Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 39
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6570

Bacaan






Alia bergerak pulang ke rumah Puan Anis sebelum itu dia membeli lauk yang dijanjikan dengan umminya dan ke butik Roza mengambil gambar perkahwinan. Alia melihat gambar Amsya dengan Shasha cantik. Timbul perasaan cemburu dihatinya melihat orang berpacaran. Dia meninggalkan gambar Amsya dan Shasha pada Roza.

“En.Roza nanti kalau Amsya telefon atau datang tanya gambar bagi yang ini ya.” Arah Alia. Roza sekadar mengangguk.

Amysa memandang jam tangannya 4.30petang sekali lagi dia menghubungi Alia, panggilannya tetap tidak dijawab. Amsya mengeluh panjang seharian sentuk dia menghubungi Alia namun smsnya tidak dibalas manakala pangilannya tidak dijawab. Dia memejam mata memikirkan cinta Alia, rindunya dia pada Alia Nasuha. Danial Amsya tiada pilihan lain kali ini dia menghubungi Syafikah. Syafikah melihat skrin telefon bimbitnya panggilan dari Amsya. Syafikah merungut sendirian. “Kenapa dia telefon aku ni?”

“Hello” Syafikah menjawab juga panggilan Amsya.

“Hello. Syafikah maafkan saya kerana terpaksa menghubungi awak. Alia ada di pejabat?” Tanya Amsya.

“Maaf En.Amsya, Alia keluar, sekarang ini sudah 4.30petang rasanya Alia tidak masuk. Kenapa? Awak cari dia ke? Tak cuba handset dia?” Tanya Syafikah.

“Dah, tapi tak berjawab, risau saya. Pukul berapa dia keluar?” Tanya Amsya serius bimbang apa-apa berlaku pada Alia Nasuha.

“Dalam Pukul 12.30 tengah hari tadi.” Jawab Syafikah. Amsya melepas keluh.

“Baik Syaf, terima kasih.” Amsya mengakhiri perbualan. Amsya termenung sendirian dibilik pejabatnya. Dia meneliti kata-kata Syafikah dengan monolog luaran “ Keluar pukul 12.30 lagi sekarang pukul 4 lebih. Telefon tidak berangkat, mana Lia pergi ni? Kalau sudah tiga empat jam…kalau keluar dengan lelaki boleh buat anak. Kenapa dia tidak mahu jawab pangilan aku. Tiada perasaan ke Alia ni?” Fikiran kotor dan rungut Amsya pada Alia. Dia mengeluh lagi. Terperanjat Amsya apabila telefonnya berdering dilihat skrin pangilan dari Tengku Umairah.

“Aduh! ini sorang lagi. Yang tidak dicari datang. Yang dicari entah kemana.” Omelnya sendiri. Amsya menjawab pangilan Tengku Umairah.

“Hello, sayang.” Jawab Amsya sekarang dah terpaksa bersayang dengan Tengku Umairah. Perasaannya kini sudah jauh pada Tengku Umairah.

“Hello, abang kat mana ni?” Soal Tengku Umairah dengan manja.

“Masih di pejabat, kenapa?” Balas Amsya resah.

“Jom kita pergi makan. Mairah tak makan lagi hari ini.” Pelawa Tengku Umairah. Dia juga teringat yang dia juga belum makan hari ini.

“Okey tunggu abang kat bawah.” Jawab Amsya lalu memutuskan taliannya. Memegang kepala hatinya bersuara “Kenapalah Alia tidak layan aku macam Tengku Umairah. Dia tidak suka aku. Aku mesti buat Alia cintakan aku.” Nekad Amsya.

Alia Nasuha sampai dirumahnya terus masuk ke dapur meletakkan barang-barang yang dibelinya. Dia naik ke tingkat atas untuk mandi kemudian turun semula untuk menyediakan makan malam dan mengambil pakaian kotor untuk dibasuh dan membuat kerja-kerja rumah seperti biasa.

Selepas makan malam Alia Nasuha berehat bersama Puan Anis diruang tamu sambil menonton. Alia menghampiri Puan Anis yang sedang mengait benang untuk dijadikan pengalas meja dan kusyen serta pelbagai jenis alas yang dibuatnya untuk hiasan. Alia terpandang permainan chess dalam almari hiasan.

“Ummi masih buat ini, pandainya ummi kait semua ni. Boleh ajar Lia.” Sapa Alia dengan mesra disebelah sambil tangannya memeluk bahu Puan Anis dengan manja. Puan Anis tersenyum manis pada menantunya.

“Ummi buat semua ni untuk hilangkan bosan, tak ada apa nak dibuat.” Jawab Puan Anis. menepuk lembut dipipi gebu Alia.

“Cantik ummi buat, banyak ni ummi nak jual ke?” tanya Alia apabila melihat beberapa jenis benang yang bergulung diatas meja.

“Tidak, semua benang ni ummi akan gabungkan. Lia nak belajar? Mari ummi ajar buat stoking baby. Nanti Lia dapat baby boleh buat untuk baby.” Ajak dan usik Puan Anis. Alia tersengih malu dengan usikan umminya.

“Lia pernah tengok orang buat stoking baby tapi kena guna dua jarumkan mi? Lia satu jarum pun tak pandai.” Balas Alia sengih manja.

Amsya selesai mandi dan bersolat selepas balik dari berjumpa Tengku Umairah, dia membuka television diruang tamu rumahnya. Kini ingatannya kembali pada Alia Nasuha. Dia cuba lagi menghubungi Alia tapi juga tidak dijawab. Dia mengeluh panjang “Aduh! Lia ni memang tak pernah nak angkat telefon. Kenapa Alia tidak mahu jawab pangilan aku.” Kali ini Amsya menghubungi umminya Puan Anis.

Puan Anis mengambil telefon bimbitnya diatas meja apabila handphonenya berdering dilihat panggilan dari anaknya lalu dijawab dengan salam berbalas.

“Ummi buat apa tu?” Tanya Amsya.

“Buat apa lagi sedang mengaitlah.” Jawab Puan Anis lembut.

“Ummi, isteri Am ada?” Tanya Amsya membuatkan Puan Anis tersenyum manis memandang Alia disebelahnya.

“Ada ni sebelah ummi, sedang belajar mengait. Am nak bercakap dengan Alia ke?” Balas si ibu. Rindu dia untuk bercakap dengan Alia tapi ditahannya dia tahu Alia tidak sudi bercakap dengannya..

“Tak apa ummi. Tadi Alia balik pukul berapa?” Soalnya pada Puan Anis.

“Lima setengah, kenapa Am?” Tanya Puan Anis kehairanan dengan pertanyaan Amsya.

“Tak apalah ummi tolong kirim salam pada Alia. Assalamualaikum.” Pesannya lalu memutuskan talian. Kedengaran suara kecewa anaknya. Hati Amsya kecewa Alia sengaja tidak mahu menjawab pangilannya.

Puan Anis memandang Alia berkerut dahi lalu bertanya. “Abang Am ada telefon Lia hari ini?” Tanya Puan Anis. Alia mengangguk dan bersuara.

“Ada tadi, tapi Lia tengah meeting tak sempat nak jawab.” Balas Alia memberi jawapan.

“Sayang tak return call pada abang?” Tanya umminya lagi bermanja. Alia sekadar mengeleng kepala.

“Patutlah abang Am risau jer, suaranya merajuk. Rupanya Lia tidak balas pangilan dia. Lain kali balas ya? jangan buat suami risau.” Nasihat Puan Anis pada menantunya. Dengan tersenyum sedikit Alia terangguk-angguk.

“Ummi, hari selasa depan Lia kena out station di Johor Baharu. Lia nak bawa ummi. Ummi ikut Lia boleh?” Bagitahu Alia pada umminya. Memandang sayu pada Puan Anis. Puan Anis tersenyum.

“Berapa hari? Tak menganggu Lia ke?” Tanya Puan Anis teruja dipelawa Alia, sudah lama dia tidak bercuti.

“Tiga hari. Kita pergi hari selasa, hari rabu Lia ada lawat tapak, khamis kita balik. Lia lebih suka ummi ada bersama Lia.” Terang Alia bersungguh-sungguh.

“Abang Am sudah tahu?” Soal Puan Anis lagi, membuatkan Alia sekali lagi tersengih. Puan Anis tahu jawapannya Alia belum bagitahu.

“Minta izin abang Am dulu ya.” Puan Anis sekali lagi memberi pesanan. Alia mengangguk.

“Ummi, siapa main chess tu? Ummi pandai main?” tunjuk Alia chess yang ada dalam almari. Puan Anis melihat chess permainan kegemaran suaminya.

“Itu chess kesayangan arwah walid. Itulah permainan kegemarannya. Dia selalu bermain dengan Am.” Terang Puan Anis mengimbas kembali kenangan arwah suaminya. Bergelak ketawa berjam-jam bermain catur dengan Amsya.

“Lia pandai main chess?” Soal Puan Anis.

“Pandai. Lia suka main dulu semasa papa ada Lia selalu lawan dengan papa.” Alia juga mengimbas kenangan bermain catur dengan papanya.

Tiba-tiba mereka terdengar telefon bimbit Alia berbunyi.

“Pergi tengok. Abang Am ke telefon.” Arah Puan Anis. Alia bergegas naik ke tingkat atas untuk melihat panggilan dari siapa. Kali ini dia terpaksa menjawab pangilan kalau dari Amsya. Tapi mereset bukan panggilan Amsya tapi Zafrul. Dia menjawabnya demi tidak menyakitkan Zafrul kerana meninggalkan majlis begitu tadi.

“Hello.” Jawab Alia.

“Hello Alia, abang minta maaf pasal petang tadi bagi pihak kak Sara.” Balas Zafrul. Alia terdiam seketika.

“Kenapa bang?” Tanya Alia mengorek rahsia dari Zafrul tentang perkara tadi.

“Tidak patut kak Sara cakap begitu pada Lia. Dia tidak berhak nak larang Lia dari berjumpa dengan abang.” Zafrul Kesal dengan sikap Sara.

“Kak Sara tidak bersalah pun memang patut dia berterus terang dengan Lia. Lia faham dengan perasan dia. Siapa tidak cemburu kalau kekasih berjumpa perempuan lain.” Balas Alia membela Sara.

“Abang tahu Lia baik sangat. Abang tahu Lia kecil hati dan terasa dengan kata-kata kak Sara kan?.”

“Lia tidak ambil hati pun. Lia tahu kak Sara sayang dan cinta sangat pada abang. Abang jagalah dia baik-baik, jangan sakitkan hatinya ya?. Nanti kita berbual lagi. bye.” Pesan dan nasihat Alia walaupun hatinya pedih dan sakit.

Keesokkan harinya Amsya ke pejabat dan membuat kerja-kerjanya seperti biasa. Tapi rindunya semakin menebal pada Alia Nasuha, Amsya cuba sekali lagi menghantar sms.

Alia yang sibuk memeriksa pelan diatas mejanya melihat sms yang diterima dari Amsya. Dia tidak tahu samaada mahu menjawab atau tidak. Perasaannya serba salah untuk melayan Amsya. Pada siapa lagi dia perlu meluahkan perasaannya kalau bukan Syafikah, lalu memanggil Syafikah ke biliknya. Syafikah mengadap bosnya itu, melihat muka Alia yang berserabut, dia tersenyum melihat Alia didepannya.

“Kenapa Lia? Kau ada apa-apa nak bincang dengan aku.” Kata Syafikah selaku sahabat dan juga kakak kepada Alia.

“Entahlah Syaf, aku sudah rasa terperangkap dengan perkahwinan ini.” Terang Alia serius memandang anak mata Syafikah.

“Kenapa Alia, kau sudah terpikat dengan Amsya. Tak salah Lia, dia suami kau.” Balas Syafikah.

“Aku tidak boleh cinta dia Syaf. Aku belum kenal dia. Lagipun aku tidak mahu kecewa aku takutlah Syaf, sekarang ni pun dia selalu hubungi aku, entah apa dia nak dari aku pun tidak tahu.”

“Itu tandanya dia ambil berat pasal kau. Dia suka kau?” Balas Syafikah.

“Lelaki ni selagi dia tidak dapat apa hak dia, selagi itu dia kejar kita…lepas dapat lari entah ke mana. Kau pun tahukan aku tidak boleh bercinta dengan lelaki yang sudah ada kekasih, tunang orang apalagi suami orang. Aku tidak mahu dikatakan perampas dan merosakkan perasaan orang lain. Aku tak nampak pun dia cintakan aku, apa yang aku nampak dia nak goda aku jer, selalu saja minta peluk dan cium aku. Rimaslah aku.”

Sambil Alia meluahkan perasaannya panggilan dari Amsya sekali lagi masuk tapi dia tetap mengabaikannya.

“Siapa? Tanya Syafikah lagi, memandang telefon bimbit Alia yang sedang menjerit.

“Siapa lagi, Amsyalah. Macam mana aku nak buat dia benci aku dan mempercepatkan dia kahwin dengan kekasih dia. Kau ada ideal tak?” Tanya Alia mukanya masam meminta pandangan Syafikah. Syafikah terdiam sejenak memikirkan sesuatu.

“Lia, kau buat apa kat rumah ummi kau?” Tanya Syafikah. Alia berkerut dahi kehairanan mendengar pertanyaan Syafikah.

“Buat apa? macam biasalah kerja-kerja rumah. Kenapa?” Tanya Alia.

“Kau cuba elak dari buat kerja-kerja rumah yang membuatkan lelaki suka dan boleh jatuh cinta.” Jelas Syafikah.

“Apa maksud kau? Aku tidak faham.” Tanya Alia berkerut muka.

“Bila Amsya balik rumah kau buatlah malas, tak payah masak, mengemas, membasuh apa-apa saja, biar dia benci pada kau. Cepat sikit dia akan fikir untuk kahwin dengan kekasih dia.” Terang Syafikah. Alia terangguk-angguk memikirkan cadangan Syafikah.

“Hah, itulah aku tidak jawab pangilan dia. Lama-lama boringlah dia. Tak apa Syaf aku terima cadangan kau. Aku akan elak dari dia.” Balas Alia bersungguh-sungguh.

Amsya sudah mula bengang dengan Alia yang selalu tidak menjawab pangilannya. Serba tidak kena dia dibuatnya. Difikirnya sendiri “Macam mana aku nak pikat dia ni? Sudah betul Alia ni.” Sedang dia berfikir pintu biliknya di ketuk. Belum sempat dia menjawab Irfan sudah melangkah masuk dengan langkah yang laju dia duduk di kerusi depan meja Amsya. Irfan melihat Amsya kegelisahan ditengok wajah yang moyok kedua-dua tangan memegang kepala.

“Aku tengok kau ni moyok jer, apasal? Macam mana perkahwinan kau?” Tanya Irfan.

“Macam mana apa? aku tengah benggang ni dengan Alia.” Jawabnya sedikit tengking rasa tidak puashati.

“Kenapa pula? Kau tak bahagia ke?” Serkap Irfan.

“Bukan tak bahagia. Aku telefon dari kelmarin tak berangkat. Apa yang dibuatnya sampai tak boleh nak jawab panggilan aku.” Terang Amsya marah mengeleng-geleng kepala.

“Kau gaduh dengan dia ke?” Tanya Irfan

“Bukan gaduh tapi Lia salah faham aku dengan Shasha siapa yang mulut tempayang pun aku tidak tahu. Yang bengang lagi ummi aku tertengok pula Shasha peluk aku lagilah salah faham. Si Lia pula bukan nak tidur dengan aku pun.” Terang Amsya membuatkan Irfan tergelak kuat.

“Eh! kau kenapa sampai Lia tidak tidur dengan kau. Dia tidak terpikat dengan kau ke? Biasanya perempuan akan cair dengan kau.” Sindir Irfan

“Itulah yang aku bengang sangat tu. Aku baru nak pikat dia dah jadi huru-hara. Kenapalah si Lia tu tidak manja macam Tengku Umairah. Kalau dia serius garang juga, sudahlah poyo cakap dia jer yang kena dengar. Macam mana aku nak pikat dia? Kau boleh tolong aku tak?” Tanya Amsya minta nasihat kawan baiknya itu.

Irfan tergelak lagi mendengar penjelasan Amsya. Dia menjawab persoalan Amsya.

“Kalau aku katakana kau bodoh, kau marah. Eh, kau dengar sini Am. Si Mairah tu bukan manja tapi gedik. Yang manja tu Alia. Hah!…sekarang baru kau tahu susah nak pikat perempuan. Selalunya perempuan yang akan tersangkut pada kau. Kali ini kau rasa susah senang nak pikat perempuan.” Balas Irfan. Amsya merenung tajam kearah Irfan didepannya berdesing merah telinganya mendengar kata-kata Irfan.

“Kau nak tolong aku ke tak?” Tanya Amsya dengan marah.

“Aku nak tanya kau. Kau dengan dia belum bersamakan?...Tapi apa kau cakap dengan Alia sampai Alia setuju kahwin dengan kau sedangkan dia tidak cintakan kau.” Balas Irfan. Amsya terperangkap disitu tapi dia tidak boleh dedahkan rahsianya.

“Itu kau tidak perlu tahu. Bukan dia tidak cintakan aku tapi kami janji nak bercinta lepas kahwin. Sekarang baru nak kenal hati budi. Cuma aku tidak tahu macam mana nak pikat dia, biar dia melekat dan jatuh cinta pada aku.”

“Senang jer, kau ikut rentak dia dan cuba faham apa kehendak dia. Aku memang suka kalau pikat perempuan yang susah macam tu. Cuba pikat dia beli hadiah macam perempuan suka.”

“Apa perempuan suka?” Tanya Amsya berkerut dahi cuba memahami maksud Irfan.

“Kau ni benganglah, itu pun tak tahu. Itulah selalu dapat yang mudah. Bila berdepan dengan susah baru kau tahu langit tinggi rendah.” Komen Irfan.

“Kalau aku tahu taklah aku tanya kau. Kaukan pakar pikat perempuan sampai sekarang dah berapa kali putus cinta.” Sindir Amsya. Tergelak.

“Itu sebab aku belum lagi jumpa yang sesuai. Sudahlah, Jangan fikir banyak kau follow dulu cara dia. Petang ini kau balik mainkan peranan kau, cuba buat tidak layan pada dia tengok respond dia. Sekarang sudah pukul satu, jom kita pergi solat Jumaat dulu.” Ajak Irfan membuatkan Amsya menoleh jam tangannya.

Selesai sahaja solat Jumaat pada hari itu Amsya dan Irfan kembali ke kantornya sedang mereka berjalan Amsya terpandang satu baju tidur yang tergantung disebuah butik. Dia memberhentikan langkahnya.

“Fan, aku nak tengok baju kejap.” Irfan menoleh butik didepannya.

“Kau nak cari baju siapa ini butik baju perempuan.”

“Aku tahulah, aku nak beli baju untuk isteri aku.” Amsya melangkah masuk ke dalam butik itu dia mengambil sehelai baju tidur yang tergantung dibutik itu untuk isterinya Alia Nasuha. Berbunga hatinya tidak sabar nak tengok reaksi Alia memakai baju itu. Irfan tersengih macam kerang busuk menyindir Amsya. Amsya hanya mengkerling membalas sindiran Irfan.

Selepas waktu kerja pada hari itu Amsya bergegas balik ke kondominiumnya terlebih dahulu baju yang dibelinya disangkut didalam almari. Sekarang bukan masanya dia beri pada Alia.

Alia Nasuha sampai dirumah Puan Anis pada petang itu dia membeli makanan malam untuk Puan Anis dan bahan-bahan untuk dia membuat kek kegemarannya iaitu kek tiramisu. Dia terus ke dapur kemudian menyediakan bekas dan bahan-bahan diatas meja. Sedang asyik dia membelek bag plastik yang berisi bahan yang dibeli tadi bahunya dicuit.

“Lia nak buat apa ni?” Soal Puan Anis melihat Alia sedang mengeluarkan bahan-bahan tiramisu. Alia berpaling dan membalas senyum pada umminya.

“Lia nak buat kek untuk ummi, sudah lama rasanya Lia tidak buat kek.”

“Lia nak buat kek apa dengan biskut ni?” Tanya Puan Anis lagi apabila melihat sebungkus biskut prono Botomi.

“Kek tiramisu.Ummi pernah makan tak?” Balas Alia sambil merangkul pinggang Puan Anis.

“Tak pernah, ummi tak pernah buat pun. Jarang buat kek, Am bukan makan pun, ummi jer yang makan itu yang malas nak buat. ummi beli saja.” Jawab Puan Anis tangannya memegang cheeseyang ada diatas meja.

“Tak apa ini Lia buat khas untuk ummi. Tapi ummi, kek ini perlu disejuk dulu baru boleh makan.” Jelas Alia, yang lincah membancuh bahan-bahan dan menyusun biskut yang telah direndam sebentar dengan air milo.

Selepas dia menyiapkan kek tiramisunya dia bergegas ke atas untuk mandi dan solat maghrib. Puan Anis yang masih berada diruang tamu mendengar kereta Amsya lalu dibuka pintu utama. Amsya meluru masuk selepas memberi salam dengan senyum dan mencium pipi Puan Anis. Tiba-tiba hatinya merasa pedih dengan sikap Alia yang tidak menjawab pangilan dan SMSnya. Mata Amsya terkial-kial mencari Alia, Puan Anis perasan Amsya mencari seseorang setelah melihat Amsya berpaling ke kiri kanan dan menjenguk ke dapur.

“Lia ada di atas.” Kata umminya. Amsya sekadar sengih tawar kemudian melangkah naik ke tingkat atas. Dia terus kebiliknya, pintu biliknya dibuka tapi gelap dia membuka suis lampu diperhatikan biliknya sunyi sepi tidak ada apa yang berubah seperti selalu ditinggalnya. Amsya melangkah masuk kebiliknya dia membuka almari pakaiannya, kecewa dan terkilan rasanya apabila melihat ruang kosong yang diberikan untuk pakaian Alia tetap juga kosong. Kini dia tahu Alia tidak tidur dibiliknya. Dia dengan rasa kecewa dan kecil hati melangkah ke bilik umminya.

Tombol pintu dipulas ditengoknya Alia sedang membaca doa setelah selesai solat maghrib. Danial Amsya dengan raut muka yang masam dan marah memandang tajam ke arah Alia. Alia perasan yang pintu bilik dibuka selepas mengaminkan doa dia berpaling. Tersenyum manis pada Amsya yang terpacak dimuka pintu merenung tajam kearahnya. Alia berkerut dahi melihat wajah Amsya yang masam. Amsya dengan perasaan kecewa menutup pintu bilik umminya terus ke biliknya.

Alia merasa hairan melihat kelakuan Amsya bisik hatinya sendirian “Kenapa En.Amsya ni masamnya muka marah aku ke?” Alia dengan pantas membuka telekung sembahyang dengan hanya berpakaian baju tidur yang singkat paras peha Alia ke bilik Amsya. Apabila pintu dibuka dilihatnya Amsya sedang bersandar dikepala katil dia terus melangkah masuk lalu duduk berdepan dengan Amsy bikai katil dengan kaki kirinya dilipat manakala kaki kanannya terjuntar dibawah. Alia mengambil tangan Amsya lalu diciumnya, dengan sikap poyonya dia tersengih lebar pada Amsya. Amsya melihat Alia dengan tajam wajahnya masam memerhati Alia yang berpakaian seksi berada didepannya. Dengan sikap poyonya Alia bertanya.

“En.Amsya, kenapa balik jer muka masam, kelat, macam ayam berak kapur. Apahal? Ini mesti tiada lain kes gaduh dengan girlfriend lah ni kan?” Amsya sekadar memandang anak mata Alia. Terasa juga dia mahu ketawa dan tersengih dengan sikap Alia tapi ditahannya. Rasa hatinya tiba-tiba terubat dan terusik melihat isteri jelita didepan mata, kemarahan yang dipendam tiba-tiba terpadam. Alia terus bersuara apabila melihat Amsya masih lagi membisu. Dia mendapat idea untuk menghiburkan Amsya.

“En.Amsya kenapa? Kalau awak balik muka macam ini nanti ummi kata kita gaduh. Saya tidak sukalah muka awak macam ini tak selera nak tengok muka hensem tapi kelat senyumlah sikit. Macam ini…” Alia membuat ukiran senyum dimulut Amsya dengan jarinya. Amsya tersengih.

“Hahhh…macam tu lah baru nampak macho. Kenapa? kalau ada masalah dengan kekasih ceritalah pada saya. Shasha marah awak?” Amsya mengeleng kepala.

“Mulai hari ini kita jadi kawan. En.Amsya boleh cerita apa sahaja masalah pada saya.” Alia mengangkat jari kelikingnya pada Amsya sebagai tanda persahabatan. Amsya membalasnya dengan menyambut jari keliling Alia. Dengan senyum lebar melihat Alia dari atas ke bawah.

“Kalau kawan, Lia tidak boleh panggil En.Amsya. kena panggil abang.” Kata Amsya cuba memancing Alia supaya memanggilnya abang. Alia perasan Amsya memerhatinya dengan pandangan yang menyiurkan. Dia cuba menarik skritnya ke bawah.

“Okey saya panggil awak jer. Apa kata saya hiburkan awak malam ini. Kita keluar. Nak tak?” Balas Alia. Amsya berkerut kening. hatinya bersuara “Betul ke si Lia ni nak hiburkan aku.” Alia tengok Amsya serba salah dan tidak percaya padanya. Sekali lagi Alia cuba menyakinkannya.

“Nak ke tak nak? Lia nak hiburkan awak ni. Kita keluar.” Ajak Alia bersungguh dia sudah ada rancangan untuknya dan Amsya pada malam itu. Amsya dengan senyum lebar menganggukkan kepala tanda setuju.

“Okey kalau macam itu awak pergi mandi dan solat dulu. Tak mandi dan solat lagikan?” Soal Alia. Amsya mencubit manja pipi Alia sambil tersengih dan berkata.

“Belum lagilah.”

“En.Amsya pergi mandi dan solat dulu. Lia tunggu dibawah.” Arah Alia. Amysa mengulangi perkataan yang dipanggil Alia.

“En.Amsya…En.Amsya…En.Amsya. Abang tak jadi pergilah” Marah Amsya manja merajuk.

“Alahhh…merajuk. Baiklah, sayang pergi mandi ya.”Pujuk Alia membuatkan Amsya tersenyum.

“Lia, abang cium sikit?” Pinta Amsya mengoda.

“Mandi dulu, busuk.” Jawab Alia tersengih dan tergelak kecil. Alia bangun keluar meninggalkan Amsya untuk kebilik Puan Anis bersalin pakaian.

Sampai sahaja dalam bilik Alia mengambil telefon bimbitnya dia menghubungi Syafikah. Talian berdering.

“Hello, Cik Puan.” Jawab Syafikah mengusik kawan baiknya itu.

“Kau ni kan, jangan panggil aku macam itu. Kau orang semua sudah makan?” Tanya Alia.

“Kita orang nak keluar makanlah ni.” Jawab Syafikah.

“Kau tunggu aku. Aku belanja kau semua kita pergi makan steamboat.” Ajak Alia.

“Kau boleh keluar ke?” Tanya Syafikah.

“Bolehlah kau tunggu jer aku. Okey.” Arah Alia. Dia terus memutuskan perbualan mereka.

Alia bersiap ala kadar. Dia terus turun ke tingkat bawah berjumpa dengan puan Anis didapur.

Dengan manja Alia bersuara. “Ummiiii…Kami nak keluar kejap boleh.” Pintanya dengan rayu dan manja, memeluk umminya dari belakang. Puan Anis tersenyum dengan sikap manja Alia.

“Pergilah. Ummi tidak halang pun. Mana abang Am?” tanya Puan Anis apabila Amsya tidak kelihatan.

“Belum turun lagi, kejap lagi turunlah tu.” Kata Alia.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku