Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 28
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7006

Bacaan






Pagi itu Alia mengenakan baju blaus biru dan seluar slad besar gaya Siti Nurhaliza dengan tudung shawl berwarna pink. Sebelum berjumpa dengan Amsya pagi itu Alia terlebih dahulu pergi ke pejabatnya memandangkan Amsya akan menjemput Alia dipejabat. Dia telah memasukkan barang-barang hantaran yang telah dibelinya bersama Syafikah ke dalam kereta Syafikah. Dia memang sengaja masukkan barang-barang itu ke dalam kereta Myvi Syafikah. Syafikah melihat Alia memasukkan barang-barang hantaran ke dalam keretanya.

“Hoi! Lia, kau buat apa tu?” Jerit Syafikah.

“Alah kau ni, kejap lagi aku nak jumpa Amsya dan nak bagi barang-barang ini pada dia. Takkan aku nak pakai kereta aku. Nanti dia kata aku pinjam kereta kau lagi.” Jawab Alia.

“Heee…Kaukan Lia macam-macam.” Balas Syafikah menggeleng kepala.

Alia memberi kunci kereta pada Syafikah. “Nah kunci kereta kau, kita jumpa di pejabat.” Arah Alia. Dia menghidupkan engine keretanya meluncur ke pejabat.

Sampai sahaja di pejabat lapan pagi itu dia memasuki pejabatnya terlebih dahulu, memandangkan Amsya akan datang pada pukul sepuluh pagi, dia menyiapkan mana-mana kerja yang belum siap. Dia menyain cek yang ada di atas mejanya. Dia melihat penyata akaun dalam komputernya tuntutan bagi projek ByPass Melaka sudah masuk kelmarin. Dia mengintercom Syafikah yang kebetulan baru sampai pejabat.

“Ya, cik Lia ada apa-apa?” Tanya Syafikah selaku setiausahanya.

“Intercom bilik kak Zura no berapa aku lupalah.” Tanya Alia.

“Kau ni depan mata tu kenapa tidak tengok, 04.” Jawab Syafikah. Alia mendengarnya sambil tergelak-gelak dia melihat kod nombor di telefon atas mejanya.

“Saja nak susahkan kau, nanti kau tidak ada kerja pula. Hahaha” Balas Alia sambil tergelak, dia memutuskan talian terus menekan nombor 04 talian itu disambung ke bilik akauntannya Zuraidah.

“Kak Zura, saya tengok payment projek Bypass sudah masuk. So please prepare this month salary and add half a month’s salary all to staff for hari raya allowance. And than please make sure our claim will be settle before hari raya for project hotel Tok Bali. Architect already sign interim document yesterday so please take an action.” Jelas Alia.

“Yes, Cik Alia I will take note about it” Balas Zuraidah. Alia meletakkan gangang telefon biliknya.

Amsya dengan senang hatinya hari ini dapat keluar bersama Alia. Dia tahu walaupun Alia kurang senang keluar dengannya namun dia nekad akan ambil hati Alia. Dengan hanya berpakaian t.shirt dan seluar jeans, dia sudah bersiap untuk pergi jemput Alia. Jam ditangan ditolehnya 9.40 pagi. Dia mengambil kunci kereta Fairladynya turun dari bilik rumah umminya. Memandangkan hari ini Amysa cuti maka semalam Amsya tidur dirumah umminya.

Puan Anis yang sedang mengemas ruang dapur yang tadi tidak kesempatan selepas sahur belum dia kemaskan. Amsya muncul didepannya dengan senyum manis bersalam dengannya.

“Ummi, Am pergi dulu.” Pinta Amsya.

“Lia sudah sampai ke?” Tanya Puan Anis.

“Taklah ummi. Am pergi ambil Lia.” Jawab Amsya memandang anak mata umminya.

“Bawa anak dara orang elok-elok, jangan nakal.” Sindir Puan Anis, membuatkan Amsya tersengih-sengih malu. Amsya melangkah meninggalkan Puan Anis, dia terus ke keretanya.

Danial Amsya menghidupkan engine keretanya, sebelum beredar dia telah menelefon Alia. Salam diberi sejerus mendengar suara Alia. Pangilan itu dijawab dengan membalas salam.

“Lia, Presint 15 jumpa di mana?” Tanya Amsya.

“Awak kat mana sekarang?”

“Baru jer nak gerak.”

“Awak cari bangunan HH Holding. Sampai call saya.” Jawab Alia. Dia memutuskan pengilan itu.

Amsya terus menekan pedal keretanya menuju ke Putrajaya. Tepat jam 10.00pagi dia sampai dibangunan yang diberitahu Alia. Dia menghantar SMS. “Sudah sampai”. Alia membalas SMS itu. “Three minit”

Alia keluar dari biliknya, dia memberi kunci keretanya kepada Syafikah dan meminta kunci kereta Syafikah.

“Syaf, kau bawa balik kereta aku. Nanti selesai kerja aku dengan En.Amsya aku ambil kereta kau.” Arah Alia.

“Kau buka puasa kat luar ke?” Soal Syafikah.

“Tidak pasti lagi. Ok bye.” Balas Alia terus meninggalkan Syafikah.

Sampai dibawah Alia sudah nampak kereta Nissan Fairlady, dia menuju ke kereta Amsya. Amsya melihat Alia menuju ke keretanya disebelah pemandu. Amsya menurunkan cermin kereta.

“En.Amsya pergi ke kereta saya ambil barang.” Arahnya. Lalu beredar dari situ Amsya mengikutnya dari belakang dengan keretanya dipandu perlahan. Sampai sahaja di depan kereta Myvi, Alia mengambil barang-barang yang dibelinya dimasukkan kedalam kereta Amsya. Amsya hairan melihatnya lalu keluar dari kereta.

“Lia buat apa ni?” Tanya Amsya dahinya berkerut.

“Ini semua barang-barang hantaran, Lia sudah beli semuanya.” Jawab Alia sambil sengih kepada Amsya. Amsya menggeleng kepala. Stress dengan Alia.

“So, tak jadi keluarlah.” Soal Amsya sedikit kecewa. Dia menarik muka masam.

“Jadi, kitakan nak pergi butik.” Jawab Alia. Dengan perasaan yang masih kecewa Amsya bertanya.

“Lia nak pergi dengan kereta Lia ke?”

“Kalau awak tidak bagi saya naik kereta awak tidak apalah , saya pergi dengan kereta saya saja.” Balas Alia memandang Amsya. Amsya senyum lega.

“Naik kereta abang.” Ajaknya. Alia terus membuka pintu kereta Fairlady milik Amsya. Mereka bergerak dari situ.

“Barang siapa belakang tu?” Tanya Amsya memandang Alia.

“Barang Lia lah, nanti kita pergi hantar pada En.Roza untuk gubahan. ” Balas Alia.

“So, kita nak pergi beli barang-barang abanglah?”

“Tak, barang-barang hantaran untuk En.Amsya saya sudah beli. Nanti Lia buat sendiri gubahannya” Jawab Lia.

“Pandai ke Lia nak gubah sendiri.” Tanya Amsya.

“Eh…En. Amsya…see the leg lah. Alia menjeling kearah Amsya. Amsya tersengih.

“Lia beli barang apa? Kenapa tidak tunggu abang kita pergi beli sama-sama.” Tanya Amsya lagi. Jawab Alia dengan pantas.

“Kasut, baju, perfume, bag. Awak nak apa lagi? kalau saya pergi beli dengan En.Amsya jawabnya tiga hari tidak siap-siap cari barang.” Sindir Alia.

“Kenapa?” Tanya Amsya berkerut dahi.

“Mana tidaknya. Saya ni En.Amsya pantang tahu keluar dengan kekasih orang, tunang orang, apa lagi laki orang. Saya tidak suka buat kerja separuh jalan tertangguh. Tengok macam baru ni awak sibuk dengan handset awak mana sempat nak beli barang kemas.” Balas Alia membuatkan hati Amsya terasa dengan kata-kata itu.

“Kalau begitu tidak mengapalah, habis berapa semua?” Tanya Amsya.

“Saya beli barang murah jer, tidak payah bayar. Kalau awak tidak suka nanti awak buang jer lah.” Jawab Alia membuatkan Amsya terkedut hati, nafasnya di tarik. Alia melihat Amsya mengeluh. Hatinya berbunga puas buat Amsya tidak senang dengannya.

“Kenapa En.Amsya tidak suka keluar dengan saya ke? Lepas kita pergi butik awak hantar saja saya balik. Ok.” Balas Alia.

“Lia tidak suka ke dengan perkahwinan ini?” Tanya Amsya cuba mengorek hati Alia.

“Suka apanya. Lia buat sebab Lia sayang ummi. Sebab itu Lia kahwin dengan awak Lia nak jaga ummi lepas ini. Awak tidak jaga pun tidak apa saya jaga. Lepas saya yakinkan ummi terima kekasih awak sebagai menantu dia jangan pula awak nak halang saya jaga ummi.” Balas Alia. Terusik juga hati Amsya mendengarnya.

“Sayang betul Lia pada ummi.”

“Mestilah, sebab ummi mcam mama Lia tau.” Jawab Alia dengan bermanis muka, senyum melerek keningnya diangkat pada Amsya.

Sepanjang perjalanan ke butik En.Roza mereka dilayani dengan lagu-lagu dari radio ERA. Setengah jam dalam perjalan akhirmya mereka sampai di butik En.Roza. Alia mengambil barang-barang dari kereta mereka masuk ke butik kemudian memberi semua barang hantaran untuk gubahan dan mereka mencuba baju-baju yang dijahit oleh En. Roza. Mereka mengayakan pakaian pengantin yang begitu cantik. Hasil seni tangan En.Roza memang hebat mana tidaknya dia merupakan salah seorang pereka fesyen terkenal di Kuala Lumpur.

Mereka bergambar bersama-sama, Alia mencuba gaun warna purple muda ditaburi labuci dibahagian dada digabungkan dengan kain satin dan organza. Amsya dengan baju songket warna yang sama. Tersenyum manis Amsya teruja terusik jiwa melihat Alia mengenakan baju pengantin cukup cantik dan menawan dengan tubuh yang tinggi dan langsing yang dimiliki Alia Nasuha.

“En.Roza baju untuk akad nikah dan majlis sebelah malam boleh ambil sekarang ke?” Tanya Alia. Jawab En.Roza dengan suara pondan dengan gaya liuk-lintuknya

“Belum boleh ambillah…sayangku Lia. Dua minggu lagi…siap semua termasuk gubahan baru boleh ambil.” Tergangga Alia dan Amsya tergelak melihat gaya Roza bercakap. Mereka berada di situ hampir dua jam, selesai sahaja mencuba semua baju yang ditempahnya mereka beredar dari situ.

Alia memasuki kereta dengan gelak ketawa dia mengikut gaya Roza bercakap dengan suara pondan. Dengan liuk lingkuknya dia mengejek gaya itu “Hai, you…kita nak ke mana sekarang…kerja kita sudah selesaikan?…” Amsya mendengarnya juga gelak bersama melihat gelagat Alia yang lucu itu.

Sekali lagi Alia membuat gaya itu. “You…kenapa tak jawab soalan I…You sudah bisu ke? Kata Alia memandang Amsya, mereka berpandangan dan ketawa sama-sama.

“Tak baiklah Lia ejek macam itu.” Balas Amsya sambil gelak. Dia terus memecut keretanya entah ke mana dia sendiri pun tidak tahu yang dia tahu sekarang dia tidak akan hantar Alia secepat itu. Alia melihat ke kiri ke kanan berkerut dahi.

“En.Asmya nak ke mana ni?” Soal Alia.

“Mana-manalah, hari ini saya dan Lia cuti so kita buka puasa sama-sama.” Desak Amsya.

“Lambat lagilah En.Amsya. Apa kata awak hantar saya balik lepas itu awak pergi ambil kekasih awak buka puasa.” Balas Alia cuba mengelak.

“Mana boleh, ummi suruh saya berbuka puasa dengan awak.” Dia memberitahu arahan dari umminya.

“Erlehhh…ummi mana tahu pun kalau kita tidak pergi.”

“Tak, abang tidak akan hantar Lia lagi, kita buka puasa sama-sama. Lia, awak memang tak ada kekasih ke?”

“Eh! En.Amsya, kalau saya sudah ada kekasih buat apa saya setuju tolong awak nanti kekasih saya marahlah. Tapi tidak apa nanti lepas kita bercerai saya kahwinlah.”

“Lia nak kahwin dengan siapa? Sudah ada calon ke tadi kata tidak ada.” Cuba menguji.

“Nanti Lia carilah. Bukan tiada orang nak pun kat Lia. En. Amsya, awak cepat sikit kahwin dengan kekasih awak tu, nanti ummi tahulah saya yakinkan dia. Kalau boleh lepas majlis rumah awak kita mula operasi kita ok?” Cadang Alia mengangkat kening pada Amsya.

“Awak ni kenapa Lia takkanlah secepat itu, tunggulah dulu tiga bulan ke, enam bulan baru orang tidak akan kata apa-apa?” Balas Amsya. Alia terkejut dengan jawapan Amsya.

“Ahh, lamanya saya kena mengadap muka awak, tak kuasa saya. Ha…tak apa lepas kahwin awak tinggal di Damansarakan rumah awak. Awak balik sebulan sekali boleh? Macam mana bijak tak ideal saya?.” Amsya diam mendengarnya. Menggeleng kepala sambil tersengih. Alia melihat Amsya tersengih. Tiba-tiba telefon Alia berdering…Dilihat skrin telefon bimbitnya tiada nama.

“Siapa pula telefon ini.” Kata Alia mengabaikan pangilan itu.

“Kenapa tidak jawab?” Tanya Amsya. Alia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Amsya.

“Nak tidak ada nama. Malaslah nak jawab.” Jawab Alia.

“Mana tahu orang penting atau ada apa-apa hal” Balas Amsya.

“Kalau ada pun mungkin orang bank tanya pasal hutang kad kredit, ansuran kereta, rumah, insuran macam-macam lagilah.” Jawab Alia sambil gelak. Sekali lagi telefon Alia berdering nombor yang sama.

“Macam-macamlah awak ni Lia, jawab sajalah.” Kata Amsya. Kali ini Alia menjawab pangilan itu.

“Hello.”

“Hello, ini Alia Nasuha ke?” Tanya si pemanggil.

“Ya saya, siapa ni?” Tanya Alia hairan.

“Maaf saya menganggu Cik Alia. Saya Izwan kawan Syafikah yang kita jumpa di R&R. masih ingat saya tak?” Jelas Izwan.

“Ohhh…Iya, ya…saya ingat. Macam mana awak dapat nombor saya ni?” Tanya Alia tersenyum manis. Amsya mendengar perbualan itu.

“Saya ambil dengan Syafikah. Awak tidak kerja ke hari ini? kalau boleh saya nak ajak awak keluar, saya mahu kenal awak lebih rapat. Boleh?” Pelawa Izwan.

“Ohh…boleh bila?” Tanya Alia.

“Hari ini kita buka puasa sama-sama.” Balas Izwan membuatkan Alia terkejut.

“Maaf En.Izwan hari ini tidak boleh.” Balas Alia. Sambil matanya menjeling kearah Amsya. Amsya juga melirik kearah Alia. Bisik hati Amsya.

“Siapa pula telefon Lia ni?”

“Kalau esok macam mana boleh?” Ajak Izwan lagi.

“Boleh, tapi saya mesti minta izin bakal suami saya dulu.” Jawab Alia, mengangkat kening pada Amsya yang sedang memerhatinya. Izwan yang mendengarnya sedikit terkejut. Amsya pula berkerut dahi.

“Lia sudah bertunang ke? Kalau Lia minta izin bakal suami Lia pasti dia tidak izinkan.” Balas Izwan.

“Jangan risau Izwan, bakal suami saya sporting. Dia mesti izin punya, kalau dia tidak izin saya tidak akan kahwin dengan dia. Nanti saya telefon bagitahu awak ok. Bye.” Alia memutuskan panggilan itu. Dia memandang Amsya dengan senyum.

“Ha…awak tengok, sekarang sudah datang future husband saya. Bukan payah pun nak cari suami. En.Amsya boleh tak esok saya keluar buka puasa dengan Izwan?” Tanya Alia.

Amsya mendengarnya mengeluh. Pening juga dia dengan sikap Alia yang jujur dan berterus terang itu.

“Siapa dia tu? Sudah kenal lama ke?” Soal Amsya.

“Nama Izwan. Saya baru nak kenal dialah, baru nak berkawan.” Jawab Alia.

“Mana awak kenal dia?” Tanya Amsya menjeling kearah Alia.

“Dia kawan Syafikah. Baru jer kenal dia, Saya terserempat dengan dia di R&R, masa tu dia dengan group motor berkuasa tinggi nak ke Pantai Timur.” Jawab Alia jujur.

“Nama siapa dia tadi?” Soal Amsya familia dengan nama tadi.

“Nama dia Izwan Dato’ Mansur, orangnya hensem, bergaya, macho, tinggi, putih muka dia macam pelakon Ashraf Muslim.” Jawab Alia dengan senyum suara yang manja dan lembut. Terkejut Amsya dengar nama itu. Bisik hatinya “Alamak itu adik Irfan, mampus aku”. Tangan Amsya sudah menekup mulutnya. Sekali lagi dia menarik nafas mengeluh.

“Tidak boleh jumpa, awak tu bakal isteri saya. Saya tidak suka awak keluar dengan siapa-siapa sebelum kita kahwin.” Balas Amsya bersahaja. Alia mendengarnya berpaling pada Amsya yang sedang memandu dengan pandangan yang tajam.

“Eh. Kenapa pula tidak boleh, saya saja nak uji awak. Sekarang belum kahwin dah nak control. Ingat lepas kahwin nanti jangan nak control saya. Saya bagitahu saja nak pergi mana, awak kena izinkan, saya bukan siapa-siapa pun dengan awak. Ingat…saya kahwin dengan awak untuk layan dan jaga ummi. Dan satukan awak dengan kekasih awak.” Balas Lia dengan panjang lebar menarik mukanya.

Alia mengambil telefonnya mengedail nombor Izwan. Berdebar hati Amsya melihat Alia mengedail nombor telefon.

“Lia telefon siapa?” Soal Amysa.

“Izwanlah nak bagitahu dia, awak tidak bagi keluar tak izinkan.” Jawab Alia.

Amsya tersengih. Hatinya berkata.“Dengar kata juga si Lia ni. Memang baiklah Alia ni.”

“Hello” Alia membalas sapaan Izwan. Dengan suara yang lembut dan merdu Alia memberitahu Izwan.

“Izwan. Saya minta maaf saya tidak boleh jumpa Izwan esok. Bakal suami saya tidak izin.”

“Iyalah, siapa bagi bakal isteri nak keluar dengan lelaki lain.” Jawab Izwan sedikit kecewa. Dengan pantas Alia menjawab.

“Bukan macam itu, sebenarnya dia izinkan dia tidak kisah pun cuma, katanya sekarang bulan puasa tidak elok kita jumpa, lepas puasa nanti boleh jumpa.” Terkedu Amsya mendengarnya.

“Awak betul nak kahwin dengan dia ke? Soal Izwan cuba menguji Alia.

“Tidak tahulah kalau ada jodoh saya kahwinlah dengan dia. Kalau tidak ada jodoh nak buat macam manakan? Tidak apalah Izwan nanti saya call awak balik. Bye.” Alia terus memutuskan perbualannya. Alia tengok Amsya yang berpaling padanya dengan senyum melerek, keningnya diangkat-angkat. Amsya menggeleng kepalanya sekali lagi, dia cuma mengenali Alia.

“Dah puas? Saya sudah bagitahu Izwan saya tidak keluar dengan dia. En.Amsya, awak nak ke mana ni?”

“Pusing-pusing tunggu buka puasa. Lia nak buka puasa di mana?” Tanya Amsya.

“Daripada kita pusing-pusing macam ni apa kata kita singgah dulu di masjid solat zohor kalau boleh sambung terus asar. Lepas itu baru fikir nak buka puasa di mana boleh?” Cadang Alia. Amsya menoleh jam tangannya 2.45petang. “Lambat lagi asar” bisiknya.

“Kita berhenti solat zohor dulu lepas itu kita pergi booking mana-mana restoran untuk buka puasa. Kemudian masuk asar baru pergi masjid pula.” Balas Amsya. Menghala keretanya menuju mencari masjid.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku