Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 31
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10161

Bacaan






Lebih kurang pukul 6.00 petang Alia masuk ke biliknya untuk solat asar. Sebelum pergi mandi dan solat maghrib untuk majlis khatam Al-quran dan bacaan tahlil untuk orang tuanya pada sebelah malam. Dia duduk berehat sebentar dibikar katil biliknya yang dihias indah dan cantik. Dilihat cincin dijarinya dia menarik nafas panjang. Termenung seketika…

Tiba-tiba biliknya diketuk, Amsya masuk dengan memberi salam. Alia membalasnya. Amsya melihat Alia termenung di katil dia menghampiri Alia lalu duduk disebelah Alia. Tangan Alia dipegang dilihatnya tangan Alia yang cantik ditambah pula dengan inai yang ukir halus. Lalu diangkat dan diciumnya. Alia menarik tangannya dengan lembut dari pegangan Amsya. Amsya melepaskannya, tanpa suara Amsya melirik pada Alia.

Alia bangun menuju ke almari mengambil frame gambar yang dihias cantik didalamnya terdapat banker cek berjumlah RM30,000.00 sebagai duit hantaran pada Alia. Dia membawanya ke katil di mana Amsya berada, dia mencabut cincin kahwin dijarinya perlahan-lahan kemudian meletakkannya diatas frame itu. Amsya memerhati tindakkan Alia dengan hairan. Frame dan cincin itu ditolak ke arah Amsya dengan perlahan. Amsya terkejut lalu bertanya.

“Kenapa ni Lia?”

“Sebagaimana yang telah saya janjikan, saya tidak akan menuntut apa-apa hak saya dari awak sebelum dan selepas kahwin. En.Amsya ambil balik barang awak. Saya tidak perlukan semua itu.” Kata Alia. Tergaman Amsya mendengarnya.

“Tapi inikah belanja hantaran dan cincin kahwin untuk Lia” Jawab Amsya. Alia mengelengkan kepala.

“Awak simpan sahaja kedua-duanya untuk kahwin awak nanti. Saya mahukan cincin yang saya beli, mana dia?” Balas Alia. Amsya terkesima, terdiam seketika hatinya berdebar dengan sikap serius Alia.

“Lia, abang minta maaf banyak-banyak cincin itu…” Belum sempat Amsya menerangkannya Alia sudah memotong percakapannya.

“Sudah hilang? Atau awak bagi pada orang lain?” Soalan yang menjerat Amsya. Terkesima sekali lagi dia, diam tidak menjawab soalan itu, tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Alia memandang tajam kearah Amsya. Sekali lagi dia berkata.

“Saya tidak marah kau cincin itu hilang atau awak bagi pada orang lain. Saya tidak kisah sebab saya tahu cincin itu tidak bermakna pada awak. Cuma saya terkilan awak tidak bagitahu saya. Tapi cincin ada makna untuk saya.” Jelasnya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir. Amsya serba salah. Sekali lagi dia memohon maaf.

“Lia maafkan saya. Saya tahu saya cuai.” Rayu Amsya.

“Tidak apalah En.Amsya perkara sudah jadi. Tidak payah fikirlah.” Balas Alia. Dia mengesat airmatanya kemudian tersengih sinis. Malas untuk dia memikirkan perkara itu. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak boleh beremosi. Kali ini sikapnya berubah. Amsya melihat rauk wajah Alia sudah berubah selepas menarik nafas lega dan wajahnya juga telah kembali seperti yang dikenalinya. Dengan lagak poyonya dia bersuara.

“En.Amsya, lepas ini kita berlakon mesra depan keluarga kita. Saya nak awak cepat kahwin dengan kekasih awak tu. Saya akan yakinkan ummi. Lepas itu kita dua game over.” Ambil mengangkat-angkat kening kearah Amsya. Amsya berkerut dahi.

“Apa Lia cakap ni, abang mana pandai berlakon.” Jawab Amsya.

“Alahai…tak payah nak berabang-abang, depan orang tua kita bolehlah. Takkan tidak pandai nak berlakon sedikit konon-kononnya kita ni bahagia, mesra depan mereka..” Kata Alia.

“Lia, kalau saya ni pandai berlakon. Saya tidak kerja oil & gas, saya jadi pelakonlah. Kalau Lia tu pandai sangat berlakon kenapa tidak jadi pelakon.” Balas Amsya membuatkan telinga Alia berdesing. Di balasnya.

“Hoi En.Amsya, kalau saya jadi pelakon. Pelakon-pelakon lain tidak boleh cari makan tau.”

“Kenapa pula?” Soal Amsya berkerut dahi.

“Iyalah semua award dapat pada saya.” Balas Alia dengan gaya poya tangannya digerak-gerakkan. Asmya tergelak pecah perut.

“Ha, baguslah. Lepas ini Lia tukar kerja tidak payah jadi kerani jadi pelakon jer, glamour sikit abang kahwin dengan pelakon.” Balas Amsya. Alia menjeling kearah Amsya dengan muka yang marah.

“Ohhh, mengaku pun malu kahwin dengan kerani…nak glamour. Boleh jalanlah…” Balas Alia. Dia bangun mencapai tuala untuk mandi. Satu kain tuala diberikan kepada Amsya.

“Nak pergi mana?” Tanya Amsya.

“Mandilah, malam ini ada acara lagi, sudah nak masuk waktu maghrib. Malas saya nak layan awak.” Kata Alia.

“Tak apa, Lia layan abang malam ini.” Balas Amsya bersahaja, dia tergelak. Alia mengigit bibir mendengarnya menahan marah, kemudian membalas.

“Hoi, jangan mimpi, saya kahwin bukan untuk layan dan jaga awak. Lupa ke apa? saja buat lupa?. Ha…satu lagi rumah ini tidak ada bilik air dalam bilik. Bilik air didapur. Dibawah nuh.” Katanya dengan mulutnya dimucungkan sekali dengan gerak kepalanya.

“Ini yang abang tidak suka ni, abang mana biasa mandi dalam bilik air jauh-jauh. Kalau pergi mana-mana pun ummi yang teman.” Amsya sengaja membalasnya begitu. Alia menjelak mata ke arah Amsya.

“Eh, awak tu bukan budak lapan tahun mahu diteman. Tak kan awak nak suruh ummi temankan awak.”

“Siapa kata suruh ummi teman.” Katanya Amsya cuba mengenakan Alia.

“Habis tu?” Tanya Alia.

“Lialah teman siapa lagi.” Jawab Amsya mengusik tersengih mengangkat kening pada Alia.

“Tak kuasa nak teman awak.” Alia dengan pantas berjalan menuju ke pintu lalu membukanya. Amsya mencapai tuala disebelahnya juga mengejar Alia dari belakang. Mereka berebut untuk ke bilik air. Amsya sengaja memperlakukan begitu. Dia memanggil Lia.

“Lia tunggulah. Kita mandi sama.” Kata Amsya. Membuatkan tetamu dan jiran serta saudara-mara yang ada didapur melihat gelagat mereka. Berpandangan sambil tersengih. Sampai sahaja di bilik air. Alia menyuruh Amsya masuk ke bilik air yang ada telaga. Dia sengaja nak kenakan Amsya. Dia tahu bilik air itu paip rosak kalau nak mandi kena timbal air dari perigi.

“Mandi sini ke?” Tanya Amsya.

“Iyalah pergilah mandi dulu.” Kata Alia.

Amsya masuk. Dia tahu Alia mahu kenakan dia, sebab ada satu lagi bilik air yang dia masuk tadi disebelah. Tiba-tiba Amsya menjerit memanggil Alia.

“Liaaaaa…” Alia mendengarnya semua orang yang ada disitu memandang pada Alia. Alia tersengih. Gerak bibirnya gigi dikacip“Aduh…Apa lagi mamat ni nak.”

“Lia, abang sudah panggil tu nak mandi bersama Lia.” Terdengar suara sumbang menyuruhnya mengikut arahan Amsya. Dia mengertak kakinya kemudian ke bilik air Amsya. Dia masuk.

“Awak nak apa, jerit-jerit malulah.?” Tanya Alia. Amsya menuju ke pintu lalu menguncinya.

“Nak mandi macam mana, tak ada paip ni.” Soal Amsya.

“Memanglah tak ada paip, awak timbal sendiri. Ambil air dalam telaga.”Arah Alia.

“Lia, mana abang pandai. Lia mandikan abang.” Arah Amsya. Terbeliak mata Alia terkejut mendengarnya. Bisik hatinya “Aku nak kenakan dia, dia kenakan aku pula tak apa. aku akan balas.”

“Cepatlah apa lagi terhegeh-hegeh, dah nak masuk maghrib ni.” Gertak Amsya. Alia dengan pantas mencapai timba lalu menurunkannya ke dalam perigi beberapa saat kemudian dia menarik semula timba yang berisi air. Timba itu diberikan kepada Amsya. Amsya melihat Alia menghulur timba padanya. Amsya mengangkat kepala mengerakkan keatas tanda tanya.

“Ambillah mandi.” Kata Alia.

“Alia mandikan abang.” Amsya duduk bercangkung untuk memudahkan Alia menjirusnya. Alia sudah bengang. “Heee…mengada-gada.” Jawabnya. Dia menjirus air keatas kepada Amsya. Asmya tersengih ini kali pertama dia dimandikan oleh perempuan lebih-lebih lagi isterinya sendiri.

Dua tiga kali Alia terpaksa menimba air dari perigi sampai merah tapak tangannya. Alia memasamkan mukanya apabila melihat tapak tangannya sakit. Asmya melihatnya rasa bersalah. Dia bangun menarik tangan Alia dan melihat tapak tangan Alia merah. Digosaknya tangan Alia dengan lembut. Terus Alia bersuara.

“Puashati” Sambil menjeling kearah Amsya.

“Abang minta maaf.” Balas Asmya. Alia keluar dari bilik air itu terus masuk ke bilik air yang satu lagi. Dia mandi. Kedengaran suara azan maghrib berkumandang. Cepat-cepat dia membersihkan badannya. Selesai sahaja mandi dia terus ke biliknya. Dilihatnya Amsya sedang bersolat dia menunggu di kerusi solek depan cermin dia menunggu Asmya sudah sembahyang kerana laluan untuk ke almari terhalang apabila ada orang sembahyang di situ.

Beberapa minit menunggu akhirnya Asmya memberi salam. Dia berdoa seketika kemudian bangun ke katil, dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil sambil memerhati Alia yang sedang berkembang gantung dengan tuala dibahu. Alia mengambil kain telekung sembahyang lalu memakainya tuala yang ada dibahunya dibuang dan disidai di atas rak. Kemudian mengambil kain sarung memakainya lalu bersolat. Lima minit menunaikan solat akhirnya Lia siap, dia membuka ikatan kain sarung sembahyang lalu disidainya. Alia mencapai dan memakai kain kurung satin untuk majlis malam itu. Amsya asyik memandang Alia. Alia perasan yang dia diperhatikan. Dia memalingkan diri pada Amsya.

“Kenapa tengok? Terliur ke?” Soal Alia menguji mahu mengenakan Amsya.

“Alah, setakat tubuh awak tu tidak terliurlah saya. Bukan cantik pun.” Balas Amsya. Sebenarnya dia teruja melihat Alia.

“Tak terliurkan?.. Bagus itulah yang saya nak dengar.” Ulang Alia dengan sengih. Dia dengan sengaja membuka telekung sembahyang memalingkan kebelakang. Terkejut Amsya melihat Alia hanya berbaju dalam matanya berkelip-kelip melihat tubuh Alia yang putih kemudian memalingkan mukanya kearah lain sambil meraup muka. Dia menutup mata. Alia cepat-cepat mengambil baju kebarung lalu menyarungkan ketubuhnya, butang di kacing. Dia melihat Amsya sedang memejap mata. Dengan perlahan dia menghala ke arah Amsya yang sedang duduk di bikar katil kemudian mendekatkan mukanya ketelinga Amysa, dia berkata.

“Lain kali kalau saya pakai baju, keluar. Faham.” Amsya terperanjat lalu memegang lengan Alia. Amsya membuka matanya. Dengan pantas Alia bersuara.

“Saya ada wuduk.” Amsya mendengarnya lalu melepaskan pegangannya.

“Mujur beralas kalau tidak, tak pasal-pasal pula saya kena ambil wuduk sekali lagi.” kata Alia marah pada Amsya.

“Yang Lia terkejutkan abang kenapa?” Soal Amsya.

“Eleh…macam tu pun terkejut. Pondan.” Balas Alia menaikan darah Amsya.

“Cakap apa?... pondan. Nak tahu pondan ke tak try dululah.” Balas Amsya mengusik Alia. Menyerap darah Alia mendengarnya. Alia melepaskan geram kearah Amsya. Dengan mengacipkan giginya “Huh”. Lalu berlalu dari situ menuju ke meja solek. Amsya tersengih nakal berpuashati. Sekali Alia memandang Amsya.

“Kenapa tidak pakai baju melayu lagi?” Tanya Alia dengan geram.

“Mana bajunya?” Disoalnya Alia balik. Alia memandang Amsya, dia teringatkan baju melayu Amsya dalam almarinya. Tersengih dia pada Amsya. Tangannya diangkat isyarat minta maaf.

“Sorry, ada dalam almari, kejap Lia ambil.” Balasnya. Amsya tersengih sambil mengeleng kepala. Alia menuju ke almari baju terus membuka dan mengambil baju melayu Amsya. Dia menghulurkan baju itu pada Amsya. Amsya menyambutnya.

“Cepat sikit pakai, nanti orang datang nak make-up saya.” Arah Alia.

“Eh. Nak mengaji pun kena make-up juga ke?” Soal Amsya sambil memakai baju melayunya.

“Iyalah, kena cantik-cantik. Penampilan penting tau, boleh membakar semangat. Confident.” Jawab Alia mengangkat kening.

Siap memakai baju melayu Amsya melihat butang bajunya tidak ada.

“Butang baju melayu ada tak?” Soal Amsya.

“Mana ada. Eh, awak tidak beli ke?” Balas Alia.

“Baju inikan ada dengan Lia. Ingatkan Lia beli. Habis tu macam mana ni?” Tanya Amsya sengaja membakar hati Lia.

“Aduh!.. tidak boleh diharap. Ingatkan awak yang beli. Baju melayu akad nikah tadi mana?” Soal Alia.

“Dalam bilik Arshraf.” Jawabnya selamba.

“Pakai yang itu sajalah.” Tegas Lia. Amsya mengangguk. Pintu bilik mereka diketuk, terdengar orang memberi salam. Salam itu dijawab, Lia membukanya.

“Hai, Lia boleh masuk ke?” Tanya Kak Lili yang sudah didepan pintu biliknya.

“Masuklah.” Jawab Alia sepatah sambil menoleh jam didinding biliknya 8.00malam.

“Kenapa lambat? Cepatlah nanti lewat pula kejap lagi tok guru mengaji datang.” Arah Alia pada Kak Lili.

“Iyalah. Meh sini.” Ajak Kak Lili supaya Alia duduk kerusi depan meja solek.

“Make-up cepat sikit.” Arah Alia lagi. Kak Lili tengok Alia yang sedang mengarahnya.

“Amsya, awak tengok isteri awak ni, nak marah-marah kita pula. Dia yang lambat. Lia kalau Lia marah-marah macam ini, nanti kak Lili kebas Amsya yang hensem ni, baru tahu.” Gertak manja Kak Lili. Membuatkan Alia ketawa gila.

“Hahahaha…ambil jer lah kak Lili kalau nak, Lia tidak kisah pun.” Amsya mendengarnya juga ketawa bersama.

“Alah mulut jer tu kata tak kisah, nanti kau menyesal baru tahu.” Balas Kak Lili sambil mengenakan solekkan pada wajah Alia.

“Tak menyesal pun. Cepatlah sikit.” Arah Alia lagi.

“Eh…budak ni mengada-gada.” Kata Kak Lili pada Alia.

“Kak Lili make-up isteri saya cantik-cantik biar semua terpegun.” Arah Amsya pula kali ini.

“Baiklah abang Amsya. Abang Amsya tidak mahu layan saya ke?” Soal Kak Lili mengoda. Alia mendengarnya tergelak sehingga dia menutup mulutnya, sambil memandang Amsya. Amsya melihat Alia ketawa padanya, dia menjawab nakal.

“Saya nak sangat layan Kak Lili, tapi nanti ada orang jelouse pula. Kan tidak pasal-pasal malam pertama tidak dapat apa.” Amsya tergelak. Merah muka Alia mendengarnya.

“Biarkan si Lia ni jelouse Amsya. Dia selalu nak kenakan orang. Menyesal nanti kau Lia, aku tidak tahu kalau Amsya melekat pada aku. Kau juga yang susah tau.” Gertak Kak Lili lagi. Alia menjuih bibir kepada Kak Lili didepannya. Kak Lili ketawa. Amsya meninggalkan mereka keluar untuk ke bilik Arshraf mengambil butang baju. Puan Anis ke bilik Alia menjenguk Alia sedang bersolek.

“Cantiknya menantu ummi.” Puji Puan Anis. Alia tersenyum dengan pujian umminya. Kemudian Puan Anis meninggalkan mereka berdua di situ.

Beberapa minit selepas itu Amsya kembali ke biliknya.

“Lia cepat sikit tok guru sudah sampai.” Arah Amsya. Alia mengangguk.

Kini Alia siap disolek oleh kak Lili. Baju kebarung satin putih dengan labuci dilengan dan depan dengan make-up warna yang lembut menambahkan lagi seri wajah Alia. Dia keluar menuju ke ruang tamu. Ramai juga yang hadir malam itu, Alia memandang Amsya disebelah Irfan dan Puan Anis juga ada disitu. Kemudian dia memandang Mak Tim dan Tok wannya. Tok guru yang pernah mengajarnya mengaji melihat gadis cantik itu.

“Ini ke Alia? Sudah besar panjang, cantik pula tu, dah lama tidak tengok. Alia sudah sedia.” Tanya Tok guru mengaji pada Alia. Alia menghampirinya dengan senyuman. Dia duduk tersipu didepan Al-quran yang ada didepan Tok guru yang pernah mengajarnya dulu. Hati Alia sedikit gementar, berdebar pun ada. Dia memandang sekeliling semua mata tertumpu padanya. Dia menarik nafas panjang. Membuka helaian Al-quran didepannya yang telah ditanda.

Alia akan membaca surah Al-Imran ayat pertama hingga ayat dua puluh. Alia mula membaca doa didalam hatinya. Kemudian dia memandang Tok guru didepannya. Tok guru mengangguk kepadanya. Alia memulakan baca dengan surah Al-Fatihah. Semua yang ada disitu terpegun dengan alunan suara Alia membaca Al-quran merdu dan lunak setiap bacaannya. Tok wan, Mak Tim, aki, Pak Majid, Arshraf sudah biasa mendengar Alia membaca Al-quran. Mereka tersenyum.

Puan Anis tersenyum mendengar bacaan Alia, dia memandang Amsya yang ralik memerhati Alia. Tidak ada satu pun sebutan yang salah dibaca Alia dalam surah Al-Fatihah. Selepas itu Alia terus membaca surah Al-Imran. Dengar suaranya yang lunak dan merdu dengan tajwidnya sekali alunan mendayu-dayu membuatkan semua yang ada disitu amat perpegun dengan bacaanya. Tergaman Amsya dan Irfan mendengarnya. Arshraf melihat abang iparnya itu dia tersengih pada Amsya. Dalam hati Arshraf berbisik. “Mungkin abang Amsya tidak tahu bahawa Alia adalah pelajar aliran Agama di MARA ULU ALBAB. Sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam jurusan Arkitek.”

Irfan membisikkan sesuatu pada Amsya. “Untung kau Amsya dapat Alia. Bukan saja cantik malah begitu pandai membaca Al-Quran. Tahniah.” Amsya tersengih bangga.

Selepas selesai Alia menghabiskan bacaannya. Tok Gurunya membacakan doa, selepas itu mereka semua membaca suruh Yasin untuk arwah kedua orang tuanya. Selesai sahaja majlis tahlil mereka semua sekali lagi dihidang dan jamuan dengan nasi dan pulut..

Selepas semua tetamu yang hadir pulang termasuk Irfan yang turut pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Alia terlebih dahulu memasuki biliknya. Dia menukar baju kemudian turun ke dapur menuju ke bilik air. Amsya menyusur masuk ke bilik beberapa minit selepas Alia ke bilik air. Selang beberapa minit kemudian Alia masuk ke bilik semula dengan wajahnya telah dibersihkan. Di lihatnya Amsya sedang menukar pakaian, selepas itu Amsya membuka handphonenya yang telah ditutup sepanjang hari. Alia menunaikan solat Isyak yang belum ditunaikan.

Selesai bersolat Alia ke meja solek disapunya toner, serum dimuka dan sedikit lotion dibadannya. Dia bangun ke katil di mana Amsya sedang sibuk dengan handphonenya. Alia kebelakang Amsya dia meminta izin Amsya untuk mengambil sesuatu.

“Tepi sikit” Kata Alia. Amsya mengerakkan tubuhnya sedikit ke depan Alia mengambil bantal lalu diletakkan dibawah.Amsya melihat kelakuan Alia pelik, dahinya berkerut.

“Kenapa ni?” Tanya Amsya pada Alia.

“Tidurlah.” Jawab Alia sepatah.

“Kenapa pula? Kenapa tidak tidur atas.” Soala Amsya.

“Tidak apalah awak tidur jerlah atas. Takkan awak nak tidur dibawah. Biar saya saja.” Jawab Alia.

“Lia, tidur atas kita tidur sama-sama. Katil yang dihias cantik macam ini takkan nak tidur bawah.” Kata Amsya membuatkan Alia membeliakkan matanya.

“Hah..Mana boleh.” Jawab Alia. Sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.Amsya faham apa yang dimaksudkan oleh Alia. Dia mengambil bantal peluk lalu diletakkan ditengah-tengah.

“Bantal peluk ni jadi line sempadan. Alia tidur sebelah sana, abang tidur sebelah sini.” Terang Amsya menunjukkan tempat tidur mereka. Alia memerhati dan mendengar cadangan Amsya. Dia mengangkat tangan telunjuknya kepada Amsya.

“Betul ni. Awak tidak tidak akan masuk sempadan sayakan?” Ulang Alia.

“Iyalah, mari tidur sini.” Arah Amsya lagi

“Janji.” Katanya sepatah. Amsya sengih dan mengangguk. Alia mengambil bantal tadi lalu merangkak naik ke atas katil kemudian merebahkan badannya yang terasa amat penat dan letih sehari suntuk melayan semua acara pada hari ini. Matanya sudah mengantuk.

“Ingat En.Amsya jangan masuk sempadan saya.” Pesan Alia lagi.

“Pandai Alia mengaji tadi, sedap pula tu kena dengan tajwidnya sekali. Lia sekolah di mana dulu?” Tanya Amsya memandang Alia. Alia membalas pandangan itu lalu menjawab.

“MARA ULU Albab. Sudahlah En.Amsya saya nak tidur ni menggantuklah.” Dia membaringkan diri membelakangi Amsya. Amsya tersenyum melihat gelagat Alia.

Hati Alia berkata. “Eh, kalau aku mengiring sebelah sini nanti En.Ansya tengok punggung aku pula. Tidak boleh ni.” Dia berpusing mengiring mengadap Amsya dengan tapak tangannya menutup muka. Amsya memerhatinya.

“Alah, tidak payah nak tutup muka awak tu, saya bukan nak tengok pun.” Kata Amsya membuatkan Alia sedikit terkejut. Dia membuka mukanya lalu membalas..

“Yalah tu, saya tahu awak memang nak tatap dan tenung muka saya yang cantik ni kan? saya bukan tutup muka sebab tidak mahu awak tengok saya. Saya tidak hairan awak nak tengok pun, cuma saya tidak boleh tidur lampu cerah.” Jawab Alia. Tersengih Amsya mendengar jawapan Alia.

“Kalau macam itu tidak apalah abang tutup lampu.” Balas Amsya dengan pantas Alia menjawab.

“Tidak payah jangan tutup lampu.” Balas Alia dengan pantas.

“Kenapa pula, kata tidak boleh tidur lampu menyala.” Tanya Amsya hairan.

“Ada hang tu.” Jawab Alia. Amsya sengih kehairanan.

“Awak takut hantu, cakap sajalah.” Balas Amsya.

“Aduh! En.Amsya bukan hantu…hang tu ada.” Amsya mengerut dahi mendengarnya pada mulanya dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Alia. Dia mengulang perkataan itu “Hang tu…oh baru dia faham ‘hang tu’ yang dimaksudkan oleh Alia adalah dirinya. Geli hatinya” Dia ketawa tergelak-gelak. Alia melihat Amsya gelak pecah perut padanya.

“Luculah awak ni Lia.” Kata Amsya membuatkan Lia juga geli hati dan ketawa bersama.

“Dahlah En.Amsya saya nak tidur ni.” Jerit Alia. Dia terus memejamkan matanya, terus tidur.

Amsya sibuk membaca setiap WhatsApp yang diterimanya. Dia menerima begitu banyak SMS dan panggilan dari Tengku Umairah. Dia tidak mahu Tengku Umairah mengesyaki sesuatu, lalu menghubungi Tengku Umairah. Dilihatnya Alia sudah terlelap.

Pangilan disambung.

“Hello, abang kat mana ni dah banyak kali Mairah call off jer telafon.” Jawab Tengku Umairah dengan nada marah dan merajuk.

“Maaflah abang ada di rumah saudara di Terengganu, tadi telefon tak ada bateri.” Balas Amsya cuba memujuk.

“Abang dengan siapa? Kenapa tidak caj saja bateri.” Tanya Tengku Umairah lagi tidak puashati.

“Dengan ummilah. Abang ada kenduri, tadi orang ramai lagi pun abang ada rumah orang mana boleh caj telefon nanti hilanglah.” Jawab Amsya menyakin Tengku Umairah. Sambil dia berbual dengan Tengku Umairah ditoleh kearah Alia yang sedang tidur. Tersengih sendiri. Terusik jiwanya nakal “Depan isteri sedang tidur dalam telefon pula kekasih.Aduh bahagianya.” Sambil tangannya menyentuh dan membelai pipi gebu milik Alia dengan lembut, terusik jiwanya berdebar pun ada apabila menyentuh Alia. Amsya melihat jam dinding 12.50malam.

“Mairah tidur dulu, sekarang sudah lewat ni kita sembang esok.” Pujuk Amsya.

“Baiklah, Mairah tunggu abang call esok. Bye good night my dear..” Balas Tengku Umairah, kemudian talian terputus.

Tangan Amsya asyik membelai lembut pipi Alia sesekali menyentuh bibir manis Alia yang berwarna pink walaupun tanpa gincu. Dipegangnya tangan Alia membelek tapak tangan Alia yang merah tadi, masih ada kesan calar ditapak tangan Alia digosoknya perlahan-lahan lalu Amsya mencium tapak tangan Alia.

Diperhatinya Alia dari kepala hingga ke hujung kaki. Teruja juga dia melihat tubuh badan dan wajah cantik Alia yang bujur sirih itu tidur disebelahnya. Dia perlahan-lahan mencium dahi dan pipi Alia. Alia mengerakkan badannya mungkin terasa pipinya disentuh.

Alia melentang badannya manakala kepalanya pula berpaling ke kanan. Menyebabkan leher kiri putih Alia yang jinjang mengadap ke Amsya. Apa lagi tersengih sedikit Amsya inilah peluang untuk dia mencium leher Alia, perlahan-lahan dia mencium leher Alia, terdengar suara halus Alia mengerang apabila lehernya dicium Amsya. “Humm” Amsya cepat-cepat melepaskan ciuman itu risau Alia terjaga. Kemudian Alia mengiringkan semula badannya ke arah Amsya memeluk bantal yang dijadikan sempadan antara mereka.

Amsya memainkan peranannya membaringkan tubuhnya mengiring kearah Alia, dia perlahan-lahan mengangkat tangan Alia mengalihkan bantal peluk itu kebelakang Alia, dia merapatkan tubuhnya ke badan Alia kemudian meletakkan tangan Alia yang diangkat tadi perlahan-lahan kepinggangnya. Tangannya pula merangkul pinggang Alia. Perlahan-lahan mukanya mendekati muka Alia kini bibirnya pula menyentuh bibir isterinya itu. Bisik juga hati Danial Amsya “Hai Lia tidak sedar kau apa aku buat, kalaulah orang lain ditempat aku sudah lama kau jadi korbannya.” Asmya terus memejamkan matanya lalu tertidur.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku