Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 47
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6962

Bacaan






Alia memberi salam sampai sahaja didepan pintu utama. Salam itu disambut oleh En. Sukri yang ada di ruang tamu. Alia melangkah masuk dia menundukkan kepala tanda hormat pada papa Sukrinya.

“Apa khabar uncle?’ Sapa Alia.

“Khabar baik. Lia macam mana sihat?” Balas En.Sukri.

“Sihat uncle…aunti mana?” Tanya Alia apabila kelibat yang lain tidak kelihatan.

“Aunti ada kat dapur tu, tengah masak dengan Zulaika.”

“Lia ke dapur dulu uncle.” Minta izin Alia. Dia terus ke dapur mendapatkan Puan Suhaila.

“Assalamualaikum.” Alia memberi salam apabila sampai diruang dapur. Puan Suhaila dan Zulaika berpaling serentak. Tersenyum sambil menjawab salam. Alia mendapatkan Puan Suhaila dan Zulaika bersalam serta memeluknya.

“Aunti apa khabar?”

“Khabar baik.” Jawab Puan Suhaila tersenyum manis didepan gadis yang dikenalinya dari kecil.

“Selamat harijadi aunti. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sihat selalu.” Ucap Alia kemudian mencium pipi Puan Suhaila.

“Ini hadiah dari Lia.” Alia menyerahkan paper bag ditangannya. Puan Suhaila menyambutnya.

“Terima kasih banyak-banyak. Lia masih ingat harijadi aunti.” Terharu Puan Suhaila dengan sikap Alia. Dia tahu Alia anak yang baik, anak kesayangan arwah sahabatnya itu yang dikenali dari muda.

Zafrul yang baru turun dari tingkat atas rumahnya terkejut apabila melihat Alia bersama mamanya didapur. Hatinya amat gembira apabila Alia berada didepannya. Dia menegur Alia…

“Lia dari mana ni, kenapa tak bagitahu nak datang?”

“Surprise.” Jawab Alia sepatah memandang Zafrul dikerusi makan.

“Aunti masak apa ni?”

“Masak spaghetti resepi Lia lah. Nak cuba jadi tak macam Lia buat. Sedap aunti makan masa Lia masak dulu.” Usik Puan Suhaila, Alia tersengih. Dia masih ingat lagi semasa membuat spaghettidirumahnya dijemput En.Sukri sekeluarga.

“Iyalah mama tu teringin sangat nak makan spaghetti Lia. Nak tunggu Lia buat tak tahu bila.” Sindir Zafrul menjeling manja pada Alia. Alia tertunduk malu.

“Betullah kak Lia, mama ni selalu tanya pasal kakak. Nak bagitahu rindu nak jumpa kakak malu. Kakak pula dah jarang datang sini sekarang. Tak macam dulu setiap minggu datang.” Balas Zulaika yang sedang memotong mushroom.

“Itu tak kahwin lagi. kalau kahwin lepas ni tak datang teruslah, agaknya.” Kata Zafrul mengenakan Alia. En.Sukri yang baru muncul dari ruang tamu menyampuk.

“Kalau macam itu Zafrul sajalah kahwin dengan Alia. Apa salahnya.” Tertelan liur Alia mendengarnya.

“Orang tak sudi papa, tak boleh nak paksa.” Jawab Zafrul bersahaja. Alia hanya mendiamkan diri sesekali dia menghela nafas.

Hatinya bersuara. “Bukan aku tak sudi tapi kau sudah ada buah hati sedang menunggu dan kau juga mencintainya. Kau jangan main perasaan aku Zafrul.”

“Zulaika, tolong buat air untuk kak Lia.” Arah Puan Suhaila.

“Tak payah susah-susah aunti. Lia singgah kejap saja.” Balas Alia memberi alasan supaya senang dia pulang sebagaimana janjinya dengan Amsya.

“Tengok, manalah dia sudi duduk rumah kita lama-lama mama.” Sindir Zafrul lagi.

“Ha, betul cakap abang tu kak Lia. Kakak sekarang banyak berubah tau.” Balas Zulaika, sambil menuangkan air pada Alia.

“Kalau ya pun makanlah dulu, dah masak ni.” Pujuk Puan Suhaila.

Amsya yang masih menunggu Alia disebuah parking kereta, dilihat jam tangan 10minit lagi masa yang diberikan untuk Alia. Dia menghidupkan engine keretanya terus menuju ke rumah tadi untuk menjemput Alia.

Sepuluh minit lagi masa yang diberi oleh Amsya akan tamat. Alia sudah siap makan,diaasyik menoleh jam tangannya. Kemudian pandangannya beralih pada Puan suhaila dan en.Sukri.

“Uncle, aunti rasanya Lia terpaksa pulang dulu, nanti ada masa Lia datang lagi.” Ujar Alia, dia bangun bersalam dengan Puan Suhaila dan Zulaika. Dia keluar diiringi oleh Zafrul menghantarnya hingga keluar rumah. Tidak terperasan Zafrul Alia datang dengan apa, apabila melihat kereta Alia tidak ada terus ditanyanya.

“Lia datang dengan apa?”

“Datang dengan kawan.” Jawab Alia berjalan menuju ke pintu pagar, Zafrul mengikutnya.

“Sekarang Lia nak balik dengan apa?” Soal Zafrul lagi pelik rasanya tidak pernah Alia datang tanpa keretanya.

“Kawan Lia datang ambil, kejap lagi sampailah tu. Tak apa abang masuklah, panas kat luar ni.” Jawab Alia dia cuba mengelak dari Zafrul menemaninya disitu, berkerut dahi mukanya pucat risau Zafrul ada di situ apabila Amsya sampai nanti. Sekali lagi dia memujuk.

“Abang pergilah masuk.” Zafrul memerhati Alia, nampak kegelisahan pada Alia apabila dia masih di situ.

“Abang teman Lia kat sini sampai kawan Lia sampai. Kalau dia tak datang abang hantar Lia. Kalau tak pun telefon dia tak payah datang, balik saja dengan abang.” Kata Zafrul membuatkan Alia serba salah.

Tiba-tiba Zafrul melihat sebuah kereta Fairlady berhenti didepan pintu pagarnya. Amsya juga tertengok Zafrul disebelah Alia apabila dia memberhentikan keretanya.

Danial Amsya berkata sendirian.”Oh my good, lelaki yang aku jumpa dulu. Siapa dia ni dengan Lia. Rupanya Lia datang rumah dia.”

“Bang, Lia pergi dulu ya.” Pinta Alia. Zafrul berkerut dahi melihat lelaki yang tidak dikenalinya menjemput Alia.

“Lia kejap. Siapa tu?” Tanya Zafrul sambil menarik tangan Alia. Amsya melihatnya dengan perasaan cemburu apabila Zafrul memegang tangan Alia. Alia menarik tangannya dari Zafrul terus berlari anak ke kereta Amsya tanpa menjawab persoalan Zafrul. Amsya terus menekan pedal minyak meninggalkan halaman rumah Zafrul. Dengan wajah yang mencuka Amsya mendiamkan diri. Dia amat kecewa hatinya begitu terguris.

Zafrul masuk ke rumahnya dengan seribu pertanyaan tentang Alia Nasuha sekarang. Terfikir dalam hatinya Lia tidak pernah keluar dengan lelaki bersendirian. Siapa lelaki itu?.

Alia memandang Amsya membisu lalu ditanya dengan sikap poyonya.

“En.Amsya, awak pergi mana tadi?” Amsya tersengih kelat, dia berlagak tenang walau hatinya sakit.

“Tak pergi mana pun, tunggu atas kereta je. Sudah dua kali abang jumpa budak tadi siapa dia?” Soalnya selamba.

“Anak kawan papa. En.Amsya kita nak ke mana ni? Shasha masih ada kat rumah tak?” Balas Alia dengan persoalan cuba lari dari Amsya terus bertanyakan tentang Zafrul.

Amsya teringat peristiwa keluar rumah tadi kenapa tiba-tiba Alia mengajaknya keluar setelah Shasha sampai. “Tadi kenapa lari dari Shasha?” Tanya Amsya cuba menguji.

“Bila pula Lia lari. Saya larikan awak dari dia, takut dia goda awak.” Jawab Alia dengan pantas. Terkejut Amsya dengan jawapan itu.

“Kenapa Lia cemburu ke? Sayang juga Lia pada abang.” Ujar Amsya sekali lagi menguji perasaan Alia.

“Hoi! Bukan cemburulah. Lia bawa awak lari sebab Lia tahu awak dengan Shasha bukan lagi kekasih. Nanti dia goda awak, macam mana pula awak dengan kekasih awak mesti ada masalah. Lambat pula awak nak kahwin…En.Amsya bila nak kahwin?.” Amsya terdiam dengan kata-kata Alia, mengeleng kepala.

Alia memerhati sepanjang jalan. “En.Amsya nak kemana ni?” Tanya Alia lagi.

“Kita pergi rumah abang.” Jawab Amsya selamba.

“Ini mesti ummi yang suruhkan.” Kata Alia. Amsya tersengih.

Shasha bangun dari sofa ke ruang dapur dimana Puan Anis sedang mengeluarkan sesuatu dalam peti ais.

“Mak ngah. Abang Am dan Lia pergi mana? lamanya dari pukul 10.30pagi lagi sekarang dah pukul satu. Mereka pergi beli lauk ke?” Tanya Shasha dengan keluhan.

“Manalah Mak ngah tahu. Biarlah mereka nak ke mana pun nak berduaan bermesra, nak privasi lepas rindu seminggu tak jumpa.”Jawab Puan Anis.

“Bermesraan apanya mak ngah. Mereka berdua bukan bercinta pun. Mereka tu berlakon saja depan mak ngah. Lia tu bukan ikhlas pun pandai berpura-pura, entah-entah ada rancangan lain. Manalah tahu nak bolot duit abang Am.” Kata Shasha menghasut Puan Anis. Puan Anis terdiam seketika.

“Hish…kamu ni Shasha macam mak kamu. Takkan lah Lia tu macam itu.” Balas Puan Anis marah.

“Mak ngah tak tengok ke? Ada ke si Lia tu layan abang Am.”Hasut Shasha lagi. Kali ini Puan Anis berfikir dan mengingati layanan Alia pada anaknya, ada betulnya kata Shasha.

“Cuba Shasha hubungi mereka?” Arah Puan Anis.

Dengan pantas Shasha mengambil telefonnya untuk menghubungi Amsya. Panggilan disambungkan. Amsya yang sedang memandu melihat skrin telefonnya apabila telefonnya berdering, dia menghulurkan telefon bimbitnya pada Alia.

“Apa ni?” Tanya Alia sambil menoleh pada Amsya.

“Tolong jawab.” Arah Amsya. Alia mengambilnya dilihat skrin panggilan dari Shasha, dia tersengih.

“Cari awaklah ni.” Kata Alia. Dia menjawab panggilan itu.

“Helloooo” Shasha sedikit kecewa apabila mendengar suara Alia yang menjawab telefon
Amsya.

“Hello. Alia dan abang kat mana?” Tanya Shasha.

“Saya kat jalanraya. Kenapa?” Jawab Alia, Amsya tersengih mendengar jawapan Alia bersahaja.

“Awak nak pergi mana?” Tanya Shasha tidak puashati dengan jawapan Alia.

“Saya sekarang tengah berdating. Awak nak bercakap dengan Amsya ke? Dia tengah sibuk sekarang, dia kena layan saya.” Shasha marah mendengarnya lalu diputuskan talian. Alia tergelak dapat mengenakan Shasha.

“Ha ha ha ha…dia letak telefon.” Kata Alia, dia menyerahkan kembali telefon itu pada Amsya.

“Dia nak apa?” Tanya Amsya matanya mengkerling pada Alia.

“Eh, tanya lagi dia nak apa? dia nak awaklah. Padan muka dia, ada hati nak kacau buah hati orang.” Jawab Alia bersahaja.

“Buah hati siapa?” Tanya Amsya cuba menguji Alia.

“Manalah saya tahu awak buah hati siapa? Buah hati kekasih awaklah.” Balas Alia dengan selamba.

“Ingatkan abang ni buah hati Lia.” Usik Amsya tersengih menoleh pada Alia. Alia membalas pandangan.

“Ho ho ho…tolong sikit. Buah hati saya, jangan mimpilah. Saya tidak akan bercinta dan tak akan jatuh cinta dengan awak.”

“Kenapa pulak, abangkan suami Lia.” Balas Amsya masih lagi menguji hati Alia.

“Suami…temporary je. Untuk pengetahuan awak sekali lagi, saya tidak akan jatuh cinta dengan kekasih orang. Saya tidak akan bagi semudah itu hati saya pada orang yang jelas akan menduakan saya, apa lagi lepas ni awak akan kahwin. heeeee…” Balas Alia sambil mengukit bahunya. Amsya sekadar mendiam diri dia tahu Alia tidak akan jatuh cinta dengan kekasih orang.

Alia menerima WhatsApp dari Tengku Badri. Dia membacanya dan melihat gambar yang dihantar oleh Tengku Badri padanya.

“Hai Lia, sedang buat apa tu? Maaf menganggu hujung minggu. Ini gambar saya dan anak saya.” Alia melihat gambar itu, dia tersenyum manis. Sudah mula ingatnya pada si Tengku Badri.

“Comelnya.” Satu perkataan keluar dari mulut Alia. Amsya melihatnya. Hatinya kurang senang.

“Siapa?” Tanya Amsya sepatah.

“Tengku Badri dan anaknya. Comelnya anak dia.” Puji Alia, Amsya melihat Alia terlebih sengih.

“Anaknya atau bapa yang comel? Tengku Badri, client Lia ke? Dah kahwin ke?” Tanya Amsya cemburu, tiba-tiba saja dia teringatkan Zafrul lelaki yang ada disebelah Alia tadi.

“Dua-dua comel. Awak tengok ni.” Kata Alia menunjukkan gambar tengku Badri dan anaknya. Amsya memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia mengambil telefon bimbit Alia kemudian melihat gambar yang dikirim oleh Tengku Badri.

“Kenapa dia hantar gambar pada Alia. Nanti gaduhlah pula dengan bini dia, Lia kata tak suka bercinta dengan kekasih orang, ini pula suami orang.” Sungut Amsya hatinya semakin sakit dan terguris.

“Memanglah dia sudah kahwin tapi sekarang dia tu duda. Isteri dia sudah meninggal semasa melahirkan anaknya. Kesiankan?... Encik Amsya, sesuai tak saya dengan dia? Dia duda, saya pula lepas ni janda. Okey tak?” Tanya Alia bersahaja membuatkan hati Amsya semakin terguris bagaikan sembilu. Dia mengeluh panjang terdiam seketika memberikan semula telefon itu pada Alia. Tanpa berkata apa-apa.

Alia sekali lagi bersuara dengan gaya poyonya. “En.Amsya tapikan dia tu keturunan ayam belanda, saya pula keturunan itik serati.” Kata Alia sambil tergelak meminjam kata-kata dari filem Musang berjanggut lakonan veteran P.Ramli.

Amsya juga tergelak dengan gelagat Alia. Walaupun hatinya terguris tapi usikkan Alia membuatkan hatinya terusik untuk ketawa bersama. Amsya membalasnya sambil meneruskan perjalanannya.

“Kalau dah tahu macamtu, memang tak sesuailah.” Jawab Amsya bersahaja. Alia memandang Amsya kemudian mengeluh.

Amsya memasuki kawasan kondominiumnya.

“Kita dah sampai ke?” Tanya Alia apabila melihat kondominium didepan pintu masuk dan seorang jaga membuka penghalang pagar.

“Iya.” Jawabnya pendek. Amsya terus menghala keretanya ke parking di bawah basement.

Shasha berdiam diri disofa depan tv bermasam muka. Puan Anis menghampirinya lalu bertanya.

“Ha, Shasha sudah telefon abang Am?”

“Dah. Alia yang jawab.” Jawabnya dengan kecewa.

“Apa kata Alia? Mereka ke mana?” Tanya Puan Anis lagi.

“Entahlah…buat sakit hati je cakap dengan Alia tu.” Rungut Shasha marah. Puan Anis mengeleng kepala mendengar rungutan dari Shasha.

Alia keluar dari kereta mengikut langkah Amsya. Masuk sahaja dalam lif Amsya menekan nombor 5.

“Rumah awak tingkat 5 ke?” Tanya Alia. Amsya sengaja tidak menjawab pertanyaan Alia, dia merenung Alia tajam membuatkan Alia kurang selesa dengan pandangan Amsya. Sampai sahaja di tingkat 5 Amsya menarik tangan Alia keluar dari lif terus ke rumahnya.

Alia memandang sekeliling ruang tamu rumah Amsya selepas Amsya membuka pintu rumahnya.

“Masuklah” Pelawa Amsya. Alia sekadar tersengih.

Hatinya bersuara “Alamak takkan aku nak berduaan dengan Amsya di sini.” Alia cuba berlagak tenang, dia memasuki rumah Amsya.

“Wowww…besarnya rumah awak ni.” Alia tergelak melihat suasana dalam rumah Amsya.

“Kenapa gelak? Apa yang tidak kena?” Tanya Amsya berkerut kening pada Alia apabila melihat Alia ketawa memperli dia.

“Iyalah, rumah besar tapi hodoh tak cantiklah, siapa yang buat interior rumah awak ni?” Tanya Alia bersahaja membuatkan Amsya merenungnya tajam. Alia tersengih lebar.

“Sedapnya bahasa, komen rumah orang pula. Eh, perabot ini mahal tau, carpet lagi semua barang mahal.” Balas Amsya kurang senang hati Alia mengomel rumahnya.

“Wahai encik Amsya, cuba tengok sendiri colour scheme rumah awak, koncep rumah. Entah konsep apa tak tahu. Tak ada konseplah encik Amsya. Dahlah langsir berbunga, carpet geometry, warna dinding dan sofa tak kena langsung. Perabot cantik tapi tak sesuai dengan jiwa awak. Siapa interior yang awak lantik?” Komen Alia.

“Tak engage orang interior pun, buat sendiri.” Jawab Amsya matanya berkelip-kelip pada Alia, malu pun ada apabila Alia mengomel rumahnya.

“Patutlah tak ada seni. Boleh saya tengok dapur awak?” Tanya Alia sambil berjalan ke ruang dapur. Amsya sekadar mengangguk. Sampai sahaja di ruang dapur Alia membuka cabinet, terkejut Alia apabila melihat tin biskut dan bungkusan meggi dalam cabinet.

“Encik Amsya, awak tak masak ke? Eh…kalau saya dapat rumah sebesar ini saya akan ubah semua dengan konsep yang menarik. Ini entah apa-apa. hahahah…” Komen Alia lagi. berderau darah Amsya apabila Alia mempertikaikan susun atur rumahnya.

“Hoi…Kalau pandai sangat buatlah.” Jawab Amsya buat-buat marah.

“Apa awak ingat saya tidak pandai ke nak hias rumah?” herdik Alia. Amsya mendekatinya ditepi peti ais. Memandang tajam anak mata Alia.

“Lia ubah jadikan rumah ini cantik dan menarik boleh?” Balas Amsya menguji kebijaksanaan Alia.

“Awak jangan cabar saya…awak ingat khidmat saya free ke? Nak bayarlah?” Uji Alia membuatkan Amsya semakin tercabar dengan kata-kata Alia.

“Baik, abang bayar. Berapa khidmat Lia untuk hiasan dalam rumah ini supaya lebih cantik. Abang nak tengok hebat dan professional setara mana isteri abang.” Alia tercabar dengan kata-kata Amsya. Alia menjengkel matanya ke arah Amsya sambil tersengih.

“Mana bilik utama, master bad?” Tanya Alia. Dia mengikut Amsya ke bilik utama. Amsya membuka pintu Alia terus masuk melihat sekeliling ruang itu cukup besar dan selesa. Sekali lagi Alia tersengih menyindir Amsya.

“Kenapa?” Soal Amsya keras.

“Bilik ini boleh cantik lagi.” Jawab Alia. Dia terpandang frame gambar di atas meja bucu katil dia mengambilnya. Menatap gambar Tengku Umairah, Alia tersenyum manis. Amsya tengok reaksi Alia yang memegang gambar itu. Terlupa dia untuk simpan gambar Tengku Umairah.

“Oh, inilah kekasih awak. Cantik… tapi seksa nak tengok, sesuai sangatlah dengan awak encik Amsya. Bila nak langsung?” Tanya Alia. Amsya sudah menduga soalan itu yang akan ditanya oleh Alia. Alia merenung gambar itu rasanya dia pernah berjumpa dengan gadis dalam gambar itu tapi lupa dimana. Amsya mengambil gambar itu dari tangan Alia kemudian meletakkannya kembali ditempat asal.

“Lia, kita tidur sini malam ini.” Ajak Amsya, mengalih pandangan Alia dari gambar Tengku Umairah. Risau kalau-kalau Alia teringatkan peristiwa Tengku Umairah menolaknya dulu. Alia tersengih dibuat-buat, bisik hatinya “Alamak, mati aku kali ini. Ini tak boleh jadi aku perlu selamatkan diri.” Namun untuk tidak menampakkan kegelisahan Alia membuat muka bersahaja.

“Kenapa tak bagitahu dari tadi, saya tak bawa baju.” Balas Alia memberi alasan.

“Alah itu senang saja. Kita pergi beli baju.” Balas Amsya sambil menarik kedua-dua tangan Alia ke pinggangnya. Alia memejam matanya seketika.

“Apa alasan aku nak bagi ni.” Soal hatinya sendiri. Alia membuka mata dan menoleh jam tanganya 2.45petang.

“Encik Amsya, saya belum solat zohor lagi. Kain sembahyang pun tak bawa.” Kata Alia meleraikan tangannya dari pinggang Amsya.

“Kain sembahyang ummi ada dalam bilik tetamu.” Jawab Amsya membuatkan Alia terkejut. Dia masih terfikir untuk melepaskan dirinya dari Amsya. Dia cuba berlagak tenang walaupun hatinya berdebar dan jantungnya bagaikan nak luruh berada didepan Amsya.

Amsya teringat baju yang dibelinya untuk Alia.

“Lia tunggu kejap.” Arah Amsya, dia menuju ke almarinya lalu mengeluarkan baju tidur yang dibelinya.

“Lia pakai baju ni malam ni.” Pinta Amsya sambil menghulurkan baju itu pada Alia. Terbeliak mata Alia apabila melihat baju tidur itu, tergaman seketika. Hatinya berkata lagi. “Oh my god, baju tidur perempuan ada dalam rumah dia. Ehhhh…dia ni perogol bersiri ke apa? matilah aku kali ini, kalau tak dapat lepaskan diri.”

“Cantiknya baju, seksa nak pakai ni? Baju siapa ni?” Soal Alia menguji.

“Baju Lia lah.” Jawab Amsya selamba. Alia tersengih tak tahu apa nak buat selain tersenyum. Cuba berlagak tenang.

Bisik hatinya. “Bila masa pula aku beli baju macam ini. Dari pakai baju macam ini baik tak payah pakai, telanjang terus.” Tiba-tiba Alia mendapat idea. Dia cuba mengoda Amsya didepannya.

“Encik Amsya, awak pergilah mandi dulu sembahyang dah lewat ni. Saya nak ambil pencuci muka dalam kereta awak boleh?”

“Ada bawa ke?” tanya Amsya.

“Ada dalam bag tadi.” Jawabnya dengan yakin walaupun itu tipu helahnya untuk melepaskan diri. Sambil menadah tangan.

“Nak apa?” soal Amsya.

“Kunci kereta lah…Lia pegi ambil kejap.” Amsya tersenyum, tidak perasan dan tidak menduga yang Alia cuba lari darinya. Dia mengambil kunci kereta dalam poket seluarnya lalu diberikan pada Alia.

“Cepat sikit.” Pinta Amsya. Alia apa lagi tersenyum lebar dia sudah dapat melepaskan dirinya. Alia terus keluar dari bilik Amsya mengambil handbagnya diatas sofa lalu menghala ke pintu utama. Dia melangkah dengan lajunya ke kereta Amsya.

Amsya masuk ke bilik air untuk mandi. Alia memandu kereta fairlady Amsya terus ke Putrajaya. Kereta dipandu laju oleh Alia selepas keluar dari kawasan kondominium. Kebetulan Irfan yang sedang memasuki kawasan rumah Amsya tertengok kereta Amsya dipandu laju. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Amsya.

Amsya yang baru keluar dari bilik air mengambil telefonnya diatas meja solek melihat skrin pangilan dari Irfan lalu dijawabnya.

“Hello.”

“Hello Am, kau nak ke mana? Laju bawa kereta.” Balas Irfan sebaik sahaja mendengar suara Amsya. Amsya terdiam seketika, teringat dia akan Alia.

“Kenapa? Kau kat mana sekarang?” Soal Amsya pantas.

“Depan rumah kaulah. Kau nak pergi mana?” Balas Irfan.

“Aku ada kat rumah. Kau tunggu aku kat bawah.” Arah Amsya.

“Habis Siapa bawa kereta kau? Aku kejar?” Balas Irfan lagi dengan pantas dan cemas.

“Tak payah kejar, Lia bawa kereta. Kau tunggu aku.” Arahnya pada Irfan. Lalu memutuskan perbualannya. Irfan mengeleng kepala. Amsya dengan pantas memakai bajunya.

Omongnya sendiri. “Aduhhhh, Lia ni lari dari aku.” Dia menghubungi Alia sambil berjalan turun dari kondominiumnya, talian dijawab.

“Hello, sayang kat mana ni?” Tanya Amsya cuba berlagak tenang.

“Encik Amsya…saya minta maaf banyak-banyak, saya tidak boleh bermalam di rumah awak. Sekarang ni saya balik Putrajaya. Saya pakai kereta awak, jangan risau saya akan jaga kereta awak. Kalau rosak kereta awak saya bayar satu biji kereta ni.” Balas Alia bersahaja lalu memutuskan talian itu, dia tahu Amsya amat sayangkan keretanya.

Amsya dengan langkah yang laju memasuki kereta Irfan. Masuk sahaja dalam kereta terus disoal oleh Irfan.

“Kau kenapa? gaduh dengan Alia ke? Sampai Lia lari. Kita nak ke mana ni?”

“Aku tak pernah gaduh dengan dia. Kita ke Putrajaya, Kau bawa kereta laju sikit boleh tak? aku tengah risau ni. Tak payah nak tanya banyak-banyak.” Herdik Amsya.

“Kau risau apa? kereta kau atau Alia?” Soal Irfan mengusik kawannya itu.

“Dua-dualah. Kau diam boleh tak.” Jawab Amsya dengan marah. Irfan mengeluh dengan sikap sahabatnya itu, dia membawa keretanya tanpa banyak soal. Membiarkan Amsya melayani perasaannya sendiri.

Alia terus memandu kereta ke Putrajaya. Sampai sahaja dihalaman rumahnya dia terus masuk mengejar waktu zohor yang belum di selesainya sudah hampir ke penghujung. Dengan langkah yang laju di mendaki tangga rumah untuk ke biliknya. Kawan-kawannya hairan melihat Alia hanya memberi salam sebelum masuk rumah tadi tidak menegur mereka.

“Lia, kau nak kemana tu? Kau datang dengan Amsya ke?” Soal Syafikah apabila melihat Kereta milik suami Alia dan Alia pula tergopoh-gapah.

“Aku datang sorang. Aku nak solat zohor dulu.” Jawab Alia sambil memanjat tangga.

Kawan-kawannya mengeleng kepala melihat gelagat Alia. Beberapa minit selepas itu Amsya sampai di rumah Alia. Dia melihat keretanya ada disitu.

“Fan, terima kasih, maaf menyusahkan kau. Aku selesai dulu dengan Alia.” katanya memandang Irfan.

“Kau okey ke?” tanya Irfan.

“Aku okeylah. Aku pergi dulu.” Jawab Amsya.

“Kalau ada masalah telefon aku.” Pesan Irfan. Amsya mengangguk, dia keluar menuju ke rumah Alia.

Pintu diketuk. Mimi, Hana dan Syafikah berpandangan sesama sendiri.

“Siapa?” soal Hana. Mimi dan Syafikah mengangkat bahu. Hana bangun membuka pintu. Terperanjat dia apabila melihat Amsya terpacak didepannya.

“Isteri abang ada?” Tanya Amsya selamba.

“Ada, atas.” Balas Hana, memberi ruang Amsya memasuki rumah.

“Mana satu bilik Lia?” Soal Amsya pada Hana.

“Bilik utama sebelah kanan.” Jawab Hana. Tanpa banyak soal Amsya terus ke tingkat atas.

“Apa kena mereka tu?” Tanya Mimi pada Hana.

“Mana aku tahu. Kita tengok je lah. Apa tak kena mereka tu.” Jawab Hana. Syafikah mengeleng kepala.

Amsya mengetuk pintu bilik Alia beberapa kali tapi Alia tidak membukanya, dia sedang sembahyang. Amsya terus mengetuknya. Selesai sembahyang Alia melaung dari dalam.

“Eh, kau orang nak apa? aku baru sudah solat, tunggu kejap.” Amsya tersenyum sendirian menunggu Alia membuka pintu. Alia bangun membuka pintu.

“Kau nak ap…” Terkejut Alia kata-katanya terhenti disitu apabila melihat Amsya terpacak didepannya. Amsya menolak Alia ke dalam, dia melangkah masuk ke bilik Alia, memandang sekeliling bilik itu. Terpegun Amsya melihat bilik Alia yang begitu indah dengan susun atur yang menarik.

“Cantik bilik? Kenapa lari?” Soal Amsya bersahaja, dia merebahkan dirinya di atas katil Alia. Alia memandang Amsya tajam.

“Terima kasih. Awak buat kat sini?”

“Eh…dimana ada isteri disitu ada suaminya. Kenapa lari?”

“Saya selamatkan diri dari godaan dan mangsa awak.” Jawab Alia sambil berjalan ke tingkap menjenguk keluar melihat adakah Amsya datang dengan motornya, begitu cepat Amsya sampai. Tapi tidak ada apa yang kelihatan.

“Awak datang dengan apa?” Soal Alia berpaling pada Amsya.

“Terbang, yang takut sangat ni kenapa?” Tanya Amsya apabila melihat Alia gelisah berada bersamanya.

“Encik Amsya, awak ni perogol bersiri ke?” Tanya Alia bersahaja membuatkan Amsya ketawa pecah perut.

“Sedapnya bahasa. Kalau abang perogol bersiri, dah lama Lia hilang dara. Sekarang pun boleh.” Balas Amsya masih lagi tergelak, dia tahu Alia takut dengannya. Amsya merenung tajam pada Alia, sengaja dia berbuat begitu untuk menakutkan Alia.

“Heee…awak ni kenapa tengok saya macamtu. Awak nak apa?” Tanya Alia dengan nada yang sedikit keras bermasam muka, tidak selesa dengan renungan Amsya dan kata-katanya.

“Abang nak Lia, nak tuntut janji malam ini Lia tidur dengan abang.” Pandangan mengoda Amsya pada Alia.

“Janji apa?” Soal Alia berkerut dahi.

“Janji apa? tak ingat ke? Lia bagitahu, kalau abang izinkan Lia pergi rumah kawan Lia seorang diri, abang boleh tidur dengan Lia malam inikan?” Beritahu Amsya janji Alia harus dikotakan.

“Alamak…valid lagi ke?”

“Valid lah, tak kira dimana. Sini ke, rumah abang ke, rumah ummi ke, Lia tetap kena tidur dengan abang malam ini.” Alia menundukkan kepalanya, dia perlu mengota janjinya.

“Okeylah kita balik rumah ummi, jom.” Balas Alia dengan muka yang masam.

“Kita pergi makan dulu abang lapar ni, dari tadi lagi tak makan.” Arah Amsya. Alia sekadar mengangguk mereka bergerak pulang.

Selesai sahaja makan pada petang itu mereka terus pulang. Alia memandang Amsya apabila melihat kereta Shasha masih ada.

“Shasha tidur sini ke?” Tanya Alia.

“Entah.” Jawab Amsya sepatah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku