Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 33
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8388

Bacaan






Petang itu Alia sibuk mengemas barang-barang untuk pulang esok, dia melipat semua kain baju Amsya untuk dimasukkan ke dalam bag. Sedang dia mengemas, Amsya masuk untuk mandi dan solat maghrib. Alia bertanya kepada Amsya.

“En.Amsya, baju mana awak mahu pakai untuk pulang esok?” Amsya mendekati Alia yang sedang melipat kain baju, dia menunjukkan baju t-shirt merah dan seluar jeans pada Alia sambil memerhati Alia. Amsya sedikit mengeluh, ditenungnya wajah Alia, sehari suntuk dia tidak bercakap dengan Alia. Alia banyak mengelak darinya, banyak sungguh yang dia tidak tahu tentang gadis didepannya yang kini sudah bergelar isteri.

Semakin hari mengenali Alia Nasuha semakin cinta dan kasihnya dia pada Alia. Banyak juga keistimewaan yang ada pada Alia terserlah satu persatu. Tapi satu memungkirkan hatinya kenapa perwatakkan dan sikap Alia sering kali berubah. Apa yang ada dalam hati Alia, dia sendiri pun tidak tahu dan belum faham. Terfikir Amsya sendirian macam mana dia mahu ambil hati Alia dan membuatkan Alia jatuh cinta dengannya.

Amsya mencapai tuala lalu ke bilik air untuk mandi selepas itu di kembali semula ke bilik untuk bersolat maghrib. Alia keluar mengambil wuduk untuk solat maghrib. Amsya yang baru selesai sembahyang memerhati Alia. Dia menunggu Alia selesai solat untuk bertanyakan sesuatu. Selesai sahaja solat Alia memandang Amsya yang asyik tengok pada dia. Amsya senyum pada Alia.

“Lia ada masalah ke?” Tanya Amsya tiba-tiba membuatkan Alia sedikit terkejut dan gelisah dengan pertanyaan itu. Tapi dia tidak boleh tunjuk dia ada masalah. Dengan sikap poyonya dia menjawab.

“Tidak ada apalah En.Amsya, saya tidak ada masalah pun. Tidak payah nak consolesangat pasal saya. Yang bermasalah sekarang awak bukan saya.” Balas Alia bermasam muka. Terguris juga hati Amsya mendengarnya memang sukar untuk memahami hati Alia.

“Kenapa cakap macam tu pada abang, abang cuba faham Lia.” Kata Amsya memujuk.

“Tidak payah faham. Kita tidak ada apa-apa pun. Jomlah keluar makan mereka tunggu kita tu.” Jawab Alia mengelak dari diterus ditanya Amsya. Dia lalu bangun keluar dari biliknya, Amsya mengikut hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Alia.

Mereka semua menikmati makan malam bersama-sama, mak su, pak su dan anaknya Fatihah juga ada bersama. Fatihah mempunyai seorang anak berusia 4 bulan. Zana adik Faris juga ada bersama mereka. Amsya melihat anak Fatihah yang comel itu merengek-rengek minta disusukan.

“Ini anak Fatihah, Lelaki atau perempuan?” Tanya Amsya.

“Lelaki.” Jawab Fatihah sambil mendukung anaknya itu yang sedang menanggis untuk disusukan. Dia keluar ke ruang tamu untuk menyusu anaknya. Selepas semua sudah makan mereka berkumpul pula di ruang tamu berbual-bual dengan Puan Anis. Alia duduk bersama-sama sepupunya didepan barang-barang hantaran. Aki dan anak memantunya serta Arshraf juga ada di situ sambil menonton. Manakala Amsya masuk ke bilik untuk solat isyak.

Terdengar sebuah kereta mematikan enjin depan rumah mereka. Faris keluar lalu naik ke rumah akinya. Faris memberi salam. Salamnya di jawab oleh semua yang ada di situ.

Tegur akinya. “Ha, Faris mana mak dan ayah kamu?”

“Ada di rumah tidak datang, sudah ajak tadi katanya penat dia kirim salam saja.”

“Waalaikummusalam” Jawab akinya.

Faris duduk di kerusi sebelah Pak Su nya, dia memerhati Alia sambil anak matanya mencari kelibat suami Alia. Tidak ada di situ. Alia menjeling ke arah Faris benci benar rasanya pada Faris tapi apa boleh buat ini rumah orang tuanya juga. Teringat Alia dengan peristiwa pagi tadi. Amsya selesai sembahyang keluar untuk bersama yang lain. Apabila dia keluar sahaja, dilihatnya Faris ada bersama sedang memerhati Alia. Amsya terus mendapatkan Alia, dia duduk disisi Alia dengan rapat tangannya merangkul pinggang Alia. Alia tergaman dengan tindakan Amsya, Alia tahu mungkin ini satu lakonan Amsya kerana orang tua mereka ada dan Faris juga ada bersama.

Fatihah dan Zana melihat Amsya memeluk kakak sepupunya itu. Tersengih-sengih. Tiba-tiba Fatihah bersuara.

“Along dengan abang Amsya memang sepadan sangat, sama cantik. Tengok abang Amsya kacak lagi. untung kak Lia.” Semua yang ada disitu mendengar pujian dari Fatihah. Amsya dan Alia tersenyum manis. Puan Anis yang sedang berbual dengan Rosnah, adik bongsu papanya juga tersenyum bangga dengan pujian itu. Orang tua mereka berbincang tentang majlis ke rumah Puan Anis pada hari lusa.

“Abang Amsya cantiklah hantaran ini, mesti mahalkan? Semua barangan berjenama. Fatihah, kau tengok apa abang Amsya bagi pada Along. Kain sembahyang cantikkan, bag dan kasut Bonia lagi, tengok minyak wangi ni Chanel…wow jenama mahal ni…yang ini tentu lima, enam ratus betul tak abang Amsya?. Ini pula pencuci muka SK II satu set lagi, kalau tidak ada satu ribu memang tidak sahlah harga SK II. Patutlah kak Lia cantik sangat wajah dia. Sedapkan kahwin dengan orang ada duit ini.” Puji Zana pula.

Terkejut Amsya mendengar pujian itu, dia melihat semua barang-barang hantaran, tidak pernah dia tengok apa yang dibeli oleh Alia, sama ada barang hantaran untuk dia atau pun untuk Alia. Kali ini Amsya melihat barang-barang yang dikatakan oleh Zana. Kemudian dia beralih pula melihat hantaran yang diterimanya dari Alia. Memang benar apa yang dikatakan oleh Zana semua barang itu berjenama.

Bisik hatinya “Tinggi juga taste Alia. Kata beli barang murah saja” Amsya berpaling pada Alia disebelahnya. Alia buat muka selamba.

Kali ini Fatihah pula berkata.

“Kau tengok ni Zana, hantaran untuk abang Amsya….wow. Kasut, baju, jam tangan semua jenama Dunhill. Tengok minyak wangi Dunhill London, hebat. Bestkan dua-dua kerja ada duit bolehlah beli. Kita masa kahwin dulu barang biasa sahaja.”

“Tidak baiklah Fatihah cakap macam itu, dengar pada Masri kecil hati dia. Tidak payah nak banding-banding tidak baik.” Tegur Alia pada sepupunya itu.

“Zana nak kahwin nak cari orang kaya jugalah, senang hidup kita nanti.” Kata Zana. Semua yang ada di situ mendengar perbualan mereka. Terkejut juga Amsya melihat semua barang hantaran yang dibeli oleh Alia.

Faris yang ada disitu menjeling-jeling ke arah Alia. Amsya perasan dengan jelingan Faris terhadap isterinya dengan wajah yang begitu masam nampak marah dan cemburu. Amsya memandang Alia yang ada disisinya. Satu ucapan terkeluar dari mulut Amsya.

“Terima kasih sayang.” Satu cium singgah dipipi Alia membuatkan Alia terkejut dan tergaman. Fatihah dan Zana yang ada didepan mereka tersengih-sengih.

Jelousenya abang Amsya. Romantik lagi.” Kata Zana.

Bisik hati Alia sambil mengigit bibirnya. “Eh! Mamat ni mengada-gada, lebih-lebihlah pulak.”

“Kalau kau nak kahwin jerlah Zana.” Kata Arshraf yang memerhati mereka dari tadi.

Soal hati Arshraf “Kenapa Amsya buat begitu pada along? Dia berlakon ke?”

“Nantilah habis belajar dulu, nak kerja besar juga baru ada orang macam abang Amsya yang sudi pada Zana.” Jawab Zana. Aki mereka melihat Faris yang diam dari tadi sedang memerhati Alia bertanya.

“Ha, Faris kamu bila lagi nak kahwin.”

“Nak kahwin apa lagi, kekasih sudah dikebas orang.” Jawab Faris selamba.

“Tidak payah nak berangan lagi bang, kak Lia sudah kahwin pun. Abang tu kaki perempuan kak Lia mana yang nak. Tidak sesuai pun dengan abang.” Kata Zana menaikan darah Faris.

“Eh, Zana jaga sikit mulut kaut.” Jawab Faris marah. Amsya mendengarnya, benarlah tekaannya Faris ada hati dengan Alia. Patutlah marah sangat dia tadi kerana Alia menolaknya.

“Tidak ada jodoh cari sahaja yang lain ramai lagi perempuan, lagi pun kamu berduakan sepupu, dah macam adik beradik.” Balas akinya. Arshraf mendengarnya gembira dengan tamparan yang diterima Faris. Benci benar dia melihat Faris di situ.

“Fatihah mana baby?” Tanya Alia.

“Ada, tidur dalam bilik Arshraf.” Jawab Fatihah, terdengar anaknya menjerit sudah terjaga.

“Alah…baru jer cakap sudah bangun.”Kata Fatihah lagi lalu bangun bergegas mendapatkan anaknya itu. Beberapa minit selepas itu dia keluar bersama babynya.

“Fatihah bawa sini baby.” Minta Alia. Fatihah menyerahkan babynya pada Alia. Alia meriba dan membelai bayi itu dengan mesra. Amsya melihat dan mencium bayi Fatihah yang diriba Alia. Berpandangan manis mereka berdua sambil membelai bayi comel itu.

“Fatihah, berapa umur baby? nama apa?” Soal Amsya. Sambil mengagah-agah baby itu.

“Empat bulan, nama dia Rayyan.” Jawab Fatihah. Amsya melihat baby comel itu dalam ribaan Alia, cantiknya Alia memegang baby dia mengeluarkan handsetnya.

“Fatihah, tolong tangkap gambar kami bertiga.” Arah Amsya sambil memberi handsetnya pada Fatihah. Amsya membetulkan rambut Alia yang panjang dan ikal, dia meleraikan sangkul kepala Alia dan membiarkan rambut Alia yang cantik panjang paras dada itu dilepaskan.

“En.Amsya buat apa?” Tanya Alia perlahan sambil tersenyum.

“Kejaplah abang nak betulkan rambut sayang.” Jawab Amsya sambil mengalikkan semua sambut Alia kesebelah kanan Alia kemudian membetulkan rambut depan pula.

“Ha, macam ni baru cantik, Fatihah cepat ambil gambar.” Kata Amsya dan mengarah Fatihah menangkap gambar mereka. Amsya merapatkan wajahnya ke muka Alia sambil tangannya merangkul pinggang Alia dan tangan kirinya mengusap kepala baby. Semua yang ada disitu memandang pada mereka.

“Along senyumlah sikit, pandang sini…ha macam itu, baru cantik.” Arah Fatihah, dia mengambil gambar mereka bertiga. Selepas sahaja bergambar, baby itu merengek-rengek dan meronta-ronta minta diangkat.

“Mari abang pegang dia.”Pinta Amsya.

“Pandai ke Am pegang baby?” Soal Umminya, Puan Anis. Amsya tersengih.

“Ha, tidak pandai pegang baby nanti jatuhkan.” Balas Alia manja.

“Kalau nak pandai, along kenalah cepat dapat baby. Abang Amsya tidak sabar nak baby tu.” Sapa Zana. Amsya tersenyum mengoda sambil mengangkat kening pada Alia.

“Ini kena tanya kakak Lia, boleh sayang?” Kata Amsya sambil bertanya memandang tepat pada anak mata Alia. Alia tersengih menjuih bibir malu merah mukanya. Dia mencubit lengan Amsya, membuatkan Amsya menjerit.

“Aduhhhh…sakitlah sayang.” Balas Amsya, tergelak. Semua yang ada disitu melihat gelagat mereka berdua.

“Mengadu apa pula tu Am?” Tanya Tak wan.

“Ini ha…ketam dah menyegat.” Jawab Amsya berseloroh. Sambil memberikan baby Rayyan pada Alia.

“Kenapa, isyarat masuk bilik ke?” Soal Aki pula kali ini, membuatkan semua yang ada di situ ketawakan mereka. Alia mengigit bibir dan memandang tajam pada Amsya. Amsya membalas pandangn itu dengan senyum melerek pada Alia menambahkan geram Alia melihatnya. Alia mengacip gigi tanda geram…heee…

“Ok, marilah kita masuk tidur.” Amsya cuba mengajak Alia, hati Amsya kegelian. Dia gelak ketawa dengan kuat.

“Ha. Lia, Am sudah ajak masuk bilik tu.” Balas Mak Tim di sebelahnya.

“Alah…Mak Tim, En.Amsya bergurau sajalah.” Balas Alia dengan suara merajuk. Menyerahkan Rayyan pada Fatihah.

“Lia, jangan panggil Encik. Panggil abang.” Jawab Puan Anis. Alia menutup muka malu. Amsya memdekatkan mukanya ke telinga Alia.

“Kantoi…hihihi, kata pandai berlakon. Kan sudah kena.” Kata Amsya. Alia memukul-mukul manja lengan Amsya membuatkan Amsya memegang erat tangannya.

“Sakitlah sayang, kuatnya pukul abang.” Jerit Amsya. Arshraf asyik memerhati abang iparnya teringat dia dengan kata-kata kakaknya tadi.

“Tipulah mana sakit?” Tanya Alia manja.

“Ni hah sakit.” Jawab Amsya sambil menunjuk dadanya. Dia kemudian mengangkat tangan Alia dan menciumnya. Semakin kuat Amsya merangkul pinggang Alia. Satu perasaan aneh dapat Alia rasakan apabila berada dipelukkan Amsya. Dia membisikkan sesuatu pada Amsya.

“Jangan ambil kesempatan.” Kata Lia sambil tersengih. Amsya menoleh mengangkat kening.

“Along, esok along balik dengan adik ke? Nak bertolak pukul berapa?” Tanya Arshraf. Belum sempat Alia menjawab Amsya terlebih dahulu bersuara.

“Akak balik dengan Abang. Esok pukul 8.00 pagi abang bertolak. Nak sampai awal banyak lagi kerja yang perlu dibuat di rumah.” Tidak dapat Alia menidahkannya, dia akur.

“Kalau begitu, wan dan aki jerlah naik kereta adik. Paksu, maksu, Fatihah dan Zana nak ikut siapa?” Tanya Arshraf.

“Fatihah kena tanya abang Masri dulu.” Jawab Fatihah.

“Arshraf nak bertolak pukul berapa?” Tanya Mak Usu nya.”

“Dalam pukul 10, sepuluh setengah macam itulah.” Jawab Arshraf. Maksunya melihat jam sudah pukul 11.15 malam sudah lewat.

“Jomlah abahnya, Fatihah kita balik dulu sudah lewat malam ni. Mereka nak masuk tidur pula esok nak berjalan jauh lagi. Kesian pengantin baru sudah mengantuk.” Kata Rosnah menyindir sambil mengenakan Alia.

“Mak su, apa ni.” Jerit Alia senyum. Amsya tergelak melihat Alia.

“Jomlah sayang kita masuk. Abang mengantuk ni.” Ajak Amsya. Dia bangun menarik tangan Alia. Alia turut bangun, pinggangnya dirangkul oleh Amsya. Faris melihat dengan sinis. Asmya menjeling kepada Faris. Dia tahu Faris sakit hati melihatnya.

“Ummi, wan, Mak Tim, Mak su…Lia masuk bilik dulu.” Kata Alia.

“Pergilah Lia, ummi pun nak masuk tidur juga.” Balas Puan Anis.

“Mak Su pun sama dah nak balik.” Jawab Rosnah.

“Terima kasih semua.” Ucap Amsya. Mereka berdua beredar dari situ ke bilik tidur.

Sampai sahaja dalam bilik, Alia terus menolak tangan Amsya dipinggangnya.

“Pandai sungguh berlakon.” Kata Alia bermasam muka. Amsya tersengih.

“Mana ada abang berlakon. Lia tu ha yang berlakon.” Balas Amsya. Alia merebahkan dirinya di atas katil mengantuk juga rasanya dia.

“Sudah solat ke belum sayang?” Soal Amsya. Alia memaling muka pada Amsya, tersengih.

“Belum, nak pergi sembahyanglah ni.” Jawab Alia dia bangun mencapai tuala lalu keluar menuju ke bilik air. Beberapa minti kemudian dia kembali menunaikan solat isyak, selesai sahaja bersolat dia menarik bantal di atas katil dan meletakkannya di bawah. Amsya melihatnya.

“Kenapa pula tidur bawah?” Soal Amsya.

“Iyalah, awak tu bukan boleh percaya, tidak jujur.” Jawab Alia menjeling pada Amsya. Amsya tersenyum.

“Oklah, kali ini abang jujur dengan Lia. Mari tidur atas. Abang janji.” Pujuk Amsya.

“Betul ni, awak jujur?” Soal Alia meminta kepastian.

“Betullah mari sini.” Ajak Amsya mengoda. Alia naik ke atas katil, belum sempat dia merebahkan badannya. Amsya sekali lagi memanggilnya. Alia duduk bersila depan Amsya.

“Apa.” Jawab Alia. Tangan Amsya bermain-main rambut Alia dengan mengoda. Alia melihat dahinya berkerut.

“Nak cium Lia sikit.” Pinta Amsya. Alia menjengkelkan matanya pada Amsya.

“Tidak boleh, tadi depan orang dah cium, dah peluk. Dah tidak payah nak mengada-gada. Lagi pun saya bukan hak awak.” Balas Alia.

“Habis tu hak siapa? Hak Faris. Kenapa Lia tidak kahwin saja dengan dia.Abang tahu Faris sukakan Lia kan?” Balas Amsya, membuatkan hati Alia bergelora dan mengelegak marah. Teringat dia sikap Faris padanya. Geram dengan kata-kata Amsya, mukanya sudah mula merah. Dengan marahnya Alia menjawab.

“En.Amsya, untuk pengetahuan awak. Saya ni, mati hidup balik sekalipun tidak akan kahwin dengan Faris tu. Sama juga dengan awak hipokrit, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan atas kelemahan orang perempuan.” Jerkahnya. Airmata Alia kini sudah mula nampak dimata. Terkejut Amsya mendengarnya.

“Apa pula kaitan dengan saya?” Tanya Amsya kehairanan.

“Iyalah, saya kahwin dengan awak bukan atas dasar cinta mencintai tapi…” Alia memberhentikan kata-katanya tidak mampu untuk meneruskannya. Dia turun dari katil keluar dari biliknya. Berlindangan airmatanya, dilihat semua orang orang sudah tidur. Dia menuju ke bilik air yang mempunyai telaga. Dia duduk dilantai simen dan menyandarkan dirinya didinding dia merapatkan kedua-dua lututnya kedada kemudian meletakkan tangan di atas lutut dan mukanya memekup di atas lengannya.

Amsya terdiam menutup matanya menarik nafas melihat kelakuan Alia. Sekali lagi sikap Alia berubah. Dia tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Alia. Dia membaringkan tubuhnya, matanya dipejamkan. Difikirnya sendiri “Macam mana aku mahu ambil hati Alia? Macam mana kalau aku bagitahu dia yang aku memang cintakan dia, boleh ke dia terima aku. Betul ke Alia pegang pada janji? Boleh ke dia tunaikan janjinya pujuk ummi dan satukan aku dengan Tengku Umairah? Sekarang mas kahwin pun tidak diambil, cincin kahwin ada dengan aku, hantaran semua dia yang beli. Aku bukan dia pandang pun.”

Alia merenung nasibnya kini di bilik air. “Ya Allah, betul ke apa yang aku lakukan sekarang ini, berdosakah aku dengan suami, tapi dia bukan suami yang mencintai aku dan aku tidak cintakan dia, aku tidak boleh jatuh cinta dengan dia. Aku mesti jauhkan diri dari Amsya selepas ini…Papa, mama maafkan Lia sekali lagi. Amsya tidak boleh tahu Lia kahwin dengannya untuk melarikan diri dari Faris. Kenapa Faris masih mengejar aku, apa dia nak dari aku. Papa, mama tahukan yang Lia suka dan cintakan Zafrul tapi kenapa Zafrul tidak cintakan Lia. Papa, mama…Lia belum dapat mencari siapa dalang disebalik kematian papa jika apa yang dikatakan oleh Inspektor Azlan itu benar. Ya Allah tolonglah aku selesaikan semua masalah ini.”

Amsya terjaga dari tidurnya dia melihat Alia tidak ada disebelahnya, dia melihat jam 2.30pagi. Lalu dia bangun melihat sekeliling biliknya, juga tidak ada. Dia keluar mencari Alia diruang tamu, dengan sinaran lampu samar-samar tidak juga kelihatan Alia di semua ruang. Bisik hatinya “Mana Lia ni?” Dia menuju ke dapur dilihatnya lampu bilik air menyala, dia menghampirinya. Dia cuba menolak pintu namun berkunci. “Mungkin Lia ada di dalam” Fikirnya.

Amsya mengetuk dan memanggil Alia beberapa kali dengan perlahan takut yang lain terjaga. Terperanjat Alia mendengar namanya di panggil, dia sendiri tidak tahu bila dia terlelap di situ, lalu bangun membuka pintu. Apabila pintu dibuka Amsya terus bertanya.

“Lia. Lia ok?” tanya Amsya. Tapi tidak dijawab oleh Alia. Alia masuk ke bilik air satu lagi dia membasuh mukanya. Amsya menunggunya di luar, dengan jelas dia nampak mata Alia merah. Dia tahu Alia menanggis. Alia keluar didapati Amsya masih berada disitu dia tidak memperdulikan Amsya terus sahaja dia melangkah dari situ ke biliknya. Amsya mengekorinya dari belakang. Alia masuk ke bilik terus merebahkan dirinya ke katil dan tidur. Amsya memerhatikannya. Dia menutup lampu, kemudian ke katil dipeluknya Alia dari belakang dan membisikkan ke telinga Alia.

“Abang minta maaf, kalau kata-kata abang tadi menyingung perasan Lia. Abang peluk saja.” Kata Amsya. Alia mendengarnya tidak menjawab apa-apa, dia membiarkan sahaja Amsya memeluknya dari belakang, malas dia menghalang dan bertengkar dengan Amsya pagi-pagi begini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku