Gadis Poyo (Diakah CEO???)
bab 46
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8544

Bacaan






Alia siap solat maghrib, dia turun ke bawah untuk menyiap makan malam, ditoleh jam dinding yang ada diruang tamu sudah menunjukkan pukul 8.00malam. Amsya belum lagi pulang sambil berjalan menuju ke dapur terdetik juga dihatinya. “Amsya tidak balik ke malam ini. Kalau tak balik bagus juga, bolehlah esok aku keluar pagi-pagi. Ini mesti balik lambat jumpa kekasihlah tu.”

Alia menghidang makanan yang telah dia masuk tadi bersama umminya. Puan Anis menuruni tangga, dia terdengar kereta dihalaman rumah. Dia tahu itu engine kereta Amsya. Tanpa berlengah dia membuka pintu. Menunggu anak tunggalnya didepan pintu. Amsya melihat pintu rumah dibuka tersenyum lebar. Mengeleng kepala berbicara sendirian.

“Ummi rupanya, biasalah. Ingatkan isteri yang buka pintu. Nasib kau Amsya…Aduhhhh…” keluhnya sendirian. Salam diberi sejerus sampai didepan umminya. Amsya menjenguk ke dalam rumah. Umminya perasan.

“Ada kat dapur, tengah hidang makanan. Sudah solat?” Tanya Puan Anis.

“Sudah, itu yang lambat berhenti masjid tadi.” Jawab Amsya memandang wajah mulus umminya.

“Jomlah kita makan sama.” Ajak Puan Anis dengan mesra. Mereka berjalan seiringan ke ruang dinning, Amsya menarik kerusi lalu duduk begitu juga Puan Anis. Semua hidangan telah siap di atas meja cuma menunggu Alia membawa pinggan. Alia muncul dari dapur terkejut dia melihat Amsya dimeja makan. Dia buat-buat senyum dan tersengih memandang Amsya. Dia tahu yang dia perlu bersalam dengan Amsya apalagi ada umminya di situ. Dia menghampiri Amsya memberi salam dan bersalam, Amsya tersengih nakal.

“Salam saja?” Tanya Amsya bersahaja. Alia merenung wajah Amsya mengangkat kening isyarat bertanya.

“Cium abang.” Arah Amsya spontan membuatkan Alia terkejut dan tertelan liur. Puan Anis tersenyum pada mereka berdua sambil memerhati Alia. Alia menuang air dalam gelas kemudian menghulurkan pada Amsya.

“Minum dulu. Kita makan lepas tu pergi mandi baru boleh cium. Sekarang ni busuklah.” Balas Alia tersenyum manis sambil menghidu Amsya. Amsya tersengih mengeleng kepala, dia tahu ada saja alasan Alia untuk tidak menyentuhnya. Bisik hatinya “Tak apa, aku tuntut Alia, lepas mandi nanti aku nak kau cium aku.”

Alia menyeduk nasi ke pinggan Amsya. Mereka sama-sama menikmati makan malam. Selesai sahaja makan umminya bersuara.

“Lia tinggalkan pinggan tu, pergi teman abang naik mandi.” Arah Puan Anis, tergangga Alia mendengarnya tersengih dibuat-buat. Amsya apa lagi tersenyum lebarlah. Alia menjeling pada Amsya yang tersenyum sambil mengeyit mata padanya.

“Jom.” Ajak Amsya sambil menarik tangan Alia.

Sampai sahaja dalam bilik Alia terus duduk sofa. Amsya merenung Alia dengan mengoda dan tersenyum. Alia membalas pandangan.

“Tak payah nak senyum-senyum macam kerang busuk. Pergilah mandi, jangan nak minta cium.” Kata Alia memberi amaran pada Amsya.

“Tunggu sini jangan ke mana-mana. Jangan nak tanya bila abang nak kahwin, sekarang tengah tension. Tolong ambil kain pelekat dan tuala dalam almari” Arah Amsya. Alia mengecilkan matanya kemudian bangun mengikut sahaja arahan dari Amsya. Dia menghulur tuala pada Amsya. Amsya sengaja cuba membuka seluarnya depan Alia.

“Hoi, takkan buka kat sini.” Laung Alia marah.

“Ikut abanglah ini bilik abang, tak nak tengok pusing belakang.” Balas Amsya sambil mengambil tuala dari tangan Alia. Alia menjuih bibir pada Amsya.

Amsya terus masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Beberapa minit kemudian dia keluar dilihatnya Alia di sofa sedang bermain game ditelefon bimbitnya. Amsya memakai baju dan seluar tiga suku kemudian menyikat rambutnya. Selepas itu dia menghala ke arah Alia lalu duduk disebelah kanan Alia. Alia berpaling pada Amsya disebelahnya.

“Ni kenapa duduk dekat-dekat, jauhlah sikit.” Arah Alia, Amsya dengan sikap bersahaja meletakkan tangannya dibelakang memeluk bahu Alia.

“Eh, kenapa ni?” Larang Alia sambil menepis tangan Amsya dibahu kirinya. Amsya buat tidak endah.

“Relakslah bukan buat apa pun.” Balas Amsya, kepalanya disandarkan belakang kerusi ditonggokkan kepalanya ke atas memandang siling kemudian matanya dipejamkan. Alia berpaling pada Amsya, dia menyiku sedikit perut Amsya.

“Apa, diamlah penat ni.” Kata Amsya.

“En.Amsya esok awak keluar tak?” Tanya Alia.

“Kenapa?” Balas Amsya.

“Saya nak keluar esok boleh?” Tanya Alia bermanja.

“Nak ke mana?” tanya Amsya matanya masih dipejamkan.

“Nak ke rumah kawan ada majlis harijadi, Lia nak pergi dengan Syafikah, boleh?” Mintanya dengan manja dan mengoda.

“Boleh, abang ikut sekali.” Balas Amsya bersahaja. Terkejut Alia.

“Hah…” Alia bangun dari sofa. Amsya membuka matanya memandang Alia tercegak didepannya.

“Aduh!…En.Amsya. Kitakan sudah janji Lia bagitahu je mana Lia nak pergi, awak mesti izinkan.” Kata Alia mengungkit janji mereka.

“Abang izinkan Lia pergi.” Balas Amsya.

“Betul tapi awak ikut sekali. Saya nak pergi dengan Syafikah saja.”

“Majlis harijadi, lelaki perempuan? Tadi keluar dengan siapa? Izwan?” Tanya Amsya kurang senang Alia keluar dengan lelaki lain tanpa izinnya.

“Tak kisahlah lelaki perempuan. Tadi keluar dengan buah hati.” Jawab Alia sengaja membakar hati Amsya.

“Dah ada buah hati sekarang. Siapa? Kata nak kenalkan dulu pada abang.” Tanya Amsya juga menagih janji Alia.

“Nanti Lia kenalkanlah. Boleh ke tidak boleh?” Tanya Alia memandang Amsya dengan masam. Amsya tidak menjawab soalan Alia, dia meletakkan lengannya diatas dahi beberapa minit. Alia kemudian duduk dengan marah disisi Amsya.

Amsya bangun lalu turun ke tingkat bawah. Alia memandangnya bersahaja, dia mengeluh Amsya tidak menjawab persoalannya. Alia juga turun ke bawah, duduk disebelah umminya. Amsya bangun menghala pada Alia, dia menarik tangan Alia.

“Mari…duduk sama abang.” Arah Amsya. Alia tidak dapat melawan dan berkata apa-apa apabila berada didepan umminya terpaksa jugalah dia duduk disebelah Amsya. Rimas Alia apabila Amsya memeluknya. Bisik hatinya. “Aduh…Amsya ni, tadi dahlah duduk dengan dia sekarang pula. Ini yang malas jumpa dia. Macam mana aku nak buat? Nak jauhkan diri dari dia? Malam ni dah dapat agak dah mesti suruh tidur dengan dia. Hah! Tiba-tiba Alia teringatkan sesuatu.” Dia mengangguk kepala sendirian.

Terpaksalah Alia bermanis muka depan umminya.

“Lia naik dulu, ada kerja sikit nak buat.” Minta izin Alia pada Amsya.

“Kerja apa? tak payah duduk je sini. Teman abang tengok tv.” Arah Amsya melarang Alia. Dia tahu Alia sengaja tidak mahu layan dia. Alia sudah gelisah apabila Amsya tidak mengizinkan dia masuk bilik. Umminya mengkerling mereka berdua, nampak sangat Alia gelisah dalam pelukkan Amsya. Bisik hati Puan Anis. “Apa tak kena dua orang ni, mesti ada apa-apa yang disembunyikan.”

Sekali lagi Alia mencuba. “Abang, jomlah kita masuk bilik, Lia mengantuklah.” Ajak Alia cuba mengoda agar Amsya mengikutnya. Amsya melihat jam 10.30 malam.

“Nanti dulu cerita tak habis lagi, abang nak tengok cerita sampai habis. Lia mengantuk tidur je di sini, mari.” Balas Amsya sambil menepuk pehanya menyuruh Alia tidur atas pehanya. Alia mengeleng. Amsya memegang kepala Alia dan merebahkan kepala Alia dibahunya.

Mata Alia menjeling muka Amsya. Amsya membalas lirikan mata Alia. Alia membisikkan sesuatu pada Amsya.

“kenapa buat macam ini, lepaslah.” Arah Alia mukanya dimasamkan. Amsya membalas bisikkan itu. “Kata mengantuk tidur sini, nanti abang kejutkan.” Alia tidak membantah apabila melihat Puan Anis sedang memandang mereka.

“Am, ummi naik kereta Syafikah, cantik…patutlah Lia suka. Boleh Am beli untuk Lia?” Pinta Puan Anis pada anak tunggalnya. Amsya berpaling sedikit memandang Alia dibahunya. Ditanyanya Alia.

“Sayang nak kereta itu ke?” Alia mengangkat kepalanya dari bahu Amsya. Dia tengok Amsya dan mengeleng kepala.

“Kalau Am tanya Lia memang dia tak mahu. Lia bukan nak minta apa-apa pun, ummi suruh Am beli boleh ke tak?” Tanya umminya sekali lagi.

“Ummi, Lia kan sudah bagitahu Lia tak nak, Lia sudah ada kereta.” Balas Alia menghalang umminya.

“Nanti Am belikan.” Jawab Amsya tersenyum pada umminya. Alia bermasam muka pada Amsya, Alia menarik nafas kemudian menghempusnya dengan kecewa.

“Lia tukar je kereta tu.” Cadang Puan Anis. Sekali lagi Alia mengeluh.

“Lia naik dulu, mengantuklah.” Pinta Alia terus bangun dengan perasaan kecewa pada Amsya. Amsya tahu Alia marah.

“Ummi, Amsya naik dulu.” Kata Amsya pada umminya. Dia turut bangun meninggalkan umminya keseorangan.

Sampai dalam bilik Alia termenung sendirian dengan wajah yang muram dan kecewa dengan Amsya yang selalu mengikut apa saja arahan umminya. Amsya masuk ke biliknya melihat Alia termenung, dia mengambil bagnya lalu mengeluarkan wang berjumlah dua ribu kemudian duduk disebelah Alia dan menghulurkan duit itu pada Alia.

“Duit apa ni? Awak nak beli saya malam ini ke?” Soal Alia garang menjeling tajam pada Amsya.

“Duit belanja Lia bulan ini.” Balas Amsya. Alia mengambilnya melihat duit itu.

“Berapa ni?” Tanya Alia.

“Dua ribu.” Jawab Amsya perlahan.

“Eleh…dua ribu aje. Mana cukup en.Amsya maintenance saya tinggi sekurang-kurangnya lima ribu. Tak apalah ambil balik duit awak ni, saya tak nak.” Kata Alia sambil menyerahkan duit itu ke atas tangan Amsya. Sengaja membakar hati Amsya dengan sikap poyonya. Dia menyambung lagi kata-katanya.

“Seperti yang saya janji dengan awak, saya tidak akan tuntut apa-apa hak saya sebelum dan selepas kahwin. Awak simpan duit untuk keperluan awak dan isteri awak nanti. Saya halalkan semuanya.” Tidak terkata Amsya dengan sikap Alia. Terdiam seketika.

“Esok kita pergi tengok kereta?” Pujuk Amsya. Alia mengeluh kecil. Bisik hatinya “Amsya betul-betul anak yang baik.” Mahu saja Alia menitiskan airmata dengan kebaikan Amsya. Kali ini Alia bersuara lagi.

“En.Amsya, awak ni kenapa? saya tahu awak baik. Tapi takkanlah semua benda ummi suruh awak buat. Cuba ikhlaskan hati awak tu, jangan semua yang ummi suruh awak buat.” Komen Alia, tension dia sambil memegang kepalanya merenung Amsya.

Dia tahu Amsya baik, dia tidak boleh mengambil kesempatan atas kebaikan Amsya. Sebak hatinya tidak dapat ditahan airmatanya keluar jua. Amsya merenung Alia, tidak tahu apa yang ada dalam hati Alia, dia cuba mengenali Alia kenapa Alia selalu menangis dan selalu menolak pemberiannya. Dengan suara yang sebak Alia bersuara.

“En.Amsya…saya kahwin dengan awak, saya ikhlas nak bantu awak dengan kekasih awak. Saya taknah apa-apa dari awak, saya nak jaga ummi je. Tak perlu nak beli kereta pada saya. Tidak berbaloi En.Amsya, kita tahu nasib kita lepas ni. Awak sanggup ke beli kereta untuk saya?” Alia berhenti disitu airmatanya terus mengalir. Amsya juga terdiam mahu saja dia memberitahu Alia yang dia mencintai Alia. Dan memeluk Alia disitu. Tak pernah Alia mengambil kesempatan ke atasnya. Amsya mengeluh kecil.

Jawab Amsya perlahan. “Saya sanggup beli kereta pada Lia.” Alia memejam mata mendengar jawapan Amsya makin mengalir airmatanya.

“Ya Allah…Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak sanggup beli cash kereta untuk saya beratus ribu ringgit untuk ambil hati ummi. Kemudian tundakan perkahwinan awak. Lama mana lagi kekasih awak nak tunggu? Kalau awak ikut semua kemahuan ummi. Awak nak beli kereta buat loan awak? Saya tidak kisah sebab itu bukan kereta saya. Bila kita bercerai nanti awak boleh ambil balik. Atau awak nak buat loan saya? Kalau saya layak sekalipun lepas ini bulan-bulan siapa nak bayar? Awak?. Apa kata isteri awak nanti? Awak kahwin dengan saya pun sebab ummi. Cukuplah En.Amsya.” Terasa juga hati Amsya dengan kata-kata Alia keikhlasan cintanya belum lagi berbalas dan disalah ertikan. Bisik hatinya “Lia tidak ada perasaan ke walaupun sedikit pada aku.” Terkeluar juga airmatanya.

Alia mengesat airmatanya apabila melihat Amsya menangis. Tidak pernah dia melihat lelaki menangis didepannya.

“En.Amsya, maafkan Lia, Lia bukan nak sakitkan hati awak.” Menyesal Alia dengan kata-katanya tadi sehingga membuatkan Amsya menangis. Bisik hati Amsya “Apa alasan aku nak bagi pada Lia.” Dia teringat yang Alia tidak suka dia bersedih.

“Tak, Lia tak salah pun. Betul kata Lia. Tapi abang ikhlas kahwin dengan Lia. Sekarang abang ada masalah dengan kekasih abang. Abang tak tahu macam mana nak rancang perkahwinan abang dengan dia.” Jawab Amsya dengan sedih cuba menarik perhatian Alia.

“Kenapa? dia sudah tahu awak kahwin dengan saya?” Tanya Alia berhati-hati takut Amsya terasa hati.

“Tak. Tak ada kena-mengena dengan Lia. Abang terasa hati, sakit sangat apabila tahu dia keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan dan minta izin abang.” Jawab Amsya bersahaja sengaja mengenakan Alia untuk mengetahui hati Alia. Apa yang diluahkan itu adalah perasaannya terhadap Alia. Alia terdiam dan mengangguk kepala faham dengan situasi Amsya. Dia bertanya lagi pada Alia.

“Macam mana perasan Lia, kalau Lia dapat tahu orang yang Lia cinta keluar dengan orang lain?” Teringat Alia pada Zafrul bagaimana perasaannya apabila tahu Zafrul mencintai Sara. Perlahan Alia memegang tangan Amsya.

“Am, awak sayang dan cinta diakan?” Amsya mengangguk, bisik hatinya “Aku sayang kau Lia.”

“Awak kena jaga dia, selalu bersama dia, jangan bagi peluang dan ruang pada orang lain dekat dengannya. Awak akan kecewa. Kalau awak selalu bersama dia, dia akan rasa selamat dan menghargai awak. Awak pujuk dia dan jaga hati dia. Kita keluar esok, awak pergi jumpa dia. Awak izinkan saya keluar dengan Syafikah esok, boleh?.” Pujuk Alia.

Amsya terdiam bisik hatinya. “Yang kau bagitahu isi hati kau ke Lia. Aku dah dapat jawapannya untuk pikat kau Lia. Tak sia-sia aku berlakon. Kalau orang lain pandang wang ringgit saja Lia. Tapi kau perlukan hati seseorang untuk menyayangi kau. Aku tak akan bagi peluang dan ruang pada orang lain dekati kau.”

Alia masih melihat Amsya terdiam dan memikirkan sesuatu.

“Am, awak okey. Pergilah tidur jangan fikir nanti kita selesaikan. Pasal nak beli kereta tu nanti Lia bagi alasan pada ummi.”

“Alasan apa Lia nak bagi?” tanya Amsya.

“Jangan risaulah. Lia akan bagitahu ummi, Am sudah banyak habis duit untuk perkahwinan kita termasuk majlis kahwin dirumah aki, Lia akan bagitahu semua Am tanggung…Okey.” Cadang Alia. Amsya mengeleng kepala. Bisik hatinya “Ada saja alasan Alia, ligat betul si Lia ni. Aku tidak keluar duit pun untuk perkahwinan ini. Duit hantaran masih ada dengan aku.”

“Pergilah tidur, Lia nak tidur ni.” Arah Alia. Amsya memegang tangan Alia dan menariknya.

“Jom tidur dengan abang.” Ajak Amsya. Alia mengeleng dia menarik tangannya dari pegangan Amsya. Dia merebahkan diri disofa. Amsya mengeluh lalu membawa dirinya ke katil membaringkan tubuhnya. Amsya cuba melelapkan matanya tapi gagal.

Alia tidak dapat tidur apabila dia teringat akan kerjanya dia mendapat idea dan concept tentang projeknya di Johor. Dia menunggu disitu beberapa minit sehingga Amsya tertidur untuk ke bilik umminya.

Amsya bangun melihat Alia disofa. Dia tidak tahu sama ada Alia sudah tidur atau tidak, namun dia tidak kisah. Tidak boleh tidur dia kalau tidak mencium Alia. Dia menghala ke Alia perlahan dia melutut didepan Alia atas sofa kemudian mendekatkan mukanya pada muka Alia. Alia tahu Amsya ada didepannya dia membiarkannya Amsya merenungnya. Alia sengaja buat-buat tidur supaya Amsya akan terus tidur selepas itu dan dia boleh ke bilik umminya.

Amsya menyentuh pipi Alia dan membelainya dengan lembut. Berderau darah Alia berdiri bulu romanya. Perlahan-lahan Amsya mencium pipi Alia kemudian bibir Alia pula menjadi mangsa ciumannya beberapa minit. Alia menahannya. Amsya tersenyum bisik hatinya “Boleh runtuh iman aku. Alia ni betul ke tak terasa. Tidur mati ke apa?” Runggut Amsya. Kemudian dia bangun ke katilnya semula. Bisik hati Alia “Kenapa dia selalu mencerobohi aku, tapi aku suka dia cium dan peluk aku. Macam mana kalau aku terjatuh cinta dengannya?” Alia membuka matanya perlahan-lahan dia menoleh ke katil Amsya.

Walaupun dalam cahaya yang suram dia dapat tengok Amsya dengan jelas. Tapi Amsya belum tidur, dia memejamkan semula matanya cuba mendengar dengkuran halus Amsya apabila dia sudah tidur. Lama juga Alia melayani perasaannya sendirian sambil mengingati lelaki yang ada disisinya kini. Satu-persatu gambaran jejaka bermain dalam fikirannya terutama wajah Zafrul dia tersenyum kemudian Izwan samar-samar wajah itu cuba diingatnya selepas itu wajah putih milik Tengku Badri. Tapi tiba-tiba wajah Amsya timbul dalam fikirannya tersenyum puas menatapi wajah itu dalam fikirannya. Dia terdengar dengkuran halus dari Amsya, dia tahu Amsya sudah tidur. Dia bangun perlahan-lahan menuju ke katil menatap sekejap wajah kacak Amsya yang sedang tidur.

Kemudia perlahan dia membuka pintu bilik menuju ke bilik umminya. Sampai sahaja di muka pintu tombol dipulas perlahan dan membukanya perlahan dia melangkah masuk. Terlebih dahulu dia menjenguk umminya lalu diciumnya. Umminya tersedar.

“Lia.” Panggil umminya.

“Ya” Jawab Alia juga perlahan.

“Kenapa ni? Lia tidak tidur lagi? abang sudah tidur?” Tanya Puan Anis lembut.

“Lia ada kerja sikit nak buat. Abang Am sudah tidur. Ummi tidurlah dulu, maaf Lia menganggu.” Balas Alia. Dia bangun ke meja bacaan mengeluarkan laptopnya kemudian mengambil kertas lukisan untuk membuat lakaran bagi projek terbarunya. Banyak ideanya yang timbul pada malam itu, dia terus membuat kerjanya tanpa disedarinya jam sudah menunjukkan pukul 3.50pagi. Puan Anis bangun untuk ke tandas terkejut dia apabila melihat Alia masih dimeja bacaan. Selepas ke tandas Puan Anis menghampiri Alia.

“Lia, tidak tidur lagi ke? Sudah pukul berapa ni?” Ujar umminya sambil melihat jam dinding biliknya. Alia memandang Puan Anis disebelahnya tersenyum manis sambil merangkul pinggang Puan Anis.

“Lia belum siap lagi buat kerja ni. Sikit lagi, ummi pergilah tidur.” Balasnya dengan sopan.

“Dah pukul 4.00pagi ni. Pergilah tidur dulu. Lia buat apa ni?” Pujuk Umminya.

“Lia tengah buat sketch design untuk projek Johor. Idea tengah datang ni…Kejap lagi Lia tidur.” Jawabnya sambil menoleh wajah umminya dan tersenyum.

“Jangan lama sangat tinggal suami tidur sorang-sorang.” Nasihat umminya. Alia tersengih dan mengangguk kepala. Puan Anis menyambung tidurnya. Alia terus membuat kerja, tiba-tiba matanya sudah mengantuk perlahan-lahan terpejam dan dibukanya namun matanya sudah berat untuk terlelap. Akhirnya Alia tertidur dimeja bacaan.

Puan Anis sekali lagi terjaga dia melihat jam pukul 5.30pagi. Dia bangun apabila melihat Alia tertidur dimeja, dia memerhati hasil kerja Alia. Berbisik hatinya. “Lia ni kerja apa sebenarnya, kerani apa?” lalu dikejutnya perlahan.

“Lia…bangun tidur dalam bilik.” Alia tersedar dari tidurnya apabila dikejutkan oleh umminya. Dia bangun.

“Lia masuk bilik dulu ummi.” Katanya sambil berjalan terhuyung-hayang. Puan Anis mengeleng kepala. Dia mengemas barang Alia di atas meja.

Puan Anis menyediakan sarapan pagi pada hari itu. Amsya turun dari biliknya dia menuju ke dapur melihat umminya menyediakan sarapan.

“Morning ummi.” Sapanya. Puan Anis berpaling kebelakang melihat anak tunggalnya itu.

“Morning. Lia sudah bangun.” Balas umminya.

“Sudah. Tengah mandi, Am bangun tadi tengok dia tidur dengan kain sembahyang. Ingat dah mandi.”

“Mengantuklah tu, pukul berapa tidur semalam?” Tanya umminya sengaja serkap Amsya.

“Tidur awal semalam. Mengantuk apanya.” Jawab Amsya. Umminya tahu Amsya tidak sedar Alia tidak ada dalam biliknya semalam.

“Am ni kan, kalau isteri lari pun tak sedar. Semalam Lia pukul 5.30 pagi baru masuk tidur dalam bilik Am. Pukul berapa dia bangun buat kerja semalam sampai pagi pun tak tahu, tak sedar.” Omong umminya membuatkan Amsya terkejut. Terdiam dia seketika.

Umminya berkata lagi. “Am tahu ke Alia kerja sebagai kerani apa?” Soalan yang menjerat Amsya. Tidak pernah dia tanya lebih lanjut kerja Alia kerani apa.

“Entahlah ummi. Kerani apa?” Disoal umminya kembali.

“Ya Allah budak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Am tidak ambil tahu ke pasal Alia. isteri kerja apa pun tak tahu.” Bebel umminya, mengeleng kepala. Amsya terdiam lagi mengaru kepala yang tidak gatal.

“Cuba Am pergi tengok dalam bilik apa dia buat.” Arah umminya. Amsya tengok umminya bersahaja lalu bangun ke bilik umminya. Dia menghampiri meja bacaan ada komputer riba Alia dan buku lukisan serta gran tanah di atasnya. Dia membuka buku lukisan itu satu persatu, dilihatnya lukisan yang dilakaran oleh Alia. Berkerut dahinya melihat lakaran hotel dan concept yang dibuat oleh Alia. Tapi dia belum faham. Kemudian menutup semula buku lukisan itu. Bisik hatinya “Lia seorang pelukis ke?”

Dia keluar dari bilik umminya kemudian ke biliknya, ditengoknya Alia tidur semula selepas mandi apabila melihat rambut Alia masih lagi dibalut tuala. Danial Amsya menarik nafas panjang dan merenung wajah Alia, hatinya bersuara. “Banyak yang aku belum tahu tentang dia, aku ikhlas mengkahwinimu sayang.” Jarinya menentuh lembut pipi gadis itu. Alia mengerakkan tubuhnya apabila terasa disentuh,dia membuka matanya sedikit dan tersenyum pada Amsya didepannya.

“Sayang tidur lewat semalam?” Tanya Amsya membalas senyuman Alia. Alia bangun mengeliatkan badannya.

“Haaaa…mengantuklah.” Jerit Alia perlahan. Tiba-tiba dia teringat cadangan Syafikah idea untuk keluar hari ini. Dia cuba mengoda Amsya.

“En.Amsya, awak nak tidur dengan saya tak malam ini?” Soal Alia mengoda, tersenyum manis matanya dikelip-kelip pada wajah Amsya.

Hati Amsya bersuara. “Ini mesti nak minta apa-apa.”

“Naklah siapa tak nak tidur dengan isteri.” Jawab Amsya cuba mengorek rahsia Alia.

“Kalau macam itu awak bagi saya keluar hari ini. Malam ini Lia tidur dengan awak.Boleh?” Pujuk Alia. Amsya tersengih dan bersuara

“Kan abang dah bagitahu, abang izinkan Lia keluar.” Jawab Amsya bersahaja.

“Betul tapi Lia kena keluar dengan awak. Lia nak keluar sorang.” Balas Alia dengan manja. Amsya merenung wajah Alia yang sudah menunjukkan muka moyok.

“Maaf sayang, abang tak boleh izin sayang keluar sorang-sorang. Tak apalah Lia tak tidur dengan abang pun. Jom turun makan.” Jawab Amsya sambil mengajak sempat dia mencubit pipi dan hidung Alia kemudian menarik tangan Alia.

Hati Alia bersuara. “Aduhhhh…tak makan saman, dia tak nak tidur dengan aku. Macam mana aku nak buat ni? Nak lepaskan diri. Parah ni.” Alia mengeluh kecil.

Selepas sarapan pagi itu Alia ke ruang laundry untuk membasuh kain. Kemudia dia ke ruang tamu dimana Amsya sedang membaca surat khabar dan Puan Anis sedang mengait. Alia menghampiri Puan Anis dia duduk disebelah umminya lalu merebahkan diri diatas peha Puan Anis. Alia rasa mengantuk matanya dipejamkan. Puan Anis mengusap rambut Alia yang lembut perlahan-lahan. Amsya sesekali menjeling ke arah mereka. Terasa cemburu juga dihatinya melihat kemanjaan Alia. Getus hatinya “Kenapa Lia tidak manja begitu dengan aku. Aku saja yang nak dekat dengan dia.” Amsya bangun menuju ke arah umminya, perlahan dia mengejutkan Alia.

“Sayang…sayang mari tidur dengan abang.” Pujuknya sambil menarik lembut tangan isterinya.

“Am kenapa kacau Lia tidur.” Tegur umminya. Amsya tidak menjawab persoalan umminya sekadar tersenyum dia membawa Alia duduk disebelahnya.

“Tidur sini.” Arah Amsya lembut menepuk pehanya. Alia mengeleng, dia masih lagi berfikir macam mana nak lepaskan dirinya keluar ke rumah Zafrul petang ini. Dia terpandang chess dalam almari, tersengih sendirian dia mendapat idea. Apabila berada didepan umminya terpaksalah berabang dengan Amsya.

“Abang…kita lawan chess nak?” Ajaknya. Amsya faham dengan isyarat Alia, dia tersengih dijawabnya.

“Okey. Pandai ke?” tanya Amsya.

“Pandailah, kita tengok siapa menang. Ini Alia Nasuhalah!” Balas Alia menunjuk pada dirinya sendiri.

“Pergi ambil, kita lawan.” Jawab Amsya. Alia bangun mengambil catur dalam almari kemudian kembali pada Amsya, dia mengatur buah catur mengikut susunan.

“Jalan.” Arah Alia sepatah.

“Lady first.” Balas Amsya.

“Okey.” Alia mengerakkan buah caturnya

Permainan bermula masing-masing mengatur strategi. Apabila sampai giliran Amsya, Alia sengaja menyanyi dan berbual ikut suka hatinya bagi menganggu konsentrasi Amsya. Amsya masih lagi berfikir untuk mengerakkan permainannya.

“Cepatlah lamanya fikir, lembab.” Kata Alia. Amsya memandangnya.

“Sedapnya bahasa. Tunggulah ini main chess bukan dam…ini permainan berfikir.” Jawab Amsya.

“Iyalah tapi lama sangat…jalanlah mana-mana buah tu. Ha…gerakkan kuda tu ke kanan.” Arah Alia. Amsya mengeleng kepala dia tahu kalau dia ikut arahan Alia dia akan kalah.

Bisik hatinya. “Bijak juga si Lia ni. Aku sudah kena kepong ni kalau dia ‘Checkmate’ aku mampus.” Alia sedang menyanyi-nyanyi mengerakkan tubuh dan kepalanya sesekali menoleh Amsya. Amsya mengerakkan buahnya apabila Alia sedang leka.

“Dah jalan cepat sikit.” Arah Amsya pula kali ini.

“Abang jalan yang mana?” tanya Alia. Dia tidak tengok Amsya mengerakkan buahnya.

“Carilah sendiri.” Jawab Amsya. Alia meneliti setiap buah catur itu berfikir sejenak.

“Main tipu kan?” Soal Alia marah apabila buahnya juga kena kepong.

“Mana ada abang tipu. Cepat sikit.” Arah Amsya “Alahh…kata orang, dia lagi lembab.” Alia tidak mengendahkan kata-kata Amsya. Buahnya juga sudah dikepong dia cuba mengerakkan queen tapi king akan mati.

Amsya tergelak melihat Alia sedang berfikir.

“Diamlah” marah Alia. Umminya sedikit tergelak melihat anak menantunya bermain. Suasana dalam rumah itu kembali ceria dengan gelak ketawa mereka. Puan Anis tersenyum lebar dia bersuara.

“Kalau riuh macam ini tidaklah sunyi sangat ummi.” Mereka berpandangan kemudian menoleh kearah umminya. Alia bangun mendapatkan umminya.

“Kenapa ummi sunyi ke? Lia kan ada.” Kata Alia tersenyum.

“Iye…Lia ada tapi kalau ada budak-budak lagi seronok. Apa kata Lia bagi cucu pada ummi. Macam mana Am?” Balas umminya membuatkan Alia tergaman dan terkejut terbeliak anak matanya. Terpaku dia disitu. Amsya tersengih nakal.

“Am okey je. Tanya menantu ummi lah.” Jawab Amsya bersahaja. Alia menjeling pada Amsya apabila mendengar kata-kata Amsya.

“Macam mana Lia?” tanya umminya. Alia tersengih.

“Tak ada rezeki lagi ummi. Lagipun baru je kahwin, awal lagi. Tak puas lagi bermanja dengan abang.” Jawab Alia mengenakan Amsya.

Bisik hati Amsya “Pandai kau jawab Alia. Tak ada rezeki, nanti kau.”

Sedang asyik mereka berbual sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Shasha keluar lalu meluru masuk ke dalam rumah dengan memberi salam. Alia bangun bersalam dengan Shasha, hatinya berkata “Shasha ni mesti datang nak pikat Amsya balik. Tak boleh jadi ni aku mesti selamatkan Amsya dari Shasha.”

Shasha bersalam dengan puan Anis kemudian duduk bersebelahan Amsya. Alia terus bersuara dan menarik tangan Amsya.

“Abang Am. Jom lah kita keluar.” Ajak Alia. Mereka naik ke atas untuk menukar baju.

“Shasha datang sorang ke? Dari mana? Mami kamu sihat?” Soal Puan Anis pada Shasha. Shasha terpaksa senyum depan mak ngahnya.

“Dari rumah. Mami sihat, dia kirim salam.” Jawab Shasha kurang bersemangat. Pelik rasanya dia apabila melihat kemesraan Alia dengan Amsya. Selalunya Alia akan memberi peluang padanya mendekati Amsya.

Beberapa minit kemudian mereka siap untuk keluar. Mereka berjumpa Puan Anis untuk meminta izin.

“Ummi kami pergi dulu.” Kata Alia. Shasha yang ada disitu menyampuk.

“Sha ikut sekali. Boleh tak abang Am.” Pujuk Shasha. Belum sempat Amsya bersuara Alia terlebih dahulu memberi jawapan.

“Ehhh…tak boleh. Kita orang ada kerjalah. Lain kali. Kebetulan Shasha datang tolong jaga ummi.” Arah Alia. Amsya dan Puan Anis tergelak dengan gelagat Alia.

“Bye ummi.” Ujar Alia sambil menarik tangan Amsya. Mereka bergerak ke kereta.

“En.Amsya tunggu kejap.” Pesannya. Alia dengan pantas berlari ke keretanya mengambil hadiah untuk Puan Suhaila. Kemudian kembali ke kereta.

“Apa tu?” Tanya Amsya. Kereta Fairladynya bergerak meninggalkan rumah umminya.

“Ini, hadiahlah.” Kata Alia sambil mengeluarkan sedikit bag yang dibelinya dari paper bag. Amsya melihatnya.

“Harijadi kawan Lia tu perempuan ke?” Tanya Amsya apabila melihat handbag yang ditunjuk oleh Alia.

“Iya lah, kawan baik mama. Boleh Lia pergi tak? Bukan Lia tak nak bawa awak tapi mereka tak tahu Lia sudah kahwin. Untuk pengetahuan awak, Lia memang tak bagitahu semua kawan-kawan papa dan mama yang Lia sudah kahwin.” Jelas Alia. Amsya terdiam, dia faham.

“Dimana rumahnya?” Tanya Amsya.

“Shah Alam seksyen 7 boleh hantar Lia tak? Lepas tu awak pergilah jumpa kekasih awak.” Cadang Alia.

“Baiklah abang hantar Lia ke sana tapi ingat abang bagi masa setengah jam saja. Lepas tu abang datang ambil Lia. Boleh?”

“Setengah jam. Mana cukup. Satu jam. Lia nak makan lagi nak berbual dengan aunti Suhaila lagi pun sudah lama Lia tidak jumpa dia. Pleasesssss….” Pinta Alia pohon belas kasihan dengan kedua tangannya dirapatkan dan wajah sedihnya merenung Amsya. Walaupun hari raya lepas dia sudah berjumpa dengan Puan Suhaila tapi dia tidak berkesempatan berbual panjang.

Amsya membalas renungan itu dengan tersengih melihat gelagat manja Alia. Dia memegang tangan Alia kemudian melepaskannya lalu bersuara.

“Baiklah. Tapi lepas itu Lia kena follow abang.” Balasnya bersyarat. Alia mengangguk.

“Tapi awak nak bawa Lia ke mana?” Tanya Alia kerisauan berkerut dahinya.

“Jangan risaulah bukan bawa lari pun.” Balas Amsya. Dia menghala keretanya ke Shah Alam. Setengah jam perjalanan mereka sampai di depan rumah Zafrul. Belum sempat Alia turun, Amsya menarik tangannya.

“Cium abang dulu.” Pinta Amsya tegas.

“Tak ada dalam syarat pun tadi.” Balas Alia bermasam muka.

“Nak pergi ke tak nak?” soal Amsya kembali. Alia menghela nafas mengeluh, terpaksalah dia mencium pipi Amsya. Tersenyum manis Amsya.

“Ingat satu jam dari sekarang. Abang tunggu kat sini. Kalau Lia tak keluar abang masuk.” Arah dan syarat yang diberi Amsya. Alia mengangguk, dia keluar dari kereta lalu memasuki halaman rumah Zafrul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku