Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 35
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8098

Bacaan






Seawal pagi Puan Anis telah bangun menyiapkan kerja-kerja dirumahnya, teruja dia untuk menyambut menantu pilihan hatinya. Adik beradiknya Siti dan Liza bermalam dirumahnya. Anak perempuan Siti iaitu Qania juga bermalam di situ. Puan Anis ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk adik beradiknya. Siti adiknya turut sama membantunya didapur dan menyiapkan apa yang patut bagi persiapan perkahwinan anak buahnya. Siti menghampiri Puan Anis didapur, dia bertanyakan pada Puan Anis.

“Kak Ngah, berapa lama Amsya kenal dan bercinta dengan Alia Nasuha tu?”

“Baru jea, Alia tu sebenarnya angah kenal dia dihospital semasa angah kena serangan jantung. Angah langgar kereta dia, baik budak Lia tu dia tolong jaga angah sampai dirumah. Masa itu Amsya pergi ke Itali dua minggu.” Jawab Puan Anis.

“Bila pula angah kena serangan jantung? Kenapa tidak bagi tahu Siti, Liza atau along?.” Tanya Siti pada kakaknya itu.

“Angah tidak mahu menyusahkan kamu semua, kebetulan Alia sanggup jaga angah. Angah suka budak Lia tu, jadi angah jodohkanlah mereka.” Jawab Puan Anis jujur. Qania yang baru sampai di dapur melihat ibunya Siti dan Puan Anis sedang rancak berbual. Tiba-tiba Qania menyampuk.

“Mak Ngah, tahu tak yang Shasha sudah pulang pagi kelmarin. Aunti Liza ada bagitahu tak?” Tanya Qania pada ibu saudaranya itu. Puan Anis berbalas pandang pada Rania dan Siti.

“Tak tahu pula, makcik Liza kamu tidak bagitahu pun yang Shasha sudah pulang. Cuti ke sudah habis belajar?” Balas Puan Anis.

“Balik teruslah mak ngah, sudah habis belajar. Semalam Shasha sms nak datang pagi ini.” Jawab Qania. Berdebar juga hati Puan Anis mengetahui yang Shasha sudah pulang ke tanah air.

“Tak apalah angah, cerita lama.” Balas adiknya Siti. Puan Anis tersenyum.

“Qania tolong panggil makcik Liza dan Amsya turun makan.” Arah Puan Anis.

“Baik mak ngah.” Balas Qania dia naik ketingkat atas untuk memanggil mereka.

Amsya mengemas biliknya kain baju dalam almarinya disusun rapi dan dikosongkan sedikit ruang untuk dimuatkan kain baju Alia nanti. Tersenyum Amsya sendirian apabila gambaran wajah ayu dan sikap poyo Alia. Terfikir juga Amsya berani ke Alia bersikap poyo dan berlagak depan keluarga dia nanti.

Pagi yang indah itu, Alia sudah bersiap untuk dimekap oleh Roza ditolehnya jam ditangannya pukul 9.40pagi. Syafikah dan teman-temannya yang lain sedang bersiap untuk ke majlis sahabat baiknya itu. Sebuah kereta berhenti didepan rumah mereka, Alia menjenguk dari bilik tidurnya dari tingkat atas dilihatnya En.Roza sudah sampai, dia memanggil Syafikah.

“Syaf, Roza sudah datang tolong buka pintu.” Laung Alia.

“Yap” Jawab Syafikah berlari anak menuruni tangga untuk membuka pintu. En.Roza keluar dari keretanya dengan barang-barang make-up bersama pembantunya yang juga jurukamera. Syafikah membawa Roza dan pembantunya ke bilik Alia.

Qania mengetuk pintu bilik Amsya untuk memanggil Amsya makan. Amsya ke pintu bilik untuk membukanya. Apabila Amsya membuka saja pintu biliknya Qania terus bersuara.

“Abang, mak ngah suruh turun makan.” Amsya angguk dan senyum pada sepupunya itu.

“Abang, Qania ada perkara nak bagitahu.” Kata Rania. Amsya memandang Qania berkerut dahi.

“Apa dia.” Tanya Amsya.

“Buah hati abang sudah balik, kekasih lama.” Bagitahu Qania. Amsya terkejut berdebar jantungnya apabila mengetahui Shasha sudah pulang ke tanah air.

“Nia, turun dulu kejap lagi abang turun.” Kata Amsya. Qania mengikut arahan dia turun ke tingkat bawah.

Termenung Amsya dikatil yang telah dihias cantik, memegang kepala yang tiba-tiba rasa pening, teringat dia kenangan bercinta dengan Shasha dulu tapi cinta mereka dihalang oleh ibubapanya. Membuatkan dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Shasha setelah Shasha menyambung pengajiannya di Australia. Dua tahun dia cuba melupakan Shasha akhirnya berjaya kemudian Amsya bercinta dengan Tengku Umairah sehingga kini tapi sekarang dia sudah mula jatuh cinta dengan Alia isterinya sendiri.

Amsya monolog luaran “Aku masih cintakan Shasha ke? Kenapa jantung berdebar bila tahu dia sudah pulang?” Ditanya dirinya sendiri. Hilang seketika ingatnya pada Alia Nasuha. Dia melangkah keluar dari biliknya untuk bersarapan bersama yang lain. Apabila dia turun sahaja dilihatnya sudah ramai saudara mara sebelah ibunya yang datang begitu juga dengan catering yang ditempahnya. Tempat persandingannya telah dipasang kelmarin, riuh rendah bunyi suasana rumahnya pagi itu.

Alia disolek oleh Roza, rakan-rakannya yang lain juga sibuk menyiapkan diri mereka. Jurugambar mengambil beberapa keping gambar Alia sedang bersiap dan disolek oleh Roza. Tiba-tiba Alia bersuara.

“En.Roza sudah lama kenal dengan Puan Anis?” Tanya Alia.

“Memang sudah lama, dalam lapan atau sembilan tahun macam tulah.” Jawab Roza.

“Sudah lama, kenal rapatlah dengan Puan Anis?” Soal Alia lagi.

“Kenal sangat, Puan Anis dan arwah suaminya dulu memang pelanggan tetap kami. Samalah juga dengan Amsya tu. Kalau Lia nak tahu Amsya tu bercinta dengan sepupunya, dulu selalu juga dia dan kekasihnya datang jahit baju dibutik aku.” Jawab Roza membuatkan Alia sedikit terkejut tapi dia suka dapat information dari Roza. Sekarang tibalah masanya Alia mengorek rahsia apa lagi yang diketahui oleh Roza.

“Oh, jadi Amsya bercinta dengan sepupu dialah. Kenapa mereka tidak berkahwin?” Tanya Alia. Dengan suara lemah-lembutnya Roza menjawab

“Aku dapat tahu yang arwah ayah Amsya tidak berapa suka pada Shasha katanya Shasha ni gedik dan sombong, tidak sesuai dengan Amsya. Dan Amsya ni pula setahu aku dia selalu ikut cakap maknya Puan Anis. Dia sayang sangat dengan Puan Anis. Sanggup buat apa untuk umminya.” Balas Roza lagi. Alia tersenyum manis.

Hatinya bersuara. “Jadi kekasih en.Amsya rupanya sepupu dia patutlah ummi tidak bagi mungkin hubungan itu dekat sangat tapi tidak apa.” Alia mula memikirkan sesuatu dia mendapat ideal dan akan menyusun strateginya.

Sedang asyik Amsya menjamu selera pagi itu tiba-tiba dia ditegur.

“Hi, abang Am.” Amsya mengangkat mukanya, terkejut dia apabila melihat Shasha terpacak didepannya. Belum sempat Amsya menjawab apa-apa Shasha menghampiri Puan Anis bersalam dan berpelukkan. Amsya menjeling memerhatikan mereka.

Puan Anis memandang Amsya yang tidak memperdulikan kehadiran Shasha. Dia tahu yang dulu Amsya cinta dan sayang Shasha. Hati Puan Anis berkata-kata. “Adakah Am masih sayang dan cinta pada Shasha, kalau dia masih ada hati pada Shasha kenapa dia bercinta dengan Tengku Umairah. Dan sekarang Amsya terima pula Alia. Macam mana kalau Alia tahu mungkin Alia akan terluka.”

Amsya bangun keluar ke halaman rumahnya melihat catering sedang mengatur makanan. Tiba-tiba tangannya ditarik, dia berpaling.

“Tahniah bang, abang sudah jumpa dengan orang yang abang cinta.” Kata Shasha menyindir. Amsya senyum kearahnya.

“Terima kasih. Sha macam mana sekarang? Bila pulang? Dah habis belajar?.” Tanya Amsya merenung ke mata Shasha.

“Sampai kelmarin, semalam dapat tahu abang sudah kahwin. Sha sudah habis belajar. Kenapa abang tidak tunggu sha? Abang tidak sayang Sha lagi ke?” Tanya Shasha membuatkan Amsya serba salah.

“Sha juga suruh abang lupa Sha dan cari orang lain. Sha kata sudah ada penganti abang.” Balas Amsya menguji hati Shasha.

“Sha masih sayang abang.” Jawab Shasha dengan manja. Amsya memejam mata dan menarik nafas panjang. Sedang asyik mereka berbual Puan Anis muncul.

“Am, kenapa tidak siap lagi? kejap lagi Alia akan sampai.” Kata Umminya. Amsya memandang umminya, dia mengangguk lalu beredar dari situ meninggalkan Shasha untuk bersiap.

Alia masih lagi dimake-up oleh Roza, semua keluarganya sudah sampai mereka hanya menunggu Alia bersiap. Syafikah masuk kebilik Alia dilihatnya Alia tersengih padanya.

“Kau apa hal tersengih nih? Dah siap?” Tanya Syafikah.

“Dah siap. Aku ada cerita.” Jawab Alia perlahan, Alia mengangguk kepala mengajak Syafikat mendekatkan telinga. Alia berbisik.

“Aku dapat tahu dari Roza, En.Amsya bercinta dengan sepupu dia.” Bagitahu Alia sambil tergelak-gelak mengangkat kening pada Syafikah. Syafikah berkerut dahi.

“Kau nak buat apa Lia?” Tanya Syafikah hairan.

“Aku tahulah, cepat sikit kerja aku lepas ni.” Jawabnya sambil memetik jari. Syafikah mengeleng kepala dengan sikap Alia. Dia tahu Alia ni banyak ideal pelik-pelik.

“Jomlah semua sudah tunggu kau kat bawah.” Ajak Syafikah.

“Syaf, tolong ambil bag kain aku tu.” Arah Alia. Syafikah mengambil bagasi Alia, mereka berdua turun ke tingkat bawah.

Mereka semua bergerak ke rumah Amsya. Dua puluh minit perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah Amsya. Berduyung-duyung tetamu yang hadir di majlis Amsya pada tengah hari itu, maklumlah waktu makan tengah hari ramai orang ketika itu. Puan Anis dan yang lain sudah bersedia menyambut kedatangan menantunya. Kiri kanan dia berpaling mencari Amsya.

“Mana Amsya?” Tanya Puan Anis pada Rania dan Shasha disebelahnya.

“Tu, baru turun.” Tunjuk Qania pada Amsya yang menuruni tangga dengan memakai baju melayu berwarna purple sedondong dengan Alia.

“Cepat sikit Am.” Arah umminya. Amsya mempercepatkan langkahnya.

Alia diiringi oleh saudara-maranya serta sahabatnya berjalan memasuki perkarangan rumah Amsya. Mereka semua disambut baik oleh pihak lelaki. Amsya tersenyum manis melihat isteri dihadapannya dia menghulur tangan, Alia menyambut tangan Amsya untuk bersalam. Alia tersenyum pada semua yang ada didepannya. Sambil berjalan menuju ke singgahsana mereka yang dihias indah oleh Roza. Semua mata tertumpu pada Alia dan Amsya, tetamu yang datang ada yang berbisik sesama sendiri memuji kecantikkan Alia dan Amsya. Shasha yang berada disebelah Qania melihat Alia, tercabar juga dia melihat kecantikkan Alia.

Roza yang ada disebelahnya membisik pada Alia. “Lia yang pakai baju warna pink tidak bertudung tu, itulah Shasha.” Alia mendengarnya tersengih melihat Shasha sambil menjeling pada Roza. Alia sudah memasang rancangan.

Alia membalas bisikkan pada Roza. “En. Roza tolong ambil gambar En.Amsya dan Shasha setiap kali bergambar dengan saya, apabila saya jauh sikit dengan Amsya. Awak suruh jrugambar ambil gambar mereka.” Arah Alia. Roza berkerut dahi.

“Boleh ke macam tu?” Soal Roza pelik dengan arahan Alia.

“Buat jer nanti saya bayar pada awak.” Arah Alia lagi. Roza mengangguk kepala.

Apabila sampai sahaja mereka dipelamin Alia melirik pada Shasha yang asyik memandangnya sesekali dia melirik pada Amsya. Alia tersenyum dan mengeyit mata pada Amsya apabila mereka berpandangan berkerut dahi Amsya melihat Alia. “Sempat lagi Alia bersikap poyo kat sini.” Kata hati Amsya.

Mereka bergambar bersama keluarga masing-masing apabila tiba giliran Shasha ingin bergambar dengan mereka, dan Shasha berada disebelah Alia. Alia bersuara.

“Awak boleh ke sebelah sana tak? Sebelah Amsya baru balance.” Arah Alia sambil memandang pada Roza lalu dia mengeyit mata pada Roza. Alia berbisik pada Amsya.

“En.Amsya tunggu kejap saya nak sapu bedak.” Amsya mengangguk. Alia turun dari pelamin meninggalkan Amsya dan Shasha disitu dia menuju ke Roza kononnya nak sapu bedak. Jurugambar yang telah diberi arahan telah mengambil gambar Amsya dan Shasha. Begitulah seterusnya dilakukkan oleh Alia, setiap kali dia mahu bergambar dengan Amsya, Shasha akan menjadi pengapitnya. Mereka bergambar ditempat potong kek, dalam bilik atas katil apabila Alia dengan sengaja meninggalkan mereka. Alia saja mencari alasan untuk meninggalkan mereka bergambar berdua tanpa disedari oleh Amsya.

Setelah semuanya selesai. Alia mendapatkan keluarganya terutama tok wan, mak Tim, aki dan mak saudaranya yang ingin pulang. Puan Anis berada bersama Alia dan Arshraf dikirinya manakala Amsya berada disebelah kanan Puan Anis.

“Puan Anis, Amsya. Alia ni anak yatim piatu, kami serahkan Alia pada kamu berdua, tegurlah Alia kalau dia ada buat salah dan silap. Bagi dia tunjuk ajar. Alia ni budak manja. Tolonglah jaga Alia Nasuha baik-baik.” Kata Mak Tim dengan sayu melepaskan anak susuannya itu pada orang lain. Alia mendengarnya memandang Arshraf disebelah matanya dipejam keluarlah airmata. Arshraf memeluk kakaknya dan mengesat airmata yang telah tumpah dipipi Alia. Alia mendapatkan mak Tim dipeluk dan diciumnya.

Alia berbisik pada telinga Mak Tim. “Mak Tim maafkan Lia dan halalkan Lia, tolong doakan Lia.” Mak Tim membalas pelukkan Alia, dia mengosak perlahan-lahan belakang Alia. Perlahan-lahan Alia melepaskan pelukkan itu. Kemudian dia beralih pada Tok wannya dipeluk dan diciumnya. Rasa bersalah Alia pada orang tuanya, dia tahu perkahwinannya ini tidak lama.

“Kalau ada apa-apa masalah, Lia bagitahu tok wan.” Kata Tok wan memujuk Alia, apabila melihat Alia begitu sedih. Alia mengangguk.

Amsya disisi umminya memerhati Alia. Amsya bersalam dengan keluarga Alia sebelum mereka pulang. Selepas itu Amsya meninggalkan Alia seketika apabila rakan-rakannya datang.

Sebelum berangkat pulang Syafikah telah menyerahkan kunci kereta Hyundai Sonata pada Alia.

“Syaf, Mimi, Hana terima kasih banyak-banyak.” Kata Alia. Tersenyum pada sahabat-sabahatnya itu.

“Kau jaga diri Lia.” Balas mereka bertiga serentak. Alia mengangguk. Mereka semua bergerak pulang.

Qania dan Shasha yang berada disitu melihat Alia ditingalkan oleh keluarga dan sahabatnya.

“Shasha, jom kita jumpa Alia.” Ajak Qania sambil menarik tangan Shasha. Alia yang berdiri memerhati kereta yang dipandu keluarga dan sabahatnya bergerak meninggalkannya sendirian disitu, tiba-tiba Qania memanggilnya.

“Alia.” Alia berpaling dan tersenyum pada mereka

“Saya Qania dan ini Shasha, kami sepupu abang Amsya.” Alia mengangguk, mereka bersalaman antara satu sama lain.

“Saya Shasha.” Shasha memperkenalkan dirinya. Teruja dan cemburu dalam diri Shasha melihat kecantikkan Alia. Alia tersenyum lagi pada mereka. Segan juga Alia pada mereka semua.

“Kamu berdua adik beradik ke?” Tanya Alia dengan mesra.

“Tak, saya anak aunti Siti, dan Shasha anak aunti Liza. Kalau Alia nak tahu Shasha ni baru jea balik dari Australia baru habis belajar. Kelmarin baru sampai.” Kata Qania memperkenalkan dirinya dan Shasha. Shasha senyum menyindir dan menjeling pada Alia. Alia memerhati Shasha, dia tahu mungkin Shasha cemburu dan marah padanya. Hati Alia berkata-kata “Tak apa Shasha nanti aku satukan kau dengan Amsya.”

“Lia, marilah kita masuk, saya kenalkan Lia dengan saudara-mara kita.” Ajak Qania.

“Shasha boleh tak awak tolong saya tengokkan Amsya sekejap, awak pergilah teman dan layan dia, saya dan Qania nak masuk dalam.” Pujuk Alia dengan mesra pada Shasha. Shasha berkerut dahi hairan ada ke isteri suruh orang lain layan suami sendiri. Ini peluang aku untuk berbaik semula dengan Amsya.

Alia dan Qania masuk ke dalam rumah, manakala Shasha dengan senyum dan gembiranya apabila Alia memberi kebenaran untuk melayan Amsya. Dia menuju ke Amsya yang sedang melayan rakan-rakan dan saudara-maranya.

Alia dikenalkan oleh Qania saudara-mara mereka. Alia melayan dan bermesra dengan keluarga Amsya. Puan Anis yang berada disebelah Alia tersenyum manis apabila menantunya dipuji oleh tetamu-tetamunya.

Amsya terdengar sebuat motor berkuasa tinggi berhenti di depan rumahnya. Dia bangun melihat siapa yang datang. Terkejut dan jantungnya berdebar-debar apabila melihat Irwan adik Irfan datang. Amsya memerhati sekeliling mencari kelibat Alia, risau juga dia kalau Irwan nampak Alia. Dia tahu Irwan mesti kenal dengan Alia. Amsya melihat Shasha disebelahnya.

“Sha, ada nampak Alia?” Tanya Amsya cemas.

“Ada didalam dengan aunti Anis dan Qania.” Jawab Shasha, lega Amsya mendengarnya.

Bisik dalam hati Amysa. “Janganlah Alia keluar, kalau tidak dia akan kenal Irwan dan Alia akan memberitahu sebab perkahwinan ini, bocor rahsia matilah aku. Irwan tidak boleh tahu.”

Irwan masuk, matanya terkial-kial melihat sekeliling dicarinya tuan rumah. Amsya bangun, dia menarik tangan Shasha supaya mengikutnya. Dia menuju ke arah Irwan dan menyapanya dari belakang.

“Hi, Irwan.” Menepuk bahu Irwan. Terkejut Irwan, dia berpaling dan tersenyum pada pengantin didepannya. Irwan melihat Shasha disebelah Amsya. Amsya akan menyangka yang Irwan akan fikir Shasha adalah isterinya.

Irwan menghulur tangan pada Amsya untuk berjabat, Amsya menyambut tangan Irwan.

“Tahniah Am, selamat pengantin baru.” Ucap Irwan dengan senyum.

“Mana mama dan papa? Irfan tidak datang sekali.” Tanya Amsya,

“Abang Irfan datang dengan mama dan papa kejap lagi. Irwan datang dulu, lepas ni nak ke rumah kawan, kahwin juga.” Jawab Irwan. Tiba-tiba Qania memanggil Shasha yang ada disebelah Amsya. Shasha meninggalkan mereka berdua disitu.

“Jom Irwan, makan dulu. Irwan bila lagi?” Tanya Amsya sambil berjalan menuju ke meja makan, menguji kalau-kalau Irwan tersebut tentang Alia. Pertanyaan Amsya membuatkan Irwan tersenyum manis teringat dia pada Alia. Difikirnya kalaulah aku bercinta dengan Alia mesti ada yang jealous dengan aku. Alia lebih cantik dari isteri kau Amsya.

“Kenapa senyum? Teringat siapa?” Tanya Amsya lagi menyerkap Irwan. Kalau-kalau Irwan menaruh hati pada Alia.

“Abang Am dah tanya teringat saya pada seseorang. Saya adalah kenal dengan seseorang tapi tak rapat lagi.” Balas Irwan sambil sengih pada Amsya didepannya.

“Siapa nama orangnya, boleh abang tahu ?.” Soal Amsya lagi jantungnya mula berdebar-debar.

Irwan mendekatkan mukanya ke telinga Amsya. “Nama dia Alia, orangnya cantik bang, tapi abang jangan bagitahu abang Irfan. Abang Irfan tu bukan boleh percaya.” Kata Irwan yang memang rapat dengan Amsya macam abangnya sendiri.

Berdebar jantung Amsya mendengar pengakuan Irwan betul sangkaannya. “Ini mesti Irwan tidak tengok kad undangan yang diberi kepada Irfan. Mampus aku kalau Irwan tahu semua ini. Aduhhhh…apa aku nak buat ni?” Kata Amsya dalam hatinya.

Puan Anis dan Alia yang sedang melayan tetamu di dalam rumah, dia menoleh jam ditangannya 3.45petang dia teringat yang dia belum lagi sembahyang zohor. Dia bangun untuk ke biliknya. Alia melihat Puan Anis mendaki tangga loteng ke tingkat atas, dia mengekori Puan Anis. Sampai sahaja dalam bilik Puan Anis merehatkan dirinya sekejap sebelum dia mendirikan solat. Alia duduk disebelah umminya di birai katil. Mereka berpandangan dan tersenyum.

“Kenapa Lia ikut ummi? Kenapa tidak layan tetamu kat bawah?” Tanya Puan Anis dengan mesra.

“Lia nak ke tandas.” Jawab Alia sambil memegang tangan Puan Anis.

“Ummi, boleh tak Alia nak minta tolong?” Pinta Alia dengan lembut dan merayu, dia sudah buat muka sedih depan puan Anis.

“Tolong apa, cakap sajalah ummi akan tolong.” Jawab Puan Anis, sayu mendengar permintaan Alia.

“Ummi tahukan Lia dengan En.Amsya belum rapat lagi. kita orang masih mengenali hati budi, jadi boleh tak ummi tolong Lia, Lia nak tidur dengan ummi malam ini.” Rayu Alia dengan sayu.

“Kenapa pula macam ni, nanti apa kata abang Am.” Balas Puan Anis. Alia membuat muka masam dan sedih.

“Sebenarnya ummi…En.Amsya tidak kisah, lagi pun Lia datang bulan, En.Amsya tidak selesa dengan Lia mungkin badan Lia berbua. Nanti En.Amsya tidak suka pula pada Lia. Lia sudah bagitahu dia nak cuba minta izin ummi tidur dengan ummi. Tolonglah ummi.” Balas Alia merayu lagi. Ini rancangannya untuk tidak tidur dengan Amsya malam ini. Puan Anis merenung wajah sedih Alia.

“Kalau Am sudah bagi ummi tidak kisah boleh saja tapi lepas suci Lia kena tidur dengan Am.” Kata Puan Anis. Alia tersengih rancangannya berjaya. Hatinya gembira dan berbunga, hatinya berkata yes…yes…yes.

“Terima kasih ummi. Lia masuk bilik air dulu.” Pinta Alia tersenyum manis. Dia bangun menuju ke bilik air.

Amsya menunggu dan menemani Irwan makan risau juga dia kalau Irwan nampak Alia nanti.

“Irwan makan dulu, nanti abang datang balik.” Kata Amsya. Irwan mengangguk. Amsya beredar dari situ mencari Alia. Dia tidak akan bagi Alia keluar sehingga Irwan balik. Amsya masuk ke dalam rumah dia bertanya Qania.

“Nia, mana Alia?”

“Atas.” Jawab Qania sepatah sambil menunjuk tangannya ke atas. Lega hatinya Alia tidak ada di situ.

Amsya kembali kepada Irwan yang sudah selesai makan. Shasha mengekori Amsya. Sampai sahaja Amsya di meja Irwan, Amsya bertanya.

“Irwan sudah siap, kenapa tidak tambah? banyak lagi tu.” Pelawanya sambil menunjuk-nunjuk ke arah meja lauk.

“Dah cukup bang, nak pergi rumah kawan satu lagi, kalau perut dah kenyang tidak ada tempat nak isi lagi merajuk pula tuan rumah nanti.” Balas Irwan memandang Shasha disebelahnya. Amsya sekadar tersenyum.

“Iwan balik dulu, terima kasih banyak. Dari tadi tidak nampak ummi. Mana ummi?” Kata Irwan.

“Sembahyang” Jawab Shasha disebelah.

“Nanti kirim salam pada ummi.” Pesan Irwan pada mereka berdua. Amsya mengangguk.

Irwan bangun, Amsya mengiringi Irwan untuk menghantarnya sehingga ke pintu pagar. Selepas sahaja Irwan beredar dia terus masuk ke dalam rumah tidak menghiraukan Shasha disebelahnya. Shasha melihatnya bermasam muka.

Alia turun semula ke bawah untuk melayan tetamu. Amsya yang baru masuk melihat Alia menuruni tangga, dia menunggu Alia dianak tangga terakhir. Alia memandang Amsya senyum bersahaja. Amsya memegang tangan Alia dari tadi dia tidak bercakap dengan Alia.

“Lia pergi mana?” Soal Amsya dengan lembut dan mesra.

“Tandas.” Jawab Alia sepatah sambil menarik tangannya yang dipegang Amsya apabila melihat Shasha yang baru masuk memerhatikan mereka. Alia menuju kepada Shasha dengan tersenyum manis. Amsya melihat Alia menuju kearah Shasha.

“Shasha dah makan?” Tanya Alia. Amsya menuju kearah mereka. Pelik juga Amsya kenapa rapat sangat mereka ni.

“Belum lagi.” Jawab Shasha dengan keras bermasam muka.

“Marilah Lia temankan. Mana Qania?” Pelawa Alia dengan mesra.

“Sana tu.” Tunjuk Shasha pada Alia.

“Nak ke mana ni?” Soal Amsya yang baru sampai didepan mereka. Memandang Alia dengan tajam. Amsya tengok Irfan dan ibubapanya yang baru sampai.

“Nak teman Shasha makan.” Jawab Alia bersahaja.

“Tak payah, teman abang layan tetamu. Irfan dan mak ayah dia datang tu. Mari. ” Jawab Amsya menarik tangan Alia dan Alia menarik tangan Shasha. Amsya tidak perasan yang Alia menarik tangan Shasha mengikut mereka sekali menuju ke arah Irfan. Irfan memandang mereka berkerut dahi apabila Shasha ada bersama mereka.

“Assalamualaikum.” Irfan dan ibubapanya memberi salam apabila Amsya hampir dengan mereka. Salam dijawab oleh Amsya dan mempelawa mereka makan. Irfan berbisik pada Amsya.

“Hebat kau Am. Dua sekali ada di sini, ini tidak Tengku Umairah lagi. Baik pula tu mereka. Ayat apa kau pakai? Bila Shasha pulang?” Tanya Irfan bertubi-tubi. Amsya berpaling pada Alia dan Shasha disebelah Alia berkerut dahi Amsya.

“Nantilah aku cerita.” Jawab Amsya. Amsya membawa mereka semua ke meja makan bersama tetamu-tetamunya yang lain.

Amsya masih lagi memegang tangan Alia berjalan seiringan menuju ke meja makan menemani Irfan dan ibubapanya. Papa Irfan iaitu Dato Mansur dan Isterinya Datin Najihah tersenyum manis memandang gadis disebelah Amsya. Alia bersalam dengan Datin Najihah. Puan Anis datang pada mereka dan bersalaman dengan Datin Najihah.

“Jemput makan Dato, datin…Apa khabar sekarang datin? Lama tidak jumpa.”Bicara Puan Anis mesra.

“Alhamdulilah kami semua baik. Tahniahlah Puan Anis dapat menantu. Cantik.” Balas Datin Najihah sambil memandang Alia tersenyum manis disebelah Amsya. Alia menjeling pada Shasha disebelahnya bermasam muka, dengan jelas nampak rauk wajah cemburu Shasha.

“Terim kasih. Datin bila lagi nak dapat menantu?” Tanya Puan Anis membalas. Sambil mengeleng kepala Datin Najihah menjawab.

“Tak tahulah Irfan ni, entah sudah ada ke tidak, katanya baru putus cinta.”

“Tidak apa Irfan cari sahaja yang lain.” Kata Puan Anis memandang Irfan. Mereka sama-sama ketawa. Irfan sesekali menjeling ke arah Alia dan Shasha.

“Entahlah aunti, ingat nak cari orang macam Alia juga cantik, manis, baik.” Kata Irfan menjeling ke arah Amsya yang ada didepannya. Alia tersenyum. Tercabar dan cemburu juga Amsya mendengar kata-kata Irfan. Alia membisik sesuatu pada Shasha.

“Sha boleh ikut saya sekejap.” Shasha mengangguk.

Alia berbisik pada Amsya disebelahnya untuk minta izin pergi dari situ. Amsya berkerut dahi dan mengeleng tidak mengizinkan Alia ke mana-mana.

“Kejap saja.” Pinta Alia lagi matanya menjeling Amsya.

“Lia nak ke mana? Tanya Amsya perlahan.

“Ambil air dahagalah.” Jawab Alia sepatah. Amsya mengangguk. Alia bangun menarik tangan Shasha supaya mengikutnya. Mereka berdua beredar dari situ. Alia membawa Shasha ke dalam rumah. Amsya memerhati mereka berdua. Alia membawa Shasha ke dapur. Alia sudah ada rancangan untuk Shasha dan Amsya malam ini.

“Ada apa Alia?” Tanya Shasha sambil menarik tangannya dari pegangan Alia, hairan dengan sikap Alia. Alia tengok pada Shasha tersengih.

“Sha, boleh tak awak tidur di sini malam ini?” Pinta Alia. Shasha tersengih pada Alia. Kata hati Shasha “Kau tidak tahu Alia aku ni siapa. Menyesal kau kalau kau tahu aku ni bekas kekasih Amsya. Ini peluang aku untuk pikat Amsya balik. Bodoh kau Alia.” Dengan sombong dan angkuh Shasha menjawab.

“Memang aku nak tidur di sini pun. Aku nak tanya kau, berapa lama kau kenal Amsya?

“Tidaklah lama sangat.” Jawab Alia. Alia tidak mahu Shasha salah faham dengan perkahwinan dia dan Amsya. Dia tidak mahu Shasha kecewa sebenarnya, tapi dia tidak boleh bagitahu Shasha sekarang sebab dia perlu berbincang dengan Amsya terlebih dahulu. Alia sudah salah faham diingatkan Shasha adalah kekasih Amsya sekarang.

“Tidak apalah Shasha, saya keluar dulu.” Pinta Alia, dia keluar semula kembali pada Amsya dan umminya yang sedang sibuk melayan tetamu.

Selesai majlis pada petang itu lebih kurang pukul enam lebih Alia tolong mengemas apa yang patut. Makan yang lebih dibawanya masuk ke dapur, walaupun mereka menempah catering masih ada lagi kerja-kerja yang patut diselesaikan. Lepas menolong mengemas sedikit sebanyak Alia melihat jam tangannya hampir masuk waktu maghrib. Dia perlu mandi dari tadi lagi badannya rasa tidak selesa, panas. Dia menuju ke atas, sampai sahaja ditingkat atas difikirnya seketika nak masuk bilik ummi atau bilik Amsya. Amsya yang berada dibelakang Alia bersuara,

“Lia nak ke mana?” Tanya Amsya. Alia sedikit terkejut dia berpaling ke belakang.

“Nak mandi.” Jawab Alia selamba.

“Masuk bilik abang.” Arah Amsya. Alia mengikut langkah Amsya ke biliknya. Sampai sahaja dalam bilik Alia duduk sekejap dibirai katil. Amsya memandangnya tanpa berkelip. Rindu pada Alia kini terubat. Dia tersenyum manis. Alia menjeling pada Amsya yang tersengih padanya.

“Apa tengok-tengok?” Soal Alia dengan sikap poyonya.

“Kenapa? tidak boleh ke nak tengok isteri sendiri?” Soal Amsya kembali.

“Tak payah tengok.” Balas Alia menarik muka. Alia membuka tudung yang dipakainya Amsya tengok Alia melepaskan rambutnya yang panjang dan ikal itu. Dia menyentuh rambut Alia, Alia sekali lagi menjeling pada Amsya.

“Kenapa ni?” Soal Alia. Sambil menarik rambutnya dari pegangan Amsya.

“Lia cium sikit boleh, rindulah.” Pinta Amsya. Alia mendengarnya sudah bergaru kepala yang tidak gatal. Dia jawabnya.

“Tak boleh.”

“Nak cium dan peluk sikit jea, takkan tak boleh.” Pinta Amsya mengoda. Alia tersengih nakal ada sesuatu dalam fikirannya. Bisik hati Alia “Jaga kau Amsya kejap lagi aku akan kenakan kau.” Tiba-tiba Alia teringatkan sesuatu.

“Alamak lupalah.” Katanya.

“Lupa apa?” Soal Amsya.

“Bag baju dalam kereta.” Jawab Alia tersengih.

“Mana kunci kereta? Abang tolong ambil.” Pinta Amsya meminta kunci kereta.

“Tak apa, Lia boleh ambil sendiri.” Jawab Alia, dia bangun untuk mengambil kunci kereta dalam bag tangannya yang berada dalam bilik Puan Anis.

“Lia, mari kunci kereta pada abang, abang ambilkan.” Pinta Amsya dengan keras.

“Kunci kereta dalam handbag bilik ummi.” Jawab Alia. Amsya mengikut Alia ke bilik umminya. Dia menyerah kunci kereta pada Amsya. Amsya melihat kunci kereta Hyundai Sonata.

“Ini kereta Syafikah, kenapa pakai kereta dia?” Tanya Amsya memandang Alia.

“Kereta rosak.” Jawab Alia selamba. Amsya mengeleng kepala.

“Tunggu abang dalam bilik.” Arah Amsya. Dia turun untuk mengambil bag baju Alia. Manakala Alia pula masuk semula ke bilik Amsya. Beberapa minit menunggu Amsya masuk bersama bag yang diambilnya. Alia membuka bag bajunya dia mengeluarkan tuala, baju tidur, dan beberapa helai baju dalam bag pakaiannya. Selepas itu Alia menuju ke bilik air.

Amsya termenung tersengih sendirian memikirkan Alia, rindu pada Alia terubat dari semalam dia menunggun Alia tadi pun dia tidak banyak bersama Alia kerana sibuk melayan tetamu. Kali ini difikirnya bolehlah dia tidur dengan Alia malam ini. Tapi aku nak cium dia dulu. Tiba-tiba Amsya menerima panggilan dari Tengku Umairah. Panggilan itu dijawabnya.

“Hello sayang.” Jawab Amsya sambil hatinya bertanya aku sayang lagi ke dia?”

“Hello, abang kat mana ni?” Tanya Tengku Umairah dengan manja.

“Ada kat rumah ummilah. Mairah ada di mana?” Balas Amsya.

“Ada di rumah juga baru sampai dari Johor, jomlah kita keluar. Abang mari ambil sayang.” Pinta Tengku Umairah.

“Maaf, abang tidak boleh keluar, ada tetamu kat rumah ni. Kita jumpa lain kali, nanti abang free abang telefon Mairah. Okey?” Pujuk Amsya.

“Tak naklah, esok kita jumpa, Mairah pergi office abang?” Pinta Tengku Umairah lagi. Amsya mendengar tombol bilik air dipulas.

“Esok abang tak kerja lagi. Nanti malam abang telefon, okey bye.” Amsya menutuskan taliannya.

Selesai sahaja mandi Alia memakai baju, Amsya yang ada disitu memerhati Alia. Alia membalas pandangan dan tersenyum pada Amsya yang bermasam muka, sengaja Amsya bermasam muka untuk mengambil perhatian Alia. Dia menghampiri Amsya.

“Hi, en.Amsya senyumlah sikit kenapa masam? Ada masalah ya? Relaks lah.” Kata Alia sambil tersengih. Amsya merenung Alia lama-lama. Alia sekali lagi ikut membalas pandangan Amsya, Alia tersenyum nakal sambil mengangkat-angkat keningnya. Mahu sahaja Amsya ketawa dengan sikap Alia.

“Kenapa ni?” Tanya Alia lagi melihat Amsya yang tidak menjawab pertanyaannya.

“Lia, cium sikit.” Pinta Amsya. Dipandangnya Alia dengan mengoda.

“Hoi! Apa ni? Mana boleh, awak cium kekasih awaklah.” Jawab Alia dengan spontan.

“Kekasih tidak halal, awak halal.” Balas Amsya membuatkan Alia tergelak dengan jawab itu dia mengelengkan kepala.

“En.Amsya…En.Amsya, Tiba-tiba pula cakap halal haram. Selalunya berduaan dengan kekasih jadi halal.” Kata Alia. Bisik hati Alia “Kalau kau nak Amsya inilah masanya, aku kenakan kau.” Sambil tersengih.

“Jadi tidak boleh cium, tak boleh peluk?” Soal Amsya lagi dengan suara kecewa.

“Boleh.” Jawab Alia kali ini dia akan kenakan Amsya. Terkejut Amsya dengan jawapan Alia, dibulatkan matanya kearah Alia dan tersenyum manis.

“Betul?” Soal Amsya untuk kepastian. Alia mengangguk. Amsya perlahan-lahan menarik tangan Alia dan mendekatkan badannya pada Alia. Apabila Amsya cuba mencium pipinya dengan pantas dia berkata.

“Shasha datang.” Terkejut Amsya dengan pantas dia melepaskan Alia. Alia tergelak gila melihat gelagat Amsya yang terkejut.

“Haaaa…tahu pun takut. Ohhhh…belakang kekasih berani nak cium orang lain.” Sindir Alia, tercengang Amsya mendengarnya. Terdiam Amsya seketika.

Kata hati Amsya.”Mana Lia tahu aku dengan Shasha.” Alia tersengih melihat Amsya terdiam.

“En.Amsya kenapa, terkejut? Jangan risaulah, pergilah awak dengan dia. Shasha tunggu awak tu.” Kata Alia dengan sikap poyonya.

“Mana Lia tahu ni?” Soal Amsya berkerut dahi. Ali mengangkat-angkat kening menjawab soal itu.

“Ini detektif Alia Nasuha lah, En.Amsya. Pergilah awak nak jumpa dia, nak lepas rindu, nak cium, nak peluk saya tak kisah pun. Awak kerja tak esok?” Kata Alia, tergaman Amsya mendengarnya luhur hatinya kini.

Jawab Amsya perlahan sambil mengeleng kepala. “Tak kerja.”

“Alahai En.Amsya, kenapa tak kerja? Takpalah esok awak balik rumah awak pagikan?” Soal Alia membuatkan Amsya tension dengan sikap Alia, dipegangnya kepala sendiri.

“Ha…En.Amsya, satu lagi malam ini saya tidak tidur dalam bilik awak.” Kata Alia. Sekali lagi Amsya berkerut dahi.

“Kenapa? Lia nak tidur kat mana?” Soal Amsya kebengungan.

“Saya tidur dalam bilik ummi.” Jawab Alia, tergelak.

“Ha…” jawab Amsya terkejut.

“Lia, kalau Lia tidur bilik ummi, apa kata ummi nanti.”

“Line clearlah En.Amsya green light. Lia dah cakap dengan ummi. Ummi izinkan Lia tidur dengan dia.” Jawab Alia membuatkkan hati Amsya lemah dan kecewa.

“Lia cakap apa pada ummi, sampai ummi setuju?” Soal Amsya memandang anak mata Alia.

“Ha, itulah awak tak tahu, pengaruh saya kuat. Jangan risau En.Amsya setakat nak buat ummi setuju terima kekasih awak nanti sebagai menantu dia…kacang jer. Awak nak bila? Esok? Lusa?” Kata Alia sambil memetik jari kearah Amsya. Gedebar hati Amsya, tercabar dia dengan sikap Alia.

“Okey En.Amsya, saya keluar dulu.” Alia membuka pintu bilik untuk keluar namun tangannya ditarik Amsya.

“Lia kejap, nantilah dulu. Kenapa Lia buat macam ini?...Aduh!!! jangan cakap apa-apa lagi pada ummi, kita bincang dulu. Okey?”

“Iyalah, lepaslah tangan ni.” Pinta Alia dengan menarik tangan dari pegangan Amsya kemudian Alia keluar dari bilik.

Mengeluh panjang Amsya mendengarnya, kini harapan untuk mendekatkan diri dengan Alia terhalang. Sambil memegang kepala Amsya monolog sendirian “Macam mana Lia tahu aku dengan Shasha? Apa dia cakap dengan ummi sampai ummi setuju tidur dengan dia. Aku ni suami dia…aduh! Pening kepala aku, baru jer nak dekat dengan dia. Ini tidak lain mesti kerja Qania, dia yang bagitahu ni. Siap kau Qania.” Dengan perasaan yang marah dan Amsya mengeluh kuat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku