Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 32
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18868

Bacaan






Dingin hari yang penuh syahdu kedengaran sayu-sayu azan subuh berkumandang. Alia tersedar dari tidurnya yang lena. Sehari suntuk kelmarin menjadi raja sehari membuatkan dirinya merasa sungguh penat menyebabkan dia tidur dengan nyenyak. Apabila tersedar dia merasa pinggangnya dipeluk, dia juga merasa tangannya memeluk sesuatu tapi bukan bantal lalu dibuka matanya.

Amat terkejut dia apabila melihat dirinya berpelukkan dengan Amsya manakala mukanya amat rapat dengan muka Amsya. Dia meratapi wajah lelaki didepannya kini. Dia tersenyum teruja juga menatap wajah kacak milik Amsya. Terusik juga jiwa dan perasaannya ketika itu. Bisik hati Alia “Apa boleh buat Amsya bukan untuk aku, aku tidak boleh jatuh cinta dengan dia. Macam mana kalau dia tahu aku terimanya untuk lari dari Faris.”Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya dari pinggang Amsya kemudian mengalihkan tangan Amsya dari pinggangnya, dia bangun sambil memegang tangan Amsya mencari bantal peluk, dia memusingkan badannya mencari bantal peluk, ada dibelakangnya lalu diambil bantal itu diletakkan ditempat tidurnya tadi kemudian meletak tangan Amsya diatas bantal itu. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Bisik hatinya.

“Apa En.Amsya buat pada aku semalam.” Dia melihat pakaiannya tidak ada apa pun yang ditanggalkan semua elok.” Dia mengangkat bahu. Termenung Alia seketika sambil memerhati Amsya dia tersenyum, inilah kali pertama dia tidur dengan lelaki. Dia mengelengkan kepalanya untuk melupakan apa yang difikirnya. Lalu mencapai tuala menuju ke bilik air. Amsya tersedar dari tidur dilihatnya Alia tidak ada dipandang jam dinding 5.50pagi. Dia tersenyum melihat tangannya memeluk bantal. Dia tahu Alia sedang mandi sengaja dipejamkan matanya semula menunggu Alia kembali ke bilik. Beberapa minit sepelas itu pintu biliknya dibuka, Alia tengok Amsya masih tidur, niatnya mengejutkan Amsya selepas solat subuh. Dia mencapai kain sembahyang dan memakainya lalu mengangkat takbir menunaikan solat subuh. Amsya bangun mengambil tuala yang tersidai dirak ditepi katil lalu ke bilik air.

Selesai solat Alia berdoa seketika, dia sedar Amsya sudah bangun dari tidur. selepas itu dia bangun mengambil bajunya dalam almari dan kain pelikat serta baju Amsya diletaknya di atas katil dia memakai bajunya. Dia menuju ke meja solek untuk menyikat rambut, dilihat wajahnya dicermin sambil membaca doa. Dia mengecilkan matanya apabila ternampak sesuatu dilehernya dia merapatkan wajahnya ke cermin melihat lehernya terdapat kesan merah. Hatinya kini sudah geram dengan tangannya dikepalkan.

“heee…ini mesti kerja dia, berani dia buat love bite pada aku, jaga kau Amsya…siap kau.”

Membara hatinya kini, Alia menunggu Amsya selesai mandi, dia duduk diatas kerusi solek di depan cermin sambil mengedik-gedikkan kakinya. Terdengar tombol biliknya dibuka dia melihat Amsya masuk. Amsya menoleh pada Alia dengan senyum manis. Alia membalasnya pandangn Amsya dengan tajam mukanya masam. Amsya berkerut dahi.

“Morning sayang” Sapa Amsya. Alia menjeling kearahnya, tidak membalas sapa itu. Alia sabar menunggu untuk berbicara dengan Amsya selepas Amsya selesai solat. Dia melihat Amsya mengambil kain pelikat yang dia letakkan diatas katil, sebelum bersolat Amsya menoleh pada Alia yang sedang memerhatikannya dengan tajam, Amsya berkerut dahi. Kemudia dia memakai baju t-shirt lalu bersolat subuh.

Selesai sahaja Amsya bersolat dan menyidai sejadah, Alia memanggil Amsya. Asmya berpaling padanya.

“En.Amsya, ini kerja awakkan?” Tanya Alia sambil menunjuk kesan merah dilehernya.

“Kerja apa? tidak fahamlah.” Jawab Amsya selamba buat tidak tahu. Walaupun dia tahu maksud Alia. Sengaja buat tidak tahu.

“Saya tahu ini kerja awak, kalau tak siapa lagi.” Tuduh Alia lagi. Amsya datang berdiri dekat didepan Alia.

“Apa Lia cakap ni?” Tanya Amsya berkerut kening sambil mengangkat kepala.

“Ini, kerja awakkan?” Tunjuk Alia sekali lagi. Amsya menyentuh kesan merah dileher Alia. Amsya mengecilkan matanya.

“Kenapa tuduh abang, kena apa ni?” Soal Amsya balik. Hatinya sudah tergelak ditahannya.

“Eh buat-buat tanya pulak. Awak yang buatkan? Soal Alia tegas. Bermasam muka.

“Eh, mana tahu siapa buat. Siapa gigit pun tidak tahu. Nyamuk ke? Semut ke? Nak main tuduh-tuduh, main terjah jea ada bukti ke?.” Jawab Amsya memandang tajam kearah Alia. Konon-konon marah pada Alia menuduhnya.

“Dalam bilik ini kita dua jer En.Amsya.” Balas Alia lagi memasam muka dan memandang tepat kemata Amsya.

“Iyalah kita dua tapi mana abang tahu siapa buat pada tengkak Lia merah. Entah nyamuk, semut atau serangga lain gigit tuduh abang pula.” Jawab Amsya mengelak.

“Saya tahulah En.Asmya kesan gigitan serangga dengan gigitan orang.” Kata Alia. Amsya dengar tergelak sedikit bahunya terangkat.

“Haha…Oh kenal… biasa ke? pernah buat? Soal Amysa membuatkan darah Alia mengelegak matanya dijengkelkan pada Amsya. Jawab Alia dengan geram giginya dikacip.

“Memanglah tidak pernah. Tapi saya tahulah.” Kata Alia marah.

“Tak ada bukti jangan nak tuduh-tuduh, abang memang pantang kalau kena tuduh tanpa bukti.” Tegas Amsya.

“Nak bukti apa lagi.” Kata Alia. Amsya memelihat Alia hatinya berkata “Kena kau Lia kali ini.” Sambil menarik tangan Alia.

“Mari sini abang buktikan.” Kata Amsya. Dia memegang kedua-dua tangan Alia kemudian menghala kedua-dua tangan Alia ke belakang Alia. Kini tubuh mereka rapat antara satu sama lain, Alia terkunci.

“Awak nak buat apa ni?” Soal Alia menjerit dan meronta..

“Abang nak bukti pada Lia. Diamlah” Jerkah Amsya pada Alia, terkejut Alia dengan tindakan Amsya, membuatkan Alia terdiam. Amsya mendekatkan wajahnya ke leher Alia. Alia memejam mata, menyerap darah dari dubuhnya berdiri bulu roma apabila Amsya mencium lehernya dengan lembut. Alia sedikit meraung untuk dilepaskan. “Auur” Amsya melepaskan ciuman itu tapi tidak sudah di situ. Dengan pantas Amsya mencium bibir Alia beberapa saat kemudia dia meleraikan pegangan tangan Alia. Kuat nafas Alia berdebar jantungnya berdegup kencang . Alia tunduk malu merah mukanya. Kali ini bukan sahaja lehernya merah tapi wajahnya juga. Belum sempat Alia berkata apa-apa Amsya terlebih dahulu bersuara. Dengan suara yang keras Amsya berkata.

“Tengok dalam cermin sama ke tak?” Arah Amsya hatinya sudah tergelak nakal. Alia memandang cermin. Bulat matanya apabila melihat kesan itu sudah menjadi dua, dengan marahnya dia bersuara.

“Jadi betullah ini kerja awak?” Jerkahnya.

“Kalau sudah ada bukti, memang abang mengakulah abang yang buat.” Jawab Amsya sambil tergelak.

“Apa lagi awak buat pada saya semalam.” Tanya Alia dengan geram dan marah. Amsya senyum melerek, tersengih. Sambil tangannya menunjuk-nunjuk pada muka Alia, Amsya menjawab.

“Abang cium pipi Lia, dahi, bibir… lepas itu Lia peluk abang. Abang pun balaslah pelukkan Lia.” Alia terkejut matanya dijengkelkan kearah Amsya. Terpana Alia mendengarnya.

“Siapa alihkan bantal” soal Alia marah,

“Manalah abang tahu tiba-tiba Lia peluk abang.” Jawab Amsya selamba. Alia dengan memandang garang dan tajam ke arah Amsya.

“Kenapa? Lia nak marah, marahlah, nak pukul? Nak bergaduh? Nak bergusti? Jomlah, kita bergusti atas katil tengok siapa kalah dulu.” Balas Amsya dengan sengaja menyimbah minyak kemarahan pada Alia. Alia menarik nafas panjang dan menghempasnya dengan kuat. Malas rasanya nak layan Amsya, makin dilayan makin menjadi. Matanya tajam ke wajah Amsya.

Dengan marah dan geram Alia berkata dengan mengacip giginya. “En.Amsya ingat saya kahwin dengan awak untuk jaga dan layan ummi bukan awak. Faham, itu perjanjian kita. Lepas ini cepat sikit kahwin dengan kekasih awak kemudian lepaskan saya.”

Amsya tidak terkejut dengan kata-kata Alia, dia semakin tersengih dan mengeyit mata pada Alia. Alia semakin bengang.

“Ketepi” Kata Alia sambil menolak Amsya dia menghentakkan kakinya dengan kuat tanda protes. Lalu keluar dari bilik itu menuju ke dapur. Amsya tergelak. Hatinya berkata “Padan muka kau Lia jual mahal sangat. I want you feel, what I feel Lia. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku, wahai Alia Nasuha.” Dia menghala ke cermin menyikat rambutnya kemudia keluar dari bilik menuju ke dapur.

Alia sampai didapur dilihatnya semua orang tuanya ada di situ. Dengan wajah yang masam dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah umminya. Mak Tim didepannya melihat anak gadisnya itu bermasam muka, lalu bersuara.

“Kenapa pengantin baru masam mencuka ni. Orang senyum pagi-pagi baru murah rezeki.” Mendengar kata-kata Mak Tim semua berpaling pada Alia. Alia menjawab.

“Tidak ada apalah Mak Tim, penatlah layan En.Amsya tu.” Semua orang tuanya tersengih mendengar penjelasan Alia. Alia memandang orang tuanya diam tersengih padanya, Alia perasan dengan jawapannya. Dia malu, menundukkan kepala mukanya berkerut. Bisik hatinya “Alamak salah cakap. Salah fahamlah pula mereka ni. Aduh malunya.” Untuk menutup malu Alia bangun menuju ke Tok wan yang sedang mengucau sesuatu di dalam periuk di atas dapur.

“Tok wan buat apa ni?Soal Alia manja.

“Tok wan panas lauk semalam.” Balas tok wan memandang cucunya itu senyum penuh makna. Lia memuncungkan mulutnya pada tok wan. Tersengih tok wan dengan gelagat cucunya itu.

Amsya datang duduk disebelah umminya. Dia memberi salam pada semua. Salam dijawab oleh orang tua mereka yang ada di situ. Umminya senyum melihat anak tunggalnya itu.

“Ha, Am penat juga ke?” Soal akinya mengusik mereka. Amsya berkerut dahi dengan soalan itu pelik. Jawabnya.

“Penat apa pula aki, baru jea bangun.” Mereka semua tersenyum. Mereka tahu Amsya tidak faham soalan itu. Alia mendengarnya berkerut dahi. Bisik hatinya “Aki cakap apa pula ni.” Amsya melihat Alia disisi tok wan.

“Along, tolong ambil tiga teko dalam almari tu bancuh air manis.” Arah tok wan.

“Nak buat air apa?” Tanya Alia.

“Along tanyalah Abang Amsya nak minum apa.” Jawab tok wan mengarah. Mengeluh Alia mendengarnya. Alia memandang Amsya dengan wajah suram.

“Nak minum air apa?” Tanya Alia dengan perlahan tapi sedikit keras bunyinya. Sambil mengambil teko yang dimaksudkan oleh tok wan.

“Lia, cakap elok sikit dengan suami.” Tegur Mak Tim. Umminya memandang Alia. Sekali lagi Alia tunduk malu. Amsya menjawab membela isterinya itu.

“Abang nak air Nescafe, ada ke sayang?” Alia mendengarnya terkejut. Bisik hatinya “Aduh bersayanglah pula mamat ni.” Alia bermanis muka pada semua.

“Along ambil susu dalam almari. Tolong tebuk bolehkan?, buat Nescafe, kopi o dan teh o.” Arah tok wannya lagi. Alia mengambil susu yang ada dalam almari.

“Banyaknya buat air. Siapa nak minum ni? Tanya Alia terkejut.

“Ramai, buat jerlah letak atas meja tu, mak su dan anak menantunya nak datang.” Balas Tok wan.

“Tok wan, kenapa tidak beli susu tin yang sudah ada tangkal di atas senang sikit tarik saja. Ini susah nak tebuk.” Kata Alia. Amsya bangun menuju ke arah Alia.

“Itu yang murah. Ambil penebuk tu.” Arah tok wan lagi.

“Mari abang tolong. Lia ambil penebuk” Pinta Amsya apabila mendekati isterinya itu. Alia mengikut arahan. Dia memberi penebuk itu pada Amsya. Amsya menebuk susu, Alia menuang air ke dalam tiga teko. Dibancuh kopi o terlebih dahulu. Selepas Amya menebuk susu dia memberi kepada Alia. Amysa berdiri dibelakang melihat Alia yang sedang membancuh kopi. Dia memeluk Alia dari belakang. Menyerap darah Alia berdiri bulu romanya.

“Buat sedap-sedap air tu sayang.” Arah Amsya sambil memeluk Alia. Dengan suara yang perlahan Alia berkata.

“Apa awak buat ni? orang tengok malu, lepaslah.” Sambil mengeliatkan tubuhnya. Amsya tidak perduli. Tidak terdaya Alia depan orang tuanya terpaksa dia berada dalam pelukan Amsya.

“Buatlah air tu?” Arah Amsya. Ummi mereka melihatnya tersenyum dengan gelagat anak menantunya. Mesra.

Arshraf turun mendapatkan mereka semua. Sambil menguap.”Ahhh” Dia duduk di kerusi sebelah Puan Anis. melihat abang iparnya sedang memeluk kakaknya.

“Ha, Arshraf mengantuk lagi ke?” Tanya Akinnya

“Mengantuklah aki, semalam pukul 2.00pagi baru boleh tidur, basuh periuk belangga. Kita yang kena basuh periuk belangga…orang tu senang-senang jer, sedap tidur berpelukkan lagi.” Komen Arshraf pada kakaknya Alia. Alia memberi teko pada Amsya untuk dihidang atas meja. Alia mendengarnya .

“Alah, buat kerja sikit merungut. Manja” Jawab Alia. Amsya tersenyum pada Arshraf dengan jawapan Alia.

“Banyaklah adik kena basuh semalam. Nanti along tolong ambil bawa masuk semua periuk belangga diluar tu.” Arah Arshraf.

“Iyalah, yalah…nanti along buatlah, terima kasih.” Balas Alia.

Mereka semua menikmati sarapan pada pagi itu bersama-sama.

Pagi itu Faris bangun awal, kalau kebiasaannya pukul Sembilan atau pukul sepuluh baru bangun. Walaupun dia tidak menghadirkan dirinya pada majlis kahwin Alia kelmarin, sakit hatinya tidak dapat ditahan apabila Alia berkahwin dengan Amsya. Difikirnya “Macam mana Alia boleh kahwin dengan Amsya, bila masa pula mereka bercinta, siapa Amsya tu. Aku tidak peduli aku mesti jumpa Alia.” Faris melangkah keluar dari biliknya pagi itu dengan perasaan yang marah dan tidak puashati dengan Alia yang kini sudah menjadi milik orang lain. Mundar- mandir dia di raung tamu rumahnya, dia nekad untuk berjumpa Alia. Ayahnya En.Yusof yang juga berada diruang tamu rumahnya melihat Faris macam cacing kepanasan. Faris mengambil kunci keretanya. Belum sempat dia turun dari rumah, ayahnya memanggil.

“Faris, kau nak ke mana pagi-pagi begini.” Tanya En.Yusof.

“Rumah aki,” Jawabnya dengan kasar.

“Kau nak buat apa? Tak payah kau nak kejar Alia tu lagi. Kau sudah terlambat pun, Lia sudah kahwin. Melepaslah kau untuk ambil kerusi CEO tu. Dulu kau kata boleh yakinkan Alia. Sekarang tengok apa kau dapat?” Kata En.Yusof membakar dan memarakkan lagi hati Faris yang sudah lama bergelegak.

“Saya akan dapat juga Lia tu, dia akan jadi milik saya.” Balas Faris dengan bengis. Dia melangkah turun dari rumah menuju ke keretanya lalu memecut ke rumah datuknya.

Selesai mereka bersarapan dengan saki baki lauk pauk semalam yang masih ada. Alia keluar ke belakang rumah untuk mengemas barang-barang yang telah dibasuh oleh Arshraf semalam.

Amsya dan Arshraf naik ke atas untuk ke ruang tamu. Arshraf meminta izin keluar ke kedai Kak Lili untuk mengambil gambar perkahwinan kakaknya. Amsya yang berada diruang tamu bangun apabila mendengar sebuah kereta dijenguknya melihat sebuah kereta Honda berhenti di halaman rumah akinya. Faris keluar dari kereta dia melihat kelibat Alia dibelakang rumah. Faris melihat sebuah kereta Fairlady putih berada di depan keretanya cantik. Bisik hati Faris “Kereta siapa ni?”

Kemudian Faris menuju ke arah Alia. Amsya memerhati seorang lelaki yang tidak dikenalinya menuju ke belakang rumah mencurigakannya apabila melihat lelaki itu. Amsya turun mengekorinya.

Sampai sahaja Faris di belakang Alia, dia terus menarik tangan Alia yang sedang menyusun periuk. Alia terperanjat apabila Faris datang padanya dengan tiba-tiba terus menariknya. Tiba-tiba jantung Alia berdebar dengan tindakkan Faris.

“Faris lepaskan akulah. Kau gila ke?”Kata Alia sedikit menjerit dengan keras. Dengan suara yang keras Faris membalasnya.

“Memang aku gila. Berani kau tolak pinangan aku. Kau kahwin sebab lari dari akukan?” Jerkah Faris dengan keras pada Alia. Berdebar jantung Alia mendengar kata-kata Faris.

“Eh, Faris jangan ganggu aku. Pergilah Faris.” Jerkah Alia lagi. Faris tidak peduli, dia melihat tanda merah dileher Alia. Dia tersengih jahat kearah Alia, menyentuh leher dan pipi Alia. Lalu berkata.

“Ohhh…cantik tengkak kau Lia, kalau kau kahwin dengan aku, aku boleh bagi kau lebih dari ini.” Alia menepis kuat tangan Faris marah dan geram dengan kata-kata Faris. Kelakuan mereka berdua diperhati oleh Amsya, “Kenapa mereka ni? Siapa lelaki itu?” Kata Amsya sendirian. Amsya menuju kearah mereka. Dengan marah Alia menjawab sambil tangannya menghala ke muka Faris.

“Jahaman kau Faris. Sebelum aku menjerit dan bagitahu semua orang sikap binatang kau, baik kau berambus dari sini.” Kata Alia dengan marah dan geram dengan Faris. Mukanya sudah merah dan airmatanya sudah mula mahu keluar. Amsya menyapa dari belakang.

“Sayang, kenapa ni?” Tanya Amsya mengejutkan mereka berdua. Alia berpaling ke belakang dilihatnya Amsya berjalan menghampirinya. Alia dengan pantas mendapatkan Amsya, dipeluknya Amsya dengan erat. Tergaman Amsya dengan tindakan Alia padanya, dia membalas pelukkan Alia, sambil keningnya berkerut melihat Faris. Faris memandang tajam pada Amsya yang merangkul pinggang Alia.

“Siapa ni sayang” Tanya Amsya sekali lagi kepada Alia yang berada dalam pelukkannya. Alia memalingkan mukanya sedikit kepada Faris. Alia memperkenalkan Faris pada Amsya.

“Ini, Lia kenalkan Faris, sepupu Lia anak pak long” kemudian Alia memusingkan semula kepalanya kedada Amsya. Faris mendengarnya. Amsya menghulurkan tangan pada Faris untuk berjabat, Faris menyambutnya hampa. Faris memerhati Amsya dari atas ke bawah memang kacak tinggi dan berkulit cerah.

“Oh…inilah suami kau Lia. Patutlah kau tolak aku.” Balas Faris dengan marah menyindir. Amsya mendengarnya mengkerut dahi kehairanan dengan kata-kata Faris. Faris kemudian berlalu pergi dari situ dengan langkah yang laju. Amsya memerhati Faris yang berlalu dari situ. Alia masih memeluk erat Amsya tidak perasan Faris sudah pergi. Amsya membiarkan Alia memeluk erat dan kepala disandarkan pada dadanya.

Bisik hati Amsya “Kenapa Lia takut sangat pada Faris?”

Alia berpaling semula ke belakang dilihatnya Faris sudah beredar. Dia dengan pantas melepaskan pelukkannya dari Amsya.

“Maaf.” Kata Alia sepatah kemudian beredar dari situ meninggalkan Amsya keseorang. Dia mengambil periuk yang disusun kemudian masuk ke dalam rumah. Amsya melihat kelakuan Alia yang pelik.

Sepanjang hari itu Alia menyibukkan dirinya mengemas pingan mangkuk, membasuh kain, mengosok, memasak dan macam-macam lagi yang dibuatnya untuk membolehkan dia mengelak dari bercakap dengan Amsya. Dia tidak mahu Amsya bertanyakan apa-apa pasal kejadian pagi tadi. Dia berfikir sendirian Amsya tidak boleh tahu tentang Faris, dia mesti buat sesuatu.

Amsya, Arshraf dan Puan Anis sedang melihat gambar perkahwinan yang di ambil dari Kak Lili. Arshraf memasukkan pen drive yang diberi oleh kak Lili dalam laptop Alia. Satu persatu Amsya melihatnya, menang cantik gambar perkahwinan mereka. Tersenyum puas mereka melihat gambar-gambar itu. Arshraf amat teruja dengan layanan Puan Anis padanya sama macam mamanya. Tersenyum Arshraf tenang rasanya berada bersama Puan Anis.

“Aunti. Aunti macam arwah mama Arsharf.” Kata Arshraf sambil merenung wajah Puan Anis. Puan Anis tersenyum manis dan membalas kata-kata Arshraf.

“Arhsraf panggil saja ummi.” Balas Puan Anis dengan lembut. Terusik juga hati Arshraf, bisik hatinya “Patutlah kakak Lia begitu sayang pada Puan Anis.” Amsya melihat adik iparnya itu dengan sayu. Sambil mereka melihat gambar-gambar itu Alia datang kepada mereka dia memanggil Arshraf. Arshraf mengikut Alia ke bilik Arshraf sambil diperhatikan oleh Amsya. Sampai sahaja dalam bilik mereka duduk di katil.

“Ada apa along?” Tanya Arshraf kehairanan dengan tindakkan Alia.

“Adik, tadi Faris datang kacau along, tapi along tidak sedap hati sebab encik Amsya ada. Adik tolong jangan bagitahu apa-apa pada encik Amsya, ya.” Katanya. Arshraf menarik nafas dalam-dalam mendengar kata-kata alongnya, dia hairan kenapa Alia memanggil Amsya dengan panggilan encik.

“Along, kenapa along terima abang Amsya? Along tidak cintakan diakan?” Tanya Arshraf memandang tepat muka alongnya. Alia membalas pandangan itu. Alia mengangguk lalu bersuara.

“Sama juga dengan Amsya, dia tidak cintakan along. Along terimanya sebab tidak mahu Faris terus pujuk dan mendesak tok wan dan aki.” Balas Alia dengan sedih. Beristighfar Arshraf mendengarnya.

“Habis macam mana dengan perkahwinan ini?” Tanya Arshraf berkerut kening.

“Encik Amsya tidak tahu hal ini, along kahwin kerana nak tolong dia satukan dia dengan kekasihnya kerana ummi menghalangnya. Along nak jaga ummi Anis selepas ini.” Balas Alia.

Arshraf mengangguk kepala, pening juga dengan tindakkan Alia. Berbisik juga hatinya “Apa nasib kakak aku lepas ini.” Mengeluh dia. Arshraf mengesat airmata yang mengalir dipipi kakaknya. Alia menarik nafas kemudian menghembusnya.

“Along keluar dulu.” Pinta Alia, kemudian dia bangun terus mendapatkan umminya yang sedang melihat gambar. Amsya memerhati Alia dengan sayu. Kata hatinya “Kenapa Lia tidak ceria, kenapa dia cuba lari dari aku?.”

Selepas itu Amsya memasuk ke biliknya.

Faris menghala keretanya menuju ke pusat Bandar Besut, kali ini dia bertemu dengan kawan-kawannya. Tiada lain tujuannya untuk race malam esok. Sekali lagi dia dicabar kawan-kawannya. Faris tidak boleh kalah depan kawan-kawannya apa lagi kalau ada perempuan.

“Faris, kau macam mana malam esok?” Tanya sabahatnya Mojo.

“Aku okey jer…berapa kau nak bertaruh.” Jawab Faris dengan angkuhnya.

“Lima ribu, tempat biasa.” Balas Mojo.

“Baik aku tunggu di sana.” Jawab Faris. Kemudian dia beredar dari teman-temannya itu. Dia berfikir mana nak dapatkan duit sebanyak itu. Dulu dia sudah pinjam dengan along bukit beruntung. Kali ini dia akan cuba minta dengan Alia. Dia menghubungi Alia.

Telefon bimbit Alia berdering, Amsya yang berada dalam bilik mendengar telefon bimbit Alia berbunyi kebetulan pula handphone Alia berada disitu. Amsya bangun mengambil telefon Alia dilihatnya pangilan dari Faris. Dia tidak menjawabnya, kemudian meletakkannya semula. Beberapa kali telefon itu berdering. Alia masuk ke bilik diambil handphonenya dia melihat skrin pangilan dari Faris dia mengabaikannya lalu dioffkan telefonnya. Amsya hanya memerhati. Kemudian Alia keluar semula dari bilik itu.

Kata hati Amsya “Kenapa Faris telefon Lia dan kenapa pula Lia tidak menjawabnya. Apa kena dengan mereka ni?” Soal hatinya sendiri.

Faris sudah marah dengan Alia tidak menjawab telefonnya. Dia bercadang akan ke rumah tok wannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku