Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 40
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8019

Bacaan






Beberapa minit menunggu Amsya muncul. Mereka berdua bersalam dengan ummi mereka meminta restu. Mereka keluar seiringan menuju ke kereta sampai sahaja di depan kereta Alia menarik tangan Amsya dan merapatkan dirinya kebadan Amsya. Alia menyentuh dan mengosok dada Amsya dengan lembut dan mengoda bersuara.

“Am…boleh tak Lia bawa kereta Am. Lia teringin sangat nak bawa kereta fairlady ni. Bolehlah.” Rayu Alia mengoda. Dia tahu Amsya amat sayangkan kereta fairlady itu. Setahu dia Amsya tidak bagi sesiapa bawa keretanya. Asmya sudah serba salah dengan rayuan dan sikap Alia yang mengoda itu.

“Ni, kenapa pulak ni. Abang bawa jerlah Lia cakap nak pergi mana.” Amsya menghalang. Alia sudah memasamkan mukanya.

“Bagilah Lia bawa. Am ada sebelahkan takkan tak boleh. Kalau tak bagi Lia bawa, tak jadi keluarkan. Kita cancel je.” Rajuk Alia memancing Amsya. Alia tahu kalau Amsya yang bawa kereta rancangannya akan gagal. Amsya serba salah kotak fikirannya berkata-kata. “Kalau tidak bagi, Lia akan cakap aku memang tak sayang dia. Inilah masanya aku buktikan aku cintakan dia. Alah setakat kereta jer.”

Amsya menarik tangan Alia dan menyerahkan kunci kereta. Amsya berkata.

“Dengan syarat. Abang nak cium Lia.” Alia diam seketika mendengarnya mengigit bibir bawah.

“Pipi.” Jawab Alia. Memandang mata Amsya

“Bibir.” Pinta Amsya. Berbalas pandang, Alia terdiam seketika.

“Tak payah pergilah.” Alia merajuk lagi

“Okey pipi.” Pujuk Amsya lembut memegang muka Alia dengan kedua tangannya dan mencium pipi Alia dengan lembut dan mengoda Alia memejamkan matanya. Alia terdiam, selalu saja perasaan aneh terasa setiap kali Amsya menciumnya. Alia terus masuk ke kereta selepas Amsya melepaskan ciuman. Kereta fairlady milik Amsya dipandu Alia ke Putrajaya. Dia tidak mahu Amsya perasan dengan perasaannya kini dia amat serba salah mendekatkan diri dengan Amsya. Sekarang masanya Alia menolong Amsya. Alia mula menukar sikap poyonya.

“En.Amsya. Saya janji dengan awak tadi nak hiburkan hati awak. Sekarang awak telefon kekasih awak ajak dia keluar dan pujuk dia. Awak gaduh dengan Shasha kan? saya tidak mahu tengok awak sedih. Awak ajak dia pergi makan, orang perempuan biasalah mahu dipujuk. Awak kenalah sabar. Okey awak telefon dia sekarang.” Terkejut Amsya dengan kata-kata Alia.

“Lia nak pergi mana sebenarnya?” Tanya Amsya berkerut muka dia kini tahu Alia ada perancangan untuknya.

“Saya nak hiburkan awaklah En.Amsya. saya tak mahu tengok awak sedih. Sekarang awak telefon kekasih awak, ajak keluar pujuk dia. Awak nak balik masa mana pun tak kisahlah. Saya nak keluar dengan kawan-kawan saya pergi makan saya sudah janji dengan mereka. Sekarang ni kita pergi rumah saya lepas tu awak pergilah pujuk kekasih awak. Okey.” Terang Alia tersenyum puas.

Amsya mendengarnya mengeleng kepala hatinya bersuara “Bijak betullah si Lia ni ada rancangan rupanya. Aku ingatkan betul dia yang nak hiburkan aku, rupanya dia suruh aku keluar dengan orang lain. Aku sudahlah sakit hati dengan dia. Tak apa kau tunggu jer aku tidak akan ikut rancangan kau.” Amsya sudah bengang dengan Alia tidak mahu layan dia.

Alia memberhentikan kereta yang dipandunya didepan pagar rumahnya diPutrajaya. Alia mematikan enjin kereta dan menyerahkan kunci kereta pada Amsya. Sengih Alia sampai ke telinga.

“En.Amsya. ini kunci kereta awak terima kasih. Nanti bila awak selesai dengan keksih awak telefon jer Lia. Kalau awak tak mahu balik pun tidak apa nanti Lia bagitahu ummi kita tidur di hotel. Lia tidur sini…Okey.” Alia menunjukan ibu jarinya. Dengan perasan hampa Amsya mengambil kunci keretanya. Alia keluar terus masuk ke rumahnya. Amsya tidak berganjak dari situ, sekarang dia pula akan memainkan peranannya, dia tidak akan mengalah dengan sikap Alia yang selalu mahu mengelak darinya.

Beberapa minit Amsya menunggu, Alia dan kawan-kawannya keluar untuk pergi makan malam. Amsya yang sedang menyandar dikeretanya memanggil mereka semua.

“Hai sayang, kamu semua nak ke mana?” Tanya Amsya sambil melambai tangannya ke arah mereka semua. Alia berkerut muka melihat Amsya masih lagi disitu, dia menghampiri Amsya.

“Kenapa tak pergi lagi? Sudah telefon Shasha? Apa kata dia?” Tanya Alia bertubi-tubi.

“Tak jadi keluar sudah merajuk. Tak apalah abang joint Lia jer.” Kata Amsya tanpa menghiraukan Alia, dia memanggil semua kawan-kawan Alia. “Jom semua naik kereta abang pergi satu kereta saja.” Ajak Amsya membuatkan Alia tidak berkata apa-apa. Hana dan Mimi melangkah laju kearah Amsya.

“Lia, kau ni buat surpriselah, kita pergi makan sekali dengan abang Am ke? Bestnya.” Ujar Hana teruja. Tercengang Alia melihat gelagat sahabatnya itu. Amsya tersenyum puas.

“Jom naik kereta abang semua.” Ajak Amsya sekali lagi. Dia membuka pintu kereta untuk Alia sambil menarik tangan Alia dengan lembut. Syafikah hanya mengikut, dia tahu mungkin ada sesuatu yang sedang berlaku pada Alia. Hana dan Mimi sudah masuk kereta Syafikah juga mengikut masuk ke kereta. Alia memandang Amsya dengan tajam dan bermasam muka.

Hati Alia berkata “En.Amsya ni kenapa ikut aku pula…aduh kena berlakon mesra lagi depan Hana dan Mimi.”

Amsya tersenyum riang dapat keluar bersama Alia.

“Sayang nak pergi makan di mana?” tanya Amsya meengoda. Mereka semua tersengih dibelakang mendengar Amsya memanggil Alia sayang. Alia berkerut muka berpaling belakang mengkerling pada kawan-kawannya.

Omel hatinya “Mamat ni bersayang pula.”

“Sayang abang tu mengidam nak makan steamboat.” Jawab Mimi dengan gelak ketawa mereka semua.

“Ohhh, ya ke kenapa tidak bagitahu? Jom abang bawa makan steamboat di Restoran Red Wok. Ok sayang.” Balas Amsya memandang Alia disebelahnya dengan senyum lebar. Alia menkerling Amsya mengigit bibir.

Amsya memberhentikan keretanya di Restoran Red Wok di Bandar Baru Bangi. Syafikah, Mimi dan Hana sudah pun keluar dari perut kereta. Alia dan Amsya masih lagi dalam kereta.

“Ni kenapa pula taknak turun ke? Kata nak makan steamboat. Jomlah.”Ajak Amsya apabila melihat Alia belum membuka pintu kereta. Amsya keluar dia menghampiri Alia yang juga baru keluar dari kereta ditengoknya Alia bermasam muka.

“Sayang, senyumlah sikit.” Pujuk Amsya. Alia kacip gigi dan sengih memaksa pada Amsya. Membuatkan Amsya tergelak melihat gelagat Alia. Dia memegang tangan Alia berjalan seiringan bersama-sama rakannya yang lain. Mimi sesekali menjerling melihat Alia dan Amsya. Amsya tidak melepaskan peluang apabila dia berjalan dengan Alia dirangkulnya pinggang Alia membuatkan rakan-rakannya tersengih lebar.

Sampai dimeja mereka mengambil tempat Alia berada disebelah kanan Amsya. Mimi dan Hana duduk depan mereka manakala Syafikah sebelah Alia. Rakan-rakannya masih tersenyum menyindir Alia. Alia pula perasan dengan situasi itu, dia memandang tajam pada rakan-rakannya yang sedang ketawakan dia.

“Kau orang kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk, dah buang tabiat ke apa? Marah Alia dengan garang. Amsya tergelak dengan sikap Alia yang sudah mula marah.

“Garangnya sayang. Lia memang macam ni ke? Selalu marah-marah orang.” Serkap Amsya.

“Ya…Lia ni memang macam ini kalau ada yang tidak kena mulalah nak marah orang dan selalu kenakan orang.” Komen Hana.

“Abang Am macam mana dah kenal sangat ke dengan Alia ni? Boleh ke ikut cara dia, Lia ni banyak kerenah.” Beritahu Mimi. Amsya berpaling merenung Alia disebelahnya sambil tersenyum membalas kata-kata Hana.

“Iya…betullah tu, sayang abang ni memang banyak kerenah pun, tapi abang suka, dia memang selalu nak kenakan abang. Lia ni kelakar, romantik dan manja tau.” Terkejut Alia mendengar kata-kata Amsya, Alia menyiku lembut pada perut Amsya disebelahnya. Amsya tergelak. Seorang pelayan datang ke meja mereka mengambil pesanan. Alia dan Syafikah bangun memilih steamboat yang hendak dimakan.

“Abang Amsya. Boleh Hana tanya?” Amsya mengangguk.

“Betul ke Alia tu cinta pada abang Am?” Tanya Hana, soalan menjerat Amsya.

“Kenapa pula tanya macam itu. Okey je kalau Lia tidak cinta abang kenapa dia terima abang.” Jawab Amsya cuba mengorek rahsia Alia dari rakan-rakannya.

“Setahu kami Alia ni memang susah nak bercinta. Dia tidak akan terima orang sebarangan. Terutama kalau dia tahu lelaki itu sudah ada kekasih, tunang orang ataupun suami orang. Dia tidak akan bercinta dan tidak akan jatuh cinta. Tapi Lia ni sangat baik. Macam mana Lia boleh jatuh cinta dengan abang Am secepat ini?.” Balas Mimi pula memberi penerangan tentang Alia Nasuha. Amsya terangguk-angguk. Beberapa minit selepas itu Alia dan syafikah kembali kemeja.

“Itulah jodoh.” Jawab Amsya pendek. Alia yang baru sampai dan duduk dikerusi mendengar mereka sedang berbual.

“Cakap apa ni? “ Tanya Alia mengkerling tajam pada Hana dan Mimi.

“Takkanlah aku cakap sikit dengan abang Am, kau sudah jelouse.” Balas Mimi.

“Bila masa pula aku cemburu. Kalau kau nak ambil je lah. Kau kutuk aku jaga kau.” Ugut Alia pada Mimi.

“Sayang, garangnya. Kenapa cakap macam tu, tak baiklah. Lia selalu ugut kamu macam ini ke?”Soal Amsya. Alia menukat muka masam.

“Yalah, kalau abang Am nak tahu Lia ni suka ugut orang.” Jawab Hana. Pelayan Restoran datang menghidang pesanan mereka. Alia menjeling tajam pada Hana dan Mimi memberi amaran supaya tidak memberitahu apa-apa pada Amsya tentang dirinya.

“Dah, jangan cakap banyak. Makan, kan tidak pasal-pasal Lia timbuk dengan stemboat ni kan nak?”. Marah Alia memberi amaran.

Amsya menjerling pada Alia disebelahnya kemudian memandang ke depan memerhati Hana dan Mimi. Dia sambil tersenyum mengeleng kepala dengan sikap Alia. Alia mengambil steamboat lalu membubuh ke pinggan Amsya. Amsya sengaja mahu mengenakan Alia, dia meletakkan tangan kanannya keatas bahu Alia.

“Sayang, makan satu pinggan saja.” Kata Amsya pada Alia yang sedang membubuhkan makanan ke pinggan. Alia berpaling pada Amsya berkerut dahi.

“Kenapa? Lia sudah bubuh ni, makanlah.” Balas Alia.

“Lia suap pada abang. Tangan abang tak boleh guna.” Kata Amsya membuatkan Alia semakin berkerut dahi manakala rakan-rakannya sudah ketawa menyindirnya.

“Ini tangan ada, kenapa tidak boleh guna, bukan sakit pun.”

“Memanglah tangan abang tidak sakit tapi sedang diguna.” Balas Amsya. Alia tidak faham dengan maksud Amsya.

“Guna untuk apa?” Tanya Alia sedikit marah.

“Peluk sayanglah. Sayang suap abang, jangan bantah. Cepat.” Arah Amsya. Alia mengeluh. Suara hati Alia “Si mamat ni memang nak kenakan aku.”

Rakan-rakannya yang lain sedang memerhati tindakan Alia melayan Amsya. Mereka cuba melihat sama ada Alia akan makan atau tidak sudu yang disuapnya pada Amsya. Ini kerana kawan-kawannya tahu yang Alia tidak boleh makan bekas orang apa lagi nak berkongsi pinggan mangkuk. Inikan pula makan sepinggan. Mereka semua ketawa tergelak-gelak apabila Alia menyuapkan makanan ke mulutnya selepas menyuap Amsya dengan sudu yang sama.

Amsya memandang Hana, Mimi dan Syafikah yang sedang ketawa pada dia dan Alia.

“Kenapa ni? Tak boleh ke Lia suap abang. Kan abang sudah bagitahu Alia ni romantik.” Luah Amsya.

“Bukan tak boleh tapi pelik.” Jawab Syafikah. Alia berpaling tajam pada Syafikah yang sedang mengertawakan dia.

“Apa yang pelik?” Tanya Amsya kehairanan.

“Abang Am. Kalau nak tahu, adik Lia ni setahu kami dia tidak boleh makan bekas orang. Tapi kali ini lain pula.” Jelas Mimi. Alia mendengarnya mengkacip gigi geram dengan mereka semua.

“Itu orang lain. Abang ni kan suami dia. Semua kena berkongsi. Bukan setakat sudu yang lain pun kena kongsi juga.” Balas Amsya cuba mengenakan Alia.

“Iyalah orang dah tidur sebilik, sebantal, sekatil satu kain selimut lagi.” Sindir Hana diikuti gelak ketawa mereka lagi. Membuak hati Alia semakin marak.

“Kau orang semua sudah ambil insuran?.” Soal Alia marah berbalas pandang pada rakan-rakanya.

“Dah.” Jawab mereka serentak.

“Hah…bagus nanti Lia timbuk dengan steamboat ni, kau orang claim insuran. Cepat makan.” Arah Alia garang dan marah. Amsya tergelak terbahak-bahak dengan kerenah Alia. Memang dia terhibur dengan sikap Alia yang poyo.

Selesai makan pada malam itu. Amsya menghantar mereka semua ke rumah. Dia dan Alia bergerak pulang.

Sepanjang perjalanan Alia bermasam muka dengan Amsya hatinya mengeluh resah, sesekali mengkerling pada Amsya. Amsya tersengih nakal melihat Alia yang tengah marah. Dia cuba membakar lagi hati Alia.

“Sayang, terima kasih. Abang terhibur sangat malam ini. Tak sangka abang, Lia pandai ambil hati abang.” Usik Amsya. Alia mendengarnya berkerut muka membara hatinya.

Hati Alia bersuara. “Dia kata aku pandai ambil hati dia. Ini sudah lebih ni…Ini mesti dia cakap aku nak goda dan pikat dia. Kononnya nak hiburkan dia sekarang aku yang sakit hati. Ini tidak boleh jadi.”

Dengan lagak poyonya Alia bersuara. “En.Amsya, esok cuti jangan nak suruh saya buat kerja rumah. Saya ni seorang yang pemalas tak suka kemas rumah, basuh kain,tidak pandai masak. Jangan nak mengada-ngada suruh saya buat itu ini.” Alia menjeling Amsya menunggu reaksi Amsya dengan kata-katanya tadi. Amsya pula berdiam diri tersenyum sendiri hatinya juga bersuara. “Sengajalah tu nak suruh aku benci dia. Tak pandai masak, malas. Tak apa siap kau Lia. Ini Danial Amsyalah…kau nak elak dari aku ya?”

“En.Amsya bila awak cadang nak kahwin? Sudah bincang dengan Shasha?” Mengeluh Amsya mendengar persoalan itu.

“Nantilah dulu. Tak fikir lagi. baru jer kahwin, tunggulah dulu.” Jawab Amsya bersahaja ekoran mata pada Alia.

“Alahhh…”Mengeluh panjang Alia. “Bila En.Amsya? lambatlah awak ni. Awak tak kasihan ke pada kekasih awak. Awak sendiri menanggung rindu.” Rungut Alia.

“Biarlah dulu, kalau ada jodoh abang kahwinlah. Jangan panggil En.Amsya boleh tak? Tadi kata kawan panggil abang.” Jawab Amsya kecewa, bosan dengan soalan Alia.

“Awak…Lia tidak fikir lagi alasan nak tidur dengan ummi. Am boleh bagi idea tak?” Amsya mengusap kepala dengan kata-kata Alia. Belum sempat Amsya menjawab tiba-tiba handphone Alia berbunyi. Alia melihat jam digital dalam kereta 11.15malam. Dia cepat-cepat selongkar handsetnya dalam bag.

Soalnya. “Siapa pula telefon malam-malam ni? Ummi ke? Am, bawa kunci rumah tak?” Risau Alia kalau Puan Anis yang telefon.

“Bawa.” Jawab Asmya sepatah. Alia melihat skirn telefonya pangilan masuk dari Izwan. Dia tersenyum teringat dia mungkin Izwan telefon menagih janji puasa yang lepas. Mahu berjumpa lepas puasa.

“Siapa? Tanya Amsya sepatah.

“Izwan…syishhh..” Alia meletakkan jari telunjuk dimulutnya isyarat diam pada Amsya. Dia tersengih lalu menjawab panggilan Izwan.

“Hello.”

“Hello Lia, apa khabar? Masih ingat saya?” Soal Izwan.

“Baik. Mestilah saya ingat. Awak apa khabar?” Balas Alia lembut dan mesra.

“Saya sihat. Cuma rindu orang disana. Lia free tak esok kita keluar, dating?” Ajak Izwan cuba memancing.

“Jumpa esok. Boleh, nak jumpa pukul berapa?” Jawab Alia sambil memandang Amsya yang sedang memandu dan mendengar perbualannya.

Getus hati Amsya. “Orang lain telefon jawab pula. Kalau aku haram nak dijawabnya. Kau nak jumpa Izwan esok Lia. Aku tak akan izinkan.”

“Dalam pukul 12.00 tengah hari.” beritahu Izwan

“Pukul 12 boleh, tapi ada dua syarat.” Balas Alia. Sambil memalingkan tubuhnya kearah Amsya dan tersenyum sinis. Amsya hanya mengkerling. Dia membawa keretanya melencung semula ke Putrajaya. Sengaja dia berbuat begitu.

“Syarat apa?” Tanya Izwan.

“Pertama, saya akan keluar dengan Syafikah. Kedua, boleh jumpa dalam masa sejam atau sejam setengah itu saja.” Jelas Alia.

“Okey, saya setuju asal saya boleh jumpa Lia. Nanti esok saya sms tempatnya. Okey bye.” Izwan memutuskan talian.

Alia tersengih pada Amsya. Alia memerhati jalan yang dilalui oleh Amsya telah melencung jauh dari Bangi. “En.Amsya nak pergi mana ni? Kenapa tak sampai lagi?.”

“Saja pusing-pusing tunggu Lia habis berbual.” Sindir Amsya.

Dengan suara mengoda dan lembut merayu Alia bersuara.“Am…esok Lia nak keluar jumpa Izwan, boleh?”

“Dengan syarat. Sayang tidur dengan abang malam ini.” Balas Amsya. Alia terdiam tidak membantah. Amsya tersenyum. Mereka melayan lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ Era fm.

Sampai sahaja di halaman rumah mereka, Amsya berpaling pada Alia yang sudah pun tertidur. Dia menyandar kepalanya di headrest merenung wajah ayu Alia sambil tangannya membelai pipi gebu gadis itu. Tersenyum melayan perasaan yang bermain dalam fikirannya ketika itu sayang dan cintanya pada Alia tidak dapat digambarkan. Hati Amsya sakit dan pedih sekali apabila Alia ingin keluar dengan lelaki lain. Dayus rasanya kalau dia membenarkan Alia keluar dengan lelaki lain sedangkan dia berhak keatas Alia Nasuha. Teringat akan lamarannya pada Alia dan Alia setuju menerimanya kerana ingin menjaga ummi. Difikirnya lagi betulkan Alia begitu sayang pada umminya atau ada sebab lain yang membuatkan Alia setuju terima lamarannya.

Amsya keluar dari keretanya kemudian menghala ke pintu sebelah Alia. Dibukanya perlahan-lahan dia membuka tali pinggang Alia dan mengejutkan Alia dengan perlahan tapi Alia tidak sedar lalu dicium pipi isterinya dua kali. Alia mengerakkan badannya mungkin terasa sentuhan Amsya.

“Sayang bangun, kita sudah sampai. Sayang nak abang angkat ke?” Pelawa Amsya dengan usikkan.

Alia membuka mata dan terus mengeleng kepala, Amsya tersengih nakal.

“Jom kita masuk.” Balas Amsya menarik tangan Alia. Alia melangkah keluar. Mereka sama-sama

Masuk ke rumah. Sampai sahaja di tingkat atas Alia melangkah ke bilik Puan Anis. Amsya dengan pantas memegang tangan Alia.

“Lia nak ke mana? Tanya Amsya.

“Nak jenguk ummi sekejap.” Amsya melepaskan tangan Alia dan mengikut Alia ke bilik umminya.

Tombol dipulas perlahan, dengan cahaya samar-samar lampu tidur Alia perlahan-lahan melangkah ke katil dimana Puan Anis sedang tidur dia melutut di tepi katil merenung wajah umminya dengan penuh syahdu, mengusap rambut dan mencium tangan umminya. Semakin sayang dia pada Puan Anis seperti sayang dia pada mama dan papanya. Difikirnya macam mana kalau Puan Anis tahu dia dan Amsya akan berpisah adakah Puan Anis akan menyayanginya lagi. Alia mencium dahi Puan Anis sekali lagi. setitik airmatanya gugur membuatkan Puan Anis tersedar dari tidur. Tersentuh perasaan Amsya apabila melihat Alia menitis airmata, sayu hatinya.

“Lia” Suara puan Anis menegurnya.

“Ya, ummi. Maaf,Lia ganggu ummi ke?”

“Lia baru balik? Kenapa menangis ni? Abang sakitkan hati Lia ke?” Soal umminya.Amsya menarik nafas panjang mendengarnya lalu berjalan menghampiri umminya.

“Taklah ummi. Malam ini Lia tidur dengan abang Am.” Katanya. Puan Anis mengangguk. Alia meninggalkan Puan Anis dan Amsya disitu. Dia mengambil kain sembahyang, baju tidur dan peralatan dirinya untuk ke bilik Amsya. Amsya tengok Alia sudah siap dengan barang-barangnya. Dia mencium tangan umminya.

“Ummi, kami masuk bilik dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.” Ucap Amsya buat ibu tersayang.

Amsya terus menarik tangan Alia ke biliknya. Alia duduk dan meletakkan barang-barangny diatas sofa panjang. Dia tengok Amsya dengan wajah yang masam mulut dimucungkannya. Amsya tersenyum manis.

“Sayang nak bersih diri dulu?” tanya Amsya. Alia tidak menjawabnya. Dia bangun mengambil semua barangnya terus ke bilik air. Amsya tersengih mengeleng.

Beberapa minit kemudian Alia keluar dengan berbaju tidur dia mendidikan solat isyak. Amsya ke bilik air. Selepas sahaja membersih diri Amsya keluar ditengoknya Alia telah merebahkan diri disofa. Usai bersolat Amsya ke katilnya niat untuk mengajak Alia tidur bersamanya terhenti apabila melihat mood Alia kurang baik. Amsya menyandarkan diri dikepala katil memikirkan sesuatu. “Macam mana kalau aku bagitahu dia aku cintakan dia? Bolehkan dia percaya dan terima aku. Sedangkan tadi kawan-kawannya bagitahu yang Lia tidak akan bercinta dengan lelaki sudah ada kekasih. Dan sekarang pula dia berusaha untuk satukan aku dengan kekasih aku. Kalau betul Lia dapat yakinkan ummi, apa aku nak buat. Takkan aku kena lepaskan dia?”

Amsya berpaling pada Alia yang sudah pun nyenyak tidur, dia bangun mencapai remote air-cond lalu menurunkan suhu biliknya apabila melihat Alia kesejukan. Dia mengambil selimut menyelimutkan isterinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku