Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 43
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8021

Bacaan






Danial Amsya keluar dari bilik pejabatnya petang itu, dia menuju ke meja Irfan menunggu Irfan yang sedang berkemas mereka berjanji untuk pergi makan bersama pada petang itu.

“Okey Am jom.” Ajak Irfan setelah bersiap mengemas mejanya. Mereka sama-sama melangkah meninggalkan pejabat sambil menunggu pintu lif dibuka mereka terserempak dengan Tengku Umairah yang baru keluar dari lif. Tengku Umairah terus memaut lengan Amsya kemudian masuk semula ke dalam lif bersama-sama mereka semula. Orang ramai dalam lif membuatkan mereka membisu. Sampai di tingkat bawah mereka semua keluar.

“Mairah nak ke mana ni? Tanya Amsya. Irfan hanya tersengih pada Amya sambil mengeleng kepala.

“Mairah nak keluar dengan abang. Hari ini Mairah tak makan tunggu abang. Jomlah kita pergi makan.” Ajak Tengku Umairah dengan manja dan mengoda.

“Abang janji dengan Irfan ni, Mairah tak kisah ke?” Tanya Amsya mengharapkan Tengku Umiarah tidak selesa dengan adanya Irfan tapi meleset sangkaannya.

“Nak kisah apa, selalu ada. Cepatlah bang, Mairah lapar ni.” Desak Tengku Umairah menarik tangan Amsya.

“Nantilah dulu, Mairah nak pergi makan mana? Soal Amsya memandang Tengku Umairah bersahaja kemudian berpaling pada Irfan.

“Tak kisahlah mana-mana pun.” Jawab tengku Umairah.

“Okey tapi janji lepas makan Mairah kena balik. Abang ada hal dengan Irfan.” Tegas Amsya. Tengku Umairah diam tertunduk mukanya masam, merajuk tapi dia tetap mengangguknya. Dia tidak puashati Amsya sudah banyak berubah. Dia nekad untuk menyiasat apa yang terjadi pada Amsya sebenarnya sehingga Amsya sekarang tidak seperti dulu.

Petang itu Alia pulang ke rumahnya di Putrajaya. Sampai sahaja Alia terus ke biliknya mengambil beberapa helai baju untuk dibawa ke Johor esok sedang dia mengemas pakaiannya. Syafikah masuk ke biliknya duduk atas katil. Syafikah memerhati Alia yang sedang memasukkan bajunya dalam bag pakaian.

“Lia, apa kes malam baru ni? Aku tengok bukan main lagi en.Amsya pegang dan peluk kau.” Tanya Syafikah. Alia tergelak dibuat-buat.

“Ha…ha…ha…Aku stresslah dengan En.Amsya tu, asyik nak peluk aku je. Kalau depan umminya lagilah. Kau tahu tak? Aku ikut rancangan kau, aku bagitahu dia depan ummi yang aku ni malas dan tak tahu masak supaya dia menyampak dengan aku. Nak suruh dia percepatkan rancangan dia nak kahwin dengan kekasih dia. Tapi kau tahu apa dia jawab depan ummi?” Tanya Alia menerangkan sikap Amsya terhadapnya.

“Apa dia cakap?” Tanya Syafikah kehairanan. Alia yang baru siap berkemas duduk disebelah Syafikah.

“Dia bagitahu yang dia memang suka kahwin dengan perempuan malas dan tidak tahu masak, katanya semua kerja tu tukang gaji buat, jadi isteri banyak masa untuk layan suami. Banyak perkaralah berlaku Syaf…Hah…ini satu lagi, tentang Izwan, dia doktorkan?” Syafikah mengangguk.

“Dia telefon aku nak jumpa, dah dua kali aku cancel. Dan sekarang Amsya tidak bagi aku jumpa dia. Kau ada bagitahu Izwan siapa aku?” Bagitahu Alia pada Syafikah.

“Aku bagitahu kau kerja satu office dengan aku. En.Amsya tahu ke pasal Izwan?.” Tanya Syafikah sedikit terkejut.

“Iyalah aku bagitahu Amsya, minta izin dia aku nak keluar. Memanglah pada mulanya dia bagi aku keluar tapi aku tidak jadi keluar. Peninglah aku Syaf, dia asyik nak goda akulah.” Terang Alia.

“Dia suka kau.” Kata Syafikah. Alia memandang Syafikah dengan tajam.

“Eleh…setakat dia suka aku. Aku pun suka dia tapi tidaklah sampai jatuh cinta. Lagi pun aku belum kenal Amsya tu lagi. Sekarang ni aku tengah duk usaha satukan dia dengan kekasihnya. Itu janji dan permintaan dia, takkan kau tidak tahu. Sekarang tanggangjawab aku untuk yakinkan ummi dia. Lagipun dia setia dengan kekasih dia. Aku kena cari calon suami sekarang ni, kau kena tolong aku Syaf.” Jelas Alia panjang lebar.

Mereka terdiam seketika, Syafikah merenung Alia dalam-dalam tangan Alia dipegang.

“Maafkan aku Lia, aku sudah menyusahkan hidup kau. Tapi aku tidak mahu kau jadi mangsa Faris.” Kata Syafikah simpati. Tiba-tiba Alia teringat tentang Faris.

“Syaf, tok wan ada telefon aku semalam, katanya Faris nak datang jumpa aku minta kerja dan tok wan pula suruh aku bagi kerja pada Faris. Macam mana ni? Kau boleh bantu aku tak? Kau ada idea?” Bagitahu Alia. Syafikah sedikit terkejut terdiam seketika…

“Nanti kita fikir sama-sama, kita tidak boleh tolak dia bulat-bulat macamtu nanti dia sakit hati dan akan bertindak agresif. Mungkin dia ada rancangan, kita kena hati-hati. Aku takut dia nak balas dendam dengan kau. Kau tolak dia. Alia kau suka Izwan tak?” Balas Syafikah dengan nasihat.

“Aku belum kenal lagilah Izwan, baru sekali jumpa dia itu secara kebetulan. Kau kenal dia sudah lama, macam mana orangnya? Tanya Alia cuba mengenal Izwan melalui Syafikah.

“Izwan baik, walaupun dia handsome, kacak tapi dia bukan playboy. Ramai perempuan cuba dekat dan pikat dia maklumlah anak orang kaya, anak Dato’ lagi. Izwan ni bukan layan sangat perempuan pemilih orangnya.”

“Dia tak ada kekasih ke sekarang?” tanya Alia.

“Tidak tahu pula aku. Kau nak cuba bercinta dengan dia ke?” Soal Syafikah.

“Aku nak kawan dulu. Tapi Syaf bukan senang nak cari calon suami apatah lagi dengan status aku lepas ni janda. Takpe lah Syaf…aku balik dulu.” Kata Alia. Mereka bersalaman Alia terus turun dan bergerak balik ke rumah Puan Anis.

Amsya, Tengku Umairah dan Irfan sudah selesai makan pada petang itu. Tengku Umairah sebagaimana yang dijanjikan telah meninggalkan mereka berdua selepas makan. Irfan merenung Amsya dengan seribu pertanyaan nampak jelas wajah Amsya berserabuk dari tadi tidak banyak bercakap.

“Am, kau kenapa? aku tengok tak bermaya je, bad mood. Apa masalah kau?” Tanya Irfan risau tengok Amsya banyak berdiam diri dari tadi. Amsya tengok pada Irfan dengan keluh resah.

“Tidak tahulah, aku risau tentang Alia. Aku tidak sedap hati nak lepaskan dia pergi Johor esok.” Kata Amsya.

“Laaa, itu yang kau risaukan. Buat apa dia ke Johor? Yang kau risau sangat kenapa?”

“Entahlah, aku rindu sangatlah pada dia. Dia ke Johor katanya ada kerja, dia bawa ummi sekali.”

“Kau risau Alia ke? Risau ummi kau?” Serkap Irfan

“Dua-dualah. Ini satu lagi aku risau tentang Umairah. Macam mana aku nak lari dari Tengku Umairah.” Kata Amsya keluh resah dia memikirnya.

“Kau cuba terus terang dengan Tengku Umairah. Kau cakap ajer jodoh kau dengan dia tidak ada.” Nasihat dan cadang Irfan.

“Tidak boleh Fan, masih terlalu awal. Sekarang ni aku baru jer kahwin dan nak kenal Alia. Belum sempat nak bercinta lagi, kalau Umairah pergi cari Alia serang dia macam mana? Haru-biru aku.” Jelas Amsya.

“Habis tu, kau bagi masa lah semua ni.” Nasihat Irfan lagi.

“Maknanya aku kena layan lagilah si Umairah tu. Aduh…tension aku. Tadi pun mujur kau ada, kalau tak habislah aku petang ni.” Kata Amsya.

“Kenapa pula?” tanya Irfan hairan.

“Iyalah, awal bulan kita baru dapat gaji, shoopinglah dia apa lagi. Sekarang ni aku tidak bolehlah keluarkan duit untuk dia.” Amsya mengeleng dan memegang kepalanya.

“So, Alia macam mana, ada dia layan kau?” Tanya Irfan membuatkan Amsya tergelak sendirian geli hatinya mengingati sikap dan kerenah Alia.

“Kau kenapa gelak sorang-sorang, ceritalah kat aku boleh aku tumpang gelak sekaki.” Balas Irfan melihat Amsya masih tergelak.

“Entahlah, aku nak cerita pun susah. Tak payahlah kau tahu. Yang penting sekarang aku memang happy dengan dia walaupun dia tak layan dan selalu mengelak dari aku…hahahaha…” Kata Amsya sambil gelak-tawanya.

“Tak nak cerita sudah, jomlah balik.” Ajak Irfan. Mereka berdua bergerak pulang ke rumah masing-masing.

Malam itu, Alia dan Puan Anis sedang mengemas pakaian yang hendak dibawanya esok.

“Ummi, ubat bawa tak?” Tanya Alia prihatin dengan penyakit ibu mertuanya.

“Ummi tidak ambil lagi, nanti esok Lia tolong ingatkan ummi boleh.” Pesan umminya. Alia tersenyum dan mengangguk.

“Pergilah ummi tidur dulu. Lia nak buat kerja sikit.” Kata Alia sambil mengeluarkan laptopnya dari bag laptop.

“Ummi belum mengantuk lagi. Ummi nak tengok tv dulu. Marilah teman ummi, bawa laptop tu sekali.” Ajak Puan Anis sambil memegang tangan Alia.

“Okeylah, jom.” Balas Alia bangun dan sama-sama ke tingkat bawah.

Puan Anis membuka television manakala Alia meletakkan laptop dan telefon bimbitnya di atas meja kemudian ke dapur membuat dua cawan air holick. Selepas itu kembali semula ke ruang tamu. Dia memberi air pada umminya, kemudian membuka laptopnya. Dia membuka emailnya sebelum membuat kerja-kerja yang lain. Terpapar email Hairi dari Egypt, Alia terus membukanya tersenyum manis terubat rindunya pada abang Hairi sudah lama dia tidak beremail dengan abangnya itu.

Alia membaca email yang diterima “Assalamualaikum, Hai sayangku…abang rindu pada Lia, Lia tidak rindu abang ke? Sibuk sangat ke layan suami sampai lupa abang? Kenapa tidak bagitahu sendiri Lia sudah kahwin. Abang tahu pun mak bagitahu…sampai hati ya lupa abang.”

Terkejut Alia membaca email Hairi, dia menekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. Satu suara terkeluar dari mulutnya dengan perlahan, sambil tangannya masih menekup mulut. Nak menangis pun ada rasanya.

“Heeeee…huuuu…” Dia terus membalas massage itu…

“Hai, abang…wasalaikumussalam. Abang apa khabar?...sorry Lia bukan taknak bagitahu abang, Cuma nak buat surprise…tapi abang sudah tahu nak buat macam mana, tak sempat nak berpakat dengan mak abang…hihihihi…tapi tolong ya abang jangan bagitahu abang Zafrul yang Lia sudah kahwin.”

Alia berhenti disitu sekejap. Dia membuka laman Microsoft word untuk membuat kerja-kerjanya. Sambil dia membuat kerja dia menerima email berbalas dari Hairi, lalu dibukanya.

“Hai sayang, abang dah baca email sayang. Kenapa Zafrul tidak tahu ke Lia sudah kahwin? Apa sudah terjadi sebenarnya?” Email diterima dari Hairi. Alia membalasnya.

“Panjang ceritanya bang nanti Lia bagitahu lain kali. Lia memang tidak bagitahu semua kawan-kawan papa termasuk abang Hairi yang Lia sudah kahwin.” Send

“Lia kahwin dengan siapa? Postkan gambar abang nak kenal. Bila Lia bercinta dengan dia? Sekarang Lia ada di mana? Suami Lia ada bersama?” Email diterima Alia. Banyak soalan dari abang Hairinya.

“Nama suami Lia Danial Amsya bin Zulkarnain, dia engineer oil & gas. Kami tidak pernah bercinta dan tidak mencintai antara satu sama lain. Sekarang Lia tinggal dengan ibu mertua Lia di Bangi. Suami Lia tinggal di Damansara.” Alia membalas email.

“Kalau kamu berdua tidak bercinta kenapa kahwin atau nak bercinta selepas kahwin? Macam mana layanan keluarga dia pada adik abang? Zafrul tahu tak Lia cinta dia?” Sekali lagi massage diterima.

“Itulah Lia bagitahu panjang ceritanya. Amsya sudah ada kekasih dan akan kahwin. Puan Anis, ibu mertua Lia, ummi memang sayang Lia. Zafrul tak tahu Lia cintakan dia.”Balas Alia.

Sedang Alia sedang asyik berchatting dengan Hairi, telefonnya berdering. Dia melihat skrin panggilan dari Amsya. Dia menjawabnya. “Hello” sambil membaca email Hairi.

“Astarofiruallah alazim. Apa dah jadi pada adik abang ni?” Tanya Hairi melalui emailnya. Alia membalas. Sambil berbual dengan Amsya.

“Hai, sayang buat apa?” tanya Amsya. Alia membalasnya dengan perlahan sambil tangannya menekup telefon bimbitnya tidak mahu didengar oleh Puan Anis.

“Berchatting” Sambil menulis email abang Hairinya.

“Abang nanti kita berbual lagi, suami Lia telefonlah…apa-apa pun abang jangan risau, tumpukan perhatian pada pelajaran abang. Okey bye.” Email dihantar mengakhiri pesanan.

“Berchatting dengan siapa?” Tanya Amsya.

“Orang tersayang.” Jawab Alia bersahaja. Umminya sedang mendengar perbualan Alia dan Amsya.

“Hoi! orang disini tak sayang ke?” Balas Amsya.

“Sayang juga tapi yang kesepuluh.” Jawab Alia

“Habis tu yang berchatting, sayang yang ke berapa?” Tanya Amsya nadanya cemburu. Alia bangun menuju ke dapur tidak mahu umminya dengar perbualan mereka.

“Itu tak perlu tahu, kenapa telefon ni? Baru balik jumpa kekasih ke? Dah bincang dengan dia, bila nak kahwin?” Tanya Alia. Amsya mengeluh kecil bisik hatinya. “Hi, Lia tahu jer aku keluar dengan Umairah.”

“Mana tahu abang keluar dengan kekasih?” Tanya Amsya menguji.

“Instinct Lia kuat tahu, Lia tahu apa awak buat.” Balas Alia mengertak Amsya.

Getus hati Amsya. “Instinct konon…kalau kuat sangat instinct tu kenapa tak tahu aku cinta kau Lia. Kalau kata bodohkan marah.”

“Esok bertolak pukul berapa? Semua sudah siap, ummi macam mana?” Tanya Amsya cuba lari dari Alia terus bertanya tentang kekasihnya.

“Tengah hari, semua sudah siap.” Jawab Alia sambil menuju ke ruang tamu.

“Ummi ada?

“Ada, nak cakap dengan ummi?”

“Yap…bagi telefon pada ummi.” Pinta Amsya. Alia menyerahkan telefon bimbitnya pada Puan Anis. Handphonenya berbalas tangan.

“Hello.” Jawab Puan Anis, sejerus mengambil telefon dari Alia.

“Hello ummi. Sihat ke?” Tanya Amsya. Sedikit mengeluh, Puan Anis mendengar keluhan dari anaknya.

“Sihat, kenapa ni pelik je bunyinya? Balas si ibu, Alia disebelah memandang umminya berkerut dahi.

“Ummi, tolong Am tengok-tengokkan Alia, Am rasa tidak sedap hatilah nak lepaskan Lia pergi Johor.” Rungut Amsya hatinya risau.

“Am jangan fikir yang bukan-bukan¸doakan yang baik-baik. Pergilah rehat ummi dan Lia pun nak tidur dulu. Assalamualaikum.” Pujuk Puan Anis sebelum memutuskan perbualan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku