nak juga kenal bakal abang ipar.” Balas Arshraf.

“Adik cuti hari ini kan, apa kata along kenalkan dia pada adik lepas kita jumpa dengan wakil Insurance.” Cadang Alia.

“Boleh. Mak Tim dan Pak Majid sudah tahu ke?” Tanya Arshraf teruja.

“Belum lagi, along datang ni pun nak bagitahu dan bincang dengan merekalah.” Balas Alia.

Mereka berdua bangun dari situ menuju masuk ke dalam rumah sambil menunggu wakil Insurance Alliance datang ke rumahnya. Arshraf menerima panggilan dari wakil Insurance mungkin bertanyakan rumah mereka. Alia pula menelefon Amsya. Panggilan Alia dijawab oleh Amsya.

“Hello, Alia”

“Hello, En.Amsya. Awak sibuk ke hari ini? Saya nak jumpa awak sekejap boleh?” Pinta Alia membuatkan Amsya tersenyum manis diajak oleh cinta hati yang kini kian berbunga dihatinya.

“Pukul berapa? Di mana?” Soal Amsya.

“Masa mana awak free?”

“Kalau dengan Alia, saya sanggup freekan masa saya bila-bila saja” Balas Amsya tersenyum. Alia mendengarnya meluat.

“Pukul dua, di restoran Muara Mewah Puchong, awak boleh datang ke?” Tanya Alia.

“Boleh, hujung dunia pun boleh, inikan pula Puchong. Ok kita jumpa di sana. Bye.” Balas Amsya.

Lima minit selepas itu sebuah kereta Proton Perdana memasuki perkarangan rumah mereka. Wakil insurance Alliance En.Nazri bersama temannya melangkah masuk ke banglo mewah itu selepas disambut oleh Pak Majid yang memang sedang menunggu tetamunya. Mereka berdua dipelawa duduk di set sofa mewah, terpandang mereka berdua kearah Arshraf dan Alia yang sedang menanti mereka, tersenyum mereka kepada tuan rumah. Nazri memulakan bicaranya dia memperkenalkan dirinya. Kemudian memberitahu tujuannya .

“En. Arshraf dan Cik Alia. Arwah En.Mohd Helmi bin. Hassan ada mengambil live insurance dengan syarikat kami 3 tahun yang lalu. Pewaris pertama ada En.Arshraf dan pewaris ke dua Cik Alia. Namun begitu pampasan Insurance ini yang berjumlah Lima ratus ribu ringgit akan diberikan kesemuanya kepada pewaris pertama iaitu En.Arshraf.” Terang En.Nasri kepada mereka. Alia dan Arshraf berpandangan. Alia mengangguk kepada adiknya itu tanda setuju walaupun dia tidak mendapatnya. Sambung En.Nazri lagi.

“En.Arshraf boleh bagi nombor dan akaun bank untuk kami membayar pampasan ini terus kedalam akaun.” Arshraf mengangguk.

Selepas semuanya selesai dua wakil insurance itu meminta diri dan beredar. Arshraf merenung kepada kakaknya itu. Mungkin kakaknya terasa hati.

“Along, adik akan bagi separuh duit itu pada along.” Kata Arshraf.

“Adik itu duit adik. Adik guna pakai duit itu, along tidak kisah adik nak bagi atau tidak. Kalau adik nak bagi, bagi pada Tok wan, Aki, dan Pak Majid.” Balas Alia. Arshraf mengangguk. Tapi Arshraf berniat untuk memberi juga pada kakaknya Alia Nasuha. Alia pula sedikit pun dia tidak terasa hati dengan semua itu. Dia dapat rasakan sesuatu kenapa papa buat semua itu.

Selepas itu Alia membincangkan perkahwinannya bersama Arshraf dan Pak Majid serta Mak Tim. Dia memberitahu bahawa dia tidak menceritakan kepada bakal suaminya itu bahawa dia merupakan anak seorang jutawan. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak akan buat majlis perkahwinannya di rumah banglo besar itu yang merupakan rumah keluarganya. Pak Majid dan Mak Tim faham apa yang diperkatakan oleh Alia. Mungkin ada sebab tertentu kenapa Alia tidak mahu memberitahu bakal suaminya itu siapa dia sehingga sampai masanya nanti.

Selepas itu Alia dan Arshraf bergerak ke tempat yang dijanjikan dengan Amsya. Sampai di sana dia mengambil tempat sambil menunggu Amsya yang belum lagi sampai mungkin lewat disebabkan jauh. Alia berada bersebelahan Arshraf satu kerusi dengan menyandarkan kepalanya diatas bahu Arshraf, manakala tangan Arshraf pula memeluk bahu kakaknya itu. Itu posisi biasa kemesraan mereka apabila mereka bersama. Sambil Arshraf sibuk bermain whatsApp dengan kawan-kawannya.

Amsya memasuki restoran itu mencari kelibat Alia, baru tadi Alia smsnya bahawa dia sudah sampai. Dia nampak Alia bersama orang yang tidak dikenalinya, berdebar dan sakit juga hatinya apabila melihat Alia begitu mesra dengan lelaki itu terdetik rasa cemburu pada lelaki yang begitu hensem disebelah Alia. Alia melihat Amsya sedang menuju kearahnya lalu mengangkat kepalanya dari bahu Arshraf, Alia memberi senyuman kepada Amsya. Amsya tidak membalas senyum itu, hanya wajahnya nampak kelat dengan kening berkerut melirik kearah Arshraf.

Arshraf pula membalas pandangan, melihat jejaka tampan itu menghampiri mereka. Sampai sahaja Amsya didepan mereka Alia mempelawa dia duduk. Dia mendiam diri melihat Alia bersama Arshraf dengan hati yang terguris. Arshraf melihat Amsya terpancar rasa cemburu diwajah Amsya dapat dilihat oleh Arshraf. Dia menghulur tangan kepada Amsya salam itu disambut tanpa mesra. Alia hanya memandang mereka berdua lalu memperkenalkan mereka.

Dengan perasaan berdebar Amsya mendengarnya . “En.Amsya saya kenalkan ini Arshraf adik kesayangan saya.” Bagai nak luruh jantung Amsya kelegaan mendengarnya, dia mengangguk. Wajah yang tadi kelat tiba-tiba bertukar ceria, Arshraf tersenyum lebar kepada Amsya. Arshraf dapat rasakan bahawa Amsya mencintai kakaknya itu. Kali ini Alia memperkenalkan Amsya kepada adiknya.

“Adik, inilah Danial Amsya, bakal suami along.” Kata Alia. Sekali lagi Amsya tersenyum puas kepada Arshraf, kelegaan. Arshraf mengalihkan tangannya yang memeluk bahu Alia. Arshraf melihat jaket yang dipakai Amsya cantik dan hebat.

“Hi abang Amsya…Abang datang dengan apa? sapa Arshraf.

“Dengan motor, Arshraf dari mana? Kakak bagitahu Arshraf masih belajar.” Tegur Amsya.

“Betullah tu, tapi hari ini ambil MC jumpa along rindu, kan long?” Kata Arshraf

“Iyalah tu rindu along, boleh percaya ke?” Balas Alia membuatkan Amsya tersentuh hati dengan keakraban dua beradik itu. Dia melihat Arshraf memang kacak dan lawa macam Alia.

“Abang pakai motor apa?” Tanya Arshraf

“Ducati model Diavel Cromo, Arshraf suka naik motor?.” Balas Amsya tersenyum memandang Arshraf didepannya.

“Wow hebatnya. Suka, tapi along tidak bagi naik motor.” Komen Arshraf. Alia memandang Arshraf dengan matanya dibulatkan.

“Hoi, bila pula along tidak bagi. Nanti awak kerja nak beli, belilah.” Jawab Alia tersengih mengangkat-angkat kening kepada adiknya.

Tiba-tiba Amsya teringat cincin yang diberi Alia yang kini berada ditangan Tengku Umairah. Bisik hatinya “Apa aku nak jawab kalau dia tanya? Apa pula perasan Lia kalau dia tahu cincin itu sudah tidak ada.” Berdebar juga hatinya dikala itu. Mereka berkenalan antara satu sama lain. Selesai sahaja makan mereka semua beredar pulang ke destinasi masing-masing.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku