Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 44
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6819

Bacaan






Jarum jam telah menunjukkan angka sebelas pagi, Alia masih lagi sibuk menyian cek yang ada diatas mejanya. Hari ini dia akan ke Johor Baharu janjinya dengan Puan Anis, dia akan balik kerja pukul 12.00 tengah hari. Awal pagi tadi Alia turun dari rumah Puan Anis ke rumahnya diPutrajaya mengambil Syafikah dan menukar keretanya kerana sebelum ini dia banyak menggunakan kereta Myvi milik Syafikah.

Pintu biliknya diketuk, tuk…tuk…tuk… “Masuk” laung Alia dari dalam. Syafikah masuk ke biliknya membawa profile syarikat yang diminta oleh Alia pagi tadi.

“Lia, ini profile syarikat yang kau minta.” Kata Syafikah sambil menghulurkannya pada Alia. Alia mengambilnya dan membelek-belek profile itu. Dia mengangguk-angguk.

“Bagus, ini profile terbarukan? Kau sudah masuk semua projek?” Soalnya sebagai seorang majikan yang amat mementingkan kesempurnaan dalam semua kerja.

“Ya, ada apa-apa lagi untuk dibawa Lia?” Tanya Syafikah.

“Tolong bawa camera digital, kau sudah siap semua kerja?” Tanya Alia sambil menoleh jam tangan Dunhillnya. Syafikah mengangguk.

“Kita boleh gerak sekarang. Tolong bagi cek pada kak Zura.” Arah Alia, sambil menghulurkan file yang mengandungi cek yang telah dia sain. Syafikah mengambilnya dan beredar dari bilik bosnya. Alia mengemas fail di atas meja kemudian dia keluar untuk pulang mengambil umminya. Syafikah mengekorinya dari belakang. Sampai sahaja diparking dia menyerahkan kunci keretanya pada Syafikah.

“Syaf, kau bawa dulu kita pergi ambil ummi.” Arahnya. Dia masuk kedalam perut kereta telefon bimbitnya berdering. Alia mengeluarkan telefon bimbitnya dari handbag dilihat skrin panggilan dari Zafrul. Dia berdiam diri seketika kemudian berpaling pada Syafikah disebelahnya. Syafikah membalas pandangan mengangkat kening isyarat bertanya.

“Zafrul. Ada apa-apa yang tak kena ke ditapak bina?” Tanya Alia, hatinya berdebar setiap kali Zafrul menghubunginya.

“Tak ada.” Jawab Syafikah sambil mengelengkan kepala. Alia menjawab pangilan dari Zafrul.

“Hello.”

“Hello, Lia apa khabar? Lia ada dimana?” Tanya Zafrul dengan suara mengoda.

“Sihat, Lia sekarang on the way ke Johor. Ada apa yang boleh Lia tolong?” Balas Alia teragak-agak.

“Oh, Lia tidak ada kat office. Takpe lah, ingat nak ajak Lia lunch. Rindu nak jumpa Lia. Ada perkara abang nak bincangkan dengan Lia. Berapa hari Lia ke Johor?” Tanya Zafrul sedikit kecewa. Semakin berdebar jantung Alia mendengar kata-kata Zafrul.

“Maaf bang, Lia pergi tiga hari. Kenapa abang nak jumpa Lia?”

“Tak boleh ke abang nak jumpa Lia. Abang rindulah. Nanti Lia balik kita jumpa ya?” Pinta Zafrul merayu. Satu perkataan yang keluar dari mulut Alia.

“Insyaallah.” Taliannya terus berhenti disitu. Alia mengeluh panjang, matanya ditutup rapat. Teringat dia akan kata-kata Sara padanya “Boleh tak kau tidak keluar dan jumpa Zafrul. Kau ada hati dengan diakan? “ Bisik hati Alia lagi “Macam mana aku nak lupakan Zafrul. Kenapa dia masih dalam hati aku.” Mengalir airmatanya tanpa disedari. Syafikah disebelahnya terperasan dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Perlahan-lahan tangan Alia dipegang.

“Lia, kau okey? Apa Zafrul nak?” Tanya Syafikah. Faham dengan perasaan Alia yang menyintai Zafrul. Mencurah-curah airmata Alia keluar membasahi pipinya.

“Zafrul nak jumpa aku, dia ajak aku lunch hari ini. Syaf macam mana aku nak lupakan dia kenapa aku cinta sangat pada dia, sedangkan dia tak pernah cinta aku dan sekarang Kak Sara bagi warning lagi pada aku jangan jumpa Zafrul.” Kata Alia. Tertelan liur Syafikah mendengar keluhan sahabatnya itu.

“Kalau kau nak lupa dia, kau kena buang dia dalam hati kau dan buka hati kau dan ruang untuk orang lain. Bagi peluang untuk diri kau Lia.” Nasihat syafikah.

“Bukan senang Syaf aku nak terima orang lain. Pada siapa aku nak bagi peluang?” Tanya Alia lagi.

“Bagi peluang pada Izwan atau Amsya.” Cadang Syafikah. Kereta yang dipandu Syafikah memasuki perkarangan rumah Puan Anis.

“Izwan, aku cuba tapi Amsya mungkin tidak, aku akan kecewa Syaf. Aku belum kenal Amsya, aku tahu dia baik. Tapi sekarang aku tengah usaha satukan dia dengan kekasihnya.” Kata Alia dengan sedih sambil membuka pintu kereta lalu keluar untuk memanggil umminya. Airmatanya dikesat.

Puan Anis keluar apabila mendengar kereta memasuki perkarangan rumahnya. Dengan senyum manis Puan Anis membuka pintu, Alia sudah berada didepan pintu, dia memberi salam dan dibalas oleh Puan Anis.

“Ummi sudah siap, mana bag?” Tanya Alia sambil bersalam tangan dengan umminya.

“Sudah, ini bag.” Balas Puan Anis memberi bag pada Alia. Mereka bergerak ke kereta Hyundai Sonata milik Alia.

Kereta dipandu Syafikah menuju ke lebuhraya utara selatan. Puan Anis memerhati sekeliling ruang dalam kereta Hyundai Sonata yang dinaikinya.

“Cantiknya kereta Syafikah, patutlah Lia suka sangat. Syafikah tak apa ke bagi Alia selalu bawa kereta?” Tanya Puan Anis. Alia dan Syafikah berpandangan.

“Tak apa aunti, Lia ni cermat orangnya.” Bagitahu Syafikah.

“Tak apa lepas ini ummi nak suruh abang Amsya beli kereta macam ini pada Lia.” Kata Puan Anis.

“Ummiii…tak payahlah nanti menyusahkan abang Amsya pula.” Bantah Alia lembut sambil matanya melirik pada Syafikah. Syafikah hanya berdiam diri sekadar mendengar dua beranak itu berbual. Tiba-tiba telefon Alia berdering serba salah Alia untuk menjawabnya apabila melihat pangilan daripada Izwan baru saja dia ingin berkawan dan berkenalan dengan Izwan. Dia menunjukkan telefonnya pada Syafikah.

“Jawab jea, cakap kita on the way ke Johor. Balik nanti kita jumpa dia.” Arah Syafikah. Ini satu elah mereka supaya umminya tidak perasan siapa menghubungi mereka. Alia menjawabnya.

“Hello, En.Izwan. Apa Khabar?” Izwan mendengarnya pelik dengan tutur kata Alia memangilnya encik.

“Hello, Lia kat mana ni berencik lagi?.” Tanya Izwan.

“Saya dan Syafikah baru nak masuk highway utara selatan on the way ke Johor.” Kata Alia.

“Aduh!...jauhnya, pergi kerja ke? berapa hari?. Ingat habis syif petang ni nak ajak keluar, nampaknya tunda lagi lah.” Terang Izwan sedikit kecewa.

“Minta maaf banyak-banyak, nampaknya begitulah. Saya ke Johor tiga hari, saya akan call awak bila saya balik nanti. Okey bye.” Alia mengakhiri perbualan dengan Izwan.

Amsya asyik membuat kerja-kerja dipejabatnya, pintu biliknya diketuk oleh sahabat baiknya Irfan. Pintu sedikit dibuka.

“Hoi!...Am tak nak pergi makan ke? Atau tunggu Tengku Umairah.” Ajak Irfan dengan usikkan.

“Eh!...kau jangan duk sebut nama dia pula nanti muncullah dia. Susah aku.” Balas Amsya.

“Kalau macamtu, jomlah cepat sikit.” Desak Irfan lagi ajak makan tengah hari. Amsya meninggalkan kerja-kerjanya buat sementara waktu.

Mereka berdua menuju ke café yang terdekat untuk makan tengah hari pada hari itu. Sambil menunggu makanan yang dipesan Amsya teringat tentang Alia ke Johor hari itu, dia menghubungi Alia. Pangilan disambungkan.

“Kau telefon siapa?” Tanya Irfan mengerakkan kepalanya sekali.

“Bini aku lah. Kau diam.” Jawab Amsya.

Alia mengambil handsetnya diatas destboard melihat panggilan dari siapa. Dia tersengih sendirian. Panggilan itu dijawab dengan salam berbalas.

“Lia sudah bertolak ke?” Tanya Amsya.

“Sudah, dah nak masuk highway. Awak kat mana?” Tanya Alia sambil berpaling pada umminya dibelakang.

“Baru nak lunch dengan Irfan. Lia sudah makan ke belum? Ummi ada? Siapa bawa kereta?”

“Belum lagi, Syaf bawa kereta, ummi ada nak cakap dengan ummi?.” Tanya Alia

“Abang cakap dengan sayang ajelah. Bawa kereta tu hati-hati. Berhentilah makan dulu. Nanti abang telefon balik. Kirim salam pada ummi.Bye.”

Amsya tersengih dan termenung selepas menghubungi Alia, tapi hatinya tidak sedap rasa. Dia merasakan satu kehilangan apabila Alia tiada disisinya.

“Kau kenapa Am, dah dapat bercakap dengan Lia masih termenung. Makanlah” Kata Irfan apabila melihat Amsya termenung.

“Entahlah Fan, sebenarnya aku rindu sangat pada dia. Aku nak cakap lama dengan dia tapi tak tahu nak cakap apa.” Jawab Amsya. Irfan mengeleng kepala melihat sahabatnya itu.

“Makan dulu. Aku lapar ni.” Balas Irfan.

Selepas sahaja makan tengah hari itu mereka masuk semula ke pejabat. Selepas mendidikkan solat zohor Amsya sekali lagi menghubungi Alia. Setiap setengah jam sekali dia menghubungi Alia ataupun umminya Puan Anis.

Sebagaimana yang telah dijanjikan Inspektor Azlan telah pergi ke rumah keluarga Alia di Puchong. Kedatangannya disambut baik oleh Pak Majid dan Mak Tim. Mereka dipelawa memasuki banglo mewah itu. Inspektor Azlan dan Marzuki memerhati sekeliling rumah itu. Sekali lagi mereka dipelawa duduk. Inspektor Azlan memulakan tugasnya menyoal Pak Majid.

“Sudah berapa lama En.Majid dan isteri bekerja dengan Tuan Hilmi?” Tanya Inspektor Azlan.

“Lama sangat sudah 25tahun. Dari kami muda-muda lagi. En.Hilmi dan keluarga memang baik pada kami. Kami sudah macam satu keluarga” Jawab Pak Majid.

“Sebelum En.Hilmi ke Terengganu ada siapa bawa keretanya?” Soal Inspektor Azlan.

“Saya yang bawa pergi hantar dan ambil Tuan Hilmi setiap hari.”

“Setiap hari En.Majid membawa keretanya adakah kereta itu mempunyai masalah break?” Pak Majid terdiam dan memikirkan mengingati peristiwa sebelum kereta itu dibawa oleh En. Hilmi.

“Tidak ada. Semuanya dalam keadaan baik. Sehari sebelum mereka berangkat ke Terengganu, saya telah memeriksa kereta itu pada petang selepas kami pulang dari pejabat.” Jawab Pak Majid. Dua Inspektor itu mengangguk-angguk kepala sambil memikirkan sesuatu.

“Pada malam itu, adakah Pak Majid atau sesiapa yang bawa kereta itu keluar?” Tanya Inspektor Marzuki.

Sambil mengeleng kepala Pak Majid menjawab. “Tidak ada semua ada di rumah pada malam itu, kerana kami ada tetamu.” Jawapan Pak Majid membuatkan dua Inspektor itu berpadangan sesama sendiri.

“Siapa tetamu pada malam itu dan adakah dia bermalam di sini?” Tanya inspector Marzuki.

“Ya, tetamu itu anak saudara Tuan Hilmi, dia bermalam di sini pada malam itu.” Jawab Pak Majid tidak teragak-agak.

“Siapa nama anak saudara Tuan Hilmi? Adakah mereka rapat atau mempunyai masalah?”

“Faris anak abang Tuan Hilmi. Setahu saya mereka tidak ada masalah.” Jawab Pak Majid. Dua inspector itu tersenyum. Selesai mengambil keterangan mereka beredar.

Jam sudah menunjukkan angka 3.15petang, Alia hampir sampai ke Johor Baharu. Sebelum itu mereka berhenti rehat di perhentian Ayer Hitam. Kali ini Alia pula yang membawa kereta terus ke destinasi yang dijanjikan.

“Syaf, kau booking bilik di mana?” Tanya Alia.

“Desaru hotel.” Jawab Syafikah

“Kau tahu jalan ke sana?” Tanya Alia

“Aku tidak tahu, tapi Halida cakap senang saja nak ke sana. Nanti aku telefon dia.” Balas Syafikah.

“Syaf, kau kata senang sekarang kita kat mana? Aku tak tahu jalan nak ke sana. Daripada kau telefon Halida baik kau google je. Kau tunjuk arah pada aku.” Kata Alia.

Mereka meneruskan perjalanan mencari hotel yang dibooking Syafikah dengan menggunakan maps google. Mereka sampai ditempat penginapan di hotel Desaru pada pukul 5.00 petang. Sesampai sahaja mereka di sana Alia telah dihubungi oleh Amsya sekali lagi. Dia tersenyum lagi pening kepalanya memikirkan Amsya menghubunginya setengah jam sekali. Kali ini dia menjauhkan sedikit dari umminya yang sedang mengeluarkan bag dalam bonet kereta bersama Syafikah.

“Hello, En.Amsyaku sayang, awak ni kenapa telefon saya setengah jam sekali? Awak takut saya bawa lari mak awak ke?” Serkap Alia geli hatinya dengan sikap Amsya yang tidak percayakan dia.

“Bukanlah. Abang tak fikir macamtu pun. Cuma nak pastikan Lia dan ummi selamat. Abang risau tau, Lia berjalan tak ada orang lelaki. Sekarang kat mana?” Balas Amsya. Puan Anis menghampiri Alia yang sedang berbual ditepi pokok rendang.

“Saya baru sampai. Eh!…dari awak duk fikir macamtu lebih baik awak pergi keluar dengan kekasih awak.” Kata Alia. Puan Anis mendengar perbualan mereka.

“Sampai di mana? Tidur mana malam ni?” tanya Amsya lagi.

“Tengok awak risau, macamlah saya bawa ummi di tempat yang tidak baik. Saya sampai di Pulai Desaru beach resort and spa.”. Jawab Alia. Puan Anis menegur Alia dari belakang.

“Lia cakap dengan siapa tu?” Alia berpaling ke belakang. “Ummi” terkejut Alia. Perlahan dia menjawab.

“Cakap dengan abang Am.” Katanya.

“Bagi ummi telefon tu.” Pintanya.

“Am, ummi nak cakap.” Katanya pada Amsya. Lalu memberi telefon pada umminya. Alia ke kereta mengeluarkan bagasinya. Dia membawa bag umminya sekali ke lobi utama.

“Hello Am. Kenapa ni ummi dengar Lia marah-marah pada Am.” Tanya umminya.

“Dia marah Am telefon dia acap kali.” Balas Amsya.

“Iyalah dari tadi lagi Am duk telefon dia, dia nak bawa kereta nak cari tempat, Am pula asyik duk telefon dia ganggu dia memandu. Kalau Am buat macamtu nampak sangat Am tak percayakan dia.” Nasihat Puan Anis pada anak kesayangannya.

“Ummi, Am risaulah, takut apa-apa berlaku.” Balas Amsya.

“Tak payah risau. Tadi ummi dengar Alia cakap pasal kekasih Am, siapa? Tengku Umairah. Alia tahu ke?” Soal umminya.

“Tak adalah ummi. Ummi pergilah rehat dulu nanti malam Am telefon balik.” Balas Amsya mengelak dari menjawab persoalan umminya tentang Tengku Umairah. Puan Anis ke lobi utama dimana Alia sedang menunggunya selepas berbual dengan Amsya.

Malam itu mereka bertiga menginap di situ dalam satu bilik. Suasana yang nyaman dan menarik membuatkan keletihan mereka hilang dengan pemandang yang memukau dapat dilihat dari bilik hotel mereka sungguh cantik permandangan disitu. Itulah kali pertama Alia menjejak kaki ke Pulai Desaru Beach resort and Spa.

Pagi-pagi lagi mereka bangun untuk bersiap, janjinya dengan client pagi itu pada pukul sepuluh pagi. Berdebar-debar hati Alia untuk berjumpa clientnya yang bukan calang-calang orang, mereka orang kenamaan dan keturunan raja. Ini kali pertama hatinya begitu kuat berdegup tidak pernah dia merasa sebegitu. Alia membuang jauh pemandangan dihadapannya dibalkoni bilik hotel mereka.

“Lia kau fikir apa?” Soal Syafikah tiba-tiba apabila melihat Alia termenung jauh.

“Entahlah Syaf, berdebarlah hati aku nak jumpa client kita kali ini. Bagaimana orangnya? Ini kali pertama aku nak berurusan dengan client kerabat diraja, berdebar aku Syaf.” Kata Alia mengeluh kecil.

“Relaks Alia, aku tahu kau menang bijak dalam hal-hal mengambil hati client dan kau dapat baca kehendak client kita. Aku percaya dan yakin dengan kau. Kita present dulu projek-projek dan rekod sebelum ini.” Balas Syafikah menyenangkan hati bosnya itu.

“Mana Halida?” Tanya Alia.

“Kejap lagi aku telefon dia, jomlah kita pergi makan dengan ummi dulu.” Ajak Syafikah. Alia mengangguk. Sebelum dia meninggalkan umminya untuk pergi mesyuarat pagi itu dia telah menemani Puan Anis makan pagi di café hotel.

Halida sampai pada pukul 9.30pagi di hotel mereka. Siap bersarapan mereka semua bertolak ke kediaman client mereka dibawa oleh Halida. Terpaku Alia dan Syafikah melihat banglo tersergam indah didepan mata tertelan liur mereka. Makin kuat debaran dihati Alia. Mereka disambut baik oleh tuan rumah. Perlahan Alia mengatur langkah memasuki banglo mewah itu memandang sekeliling, tiba-tiba Alia memberhentikan langkah apabila melihat beberapa orang yang tersenyum padanya, Alia tahu itulah orang yang bakal dia ditemui. Semakin berdebar hatinya, dengan senyum manis dan menarik nafas panjang mencari kelegaan hatinya, dia menyambung langkah dengan bacaan bismilah bagi menguatkan semangat berdepan dengan orang kenamaan.

Salam diberi oleh Alia sejerus sampai dihadapan mereka, dengan senyum dan hormat. Dia dipelawa duduk bersama rakan-rakannya yang lain. Sempat Alia bersalam sebelum duduk dihadapan mereka semua.

Halida yang sememangnya sudah kenal dan rapat dengan keluarga mereka memperkenalkan Alia pada mereka semua.

“Tengku, ini Lida kenalkan bos Lida, Alia Nasuha binti Mohd Helmi dan ini PAnya Nur Syafikah.” Alia dan syafikah tersenyum manis pada mereka, sedikit kepalanya tunduk tanda hormat.

“Apa khabar Tengku?” Soal Alia penuh hormat. Tengku Khalid dan isterinya Tengku Zahira tersenyum manis menyambut tetamu mereka dari rauk wajah Alia sedikit pucat mereka tahu Alia sedang berdebar.

“Khabar baik. Inilah Alia yang selalu Halida ceritakan pada kami. Bos Lida masih muda cantik jelita lagi. Alia sudah berpunya.” Sambut kata dari Tengku Khalid. Belum sempat Alia bersuara dan menjawab, Halida terlebih dahulu memberi jawapan.

“Ayahanda, Alia ni belum berpunya.” Balas Halida, terkejut Alia dan Syafikah dengan panggilan Halida. Itulah panggilan yang selalu dipanggil oleh Halida dan suaminya pada Tengku Khalid. Dimana suami Halida adalah anak angkat Tengku Khalid.

“Muda-muda sudah jadi CEO. Alia belajar di mana dulu?” Tanya Tengku Zahira. Tiba-tiba datang seorang jejaka kacak duduk di sebelah Tengku Zahira. Mereka berpandangan dan tersenyum.

“Saya belajar di university Foudation Programme di Hill London dalam bidang Architecture.” Jawab Alia dengan sopan santun.

“Alia, ini bonda kenalkan anak bonda Tengku Badri.” Tengku Zahira memperkenalkan anaknya pada Alia.

“Oh. Inilah CEO yang Halida cakap tu?.” Soal Tengku Badri sejerus diperkenalkan oleh bondanya. Katanya lagi dengan perlahan dan gerakkan bibirnya “ Wow cantiknya”. Bondanya menoleh pada Tengku Badri yang sedang tengok Alia dengan asyiknya. Alia mengangukkan kepala sedikit pada Tengku Badri.

Alia mula memperkenalkan syarikatnya dan projek-projek yang telah dijalankan sepanjang penubuhan syarikat dari ayahnya sehingga kini dimana dia mengambil alih tugas yang besar itu. Sepanjang penerangan dan penceritaan Alia, Tengku Badri tidak sedikit pun bergajak pandangannya pada Alia, sambil tersenyum manis pada gadis itu sesekali kakinya disilangkan. Bonda dan ayahandanya perasan yang Tengku Badri amat berminat dengan Alia. Selesai Alia memberi penerangan pada mereka, Tengku Khalid bersuara.

“Alia, please prepare and propose pada kami  concept yang menarik bagi projek ini dan constingnya sekali. Saya serahkan projek ini pada anak saya Tengku Badri, dia akan bekerjasama dengan Alia…Badri tolong bawa Alia ke tapak projek.” Arah Tengku Khalid. Tengku Badri mengangguk tanda setuju pada ayahandanya.

Selesai menjamah makan yang dihidang mereka bergerak ke tapak projek. Sebelum memasuki kereta Tengku Badri mempelawa Alia bersamanya.

“Cik Alia, apa kata awak naik kereta saya.”

“Tak apa Tengku, saya naik bersama Syafikah.” Tolak Alia dengan lembut.

“Kalau begitu Halida sajalah naik dengan saya.” Ajak Tengku Badri.

Alia dan Syafikah mengekori kereta Porsche milik Tengku Badri ke tapak projek. Alia menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan kuat setelah berada dalam keretanya.

“Hah!...huh lega rasanya luruh jantung aku, mujurlah mereka baik macam Halida bagitahu. Kalau tak hati aku ni terus menerus gemuruh.” Terang Alia. Syafikah tersengih dan menjawab.

“Kalau jantung dan hati kau jatuh, sudah ada orang menyambutnya. Kau tak tengok ke tadi, Tengku Badri bukan dengar apa kau cakap fikirannya entah ke mana. Asyik tengok kau tersengih-sengih berkhayal. Kenapa kau tidak ikut dia boleh rasa kereta Porsche” Kata Syafikah.

“Betul ke dia tengok aku? Handsome betul Tengku Badri tu, putih lagi anak raja katakan.” Kata Alia sambil tersenyum pada Syafikah.

“Ha…apa lagi boleh masuk dalam senarai calon suami.” Gurau Syafikah.

“Oh!...tentulah. Ini calon yang ke tiga.” Jawab Alia.

“Eh!...bukan empatkan? Izwan, Amsya, Zafrul dan terbaru Tengku Badri.” Balas Syafikah. Alia tersengih.

“Tiga je, Amsya tolak tidak termasuk dalam senarai.” Jawab Alia. Mereka tergelak sama-sama.

Kereta yang dipandu Tengku Badri berhenti disatu kawasan lapang. Syafikah turut memberhentikan kereta yang dipandunya.

Mereka semua turun melawat tapak projek yang akan dibangunkan, Alia memerhati sekeliling kawasan sambil tangannya melihat gran yang diberikan oleh Tengku Badri. Tengku Badri asyik mengekori Alia, Syafikah mengambil gambar semua sudut termasuk infrastruktur yang ada disekitarnya. Selesai memberi sedikit penerangan pada Tengku Badri bagi cadangan projek yang akan disediakan oleh Alia, mereka semua menuju ke satu restoran yang mewah untuk makan tengah hari.

“Alia pernah datang ke sini?” Tanya Tengku Badri yang kini amat berminat dengan Alia Nasuha.

“Belum, first time saya ke sini. Cantik pemandangan kat sini.” Balas Alia.

“Tapi pemandangan didepan saya ni lagi cantik. Tiada tandingan ciptaan Allah, amat sempurna.” Pujian dan usikkan Tengku Badri pada Alia. Alia tersenyum manis. Malu juga rasanya dipuji sebegitu.

“Terima kasih. Awak orang pertama puji saya. Sindir ke betul?” Balas Alia.

“Betul. Alia memang tak ada yang punya ke? Apa kata saya bawa Alia jalan-jalan kat sini.” Serkap Tengku Badri lagi.

“Setakat ini tiada lagi. kawan tu adalah. Tak apalah lain kali kita keluar, saya kena balik ke hotel ada kerja sikit.” Jawab Alia tersengih-sengih. Malu juga dia apabila Tengku Badri merenungnya. Syafikah dan Halida sekadar mendengar berpandangan sesama sendiri, tersenyum dengan pujian Tengku Badri yang cuba mengoda Alia.

“Sudah ada yang berkenan dihati?” Soal Tengku Badri lagi merenung tajam ke mata Alia. Alia tidak menjawab soalan itu sekadar tersenyum, dia menukar tajuk perbualan mereka tentang projek yang akan dilaksanakan nanti.

Selesai makan tengah hari itu, Alia dan Syafikah bergerak pulang ke hotel penginapannya. Petang itu Alia membawa Puan Anis ibu mertuanya bersiar-siar disekitar hotel Desaru. Berpimpin tangan lagi dengan umminya. Syafikah bersama mereka berjalan seiringan sesekali menoleh pada Alia yang begitu manja dan mesra dengan Puan Anis. Teringat Syafikah akan Puan Zakiah mama Alia. Begitulah Alia apabila berjalan dengan mamanya setiap kali keluar, sedih juga hatinya melihat Alia menumpang kasih seorang ibu pada Puan Anis.

“Aunti, macam mana dengan kesihatan aunti?” Tanya Syafikah yang ada disebelahnya. Mereka berhenti direstoran berhampiran untuk menikmati makan petang.

“Alhamdulilah…Lia ni banyak tolong aunti kat rumah. Itu yang sihat ni. Lia dan Syafikah pergi meeting di mana tadi?” Tanya Puan Anis selepas mengambil tempat dimeja makan dalam restoran yang mereka masuki.

“Kediaman Tengku Khalid. Client kita kerabat diraja tau ummi. Tapi mereka ni baik, tadi kita orang jumpa dengan isteri dan anak dia, kemudian anaknya bawa kami ke tapak projek tidak jauh dari sini.” Jawab Alia.

“Anak dia yang Lia berurusan tu lelaki atau perempuan?” Soal si ibu lagi mengcungkil rahsia.

“Lelaki ummi, nama dia Tengku Badri.” Jawab Alia tersenyum manis pada umminya. Sedang asyik mereka berbual sambil menikmati makanan yang dipesannya, telefon Puan Anis berdering. Dilihatnya pangilan dari Amsya, Puan Anis tersenyum manis.

“Abang Am?” tanya Alia apabila melihat umminya tersengih-sengih melihat skirn telefon. Puan Anis mengangkat muka pada Alia dan mengangguk. Alia membalas senyuman itu, Puan Anis menjawab pangilan anaknya.

“Hello Am.”

“Hello ummi, ada kat hotel sorang-sorang ke? Lia tidak balik lagi?” Tanya Amsya cuba mengetahui rahsia tentang Alia.

“Dah balik, Alia dan Syafikah ada dengan ummi sekarang ni. Kami bersiar-siar di sini, cantik Am kat sini bolehlah Am datang, bawa Lia sekali lagi berbulan madu disini.” Kata umminya. Alia mencuit Syafikah lalu bangun meninggalkan Puan Anis yang sedang melayan Amsya. Alia berjalan ke sebuah pokok bersama Syafikah. Termenung Alia sejenak menarik nafas panjang dengan suara serba salah dia memberitahu Syafikah.

“Syaf, kau tengok en.Amsya risau dia aku bawa ummi dia. Macamlah aku ni tak tahu jaga ummi dia. Aku tahulah dia sayang ummi dia. Sudah berapa kali pun tak tahu dia telefon umminya. Nampaknya aku tak ada peluang untuk jaga umminya nanti.” Kata Alia sebak hatinya.

“Lia sabarlah dah itu mak dia tentulah dia sayang.” Balas Syafikah.

“Aku tahulah Syaf, aku pun sayang ummi. Tapi takkan sampai dia tidak percaya aku. Bukan aku nak bawa lari ummi.” Balas Alia sedikit tengking suaranya. Airmatanya kini tidak dapat dibendung akhirnya keluar jua. Cepat-cepat Alia mengesatnya.

“Dahlah Lia jangan sedih. Jangan nak ambil hati sangat dengan Amsya tu. Jom kita pergi makan ummi tunggu tu.” Pujuk dan ajak Syafikah. Mereka kembali pada Puan Anis yang sedang menikmati makanan didepannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku