Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 36
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7851

Bacaan






Encik Sukri berehat di sofa panjang rumahnya setelah selesai sembahyang maghrib. Dia membuka television ditekan butang Astro chanel Berita Awani. Isterinya Puan Suhaila datang lalu duduk disebelah suaminya sambil menepuk peha si suami.

“Abang, kita buat rumah terbuka lusa, Alia tidak jemput ke?” Tanya Puan Suhaila.

“Abang tidak bagitahu lagi. Nanti abang telefon dia.” Balas En.Sukri.

Zafrul turun dari tingkat atas rumahnya, dia menghampiri ibubapanya. Puan Suhaila memandang anak terunanya duduk didepannya.

“Zafrul tak jemput Alia majlis hari raya rumah kita? Selalunya setiap tahun dia datang tapi tahun ni tidak pula. Beraya di mana dia?” Tanya Puan Suhaila. Tersenyum Zafrul mendengar nama Alia disebut mamanya.

“Belum lagi, entahlah raya kat mana dia. Nantilah Zafrul telefon dia.”Balas Zafrul teringat dia pada Alia sudah hari raya keenam Alia tidak menghubunginya untuk mengucap selamat hari raya, biasanya hari pertama atau kedua setiap tahun gadis itu menghubungi dan datang ke rumahnya. Terasa rindu juga dia pada Alia dengan gurau senda Alia selama ini. Difikirnya sendiri “Kenapa Lia semakin jauh dengan keluarganya padahal keluarga dia dan Alia sangat rapat dari mereka kecil lagi.”

Alia turun ke bawah mendapatkan umminya yang sedang rancak berbual dengan adik-beradik dan anak buahnya. Dia menghampiri Puan Anis lalu duduk disisi Puan Anis sambil tersenyum manis.

“Lia, mari ummi kenalkan dengan adik beradik ummi.” Ajak Puan Anis dengan manja dan mesra. Semua yang ada disitu memandangnya. Puan Anis memperkenalkan mereka satu persatu. Alia mengangguk-angguk.

Alia menjeling ke tangga melihat Amsya turun dengan wajah yang kusam, dia tersenyum puas hatinya dapat mengenakan Amsya. Amsya menghala ke dapur. Dia dapati Qania berada di situ lalu ditariknya tangan Qania.

“Qania, kenapa bagitahu tentang abang dengan Shasha pada Alia?” Tanya Asmya membuatkan Qania terkejut dengan tuduhan itu. Berkerut kening Qania mendengarnya.

“Qania tidak bagitahu apa-apalah abang pada Alia. Kenapa tuduh Nia macam tu?” disoalnya Amsya kembali.

“Kalau bukan Nia siapa lagi.” Jawab Amsya.

“Manalah Nia tahu, sepanjang hari Nia sibuk tolong aunti. Shasha yang selalu dengan Alia tadikan.” Balas Qania. Amsya menarik nafas panjang lalu beredar dari dapur diikuti oleh Qania. Mereka berdua menghala ke ruang tamu dimana yang lain sedang berkumpul. Amsya mengambil tempat disebelah kiri pak longnya jauh dari Alia yang berada bertentangan dengannya. Ada ruang kosong disebelah Alia tidak diduduknya. Manakala Qania berada disebelah Shasha. Amsya tengok Shasha bermasam muka dengan mata asyik melihat Alia disebelah umminya.

“Lia, anak aunti Shasha ni baru jea balik dari Australia belajar kat sana. Lia belajar di mana dulu?” Tanya adik Puan Anis Liza sambil memandang Alia. Alia mendengarnya tersenyum dengan nada yang perlahan dia menjawab.

“Saya belajar sekolah agama dulu. Lepas tu sambung belajar kolej biasa.” Jawab Alia bersahaja merendah diri. Dia tidak boleh memperkenalkan dirinya yang sebenar.

“Setahu aunti, Amsya tidak suka perempuan yang tidak belajar tinggi, tapi Amsya anak yang baik selalu dengar kata umminya. Sebab itu Shasha belajar sampai ke luar Negara. Mungkin ummi kesian pada Alia sebab Lia anak yatim piatu kan.” Sindir aunti Liza merendah-rendahkan Alia. Alia mendengarnya berkerut dahi tapi dia tersengih namun hatinya sedikit terasa dengan kata-kata aunti Liza tentang status dirinya yatim-piatu. Berubah juga wajah Alia. Tapi hatinya berkata “Tak hairan pun.” Amsya tengok Alia dengan pandangan yang tajam, berubah air muka Alia, namun Amsya tidak berkata apa-apa bela pun tidak.

“Liza kenapa cakap macam itu, buruk baik dia menantu angah.” Balas Puan Anis dengan keras, bela Puan Anis sambil mengosok peha Alia disebelahnya. Alia terdiam menjeling Amsya yang membisu seribu bahasa.

“Tapi arwah suami angah juga yang kata kalau Amsya nak kahwin kena cari yang setaraf dengan Amsya. Ini tidak.” Balas aunti Liza marah dan kecewa dengan tindakkan kakaknya itu menjodohkan Amsya dengan Alia. Kerana arwah ayah Amsya pernah menghalang hubungan Shasha dan Amsya dahulu.

“Alia, awak kerja apa? di mana?” Tanya Shasha dengan angkuh dan sombongnya.

Jawab Alia bersahaja. “Saya kerja kerani, di sebuah syarikat di Putrajaya.” Alia melihat Puan Anis dengan sayu. Difikirnya mungkin Puan Anis malu dapat menantu macam dia.

“Kereta Hyundai sonata model baru Elantra tu Lia punya ke?” Tanya Qania. Belum sempat Alia menjawabnya Puan Anis terlebih dahulu menjawab.

“Ya, kereta Lialah tu.” Jawab Puan Anis. Fikirnya lepas ini dia akan suruh Amsya membeli kereta seperti itu pada Alia. Dia tidak mahu keluarganya menghina Alia. Alia dan Amsya terkejut mendengarnya mereka berpandangan. Fikir Alia mungkin umminya malu. Dia berbisik pada Puan Anis.

“Ummi malu ke menantukan Lia?” sambil diperhati oleh Amsya. Puan Anis mengeleng kepala. Lia memejam mata dan menarik nafas dan menjawabnya.

“Ya, itu kereta Lia, peninggalan papa dan mama.” Jawab Alia berlindangan airmatanya lalu dikesatnya. Dia terpaksa menjawab begitu demi menjaga perasaan Puan Anis. Alia mengosok bahu Umminya.

Hati Alia berkata sambil matanya menjeling Amsya. “Oh, ini rupanya En.Amsya, diam seribu bahasa tidak pula dia membela aku atau umminya. Kalau depan orang tua aku pandai pula berlakon, maklumlah ada buah disini mana berani, bukan setakat nak bela duduk sebelah aku pun tak berani.”

“Sudahlah, Liza jaga percakapan awak tu. Tidak baik menghina-hina orang, kalau sudah jodoh Amsya dengan Alia kita terima sajalah. Along tengok tidak ada apa pun yang kurang pada Alia.” Bela abang sulung Puan Anis, Pak Long Amsya. Amsya yang berada disebelahnya tersenyum dengan pembelaan itu terhadap isterinya. Alia juga tersenyum dengan kata-kata itu.

Hati Alia berkata-kata sambil memandang ke wajah Puan Anis. “Ummi, maafkan Lia kerana tidak dapat menerangkan keadaan sebenar dan siapa Lia. Lia juga terpaksa menerima penghinaan ini. Sedang mereka berbual-bual telefon bimbit Alia berdering. Dilihatnya skrin tertera nama Zafrul, Alia menarik nafas panjang. Niatnya untuk menjawab panggilan itu, dia memandang sekelilingnya apabila suasana sepi seketika setelah mendengar telefon Alia berdering.

Alia meminta izin Puan Anis. “Ummi, Lia jawab panggilan dulu.” Puan Anis mengangguk, Alia bangun meninggalkan mereka semua dia menuju keluar ke halaman rumah. Amsya memerhatikannya. Alia menjawab panggilan.

“Hello, assalamualaikum selamat hari raya maaf zahir batin.” Zafrul tersenyum lebar mendengar suara Alia yang ceria.

“Waalaikummussalam, selamat hari raya maaf zahir, batin kena minta maaf juga ke? Lia ada buat salah batin dengan abang ke? Soal Zafrul bergurau.

“Bukan Lia tapi abang.” Jawab Alia.

“Mana ada, Lia tu ha buat hati abang terseksa ni, langsung tidak telefon tanya khabar. Mama tanya banyak kali. Lia kat mana ni?” Tanya Zafrul lagi.

Amsya keluar ke halaman rumahnya, dilihat Alia sedang berbual-bual, Amsya menghampirinya, dipeluk Alia dari belakang. Terkejut Alia dengan tindakkan Amsya, dia menjerit sedikit. “Auur” Amsya mendekatkan telinganya ditelefon Alia.

“Kenapa Lia?” Tanya Zafrul apabila mendengar Alia menjerit.

“Kucing besarlah abang. Lia ada kat rumah.” Jawab Alia.

“Bila pulak Lia pelihara kucing? Liakan takut kucing.” Tanya Zafrul. Amsya mendengar dengan jelas perbualan mereka. Alia cuba meleraikan tangan Amsya yang berligar dipinggangnya namun tidak berjaya.

“Lia kat luar rumahlah bang.” Jawab Alia. Dia membiarkan Amsya mendengar perbualannya.

“Lia tidak rindu abang ke? Sampai raya keenam tidak datang rumah, tidak telefon. Marah abang ke?” Soal Zafrul mengoda dan manja. Amsya yang mendengarnya menelan liur berdebar jantungnya, matanya dipejamkan. Bisik hati Amsya. “Siapa telefon Lia ni?”

“Kenapa Lia nak rindu kekasih orang.” Jawab Alia walaupun dia memang rindukan Zafrul. Sebak juga hatinya dikala itu mahu saja dia menangis di situ tapi ditahannya. Zafrul mendengarnya mengeluh.

“Lia, abang nak ajak Lia datang rumah lusa, mama buat majlis hari raya, Lia datang tau mama suruh jangan tidak datang. Abang tunggu Lia.” Pinta Zafrul merayu.

“Insyaallah bang. Kita berbual lain kali, Lia ada kerja ni. Bye.” Alia memutuskan telefon dia memejam mata terkeluar airmatanya cepat-cepat dia mengesatnya dan meleraikan tangan Amsya dipinggangnya. Amsya memandang Alia berlalu dari situ masuk ke rumah tanpa berkata apa-apa membuatkan seribu pertanya pada Asmya. Alia kembali duduk disofa tadi Amsya juga masuk matanya tertumpu pada Alia.

“Lia cakap dengan siapa?” Tanya umminya. Alia berbisik pada Puan Anis. “Arshraf” Puan Anis mengangguk. Alia termenung fikiranya melayan pada Zafrul, sampai apa yang mereka bualkan tidak diambil kisah. Amsya asyik memandang Alia dengan jelingan yang tajam. Ingatan Alia pada cinta Zafrul kembali dia memegang dahinya cuba mengawal emosinya ketika itu. Tapi perasaan itu tidak dapat dikawal, dia kegelisahan sebelum airmatanya gugur di situ baik dia masuk bilik. Shasha memerhati Alia gelisah kemudian menjeling kearah Amsya yang sedang memandang Alia. Berkerut dahi Shasha melihat gelagat mereka berdua. Tiba-tiba Alia meminta izin untuk ke bilik.

“Ummi, boleh Lia ke bilik nak rehatlah sakit perut.” Katanya memberi alasan. Puan Anis memandangnya tersenyum manis dan mengangguk. Alia bangun meninggalkan mereka semua yang sedang rancak berbual untuk ke bilik. Amsya menjeling pada Alia yang mendaki tangga loteng rumahnya hingga ke atas dan melihat Alia memasuki bilik umminya.

Sampai sahaja dalam bilik Alia terus merebahkan dirinya ke katil dia membuka skrin telefon bimbitnya lalu dicari item gallerysatu-persatu diselectnya mencari gambar Zafrul, dia menatap gambar Zafrul dengan perasaan yang sayu dan sedih. “Kenapa kau selalu ada dalam hati aku? Macam mana aku nak lupa kau? Aku tahu kau tidak pernah cintakan aku. Maafkan aku Zafrul kerana mencintaimu. Kenapa aku tidak temui cinta sejati?” Berderai airmatanya kini.

Amsya tidak puashati dengan perbualan Alia tadi entah dengan siapa dia berbual. Dia bangun untuk ke bilik melihat Alia. Sampai didepan pintu bilik umminya perlahan-lahan tombol dipulas tidak berkunci dibukanya dia dapati Alia menyiarap diatas katil, dia menghampiri Alia, terperanjat Alia mendengar ada orang masuk dia cepat-cepat mengesat airmatanya dan berpaling dilihatnya Amsya menghampirinya. Belum sempat Asmya menghampirinya Alia terus bangun ke bilik air.

Amsya mengeluh dia tahu Alia menangis. Kata hatinya “Kenapa Lia selalu menangis? Siapa telefon dia tadi?” teringat dia Alia memanggil abang pada lelaki itu. Dia menunggu Alia kelaur dari bilik air. Alia membasuh mukanya, dia tahu Amsya masih ada diluar menunggunya. Dia menarik nafas panjang sebelum keluar. Dia membuka pintu benar tekaannya Amsya masih di situ.

“En.Amsya, awak nak apa?” Soalnya bersahaja. Amsya merenung Alia dengan tajam.

“Kenapa menangis? Siapa telefon tadi?” Disoalnya Alia kembali. Alia menarik nafas panjang dan menghempuskan dengan kuat. Dia senyuam dan mengeleng kepala pada Amsya lalu menjawabnya dengan serius.

“En.Amsya maafkan saya, saya tidak boleh berkongsi apa-apa dengan awak. Tidak perlu awak merasa bersalah pada saya. Kita selesai dulu masalah awak. Saya janji dengan awak saya akan yakinkan ummi. Tolong keluar En.Amsya.” Amsya mendengarnya merasa kecewa lalu dirauk mukanya. Tidak mampu dia berkata apa-apa. Amsya dengan perasaan kecewa meninggalkan bilik umminya terus ke biliknya.

Amsya merebahkan dirinya disofa panjang biliknya. Termenung jauh memikirkan perkahwinan ini terkeluar airmatanya apabila Alia terang-terang menolaknya. Dia mengeluarkan handphonenya lalu membuka gambar dia dan Alia bersama baby Rayyan direnungnya gambar itu.

Puan Anis dan yang lain juga masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Seharian mereka melayan tetamu dan menolong menjayakan majlis perkahwinan anaknya. Puan Anis ke biliknya.

Alia merenung diri sendiri dia berdiri dijendela memandang keluar rumah. Kegelapan malam itu mengingatkannya tentang nasib dirinya kini. Dia juga mahu bahagia seperti kawan-kawannya yang lain disayangi dan dicintai. Kenapa dia tidak bahagia seperti orang lain. Teringat dia pada mama dan papanya yang selalu mendengar masalahnya. Kalau mama dan papa ada mungkin ini semua tidak berlaku. Terlintas juga wajah Amsya difikirannya tapi apa dia boleh buat, tanpa disedari Amsya telah menolongnya melepaskan diri dari cengkaman Faris dan kini dia mesti tolong satukan Amsya dengan kekasihnya.

Dia berpaling apabila pintu bilik yang dibuka oleh ibu mertuanya. Puan Anis melihat Alia ditepi jendela, dia menghampiri Puan Anis yang sudah berada diatas katil memandang kearah Alia. Dia duduk disisi umminya. Puan Anis merenung wajah Alia dalam-dalam sambil tersenyum, dia tahu Alia ada sesuatu yang ingin diberitahu. Alia memegang erat tangan Puan Anis dan mengosoknya perlahan-lahan. Sebak hatinya untuk berkata-kata.

Terketar-ketar suara Alia memulakan bicara. “Ummi…(dia menarik nafas panjang, airmatanya keluar)…Ummi, Lia rindukan mama dan papa. Izinkan Lia menumpang kasih ummi.” Berderai airmatanya gugur dengan laju. Dikesatnya.

“Lia cakap apa ni? Ummi sentiasa ada dengan Lia. Lia boleh lepaskan rindu mama pada ummi. Kalau Lia ada masalah bagitahu ummi.” Pujuk Puan Anis sayu melihat Alia menangis begitu, sebak juga hatinya.

“Ummi, Lia sayang ummi. Kalau…kalau jodoh Lia dengan Amsya tidak panjang, tolong maafkan Lia.” Katanya dengan lindangan airmata. Sebak dada Puan Anis mendengar kata-kata Alia.

“Kenapa Lia cakap macam ni? Am sakitkan hati Lia? Lia nak tidur dengan Am ke?” Soal Puan Anis denga mesra. Alia mengeleng kepala.

“Tak mi, En.Amsya baik. Dia sayang sangat ummi, mungkin Lia…” Alia memberhentikan kata-katanya disitu dia tidak boleh meneruskannya. Dia mendiamkan diri seketika. Airmatanya mengalir laju. Puan Anis mengesatnnya.

“Lia tidur dulu, jangan fikir yang bukan-bukan semua akan selamat. Insyaallah.” Pujuk Puan Anis menyenangkan hati Alia. Alia mengangguk, dia merebahkan dirinya untuk tidur disebelah Puan Anis. Puan Anis meninggalkan Alia untuk ke bilik air.

Amsya mundar-mandir di biliknya, dia cuba melelapkan mata namun tidak boleh tidur. Dia keluar ke dapur untuk minum air. Dipandang bilik umminya masih cerah. Dia turun ke bawah menuju ke dapur selepas meneguk segelas air masak dia keluar ke ruang tamu, tiba-tiba tangannya dipegang dia berpaling dilihatnya Shasha.

Shasha melihat Amsya kegelisahan.

“Am, kenapa tidak tidur lagi? tinggalkan isteri keseorangan. Am tak cintakan diakan?” Tanya Shasah menguji Amsya.

“Siapa kata Am tidak cinta dan sayang dia. Aku cinta dan sayang isteri aku.” Jawab Amsya dengan tegas.

“Alasan apa lagi Am nak bagi, Sha tahulah Am kahwin dengan Lia kerana ummi kan?” Soal Shasha. Amsya mengeleng kepala dan menarik nafas panjang.

“Ini mesti kau yang bagitahu tentang kita pada Lia kan?” Tanya Amsya dengan geram giginya dikacipkan. Shasha berkerut dahi dengan tuduhan Amsya.

“Sha tidak bagitahu apa-apalah. Oh…jadi Am bergaduh dengan Alia lah sekarang sampai tidak boleh tidur. Sha masih sayangkan abang.” Balas Shasha mendekatkan dirinya pada Amsya. Teringin dia untuk berada dalam pelukkan Amsya seperti dulu.

Puan Anis keluar dari bilik air dilihatnya Alia tertidur dengan esakkan, dia mendekati gadis itu diterenungnya sekali lagi, kesian dia pada Alia. Dia perlu berbincang dengan Amsya. Puan Anis keluar kebilik Amsya diketutknya pintu bilik tidak dijawab dia memulas tombol pintu tidak berkunci, dia membukanya dilihat Amsya tiada dalam bilik. Puan Anis mencari Amsya dia turun ke bawah.

“Sha, kenapa tidak tidur lagi? Tanya Amsya memandang Shasha rapat didepannya.

“Sha rindukan abang.” Jawab Shasha lalu memeluk Amsya. Terkejut Amsya dengan kelakuan Shasha dia cuba meleraikan tangan Shasha tapi Shasha merangkulnya dengan kuat.

Puan Anis yang baru sampai ditangga terakhir melihat mereka berdua. “Astarofirullah alazim.” Mengucap panjang Puan Anis.

“Amsya…apa kamu berdua buat ni.” Jerkah Puan Anis mengejutkan mereka berdua, dengan pantas Shasha melepaskan tangannya dari pinggang Amsya. Amsya berpaling ke arah umminya, kecut perutnya melihat Puan Anis. Umminya mengeleng kelapa.

“Am, ikut ummi.” Arah Puan Anis. Amsya meninggalkan Shasha disitu, berdebar jantungnya mengikut umminya sehingga ke biliknya. Sampai sahaja dalam bilik dia terus dimarahi Puan Anis.

“Am, buat apa ni? Kenapa buat Lia macam ni, kalau Am tidak cintakan Alia kenapa kahwin dengan dia? Ummi tak paksa Am. Patutlah Alia menangis ini rupanya kerja Am. Am bagitahu Alia Am bercinta dengan Shasha? Sanggup Am buat dia macam ini. Malu ummi Am, mana ummi nak letak muka ummi pada keluarga Alia.” Bertubi-tubi soalan dari umminya. Amsya sudah mula mengeluarkan airmata dengan tuduhan umminya. Apa lagi dia melihat umminya begitu marah dan sedih dengan apa yang dilihat umminya tadi.

“Ummi, Am tidak buat apa-apa. Am memang sayangkan Lia. Am cintakan dia.” Jawab Amsya bersunguh-sungguh memandang tepat ke wajah umminya dengan sebak.

“Sayang Am kata, berpelukkan dengan orang lain, tinggalkan isteri. Patutlah Lia cakap macamtu pada ummi rupanya Am sakitkan hati dia. Sampai hati Am buat begini pada anak yatim, ummi tidak sangka Am sanggup buat macam ini. Tidak sampai seminggu, majlis pun belum habis tetamu masih ada.” Jawab Puan Anis dengan kecewa lalu meninggalkan Amsya terkanting-kanting. Amsya memegang kepala dirauk mukanya berkali-kali, ditekup mulutnya.

“Ya Allah, apa semua ni. Kenapa jadi macam ni? Aku betul-betul sayang dan cinta isteri aku. Tidak pernah terniat dihati aku untuk melukakan hati dia. Ya Allah…ampunkan dosaku tidak terniat pun untuk melukakan hati ibuku. Tolonglah aku Ya Allah.” Luah Amsya pada Maha pencipta. Dia mengesat airmatanya. Amsya keluar ke bilik umminya niatnya untuk mengambil Alia tidur bersamanya.

Sampai sahaja didepan pintu bilik umminya Amsya mengetuknya perlahan. Umminya membuka pintu dilihatnya Amsya terpacak didepannya.

“Am nak apa?” Tanya umminya memandang sayu pada Amsya.

“Izinkan Am ambil Lia ummi.” Pintanya merayu.

“Lia tidur, biarkan Lia tidur di sini, nanti Am sakitkan hati dia pula dah tengah malam ni, pergilah Am tidur.” Jawabnya umminya menghalang Amsya. Amsya merayu lagi.

“Kalau ummi tidak izinkan Am ambil Lia, izinkan Am jenguk dia sekejap mi.” Pinta Amsya sebak.

“Pergilah, tapi Am jangan kejutkan dia pula, kesian dia.” Pesan Puan Anis kali ini umminya tersenyum manis pada anak terunanya. Amsya tersenyum puas apabila umminya mengizinkannya.

Dia masuk menghampiri katil dan berlutut didepan Alia yang sedang tidur, ditenungnya wajah Alia lama-lama. Amsya menjeling pada umminya yang membelakangi Alia. Perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya ke muka Alia, apalagi diciumnya pipi dan bibir Alia sambil tangannya memeluk leher Alia. Alia membuka matanya terasa dirinya disentuh, melihat Amsya didepannya dia bermasam muka. Nak marahkan tidak boleh. Amsya berbisik pada Alia.

“Jom tidur dengan abang, ummi marah tu.” Ajak Amsya. Sempat lagi Alia senyum tapi dia mengelengkan kepalanya tidak setuju tidur dengan Amsya. Amsya mengeluh perlahan.

Amsya berbisik pada Alia. “Malam esok tidur dengan abang. Abang cium sikit?” Alia memandang tajam Amsya berkerut dahi menjawab.

“Kan sudah cium, cukuplah.” Jawab Alia perlahan, tapi Amsya tidak mengendahkannya lalu diciumnya Alia sekali lagi. Alia memejamkan matanya, berdiri bulu romanya, kemudian

Amsya melepaskannya tersenyum mengoda pada Alia, Alia membalas senyuman itu.

“Sayang tidurlah, abang keluar dulu.” Kata Amsya sambil mencubit pipi Alia, lalu bangun meninggalkan bilik umminya.

Dia masuk ke biliknya, puashatinya dapat cium Alia walaupun tidak boleh tidur dengannya. Janji Amsya sendirian “Tidak apa nanti aku akan buat kau tidak boleh lupakan aku Alia.” Amsya melelapkan matanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku