Gadis Poyo (Diakah CEO???)
bab 45
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11583

Bacaan






Selepas bersiar-siar dan mengambil angin pada petang itu mereka kembali ke bilik. Mereka berehat sambil menonton berita TV3. Tiba-tiba Alia menerima pangilan dari Tengku Badri yang mengajaknya keluar makan malam itu di café hotel. Pada mulanya Alia menolak tetapi apabila Tengku Badri memberitahu ada perkara yang perlu dibincangkan tentang projek yang akan diusahakan, Alia terpaksa akur dengan ajakkan Tengku Badri namun dia tidak pergi berseorangan, Syafikah bersamanya.

“Ummi, Lia dan Syafikah nak keluar pergi jumpa Tengku Badri sekejap. Ummi nak ikut sekali tak?” Minta izin dan ajak Alia pada umminya sambil memegang tangan. Puan Anis menarik nafas dan melepasnya perlahan.

“Lia dan Syafikah pergilah, ummi penat berjalan tadi. Ummi nak rehat. Lia nak jumpa Tengku Badri dah minta izin abang?” Balas Puan Anis dengan lembut. Alia mengeleng.

“Kena minta izin juga ke ummi? Lia sudah bagitahu ummi, lagipun Lia pergi urusan kerja.” Balas Alia bersahaja. Puan Anis tersenyum lagi, hatinya kurang sedang untuk melepas Alia keluar malam itu tapi difikirkan kerja dia terpaksa izinkan.

“Bagitahu abang sepatah.” Arahnya pada menantu kesayangan. Alia mengangguk akur dengan arahan ibu mertuanya.

Alia menghala ke balkoni dalam biliknya terpaksa jugalah Alia menghubungi Amsya untuk meminta izin keluar. Panggilan Alia dijawab Amsya.

“Hello” Jawab Amsya. Tersengih sendirian apabila menerima panggilan dari kekasih hati.

“Hello, en.Amsya saya nak minta izin keluar dengan client saya ada perkara hendak dibincangkan.” Pinta Alia selamba.

“Bila? Lelaki atau perempuan?Syafikah ikut sekali?” Soal Amsya, mengeluh kecil.

“Sekaranglah, lelaki Tengku Badri. Syaf teman Lia.” Jawab Alia bersahaja. Amsya mendengarnya berfikir sejenak.

“Pergilah tapi jangan lama.” Terpaksa juga Amsya mengizinkan Alia walaupun hatinya tidak senang Alia keluar dengan lelaki lain.

“Thanks, En.Amsya. bye.” Alia memutuskan perbualannya.

Dia masuk semula setelah selesai berbual dengan Amsya. Dia menghampiri Puan Anis yang sedang berehat di atas katil.

“Ummi, abang Am dah izinkan. Kami pergi dulu ya, kalau ummi bosan duduk dalam bilik ni, ummi turun bawah. Lia ada di café.” Kata Alia, dia bersalam dan mencium ibu mertuanya.

Alia Nasuha dan syafikah kemudian terus turun ke bawah, sampai sahaja di lobi hotel Tengku Badri sudah pun menunggu mereka, dengan senyum manis menyambut kedatangan Alia.

Renungan tajam kewajah ayu Alia membuatkan hati Alia berdebar dan merasakan ada sesuatu perkara lain yang ingin diperkatakan oleh Tengku Badri.

“Alia, apa kata kita berbual di café sambil makan dan minum. Jom Syaf.” Ajak Tengku Badri dengan sopan. Alia dan Syafikah mengangguk serentak lalu mengikut Tengku Badri ke café hotel. Sampai sahaja di café Tengku Badri menarik kerusi mempelawa Alia duduk, Alia menganggukkan sedikit kepalanya tanda terima kasih. Mereka sama-sama duduk, Tengku Badri berada disebelah Alia dimana Syafikah berada didepan Alia.

“Alia, maafkan saya. Sebenarnya…” Tengku Badri berhenti seketika. Berdebar hati Alia mendengar tutur kata Tengku Badri. Tengku Badri menyambung kata-katanya.

“Sebenarnya…pasal projek tu saya serahkan pada kebijaksanaan Alia cadangkan concepts hotel dan chalet yang sesuai untuk kami. Saya ajak Alia malam ini untuk mengenal Alia lebih dekat. Dengan kata lain saya nak kita jadi kawan bukan setakat client sahaja. Boleh?” Terang Tengku Badri dengan jelas dan berterus terang pada Alia. Alia sekadar mengangguk kepala tanda setuju dan tersenyum manis begitu juga Syafikah yang ada didepannya. Sudah dia duga tekaannya tidak salah.

“Alia pernah bercinta sebelum ini?” Tanya Tengku Badri lagi sambil berpaling pada Alia disebelahnya. Alia membalas pandangan pada Tengku Badri, tersenyum.

Puan Anis merasa kurang senang hati dia teringatkan Alia, tergerak hatinya untuk melihat Alia dicafe bersama Tengku Badri. Dia mencapai tudung lalu turun ke lobi hotel.

Alia menjawab persoalan yang ditanya Tengku Badri.

“Tipulah kalau Lia kata tak pernah bercinta. Lia pernah bercinta tapi terputus ditengah jalan.” Jawab Alia bersopan.

“Ada juga lelaki yang tinggalkan gadis sebaik dan secantik Lia. Mungkin lelaki itu bodohkan?” Kata Tengku Badri memberi pujian mengoda pada Alia. Alia tersenyum manis sambil mengeleng kepala.

Puan Anis menghala ke café hotel dia nampak jelas Tengku Badri sebelahan Alia asyik merenung tajam pada Alia. Nampak jelas mereka sedang mesra teringat dia akan anaknya Amsya.

“Tengku tentu ramai kekasihkan? Saya tidak hairanlah jejaka kacak macam Tengku,siapa yang tidak tersangkut.” Puji Alia mereka ketawa bersama.

“Ada tu adalah tapi tidak semudah itu untuk kita jadikan teman hidup. Saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia satu tahun. Tapi isteri saya meninggal selepas melahirkan anak kami.” Jelas Tengku Badri dengan sayu, Alia dan Syafikah berpandangan sedih mendengar cerita Tengku Badri. Alia merenung Tengku Badri dalam-dalam kasihan atas pemergian isterinya, terdiam Tengku Badri sejenak, rauk wajahnya jelas nampak sedih.

“Tengku. Tengku okey ke?” Tanya Alia faham dengan situasi Tengku Badri. Tengku Badri melihat wajah Alia dan tersenyum mengangguk.

“Saya okey. Tak perlu risau, saya redha dengan pemergiannya, Allah lebih sayangkan dia.” Kata Tengku Badri dengan sayu.

Puan Anis mengeluh panjang dia menghala ke ruang lobi hotel menelefon Amsya. Talian memanggil. Amsya yang sedang berehat sambil menonton melihat skrin telefon bimbitnya pangilan dari umminya lalu dijawabnya.

“Hello ummi. Ada apa ni? Lia sudah balik?” Tanya Amsya.

“Am. Ummi tahu dan sudah ada jawapan kenapa hati Am risau sangat pada Alia.” Kata Umminya membuatkan Amsya berkerut kening dan berdebar mendengarnya.

“Kenapa ummi apa berlaku pada Alia?” Tanya Amsya dengan cepat dan cemas. Puan Anis sekali lagi menarik nafas panjang.

“Am, betul ke Am sayangkan Alia. Adakah Alia kahwin dengan Am kerana cinta?” Soal Puan Anis. Amsya tersentuh hati mendengarnya terasa sebak. Tertelan liur Amsya mendengar pertanyaan ibunya.

“Kenapa ummi? Am menang cinta dan sayang dia. Kenapa ummi tanya macamtu?” Tanya Amsya hatinya semakin berdebar-debar.

“Ummi ada dilobi hotel, ummi tengok Alia dan Tengku Badri. Handsomenya Tengku Badri, Am. Ummi tak rasa mereka berbincang tentang projek. Ummi tengok Tengku Badri minat sangat pada Alia asyik tenung Lia saja.” Jelas umminya naluri seorang ibu dapat dirasainya.

“Ummi… jangan risau Am tahulah, ummi pun tahukan menantu ummi cantik siapa tak terpikat. Am tahulah apa nak buat. Ummi pergi masuk bilik rehat dulu. Lia baik dia tahu jaga diri. Nanti Am telefon dia suruh dia masuk bilik.” Kata Amsya cuba menenangkan umminya.

“Baiklah Am sudah kata macamtu. Ummi naik dulu. Bye” Balas Puan Anis memutuskan perbualan, dia terus naik ke biliknya.

Sedang asyik Alia dan Tengku Badri berbual dan mengenal antara satu sama lain. Alia menerima panggilan dari Amsya. Tanpa diduga Alia tersengih sendirian, dia berpaling pada Tengku Badri.

“Tengku, saya jawab telefon sekejap.” Minta Alia, Tengku Badri mengangguk. Alia bangun meninggalkan mereka seketika. Dia menjawab pangilan dari Amsya.

“Hello, sayangku Amsya nak apa?” Jawab Alia tersengih, dia tahu Amsya sengaja mahu kacau dia.

“Ada mana? Dah habis bincang? Malam-malam ini abang tak rasalah bincang pasal projek. Tidak pun bincang pasal projek perasaan, hati, jiwa raga tak gitu?” Kata Amsya cuba serkap Alia.

“Mana tahu?” Soal Alia selamba.

“Instinct” Jawab Amsya sepatah.

“Elehhh…instinct” Balas Alia bersahaja.

“Betulkan? Tak payah nak tipu, instinct suami tak salah.” Jawab Amsya dengan gelak ketawanya.

“Dah, tak payah nak berasmaradana dengan si Tengku tu malam-malam. Pergi masuk bilik sekarang, tidur. Esok nak driver lagi. Kesian ummi tinggal dia sorang-sorang… Lia dengar cakap abang. Lima minit abang bagi masa untuk Lia naik ke bilik. Kalau tak Lia berdosa dengan abang.” Arah Amsya dengan tegas.

“Mana cukup lima minit nak bercakap, nak berjalan lagi. Lima belas minit.” Minta Alia.

“Sepuluh minit. Cepat sikit. Kalau Lia tak ada dalam bilik dalam masa sepuluh minit, tahulah apa abang nak buat.” Arah dan ugut Amsya kali ini suaranya agak keras mendesak. Alia mendengarnya bermasam muka sempat dia menjawab sebelum memutuskan talian.

“Macamlah kita ni hak dia.” Kata Alia, lalu memutuskan talian. Amsya dengar apa yang dikata Alia.

Dia tersengih dan berkata sendirian. “Kau memang hak aku Alia Nasuha.”

Selepas sahaja berbual dengan Amsya cepat-cepat Alia menghala ke mejanya semula. Lalu duduk tersenyum memandang Tengku Badri. Alia mengatur kata-kata dengan sopan.

“Tengku, rasanya kita break disini dulu, Lia dah menggantuklah penat pun ada esok nak drive lagi. Kita jumpa lagi lain kali. Maaf ya Tengku. Kami beredar dulu.” Tengku Badri faham apa dikata Alia, dia tidak menghalang Alia, dia mengangguk.

“Baiklah kita jumpa lain kali. Hati-hati esok bawa kereta. Terima kasih kerana sudi keluar dengan saya.” Balas Tengku Badri. Alia dan Syafikah juga mengangguk dan senyum pada Tengku Badri sebelum meninggalkannya disitu.

Alia menarik tangan Syafikah sambil melangkah dengan cepat. Kelam kabut Syafikah dibuatnya.

“Lia, kau ni kenapa? perlahanlah sikit.” Pinta Syafikah sambil menarik tangan Alia.

“Cepatlah, nanti Amsya marah aku, dia bagi sepuluh minit untuk aku sampai ke bilik.” Jawab Alia sambil menekan butang lif. Tercengang Syafikah mendengarnya tanpa bersuara hanya mengikut arahan.

Sampai sahaja dalam bilik Alia dan Syafikah termengah-mengah keletihan berlari. Sempat dia sampai dalam masa sepuluh minit. Puan Anis melihat gelagat dua gadis didepannya itu, berkerut mukanya.

“Ni kenapa, macam kena kejar hantu je?.” Tanya Puan Anis. Dengan suara yang lelah Alia menjawab.

“Tak ada apalah ummi, masa yang diberi sudah tamat. Ini semua kerja abang Am.” Puan Anis tersengih-sengih. Tiba-tiba telefonnya berbunyi dengan pantas dia menjawab pangilan dari anaknya itu.

“Hello Am.” Mendengar Puan Anis menyebut nama Amsya dia terus berpaling dan tersenyum pada umminya.

“Ummi, isteri Am sudah balik?” Tanya Amsya selamba.

“Sudah baru sampai, nak cakap ke? Penat tu berlari.” Jawab Puan Anis, sedikit tergelak dengan gelagat anak menantunya.

“Tak apalah ummi, pergilah tidur. Suruh Lia tidur sekali. Kirim salam pada dia.” Kata Amsya lalu panggilan diputuskan.

Sehari selepas pulang dari Johor seperti biasa Alia ke pejabat pada pagi itu dengan begitu ceria. Tidak sabar rasanya dia ingin memberitahu pekerjanya tentang projek yang diperolehi. Satu lagi projek mega yang perlu dia dan pekerja-pekerjanya siapkan dalam masa satu bulan bagi menyediakan concepts dan proposed.

Sampai sahaja Alia Nasuha dipejabatnya pada pagi itu dia telah mengadakan mesyuarat dengan staff HH Holding bagi penyediaan kertas kerja dan cadangan pada projek terbarunya. Alia memulakan mesyuarat dengan salam dan bacaan Al-Fatihah.

“Syukur alhamdudilah…sekali lagi syarikat kita diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu projek mega di Johor Baharu dan client kita bukan calang-calang orang. Mereka orang kenamaan dan kerabat di raja Johor.” Jelas Alia Nasuha.

“Cik Lia, projek apa yang akan kita buat?” Tanya Farah sambil berpaling pada Zaiman dan Halim disebelahnya.

“Projek hotel dan chalet. Ini gran tanah seluas sepuluh ekar. Saya akan keluarkan satu konsep sebagaimana yang dikehendaki client kita kemudian saya mahukan anda semua memberi idea dan pandangan. Jika sebelum ini konsep hotel Tok Bali dan apartment Sepang adalah rekabentuk saya sendiri tapi ianya banyak dibantu oleh papa saya En.Hilmi. Jadi kali ini saya mengharapkan kerjasama dari kamu semua untuk menjayakan projek ini.” Terang Alia pada pekerja-pekerjanya.

“Cik Lia, boleh saya tunjukkan lokasi disekitar tapak projek?” Pinta Syafikah.

“Baik Syaf, sila buka projector dan tunjukkan pada mereka.” Ujar Alia. Syafikah memasang projector dan menerangkan persekitaran projek yang akan dibangunkan. Selepas Syafikah memberi sedikit penerangan tentang lokasi, Alia menyambung.

“Okey, kita diberi masa satu bulan untuk siapkan konsep, pelan, 3D, board casting dan costing. Jadi terpaksalah kamu semua kerja lebih masa.” Kata Alia memandang semua staff-staffnya.

“Bila kita akan mula Cik Alia?” Tanya Zaiman.

“Kita mula pada hari isnin. Cuti dua hari ni, saya akan siapkan sketch design… Okey kita berhenti di sini dulu.” Balas Alia mengakhiri mesyuaratnya. Dia bangun terus ke biliknya. Dia memasang laptop kemudian membuka internet mencari sedikit maklumat tentang projek yang akan dia buat.

Sedang asyik Alia membuat kerja-kerjanya tiba-tiba pintu biliknya di ketuk, dari dalam Alia menyahutnya. Pintu biliknya dibuka Alia mengangkat mukanya apabila mendengar tapak kasut orang lelaki. Terkejut Alia apabila Zafrul terpacak didepannya. Bisik hatinya “Kenapa Syaf tidak bagitahu aku Zafrul datang.”

“Encik Zafrul…sila duduk.” Pelawa Alia berdebar jantung apabila lelaki dicintainya berada didepan mata.

Tersenyum manis Zafrul melihat gadis cantik didepannya.

“Kusyuknya buat kerja. Buat apa tu?” tanya Zafrul ralik melihat Alia. Alia tidak menjawab soalan dari Zafrul sebalik dia bertanyakan Zafrul.

“Abang dari mana ni? Kenapa tak bagitahu nak datang?” Alia membalas pandangan Zafrul. Kemudian menoleh jam tangannya pukul 12.00 tengah hari.

“Dari projek Sepang. Abang nak buat surprise pada Lia. Jom kita keluar.” Balas Zafrul.

“Surprise konon, kalau datang Lia tidak ada macam mana?”Tanya Alia dengan manja. Zafrul tersengih.

“Abang dah call assistant Lia, nak datang cuma pesan jangan bagitahu Lia.” Balas Zafrul.

“Abang macam mana dengan Kak Sara okey ke?” Tanya Alia.

“Tak payah tanya pasal dia, jom kita pergi makan abang belanja. Cepat pukul satu abang nak pergi zolat jumaat pula.” Ajak Zafrul dengan keras. Alia memandang Zafrul didepannya serba salah Alia untuk keluar dengan Zafrul. Berat rasa hatinya apabila mengingati pesanan dan kata-kata Sara padanya. Alia mengeluh kecil.

“Tak payah nak mengeluh. Jom.” Kata Zafrul sekali lagi dia mengajak dan menarik tangan Alia. Tergaman Alia, apabila Zafrul menyentuhnya. Cepat-cepat dia menarik tangannya dari Zafrul.

Zafrul tersengih. Alia bangun terpaksa juga dia menemani Zafrul makan tengah hari pada hari itu.

Sedang mereka menikmati makan tengah hari, telefon bimbit Alia dihubugi suaminya Amsya. Alia melihat skirn, dia mengangkat muka memandang Zafrul yang sedang menyuap nasi ke mulut. Alia menjawab panggilan Amsya.

“Hello.” Jawab Alia.

“Hello, buat apa tu? Sibuk ke?” Tanya Amsya.

“Tak, sedang makan.” Jawab Alia. Amsya menoleh jam tangannya 12.30 tengah hari.

“Cepatnya lunch dengan siapa? Syafikah ke?” Tanya Amsya. Zafrul melihat Alia didepannya dan bersuara.

“Lia, cakap dengan siapa tu, cepatlah makan abang nak pergi solat pula.” Kata Zafrul, Amsya mendengar kata-kata itu, terdiam dia apabila mendengar suara lelaki. Alia menjawab pertanyaan Amsya.

“Lia makan dengan kawan. Nanti Lia telefon balik.bye.” Alia memutuskan talian. Terdiam dan mengeluh Amsya apabila panggilannya diputuskan begitu sahaja. Terguris hatinya, dia berkata sendirian “Lia keluar dengan siapa? Kenapa dia tidak bagitahu dan minta izin aku. Dia menang tidak anggap aku suaminya.” Sebak hati Amsya memikirkan cinta Alia. Bisik hatinya lagi. “ini tidak boleh jadi, aku mesti ambil hati Alia. Aku tidak boleh mengalah dan berputus asa, sekarang dia sudah jadi isteri aku. Aku tidak akan lepas Alia.” Amsya menarik nafas lega apabila memberi semangat pada diri sendiri.

Sambil menikmati makanan didepannya Alia terfikir sendirian. “Alamak hari ini Amsya akan pulang. Aku kena layan dia ke? Macam mana aku nak elak dari dia? Tak boleh jadi ni, apa aku nak buat.”

“Lia, esok kita keluar.” Ajak Zafrul mengejutkan lamunan Alia.

“Hah…keluar? Pergi mana?” Tanya Alia dengan terkejut.

“Jalan-jalanlah. Esok pagi abang ambil Lia dirumah.” Ajak Zafrul bersungguh-sungguh. Cepat Alia menjawabnya.

“Maaf bang esok memang tak boleh, Lia janji nak balik Puchong ada perkara nak bincang dengan pak Majid.”

“kalau macam itu senang lagi. Abang pergi rumah Lia di Puchong lagipun dah lama sangat abang tak jumpa pak Majid dan Mak Tim.” Kata Zafrul membuatkan Alia tersedak dia terbatuk-batuk.

“Ahh,Ahh,Ahh. bang kita jumpa lain kali, esok memang Lia tak boleh jumpa abang. Minta maaf banyak-banyak,” Balas Alia bersungguh-sungguh cuba mengelak dari zafrul. Zafrul memerhati Alia dengan tajam.

“Kenapa, Lia saja lari dari abang?. Cari elah? Takut kak Sara tahu?” Tanya Zafrul menguji Alia.

“Tak abang, Lia betul ada kerja.” Jawab Alia dengan perlahan minta belas kasihan tidak mahu Zafrul terhidu statusnya sekarang.

“Okeylah kalau macam itu. Nampaknya Lia memang nak lari dari abang. Lia tidak macam dulu lagi. Mama sentiasa tanya Lia. Abang ingat nak bawa Lia ke rumah jumpa mama. Nak buat surprise untuk harijadi mama.” Kata Zafrul membuatkan hati Alia terusik teringat dia akan Puan Suhaila mamanya Zafrul. Terdiam Alia bisik hatinya “Aku sudah terikat, aku isteri orang sekarang. Apa perlu aku bagitahu Zafrul?” Alia mengeleng kepalanya.

Zafrul melihat jam tangannya, sudah pukul satu tengah hari.

“Lia abang pergi masjid dulu. Kalau Lia berubah hati bagitahu abang.” Kata Zafrul lalu bangun meninggalkan Alia sendirian.Serba salah Alia dibuatnya. Alia memejam mata menahan sebak.

Alia menghubungi Syafikah mereka berjanji jumpa di Alamanda. Alia sampai terlebih dahulu, dia menunggu Syafikah dipintu masuk utama. Lima minit menunggu Syafikah sampai.

“Lia, kau nak ke mana ni? Kau keluar Zafrul kan? mana dia?” Soal Syafikah.

“Solat jumaat. Jom teman aku beli barang.” Ajak Alia sambil menarik tangan Syafikah.

“Kau nak beli apa?” Tanya Syafikah sambil berjalan.

“Aku nak beli hadiah pada mama Zafrul.Tapi aku tak tahu macam mana nak lepaskan diri dengan Amsya esok.”

“Kau nak pergi rumah Zafrul esok?” Tanya Syafikah terkejut. Alia mengangguk kepala.

“Kau ada idea?” Tanya Alia minta pendapat. Syafikah membisikkan sesuatu pada telinga Alia. Alia tergelak dengan cadangan Syafikah, sambil mengangguk kepala.

“Baik aku setuju.” Balas Alia. Dengan hati yang gembira Alia pergi mencari hadiah untuk Puan Suhaila.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku