Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 49
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6774

Bacaan






Seperti yang dijanjikan pada tengah hari itu, Alia akan berjumpa Izwan. Sepanjang perjalanan ke tempat yang dijanjikan Alia hanya berdiam diri. Dia masih lagi memikirkan kata-kata Shasha malam tadi. Dia berharap sangat perjumpaan dengan Izwan membawa perubahan dalam hidupnya. Jika benar Izwan ada menaruh hati padanya, mudahlah dia selesaikan masalah Amsya. Dia tidak mahu perkara ini berpanjangan.

“Lia, kenapa diam je ni?” Tanya Amsya apabila melihat Alia membisu seribu bahasa, biasanya Alia banyak berceloteh.

“Berdebarlah en.Amysa nak jumpa Izwan. Saya bukan biasa jumpa lelaki, saya risau apa saya nak bagitahu pasal awak kalau dia tanya.” Balas Alia berkerut muka.

“Macam ni…Bila sampai nanti, Lia pergi dulu jumpa dengan Izwan. Abang akan menyusur kemudian.” Cadang Amsya.

“Kalau awak tak jumpa dia, boleh tak? Biar Lia je yang jumpa.” Pinta Alia, merenung ke arah Amsya yang sedang memandu.

“Tak boleh.” Jawab Amsya tegas. Alia mengeluh pendek, entah mengapa hatinya begitu berdebar.

Amsya mengkerling pada Alia disebelahnya. Bisik hatinya…

“Maafkan abang sayang. Abang terpaksa dedahkan siapa kita pada Izwan sebelum Izwan menyatakan cinta pada Lia. Abang cintakan Lia.”

Amsya memasuki parking kereta sesampai sahaja di restoran yang dijanjikan.

“Lia pergi dulu, lepas ni abang ikut.” Arah Amsya.

“Kalau Izwan tanya Lia datang dengan siapa.” Soal Alia Nasuha. Dia masih binggung macam mana nak bagitahu dia datang dengan lelaki lain.

“Tak payah bagitahu apa-apa.” Kata Amsya. Alia keluar dari kereta menuju ke restoran yang dijanjikan. Dia cuba mengingati wajah Izwan yang pernah dia jumpa dulu. Masuk sahaja dalam restoran Alia terkinjau-kinjau mencari kelibat Izwan. Tiba-tiba dia melihat tangan yang melambai ke arahnya. Alia tersenyum tapi hatinya semakin berdebar, dengan langkah yang perlahan dia menghampiri Izwan. Sampai sahaja didepan Izwan, Alia memberi salam. Salam dibalas mesra oleh Izwan sambil bangun menarik kerusi mempelawa Alia duduk.

“Terima kasih.” Ucap Alia memandang Izwan, semakin berdebar jantungnya memikirkan Amsya pula. Untuk menghilangkan debaran dihatinya Alia bersuara.

“Dah lama sampai?”

“Baru je. Lia apa khabar?” Soal Izwan merenung Alia tajam, tersenyum mengoda.

“Baik. Maaf, dah banyak kali Lia cancel perjumpaa kita. Ini baru jadi.” Kata Alia. Izwan memandang Alia, nampak sangat Alia gelisah.

“Ni kenapa, pucat je muka. Saya tak makan oranglah. Kenapa tidak datang dengan Syafikah?” Pujuk Izwan bagi melegakan hati Alia. Alia sekadar tersenyum manis, membuatkan Izwan semakin merenung Alia tersengih mengoda.

“Kenapa pandang Lia macamtu, tak selesalah.” Balas Alia.

Amsya masuk ke dalam restoran mencari Alia. Dia tersenyum apabila melihat Izwan di situ, Amsya menghampiri mereka lalu ditegurnya.

“Hai, berdua saja.” Tegur Amsya. Alia tertelan liur mendengar suara Amsya, manakala Izwan tersenyum lebar membuatkan Alia berkerut dahi.

“Berdua je, abang dari mana ni? Sorang ke?” Soal Izwan. Alia semakin pelik.

“Tak, abang datang berdua. Boleh abang duduk?.” Jawab Amsya tersengih memandang Alia disebelahnya.

“Boleh bang, duduk je.” Balas Izwan. Amsya menarik kerusi sebelah Alia sambil berpaling pada Alia. Alia hanya membisu.

“Maaf, abang duduk sebelah gadis cantik ni. Tak nak kenalkan pada abang ke?” Soal Amsya cuba menguji Izwan. Izwan tersenyum puas apabila Amsya memuji Alia.

“Alah bang, ini first time date lah. Kebetulan jumpa abang pula. Baru nak bercinta bang. Nama dia Alia Nasuha.” Jawab Izwan membuatkan Alia berkerut muka.

Bisik hati Alia “Mereka ni kenal antara satu sama lain ke? Aduh parah ni.”

“Baru nak bercinta? Abang rasa tak payahlah nak bercinta dengan Alia ni.” Kata Amsya sambil tangannya berpaut bahu Alia. Izwan sedikit terkejut, mukanya berkerut. Alia mengkerling tangan Amsya dibahunya.

“Kenapa pula bang. Abang kenal ke? Pegang-pegang lagi.” Soal Izwan sedikit kecewa dan hairan.

“Izwan betul tak kenal dia? Izwankan adik abang takkan tak kenal?” Soal Amsya menguji kedua-duanya membuatkan mereka berdua semakin hairan.

“Sayang, kenal tak siapa Izwan? Soal Amsya pada Alia. Tergaman Izwan mendengar perkataan sayang dari Amsya. Alia berpaling pada Amsya kemudian mengeleng kepala sambil beralih pandang pada Izwan.

“Izwan…Alia Nasuha ni, isteri kesayangan abang.” Kata Amsya mengejutkan Izwan.

“Ha…biar betul bang. Takkan saya tak kenal pula isteri abang. Masa abang kahwin orang lain, bukan Alia.”

“Yang Izwan jumpa tu bukan isteri abang, Itu sepupu abang nama dia Shasha. Abang memang nak kenalkan Izwan dengan isteri abang tapi Alia tak ada masa tu. Kebetulan pula Izwan ada bagitahu abang Izwan ada kenal seseorang nama Alia Nasuha. Dan dalam masa yang sama Alia ada bagitahu abang tentang Izwan…Sayang kenal siapa Izwan?” Tanya Amsya pada Alia yang membisu dari tadi. Alia sekadar mengeleng kepala.

“Kalau sayang nak tahu, Izwan ni adik abang. Yang paling tepat lagi, adik kepada Irfan. Anak Dato’ Mansur. Bekerja sebagai seorang doktor.” Jelas Amsya pada Alia.

“Astarufiruallah al-azim. Kenapa jadi macam ini bang? Kenapa Lia tidak bagitahu yang Lia sudah kahwin. Saya baru nak bagitahu saya cintakan Lia dan nak melamar Lia jadi isteri saya.” Balas Izwan dengan kecewa.

“Saya minta maaf banyak. Sebenarnya…” Belum sempat Alia meneruskan kata-katanya Amsya terus memotong percakapan Alia.

“Sebenarnya abang yang halang Alia dari bagitahu Izwan. Abang saja nak suprisekan kamu berdua. Alia ni jujur, dia bagitahu abang nak jumpa dengan Izwan. Itu yang abang ikut sekali. Abang tak izinkan dia keluar dengan Izwan sebelum ini. Abang betul-betul minta maaf. Abang tahu Izwan ada hati pada Alia.” Jelas Amsya membuatkan Alia memahami semua ini.

“Tapi bang, saya jatuh cinta dengan Alia pertama kali jumpa dia. Cuma tak kesempatan untuk berjumpa dan memberitahunya. Tapi sekarang…” Izwan memberhentikan kata-katanya sambil merenung tajam pada Alia didepannya. Dia menyambung kata-katanya…

“Saya kecewa bang, baru nak cuba bercinta. Tapi isteri orang pula, isteri abang pula tu.” Kata Izwan kesal. Amsya menarik nafas panjang melihat Izwan amat kecewa.

“Izwan, Alia, abang minta maaf. Sebab itu abang tidak izinkan Lia jumpa Izwan berseorangan. Izwan belum bercinta lagi dengan Alia tak perlu nak kecewa. Tapi bang izinkan kamu berdua berkawan cuma jangan nak berbincang pasal perasaan, itu memang abang tak izinkan.” Larang Amsya sambil melirik pada Alia. Alia banyak mendiamkan diri, tertunduk kesal.

Izwan memegang kepala dan mengelengkannya. “Huh…” Izwan melepas keluh.

Alia memandang Izwan hatinya berkata-kata. “Kau jujur Izwan, kau berani menyatakan cinta pada aku tapi kenapa baru sekarang? Jika Amsya tidak kenal kau pasti aku akan memberi peluang pada hati aku untuk mencintaimu. Mungkin ini debaran yang aku rasakan tadi.”

Selesai sahaja perjumpa mereka pada tengah hari itu, mereka beredar. Sebelum itu Izwan bersalam dengan Amsya, kesal hajatnya untuk bercinta dengan Alia terhalang. Alia sekadar memandang Izwan dengan sayu, dia tahu Izwan kecewa begitu juga dirinya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Alia hanya membisu. Terfikir sendiri “Kenapa Amsya tidak memberitahunya yang dia kenal dengan Izwan sebelum ini.”

Ini membuatkan Alia teringat dengan kata-kata Shasha semalam yang masih terngial-ngial diteliganya. Semakin dia terfikir untuk menjauhkan diri dari Amsya. Dia tidak salahkan Amsya dalam perkahwinan yang tidak diduga ini, jika tidak kerana Faris, tidak semudah itu dia menerima Amsya. Fikirnya lagi betul ke Puan Anis menerimanya disebabkan berhutang budi. Semua itu bermain difikiran Alia Nasuha sekarang, tiada satu pun yang jujur dalam perkahwinan ini.

Alia merenung jauh diluar jendela bilik Amsya, sekarang dia merenung nasibnya sendiri. Sekali lagi dia gagal mencari cinta. Amsya keluar dari bilik air, dia melihat Alia termenung jauh dijendela. Amsya menghampiri Alia mengejutkan Alia dari lamunan.

“Lia fikir apa? dari tadi lagi diam, sejak bila pula isteri abang ni bisu?” Amsya berselora.

Alia berpaling pada Amsya tersenyum. “Tak tahu nak cakap apalah en.Amsya, dah tak ada modal.” Jawab Alia bersahaja.

“Lia kecewa?” Soal Amsya. Alia tidak menjawab persoalan itu sebaliknya Alia bertanya soalan pada Amsya.

“Awak balik petang ni? Kalau boleh awak bincang dengan kekasih awak percepatkan sikit perkahwinan awak. Nanti Lia bagitahu ummi.” Kata Alia.

“Lia marah abang? Pasal Izwan tadi.” Tanya Amsya bersahaja. Alia memandang tepat anak mata Amsya.

“Lia tak marah…Cuma kesal awak tak bagitahu saya awak kenal Izwan. Kesian dia, dia jujur. Dia berani menyatakan cintanya pada Lia depan awak. Dia baik…Kalau awak tak kenal dia sudah pasti Lia akan bagi ruang dalam hati Lia terima dia. Tak payahlah Lia susah-susah cari lelaki lain. Lia bukan suka cari lelaki. Entahlah en.Amsya kalau diikutkan hati lepas ini saya tidak kahwin pun tak apa.” Kata Alia dengan panjang lebar. Tiba-tiba dia teringat akan Faris lelaki yang merosakkan hidupnya. Alia memegang kepala tiba-tiba rasa sakit memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini.

Amsya memandang dan merenung Alia, ada airmata dikelopak mata Alia. Alia bangun keluar dari bilik Amsya. Amsya mengeluh, difkikirnya maksud kata-kata Alia tadi “Saya tidak kahwin pun tak apa lepas ini.”

Amsya keluar dari bilikinya mencari Alia. Alia berada di dapur, sepanjang malam itu mereka tidak bercakap hanya berpandangan sesama sendiri bila terserempat. Apa lagi Shasha masih berada di rumahnya. Malam itu Alia menyambung lagi kerja-kerja yang akan dia bagi pada staffnya esok.

Awal pagi lagi Amsya bangun, dia mengejutkan Alia di sofa. Entah pukul berapa Alia masuk tidur semalam.

“Lia, bangun sayang.” Amsya mengejutkan Alia dengan perlahan. Perlahan Alia membuka matanya yang masih mengantuk.

“Pukul berapa Lia tidur semalam?” Soal Amsya mengambil berat. Alia sekadar menunjuk empat jarinya. Alia bangun dibantu oleh Amsya, Alia menyadarkan dirinya di sofa, dia menoleh jam dinding 6.05pagi.

“Lia pergilah mandi.”Arah Amsya.

“Awak dah mandi ke?” Tanya Alia pada Amsya disebelahnya.

“Belum. Sayang nak mandi dengan abang ke?” Soal Amsya mengusik sambil tersenyum memandang Alia. Alia membalas renungan Amsya, masam.

“Abang gurau pun tak boleh.” Pujuk Amsya apabila Alia bermasam muka.

“Awak gurau dengan isteri awak nantilah.” Jawab Alia bersahaja.

“Masalahnya sekarang Lia isteri abang. Abang gurau dengan Lia lah.” Balas Amsya.

“Susahkan kita kahwin macam ni. Apa kata lepas ni kita tak payah jumpa.” Cadang Alia, berkerut muka dan berdebar jantung Amsya mendengarnya.

“Apa maksud Lia, kita tak payah jumpa.” Tanya Amsya cemas dengan kata-kata Alia.

“Nanti Lia ceritakan…Lia mandi dulu.” Jawab Alia. Dia bangun terus ke bilik air. Amsya semakin berdebar dan tertanya sendirian.

“Apa maksud Lia ni? Mana boleh aku tak jumpa dia. Apa rancangan dia.Aduhhh…pagi-pagi lagi dah sakit kepala.” Rungut Amsya sendirian.

Beberapa minit kemudian Alia keluar dari bilik air. Amsya pula masuk. Selesai sahaja bersolat dan memakai pakaian Alia turun untuk menyediakan sarapan pada suaminya. Amsya turun ke bawah dengan berpakaian kemas untuk ke pejabat. Dia menuju ke meja makan menunggu Alia menyediakan sarapan pagi.

Shasha yang juga berada di situ menghampiri Amsya.

“Good morning bang, handsome abang pagi ni. Minggu ni abang balik tak?” Tegur Shasha sambil menarik kerusi disebelah Amsya.

“Morning…abang kalau boleh hari-hari nak balik, nak tengok muka isteri abang yang cantik tu.” Kata Amsya sengaja mengkuatkan suaranya apabila Alia sampai didepan meja menghidang makanan.

“Makanlah cepat nanti lewat.” Pelawa Alia sambil menuang air. Dia memberi air pada Amsya dan Shasha. Amsya memerhati Alia, dia tidak puashati dengan kata-kata Alia tadi. Nak bertanya Shasha ada di situ.

“Lia tak makan sekali?” Soal Amsya masih memerhati Alia

.

“Makanlah dulu, Lia nak tengok ummi kejap.” Kata Alia berlalu dari situ ke bilik Puan Anis.

Shasha memerhati Asmya dan Alia tersengih menyindir.

“Abang bergaduh dengan Lia ke?” Soal Shasha setelah Alia beredar. Amsya berpaling pada Shasha disebelahnya.

“Tak payah nak jaga tepi kain orang. Awak tu bila nak balik. Lain kali jangan datang...penyibuk. ” Marah Amsya pada Shasha. Shasha menjuih bibir pada Amsya, sekali lagi dia bertanya.

“Abang, Lia bagitahu abang ada kekasih. Siapa nama dia?” Tanya Shasha membuatkan roti ditangan Amsya terhenti dari sampai ke mulut. Amsya mengeluh kecil tertelan liur.

“Apa lagi Alia bagitahu Shasha?” Soal Amsya mengcungkil rahsia.

“Itu tak perlu tahu. Tapi Sha peliklah dengan perkahwinan abang ni. Patutlah Lia tak layan abang. Alah bang lepas saja Alia tu bukan baik pun… Abang, Sha masih sayang abang. Kita sambung balik cinta kita. Kita kahwin nak?” Kata Shasha. Amsya merenung tajam pada Shasha.

“Sha dengar sini…apa pun berlaku pada abang, abang tak akan kembali pada Sha. Cinta kita sudah lama over. Faham?. Jangan cuba kacau Lia.” Balas Amsya dengan marah dan memberi amran pada Shasha.

Shasha terasa dengan kata-kata Amsya, sudah mula hatinya sakit. Tak pernah Amsya bersikap begitu pada dia. Ini semua sebab Alia Nasuha. Nekad hatinya “Jaga kau Lia, aku akan hapus kau dalam hidup Amsya.”

Alia dan Puan Anis turun bersama-sama, Amsya yang sudah pun habis makan bangun untuk bergerak ke pejabat. Alia menghantarnya hingga ke kereta. Dia menghulur tangan untuk bersalam. Amsya menyelut poket seluarnya mengeluarkan sekeping kertas kecil kemudian menyambut tangan Alia dengan meninggalkan kertas itu ditangan Alia. Alia memandang Amsya kemudian melihat kertas ditangannya. Seperti biasa Amsya mencium pipi Alia sebelum masuk ke dalam kereta.

“Assalammualaikum, abang pergi dulu.” Ucap Amsya. Salam dibalas Alia. Amsya memecutkan keretanya meninggalkan kediaman keluarganya.

Alia membuka lipatan kertas ditangannya yang dilipat dua setelah kereta Amsya berlalu dari situ. Satu nota kecil yang ditinggalkan oleh Amsya yang berbunyi.

“CINTA SEJATI SUKAR DI CARI…”dari suamimu, Danial Amsya Zulkarnain.

Alia berkerut muka dia bercakap sendirian “Apa maksud Amsya ni, dia perli aku ke?.” Tak pernah Alia Nasuha menerima surat cinta sebelum ini. Dia masuk semula ke dalam rumah, nota itu disimpan dalam diarinya. Dia mencapai semua barangannya untuk ke pejabat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku