Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 48
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4943

Bacaan






Mereka sama-sama keluar dari kereta memasuki rumah. Shasha segera mendapatkan Amsya yang baru masuk sambil memegang tangan Amsya kemudian terus ditanyanya.

“Abang pergi mana lamanya?” Amsya memandang sekeliling mencari umminya. Alia melihat gelagat manja Shasha memegang Amsya. Dia terus ke dapur untuk minum air.

“Ummi mana?” Tanya Amsya sambil menarik tangannya dari pegangan Shasha.

“Mak ngah ada dalam bilik, mandi rasanya.” Jawab Shasha merangkul pinggang Amsya. Alia keluar dari dapur selepas minum air menuju ke ruang tamu untuk ke tingkat atas, dia melihat Shasha sedang memeluk Amsya. Pandangnya berbalas oleh Amsya, Alia tanpa berkata apa-apa terus naik ke tingkat atas. Alia mendengar dengan jelas perbualan mereka berdua.

“Shasha lepaslah, kenapa buat abang macam ni, berdosa tau.” Kata Amsya, sambil meleraikan tangan Shasha dari pinggangnya.

“Dulu kenapa tak cakap macamtu? Alia tak marah pun.” Balas Shasha sengaja suaranya dikuatkan. Alia yang baru sampai ditangga atas berpaling kemudian memandang ke bawah melihat mereka berdua. Alia membuka pintu bilik umminya, dia masuk tapi umminya tidak kelihatan. Dia merebahkan dirinya diatas katil. Tiba-tiba hatinya terusik dengan kelakuan Shasha dan Amsya tadi, kenapa hatinya cemburu melihat mereka berdua.

Puan Anis keluar dari bilik air dilihatnya Alia dikatil merenung tajam ke siling. Alia tidak tersedar umminya berada disebelahnya. Fikirannya masih tertumpu pada kelakuan Shasha dan Amsya.

“Lia, Lia…” tersentak Alia apabila namanya dipanggil. Dia melihat umminya disebelah dengan kuntuman senyum.

“Lia pergi mana tadi?” Soal Puan Anis lembut.

“Pergi rumah abang Am.” Jawabnya bersahaja.

“Kenapa tak tidur sana?”

“Tak bawa baju lagipun tak rancang. Ummi dah makan?” Balas Alia perlahan sambil merenung wajah lembut Puan Anis walaupun sudah berumur 50an.

“Sudah. Abang mana?” Tanya Puan Anis apabila melihat wajah Alia tidak gembira.

“Kat bawah dengan Shasha.” Jawabnya bersahaja.

“Kenapa tinggalkan mereka berdua?” Alia tersenyum dengan pertanyaan umminya, dia tidak menjawab persoalan itu. Alia bangun mencapai tuala lalu ke bilik air. Puan Anis mengeleng kepala, hatinya bertanya kenapa Alia memberi peluang pada Shasha mendekati Amsya. Adakah benar kata-kata Shasha tadi. Dia mengeluh sendirian, lalu bangun turun ke bawah, melihat Amsya keseorangan di sofa lalu ditegurnya.

“Am, mana Shasha?”

“Dapur.” Jawabnya sepatah. Puan Anis menuju ke ruang dapur melihat Shasha sedang membancuh milo.

“Shasha buat air untuk siapa?” Tanya Puan Anis.

“Untuk abang Am. Mak ngah nak ke? Boleh Shasha buatkan.” Balasnya tersenyum manis pada Puan Anis.

“Mak ngah tak nak.” Jawab Puan Anis.

Shasha membawa air yang dibuatnya untuk Amsya. Puan Anis sekadar melihat kelakuan anak menantunya. Puan Anis mengikut Shasha ke ruang tamu. Dia melihat Shasha menghulurkan air pada Amsya.

“Letaklah kat situ. Siapa suruh buat?” Tanya Amsya kurang senang Shasha melayannya. Teringat dia Alia memandangnya bersahaja apabila Shasha memeluknya tadi. Dia bingkas bangun dari sofa terus ke biliknya tanpa meneguk sedikit pun air yang dibuat oleh Shasha. Shasha kecewa, Puan Anis melihat Amsya hingga ke tingkat atas. Amsya memasuki biliknya untuk mandi dan bersolat.

Selesai sahaja mandi dan bersolat Alia membuka kertas lukisan, dia menyambung kerjanya sambil menunggu waktu isyak. Amsya keluar dari biliknya, sebelum dia menuruni tangga dilihat bilik umminya masih cerah, dia menghala ke bilik Puan Anis, membuka pintu tidak berkunci, dia melihat Alia dimeja bacaan, lalu menghampirinya.

“Alia buat apa ni?” Tanya Amsya.

“Buat kerja sikit. Esok awak balik petang ke?” Balas Alia tanpa memandang Amsya yang ada disebelahnya, dia asyik melakar lukisannya.

“Tak pasti lagi. Boleh abang tanya?” Alia mendongak ke atas memandang wajah Amsya dan mengangguk.

“Lia kerja apa sebenarnya?” Tanya Amsya.

“Keranilah. Kenapa?” jawab Alia bersahaja.

“Kerani apa? Lia lukis apa ni?” pandai Lia lukis.”

“Bolehlah sikit-sikit melukis. Pergilah turun.” Jawab Alia mengelak dari Amsya terus bertanyakan tentang pekerjaannya.

“Marilah turun sama.” Ajak Amsya sambil menarik tangan Alia. Alia tengok Amsya dengan renungan bersahaja.

“Awak pergilah turun, saya nak buat kerja ni. Jangan risaulah saya kota janji lepas siap kerja Lia masuk bilik awak.” Balas Alia menarik balik tangannya dari pegangan Amsya.

Amsya mengeluh, dia merebahkan dirinya di atas katil umminya. Alia menoleh pada Amsya bersahaja. Membiarkan Amsya disitu sendirian. Tiba-tiba Alia menerima panggilan dari
Zafrul. Serba salah Alia untuk menjawab panggilan itu, jika tidak dijawab takut lain pula jadinya. Alia Nasuha menjawab panggilan itu. Amsya mendengarnya.

“Hello.” Balas Alia.

“Hello, Lia kat sekarang? Tadi keluar dengan siapa? Risau abang tau.” Tanya Zafrul.

“Tak perlu risau Lia kat rumah, tadi Lia keluar dengan kawan.” Jawab Alia perlahan.

“Lia sudah ada kekasih sekarang? Kenapa tak bagitahu abang?” Soal Zafrul mencungkil isi hati Alia sekarang.

“Mana ada, itu bukan kekasih Lia. Kawan saja.” Balas Alia. Amsya sudah dapat agak siapa yang menghubungi Alia. Kalau diikutkan hati mau saja dia mengacau Alia bercakap. Tapi demi memenangi hati Alia dan tidak mahu mengeruhkan keadaan Amsya sekadar mendengar.

“Lia jangan nak berkawan dengan orang yang tak tahu asal usul, apa-apa berlaku susah. Mak Tim tahu Lia sudah ada teman lelaki dan keluar tadi?” Tanya Zafrul mengambil berat tentang Alia. Dia juga merasa cemburu melihat Alia keluar dengan orang lain. Setahu Zafrul, Alia tidak akan keluar dengan lelaki bersendirian.

“Abang jangan bagitahu dan tolong jangan tanya Mak Tim, nanti dia risau.” Jawab Alia risau jika Zafrul menghubungi Mak Tim dan Pak Majid rahsianya akan terbongkar. Amsya mengeluh kuat apabila Alia membahasakan abang pada Zafrul.

Bisiknya sendirian “Berabanglah pula, dengan aku tak pernah nak panggil abang. Aku kat depan pun tak dilayan.” Amsya bengang lalu bangun berdiri tegak sebelah Alia dan meletakkan telinganya ditelefon sengaja dia berbuat begitu supaya Alia memutuskan talian.

“Lia, abang tak suka Lia keluar dengan orang lain. Kalau apa-apa berlaku pada Lia, apa abang nak jawab pada abang Hairi. Dia suruh abang jaga Lia. Esok abang nak jumpa Lia.” Kata Zafrul. Amsya mendengarnya dengan jelas kemudian memandang tajam pada Alia. Alia serba salah membalas pandangan Amsya yang sedang marah padanya.

Amsya memberi isyarat supaya Alia memutuskan talian itu dengan matanya menjeling tajam ke arah Alia.

“Abang, nanti Lia hubungi abang balik. Bye.” Alia terus memutuskan panggilan itu.

“Awak ni kenapa?” Tanya Alia marah. Tanpa menjawab soalan, Amsya mengaup muka kemudian menarik tangan Alia terus dibawa ke biliknya. Tanpa banyak soal Alia mengikutnya sampai sahaja dalam bilik Alia bertanya lagi.

“Encik Amsya, awak kenapa ni? Sakitlah lepaskan tangan Lia.” Pinta Alia tegas apabila terasa tangannya dipegang kuat oleh Amsya. Amsya melepaskan tangan Alia. Dia merasa bersalah tidak patut dia bersikap kasar dengan Alia walaupun hatinya sakit dan terguris.

“Abang minta maaf, sakit ke?” Tanya Amsya kembali tersenyum walaupun hatinya cemburu. Dia mengambil balik tangan Alia dan mengosoknya sambil menarik Alia duduk disebelasnya atas sofa.

“Sakit?” ulang Amsya lagi. Alia sekadar mengangguk. Amsya terus mengosok tangan Alia dengan lembut dan perlahan.

“Maaf. Siapa telefon Lia? Banyak abang tak tahu pasal Lia. Boleh Lia cerita pada abang?” Tanya Amsya merenungwajah Alia lama. Alia membalas renungan itu.

“Nak tahu pasal apa? tak ada apa-apa ceritalah. Lia nak tidur, mengantuk. Awak pergilah turun.” Jawab Alia. Amsya tahu Alia sengaja lari dari menjawab persoalannya. Amsya mengeluh lagi. Alia bangun menuju ke katil lalu merebahkan dirinya. Amsya tersengih sambil mengeleng kepala.

Amsya bangun keluar dari biliknya ke bawah. Dia menuju ke ruang tamu melihat umminya dan Shasha sedang menonton tv.

“Am, mana Lia?” Tanya Puan Anis sejerus Amsya melabuhkan punggungnya di sofa.

“Ada dalam bilik, tidur.” Balas Amsya bersahaja. Shasha yang ada disitu berkerut dahi sambil memandang jam dinding baru pukul 8.50malam.

“Awalnya tidur.” Sampuk Shasha.

Amsya tidak perduli kata-kata Shasha, dia meyandarkan kepalanya disofa teringat perbualan Alia dengan lelaki tadi dan gambar Tengku Badri bersama anaknya. Teringat juga dia pada Izwan, siapa semua lelaki itu pada Alia. Tidak senang duduk dia mengingati semua itu.

Alia tidak dapat melelapkan matanya memang dia belum lagi mengantuk. Teringat dia akan Shasha yang ada bersama ummi dan Amsya dibawah, bagaimana remuk hatinya melihat kemesraan Amsya dan Shasha sebentar tadi. Dia bangun untuk ke tingkat bawah, tiba-tiba Alia menerima panggilan dari Izwan.

“Hello. Assalamualaikum.” Jawab Alia. Salam Alia dibalas oleh Izwan.

“Lia buat apa tu? Saya menganggu ke?” Soal Izwan.

“Tak…tak mengganggu pun. Izwan tak kerja ke?” Balas Alia, ceria.

“Baru habis. Esok cuti, boleh kita jumpa atau ada alasan untuk tidak jumpa Izwan?” Kata Izwan membuatkan Alia serba salah sudah berapa kali dia mengecewakan Izwan.

“Hish…mana ada, esok nak jumpa pukul berapa dan di mana?” Jawab Alia, kali ini dia tidak boleh mengecewakan Izwan.

“Kita jumpa tengah hari, boleh lunch sama. Tempat nanti Izwan bagitahu esok. Boleh?”

“Boleh, kalau begitu kita jumpa esok. Bye.” Alia mengakhiri perbualannya dengan Izwan. Tersenyum manis Alia tapi hatinya berdebar mahu jumpa Izwan esok. Terfikir juga dia adakah Amsya akan bagi dia keluar. Alia juga teringat yang esok Zafrul ada bagitahu mahu jumpa dia.

Alia berbicara sendiri. “Macam mana ni? Tanya dulu Amsya, kalau dia tidak bagi aku jumpa Izwan, tahulah apa aku nak buat.”

Alia turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja di situ Alia terus menghampiri umminya.

“Kata dah tidur.” Sapa Puan Anis. Alia senyum memandang Shasha yang ada disitu tanpa sempat Alia menjawab Shasha menyampuknya.

“Mana boleh tidur suami kat bawah. Cemburulah tu.” Amsya tiba-tiba tersengih dengan kata-kata Shasha, dia mendapat satu idea untuk mengetahui dan menguji hati Alia. Adakah Alia cemburu Shasha ada di situ.

“Sha, ambil chess kita lawan.” Ajak Amsya sambil matanya melirik pada Alia yang ada diriba umminya. Pada mula Alia buat tidak endah namun hatinya tetap terusik.

“Betul, abang nak lawan dengan Sha?” Soal Shasha kembali. Amsya mengangguk senyum manis pada Shasha, sengaja membuat Alia cemburu. Alia memerhatikan mereka bersahaja, dia tahu Amsya bukan miliknya. Tapi mengapa hatinya terusik dengan kemesraan mereka.

Shasha bangun mengambil buah catur kemudian mereka memulakan permainan. Dengan gelak ketawa mereka membuatkan Alia merasa tersisih berada disitu, sesekali anak mata Alia menjeling ke arah mereka, begitu juga Puan Anis. Suara hati Puan Anis berkata-kata “Kenapa Amsya buat begitu pada Alia. Shasha pula selalu datang sini.”

Alia membisikkan sesuatu pada Puan Anis. “Ummi, Lia masuk bilik dulu ada kerja nak disiapkan.” Umminya mengangguk faham.

“Jom, ummi teman Lia.” Ajak Puan Anis memandang sayu pada menantunya, sedih juga hatinya melihat Amsya yang tidak memperdulikan Alia.

Alia dan Puan Anis bangun bersama meninggalkan mereka berdua di situ. Alia mengikut Puan Anis ke biliknya. Dia menyambung kerja-kerja yang ditinggalkan tadi.

Amsya menjeling pada Alia dan umminya menuju ke tingkat atas. Hasratnya membuatkan Alia rasa cemburu tapi dia pula rasa bersalah dengan Alia.

“Lia tidur dengan ummi ke malam ni?” Tanya Puan Anis.

“Ummi bagi tak Lia tidur dengan ummi?” Soal Alia kembali. Puan Anis sekadar mengangguk.

“Ummi, boleh Lia tanya?” Soal Alia lagi sambil bangun menuju ke arah Puan Anis di atas katil.

“Boleh, Lia nak tanya apa.” Jawab Puan Anis dengan mesra. Alia tertelan liur sebelum memulakan bicaranya. Dia merenung wajah Puan Anis lama-lama mahu saja dia menangis. Dengan perlahan dan mengatur kata-kata, Alia Nasuha bersuara dengan sebak.

“Ummi…katakan jodoh Lia dan abang Amsya tidak panjang. Ummi masih sayang Lia tak?”

Berkerut dahi Puan Anis mendengar pertanyaan Alia. “Kenapa Lia cakap macamtu? Lia sudah tidak sudi jadi menantu ummi ke?” Dengan cepat Alia mengeleng kepalanya, tidak tahu alasan apa yang harus diberikan hanya sekadar membisu. Puan Anis merenung Alia didepannya ada titisan jernih membasahi pipi Alia walaupun Alia tersenyum membalas renungan ibu mertuanya.

Puan Anis mengesat airmata Alia. “Abang Am sakitkan hati Lia?” Soal Puan Anis lembut. Alia mengeleng kepala, kemudian dia membaringkan dirinya disisi Puan Anis. Puan Anis mengusap perlahan rambut Alia.

Sekali lagi Puan Anis merenung Alia, perasaannya juga resah gelana memikirkan anak menantunya itu. Hatinya bertanya sendirian, pelbagai persoalan bermain difikiranya. “Apa yang Amsya telah buat pada Alia, pernah ke mereka bersama? Mengapa Alia begitu sedih? Mereka tak bahagia ke?” sambil mengusap rambut Alia.

Amsya memandang Shasha didepannya, dia merasa bersalah memperlakukan begitu pada Alia. Sepatutnya dia mengambil hati Alia bukan menyakitkan.

“Sha, abang mengantuklah. Abang naik atas dulu.” Kata Amsya memberi alasan.

“Alah abang ni, habiskanlah dulu mainan ni.” Balas Shasha manja. Amsya tidak mengendahkannya, dia terus bangun menuju ke tingkat atas. Dia tahu Alia berada dalam bilik umminya, dia menuju ke sana.

Puan Anis menoleh daun pintu dibuka oleh Amsya. Amsya melihat Alia tidur bersama umminya, dia melangkah perlahan menghampiri mereka. Alia tahu Amsya berada di situ, dia belum lagi tidur walaupun matanya dipejamkan.

Puan Anis meletakkan jari telunjuk dibibirnya, isyarat supaya Amsya diam.

“Am nak apa?” Soal Puan Anis bersahaja. Amsya melihat Alia, Puan Anis faham dengan pandangan Amsya.

“Biarkan Lia tidur dengan ummi malam ni, Am pergilah masuk tidur.” Kata Puan Anis. Amsya mengaru kepala yang tidak gatal. Dengan langkah kecewa Amsya ke biliknya.

Amsya merebahkan diri dikatilnya, dia mengelengkan kepala beberapa kali sambil mengeluh. Dia monolog luaran.

“Aduh!…kahwin, ada isteri tapi tak boleh tidur sama…balik setiap minggu pun tak boleh tidur, nak bahagiakan dia tapi lain yang jadi, macam mana ni?. Si Lia pun satu hal ada saja alasan supaya tidak tidur dengan aku. Macam mana aku nak buat supaya dia tahu aku cintakan dia? Terus terang? Boleh percaya ke dia?.”

Alia tahu dia perlu mengotakan janjinya pada Amsya. Dia bangun memandang umminya disebelah.

“Ummi, Lia tidur bilik abang Am.” Pintanya lembut. Puan Anis tersenyum mengangguk.

Alia ke bilik Amsya, sampai sahaja depan pintu bilik dia memulas tombol berkunci, perlahan-lahan Alia mengetuk pintu. Amsya mendengar pintu biliknya di ketuk, dia mengeluh sedikit.

Katanya sendirian. “Shasha ni nak apa pula, mengganggulah. Dia bangun membuka pintu dengan perasaan marah menjangka Shasha yang mengetuk pintu.

Dengan suara yang agak keras Amsya bertanya. “Awak nak apa?” Terkejut Alia dengan pertanyaan itu. Amsya juga terkejut apabila melihat Alia didepannya. Remuk hati Alia apabila ditengking begitu.

“Maaf, saya sekadar nak tunai janji saja. Kalau Lia menganggu Lia tidur bilik ummi.” Balas Alia perlahan. Amsya dengan pantas memegang tangan Alia lalu menarik Alia masuk ke dalam.

“Maaf, abang ingatkan Shasha tadi.” Kata Amsya kesal. Tanpa banyak soal Alia terus naik ke katil lalu merebahkan diri. Tersenyum puas Amsya melihat Alia menunaikan janjinya, terharu dia dengan kebaikkan Alia.

Baru sahaja Amsya mahu membaringkan dirinya telefon bimbitnya berdering, dia membiarkan telefonnya berdering. Alia berpaling kemudian bangun merenung Amsya didepannya, Amsya membalas pandangannya.

“Kekasih? Kenapa tidak jawab? Atau nak Lia keluar dulu?” Tanya Alia apabila tengok Amsya serba salah untuk menjawab panggilan.

“Tak payah keluar.” Jawab Amsya ringkas. Kali ini telefonnya berdering lagi, dia tahu itu panggilan dari Tengku Umairah. Jika tidak dijawab pastinya Tengku akan terus menganggunya. Amsya menjawab panggilan itu.

“Hello.”

“Hello, abang dah tidur ke?” Soal Tengku Umairah bermanja.

“Baru nak tidur, sayang tak tidur lagi ke?” Balas Amsya sambil matanya menjeling pada Alia didepannya. Alia tersengih sambil mengeleng kepala. Alia membaringkan dirinya tidak mahu mengganggu Amsya berbual dengan kekasihnya.

“Tak boleh tidur, rindu kat abang. Esok abang balik petang ke?” Tanya Tengku Umairah lagi.

“Tak tahu lagi. pergilah tidur dah lewat ni. Esok abang telefon okey, abang dah mengantuk.” Balas Amsya mengelak dari terus melayan Tengku Umairah.

“Alahhh…abang tak sudi layan Umairah ke? Nantilah dulu.” Pujuk Tengku Umairah manja.

“Esoklah, okey bye.” Amsya terus memutuskan perbualan mereka. Alia mendengar setiap perbualan Amsya, selesai sahaja Amsya memutuskan talian dia terus bangun dan berpaling pada Amsya.

“En.Amsya, esok awak nak keluar dengan kekasih awak ke? Pukul berapa?” Soal Alia. Amsya pelik dengan pertanyaan Alia.

“Kenapa?” Amsya berbalas tanya.

“Tengah hari esok saya nak keluar jumpa Izwan. Saya harap awak tak halang.”Bagitahu Alia berterus terang. Amsya mengeluh kecil sambil merenung Alia.

“Abang ikut sekali, jumpa di mana?” Balas Amsya bersahaja. Amsya tengok Alia bermasam muka. Sekali lagi dia bertanya.

“Kenapa?” Alia memandang Amsya dengan wajah mencuka dia menjawab.

“Kalau awak ikut, Lia nak bagitahu awak ni siapa.” Soal Alia.

“Tak payah bagitahu.” Jawab Amsya membalas pandangan gadis cantik didepannya. Teruja juga Amsya melihat keayuan Alia.

“Izwan mesti tanya.” Balas Alia lagi. Dengan suara yang agak keras sedikit Amsya menjawab.

“Abang tahulah apa nak buat. Tidur.”Arah Amsya membuatkan Alia terasa lalu membaringkan dirinya. Kemudian dia bersuara dengan keras.

“Tidur je, jangan buat apa-apa.” Amaran dari Alia.

“Peluk je.” Pinta Amsya lembut.

“Tak boleh.” Balas Alia keras.

“Tak boleh, tak payah jumpa Izwan esok.” Balas Amsya. Alia mengeluh lalu memejamkan matanya. Amsya tersengih, menang.

Amsya berbisik sendirian. “Alia tak jelous ke aku bersama orang lain. Tak ada perasaan ke apa? nak buat dia cemburu, alih-alih aku yang cemburu, atau aku dah buat dia menyampah dengan aku. Aduhhhh…dahlah hari ini jumpa dengan lelaki tadi, entah siapa. Tengku Badri telefon siap dengan gambar lagi, dan sekarang Izwan. Siapa pula Hairi yang lelaki tadi sebut. Ini tidak boleh jadi.”

Apa pun dia nekad mengubah salah faham perkahwinan yang telah dilafazkan demi cintanya pada Alia Nasuha.

Entah mengapa malam itu sukar benar mata Alia mahu lelap, dia melihat Amsya didepannya sudah pun tertidur dengan tangan Amsya dipinggangnya. Alia merasa haus, perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Amsya dari pinggangnya kemudian merangkak turun dari katil namun tangannya dipegang oleh Amsya, rupanya Amsya belum terlelap lagi.

“Lia nak ke mana?” soal Amsya lembut.

“Nak ke bawah minum air, hauslah.” Jawab Alia. Amsya melepaskan tangan Alia dari pegangannya.

“Cepat sikit jangan tidur bilik ummi pulak.” Pesan Amsya, Alia sekadar mengangguk.

Alia turun ke tingkat bawah menuju ke dapur, mengambil segelas air lalu di minumnya. Tiba-tiba dia terkejut apabila namanya dipanggil.

“Lia.” Alia berpaling Shasha berdiri tegak didepannya.

“Aku nak cakap sikit dengan kau.” Kata Shasha dengan wajahnya yang masam.

“Ada apa Sha?” Tanya Alia lembut.

“Kau tak payah nak tunjuk baik dengan akulah Lia. Kau ni kan muka tak malu tahu, ada hati nak goda abang Am. kau sedar sikit mak ngah terima kau sebagai menantu sebab dia terhutang budi dengan kau. Kau sendiri pun tahukan Amsya bukan cintakan kau pun. Dia terima kau sebab mak ngah. Abang Am tak layan aku sekarang sebab kau Lia.” Tergaman Alia dengan kata-kata Shasha, namun dia membalas tuduhan Shasha.

“Amsya tak layan kau bukan sebab aku, tapi Amsya sudah ada kekasih.”

“Pandai kau jawab ya? Siapa kekasih dia?” Soal Shasha dengan tengking walaupun dengan suara yang perlahan.

“Mana aku tahu, kau tanyalah dia sendiri.” Balas Alia membuatkan Shasha semakin membuak marahnya. Dengan jari telunjuknya menolak kepala Alia dan menunjuk ke muka Alia.


“Okey tak apa. Tapi ingat Alia, ini amaran dari aku, kau jangan nak jadi perampas. abang Am layan kau sebab mak ngah. Kalau kau sayangkan muka cantik kau ni, jauhkan diri kau dari Amsya, kalau tak kau tahulah nasib kau.” Shasha terus berlalu dari situ meninggalkan Alia terkanting-kanting memikirkan kata-kata Shasha, Alia Nasuha memejam matanya tumpah juga airmatanya membasahi pipinya. Sekali lagi dia dikatakan perampas milik orang lain.

Dengan langkah yang longlai dan airmatanya mencurah dikesatnya sambil mendaki tangga, serba salah untuk masuk ke bilik Amsya. Dia cuba menahan sebak namun airmatanya keluar lagi, dikesatnya lagi sebelum membuka pintu, masuk saja dalam bilik Alia terus bergegas ke bilik air membasuh muka. Dia tidak mahu Amsya perasan dia menangis, lama juga Alia berada di bilik air. Lebih kurang lima belas minit berada didalam bilik air pintu diketuk. Amsya memanggilnya.

“Lia, Lia…kenapa lama sangat?”

Alia menjawab menahan suara sedunya. “Sakit perut.” Dia mesti bersikap seperti biasa, beberapa saat selapas itu Alia keluar dari bilik air. Dia buat muka selamba.

“Sakit perut? Lia makan apa tadi. Mari, abang sapukan ubat.” Pelawa Amsya.
Alia tersengih mengeleng.

“Dah okey dah. Tidurlah.” Jawab Alia sambil merangkak naik ke katil. Namun malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya.

Faris mundar-mandir di dalam biliknya pada pagi itu, perasaannya kacau memikirkan bagaimana penerimaan Alia tentang cadangannya. Apa perancangan seterusnya jika Alia tidak setuju mengambil dia bekerja. Dia keluar dari biliknya menuju ke dapur. Dilihat maknya sedang menyediakan sarapan pagi. Dia menarik kerusi lalu duduk termenung dimeja makan. Maknya memerhati Faris lalu menegurnya.

“Kau kenapa Faris? Pagi-pagi dah bad mood.”

“Faris risaulah mak kalau Lia tidak terima Faris kerja dengannya.” Jawab Faris bersahaja.

“Apa kau cakap ni Faris. Bila pula kau pergi minta kerja dengan Alia. Kau jangan nak cuba kacau Alia, mak tak suka. Jangan kau properandakan rumahtangga orang.” Marah ibunya.

“Mak…Faris nak kerja cari duitlah.” Balas Faris tegas.

“Cari duit sangatlah kau tu. Bukan mak tak tahu yang kau masih ada hati dengan Alia atau kau ada rancangan lain. Kau jangan memalukan mak, Faris. Kerja apa yang Lia boleh bagi pada kau.”

“Mak sepatutya sokong saya, bukan hina saya.” Balas Faris bermasam muka. Fatimah mengkerling pada Faris.

“Bukan mak tidak sokong kau, tapi mak takut kau ada rancangan lain.” Uji Fatimah pada Faris.

“Rancangan apa mak? Mana ada. Mak boleh tolong pujuk Alia tak? kalau mak yang minta pasti Alia akan setuju.” Pujuk Faris menyakinkan ibunya, tidak mahu ibunya perasan dengan rancangannya untuk merebut Alia.

“Bukan mak tak mahu tolong, tapi mak malulah dengan keluarga Alia, kita dah banyak menyusahkan keluarga dia. Mak malu Faris, bila ayah kamu minta tanah aki kamu, satu pun dia tidak bagi pada arwah adiknya papa Alia. Bukan itu saja setiap bulan papa Alia bagi duit dan sekarang Alia pula yang tanggung. Mana mak nak letak muka mak ni. Kalau kamu nak kamu cuba sendiri.” Kata Fatimah kesal dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Itulah mak, kalau saya kerja tak payah Alia tanggung kita lagi.” Balas Faris.

“Kalau kau betul nak kerja banyak lagi kerja yang boleh buat. Kamu tu, satu kerja pun tak lekat. Ini pula nak kerja dengan Alia.” Komen Fatimah.

“Ahhh…saya tidak kisah mak, minggu depan saya akan ke KL jumpa Lia.” Kata Faris. Ibunya Fatimah mengeleng kepala dengan sikap anaknya.

Faris menarik muka dengan kata-kata ibunya, dia dengan perasaan marah lalu bangun kemudian mencapai kunci keretanya keluar dari rumah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku