Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7125

Bacaan






Hari Sabtu yang dijanjikan, Alia Nasuha bersama kawan-kawannya Syafikah, Syamimi dan Farhana sudah bersiap sedia untuk bertolak ke rumah Puan Anis dengan kereta Alia. Jam 7.15pagi mereka sampai dirumah Puan Anis. Amsya dan Puan Anis yang sedang menunggu sudah siap untuk bertolak. Sampai diperkarangan rumah Puan Anis Alia dan sahabat-sahabatnya turun bersalam dengan Puan Anis. Puan Anis memanggil Amsya yang masih belum turun.

“Lia tunggu kejap, ummi tengok Amsya buat apa lagi tu?” Omong Puan Anis. Alia mengangguk.Puan Anis mendapatkan Amsya yang baru menuruni tangga.

“Am, bagitahu Alia suruh dia naik kereta bersama kita.” Pinta Puan Anis.

“Kalau Am yang ajak pasti dia akan tolak, Am rasa baik ummi yang ajak.” Balas Amsya menyakinkan umminya.

Mereka berdua keluar dari rumah itu lalu mengunci pintu rumahnya. Puan Anis menghampiri Alia dan kawan-kawannya. Puan Anis memegang tangan Alia tersenyum Alia membalas senyuman itu.

“Lia, Lia ikut ummi naik kereta ummi ada perkara yang ummi mahu bincang dengan Lia.” Pintanya lembut. Alia memandang kawan-kawannya mengangguk membenarkan dia mengikut Puan Anis. Alia ke kereta Toyota Camry milik Puan Anis dia mengambil tempat dibahagian depan setelah Puan Anis menyuruhnya. Amsya disebelah driver mengigit bibirnya tersenyum manis hatinya berbunga dapat melihat wajah cantik disebelahnya sepanjang perjalanan itu. Dia melirik kearah Alia dengan pandangan yang mengoda, Alia perasan dia juga menjeling kearah Amsya dengan wajah yang masam berkerut.

Mereka semua bertolak ke Besut Terengganu. Syafikah membawa kereta Alia. Mereka berhenti dahulu untuk bersarapan pagi itu di sebuah restoran, sebelum menghala keluar ke lebuhraya Kuantan. Selepas bersarapan mereka meneruskan perjalanan. Amsya memasang radio untuk menghilangkan kesunyian dalam kereta yang kini membosankan tiada suara kedengaran dari ummi atau Alia semua membisu dan melayan perasaan sendirian. Alia berpaling belakang melihat Puan Anis mengosok dada. Dia bertanya.

“Ummi, kenapa? sakit ke? Ummi sudah makan ubat, Ummi bawa ubat tak?”

“Tidak ada apa ummi sihat. Ummi bawa ubat tapi belum makan lagi.” Jawab Puan Anis.

“Mana ubat ummi? Ummi makan ubat dulu, ini airnya.” Balas Alia sambil menghulurkan sebotol air mineral kearah Puan Anis. Puan Anis mengambil air mineral dari tangan Alia kemudian mengambil ubat dari bagnya lalu ditelan ubat itu.

“Lia, Lia mahu buat majlis bagaimana? Nak buat didewan atau hotel?” Tanya Puan Anis setelah habis menelan ubatnya.

“Buat ringkas sahaja ummi, kalau boleh buat yang wajib saja akad nikah. Buat di rumah sajalah ummi” Balas Alia membuatkan Amsya menjeling lagi kearahnya.

“Ummi cadang nak buat majlis besar-besaran di dewan atau hotel.”Terang Puan Anis.

“Tidak payahlah ummi buat malu jer, Lia bukan siapa-siapa pun nanti ummi malu dapat menantu macam Lia, belajar pun tidak tinggi kerja biasa sahaja. Sepatutnya En.Amsya boleh cari yang lebih baik dari Alia.” Balas Alia. Dia tidak mahu Puan Anis mengharapkan apa-apa.

“Kenapa Lia cakap begitu rendahkan diri macam itu ummi tidak sukalah, ummi bangga dapat menantukan Lia.”

“Ummi, kita tidak payah membazir kita buat ringkas saja boleh kan?” Pujuk Alia. Hatinya sudah marah kepada Amsya yang diam tidak membela dengan cadangannya.

“Kahwin sekali sahaja Lia, apa salahnya kita buat majlis besar meriah sikit” Pinta Amsya, membuatkan Alia terkejut. Hatinya berbisik menjeling kearah Amsya.

“Kahwin sekali katanya…Eh! Dia ni giler ke apa? nak buat majlis besar-besar bukan kahwin lama pun.” Gertak hati Alia geram.

“Betul cakap Amsya tu, apa salahnya nanti lepas kita balik dari Terengganu ummi nak kita bincang dengan perunding perkahwinan.” Cadang Puan Anis lagi.

“Ummi…tidak payahlah ummi. Lia cadang nak buat majlis rumah nenek dan belah ummi buat rumah ummi tidak payah buat besar-besar buat sederhana pun boleh asalkan meriah.
Bolehkan ummi?” Rayu Alia.

“Lia, nantilah ummi fikir dulu sayang. Ummi nak rehat kejap.”Balas Puan Anis. Alia memandang ke belakang melihat Puan Anis bersandar kepala dengan matanya tertutup. Alia beralih pandangan kepada Amsya yang sedang memandu. Amsya membalas pandangan muka Alia mencuka kearahnya.

Amsya memberhentikan kereta disebuah station minyak untuk mengisi minyak dan ke tandas. Kereta yang dipandu Syafikah juga berhenti untuk menambah minyak. Alia sekali lagi melihat Puan Anis masih tidur dia keluar menuju ke arah Syafikah yang baru keluar dari kereta diberinya duit seratus kepada syafikah untuk mengisi minyak, kemudian dia terus menuju ke tandas. Dia nampak Amsya yang baru keluar dari tandas dan terus memanggilnya. Amsya berpaling dan mematikan langkahnya didepan Alia.

“En.Amsya… kenapa awak tidak halang ummi tadi, jangan buat majlis besar-besaran.”

“Kenapa pula, biarlah ummi nak buat majlis besar-besaran menyambut menantu dia tidak salah pun.” Jawab Amsya.

“Tidak salah awak kata, awak dah giler ke En.Amsya.” Kata Alia makin marah.

“Saya tidak mahu kecilkan hati ummi.” Balas Amsya.

Syafikah yang kebetulan untuk ke tandas melihat mereka berdua sedang bertengkar. Syafikah memberhentikan langkahnya dan memerhati mereka.

“Masalahnya sekarang awak bagi pengharapan palsu pada ummi ini akan mencalarkan lagi perasaan dia lepas ini. Awak tahukan kita kahwin untuk berapa bulan sahaja, lepas saya yakinkan ummi untuk terima kekasih awak sebagai menantu dia, awak kahwin lepas tu. kita berdua game over. Masa itu awak boleh tengok bagaimana remuknya hati ummi apabila majlis tu dibuat besar-besaran tidak sampai berapa bulan anak memantu dia berpisah. Faham. Saya tak nak. Awak buat majlis besar-besaran dengan kekasih awak nanti. Saya nak awak pujuk ummi buat majlis dirumah awak saja, kalau tidak kita batal sahaja niat kita.” Tegas Alia sambil memandang tajam ke arah Amsya. Mengeluh Amsya mendengarnya. Alia terus meninggalkannya. Belum sempat Amsya membalas kata-kata Alia.

“Lia…Lia…Liaaaa..” Panggilan Amsya tidak diendah oleh Alia. Alia terus beredar dari situ dia memandang Syafikah dengan perasan sayu.

Bisik hati Amsya. “Aku sayang dan cinta pada kau Lia. Aku akan ikut kehendak kau Lia asal kau kahwin dengan aku. Lepas itu baru aku buat kau jatuh cinta dengan aku.”

Alia masuk ke dalam kereta, dia tengok Puan Anis sudah bangun. Amsya masuk ke dalam kereta memandang Alia dengan perasan kecewa.

“Ummi nak ke tandas ke?” Soal Alia dengan lembut.

“Nak juga, Am tunggu kejap.” Kata Puan Anis.

“Alia teman ummi.” Balas Alia.

Dia keluar sekali lagi membawa Puan Anis ke tandas dengan berjalan seiringan memegang lengan Puan Anis dengan mesra. Amsya melihat Alia melayan umminya dengan begitu lembut dan sopan. Dia tersenyum. Amsya nekad akan ambil hati Alia selepas berkahwin. Selepas ke tandas Puan Anis ke kereta sebelum itu Alia bertanya kepada Puan Anis.

“Ummi, ada nak apa-apa tak, Lia nak beli makanan sikit.” Puan Anis menggeleng.

Alia masuk ke dalam kedai serbaneka station minyak itu membeli air dan beberapa makanan ringan kemudian kembali ke kereta. Mereka meneruskan perjalanan. Alia membuka tin air red bull dan memberinya kepada Amsya. Tercengang sebentar Amsya kemudian melirik kearah Alia dengan dahi berkerut. Alia memberi satu senyuman kepada Amsya membuatkan Amsya kehairanan dengan sikap Alia yang tidak menentu.

“Ambil minum, hilangkan dahaga.” Kata Alia. Amsya mengambil air tin dari tangan Alia tangannya menyentuh tangan Alia yang lembut, satu perasan yang aneh dapat Alia rasakan dalam dirinya. Amsya tersenyum. Alia juga menghulurkan sekotak air soya kepada Puan Anis di belakang. Amsya meneguk minuman itu kemudian memberikannya kembali kepada Alia. Alia menyambutnya. Dia memegang minuman Amsya, air itu belum habis diminum.

“Kenapa tidak habiskan?” Tanya Alia dengan lembut. Sambil memandang Amsya. Amsya membalas pandangan Alia.

Tiba-tiba Amsya memegang tangan Alia membuatkan Alia terkejut tidak mampu Alia mengalih dan menepis tangannya dari dipegang Amsya apabila Puan Anis melihat perbuatan anaknya itu. Amsya mengosok lembut tangannya, Alia tergamam apabila tangannya disentuh apa lagi dipegang oleh seorang lelaki, tidak pernah sebelum ini tangannya disentuh oleh mana-mana lelaki.

“Ummi betul juga kata Lia kita buat majlis dirumah kita sajalah. Meriah juga.” Kata Amsya terpaksa menyokong Alia sambil melirik kearah wajah gadis itu.

“kalau Am sudah sepakat dengan Alia, ummi ikut sahajalah.”Balas Puan Anis. Alia berpaling ke belakang tersenyum kepada Puan Anis. Amsya melihat Alia gembira dengan keputusan itu dia mengangkat tangan Alia lalu menciumnya. Menjengkal mata Alia apabila tangannya dicium oleh Amsya tergaman dia sekali lagi. Puan Anis melihat perbuatan anaknya itu.

“Am, kahwin dulu jangan buat apa-apa sebelum kahwin, anak dara orang tidak baik.” Tegurnya. Amsya memandang umminya.

Amsya melepas perlahan tangan Alia sambil matanya melirik kearah Alia. Alia menarik muka berpaling kearah lain. Alia Nasuha berkata.

“Pandang depan bawa kereta.” Amsya tersengih.

Suasana dalam kereta sepi hanya radio kedengaran dengan dendangan lagu-lagu dari stesyen radio ERA. Amsya memandang Alia dijenguknya sedikit kepala kedepan melihat muka Alia disebelah cermin, Alia tertidur. Dia melihat cermin tengok belakang umminya juga sedang tidur. Bisik hatinya sendiri.

“Lia, cantiknya kau tidur pun cantik kalau diikutkan hati mau saja aku cium kau di sini.” Dia tersenyum sendirian.

Amsya sekali lagi memberhentikan kereta apabila sampai di Kuala Terengganu. Amsya mengejutkan Alia. Alia membuka matanya melihat keadaan sekeliling, dia kenal tempat yang Amsya berhenti. Dia memandang Puan Anis dibelakang. Dia menoleh kearah jam tangannya 12.10 tengah hari..

“Ummi dan En.Amsya nak check in dulu ke?”

“Lia booking bilik hotel mana?” Soal Amsya.

“Riyaz Heritage Pulau Duyung.” Jawabnya. Amsya mengerut dahi dia kenal tempat itu merupakan salah satu chalet mewah di Kuala Terengganu.

“Lia booking berapa bilik?” Soalnya lagi.

“3 bilik, En.Amsya tidur dengan ummi, Lia sudah tempah bilik dua katil single. Mimi dan Hana satu bilik dan saya dan Syaf satu bilik.” Jawab Alia.

“Berapa jam lagi nak sampai rumah datuk Lia?”

“Dalam dua jam. Awak letih ke? Biar saya saja bawa kereta.” Balas Alia.

Puan Anis tersedar dari tidurnya mendengar perbualan mereka berdua.

“Lia sudah booking bilik, kita terus ke rumah nenek dulu nanti lewat pula sampai. Lepas selesai kerja dan hajat kita baru kita balik menginap di sini.” Balas Puan Anis. Mereka berdua mengangguk dengan pendapat ummi mereka.

“En.Amsya biar saya pulak bawa kereta.” Pinta Alia

“Tidak payah, Lia tunjuk jalan saja.” Balas Amsya.

“Tunggu kejap.” Kata Alia. Dia keluar menuju ke keretanya yang dipandu oleh Syafikah.

“Syaf, kau boleh bawa kereta lagi ke? Nak aku bawa atau kau tukar suruh Mimi atau Hana bawa?.” Tanya Alia.

“Kau pergilah dengan mereka aku tukar dengan Mimi.” Balas Syafikah.

Mereka bergerak bertolak ke Besut. Alia telah mnghubungi neneknya memberitahu bahawa mereka akan sampai tidak kurang dari dua jam lagi.

Lebih kurang pukul 2.00 petang mereka sampai dikampung Alia. Tok wan dan akinya menyambut kedatangan mereka dengan gembira. Mereka bersalaman dan Alia memperkenalkan Puan Anis dan Amsya kepada tok wan dan akinya. Mereka semua dipelawa naik keatas rumah. Amsya melihat suasana di halaman rumah keluarga Alia, dia tersenyum tenang, bersih, aman disitu. Rumah papan dan separuh bata itu cukup besar mempunyai 4 bilik tidur dengan dua ruang tamu yang cukup luas. Mereka semua dipelawa duduk apabila sampai di kerusi. Alia duduk disebelah Tok wannya manakala teman-temannya berada dekat dengannya. Amsya dan umminya duduk bersetentangan dengan mereka. Tok Wan menyapa mereka.

“Puan Anis bertolak pukul berapa tadi awal sampai?”

“Lebih kurang pukul 7.30pagi.” Balas Puan Anis, tersenyum kepada orang tua Lia.

“Ini ke Amsya bakal suami Lia” Tanya Aki disebelah Amsya. Amsya mengangguk, dijawab pertanyaan aki.

“Iya aki, saya Danial Amsya bin Zulkarnain”

“Segaknya Amsya.” Puji Tokwan sambil melirik kearah Alia.

“Tidak penat ke Amsya bawa kereta jauh-jauh ni?” Sapa Aki lagi pada Amsya.

“Tak adalah penat sangat. Aki tinggal berdua saja ke?” Jawab Amsya dan bertanya.

“Ya, kami tinggal berdua saja, anak-anak semua sudah berumahtangga.” Jawab Aki. Amsya terangguk-angguk.

“Maaflah, kami datang ada hajat.” Kata Puan Anis memulakan bicara. Tok wan dan aki serta semua yang ada disitu tersenyum.

“Terus terang sahajalah Puan Anis. Tidak payah nak berpantun-pantun” Tok wannya berseloroh. Puan Anis dan Amsya berpandangan, tergelak mereka mendengar kata-kata tok wan tadi.

“Kami datang nak menyunting cucu Mak Biah untuk anak teruna saya ni, Danial Amsya.” Puan Anis menjelaskan sambil menepuk peha Amsya. Amsya tersengih memandang tok wan dan aki Alia.

“Kami tidak ada halangan. Bila nak lansungnya.” Tanya Tok wan. Puan Anis tidak menjawab lagi pertanyaan Mak Biah, sebaliknya dia menghulurkan bekas cincin kepada Mak Biah. Mak Biah mengambilnya lalu memandang Alia. Alia membalas pandangan Tok wan dengan senyum. Tok Wannya membuka bekas cinicn itu. Terus bertanya.

“Nak bertunang dulu ke?”

“Kita merisik dan bertunang terus boleh ke? Tunang pun tidak lama, cadang nak langsungkan mereka berdua pada hari raya nanti. Macam mana pihak perempuan?” Terang Puan Anis.

“Kami tidak ada halangan. Kalau begitu Puan Anis teruskanlah hajatnya kami setuju”. Jawab tok wan dan menyerahkan bekas cincin itu semula pada Puan Anis untuk disarungkan cincin kepada Alia. Puan Anis bangun menuju kearah Alia dengan senyuman penuh makna. Dia mengambil cincin dari bekas itu terus menyarungnya ke jari manis Alia. Alia bersalam dengan Puan Anis. Puan Anis mencium dahi Alia.

“Ya Allah betul ke apa aku buat ini?” Bisik hati Alia. Sebak dipejamkan mata, airmatanya keluar. Syafikah yang ada disebelahnya memegang tangan Alia. Alia menarik nafas panjang. Kemudian mengelap airmatanya semua yang ada disitu memandang Alia.

“Alia Nasuha anak yatim piatu, lepas Amsya kahwin nanti jaga Lia baik-baik kalau ada apa-apa masalah bincang elok-elok jangan pula kahwin dua tiga bulan terus bercerai.” Pesan Tokwan pada mereka berdua. Terpana Alia mendengarnya. Dia memandang Syafikah disebelahnya sebak dengan kata-kata Tok wannya.

“Insyaallah Tok wan, aki, ummi saya berjanji akan menjaga Alia lebih dari diri saya sendiri dan saya akan mencintai dan menyayanginya.” Janji Amsya membalas kata-kata Tokwan membuatkan Alia sekali lagi terkejut dan matanya ditutup. Bisik hatinya.

“Kenapa kau jawab begitu Amsya, kau gila ke bagi pengharapan palsu pada orang tua kita.”

Meraka berbincang tentang majlis yang akan berlangsung pada hari raya ketiga dirumah Tok wannya. Akad nikah pada hari itu sebelah pagi, petang pula majlis bersanding dan sebelah malam pula majlis khatam al-quran untuk Alia dan majlis tahlil bagi ibubapa Alia. Hari ke enam majlis disebelah pihak lelaki. Lebih kurang seramai 60 orang pihak lelaki akan berlarak ke rumahnya.

Selepas sahaja berbincang hampir dua jam mereka semua hidang dengan nasi dagang yang dibuat oleh Mak Biah. Alia dan teman-temannya membantu Tok wan menyediakan hidangan makanan untuk mereka semua. Sambil menjamu selera mereka berbual lagi.

“Kamu semua terus balik ke Kuala Lumpur malam ini? Kenapa tidak tidur saja di sini?” Tanya Aki.

“Tidak aki kami semua menginap di Kuala Terengganu, Lia sudah booking bilik.” Jawab Alia. Senyum.

“Alia nak tempah pelamin di sini ke?” Tanya Tokwan.

“Iya Tok wan, Lia nak tempah dengan Kak Lili.” Jawabnya. Tokwan mengerut dahi mendengar dijawapan dari Alia.

“Kak Lili mana?” Tanya Tok wan.

“Alah wan, kedai bridal Abang Roslilah.” Jawabnya.

“Laaa…Wan ingatkan siapa tadi, kamu pergilah singgah sekejap kedai dia pilih pelamin dan baju pengantin, nanti wan telefon bagitahu dia.” Balas tokwan.

“Ummi boleh kita singgah kedai bridal kejap sebentar lagi.” Tanya Alia. Puan Anis memandang Amsya. Amsya mengangguk.

“Boleh, Lia mahu tema macam mana?” Tanya Puan Anis.

“Nanti Lia bincang dengan En.Amsya.” Jawabnya.

Selesai sahaja berbincang dan makan mereka semua bergerak pulang ke Kuala Terengganu. Sebelum itu mereka singgah terlebih dahulu di kedai bridal Rosli untuk menempah pelamin dan baju pengantin belah pihak perempuan. Selesai sahaja mereka terus ke Riyaz Heritage untuk bermalam di situ.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku