Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 42
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6808

Bacaan






Selepas sahaja Qania dan Shasha pulang, Amsya ke biliknya bersiap untuk pulang ke kondominiumnya. Amsya mundar-mandir dibiliknya tidak senang hati rasanya mahu meninggalkan Alia pada petang itu ada beberapa perkara yang perlu dia bincang dengan Alia. Dia menunggu Alia masuk ke biliknya, teringat akan kata-kata Alia padanya semalam.

“En.Amsya, minggu ni saya nak jumpa Izwan. Awak tahu tak Izwan tu kerja apa? dia doktor. Sesuai tak dengan saya?. En.Amsya apa kata saya bagi penghormatan pada awak tentukan calon suami terbaik untuk saya. Saya akan bawa awak setiap kali saya jumpa lelaki dan awak tentukan sama ada sesuai atau tidak jadi suami saya.” Kata-kata yang keluar dari mulut Alia itu membuatkan Amsya terkilan dan tercabar. Hasratnya untuk berterus terang dengan Alia tentang perasaannya belum lagi dapat ditunaikan. Tiba-tiba saja perasaannya berubah, kali ini Amsya tersenyum manis mengingati peristiwa semalam apabila dia dapat tidur dengan Alia dan baby Sofea bersama-sama, dia amat berpuashati dapat memeluk Alia sepanjang malam.

Sedang dia asyik mengelamun tiba-tiba telefon bimbitnya berdering panggilan dari Tengku Umairah. Dijawabnya.

“Hello.”

“Hello, abang kat mana tak bertolak lagi ke? Mairah nak jumpa abang malam ini. Kalau abang tak balik tak apa Mairah pergi Bangi kita jumpa di sana.” Terang Tengku Umairah.

“Abang dah nak bertolak ni, kita jumpa malam ini, tapi kejap je. Abang ada kerja dengan Irfan.” Balas Amsya cuba mengelak dan mencari alasan. Tengku Umairah mengeluh panjang mendengar kata-kata Amsya. Dia tahu Amsya cuba mengelak darinya. Tapi malam ini dia tidak akan lepaskan Amsya. Talian terus diputuskannya.

Shasha dan Qania perpandangan sesama sendiri dalam perjalanan pulang dari rumah Puan Anis. Ada sesuatu dalam fikiran masing-masing. Qania bersuara.

“Shasha, kau perasan tak Alia dengan Amsya. Aku rasa ada sesuatulah dengan mereka? Mereka tidak saling mencintai ke?”

“Kau tak tahu ke? Alia bukan cinta pun pada Amsya , kalau dia cintakan abang Am, takkan dia bagi cam pada aku dekat dengan Amsya, dan sekarang inilah masanya aku rebut balik cinta Am. Aku tidak akan lepaskan Amsya begitu saja, kau tahukan aku masih cinta dan sayang dia. Mungkin kerana Alia ada dia tidak layan aku. Tapi tak apa, aku tahulah apa nak buat.” Terang Shasha pada Qania. Qania sekadar mendengar tidak membalas. bisik hatinya.

“Macam mana kalau aku bagitahu Shasha apa yang Lia bagitahu aku. Tapi aku tengok abang Am memang cinta dan sayang pada Alia. Kalau aku bagitahu sekarang mungkin abang Am akan hadapi masalah.” Qania memandang Shasha yang sedang memandu.

Bisik hati Qania lagi. “Apa rancangan Shasha? Aku mesti tolong abang Amsya.” Nekad Qania.

Alia juga termenung dalam bilik Puan Anis tidak tahu macam mana mahu berdepan dengan Amsya. Sepanjang malam Amsya memeluknya. Macam mana nak berdepan dengan Amsya malu rasanya, perasaannya sudah tidak menentu. Namun apabila difikirkan Amsya sudah ada buah hati dan kekasih yang sedang dia usahakan untuk satukan mereka perasaan itu terus hilang. Dia nekad mesti mencari kekasih hati dalam masa terdekat ini. Dia tahu Amsya akan pulang ke kondominiumnya petang itu dan sedang menunggunya di bilik, lalu Alia mengatur langkah ke bilik Amsya.

Sampai sahaja didepan pintu Alia menarik nafas panjang bagi melegakan kekusutan fikiranya. Dia memulas tombol tidak berkunci terus masuk. Dilihat Amsya di sofa.Terus ditegurnya.

“En.Amsya sudah siap ke?” Ditanya Amsya didepannya dengan sikap poyo tidak mahu perasaannya diketahui Amsya.

“Lia, duduk kejap.” Arah Amsya. Alia duduk disebelahnya. Amsya memegang tangan Alia dan mengosoknya perlahan-lahan.

“Kenapa? ada masalah?” Soal Alia memandang tepat ke anak mata Amsya. Amsya mengangguk.

“Apa dia?” Disoalnya Amsya lagi.

“Apa Lia bagitahu pada Qania kelmarin?” Soalnya sambil merenung Alia. Alia terdiam seketika memikirkan apa yang dia katakan pada Qania kelmarin. Dia ingat apa yang dia katakana pada Qania.

“Oh…pasal En.Amsya nak baby. Lia bagitahu dia kalau awak nak baby awak kahwinlah, Lia tidak boleh bagi baby pada awak.” Jawab Alia.

“Kenapa Lia cakap macam itu. Sekarang ummi sudah tahu.” Kesal dengan kata-kata Alia.

“Baguslah kalau ummi sudah tahu, senang sikit kerja kita En.Amsya.Ummi akan kesiankan Lia. Dan awak pula boleh kahwin. Bijak tak ideal Lia.” Terang Alia. Mengeluh panjang Amsya mendengarnya. Dia terdiam dan mengeleng kepala. Alia tersengih sambil matanya berkelip-kelip pada Amsya.

“Relakslah En.Amsya, Lia tahulah apa Lia buat. Awak jangan risau, kalau ummi tanya pandailah Lia jawab nanti. Okey.” Kata Alia. Amsya sekali lagi melepas keluh. Ada lagi perkara yang merisaukan Amsya.

“Abang risaulah nak tinggalkan Lia.” Katanya membalas renungan anak mata Alia. Alia berkerut kening.

“Kenapa?” Tanya Alia lagi hairan. Amsya menjawabnya.

“Satu, abang risau pasal Lia nak pergi Johor. Kedua, abang tahu Lia tidak akan jawab panggilan dan sms abang. Ketiga, pasal Izwan, abang tidak boleh izinkan Lia jumpa dia. Keempat abang nak bagitahu…abang memang bercinta dengan Shasha tapi empat lima tahun yang lepas dan sekarang abang dan dia tak ada apa-apa hubungan. Sudah lama putus.” Terang Amsya. Alia membulatkan mata tercengang mendengarnya.

“Jadi, awak nak bagitahu Lia, yang Lia salah faham dengan hubungan awak dan Shasha?” Soal Alia dengan matanya di jengkelkan.

“Memang salah faham pun.” Jawab Amsya tegas.

“Jadi siapa kekasih En.Amsya?” berkelip-kelip mata Alia memandang Asmya, membuatkan Amsya tergelak manja.

“Tak perlu tahu.” Jawab Amsya.

“Laaa…tak mahu bagitahu pula. Baik... Lia tidak kisah pun, yang penting awak percepatkan sikit perkahwinan awak. Okey. Cuma saya nak minta tolong sebelum akad nikah awak kena lepaskan saya dulu. Tapi kena rahsiakan dulu perceraian kita sehingga saya ada calon suami. Boleh? Pasal panggilan awak tu…bukan Lia tidak mahu jawab tapi semasa awak telefon Lia memang sibuk ada meeting. Sms tu tak tahulah nak balas, En.Amsya asyik tanya Lia, sudah makan? Lia bukan budak-budak lagi. Lia tahulah sebelum ini tak ada orang pun tanya Lia. Bila lapar Lia makan je lah. Takkan lepas kahwin kena suami suap dah tak tahu nak makan sendiri.” Balas Alia. Membuatkan Amsya semakin tension.

“Tolonglah jawab telefon dan sms abang.” Rayu Amsya.

“Baiklah, sang romeo. Tapi kalau Lia tidak jawab panggilan mungkin Lia sibuk atau meeting. Nanti time free baru Lia return call. Kalau hal penting sms atau whatApp dulu.” Balas Alia, menyenangkan sedikit hati Amsya.

“Abang nak balik ni. Peluk dan cium abang.” Pinta Amsya. Alia bermasam muka merenung tajam Amsya didepannya.

“Tak mahu, semalam En.Amsya sudah peluk Lia sampai pagi. Nak bergerak tak boleh…nak bagi botol susu pada Sofea pun susah.” Jawab Alia menolak permintaan Amsya, komen Alia lagi pasal Sofea menangis lambat bagi susu semasa tidur dengan mereka semalam. Amsya tersenyum nakal mencuit hidung Alia.

Bisik hatinya. “Takpe kau tak bagi disitu, depan ummi kejap lagi aku peluk dan cium kau lama-lama.”

“Iyalah mana abang ingat ada baby semalam tidur dengan kita. Lain kali kalau nak tidur dengan baby kena anak sendiri. Jom, kita turun.” Usik dan ajak Amsya tersengih mengigit bibir. Alia menarik muka masam dan menoleh jam dinding biliknya 5.30 petang, masih awal untuk Amsya pulang.

“Janji dengan kekasih ke?” tanya Alia serkap Amsya.

“Curi dengar ya?” Soal Amsya.

“Mana ada. Hah…jadi betullah janji dengan girlfriend malam ini patutlah nak cepat. Jomlah, jangan bagi kekasih tunggu lam-lama nanti merajuk pula.”

Mereka sama-sama turun ketingkat bawah. Sampai sahaja depan ummi mereka Puan Anis, Amsya bersalam kemudian dia menghulur tangan pada Alia. Alia mengkerling pada Puan Anis disebelahnya. Hati Alia berkata “Alamak…depan ummi, aku kena peluk dan cium dia. Amsya memang nak kenakan aku ni.” Kemudian Alia berpaling pada Amsya.

“Jomlah, Lia hantar kat luar.” Ajak Alia sambil menarik tangan Amsya. Amsya membalas tarikkan tangan Alia.

“Eh,eh…nak ke mana ni, salam dulu.” Arah dan pinta Amsya. Amsya tahu ini hanya elah Alia tidak mahu peluk dan cium dia.

“Salam saja kat dalam, luar tu panas.” Sampuk Puan Anis. Alia tidak dapat membantah kata-kata umminya. Terpaksalah dia bersalam dengan Amsya disitu. Kena jugalah dia peluk dan cium Amsya. Apa lagi tersengihlah si suami yang selalu ditunggu-tunggu pelukkan isterinya.

Amsya menghala keretanya ke butik Roza untuk mengambil gambar perkahwinan mereka. Tanpa melihat gambar yang diberi oleh Roza, dia terus ke pusat Bandar Kuala Lumpur berjumpa dengan Tengku Umairah. Malas rasanya Danial Amsya berjumpa dengan Tengku Umairah pada malam itu, jadi dia telah menghubungi Tengku Umairah berjumpa petang itu di Restoran Atmosphere360 KL Tower. Amsya terlebih dahulu sampai disitu dia memesan makanan sambil menunggu Tengku Umairah. Lima belas minit menunggu Tengku Umairah muncul berpakaian skrit paras peha dan baju tanpa lengan.

“Hello, sayang” Sapa Tengku Umairah apabila sampai didepan Amsya terus duduk disisi Amsya lalu memaut lengan Amsya dengan manja. Amsya memerhati Tengku Umairah.

“Umairah, abang sudah pesankan jangan pakai macam ni, seksi sangat.” Komen Amsya memandang Tengku Umairah bersahaja dan mengeleng kepala. Berdesing telinga Tengku Umairah mendengarnya, berbalas pandang pada Amsya.

“Abang kenapa sekarang ni, asyik komen pakaian Umairah ajer. Apa yang tidak kena.Dulu suka sangat Mairah pakai macam ini tidak komen pun. Ni mesti ada apa-apa ni.” Serkap Tengku Umairah. Amsya mengeluh panjang.

“Abang suruh pakai sopan sikit, ini seksi sangat. Kalau ummi tengok pun terkejut.” Rungut Amsya lagi.

“Okey, bila nak bawa Umairah jumpa ummi? nanti Umairah pakai baju kurung.” Sindir Tengku Umairah.

“Kalau setakat jumpa ummi pakai baju kurung. Tapi masih belum berubah tak payah jumpa. Tak payah kahwin.” Jawab Amsya tegas. Membuatkan hati Tengku Umairah pedih dan terasa dengan kata-kata Amsya.

“Abang kenapa sekarang ni, pelik ajer? Ada saja yang Mairah buat tidak kena, paksa lagi. Tidak semudah itulah belum terbuka lagi nak tukar fesyen, nak berhijab.” Balas Tengku Umairah sedikit tengking.

Mereka terdiam seketika apabila, pesanan yang dipesan Amsya sudah dihidang oleh pelayan restoran.

“Abang sudah ada orang lain ya?” Tanya Tengku Umairah cuba menjerat Amsya. Dengan muka selambanya dia menjawab.

“Kalau ada, kenapa?” Jawab Amsya menguji.

“Sampai hati abang, siapa dia? Umairah nak kenal hebat sangat ke? Kalau Mairah dapat, Mairah kerjakan dia cukup-cukup.” Kata Tengku Umairah marah. Amsya sekadar membisu.

“Sudahlah, abang saja uji sayang. kalau Mairah tidak mahu berubah terpulang. Kalau ada jodoh kita kahwin. Jomlah kita makan. Abang lapar ni.” Pujuk Amsya tidak mahu pertengkarannya berpanjangan. Tengku Umairah sudah merajuk tidak mahu makan terasa sakit hatinya dengan kata-kata Amsya. Amsya tersengih dia tahu Tengku Umairah perlu dipujuk.

“Mari abang suap. Janganlah macam ni, senyum sikit. Masam macam ni tak cantiklah, orang cantik macam sayang kena senyum, cepat.” Pujukan Amsya membuatkan hati Tengku Umairah cair, dia tersenyum manis lalu memeluk Amsya kepalanya disandarkan dibahu Amsya. Amsya meletakkan tangannya diatas bahu Tengku Umairah membalas pelukkan itu. Teringat dia pada isterinya Alia Nasuha. Bisik hatinya “Aku sayang kau Mairah tapi aku cintakan isteri aku.” Mahu saja dia menitiskan airmatanya disitu tapi ditahannya.

Malam itu Alia berehat sambil menonton television bersama Puan Anis. Kemanjaan dan mesranya semakin terserlah apabila Alia tidur di atas peha Puan Anis, manakala Puan Anis mengusap-usap rambut Alia dengan manja.

“Ummi, nak Lia urut ummi malam ni? Baju ummi sudah kemas untuk bawa lusa?” Tanya Alia

“Belum lagi. boleh juga nak urut, ummi rasa lengah pinggang sakit belakang. Baju esok ummi kemaskan. Lia sudah siap?” Balas Puan Anis memandang Alia di ribanya.

“Belum, petang esok Lia nak balik Putrajaya sekejap ambil baju. Ummi bila temujanji dengan doktor?” Tanya Alia apabila tiba-tiba dia teringat umminya belum lagi berjumpa doktor. Alia bangun dari riba Puan Anis dia mengambil minyak angin

“Eh…ummi lupalah, nanti ummi tengok.” Kata Puan Anis. Alia mengurut badan Puan Anis perlahan-lahan.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering cepat-cepat dia mengambil handphone atas meja. Tersenyum manis Alia apabila melihat skrin telefonnya pangilan daripada tok wannya.

“Hello, assalamualaikum tok wan, apa khabar?” Salam diberi Alia berbalas dari tok wannya.

“Alhamdulilah tok wan dan aki sihat. Lia buat apa tu? Ummi sihat ke?”

“Sihat ada disebelah ni. Tok wan telefon ni rindu Lia ke atau ada apa-apa?” Soalnya bermanja dengan tok wan.

“Eh, budak ni macam tahu-tahu jea. Ni tok wan nak bagitahu Faris, katanya nak pergi jumpa Lia nak minta kerja. Bagilah apa-apa kerja pada dia sesuai dengan kelulusan dia. Faris pun ada diploma.” Terang Tok wan sebab dia menghubungi Alia.

“Bila wan? Minggu ni Lia tak ada. Lia kena pergi Johor hari selasa.” Soal Alia dan memberi alasan tidak senang hati mendengar permintaan Tok wan dan kedatangan Faris nanti. Hatinya sudah berdebar dan berdegup kuat, kusut fikirannya.

“Katanya seminggu dua lagi. Hati-hati sikit pergi Johor, nanti kirim salam pada Ummi Anis. Jaga diri sayang. Assalamualaikum.” Balas Tok wan mengakhiri perbualan. Terdiam sejenak Alia tebayang wajah Faris dalam kotak fikirannya kini merusingkan dia.

“Kenapa Lia?” Tanya Puan Anis apabila melihat wajah Alia berubah. Alia cepat-cepat lupakan apa yang ada dalam kepalanya apabila Puan Anis menegurnya.

“Tak ada apa. Tok wan kirim salam.” Jawabnya dengan mesra menutup kebimbangan hatinya kini.

“Ummi, Lia naik dulu.” Pintanya. Puan Anis mengangguk.

Alia bangun untuk ke bilik, fikirannya melayan sambil berjalan difikirnya “Apa lagi Faris nak dari aku. Aku ingatkan lepas kahwin dia tidak akan kacau aku lagi. Tapi sekarang mahu minta kerja dengan aku pula. Apa rancangan dia ni.”

Sampai sahaja dalam bilik umminya termenung dia memikirkan permintaan tok wannya. Apa kata tak wan dan aki kalau dia tolak dan tidak bantu Faris. Sekarang dia serba salah, teringat akan perbuatan Faris padanya sudah dua kali Faris cuba memperkosanya. Dia memang tidak percayakan Faris. Hatinya semakin berdebar dan sebak.

“Ya Allah, tolong selamatkanlah aku.” Pohonnya pada yang Esa airmata mengalir tanpa disedari.

Amsya termenung dikatilnya selepas selesai mandi dan bersolat isyak. Teringat dia pada gambar perkahwinan yang diambil dari Roza tadi. Dia mencapai paper bag berisi gambar lalu mengeluarkannya. Satu-persatu gambar itu ditengoknya berkerut dahi tidak percaya apa yang dilihat semuanya gambar dia dengan Shasha, hanya beberapa keping sahaja gambarnya bersama Alia itupun gambar dia bertiga dengan Shasha. Panas hati Amsya. Dia menghubungi Roza.

Panggilannya dijawab.

“Hello, sayangku Amsya. Ada apa telefon malam-malam ni nak jahit baju ke? Atau nak ajak minum ?” jawab Roza dengan suara pondannya.

“Jahit baju ke, ajak minum ke…Tidak. Sayangku Roza, ini saya nak tanya mana lagi gambar kahwin saya. Takkan ini saja? Ini pun gambar saya dengan Shasha.” Tanya Amsya marah.

“Itu jea yang ditinggal oleh Alia untuk awak, yang lain semua dia ambil.” Balas Roza dengan lemah lembut.

“Aduh!...kenapa awak bagi dia? Kenapa tak telefon saya dulu?” Soal Amsya marah.

“Takkan isteri mari ambil saya kena tanya awak, wahai adik Amsyaku sayang.”Balas Roza.

“Okey, takpe Roza terima kasih banyak. Sorry menganggu awak malam-malam ini. Bye.” Amsya memutuskan perbualan, mengeluh dia dengan sikap Alia geram dan marah pun ada.

Komen Amsya sendirian. “Hai si cilik ni memanglah sengaja nak buat aku marah dan benci dia. Ada saja idea dia untuk kena dan jauhkan diri dari aku. Nanti kau Lia lepas ni aku kenakan kau pulak.”

Amsya masih tidak puashati dia mencapai telefon bimbitnya ditepi peha lalu menghubungi Alia. Talian bersambung.

Ring tone telefon bimbit Alia berkumandang lagu nyanyian Yuna ‘bulan ditutup awan’. Terkejut dia dari lamunan memikirkan Faris yang akan datang berjumpanya. Dengan suara yang sedikit serak dan sayu Alia menjawab panggilan suaminya.

“Hello, En.Amsya ada apa?” Amsya terdiam seketika apabila mendengar suara Alia lain dan tidak bermaya sedih bunyi suara itu.

“Lia, kenapa ni? Lia ada di mana?” Soalnya hilang rasa marah dan geramnya tadi pada Alia.

“Ada di rumahlah. Kenapa? awak nak apa?” Balas Alia anginnya kurang baik.

“Kenapa Lia menangis? Ada masalah?” Tanya Amsya prihatin dan risau dia pada Alia kenapa suara Alia seperti menangis.

Semakin sebak hati Alia apabila ditanya begitu, tanpa diduga tiba-tiba saja Alia naik angin.

“En.Amsya, saya nak menangis ke, ada masalah ke, saya nak mati ke tak ada kena-mengena dengan awak faham, jangan pedulikan hal saya.” Jawab Alia dengan marah dan geram talian terus diputuskan sebak hati airmatanya mengalir keluar, dia menangis sekuat hati. Amat terkejut Amsya dengan kata-kata Alia berkerut kening dia. Tidak faham dengan sikap Alia. Namun begitu dia tidak sedap hati sekali ini dia menghubungi umminya Puan Anis.

Puan Anis menjawab pangilan dari anak kesayangannya dengan salam berbalas.

“Ummi buat apa tu?” soal si anak memancing si ibu untuk mengetahui umminya di mana.

“Kat bawah tengok TV ni, kenapa? nak cakap dengan Lia?” tersenyum Puan Anis bertanya.

“Lia tak teman ummi tengok TV ke?. Am Rindu ummilah. Kenapa tidak tidur lagi? ummi sudah berkemas nak ke Johor?”

“Ummi pergi lusa, esok ummi kemaslah. Ini mesti ada apa-apa ni, kenapa? rindu ummi ke? Rindu Lia?” Tanya Puan Anis macam ada sesuatu yang ingin Amsya nyatakan padanya.

“Mestilah Am rindu isteri Am. Am sudah bercakap dengan dia. Ummi, nanti kalau pergi Johor, ummi tolong tengok Lia, risaulah Am.” Bagitahu Amsya tentang hatinya yang risau pasal Alia.

“Kenapa ni? Insyaallah selamat. Am jangan fikir bukan-bukan. Tak baik itu satu doa tau.” Nasihat Puan Anis.

“Okeylah ummi, jaga diri tau. Assalamualaikum.” Amsya mengakhiri perbualan, Puan Anis tersenyum sambil mengeleng kepala.

Tangisan Alia semakin reda, rasa bersalah pada suaminya apabila mengingati kata-katanya tadi. Dia menghubungi Amsya. Tersenyum lebar Amsya apabila Alia menghubunginya kembali dia menarik nafas panjang, bersedia dengan apa yang akan dikatakan oleh Alia nanti.

“Hello” Jawab Amsya. Dengan suara yang kesal dan sebak Alia menjawab

“En.Amsya, Lia nak minta maaf, tak terniat pun Lia nak sakitkan hati awak.Tolong maafkan Lia, tolong jangan ambil hati. Nanti Lia berdosa dengan awak. Awak marah Lia tak?” Keluar airmata Alia menjelaskan kekesalan dan kesalahannya. Sekali lagi Amsya menarik nafas panjang.

“Sayang, abang tidak ambil hati pun. Abang maafkan, Lia tidak salah. Mungkin abang telefon tidak kena masa. Dahlah jangan menangis, abang tak marah sayang. Kalau ada masalah bawa bertenang. Takpun Lia ambil air sembahyang, solat hajat minta pertolongan Allah. Mengadu padaNya. Lia boleh berkongsi dengan abang kalau sudi.” Nasihat dan Pujuk Amsya pada isteri tercinta. Kini dia tahu Alia ada masalah.

“Terima kasih.” Balas Alia perlahan sebak suaranya.

“Sama-sama. Sudah jangan menangis lap airmata tu. Sayang pergi solat lepas tu tidur ya, jangan fikir apa-apa tau. Nanti abang telefon lagi. Bye sweet dream. Assalamualaikum.” Amsya mengakhiri perbualannya. Alia menarik nafas lega dan tersenyum mendengar pujukkan dari seorang lelaki yang tidak dikenalinya sebelum ini yang telah menjadi suaminya. Dia mengelap airmata.

Termunung Amsya seketika memikirkan tentang Alia bisik hatinya “Apa masalah Alia, aku mesti cari jawapan itu.”

Pagi itu Alia terlewat bangun semalaman dia memikirkan cara untuk melepaskan dirinya dari cengkaman dan tindak tanduk Faris padanya. Walaupun semalam dia sudah membuat solat hajat tapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang bermain dan berlegar dalam fikirannya tentang Faris. Dia bangun melihat Puan Anis tidak ada disebelahnya, dia tahu umminya sedang mandi. Dilihat jam diskrin telefon bimbitnya 6.35pagi. Puan Anis keluar dari bilik air cepat-cepat Alia Nasuha mencapai tuala untuk mandi.

Puan Anis selesai solat subuh pada pagi itu dia teringat akan temujanjinya dengan doktor, dia mengambil bag tangannya lalu mengeluarkan kad temujanjinya. Tersenyum dan mengeleng kepala apabila dia tengok tarikh temujanjinya pada hari itu, dia bersiap untuk ke hospital Putrajaya. Puan Anis memandang Alia yang baru sudah mandi dan sedang memakai kain sembahyang.

“Lia, hari ini temujanji ummi dengan doktor. Hampir-hampir ummi lupa.”

“Pukul berapa temujanji?”tanya Alia sambil mengikat kain sarung sembahyang.

“Pukuk 9.00pagi.” Jawab Puan Anis.

“Ummi siap, kita pergi sama-sama. Kita makan kat luar ya.” Katanya sebelum sempat umminya bersuara Alia sudah bersedia mengangkat takbir.

Pagi itu Alia bersama ibu mertuanya keluar walaupun Alia perlu ke pejabat namun rasa tangungjawabnya dia akan menemani Puan Anis ke hospital. Sebelum ke hospital mereka terlebih dahulu singgah di kedai makan untuk sarapan pagi itu. Selepas itu dia menghantar dan menemani Puan Anis ke hospital.

Syafikah yang asyik membuat kerja-kerjanya, tiba-tiba Halida datang menegurnya. Sambil matanya menjenguk bilik Alia.

“Syaf, bos sudah masuk ke?” Soal Halida.

“Belum lagi, kenapa? Balas Syafikah sambil menoleh jam tangannya sudah pukul 10.00pagi Alia belum masuk.

“Bos Lia ke mana? Esok kau dan bos bertolak pukul berapa?” Tanya Halida lagi.

“Aku pun tidak tahu bos pergi mana. Jarang dia lewat datang kerja. Mungkin ada hal tu. Aku dan Lia bertolak tengah hari. Pagi datang kerja dulu. Kau pula bertolak masa mana?” Soal Syafikah.

“Aku bertolak pagi, esokkan aku cuti. Lusa kita jumpa di hotel Desaru. Kau bermalam disanakan?” Balas Halida.

“Lida aku tidak biasa Johor ni, Jauh ke hotel Desaru?.” Tanya Syafikah.

“Dalam tiga, empat jam sampailah. Kalau kau bawa slow mungkin lima jam. Tak apa nanti kau sampai mana-mana tak tahu jalan kau telefon aku. Okey.” Balas Halida. Sambil mereka berbincang telefon dimeja Syafikah berdering. Halida beredar dari situ.

“Hello, Mas.” Jawab Syafikah pada penyambut tetamu.

“Syaf, Inspektor Azlan line dua nak bercakap dengan Alia. Aku sudah bagitahu Lia belum masuk. Tapi dia nak buat oppointment.”

“Okey, aku jawab.” Balas Syafikah. Dia menekan butang nombor dua.

“Hello.” Terdengar balas dari Insekptor Azlan dari ceruk telefonnya.

“Saya Inspektor Azlan, ini PA Cik Alia ke?” Soal Inspektor Azlan.

“Iya saya, boleh saya bantu Inspektor?” balas Syafikah.

“Boleh saya buat temujanji dengan Cik Alia hari ini atau esok?” Tanya Inspektor Azlan lagi.

“Maaf, hari ini saya tidak pasti Cik Alia masuk pukul berapa. Tapi tengah hari ini dia memang sibuk. Esok pula Cik Alia akan ke Johor Baharu tiga hari, minggu ini Cik Alia sibuk. Kalau ada hal penting boleh Inspektor tinggalkan nombor telefon nanti saya bagitahu Cik Alia.” Balas Syafikah. Inspektor Azlan memberi nombor telefonnya pada Syafikah. Selepas itu Syafikah menghubungi Alia Nasuha talian berdering.

Alia dan Puan Anis masih lagi menunggu gilirannya dipanggil. Tiba-tiba line telefonnya masuk Alia cepat-cepat menjawab pangilan dari PAnya.

“Hello Syaf, ada apa?” Soalnya.

“Maaf Lia aku menganggu, kau ada dimana? Kau masuk office tak hari ini?” Tanya Syafikah.

“Aku ada dihospital, teman ummi kejap. Lepas ini aku masuklah. Kenapa?” Puan Anis menoleh pada Alia yang sedang berbual dengan telefon bimbitnya.

“Inspektor Azlan ada telefon nak buat oppointment jumpa kau tapi aku bagitahu kau sibuk minggu ini. Aku ada ambil nombor telefon dia kalau kau ada ruang untuk jumpa dia. Mungkin ada hal penting.” Bagitahu Syafikah. Alia teringat janjinya dengan Inspektor Azlan yang mahu membuat soal siasatan dan mengambil keterangan dirumahnya. Dia membalas pandang pada umminya, dia menekup speaker telefonnya.

“Ummi, tunggu kejap, Lia ada hal penting nak bercakap dengan Syafikah.” Pintanya beredar dari sisi umminya. Puan Anis mengangguk. Alia terus bangun menyambung perbualan dengan Syafikah.

“Syaf, aku baru teringat, Inspektor Azlan ada bagitahu nak ke rumah aku di Puchong. Kau bagi nombor dia pada aku. Nanti aku sendiri hubungi dia.”Kata Alia, kemudian memutuskan taliannya. Syafikah menghantar nombor telefon Inspektor Azlan melalui peti pesanan ringkas.

Lepas sahaja Alia memutuskan perbualan dengan Syafikah. Telefon bimbitya dihubungi oleh Amsya. Sambil berjalan menuju ke umminya dia menjawab pangilan dari Amsya.

“Hello” Jawabnya, tersengih lebar si pemanggil apabila pangilannya dijawab.

“Hello, sayang kat mana?” Soal Amsya.

“Tak payah bersayanglah En.Amsya. Lia ada dihospital ni.” Jawabnya marah.

“Wow…garangnya. Kenapa?” Tanya Amsya. Alia duduk dikerusi sebelah umminya.

“Teman ummi, nak cakap dengan ummi ke?” Soal Alia suaranya dikuatkan sedikit apabila berada disebelah umminya. Puan Anis tahu Alia sedang berbual dengan Amsya.

“Tak apalah, abang nak dengar suara orang di sana, ceria ke tak hari ini. Manalah tahu kut masih menangis lagi pagi ini.” Sindir Amsya.

“Sindir Lia lah tu. Lia okeylah. Cuma rindu orang di sana.” sengaja Alia bermanis depan umminya.

“Alah…beraninya cakap macamtu, depan ummi kan?” Balas Amsya.

“Hahh…tahu takpe. Kalau tak mahu cakap dengan ummi tak apalah, nombor giliran ummi sudah nak panggil, nanti kita cakap lain kali. Bye.” Tersengih Alia pada umminya selepas memutuskan talian Amsya.

“Abang nak apa?” tanya Puan Anis.

“Sajalah ummi, tanya khabar.” Jawab Alia. Setengah jam selepas itu mereka siap, Alia menghantar umminya ke rumah. Kemudian menghala ke pejabatnya sambil memandu Alia teringat akan Inspektor Azlan, dia menghubunginya.

“Hello, siapa ni?” Jawab Inspektor Azlan

“Hello, Inspektor saya Alia Nasuha Mohd Helmi. Inspektor ada hubungi saya tadi maaf saya ada kerja luar. Apa boleh saya bantu?” Balas Alia.

“Ya, Cik Alia, saya sebenarnya nak jumpa Cik Alia nak ke rumah arwah En.Helmi untuk teruskan siasatan. Kalau boleh saya nak pergi esok tapi kata PA cik Alia nak ke Johor esok.” Kata Inspektor Azlan.

“Tidak mengapa, Inspektor boleh ke sana bila-bila masa, nanti saya bagitahu Pak Majid. Saya nak kes ini selesai dengan cepat.” Pinta Alia.

“Baiklah kalau cik Alia sudah kata begitu, esok saya akan ke sana. Terima kasih cik Alia kerana memberi kerjasama.”

“Sama-sama.” Balas Alia. Dia terus memecut keretanya ke pejabat tengah hari itu. Kerja-kerja penting untuk minggu ini perlu disiapkannya sebelum dia bertolak ke Johor esok.

Sedang Alia Nasuha membuat kerjanya di teringat untuk menghubungi Pak Majid memberitahu kedatangan Inspektor Azlan ke rumahnya esok.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku