Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 34
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8434

Bacaan






Pagi itu Amsya bangun dilihatnya jam di dalam telefon bimbitnya 5.55pagi. Dia perlahan-lahan memeluk erat Alia walaupun semalaman dia memeluk isterinya itu kali ini dia mencium pipi Alia.

“Sayang bangun sayang, kita solat subuh sama-sama” Amsya mengejutkan Alia dengan perlahan dan manja. Alia mengerakkan badannya, Amsya melepaskan pelukkan itu. Alia membuka mata, dia dapat melihat Amsya didepannya walaupun dengan cahaya lampu yang samar-samar hanya bertemankan cahaya lampu dari luar rumah yang terpasang. Tanpa disangka Alia tersenyum. Amsya membalas senyum itu.

Kata Amsya dalam hatinya “Cantik Lia waktu pagi, inilah wajah natural beauty”

“Jom, bangun mandi kita solat sama-sama.” Ajak Amsya sekali lagi. Alia mengangguk. Alia bangun dibantu Amsya. Sempat juga Amsya memeluk Alia dari belakang membuatkan Alia yang masih mengantuk menyandarkan diri sekejap didada Amsya.

“Mengantuk lagi ke? Tanya Amsya sambil tangannya menyentuh lembut mata Alia yang bengkak. Alia turun dari katil membuka lampu. Dia ke depan cermin melihat matanya bengkak. Amsya turut turun dari katil mengambil tuala dan memberikan pada Alia. Dia menghampiri Alia sekali lagi, dia melihat dan menyetuh serta mengosok lembut mata Alia. Alia tersenyum kemudian memegang tangan Amsya kemudian melepaskannya. Mereka ke luar dari bilik untuk ke bilik air. Kali ini Amsya menyuruh Alia masuk mandi dulu dia menunggu di kerusi dapur. Tok wan nya datang ke dapur dilihat Amsya tersengguk-sengguk dimeja makan.

“Am, kenapa?” Terperanjat Amsya apabila ditegur. Dia mengangkat mukanya ke arah Tok Wan, sambil menguap.

“Tunggu Lia mandi.” Jawabnya.

“Kenapa tidak mandi sama-sama?” Sindir tok wan dengan suara yang agak kuat. Alia didalam bilik air mendengarnya.

“Kalau mandi sama-sama mengamuklah orang dalam tu.” Jawab Amsya sengaja suaranya dikuatkan supaya Alia dengar. Alia memang mendengar perbualan itu, tersenyum sendirian.

Alia keluar kemudian Amsya masuk. Belum sempat tutup pintu bilik air Amsya berkata.

“Tunggu abang solat sama-sama” Alia sekadar mengangguk.

“Lia, nak makan apa pagi ini?” Soal Tok wan sebelum Lia melangkah naik ke bilik.

“Nanti Lia buat nasi gorenglah lepas Lia sembahyang ya tok wan.” Jawabnya.

“Tok wan tanak nasi dululah.” Balas tok wannya. Alia terus ke bilik memakai baju dan mengambil baju untuk Amsya. Dia memakai kain sembahyang sambil menunggu Amsya. Beberapa minit selepas itu Amsya masuk. Mereka berdua solat berjemaah. Selesai sahaja solat Alia ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sebelum keluar sempat dia berpesan pada Amsya supaya memasukkan semua barang yang di kemaskan ke dalam kereta. Amsya mengikut sahaja arahan yang diterimanya.

Selesai bersarapan pada pagi itu, Alia menyiapkan dirinya untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama Amsya, dia menghias dirinya dengan cantik dan rapi. Tiba-tiba dia merasa perutnya sakit memulas. Dia teringat tarikh priodnya.

“Alamak, sakitnya perut aku ni mesti nak datang bulan.” Katanya sendirian.

Umminya sedang berbual-bual dengan tok wan sambil menunggu Alia dan Amsya bersiap.

Amsya sedang asyik memeriksa keretanya, dia melihat sebuah kereta Honda berhenti dihalaman rumah mereka. Dia melihatnya tapi tidak mengendahkannya. Faris turun dari keretanya menuju ke arah Amsya kemudian Faris memberi salam pada Amsya..Amsya membalasnya.

“Amsya, saya minta maaf pasal kelmarin.” Kata Faris.

“Pasal apa ya?” Soal Amsya buat-buat tidak tahu. Sambil memandang Faris.

Faris serba salah dengan kata-katanya. Fikirnya adakah Amsya tahu apa yang telah di lakukan pada Alia.

“Am, boleh aku jumpa Lia sekejap.” Pinta Faris. Amsya berkerut dahi mendengarnya.

“Kenapa awak nak jumpa isteri saya? Ada apa-apa yang tidak kena ke? Isteri saya ada buat salah dengan awak ?” Soal Amsya bertubi-tubi, tidak senang dengan Faris ingin berjumpa Alia.

“Aku ada perkara nak bincang dengan Lia.” Jawab Faris membuatkan Amsya mengeluh panjang. Dia mengusap kepalanya sendiri memikirkan perlu ke dia membenarkan Alia berjumpa Faris. Bisik Amsya sendirian “Kalau aku tidak benarkan nanti Faris cakap aku sombong dan kongkong Lia.”

“Kau tunggu sini kejap aku panggil Lia.” Kata Amsya. Amsya berlalu dari situ menuju ke atas rumah mendapatkan Alia yang masih berada dibilik. Dia masuk untuk memberitahu Alia.

Apabila Amsya masuk saja dalam bili Alia memandangnya tersenyum.

“En.Amsya sudah siap semua?” Tanya Alia.

“Sudah… Faris ada dibawah, dia nak jumpa Lia.” Kata Amsya. Alia mendengarnya terkejut, berdebar jantungnya dia memandang Amsya.

Bisik hati Alia “Alamak, apa lagi si Faris ni nak dari aku, kalau tak jumpa Amsya akan fikir aku ada masalah dengan Faris, dia akan tanya aku pula. Aku tidak mahu Faris tanya aku lebih-lebih.”

“Kenapa dia nak jumpa Lia?” Tanya Lia dengan selamba.

“Manalah abang tahu, nak jumpa dia ke tak ” Balas Amsya memandang tepat ke wajah Alia. Alia tersenyum pada Amsya lalu menjawab.

“En.Amsya teman saya boleh?” Pinta Alia, Amsya mengangguk.

“Tidak payah panggil En.Amsya, panggil abang.” Balas Amsya. Mereka berdua keluar mendapatkan Faris yang sedang menunggu Alia. Sampai sahaja Alia didepan Faris dia terus merangkul pinggang Amsya, Amsya membalas rangkulan dari Alia.

“Ada apa Faris nak jumpa Lia?” Tanya Alia dengan lembut dan mesra tidak mahu Amsya mengesaki apa-apa. Faris tengok kepada Amsya disisi Alia. Amsya faham, Faris tidak mahu dia berada disitu untuk berbincang dengan Alia.

“Saya bagi awak tiga minit untuk bercakap dengan isteri saya.” Kata Amsya. Alia memandang Amsya berkerut dahi.

“Lia cakap dengan Faris. Abang ada dekat sini.” Balasnya pada Alia, dia kemudian meninggalkan mereka berdua disitu. Amsya menuju ke keretanya sambil memerhati mereka.

“Kau nak apa lagi dengan aku Faris. Boleh tak kau jangan kacau aku, aku sudah kahwinlah. Apa kata suami aku nanti.” Kata Alia dengan marah wajahnya masam mencuka.

“Baik aku tidak akan kacau kau, tapi aku nak kau tolong aku, aku nak pinjam duit lima ribu.” Minta Faris.

“Pinjam? Kau tidak pernah bayar pun. Aku tidak ada duitlah.” Kata Alia berkerut dahi. Amsya masih memerhati mereka.

“Tolonglah Lia aku ada hal ni, penting. Lepas ini aku tidak akan ganggu kau lagi.” Balas Faris.

“Aku boleh percaya kau ke?” tanya Alia menduga.Faris diam, tidak menjawab persoalan itu.

“Tolonglah Lia, kali ini jer.” Pinta Faris merayu. Arshraf keluar dia melihat Faris bersama kakaknya. Memandang tajam dia ke arah Faris lalu turun menuju ke arah mereka.

“Kau bagi nombor akaun kau, nanti aku transfer. Lepas ini aku tidak mahu kau ganggu aku lagi.” Balas Alia. Alia terpaksa jika tidak Faris akan terus menghubunginya. Faris mengangguk.

“Terima kasih Lia.” Balas Faris.

Arshraf datang. “Faris, apa kau buat ni?.” Tegur Arshraf apabila hampir dengan mereka. Faris memandang Arshraf. Amsya juga menuju ke arah mereka.

“Sayang, dah sudah?.” Soal Amsya. Mereka semua memandang Amsya. Alia mengangguk. Amsya melihat wajah Arshraf marah pada Faris.

“Terima kasih Am, aku balik dulu.” Kata Faris lalu beredar dari situ. Tidak mengendahkan kata-kata Arshraf.

“Along, Faris nak apa?” Tanya Arshraf pada Alia.

“Dia minta maaf jer.” Jawab Alia, tidak mahu memberitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu Arshraf bertindak melulu.

“Dahlah, sayang sudah siap? Boleh kita bertolak sekarang, sudah lewat ni.” Kata Amsya. Alia mengangguk mereka beredar dari situ berjumpa dan bersalam dengan kedua orang tua mereka.

Kemudian mereka dan Puan Anis memasuki kereta. Alia menerima sms dari Faris tertera nombor akuan Faris. Amsya yang baru masuk dalam kereta membetulkan kedudukkannya melihat Alia sedang sibuk dengan telefon bimbitnya. Alia mengtransfer duit dari akaunnya ke akaun Faris. Amsya melihat wajah Alia masam. Tanpa meminta kebenaran Amsya dengan pantas mengambil hanset Alia. Terkejut Alia apabila Amsya merampas telefon bimbitnya tidak dapat dia merebut kembali apabila umminya ada dibelakang mereka. Amsya melihat paparan transaksi akaun terpapar di situ. “Succesfuly transfer” dari akaun Alia ke akaun Faris berjumlah lima ribu. Amsya menjeling kearah Alia.

“Sayang keluar sekejap…Ummi tunggu kejap ya.” Arah Amsya. Berdebar hati Alia kecut perutnya.

“Kenapa Am, ada barang tertinggal ke?” Soal umminya.

“Ya ummi.” Jawabnya bersahaja. Alia keluar dari kereta sebagai yang diarahkan. Amsya keluar mendapatkan Alia. Dia menarik tangan Alia jauh sikit dari kereta risau umminya dengar.

“Ni apa ni? Kenapa transfer duit pada Faris? Dia minta duit dari Lia? Banyak duit Lia? Tadi kata dia minta maaf saja.” Tanya Amsya bertubi-tubi. Tercengang Alia mendengarnya. Alia senyum pada Amsya, Alia menjawa dengan lembut.

“Dia minta tolong Lia, dia ada masalah Lia tolonglah.” Jawab Alia tersenyum manis pada Amsya. Amsya mengangguk ditenungnya Alia senyum Alia dibalas.

“Pergi masuk kereta.” Arah Amsya dengan mesra. Mereka berdua menuju ke kereta. Alia melambai tangan kepada orang tua mereka yang ada didepan rumah. Amsya perlahan-lahan mengerakkan keretanya meninggalkan kampung halaman Alia.

Sepanjang perjalanan mereka berbual-bual sambil mendengar dan melayan lagu-lagu dari radio Manis FM. Amsya sesekali menoleh pada Alia disebelahnya. Alia pula merasa tidak selesa apabila perutnya sakit, dia menahannya. Puan Anis sesekali bertanya soalan pada Alia.

“Lia, dulu Lia belajar di mana? Pandai Lia baca quran.” Puji Puan Anis. Alia berpaling kebelakang melihat umminya tersenyum manis. Dia menjawab.

“Lia belajar sekolah agama MARA ULUL Albab di Besut.”

“Patutlah pandai, lepas tu sambung belajar di mana?” Pertanya ini membuatkan Alia terdiam seketika mencari jawapan yang terbaik. Difikirnya “perlu bagi tahu sekarang atau lain kali.” Amsya menoleh pada Alia menunggu jawapannya Alia menjeling pada Amsya.

“Lia sambung belajar di kolej tempatan, tak ada apa yang istimewa pada Alia itu sahaja.” Jawabnya bersahaja. Amsya mendengarnya berkerut dahi. “Betul ke si Lia ni” Bisik Amsya.

“Tak apa kalau ada peluang belajar, boleh sambung lagi.” Jawab Puan Anis memberi semangat pada Alia. Alia mengangguk.

“Tok wan bagitahu, Lia dan keluarga tinggal di Puchong. Mereka akan berkumpul di rumah Lia malam ini?.

“Ya, ummi.” Jawab Alia.

“Lia nak terus balik Puchong ke?” Tanya Puan Anis.

“Tak, Lia balik Putrajaya. Esok Roza akan ke sana make-up Lia, kami semua akan berkumpul di rumah Lia dulu kemudian ke rumah ummi tengah hari esok.” Jawab Alia.

“Esok majlis rumah ummi, semua sudah siap ke?” Tanya Alia.

“Rasanya sudah siaplah tu, ramai kat rumah tu.” Kata Puan Anis.

“Siapa ada di rumah?” Soal Alia mengerut dahi.

“Mak saudara dan sepupu Am, ramai semua ada dirumah. Semalam mereka di tidur rumah ummi.” Jawab umminya lagi.

Sudah lima jam dalam perjalanan, jalan sesak pada hari raya membuatkan perjalanan mereka mengambil masa yang lama, Amsya tidak dapat memecutkan keretanya. Mereka berhenti rehat untuk makan dan sembahyang zohor di R&R Gambang. Alia dan Puan Anis ke tandas terlebih dahulu sebelum ke surau untuk solat zohor. Alia sudah jangka yang dia akan datang bulan, dia keluar dari bilik air menuju ke kiosk untuk membeli pad selepas itu masuk semula ke bilik air.

Puan Anis terus ke surau menunaikan solat zohor. Selesai kerja Alia dalam tandas dia keluar menunggu ummi dan Amsya di gerai makan. Bungkusan hitam yang berisi pad yang dibelinya diletakkan di atas meja. Amsya selesai menunaikan solat dia menuju ke gerai makan dilihatnya Alia sudah berada di situ. Sampai sahaja dia di meja depan Alia. Amsya terus bertanya.

“Sudah sembahyang? Ini apa? Tanya Amsya sambil membuka bungkusan di depan Alia. Alia tengok dengan bermasam muka.

“Datang bulan?” Tanya Amsya. Alia mengangguk.

“Patutlah muka masam, bad mood, cukup ke bekalan ni?.” Tanya Amsya lagi.

“Cukup.” Jawab Alia sepatah.

“Cukup tak apalah, abang tak mahu Lia kotorkan kereta abang.” Kata Amsya selamba. Alia menjeling pada Amsya dengan jelingan yang tajam, marah. Amsya tersengih dia sengaja nak kena Lia.

“En.Amsya, saya bukan budak sekolahlah.” Jawab Alia dengan marah.

“Abang tak kisahlah budak sekolah ke? Anak dara ke? Isteri orang ke? Yang penting abang tak mahu Lia kotorkan kereta abang.” Kata Amsya. Alia terus memasamkan mukanya, menyampah dengan kata-kata Amsya.

Selang beberapa minit Puan Alia datang ke meja mereka selepas selesai solat. Sampai sahaja di situ dia terus bertanya Alia.

“Lia sudah sembahyang?” Alia mengelengkan kepala. Amsya menyampuk

“Tak sembahyang datang bulan.”

“Itulah, dia takut Lia kotorkan kereta Fairlady dia tu.” Balas Alia bermasam muka dan marah sambil memandang umminya. Puan Anis memandang Amsya mengelengkan kepala.

“Orang perempuan kalau datang bulan memang macam ni ke ummi? Meragam, bad mood dari semalam lagi.” Sindir Amysa. Alia menarik muka masam malas layan Amsya.

“Ummi nak makan apa? Lia belikan.” Tanya Alia tersenyum pada umminya.

“Apa yang ada?” Tanya Puan Anis.

“Sup tulang, patin masak tempoyak,gulai ayam kampung, ikan bakar air asam, ummi nak apa?”

“Lia ambil sajalah apa pun ummi makan saja tak kisah.” Jawab umminya. Alia bangun menuju ke gerai membeli makanan.

“Tanya ummi saja. Abang?” Tanya Amsya memegang tangan Alia. Alia menariknya tangannya dari dipegang Amsya. Merajuk dengan Amsya.

“Pergilah beli sendiri.” Kata Alia, dia melangkah ke gerai membeli makanan.

“Merajuk.” Balas Amsya sepatah. Dia gelak memandang umminya.

“Kenapa Am cakap macam itu kat dia, merajuklah.” Kata umminya.

“Am bergurau sajalah ummi, Lia tu ambil serius.”

“Pergilah pujuk dia.” Arah Puan Anis pada Amsya. Amsya bangun menuju ke gerai dimana Alia sedang memesan makanan. Dia memeluk Alia dari belakang. Terperanjat Alia apabila Amsya memeluknya. Amsya berbisik ditelinga Alia.

“Merajuk. Nak abang pujuklah ni.” Pujuk Amsya.

“Tak payah, lepaslah orang tengok.” Kata Alia. Amsya melepaskan pelukkannya.

“Awak nak makan apa? Tanya Alia. Tersenyum Amsya mendengar pertanyaan Alia.

“Lia order apa?” Tanya Amsya.

“Ambil sup dengan ikan patin gulai tempoyak. Awak makan tak? Soal Alia

“Makan…tambah ayam goreng.” Pinta Amsya.

“Kakak tambah ayam goreng tiga ketul.” Pesan Alia pada penjual. Setelah semua makan yang dipesan sudah disiapkan Mereka berdua membawa makanan yang dipesan ke mejanya.

Alia sekali lagi menuju ke gerai untuk mengambil air yang dipesan, dia juga membeli senaskah surat khabar. Selepas itu menuju semula ke meja, sambil menikmati hidangan Puan Anis perasan yang Alia tidak memakai cincin perkahwinan hanya cincin pertunangan yang ada dijari manis Alia.

“Lia, mana cincin kahwin Lia?” tanya Puan Anis. Alia memandang Puan Anis didepannya. Dia menunjuk pada Amsya.

“Ada dengan…” Alia menunjukkan jarinya pada Amsya. Amsya menjeling pada Alia dengan wajah yang masam dan marah. Umminya sekali lagi perasan kelakuan mereka berdua. Alia buat muka selamba.

“Kenapa ada dengan Am? Kenapa tidak bagi Lia pakai?” Soal umminya lagi tengok pada Amsya. Dengan pantas Alia menjawab.

“Lia takut hilang, jadi Lia suruh En.Amsya simpan.” Puan Anis mendengarnya berkerut dahi bukan takut hilang yang dikerutnya tapi pangilan Alia pada Amsya.

Dengan suara yang agak keras sikit Puan Anis bertanya lagi. “Alia masih panggil En.Amsya? kenapa tidak panggil saja abang? Kamu berduakan sudah kahwin. Alia mendengarnya menunduk muka dia tahu Puan Anis marah padanya.

Dengan suara yang lembut dan perlahan Alia menjawab. “Ummi, kami berduakan baru saja kenal belum boleh mesra lagi, Lia masih kekoklah, janggal jer nak panggil abang. Bagilah Lia masa.” Sambil tersengih pada umminya. Puan Anis mengeleng kepala. Amsya berpaling pada Alia pandangannya berbalas, sempat Alia mengeyit mata pada Amsya sambil tersengih.

Selesai sahaja makan mereka meneruskan perjalanan. Sebelum memasuki kereta Alia telah melapik surat khabar ditempat duduknya. Amsya melihatnya berkerut dahi dan ketawa.

“Hahaha…Lia buat apa ni?” Tanya Amsya.

“Lapiklah nanti kotor kereta awak.” Jawab Alia. Amsya ketawa pecah perut.

“Ummi tengok menantu ummi, gurau sikit ambil serius, tak apalah kalau nak lapik. Kalau bocor tidak kena kusyenkan.” Kata Amsya tergelak di situ.

“Am…kenapa buat macam tu.” tegur Puan Anis sedikit marah pada anaknya mengenakan Alia. Amsya terus ketawa sambil menoleh pada Alia dia mengangkat kening apabila Alia menjeling padanya.

Alia mengacip gigi geram dan marah pada Amsya. Amsya terus mengerakkan keretanya meneruskan perjalanan dia masih tergelak dengan tingkah laku Alia. Alia tidak memperdulikan Amsya yang asyik ketawa padanya. Dia memejam mata malas layan si Amsya. Umminya juga sudah tertidur. Alia merasa perutnya semakin sakit dia mengalami senggugut. Dia memegang kepala sambil tangan kanannya mengosok perut dengan matanya tertutup. Amsya perasan dengan kelakuan Alia. Dia mengeleng kepala hatinya bersuara.

“Si Lia ni sakit perut, tak mahu bagitahu. Berat mulut ada emas ke tak boleh bagitahu.”

Amsya melihat signboard pam station 2km. Dia memberhentikan keretanya mengisi minyak selepas itu masuk ke kedai station minyak untuk membeli minyak ubat. Siap membeli dia keluar kembali ke kereta, Alia keluar dari kereta menuju ke tandas. Amsya masuk ke dalam kereta beberapa minit kemudian Alia kembali.Tersenyum Amsya melihat Alia. Dia menurunkan sedikit seat Alia.

“Kenapa ni?” Tanya Alia. Puan Anis tersedar dari tidurnya. Melihat mereka berdua.

“Selesa sikit, Lia baring.” Arah Amsya. Alia mengikut arahan.

“Selak baju.” Arah Amsya membuatkan Alia terkejut.

“Nak buat apa?” Tanya Alia kehairanan.

“Abang nak sapu ubat pada perut Lia. Lia sakit perutkan?” Katanya sambil melihat umminya dibelakang. Alia mengeleng kepala.

“Lia, biarlah Am sapu ubat tu, Liakan sakit?” Balas umminya dibelakang. Alia berkerut muka. Amsya menyelak baju Alia.

“Lia sapu sendiri.” Pintanya.

“Abang buat.” Tegas Amsya. Dia menuang sedikit ubat ditapak tangannya kemudian disapu ke perut Alia. Alia memejamkan mata, merah mukanya menahan malu. Amsya mengosok perlahan-lahan perut Alia yang kempis dan licin itu.Tersenyum Amsya melihat Alia menahan malu, Alia merasa tapak tangan Amsya yang sedikit kasar mengosok perutnya. Berdebar juga jantung apabila disentuh Amsya. Amsya tersengih nakal mahu saja dia cium Lia di situ. Alia membiarkan Amsya mengosok dan menyapu ubat, tahan sikit sakitnya. Dia membuka mata dan menolak dengan lembut tangan Amsya dari perutnya.

“Cukuplah, nanti Lia buat sendiri. Awak bawa kereta nanti lambat pula sampai.” Kata Alia dengan suara yang begitu lembut tergoda Amsya mendengarnya. Dia melihat umminya di belakang mata umminya terpejam. Pandanganya beralih pada Alia. Dengan suara perlahan dia memberitahu Alia.

“Sayang cium sikit.” Pinta Amsya mengoda. Alia berpusing kebelakang menjeling pada Puan Anis sambil mengeleng kepala, dia lihat mata Puan Anis tertutup kemudian menjeling pada Amsya. Amsya dengan pantas mencium pipi Alia kemudian mengusap dahi Alia. Berdegup kencang jantung Alia apabila dicium oleh suaminya.

“Lia rehat, tidur dulu ya.”Amsya memanjakan isterinya. Alia mengangguk. Alia memejamkan matanya satu perasaan yang tidak dapat dia gambarkan. Kenapa dia rasa selamat berada disisi Amsya apa lagi kalau Amsya memeluk dan menciumnya. Perasaan cinta dan sayang Amsya pada Alia pula semakin bertambah tak tentu hala rasanya dia apabila menyentuh Alia.

Amsya meneruskan perjalanan mereka, lebih kurang pukul tiga petang mereka sampai di Kuala Lumpur. Amsya terus ke Putrajaya menghantar Alia ke rumah, dia mengejutkan Alia yang sedang nyenyak tidur sambil mengosok pipi Alia.

“Lia…Lia bangun sayang.” Alia tersedar dari tidurnya lama juga dia tidur. Dia memandang sekeliling.

“Dah sampai ke?” Tanya Alia.

“Dah dekat, rumah Lia dimana?”

“Prensint 8, nanti Lia tunjukkan jalan.” Jawabnya. Sepuluh minit selepas itu Amsya sampai didepan rumah Alia. Kebetulan pintu pagar rumahnya terbuka Amsya memasukkan keretanya sedikit dalam pagar rumah tersadar kereta Hyundai Sonata di porch. Tapi kereta Syafikah tidak kelihatan. Puan Anis tersedar dari tidurnya.

“Kita sudah sampai ke Am?” Tanya Umminya.

“Rumah Lia” Jawab Amsya. Alia turun dari kereta, Amsya juga turun mengambil barang Alia dari bonet kereta.

Hana yang kebetulan cuti pada hari itu membuka langsir melihat dari dalam rumah siapa yang pulang. Dia melihat Alia, cepat-cepat membuka pintu rumahnya.

Alia membuka pintu belakang kereta bersalam dengan Puan Anis. Selepas itu menutupnya kembali. Amsya menghampirinya memegang tangan dan menarik Alia ke badannya kemudian kedua-dua tangannya merangkul pinggang Alia. Alia tertunduk malu dengan tindakan Amsya. Tidak mampu dia menolak Amsya apabila di depan umminya.

“Sayang, jangan keluar tau hari ini, jangan ke mana-mana.” Pesan Amsya. Alia menjeling matanya sedikit keatas memandang pada Amsya didepannya hanya beberapa inci dari mukanya.

“Kenapa, Lia ingat nak pergi beli kek untuk esok di secret resepi.” Beritahu Alia.

“Suruhlah siapa-siapa beli. Abang tidak boleh izin Lia keluar sekarang ni, apa-apa berlaku susah pula, esok Lia nak ke rumah abangkan.” Alia mengangguk. Amsya mencium dahi Alia. Terkejut Hana yang sedang memerhatikan mereka dari dalam rumah.

“Janganlah En.Amsya ada orang tengok.” Larang Alia.

“Biarlah orang tengok, jangan panggil En.Amsya, panggil abang tak pun Am saja.” Amsya melepaskan tangannya dari pinggang Alia, dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan bekas cincin diberinya pada Alia kemudian menghulurkan tangannya pada Alia. Alia menyambut tangan bersalam dan mencium tangan suaminya. Alia berdiri di situ sehingga kereta Amsya bergerak pulang. Amsya memasuki keretanya lalu beredar dari situ kemudian Alia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Hana di situ.

“Wow, pengantin baru berpelukkan berciuman lagi.” Sapa Hana. Alia tersengih malu.

“Kau tidak kerja ke? Kata kerja?” tanya Alia.

“Baru balik aku ambil separuh hari, kurang sihat.” Jawab Hana.

“Aku naik dulu Hana.” Kata Alia. Hana mengangguk. Alia terus ke biliknya dia mandi kemudian menghubungi Syafikah.

Syafikah melihat skrin apabila telefon bimbitnya menjerit minta dijawab, pangilan dari bosnya.

“Hello Cik Puan Alia Nasuha.” Jawab Syafikah menyindir bosnya itu.

“Mengada-gadalah kau ni. Aku nak minta tolong kau boleh?” Tanya Alia.

“Tolong apa? kau ada kat mana sekarang?” Soal Syafikah kembali.

“Ada kat rumah, aku nak minta tolong kau belikan kek blackberry di secret resepi untuk majlis aku esok. Maaf Syaf sebenarnya aku nak pergi beli sendiri tapi Amsya tidak bagi aku keluar hari ini dia risau kalau apa-apa berlaku, katanya susah pula.” Terang Alia.

“Tak jadi masalah, nanti aku belikan. Kau macam mana okey tak?” Balas Syafikah

“Aku ada perkara nak bincang dengan kau, nanti malam kita bincang.” Kata Alia dengan nada suara yang lemah.

“Baiklah Lia.” Balas Syafikah kemudian memutuskan perbualan mereka.

Alia merehatkan dirinya di katil, perutnya masih terasa sakit. Dia terlelap.

Amsya dan umminya sampai di kediaman mereka. Adik beradik Puan Anis dan saudara-mara terdekat mereka ada dirumahnya membantu apa yang patut untuk majlis anak tunggalnya itu.

Selepas waktu maghrib, Syafikah turun ke tingkat bawah bersama rakan-rakannya yang lain.

“Syaf, pergilah makan aku sudah masak tadi” Arah Hana.

“Kau orang semua sudah makan ke? Mimi mana?” Tanya Syafikah pada Hana dan Alia yang ada di situ.

“Mimi di dapur sedang makan, kami dah makan.” Jawab Hana. Syafikah bangun menuju ke dapur.

“Lia, esok pukul berapa juru make-up datang.” Tanya Hana.

“Pukul 10.00pagi, kau orang semua cutikan esok?” Tanya Alia meminta kepastian.

“Mestilah cuti kawan kita kahwin.” Jawab Hana. Sambil menonton rancangan TV kegemaran mereka.

Mimi dan Syafikah selesai makan malam, mereka kembali ke ruang tamu sama-sama menonton.

“Hi, Lia macam mana hidup berumahtangga?” Soal Mimi.

“Macam mana apa macamtu jea ler. Macam biasa.” Jawab Alia selamba.

“Elehh…macam biasa berpelukkan bercium-cium lagi.” Sampuk Hana. Terkejut kedua-dua sahabatnya itu. Alia berpaling pada Hana dengan matanya dijengkelkan tanda marah.

“Eh, biar betul Hana.” Balas Mimi.

“Betullah aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Tadi, masa Amsya datang hantar dia sempat lagi Amsya peluk dan cium cik Lia kita ni.” Cerita Hana. Muka Alia sudah merah rasa malu juga dia pada teman-temannya itu. Mereka bertiga memandang Alia dengan senyum ketawa.

“Dahlah Hana malu aku. Nak buat macam mana, dah jadi milik orang.” Kata Alia sambil memegang kedua-dua pipinya.

“Best, syok kau Lia dapat berpeluk dan bercium dengan lelaki handsome dan kacak macam Amsya tu. Aku pun nak.” Balas Mimi. Mereka semua ketawa. Syafikah tengok pada Alia, dia tahu ada sesuatu yang Alia ingin bagitahunya. Alia dan Syarikah berbalas pandang.

“Aku masuk bilik dulu nak sembahyang isyak.” Kata Syafikah lalu meninggalkan mereka di situ. Alia faham, dia juga turut naik ke atas.

“Lia, kau nak ke mana?” Tanya Mimi apabila melihat Alia bangun.

“Aku, nak pergi tidur nak berkhayal berpelukkan dengan Amsya. Kenapa kau nak ikut ke?” Jawab Alia berseloroh sambil ketawa meninggalkan mereka.

“Mentang-mentanglah dia sudah ada suami.” Balas Mimi.

Alia memasuki biliknya, membaringkan dirinya diatas katil difikirnya. “Macam mana kalau Amsya terus memeluk dan cium aku boleh jatuh cinta aku pada dia. Tapi dia tidak cintakan aku lepas ini dia kahwin dengan kekasihnya tidak pasal-pasal aku kecewa. Macam mana aku nak buat nih supaya tidak bersama dia.” Pening kepala Lia memikirkannya. beberapa minit kemudian biliknya di ketuk belum sempat dia menyahut Syafikah sudah masuk ke biliknya. Terus menerkam ke atas katil.

“Lia, tadi kau kata ada perkara nak bincang, apa dia?” Tanya Syafikah sambil melihat Lia di depannya.

“Syaf , aku risaulah. En.Amsya tu pandai mengayap tau, kalau dia buat apa-apa pada kau matilah aku. Tambah lagi masalah aku. Aku takut aku jatuh cinta dengan dia.” Terang Alia.

“Ha, baguslah kau jatuh cinta dengan suami sendiri.” Pintas Syafikah.

“Kau ni, sudah terang lagi bersuluh dalam hati dia sudah ada orang lain, lepas ini dia akan tinggalkan aku. Orang lelaki ni kalau dia tidak dapat apa yang dia nak selagi itulah dia goda kita. Lepas itu dapat madu sepah di buang. Aku juga yang kecewa macam mana? Aku kena fikirkan sesuatu Syaf.” Kata Alia meminta nasihat dan pendapat sahabat baiknya itu.

“Kau ikut planning lama satukan dia dengan kekasih dia secepat mungkin.” Balas Syafikah. Alia termenung seketika mendengar jawapan dari Syafikah.

“Baiklah. Tapi kenapalah tempat Amsya tu tidak digantikan dengan Zafrul.” Katanya pada Syafikah.

“Kau masih sayang Zafrul? Kau kata Zafrul nak kahwin, dah kahwin ke dia?” Tanya Syafikah.

“Tak tahulah aku, tidak pula aku terima kad kahwin dari dia. Tak tahulah kalau dia juga sudah kahwin diam-diam macam aku. Tapi tidak mungkin. Nak kata aku cintakan Zafrul susah juga yang pasti dia masih ada dalam hati aku. Susahlah Syaf aku nak lupa dia. Syaf…Ada juga orang macam encik Amsya tu. Sanggup dia buat apa saja untuk mendapatkan orang yang dia sayang. Bertuahlah kekasih dia. Aku tahu dia sayangkan ummi dan tidak mahu ummi dia kecil hati, sanggup dia guna orang ke tiga macam aku ni untuk jayakan misi dia. Tak apalah aku akan tolong dia.” Jawab Alia.

Syafikah tersenyum pada sahabatnya itu sambil mengangguk kepala.

“Alia, aku masuk tidur dululah, kau jangan risau tentu ada jalan, aku tahu kau bijak dengan semua tu.” Kata Syafikah memuji Alia.

“Pergilah.” Arah Alia. Syafikah keluar dari bilik Alia. Alia melayan perasannya sendiri.

Amsya sedang membuat persiapan dirumahnya. Tiba-tiba sepupunya Qania, anak Liza adik Puan Anis menghampiri Amsya.

“Abang Am, tahniah selamat pengantin baru, cantiklah isteri abang Am. Nama dia Alia Nasuha kan?” Bicara Qania. Amsya mengangguk.

“Terima kasih.” Jawabnya sambil senyum pada Qania.

“Dah lama ke abang Am kenal Alia, berapa umur dia?”Tanya Qania lagi.

“Nak kata lama tidak lah juga, umur rasanya sebaya Qanialah 25tahun.” Balas Amsya. Qania mengangguk tersenyum manis kemudian beredar dari situ.

Amsya naik ke tingkat atas lalu ke biliknya. Teringat juga dia pada Alia terasa rindu pula, dia mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Alia. Pangilannya berdering.

Alia yang sedang merenung baju pengantin yang tergantung dibiliknya itu sambil memikirkan bagaimana dia nak elakkan dirinya dari bersama Amsya. Tiba-tiba dia terperanjat apabila telefonnya menjerit. Dia mengambil telefon bimbit disebelahnya. Dilihatnya pangilan dari Amsya.

“Hello, En.Amsya ada apa malam-malam ni, tidak tidur lagi ke?” Tanya Alia.

“Belum, Lia buat apa tu, kenapa tidak tidur lagi?” Balas Amsya.

“Sajalah tunggu awak telefon, saya tahu awak akan telefon saya.” Jawab Alia bersahaja. Amsya tersengih.

“Lia rindu abang ke? Sakit perut lagi?” Tanyanya mengambil berat.

“Nak rindu apa tadi baru jumpa. Perut…sakit jugalah.” Jawabnya Alia dengan malas.

“Nak abang pergi rumah Lia ke?” Pertanyaan nakal Amsya sambil tersengih sendirian.

“Kenapa pula nak datang sini, buat apa?” Soalnya sedikit keras.

“Yalah tidur dengan Lia, boleh abang tolong sapu ubat pada perut Lia.” Jawab Amsya mengoda. Jawab Alia dengan marah.

“Hoiiiii…tak payah, saya sekarang tengah fikir macam mana nak elakkan diri dari tidur dengan awak esok, awak senang-senang nak datang sini.” Terkejut juga Amsya mendengar jawapan Alia.

“Kenapa pula fikir macam tu?” Soal Amsya menguji.

“Awak tu bukan boleh percaya pun, kalau awak buat apa-apa pada saya macam mana? Tidak pasal-pasal saya jatuh cinta pula dengan awak tambah lagi masalah.” Balas Alia terang-terang.

“Tak apalah Lia jatuh cinta dengan abang tak salah pun.”

“Encik Amsya, saya tidak akan jatuh cintalah dengan awak. Terang-terang lepas ini saya akan di dua, di madu dan diceraikan. Bukan senanglah encik Amsya, saya nak jatuh cinta, lagi-lagi orang macam awak, kenal pun tidak.” Balas Alia. Terdiam sejenak Amsya mendengarnya. Alia bersuara lagi.

“En.Amsya saya nak tidur ini, kita jumpa esok. Bye.” Terus Alia memutuskan pangilan.

Amsya tersenyum manis rindu juga dia pada Alia. Difikirnya macam mana mahu mengambil hati dan membuatkan Alia jatuh cinta dengannya. Dia mesti dekatkan dirinya dengan Alia dan selalu disamping Alia.

Amsya monolog luaran “Kalau aku selalu berada disamping dia mungkin dia akan jatuh cinta dengan aku. Aku mesti ambil berat tentang dia. Mesti dia akan cair dengan aku. Abang tunggu kedatangan kau disisiku wahai isteriku Alia Nasuha.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku