Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 37
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10338

Bacaan






Seawal 6.00pagi Puan Anis bangun mandi dan solat subuh, selepas itu dia mengejutkan Alia. Alia bangun termenung diatas katil tersenyum manis mengingati peristiwa semalam. Bisik hatinya.

“Suka juga aku dalam pelukkan Amsya, tapi kalau aku terus begini aku boleh jatuh cinta dengan dia. Nanti aku juga yang akan kecewa. Tidak boleh jadi ni, hari ini aku dan dia tidak kerja. Kena mengadap muka dia lagi…aduh!! Baik aku balik rumah aku. Dia pun tidak tahu aku tak kerja hari ini.” Rungut Alia tersengih sendirian.

Puan Anis memandang Alia yang masih termenung diatas katil.

“Lia, tolong pergi kejutkan abang Am.” Arah umminya. Alia terkejut dikelip-kelipkan matanya.

“Lia, nak mandi dulu. ” Jawabnya.

“Pergilah kejutkan Am dulu nanti terlepas solat subuh.” Desak umminya lagi. Alia bingkas turun dari katil keluar menuju ke bilik Amsya.

Sampai sahaja didepan pintu bilik Amsya, Alia memulas tombol pintu berkunci, dia mengetuk pintu.

Amsya tersedar dari tidurnya apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Dia bingkas bangun melihat jam dinding biliknya 6.30pagi menuju ke pintu lalu dibukanya. Dilihatnya Alia didepan pintu.

“Sorry, ummi suruh saya kejutkan awak.” Kata Alia bersahaja tanpa menoleh atau memandang Amsya kemudian berlalu kembali ke bilik umminya. Amsya sekadar memandang tanpa kata terkedu dengan sikap Alia, disandarkan kepala dibingkai pintu sebelum menutupnya.

Puan Anis sedang bersiap untuk turun ke bawah menyediakan sarapan pada pagi itu. Dia melihat Alia masuk ke biliknya.

“Lia sudah kejutkan abang Am? Tanya Puan Anis. Alia mengangguk.

“Ummi, hari ini Lia kerja. Aunti Liza dan aunti Siti pulang hari ini ke?” Tanya Alia yang berdiri dihadapan Puan Anis.

“Katanya balik hari ini. Abang Am sudah tahu Lia kerja hari ini?” Dibalas pertanyaan Alia. Alia melirik manja ke arah Puan Anis dengan mengelengkan kepalanya.

“Nanti Lia bagitahu. Abang Amsya suka makan apa ummi?” Tanya Alia mengambil tahu serba sedikit tentang Amsya. Dia tidak mahu Puan Anis menyatakan dia tidak peduli pada Amsya.

“Kalau Lia nak tahu, abang Am pagi dia suka makan roti bakar dengan telur masak separuh dan Nescafe. Am suka makan nasi ayam, kueh teow goreng, asam pedas Melaka dan paling dia suka ayam goreng kalau tak ada kuah pun dia makan dengan nasi kosong. ” Terang umminya. Alia mengangguk.

“Lepas mandi Lia sediakan. Roti ada ke ummi?” Balas Alia dengan manja.

“Ada.” Jawab umminya sepatah. Alia terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya, manakala Puan Anis pula menuju ke dapur rumahnya.

Selesai sahaja mandi dan bersiap Alia turun ke dapur menolong Puan Anis menyediakan sarapan pagi. Diperhatinya tiada siapa selain umminya didapur. Alia terus mengambil beberapa telur dalam peti ais dan membasuhnya. Kemudian merebus air dalam periuk kerana sudah biasa dengan keadaan rumah Puan Anis membuatkan Alia tidak sedikit pun kekok untuk membuat kerja-kerja rumah.

“Ummi, mana roti.” Tanya Alia mendekati umminya yang sedang mengupas bawang putih.

“Dalam cabinet nombor dua.” Jawab Puan Anis sambil mukanya berpaling kearah cabinet yang dimaksudkan.

“Ummi nak buat apa ni dengan bawang dan lada kering?” Tanya Alia sambil menuju ke cabinet dibukanya lalu mengambil sebuku roti gardenia

“Nak buat nasi goreng, banyak nasi putih yang lebih tu. Bolehlah Lia bawa ke pejabat sikit ya.” Kata umminya Alia sekadar tersenyum dengan tangannya lincah membakar roti dan memasukkan telur ke dalam air panas yang direbusnya. Beberapa minit sahaja merebus telur kemudian diangkatnya. Alia menghidang roti dan telur di atas meja marmar di ruang dining kemudian membacuh seteko Nescafe. Puan Anis sedang mengoreng nasi, Alia menghampirinya.

“Ummi, mereka semua sudah bangun ke? nanti kalau tidak sempat dengan Lia, tolong kirim salam. Sekarang Lia nak pergi panggil En.Amsya.” Kata Alia. Puan Anis memandang anak mata Alia dengan senyum dia berkata.

“Sayang, jangan panggil Am macam tu tak baik. Am suami Lia, Lia panggil abang.” Pujuk Puan Anis dengan nada yang lembut pada menantunya sambil mengosok pipi gebu Alia. Alia tersenyum manis membalas pandangan itu dengan sayu sebak hatinya apabila mendengar rayuan ibu mertuanya.

Dengan nada yang sayu dan sedih menarik nafas Alia bersuara. “Insyaallah ummi, bagi Lia sedikit masa untuk semua ini.” Kemudian Alia menunduk kepala dan memejam mata menelan liur menahan sebak atas perkahwinan yang dia sendiri tidak tahu statusnya dia serba salah dan rasa amat bersalah pada orang tuanya.

Alia melangkah meninggalkan Puan Anis di dapur, berderai airmatanya sambil berjalan dengan langkah longlai mendaki tangga ke bilik Amsya. Sampai sahaja depan pintu bilik dia berhenti seketika berdiri disitu memandang pintu seolah mencari jawapan disebalik pintu itu semuanya ada pada Amsya. Dia sekali lagi menarik nafas untuk melegakan fikirannya yang kian serabut, dia tidak boleh beremosi. Lalu diketuknya pintu itu dengan dua putung jarinya.

Tut, tut,tut…Kemudia pintu dibuka, Amsya tengok Alia terpacak didepannya dengan wajah dan mata Alia memandang ke bawah, tanpa berbalas pandang Alia bersuara dengan perlahan.

“En. Amsya, saya nak pergi kerja ni, nanti awak turun makan saya dah sediakan sarapan.” Dengan rasa bersalah Amsya mengeluh mendengarnya memandang gadis jelita depannya. Alia menghulur tangan untuk bersalam. Amsya menyambutnya Alia mencium tangan suaminya. Dia meleraikan pegangan tangan Amysa namun tidak berjaya apabila Amsya memegangnya dengan kuat lalu menarik Alia ke dalam biliknya. Alia terpaksa melangkah masuk kemudian Amsya menutup pintu. Merenung tajam ke arah Alia, dengan sikap poyonya, sekali ini Alia membalas pandangan itu sambil mengerak-gerakkan keningnya sambil mengkerut dahi.

“Kenapa tidak bagitahu Lia kerja hari ini?.” Tanya Amsya kesal. Alia melihat Amsya dengan mengkacip gigi lalu tersengih pada Amsya dan menjawabnya.

“Kenapa tak tanya?” Tanya Alia lalu menarik muka tapi matanya menjeling pada Amsya didepannya. “Aduh!...” keluh Amsya memegang kepalanya. Alia tersengih dengan jelingan manja matanya dikelip-kelip pada Amsya. Amsya sudah ketawa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Alia.

“Lia sudah makan?.” Tanya Amsya dengan mesra. Dengan senyum manis Alia mengeleng kepala.

“Kita makan sama.” Ajak Amsya. Sekali lagi Alia mengeleng.

“En.Amsya makan dengan Shasha, nanti kirim salam pada dia. Awak bincang dengan dia elok-elok, jangan sakitkan hatinya pula. Pasal ummi nanti Lia selesaikan.” Jawab Alia memujuk. Luhur hati Amsya mendengarnya mukanya dirauk dan menelan liur.

Alia menanggalkan cincin perkahwinannya, dia menarik tangan Amsya dan menyerahkan cincin perkahwinan mereka.

“Saya pergi dulu En.Amsya.” Minta izin Alia pada suami. Lalu keluar meninggalkan Amsya. Mengeluh panjang Amsya lalu melentingkan dirinya ke katil sambil meramas kuat cincin yang ada ditangannya.

“Alia, kau salah faham sayang. Bukan dia yang aku sayang tapi kau Alia Nasuha. Macam mana aku nak bagitahu dia dan membuatkan dia faham dengan aku. Aku mesti ambil hati dan ambil berat tentangnya, aku kena layan Alia dengan baik, biar dia jatuh cinta dengan aku. Kau cinta hati aku Alia Nasuha.” Luah hatinya. Dia bingkas bangun mengejar Alia, masih sempat rasanya dia mengajak Alia makan bersamanya.

Alia turun ke bawah mendapatkan Puan Anis didapur. Dia menghampiri ibu mertuanya sambil menghulur tangan.

“Ummi, Lia pergi dulu. Kejap lagi En.Amsya turun, Lia sudah bagitahu dia.” Bagitahu Alia mencium tangan Puan Anis.

“Lia tidak mahu makan dulu ke?” Tanya Puan Anis dengan pujuk rayu.

Sambil mengeleng “Tak ummi, pagi sangatlah nanti Lia sakit perut. Lia pergi dulu, kirim salam pada semua.” Jawab Alia bermanis muka lalu beredar meninggalkan umminya.

Amsya turun ke tingkat bawah terus menuju ke dapur, dicarinya Alia. Puan Anis memerhati mata anaknya terkial-kial mencari sesuatu.

“Am, cari apa?” Tanya Puan Anis.

“Mana Lia ummi?”Tanya Amsya memandang Puan Anis.

“Sudah pergi kerja, baru sahaja pergi. Dia tidak jumpa Am ke?” Balas umminya.

“Jumpa, dia bagitahu Am dan minta izin. Cepatnya, dia sudah makan ke?” Tanya Amsya lagi.

“Tak, katanya awal sangat nanti sakit perut. Am makanlah Lia sudah sediakan roti bakar dan telur atau Am nak tunggu makan dengan Shasha.” Kata umminya sedikit menyindir Amsya. Dia menjeling kearah umminya. Terasa dengan sindiran umminya.

“Kenapa ummi cakap begitu, Am sayang Lia ummi. Am dengan Shasha tak ada apa-apalah..” Jawab Amsya menafikan dan menerangkan hubungannya dengan Shasha. Amsya mencapai roti dan telur ke pinggannya.

“Yang ummi nampak semalam tu apa?” Perli umminya lagi. Terkedu Amsya tidak mampu untuk menjelaskan apa yang dia rasa sekarang. Puan Anis memandang Amsya terdiam sambil menguyah makan.

“Kalau Am sayangkan Lia, kenapa tidak hantar saja Lia ke pejabat. Itu sudah menunjukkan Am tidak ambil berat dan tidak bertanggungjawab. Kenapa? takut Shasha terasa hati. Hati orang lain Am nak jaga, hati isteri dibiarkan.” Bebel Puan Anis tidak puashati dengan layanan Amsya terhadap Alia. Menahan sebak Amsya mendengar tuduhan umminya, sedangkan dia amat cintakan Alia Nasuha.”

Fikirnya dalam hati. “Betul juga kata ummi, kenapa aku tidak hantar saja Alia ke pejabatnya. Kenapalah aku bodoh sangat tak ambil hati dia. Ada saja halangan aku untuk bercinta. Kali ini aku tidak akan mengalah demi cinta kau Lia.”

Alia memecut keretanya dengan perlahan, sengaja dia memperlahankan keretanya melambatkan masa, risau jika dia balik ke rumahnya teman-temannya belum pergi kerja lagi. Dipandangnya jam dalam kereta didepannya 7.45 pagi sambil mendengar radio. Teringat dia akan Roza, dia menghubungi Roza, talian berdering.

Roza yang sedang memandu keretanya ke butiknya melihat skrin telefon bimbitnya berdering dijawabnya panggilan dari Alia Nasuha.

“Hello, dik Lia. Apa khabar? Jawab Roza.

“Hello Roza, saya baiklah. Awak kat mana sekarang?” Tanya Alia mengajuk percakapan Roza.

“Aku baru dalam kereta tengah drive ni nak pergi butiklah. Kenapa?” Balas Roza.

“En. Roza, gambar kelmarin jangan bagi pada Amsya tau, bila siap bagitahu saya dulu, biar saya ambil. Boleh?” Kata Alia bersungguh.

“Iyalah, nanti siap I call you, don’t worry. I faham.” Jawab Roza.

“Bagus. Okey bye.” Alia menutuskan taliannya. Dia tersenyum sendirian.

Alia memecut kereta ke rumahnya, sampai sahaja didepan rumah semua kawan-kawannya sudah pergi kerja, dia masuk ke rumah terus naik ke biliknya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu di tutupnya tidak mahu siapa-siapa menganggu dia tidur.

Amsya menghabiskan sarapannya pagi itu kemudian dia naik semula ke biliknya. Dia merebahkan dirinya disofa, mengambil telefon bimbitnya di atas meja kemudian membukanya dicari gambar dia dan Alia semasa gambar itu diambil oleh Fatihah sepupu Alia dan beberapa gambar perkahwinannya. Danial Amsya merenung gambar itu lama-lama tersengih sendirian mengimbas kembali kenangan semasa berada dikampung Alia walaupun hanya dua hari cukup membahagiakan hatinya dan dia dapat mengenali serba sedikit tentang Alia.

Cadangnya bahagiakan Lia disini tapi lain pula jadinya, semakin rumit pula. Teringat dia akan kata-kata umminya untuk mengambil hati Alia. Memandangkan dia tidak menghantar Alia ke pejabat tadi niatnya kini untuk keluar makan tengah hari bersama Alia, dia menghubungi Alia tapi malangnya telefon Alia ditutup.

Omongnya sendiri.”Si Lia ini tutup telefon, habis bateri ke? Takkanlah baru pukul 9.00, meeting ke dia? Sibuk sangat ke sampai tutup telefon? Tak apa aku telefon kejap lagi.”

Pada hari itu Amsya menghubungi Alia setiap jam dari pukul 9.00 hingga ke pukul 2.00petang namun taliannya masih ditutup. Amsya sudah bengang kerana hasratnya untuk makan tengah hari dengan Alia tidak tercapai dan kenapa Alia tutup telefon. Dia tidak puashati kali ini dia menghubungi Syafikah. Talian berdering.

Syafikah yang sedang kusyuk buat kerja melihat skrin telefonnya yang berbunyi dilihatnya panggilan dari Amsya. Hairan juga dia kenapa Amsya hubungi dia, ada apa-apa berlaku pada Lia ke? Dia menjawab pangilan Amsya.

“Hello, Assalamualaikum. Ya En.Amsya, ada apa boleh saya bantu.” Jawab Syafikah.

“Waalaikummussalam. Maaf Syafikah, saya nak bercakap dengan Alia sekejap.” Balas Amsya. Tanpa berfikir Syafikah menjawab.

“Cik Alia masih bercuti, kenapa En.Amsya? Awak kat mana ni?” Jawab Syafikah dan terus ditanyanya. Terkejut Amsya mendengar penjelasan Syafikah.

“Apa?...cuti. Awak biar betul Syafikah. Pagi tadi isteri saya keluar pergi kerja.” Kata Amsya. Terkejut Syafikah, hatinya bersuara. “Aduh!...mana si Lia ni? tidak bagitahu apa pun. Apa aku nak cakap ni”

Syafikah bertanya lagi “Kenapa tak hubungi dia?”

“Saya dah hubungi dia dari pagi lagi, telefon tutup itu yang saya telefon awak. Mana Alia pergi? Saya tahu awak mesti tahu, mana dia?.” Tanya Amsya.

“Maaf En.Amsya, saya menang tidak tahu.” Jawab Syafikah lalu memutuskan talian dan mengoffkan telefonnya.

Omong Syafikah sendirian “Mana si Lia pergi, parah ni. Dia nak buat apa-apa tak bagitahu.” Syafikah mencapai handbag dan kunci keretanya mencari Alia, dia sudah dapat menekanya di mana Alia.

Amsya melihat telefon bimbitnya apabila talian diputuskan oleh Syafikah. Dia mengeluh panjang dengan sikap dua orang wanita yang baru dikenalinya itu, pelik. Amsya mencapai kunci keretanya untuk mencari Alia. Amsya juga dapat menduga ke mana Alia pergi. Apabila Amsya turun sahaja di tingkat bawah terus disapa oleh umminya apabila melihat Amsya kelam-kabut.

“Am nak ke mana?” Tanya Puan Anis berkerut dahi melihat kelakuan Amsya.

“Am, nak keluar ada kerja sikit.”Jawabnya pantas.

“Am, aunti nak balik dah ni, mari salam dulu.” Ajak umminya. Amsya menghala kearah Puan Anis dan mak saudaranya serta sepupunya bersalam kemudian meminta izin untuk beredar. Shasha dan Qania sama berpandangan melihat Amsya tergopoh-gapah meninggalkan mereka.

Amsya memecut keretanya ke rumah Alia di Putrajaya. Berderau darahnya apabila mengetahui Alia tidak kerja dan menipunya. Rungutnya sendirian dalam kereta.

“Kau lari dari aku ya Lia, jaga kau, aku akan cari kau.”

Syafikah sampai dirumahnya dilihat kereta Alia ada di rumah.

“Oh, di sini rupanya kau Lia. Aduh!...pening kepala aku.” Syafikah merungut. Dia terus membuka kunci rumah dan masuk ke dalam. Dilihatnya Alia tidur di sofa depan TV yang sedang terpasang.

“Hoi!...Lia, Sini rupanya kau.” Jerkah Syafikah. Alia terkejut dengan suara Syafikah menjerkahnya. Dia membuka mata lalu bangun sambil mengosok matanya.

“Kau kenapa jerit-jerit ni? Kacau sajalah.” Balas Alia memandang tajam pada Syafikah.

“Eh Lia, laki kau carilah. Dia telefon aku tanya kau.” Terang Syafikah.

“Laki apa pula Syaf? Kenapa dia cari aku?” Balas Alia.

“Manalah aku tahu. Kau pun satu hal, kenapa tidak bagitahu aku rancangan kau?”. Tanya Syafikah.

“Rancangan apa? habis kau bagitahu apa pada dia?”

“Aku bagitahu kau cuti. Aku mana tahu kau ada kat sini. Ini pun aku agak jea.” Kata Syafikah.

Amsya sampai didepan rumah Alia, dilihatnya dua-dua kereta tersadar dihalaman rumah.

“Oh…dua-dua ada kat sini. Kata kerja, jaga kau Lia.” Luah Amsya. Dia terus keluar dari keretanya lalu melangkah menghala ke rumah Alia. Pintu rumah di ketuk.

Tut, tut, tut…Alia dan Syafikah terdiam apabila mendengar orang mengetuk pintu. Mereka berpandangan. Syafikah melangkah ke pintu utama dia mengintai disebalik langsir sebelum membukanya. Dia menarik nafas panjang apabila melihat kelibat Amsya lalu membuka pintu. Apabila pintu dibuka Amsya memandang si pembuka pintu dia tersenyum dan memberi salam. Syafikah menjawab salam. Amsya terus bertanya.

“Mana Alia Nasuha?” Syafikah menunjuk jari ke dalam rumah. Tanpa di pelawa Amsya terus masuk ke dalam. Alia yang sedang berdiri ditepi sofa tersengih pada Amsya. Amsya berjalan menuju ke arah Alia.

“Oh, di sini rupanya isteri abang. Kata kerja?” Soal Amsya.

“Tipu” Jawab Alia sepatah memuncungkan mulutnya sambil kepalanya digerakkan kiri kanan. Syafikah yang sedang memerhatikan mereka terus bersuara.

“Lia, aku pergi dulu. Ini urusan rumahtangga kau orang, kau orang selesai.” Syafikah terus berlalu keluar dari rumahnya.

Amsya memandang Alia dengan tajam. Alia melihatnya bersahaja.

“Kenapa?” Soal Amsya.

“Kenapa apa?” tanya Alia kembali.

“Kenapa tipu? Kenapa lari dari abang?” Tanya Amsya.

“Sorrylah bukan saya nak tipu atau lari dari awak tapi saya kesiankan awak. En.Amsya kalau saya ada dirumah, nanti awak serba salah. Tak layan saya ummi marah awak. Nak layan saya takut Shasha terasa hati, dengan itu lebih baik saya keluar.” Jawab Alia dengan ketawa. Amsya mendengar penjelasan Alia mengeluh dan terduduk di sofa depan Alia. Alia ikut terduduk merenung pada Amsya. Amsya membalas renungan itu.

“Sayang dah makan?” Tanya Amsya mengoda. Alia mendengarnya perkataan sayang yang panggil oleh Amsya padanya dia tergelak.

“Hahahaha…sayang. Weeekkk” Alia membuat gaya muntah. “Tak payah nak bersayang-sayang wahai En.Amsya. Saya belum makan…dah makan.” Balas Alia tersengih.

“Dah ke belum?” Tanya Amsya tegas.

Sambil mengetuk kepala dengan seputung jari Alia menjawab “Lupalah, memori dah penuh…Dah makan ke belum hari ini.”

“Tambah cip memori tu atau pun tukar jea memori baru, tidak pun delete jer yang mana tidak penting.” Balas Amsya menyindir Alia.

“Elehhh…apasal tanya saya makan ke tak? Tak ada kena mengenalah En.Amsya. Pergilah awak balik. Nanti saya baliklah.” Jawab Alia. Amsya bangun dan menarik tangan Alia membuatkan badan Alia rapat dengan Amsya.

“Ni kenapa ni?” Soal Alia menjeling pada Amsya rapat didepannya.

“Jomlah teman abang makan, abang tidak makan lagi ni, lapar.” Ajak Amsya manja dan memujuk. Alia mendengarnya rasa kesian pula.

“Iyalah, awak pergilah tunggu dalam kereta nanti Lia follow dari belakang.” Jawab Alia berjalan perlahan menaiki tangga untuk bersiap.

“Cepatlah sikit, nyik-nyik” Arah Amsya. Alia berpaling dan memandang tajam kearah Amsya. Amsya tergelak dengan lagak Alia. Amsya mengikut Alia dari belakang, sampai ditangga ke tiga Alia berpaling lagi.

“Nak pergi mana ni?” Soal Alia.

“Nak follow Lia, naik atas.” Jawab Amsya bersahaja. Alia membulatkan matanya pada Amsya.

“Tak payah, kalau awak nak saya teman awak pergi makan, tunggu sini jangan naik.” Arah Alia dengan marah. Amsya sekali lagi tergelak.

“Cepat sikit, terhegeh-hegeh. Kan abang dukung bawa naik, nak?” Gertak Amsya, membuatkan Alia berjari laju naik ke tingkat atas rumahnya. Beberapa minit selepas itu Alia turun terus ke pintu utama, Amsya mengikutnya.

Mereka bergerak dari situ, Alia mengekori kereta Amsya. Amsya memberhentikan keretanya di sebuah restoran yang sentiasa dikunjungi Amsya. Mereka berdua masuk ke dalam restoran dan mengambil tempat duduk. Pelayan datang untuk mengambil pesanan.

“Sayang nak makan apa?” Tanya Amsya. Alia menjeling tajam pada Amsya dan menjawab.

“Makan orang.” Jawab Alia bersahaja dia memang tidak senang hati keluar dengan Amsya. Amsya ketawa dengan jawapan itu.

“Abang Am nak makan apa? Tanya pelayan yang memang kenal dengan Amsya. Pelayan itu memandang Alia berkerut dahi.

“Syarif, bagi abang nasi ayam dua, satu untuk orang makan orang ni. Dan air jus belanda dua.” Kata Amsya sambil tergelak.

“Siapa awek cun ni bang?” Tanya Syarif

“Isteri abang. Maaflah meragam sikit tu, datang bulan.” Jawab Amsya sambil gelak pada Alia. Alia sudah bengkak hati mendengarnya bermasam muka. Syarif turut tersengih sebelum meninggalkan mereka berdua disitu.

“Kenapa tak keluar dengan Shasha?” Tanya Alia. Amsya tidak menjawab persoalan itu hanya berdiam diri dan mengukir senyum mengoda. Alia menarik muka melihat Amsya tersengih sinis padanya.

“Malam ini tidur bilik abang.” Tegas Amsya.

“Mana boleh, Lia dah ikat kontrak dengan ummi.” Jawab Alia dengan pantas. Amsya merenung dan tersengih, hatinya berkata “Kita tengok jer malam ini Lia, kau akan masuk perangkap aku.”

“Shasha dah balik?” Tanya Alia.

“Entah.” Jawab Amsya sepatah dengan pandangan yang mengoda pada Alia.

“Ini mesti kes bergaduh ni, kenapa?” Tanya Alia. Pelayan datang menghidang makan pada mereka.

“Makan dulu lepas itu kita balik. Tak payah tanya pasal orang lain” Arah Amsya.

“Ummi makan apa? Tak nak beli pada ummi ke?” Tanya Alia.

“Ummi sudah makan kat rumah tu, tak payah risaulah. Cepat makan.” Pujuk Amsya dengan mesra.

Selesai sahaja makan mereka bergerak pulang ke rumah. Puan Anis melihat mereka berdua sampai dirumah berdua-duaan, berkerut dahi kehairanan. Mereka berdua masuk dengan memberi salam. Alia menuju pada Puan Anis dan bersalam.

“Semua sudah balik ummi?” Tanya Alia.

“Dah.” Jawab Puan Anis sambil mengangguk kepala, mesra. Puan Anis melihat mereka berjalan beriringan.

“Kamu berdua dari mana? Awal Lia balik kerja?” Soal Puan Anis lagi.

“Lia balik awal hari ini, kami berdua pergi makan. Ummi dah makan?” Balas Amsya. Tersenyum Puan Anis mendengarnya.

“Ummi sudah makan.” Jawabnya.

“Lia naik mandi dulu ummi.” Alia melangkah ke tingkat atas. Amsya merebahkan diri di sofa ruang tamu. Puan Anis mengikutnya lalu duduk di sofa sebelah.

“Am makan apa dengan Lia?” Tanya umminya.

“Nasi ayam.” Jawab Amsya tersenyum manis.

“Ummi, minta tolong. Malam ini suruh Lia tidur bilik Am.” Pinta Amsya memujuk umminya.

“Am boleh tidur ke dengan Lia?. Lia masih kotor lagi.” Tanya umminya.

“Kenapa pula tidak boleh?” Tanya Amsya kembali berkerut dahi tidak faham dengan kata-kata umminya.

“Iyalah, Am kata tidak boleh tidur kalau Lia datang bulan.” Jawab Puan Anis. Amsya merauk muka mendengarnya. Bisik hatinya “Ini rupanya alasan Lia.”

“Tak adalah ummi, mana ada Am cakap macam itu. Alasan Lia tu.” Jawab Amsya mengeleng kepala tersenyum pada umminya. Puan Anis membalas senyum itu dan mengangguk kepala.

Kereta yang dipandu oleh Faris berhenti di lampu isyarat. Telefon bimbitnya berbunyi dilihat skrin panggilan dari sahabatnya Nasrul. Dia menjawab panggilan itu.

“Hello, assalamualikum bro.”

“Hello, waalaikummussalam. Faris, kau ada dimana sekarang?” Tanya Nasrul.

“Ada di Besutlah. Kau pula?” Balas Faris.

“Aku pun, balik cuti raya. Boleh kita jumpa?” Jawab Nasrul.

“Boleh. Bila?” Soal Faris lagi.

“Sekarang boleh, kita jumpa di warong maggi ketam kak Milah.” Ajak Nasrul.

“Okey kita jumpa di sana.” Balas Faris terus memecut keretanya ke tempat yang dijanjikan. Lima belas minit perjalan dia sampai di warung maggi ketan kak Milah. Setibanya dia disitu Nasrul sudah pun sampai.

“Hai bro, dah lama sampai” Sapa Faris.

“Baru jer, duduk lah, lama kita tak jumpa.” Pelawa Nasrul.

“Berapa hari kau cuti?” Tanya Faris. Kemudian memesan maggi ketam dua mangkuk dan teh ‘o’ ais.

“Seminggu, esok aku dah nak balik KL. Eh, Faris aku nak bagitahu kau, kau ingat tak bapa saudara kau yang kau kenalkan pada aku untuk ambil insuran dengan aku, nama Mohd Helmi.”

“Iya bapa saudara aku mestilah aku kenal, kenapa?”

“Sekarang insuran dia akan dapat pada anak dia. Aku sudah pergi jumpa anak-anaknya. Banyak tau dia orang dapat pampasan.” Bagitahu Nasrul pada Faris. Faris mendengarnya dengan kusyuk sekali.

“Berapa pampasan mereka dapat?” Tanya Faris.

“Lima ratus ribu beb, setengah juta. Orang kaya bertambah kaya.” Jawab Nasrul.

“Siapa dapat? Alia?” Tanya Faris semakin ingin tahu.

“Bukan Alia cantik tu tapi adiknya Arshraf semua sekali. Alia tidak dapat apa pun.” Balas Nasrul. Faris berkerut dahi mendengarnya.

“Semua dapat pada Arshraf?” Soal Faris meminta kepastian, Nasrul mengangguk.

“Sudah dapat ke?” Tanya Faris lagi amat berminat untuk mengetahuinya.

“Belum lagi mungkin dua tiga minggu lagi banyak procedur.” Jawab Nasrul.

“Aku tengok kau ni ada rupa, kalau dibandingkan dengan aku. Kenapa kau tak pikat saja si Alia cantik tu? Senang hidup kau. Daripada kau kerja macam ini, aku ajak kau buat insuran kau tak mahu.” Nasihat Nasrul pada Faris membuatkan bayangan Alia jelas dikepalanya kini nanum wajahnya berubah apabila bayangan Amsya timbul. Dia mengigit bibir mendengar kata-kata Nasrul.

“Jom kita makan dulu. Nanti kau datang KL jumpa aku, aku belanja kau makan.” Pelawa Nasrul.

Petang itu Puan Anis naik ke biliknya dia dapat Alia sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Puan Anis menghampirinya.

“Lia bermassage dengan siapa? Tanya Puan Anis dengan mesra.

“Dengan Syafikah, esok ada meeting pagi.” Jawab Alia setelah menghantar SMS pada Syafikah.

“Lia, ummi nak cakap sikit.” Kata Puan Anis.

“Ada apa ummi?.” Balas Alia memandang dan tersenyum pada Puan Anis.

“Malam ini Lia tidur dengan abang Am.” Kata Puan Anis memujuk mesra.

“Kenapa pula ummi, nanti Lia suci lah ummi.” Rayu Alia.

“Am tidak izinkan Lia tidur dengan ummi, Lia tidur dengan abang ya.” Pujuk Puan Anis. Puan Anis melihat Alia bermasam muka dan merauk muka. Pujuk Puan Anis lagi pada Alia.

“Jangan begini sayang tak baik. Lia kena dengar cakap suami. Lia gaduh dengan abang Am? Terasa hati?” tanya Puan Anis. Alia mengeleng sambil mengaru tengkak. Tersengih dibuat-buat.

Malam itu Alia tidak ada pilihan dia terpaksa akur dengan permintaan Puan Anis. dengan langkah yang malas dia menuju ke bilik Amsya. Apabila dia masuk dilihatnya Amsya sedang bersolat isyak. Dia merebahkan diri ke sofa lalu membaringkan tubuhnya. Beberapa minit kemudian Amsya siap sembahyang, dia berpaling tengok Alia tidur di sofa dengan wajah yang muram. Dia menghampirinya, Amsya tahu Alia belum tidur walaupun matanya dipejamkan.

“Kenapa ni masam jer? Apa tak kena?” Soal Amsya yang sedang bersila didepan Alia. Alia membuka mata memandang tajam dengan wajah yang masam mulutnya bermucung. Amsya tersengih nakal.

“En.Amsya cakap apa pada ummi?” tanya Alia dengan manja.

“Abang tak cakap apa pun, cuma suruh ummi bagitahu Lia tidur dengan abang.” Jawab Amsya perlahan dan mengoda.

“Lia tidak mahu tidur dengan awak.” Jawab Alia mukanya terus dimasamkan. Amsya mengosok lengan Alia dengan lembut.

“Tidur sajakan? Bukan boleh buat apa pun. Atau Lia nak…” Amsya mematikan kata-katanya. Mengigit bibir dan tersengih mengoda pada Alia.

“Nak apa? jangan nak mengada-gada.” Tanya Alia mencubit kuat bahu Amsya.

“Aduhhhh!!...sakitlah” Amsya mengadu sambil mengosok bahunya yang dicubit Alia dan sengih nakal.

“Cium sikit?” Pinta Amsya mengoda. Alia merenung tajam Amsya.

“Kalau nak cium, Lia tidur dengan ummi. Kalau nak Lia tidur dalam bilik ini tak boleh cium. Pilih salah satu.” Balas Alia.

“Okey, jomlah tidur atas katil.” Ajak Amsya menarik tangan Alia.

“Tak nak, kalau nak Lia tidur bilik awak, Lia tidur sini. Awak tidur atas katil.” Jawab Alia. Amsya akur…

Tidak dapat Faris melelapkan matanya malam itu, masih terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata Nasrul petang tadi. Difikirnya macam mana nak dekat dengan Alia dan membuatkan rumahtangga Alia dan Amsya runtuh. Faris sudah mendapat idea untuk memisahkan mereka berdua. Dia mula mengatur rancangan jahatnya untuk bekerja dengan Alia dan sentiasa bersama Alia dengan cara ini Amsya akan cemburu kemudian menceraikan Alia dan dia boleh berkahwin dengan Alia Nasuha.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku