Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7684

Bacaan






Selepas berbuka puasa pada petang itu di restoran PADI HouseAmsya terus menghantar Alia dipejabatnya untuk mengambil kereta. Sebelum Alia turun dari kereta Amsya, sempat dia mengucapkan terima kasih.

“Lia, boleh kita jumpa lagi?” Tanya Amsya.

“Tidak payahlah, kita jumpa bila nak pergi ambil baju nanti. Lepas itu hari kahwin.” Jawab Alia. Amsya mengeluh digaru kepala yang tidak gatal. Terpaksa akur dengan kehendak Lia walaupun dia mahu Lia bersamanya selalu.

“Lia, abang tak izinkan Lia keluar dengan siapa-siapa.” Larang Amsya.

“Kenapa? Takkan dengan kawan-kawan pun tidak boleh.” Balas Alia dengan marah.

“Maksud abang dengan mana-mana lelaki, kalau jadi apa-apa susah.” Jawab Amsya memandang sayu pada Alia. Alia diam terus dibukanya pintu kereta menuju ke kereta Myvi milik Syafikah. Amsya menunggu di itu memerhati Alia, selepas Alia beredar dari situ baru dia bergerak pulang.

Alia sampai di rumahnya pukul 8.30malam. Dia mandi dan solat maghrib, kawan-kawannya sudah ke masjid untuk solat terawih. Selepas itu Alia berehat disofa menonton TV.

Amsya pulang ke Bangi selepas berbuka puasa bersama Alia. Puan Anis menyambut anak kesayangan itu sambil tersenyum manis. Jelas nampak diwajah Amsya puashati dapat keluar bersama Alia.

“Ummi, Am naik mandi dan sembahyang dulu.” Sapanya dimuka pintu tersenyum lebar. Puan Anis mengangguk kepala, juga tersengih.

Amsya naik kebiliknya terus mandi dan bersolat, kemudian dia turun ke bawah bersama umminya diruang tamu.

“Am macam mana tadi, sudah siap ke semua baju-baju pengantin?” Tanya Puan Anis.

“Belum, ada sikit lagi, En.Roza suruh ambil dua minggu lagi. Sebelum Lia balik kampung.” Jawab Amsya tersenyum.

“Am, ummi tak mahu Am sia-sia Alia. Betul ke Am cintakan dia?” Soal umminya lagi. Amsya menunjukkan kepalanya. Bisik hatinya “Macam mana kau Lia bagitahu ummi dan yakinkan ummi terima Tengku Umairah. Macam mana aku mahu bagitahu Lia, aku cinta dia.”.

“Am, ummi tanya ni…Am betul ke cinta Lia?” Desak umminya lagi.

“Betullah ummi, takkan Am nak mainkan dia pula.” Jawab Amsya dengan yakin. Teringat dia semasa berbuka puasa tadi, tak sangka pula dia, Lia boleh layan dia makan dengan baik, ambil lauk untuk dia lagi. Terusik juga hati Amsya “Macam mana kalau Lia keluar dengan orang lain dan dia juga layan orang itu macam dia layan aku tadi. Mungkin ke Lia akan dengar cakap aku yang aku tidak bagi dia keluar dengan lelaki lain.” Termenung Amsya memikirkannya.

Terdengar derungan enjin kereta dihalaman rumah Alia. Dia bangun membuka pintu untuk teman-temannya. Mereka semua masuk terus ke ruang tamu menonton bersama-sama Lia di situ.

“Alia, kau keluar dengan En.Amsya ke tadi? Pergi mana?” Soal Hana.

“Pergi butik pengantin kemudian pergi buka puasa.” Jawabnya tidak bersemangat.

“Lepas kahwin nanti kau tinggal sini dengan dia ke?” Tanya Hana lagi.

“Taklah mungkin aku tinggal dengan umminya di Bangi. Ataupun gilir-gilir di sini, En.Amsya tinggal di Damansara. Mimi terima kasih pasal payment By Pass tu.” Balas Alia.

“Sudah clear ke? Aku tolong apa yang boleh jer.” Balas Mimi.

“Syaf, aku ambil cuti dua minggu untuk kahwin. Aku cuti seminggu lebih awal nak balik Besut. Aku nak kau orang semua datang majlis kahwin aku nanti.Aku nak kau orang datang pada raya ke-dua naik flight ke Kota Bharu malam nanti aku suruh Arshraf pergi ambil di airport dekat sikit. Kau orang bermalam rumah tok wan. Syaf kau booking tiket awal sikit nanti tak sempat.” Arah Alia pada teman-temannya.

“Baiklah Alia. Tapi hari akad nikah sebelah malam kita orang tidak boleh jointlah Lia, petang tu kami kena balik sini. Hana dan Mimi sudah kerja hari ke empat. Aku pun kena balik jugalah. Hari raya ke enam rumah Amsyakan?”

“Ya. Tidak apalah kau balik dengan kereta aku. Nanti aku balik dengan Arshraf atau Pak Majid tidak pun aku tumpang En.Amsya. Aku naik tidur dulu.” Jelas Alia, dia terus naik ke biliknya.

Hujung minggu yang dijanjikan Alia balik ke rumahnya di Puchong untuk berbuka puasa bersama dengan keluarganya, walaupun tanpa kedua orang tuanya namun dia tetap menghiburkan hati Mak Tim dan Pak Majid orang tua yang disayanginya itu. Selepas solat terawih dia dan Arshraf membincangkan tentang kemalangan yang menimpa orang tuanya dengan Pak Majid dan Mak Tim.

“Pak Majid, Lia ada perkara penting nak bincang dengan Pak Majid dan Mak Tim.” Katanya. Kedua orang tua itu berpandangan.

“Ada apa along nak bincang, pasal kahwin along ke?” Tanya Pak Majid.

“Tak. Tapi Pak Majid dan Mak Tim jangan terkejut apa yang Lia nak bagitahu ni.” Kata Alia, Arshraf memandang kakaknya itu. Pak Majid dan Mak Tim mengangguk kepala, sabar menanti kata-kata Alia seterusnya.

“Sebenarnya, Alia diberitahu oleh Inspektor Azlan dari Bukit Aman menyatakan kemalangan yang menimpa papa dan mama dikhianati, ada unsur jenayah.” Terang Alia airmatanya terkeluar, sebak. Terkejut juga orang tua itu mendengarnya. Mengucap panjang.

“Astarufiruallah Alazim.”

“Siapa punya angkara?” Soal Pak Majid memandang tajam ke arah Alia. Alia mengeleng kepala.

“Polis akan datang sini ambil statement dan akan bertanya beberapa soalan. Mak Tim dan Pak Majid jawab sahaja apa yang tahu. Lia memang nak tahu punca kematian papa dan mama. Mama dan papa ada bagitahu tak kenapa hari itu dia nak balik Terengganu?” Soal Alia.Pak Majid dan Mak Tim berpandangan.

“Tak ada pula, katanya nak jumpa tok wan dan aki saja.Patutlah Lia dan Arshraf sedih sangat rupa-rupanya ada perkara yang merisaukan kamu berdua. Kenapa tidak bagitahu awal-awal? Tok wan dan aki tahu perkara ini.” Balas Mak Tim.

“Tidak lagi, jangan bagitahu dulu nanti risau pula mereka. Lia nak maklumat sikit lagi dari Inspektor Azlan.” Jawab Alia.

“Bila mereka akan datang?” Soal Pak Majid.

“Nanti mereka akan bagitahu Lia.” Jawab Alia.

“Kita doa sajalah Lia, Arshraf biar semua ini dapat diselesaikan dengan mudah.” Kata Mak Tim memberi semangat pada mereka berdua. Mereka sama-sama mengangguk.

Seperti biasa Alia ke pejabatnya, tapi hari itu Alia sampai lewat sikit dari biasa maklumlah dia dari rumahnya di Puchong. Apabila dia sampai dibilik intercom biliknya berbunyi, terus dijawabnya.

“Ya Syaf, ada apa?”

“Halida nak jumpa kau.”

“Alah, masuk jerlah.” Jawab Alia meletakkan ganggang telefon. Pintu biliknya diketuk kemudian Halida melangkah masuk.

“Ya, Lida ada apa?”

“Cik Lia sudah semak tender baru ini? Saya mahu hantar. Dan ini projek baru di Johor.” Kata Halida, dia menyerahkan satu projek baru.

“Projek apa ni?” Soal Alia.

“Projek design and Built Chalet dan hotel, pemilik seorang jutawan dari Johor. Kawan saya Cik Alia, syarikatnya berminat untuk melantik syarikat kita sebagai consultant. Jika Cik Alia berminat dan bersetuju mereka minta kita jumpa mereka dan lawatan tapak sekali.” Jelas Halida.

“Ok. Kita jumpa mereka dulu saya perlu bincang dengan mereka tentang concept yang mereka kehendaki. Bila mereka nak jumpa dan lawatan tapak?” Tanya Alia.

“Lepas hari raya nanti saya confirmdengan pihak mereka.” Jawab Halida.

“Baiklah, ini tender baru ini saya sudah semak, awak tolong betul item dibelakang, saya telah tulis dengan pensel, awak tolong baiki.” Balas Alia sambil menyerahkan dokumen itu pada Halida.

“Baik Cik Lia, saya keluar dulu.” Alia mengangguk. Halida keluar dari biliknya. Alia memeriksa dokumen projek Johor yang diberi oleh Halida tadi. Berminat benar dia dengan projek itu. Sambil dia asyik membuat kerjanya. Telefon bimbitnya berdering dia memandang skrin telefonnya pangilan dari Zafrul, dia menjawabnya.

“Hello.”

“Hello Lia, sibuk ke?” Soal Zafrul.

“Sibuk tu biasalah kerja. Ada apa En.Zafrul?”Balas Alia.

“Lia ni selalu berencik-encik dengan abang, abang tidak sukalah. Abang nak ajak Lia buka puasa petang esok, boleh?” Pelawa Zafrul. Kali ini Alia tidak pasti sama dia perlu pergi atau tidak ajakan Zafrul. Amsya sudah pesan jangan keluar dengan mana-mana lelaki sebelum kahwin.

“Boleh Lia pergi dengan Syafikah?” Tanya Alia. Zafrul tersenyum, tapi sedikit mengeluh. Hatinya hanya ingin keluar dengan Alia seorang.

“Bolehlah abang tidak kisah.” Balas Amsya.

“Di mana abang nak buka puasa?” Tanya Alia.

“Abang rasa nak buka puasa di PADI House tak puas makan di situ, boleh?” Tanyanya pada Alia.

“Boleh, kita jumpa petang esok. Bye” Lia mengakhiri perbualan itu.

Habis sahaja waktu kerja petang itu Alia dan Syafikah pulang ke rumah mereka. Selesai waktu solat asar mereka berdua ke pasar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Sambil berjalan-jalan melihat pelbagai juadah yang dijual di gerai Ramadan dia di sapa seseorang dari belakang

“Lia cari apa?” Terkejut Alia cepat-cepat dia berpaling ke belakang.

“Ummi. Ummi datang dengan siapa? Ummi beli apa?” Tanya Alia tersenyum melihat Puan Anis di depannya.

“Ummi datang sorang. Tidak beli apa lagi baru sampai.” Jawab Puan Anis.

“Ummi buka puasa rumah Lia hari ini. Tapi Lia tidak masak kita beli saja boleh?” Pelawa Alia.

“Tidak boleh sayang. Kalau ummi buka puasa rumah Lia, ummi kena balik malam.” Jawab Puan Anis. Alia tersengih.

“Lia lupa ummi tidak boleh bawa kereta malam. Kalau macam itu Lia dan Syaf buka puasa rumah ummilah. Syaf boleh tak?” Balas Alia. Puan Anis tersenyum manis.

“Boleh, kita ajak sekali Hana dan Mimi.” Cadang Syafikah.

“Bolehlah kau telefon mereka suruh mereka terus ke rumah ummi. Bolehkan ummi?” Tanya Alia.

“Boleh, buka puasa ramai-ramai lagi seronok.” Balas Puan Anis. Mereka membeli pelbagai lauk untuk buka puasa petang itu.

Selesai berbuka puasa mereka semua ke Masjid. Selepas itu Alia menghantar Puan Anis ke rumahnya semula. Dia dan kawan-kawannya terus pulang ke rumah mereka. Sampai di rumah masing-masing masuk ke bilik. Alia membuka laptopnya membuat sedikit kerja pejabat. Dia membuka emailnya, terdapat email baru dari abang Hairinya di Egypt. Sedang dia berchating telefonnya dihubungi oleh Amsya. “Aduh, mamat ni kacau betullah. Nak jawab ke tak nak…heee…jawablah.” Terus dia menjawab pangilan Amsya.

“Hello.”Jawab Alia

“Hello, Lia sihat ke buat apa tu?” Soal Amsya.

“Sihat, sedang berchating.” Jawab Alia selamba.

“Berchating dengan siapa malam-malam ni?” Soal Amsya sedikit cemburu.

“Ikutlah dengan siapa pun, yang awak telefon saya kenapa? Ada apa? nak apa?” Soal Alia geram..

“Banyaknya soalan. Rindu Lia lah.” Jawab Amsya.

“Hoi…sejak bila pula pandai rindu saya? Kenapa tak rindu kekasih awak saja?” Soal Alia menguji.

“Kekasih, abang rindu juga, bakal isteri pun rindu juga.” Jawab Amsya. Cuba menguji Alia cemburu atau pun tidak. Tergelak Alia mendengarnya.

“Hahaha…tak payah nak rindu Lia. Lia bukan siapa-siapa pun. En.Amsya, Lia nak tidur ni, kita cakap lain kali. Bye…” Alia Nasuha memutuskan taliannya. BerdengusAmsya apabila Alia memutuskan talian begitu saja.

Amsya monolog luaran “Aduhh…Lia ni, belum sempat nak ajak keluar sudah letak telefon.”

Alia termenung sendirian dia terfikir sesuatu. “Eh,mamat ni pandai juga mengayap nak try akulah tu. Ahh…tak mungkin aku jatuh cinta dengan mamat tu. Terang-terang lepas ini aku di madukan…oh tidak.”

Alia terus melayan chatingnya dengan Abang Hairinya yang akan pulang ke tanah air enam bulan lagi.

Hari berikutnya Alia ke pejabat seperti biasa namun hari itu dia pergi bersama Syafikah. Hari itu janjinya dengan Zafrul untuk berbuka puasa.

“Syaf, hari ini kita berbuka puasa di PADI house dengan Zafrul.” Alia memberitahu Syafikah.

“Ok, jimat duit aku.” Balas Syafikah dengan tergelak

“Alah kau ni, tak ada jawapan lain ke nak jawab.” Balas Alia tersengih.

Tengku Umairah bercadang untuk berbuka puasa dengan Amsya pada hari ini. Dia telah menghubungi Amsya. Talian telefonnya bersambung. Amsya menjawab.

“Hello, Mairah.”

“Hello, abang kita buka puasa bersama hari ini?” Ajak Tengku Umairah

“Boleh, abang bawa Mairah petang nanti kita buka puasa di satu tempat.” Balas Amsya memberi cadangan.

“Di mana? Soal Tengku Umairah.

“Adalah, petang nanti kita pergi.” Jawab Amysa.

Petang yang dijanjikan Alia dan Syafikah menuju ke Restoran PADI House, sesampainya dia di situ Zafrul sudah pun ada. Dipelawanya Alia dan Syafikah. Mereka memasuki restoran itu kemudian mengambil tempat dimeja depan. Alia dan Syafikah mengadap ke pintu masuk. Manakala Zafrul duduk didepan Alia.

Amsya bersama kekasih hatinya Tengku Umairah sampai di restoran yang sama. Dia mengambil tempat selang beberapa meja. Tengku Umairah duduk juga mengadap ke pintu depan dan Amsya duduk didepannya. Sambil menunggu pesanan, Syafikah terpandang Amsya di meja depan. Dia menyiku Alia, Alia berpaling padanya kemudian mengangkat sedikit kepada tanda menanyakkan sesesuatu. Syafikah memberi isyarat dengan muka dan mulutnya sekali menunjuk ke depan, Alia memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Syfikah. Tersenyum lebar dia melihat Amsya bersama kekasihnya namun begitu memandangkan Tengku Umairah membelakangi mereka jadi wajah Tengku Umairah tidak dapat dilihat.

“Alahai kenapa kekasih dia tidak duduk sebelah, tak nampaklah. Sebanyak-banyak restoran kat sini juga dia makan.” Kata Alia pada Syafikah dengan berbisik. Mereka berdua tergelak perlahan dengan tangan mereka menekup mulut.

Amsya mengangkat mukanya memandang sekelilingnya dia memandang ke depan terlihat Alia dan Syafikah di meja depan.Alia mengangkat sedikit tangan. Terperanjat juga Amsya melihat Alia ada di situ. Dia terpandang sesorang lelaki di depan Alia.

“Alamak, Alia ada di sini, siapa pula dengan Lia tu.” Bisik Amsya. Dia juga tidak dapat melihat wajah Zafrul yang membelakanginya. Amsya sedikit selisah dengan apa yang dilihatnya. Dia memang tidak sedang duduk tengok Alia bersama lelaki itu. Matanya asyik memandang ke arah Alia. Tergedik-gedik pehanya. Terasa cemburu pun ada pada Alia. Alia dapat rasakan Zafrul ada sesuatu yang ingin dibincangkan namun memandang Syafikah ada di situ mungkin Zafrul membatalkan niatnya.

Selepas sahaja berbuka puasa di situ, Amsya dan Tengku Umairah terlebih dahulu meninggalkan restoran itu, dia tidak mahu Alia dan Syafikah mengenali Tengku Umairah. Selepas sahaja Amsya menghantar Tengku Umairah balik, dia terus ke kondominiumnya. Malam itu juga Amsya menghubungi Alia.

Selepas sahaja pulang dari berbuka puasa Alia dan Syafikah terus ke masjid menunaikan solat maghrib dan berterawih. Amsya menghubungi Alia namun pangilannya tidak dijawab. Amsya mundar-mandir di biliknya. Hatinya selisah dan tidak tentu hala memikirkan Alia. Berkali-kali dia menghubungi Alia namun tidak dijawab.

Selesai sahaja solat terawih masuk sahaja Alia dalam kereta dilihat telefonnya, miss call dari Amsya enam kali. Dia mengelengkan kepalanya. Syafikah terperasan.

“Kenapa Lia?” Tanya Syafikah. Dia menunjukkan handphonenya pada Syafikah.

“Nah, kau tengok, Amsya telefon aku enam kali. Ini mesti tiada lain nak tanya akulah tu keluar dengan siapa.” Kata Alia.

“Mungkinlah, tadi aku tengok dia asyik pandang kau jer. Dia ada hati dengan kau ke?” Balas Syafikah.

“Entahlah, tapi aku tidak boleh jatuh cinta dengan dia, terang-terang lepas ni aku diduakan, dimadu kemudian diceraikan.” Jawab Alia sambil tergelak. Mereka terus pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah telefon Alia berdering lagi, tiada lain pangilan dari Amsya. “Alah dia ni nak apa lagi” kata Alia monolog luaran. Alia menjawab pangilan itu.

“Hello, En.Amsya nak apa?”

“Lia pergi mana tidak jawab pangilan abang?” Soalnya kembali.

“Lepas berbuka tadi, Lia terus ke masjid solat terawih. Kenapa?” Balas Alia.

“Keluar dengan siapa tadi?” Soal Amsya cemburu.

“Kenapa nak tahu. En.Amsya tidak payahlah nak tahu pasal saya. Saya pun tidak ambil tahu pasal awak.” Jawab Alia. Amsya kecewa dengan jawapan itu.

“Oklah, jaga diri.” Balas Amsya sebelum memutuskan taliannya.

Bulan Ramadan sudah ke penghujungnya. Hanya tinggal seminggu lagi untuk hari raya Alia dan rakan-rakannya akan pulang ke kampung masing-masing. Satu hari sebelum Alia pulang ke kampungnya dia telah berjanji dengan Amsya berjumpa di butik Roza untuk mengambil baju pengantin. Terubat rindu Amsya selama tiga minggu tidak berjumpa Alia. Sampai dibutik En.Roza, Alia memasukkan semua baju-baju dan barang-barang termasuk barang Amsya untuk bawa pulang. Alia juga telah memberi alamatnya kepada En.Roza bagi memudahkan dia mencari rumah Alia bagi make-up pengantin untuk dia bertandang ke rumah Puan Anis pada hari raya ke enam. Sebelum bergerak pulang Amsya menghampiri kereta Myvi Syafikah yang dibawanya.

“Lia, hati-hati sikit bawa kereta, Lia balik dengan Ashraf ke?” Tanya Amsya.

“Tak. Lia balik sorang.”Jawab Alia. Amsya merenung Alia, risau juga dia nak lepaskan Alia balik seorang diri.

“Baiklah tapi hati-hati. Esok pukul berapa bertolak?” Tanya Amsya memandang tepat ke mata Alia. Alia menjawab

“Pagi lepas sahur. Nanti kirim salam pada ummi. Lia balik dulu ya. Kita jumpa di majlis kahwin nanti.” Balas Alia, senyum apa Amsya didepannya senyuman itu dibalas Amsya. Alia terus balik ke rumahnya.

Hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Semakin hari hati Alia semakin berdebar dengan perkahwinan ini dia sudah mula resah tidak tahu apa akan terjadi selepas ini. Setiap malam dia menerima panggilan dari Amsya bertanyakan tentang dirinya dan persiapan kahwin. Dia menolong tok wan menyediakan semua peralatan dan keperluan untuk majlis pernikahannya nanti. Arshraf sampai dua hari sebelum menjelang hari raya.

Lain pula dengan Amsya semakin hari hatinya berbunga tidak sabar rasanya nak menunggu saat-saat manis itu. Walaupun dia tahu Alia tidak cintakan dia. Dia akan buat sampai Alia membalas cintanya itu. Petang tadi dia telah membeli cincin perkahwinan untuk Alia mengantikan cincin Alia yang kini masih ditangan Tengku Umairah.

Amsya mundar-mandir dalam biliknya sambil memegang cincin yang dibelinya tadi. Dia telah menunjukkan pada umminya kata ummi cincin itu cantik. Tapi jantungnya berdegup kuat. Fikirnya, boleh ke Alia menerima cincin ini. Malam ini sekali lagi dia akan menghubungi Alia. Belum sempat dia mengambil telefonnya Tengku Umairah telah menghubunginya. Pangilan Tengku Umairah dijawabnya.

“Hello, ada apa telefon malam-malam ni? Tanya Amsya.

“Eh, kenapa? Sejak bila pula tidak boleh telefon malam-malam. Esok, kita jumpa buka puasa.” Pinta Tengku Umairah.

“Petang tadikan sudah jumpa, buka puasa. Esok abang nak teman ummi buka puasa, sekarang abang ada dirumah ummi.” Jawab Amsya.

“Kalau begitu kita jumpa sajalah tidak payah buka puasa. Lusa Mairah sudah nak balik Johor. Cuti seminggu, abang jangan lupa telefon Mairah nanti bila cuti raya.” Desak Tengku Umairah lagi.

“Iyalah. Kita jumpa esok. Sayang tidur dulu. Ok. Bye.” Pujuk Amsya.Terfikir juga Amsya bagaimana dia perlu lepaskan Tengku Umiarah. Tengku Umairah asyik berkepit dengan dia. Kesian pun ada tapi Umairah sosial, macam mana kalau Lia betul-betul yakinkan ummi. ummi pula setuju, aku kahwin dengan Umiarah lepas itu kena ceraikan Alia…Oh tidak.

Dua hari sebelum hari raya, petang itu hampir waktu berbuka puasa Arshraf sampai di kampungnya. Selepas sahaja berbuka dan solat maghrib dia tertidur. Tok wan, aki dan Alia pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih dimalam-malam terakhir Ramadan mencari Lailatulqodar.

Selesai solat terawih mereka pulang ke rumah semula, tapi kali ini Tok wan dan aki keluar sekali lagi ke rumah tok iman bagi membincangkan majlis akad nikah dan masjid khatam al-quran untuk cucunya itu. Alia tidak mengikutnya. Dia menyusun pingan mangkuk yang hendak di gunakan pada hari raya dan majlis perkahwinannya asyik dia mengesat pingan tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Dia membukanya Faris terus meluru masuk ke dalam.

“Wan dan aki mana?” Soalnya tegas.

“Rumah tok iman. Kau nak apa? baik kau balik sekarang.” Jawab Alia. Cuak dengan Faris.

“Aku nak kau, sebelum suami kau rasa baik aku rasa dulu.” Faris sudah mengila ditariknya tangan dan dipegangnya Alia dengan kuat dikoyaknya baju Alia. Alia menjerit sekuat hati.

“Kau gila ke Faris, lepaskan aku.” Jerit Alia, dia memanggil Arshraf. Kali ini Faris memeluk Alia dengan lebih kuat dia cuba untuk mencium tengkuk Alia.

“Adikkkkk….tolong alongggg…”Jerit Alia dengan tangisan. Arshraf terkejut lalu bangun dari tidurnya menuju ke ruang tamu. Dia melihat Faris sedang cuma memperkosa kakaknya. Dengan sekuat hatinya Arshraf melaung.

“Farisssss….lepaskan kakak aku.” Jerkah Arshraf tidak diendahkannya. Arshraf dengan pantas menuju kearah Faris ditarik dan ditendangnya Faris. Faris jatuh tersungkur. Sambil menunjukan-nunjuk tangannya ke arah Faris. Arshraf melaung sekuat hatinya.

“Jahanam kau Faris berani kau buat kerja terkutut ini di bulan Ramadan. Sebelum aku tumbuk muka kau lebih baik kau berambus dari sini. Jangan kau tunjuk muka kau pada aku. Aku akan buat report polis.” Ugut Arshraf sambil tangannya memeluk kakaknya yang gementar kelakuan dengan kelakuan Faris.

“Baik…aku akan berambus tapi aku tidak akan lepaskan kakak kau.” Gertak Faris dengan bengis. Dia menghentakkan kakinya lalu turun dari rumah neneknya itu.

Arshraf menenangkan kakaknya itu yang sedang menangis dan trauma dengan peristiwa itu. Arshraf membawa Alia duduk di sofa dia masih lagi memeluk kakaknya itu. Di kesat airmata Alia sambil menenangkan kakaknya itu.

“Along, sabar ya. Kalau diikutkan hati adik mahu saja adik buat report polis. Kau dia datang lagi nahas dia adik kerjakan.

“Along takutlah adik.” Kata Alia dengan suara terketar-ketar dan masih menangis.

“Along tidak perlu takut. Adik akan sentiasa jaga along. Faris memang sudah melampau. Dia berani buat sebab kita tidak report polis.” Tegas Arshraf pada kakaknya Alia.

“Kalau kita buat report ini sudah jadi kes polis, apa kata keluarga kita nanti macam mana dengan keluarga abang Amsya.” Balas Alia, membuatkan Arshraf mengeluh mendengar penjelasan kakaknya..

“Along pergi masuk dulu rehat.” Arah Arshraf.

“Along takutlah…adik teman along tidur. Faris tu nekad kalau dia datang lagi malam ini macam mana?” Soal Alia risau, airmatanya masih keluar dan tersedu-sedu.

Amsya rasa tidak sedap hati dari tadi mundar-mandir dibilik, hatinya berdebar-debar memikirkan Alia Nasuha. Dia menekan nombor telefon Alia.

“Jom. Along masuk bilik rehat dulu.” Pinta Arshraf. Dia bangun membawa Alia ke bilik untuk rehat. Sampai sahaja dibiliknya telefon bimbit Alia berbunyi. Alia tidak mengendahkannya dia merebahkan diri di atas katil. Arshraf mengambil hanset kakaknya. Tertera nama Amsya. Pangilan dari bakal abang iparnya. Dia menjawab.

“Hello.” Amsya terdiam seketika mendengar suara lelaki menjawab telefon Alia.

“Hello, siapa ni?” Balas Amsya.

“Abang Amsya, Arshraf sini.” Mendengar suara adik iparnya itu jantungnya semakin berdegup kuat.

“Kak Lia mana, Arshraf?.” Tanya Amsya risau.

“Ada, abang nak cakap dengan dia? kejap.” Arshraf membawa telefon itu kepada Alia yang sedang tersedu-sedu di atas katil.

“Along, abang Amsya telefon.” Beritahunya sambil menyerah telefon. Alia mengambil telefon dari tangan adiknya.

Dengan suara terketar-ketar dan tersedu-sedu Alia menjawab.

“Hello.” Amsya mendengar suara Alia teresak-esak.

“Lia kenapa ni? Kenapa nangis? Lia cakap dengan abang Lia.” Tanya Amsya hatinya semakin berdebar. Alia cuba mengawal perasaannya.

“Tidak ada apalah, Lia rindu mama dan papa. Ummi sihat tak?” Tanya Alia kali ini airmatanya keluar. Sebak.

“Lia apa dah jadi sebenarnya, cakap dengan abang.” Pujuk Amsya, suaranya sedikit tegas.

“Tak ada apa.” Balasnya bersahaja. Tidak sedap rasa hati Amsya. Dia tahu Alia tidak akan memberitahunya.

“Bagi telefon pada Arshraf.” Pinta Amsya. Alia menyerahkan telefon itu pada adiknya. Arshraf mengambilnya.

“Ya, bang.”

“Arshraf cakap betul-betul dengan abang apa terjadi pada kakak? Abang tidak sedap hati ni. Jangan buat abang risau.” Luah Amsya pada adik iparnya.

“Tidak ada apa abang semua ok. Cuma along rindu pada papa dan mama dekat-dekat raya lagipun sedihlah along nak kahwin tanpa mama dan papa.” Jawab Arshraf menenangkan hati abang iparnya. Dia tahu abang iparnya merasakan sesuatu pada bakal isterinya itu. Di fikirnya, kuat instinct abang iparnya pada Alia, hingga dapat dirasanya apa yang berlaku.

“Baiklah. Tapi Arshraf tolong jaga kakak baik-baik. Abang sayang kakak” Pesan Amsya.

“Baik bang. Assalamualaikum.” Arshraf mengakhiri perbualan. Dia memandang kakaknya yang sedang berbaring dan menanggis itu.

“Along, Sayang betul abang Amsya pada along.” Kata Arshraf. Alia senyum memandang adiknya itu. Hati kecilnya berkata “Sayang apanya, bukan aku yang dia sayang…aku ni boneka dia saja.” Terdengar engine kereta akinya pulang.

“Along tidur dulu.”Nasihat Arshraf. Alia mengangguk. Dia keluar mendapatkan orang tuanya.

Amsya tidak senang hati, resah. Difikirnya pasti ada yang tidak kena, kenapa Alia selalu menanggis apabila dibelakangnya. Siapa Alia Nasuha sebenarnya.

Faris dengan perasaan marah dan tidak puashati dengan apa yang berlaku tadi. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia monolog luaran, melepaskan geram dengan mengacipkan giginya.

“Jahaman kau Arshraf, berani kau nak buat report polis. Aku tidak akan lepaskan kakak kau. Kerusi CEO HH Holding akan jadi milik aku.” Sambil tangannya menghentak stering kereta. Dia berkata lagi.

“Tidak apa kali ini aku lepaskan kau Alia.” Kemudian dia memecut keretanya dengan laju.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku