Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 50
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6380

Bacaan






Pagi itu Alia sibuk mengemukakan kertas cadangan yang dibuatnya. Semua konsep di perterangkan dengan jelas kepada pekerja-pekerjanya.

“Ini baru sebahagian, yang lain nanti saya siapkan dalam masa terdekat. Saya mahu kamu semua siapkan yang ini dulu. Tapi ingat pembentangan kertas kerja ini mesti dengan gambaran 3D yang jelas bersama board castingnya sekali.

Selesai mesyuarat pada pagi itu Alia kembali ke biliknya. Sedang asyik Alia membuat kerja-kerja yang masih belum disiapkan dia menerima wharsApp dari Amsya.

“Hai Lia, sibuk ke?” Alia tersenyum membacanya. Kali ini Alia membalasnya.

“Yap…” Amsya juga tersenyum walaupun hanya tiga huruf sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berbunga apabila whatsAppnya dibalas. Amsya mengeluh pendek.

“Huh!…maknanya aku tidak boleh call dialah tengah sibuk, atau sengaja tidak mahu bercakap dengan aku.” Komen Amsya sendirian.

Alia teringat nota yang diberi oleh Amsya, dia membuka diarinya kemudian mengambil kertas itu, sekali lagi dibacanya. “Cinta sejati sukar dicari.” Dia bercakap sendirian.

“Apa maksud Amsya ni? Maksudnya…sekarang ni tidak ada cinta sejati.” Alia masih terfikir kata-kata itu. Lamunannya terhenti apabila dia menerima satu panggilan, diambil telefon bimbitnya panggilan daripada Zafrul.

“Hello.” Jawab Alia.

“Hello Lia, ada kat office ke?” Tanya Zafrul.

“Ada, kenapa? Balas Alia bersahaja. Sambil menyimpan semula nota ditangannya.

“Kebetulan abang ada dikawasan ini, lima belas minit lagi abang sampai pejabat Lia. Lia turun kita pergi makan.” Ajak Zafrul. Alia menoleh jam tangannya 12.15tengah hari.

“Nak makan di mana? Boleh Lia bawa Syafikah?” Tanya Alia.

“Tak payahlah abang nak jumpa Lia. Ada perkara nak bincang. Okey. bye” Balas Zafrul belum sempat Alia menjawabnya, Zafrul memutuskan talian. Kata-kata Zafrul membuatkan hati Alia berdegup kencang dengan tiba-tiba, teringat dia pada Amsya. Hatinya berbicara.

“Perlu ke aku bagitahu Amsya?...haaa…aku pun tak kisah dia keluar dengan siapa…Zafrul, Zafrul, Zafrul…kenapa sekarang acap sangat kita jumpa. Bila nak keluar dengan kau mesti wajah Sara muncul. Kenapa kau nak jumpa aku? Kau nak bincang pasal apa?” Keluh Alia sendirian.

Alia bangun mencapai handbagnya lalu keluar dari bilik. Sampai sahaja dimeja Syafikah dia berhenti.

“Syaf, aku keluar dengan Zafrul.” Bagitahu Alia bersahaja. Syafikah yang asyik membuat kerjanya berpaling pada Alia, lalu menganggukkan kepala. Belum sempat Alia beredar Syafikah bersuara.

“Lia, kau ada pergi jumpa Izwan? Alia mengangguk dan membalas pertanyaan.

“Dia telefon kau?”

“Ya, dia kecewa sangat. Kesian dia. Apa jadi sebenarnya?” Soal Syarifah. Alia merenung Syafikah sedikit mengeluh.

“Nanti petang aku cerita. Aku pergi dulu.” Balas Alia meninggalkan Syafikah.

Sampai sahaja dibawah Zafrul sudah pun ada, Alia menuju ke kereta Zafrul. Memasuki Kereta, Zafrul terus bergerak menuju ke restoran.

“Lia keluar dengan siapa baru ni?” Soal Zafrul apabila Alia berdiam diri selepas memasuki keretanya.

“Kan Lia sudah bagitahu, Lia keluar dengan kawan.” Jawab Alia. Tiba-tiba dia menerima WhatsApp dari Amsya.

“Masih sibuk lagi ke? Kalau ya pun breaklah dulu, nanti terlepas waktu lunch. Jangan biarkan perut tu kosong.” Alia tersengih membaca pesanan yang diterima.

Zafrul terus bertanya tidak puashati dengan jawapan Alia sebentar tadi.

“Betul ke kawan? bukan boyfriend. Dia kerja apa? Dah lama Lia kenal dia?” Soal Zafrul bertalu-talu, Alia sudah gelisah dengan pertanyaan itu. Dan sekarang dia tengah berwhatsApp dengan Amsya. Alia sedang membalas whatsApp Amsya.

“Sekarang on the way nak pergi lunch.” WhatsAppnya dihantar. Amsya menoleh jam tangannya pukul 12.30tengah hari setelah menerima whatsApp dari Alia.

Alia berpaling pada Zafrul disebelahnya.

“Kenapa pula abang nak tahu? Abang nak jumpa Lia ada apa?” Tanya Alia kembali. WhatsApp Amsya diterima lagi.

“Awalnya lunch, keluar dengan Syafikah ke? Makan kat mana?”

Zafrul memasuki kawasan parkir.

“Jom, kita pergi makan dulu.” Ajak Zafrul. Sambil berjalan Alia membalas WhatsApp.

“Lia keluar lunch dengan engineer. Syafikah x ikut.” Amsya mula resah. Ditanya lagi

“Lelaki? Berduaan?”

“Yes.” Balasan ringkas dari Alia. Amsya menarik nafas panjang, mengeluh. Hatinya kini semakin berdebar setiap kali Alia keluar dengan lelaki lain.

Sedang asyik Amsya berwhatsApp dengan Alia, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Masuk.” Laung Amsya. Daun pintu dibuka.

“Hai Am. Jom pergi makan.” Ajak Irfan sambil melangkah masuk.

“Awal lagi.” Jawab Amsya. Irfan menarik kerusi didepan Amsya. Mereka berbalas pandang. Irfan mengangkat kepala sambil bertanya.

“Kau kenapa? lain macam aje.” Amsya merenung tajam Irfan, membalas pertanyaan Irfan.

“Aku rindu kat dialah.”

“Siapa? Umairah? Lia? Atau Shasha?” Soal Irfan sambil tergelak.

“Alia Nasuha lah. Kau tahu tak? aku pernah bercinta beberapa kali. Tapi aku tak pernah rasa rindu sangat macam ni. Kau bercinta? pernah rasa apa aku rasa tak?” Soal Amsya. Irfan tergelak lagi.

“Aku rasa kau baru aje jumpa Lia kan. baru pagi tadi kau datang, sekarang dah rindu.” Jawab Irfan.

“Itulah…aku memang rindu gila lah kat dia. Tak pernah aku rasa macam ni…Kalau boleh nak tengok muka dia sepanjang masa.” Kata Amsya.

“Kalau kau nak tahu…itu namanya penyakit angau.” Gurau Irfan.

“Macam mana aku nak putuskan hubungan dengan Tengku Umairah. Tolong aku Fan.” Pinta Amsya bantuan dari sahabatnya itu.

“Kau terus terang jea dengan Umairah… Sekarang ni aku tengah tension dengan adik aku.” Kata Irfan.Amsya berkerut kening.

“Kenapa?” Soal Amsya mengorek rahsia.

“Aku tak tahulah, dua hari ni perangai dia pelik sangat. Diam je tak bercakap, dah macam orang putus cinta, mati bini… Mami pun risau pasal dia. Dahlah dia tanya aku pasal kau macam-macam.” Jelas Irfan, Amsya semakin panik.

“Betul ke Fan. Takkan sampai begitu sekali.” Soal Amsya cemas.

“Betullah, takkan aku nak tipu kau. Kau boleh tolong tak? tanya dia apa masalah dia. Kalau dengan kau mesti dia bercerita. Aku risau mami…dia tak bercakap dengan mami tau.” Terang Irfan lagi.Amsya menarik nafas panjang dia tahu sebabnya.

“Fan…Izwan tanya apa pasal aku?” Soal Amsya hatinya berdebar.

“Dia tanya pasal Alia isteri kau, bila kau kenal Lia? Dah berapa lama bercinta? Macam mana kau boleh kenal Lia?” Amsya mengeluh mendengar penjelasan dari Irfan.

“Fan, aku tahu sebab apa.” Balas Amsya. Irfan berkerut kening menjeling tajam pada Amsya.

“Kau tahu?...Sebab apa?” Tanya Irfan merenung Amsya.

“Dua hari lepas aku dan Alia ada jumpa Izwan…” Amsya menceritakan peristiwa perjumpaan dia bersama Izwan dan bagaimana Izwan melafazkan cinta pada Alia.

“What?...maksud kau, adik aku kenal Lia sebelum ini. Dan dia mencintai Alia? Oh my god.” Balas Irfan terkejut dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

“Ya, dia terus terang depan aku dan Lia, yang dia cintakan Alia dan dia amat kecewa apabila mengetahui Alia sudah kahwin, dengan aku pula tu…bukan aku nak permain dan tipu dia, aku cuma nak surprise jea sebab aku tahu sebelum ini Lia ada bagitahu aku yang dia berkawan dengan lelaki bernama Izwan Dato Mansur, siapa lagi kalau bukan adik kau.” Jelas Amsya lagi. Irfan tergelak mendengar cerita itu.

“Eh…kau kenapa gelak? Tak ada apa pun yang lucu kat sini.” Kata Amsya serius.

“Memang tak ada yang lucu, tapi aku bersyukur. Mujurlah aku tidak jumpa Alia dulu, kalau tak dah tentu aku yang jatuh cinta dulu, lagilah merana adik aku.”

“Kenapa?” Soal Amsya bersahaja.

“Apa taknya hari-hari mengadap kakak ipar dia. Entah-entah tak balik rumah kecewa.” Jelas Irfan. Amsya tersengih, ketawa juga dia mendengar usikkan Irfan.

“Kau ni kan Irfan…itu sebab kamu berdua tidak ada jodoh dengan Alia.” Amsya mengeleng kepala, dia sambung ayatnya lagi.

“Fan, jom kita jumpa Izwan petang ni. Aku nak minta maaf dengan dia, aku nak jelaskan semula pada dia.” Pinta Amsya. Irfan mengangguk.

“Okey, marilah kita pergi makan, nanti aku call Izwan.” Ajak Irfan menenangkan kawannya itu. Amsya memandang Irfan didepannya teringat akan Alia yang sedang keluar makan bersama lelaki, entah siapa. Mereka berdua bangun untuk pergi makan tengah hari.

Selepas makan tengah hari pada hari itu Zafrul menghantar Alia kembali ke HH Holding. Sampai sahaja di pejabatnya Alia terus masuk ke biliknya. Staff yang lain belum lagi masuk. Alia termenung sendirian mengingati kata-kata Zafrul tadi kenapa Zafrul menghalang di keluar dengan lelaki lain. Dia juga teringat mesyuarat ditapak projek Sepang pada hari khamis. Alia bercadang membincangkan beberapa perkara dengan Syafikah petang nanti, dia menghubungi Puan Anis.

Panggilannya dijawab. “Hello sayang”

“Hello, ummi betul ke sayang Lia?” Soal Alia manja apabila mendengar umminya memanggilnya sayang.

“Betullah ummi sayang. Kenapa ni?” Balas Puan Anis.

“Ummi, petang nanti Lia balik lewat sikit. Lia ada kerja dengan Syafikah mungkin Lia balik Putrajaya dulu, lepas maghrib Lia balik, kita keluar pergi makan. Kita tak payah masak hari ini. Boleh?” Cadang Alia.

“Boleh. Baiklah ummi tunggu Lia. Assalamualaikum.” Jawab Puan Anis mengakhiri perbualan. Salam dibalas Alia.

Selepas berbual dengan Puan Anis, Alia menunaikan solat zohor kemudian dia menyambung semula kerja-kerjanya. Alia mendengar pintu biliknya diketuk. Tut,tut,tut…

“Masuk.” Balas Alia. Pintu biliknya ditolak, Syafikah masuk terus ke meja Alia. Alia memandang Syafikah.

“Duduk Syaf.” Arah Alia. Syafikah menarik kerusi lalu duduk.

“Alia, tadi Inspektor Azlan telefon, dia nak cakap dengan kau. Kalau kau free call dia, ada hal penting katanya. Pasal projek di Nilai 25 unit pelan semua telah siap, dah diemail pada kau untuk kau forword pada Arkitek Sukri. Johan ada telefon Halida tanya bila kau nak ke Tok Bali, jadual yang kau bagi ada sedikit perubahan katanya.” Jelas Syarikah selaku PA. Alia mendengar dengan teliti sambil memandang Syafikah didepannya.

“Nanti aku check dulu pelan projek Nilai. Pasal Inspektor Azlan nanti aku call. Kau set date minggu depan ke Tok Bali hujung minggu bagitahu Johan. Minggu ni aku nak siapkan dulu konsep projek Tengku Badri. Hari khamis aku ada meeting ditapak projek Sepang dengan engineer tengah hari, suruh Halim stand-by dan tolong hantar report pada aku. Cuba kau buat oppointment dengan Arkitek Sukri pagi Khamis aku nak bincang pasal projek Nilai.” Balas Alia.

“Sempat ke kau nak ke KLCC, tengah hari tu kau nak ke Sepang pula?” Soal Syafikah.

“Sempat, kau buat oppointment pagi dalam pukul 10.00 bagitahu Halim ikut aku… Syaf petang aku nak jumpa kau ada hal aku nak bincang. Kita bincang kat rumah.” Arah Alia. Syafikah memandang sayu wajah bosnya.

“Ada masalah?” Soal Syafikah perlahan. Alia menandang sayu terasa sebak dihatinya, Alia memejam mata kemudian menarik nafas panjang. Sedikit airmatanya keluar. Syafikah merenung Alia mencapai tangan Alia diatas meja dipegangnya kemas, mengangguk pada Alia. Alia membalas dengan senyum ikhlas.

“Aku keluar dulu Lia.” Pinta Syafikah. Alia mengangguk sekali lagi. Syafikah keluar dengan perasannya serba salah, kesian benar dia melihat Alia dan nasib Alia sekarang yang terpaksa menyiap dan menyelesaikan kerja pejabat dan masalah dirinya. Dia tahu Alia tidak akan mencampur-aduk masalah kerja dengan peribadi.

Berdebar juga hati Alia apabila mahu menghubungi Inspektor Azlan. Dia tabahkan hatinya, menarik nafas panjang-panjang kemudian menghempusnya. Bersedia dengan apa yang akan didengari dari siasatan itu. Alia mencapai telefon bimbitnya mengedail nombor Inspektor Azlan.

“Hello.” Jawab Inspektor Azlan.

“Hello Inspektor, ini Alia Nasuha.” Balas Alia.

“Ya Cik Alia… Baru-baru ini pihak kami telah membuat siasatan dan mengambil keterangan dari rumah Alia. Ada sedikit kemusykilan, ada beberapa soalan yang saya ingin tanya Cik Alia. Boleh kita jumpa?” Terang Inspektor Azlan.

Hati Alia semakin berdebar. “Boleh, bila?” Balas Alia.

“Esok pukul sebelas pagi?” cadang Inspektor Azlan.

“Boleh, kita jumpa kat luar. Nanti saya bagitahu tempatnya.” Balas Alia tanpa ragu.

Lepas waktu pejabat pada hari itu Alia dan Syafikah pulang ke rumah mereka. Selepas Alia mandi dan bersolat asar, dia mengambil gambar perkahwinannya dalam laci. Satu persatu gambar itu diperhati, dia merenung gambar Amsya lama-lama. Bisik hatinya “Kau akan jadi sejarah dalam hidup aku.”

Pintu bilik Alia dibuka, Syafikah melangkah masuk melihat Alia sedang tengok gambar perkahwinan. Syafikah duduk disisi Alia.

“Cantikkan Lia. Kau dengan Amsya.” Puji Syafikah. Alia mengeluh.

“Perkahwinan apa ini Syaf? Orang lain pertama kali kahwin untuk bahagia tapi aku???” Alia diam tidak dapat menyambung ayat seterusnya.

Syafikah juga terdiam, tidak tahu apa nak diperkatakan.

“Syaf…aku malu dengan Izwan, aku rasa bersalah sangat pada dia. Aku pergi jumpa dia bersama Amsya. Rupa-rupa mereka berdua kenal, Izwan tu adik Irfan. Aku terkilan apabila dia terus terang bagitahu aku depan Amsya yang dia cintakan aku dan nak lamar aku jadi isterinya. Dia kecewa sangat apabila dapat tahu aku sudah kahwin. Amsya pula suami aku…Kalaulah mereka tidak kenal satu sama lain, aku boleh buka hati aku pada Izwan. Tak payah aku cari lelaki lain.” Terang Alia tentang perasaannya.

“Macam mana pula dengan Amsya.” Soal Syafikah.

“Entah…muka selamba aje. Sekarang lagilah aku benggang dengan Shasha, setiap minggu datang. Baru ni siap bagi warning lagi pada aku jangan goda Amsya. Macam lah aku nak sangat Amsya dia tu… Kau tahu tak Syaf? Aku pergi rumah Amsya, aku tengok gambar kekasih dia, tapi macam pernah jumpa.”

“Iya ke? Nama apa?”

“Aku lupalah nak tanya. Esok aku jumpa Inspektor Azlan pukul 11.00pagi...Syaf, aku takutlah dengan Amsya tu, pelik tau. Tergadai body, gila aku. Macam mana aku nak buat ni? Syaf tolonglah aku.” Rayu Alia minta simpati kawannya itu.

“Kau tak payah layan dia atau kau bagitahu je pada dia jangan sentuh kau dan dekat dengan kau. Cakap saja kau tidak suka.” Cadang Syafikah. Alia bermasam muka mulutnya di mucungkan.

“Ini satu lagi pasal Faris, aku tak tahu apa nak buat. Bila-bila masa dia akan muncul. Tadi jumpa Zafrul, aku semakin berdebarlah jumpa dia. Dahlah sekarang pandai halang aku bercinta. Tanya aku siapa Amsya. Dia nak kahwin, nak beli rumah tanya aku buat sakit hati je. Zafrul pun sekarang pelik sangat perangai dia.”

“Pelik macam mana? Zafrul dengan Amsya pernah jumpa ke?” soal Syafikah pelik dengan cerita Alia.

“Entahlah Syaf yang penting sekarang aku perlu lupakan dia. Aku pergi rumah Zafrul. Amsya yang hantar, masa balik dia tertengok Amsya datang ambil aku. Si Amsya ni pula pelik juga sepatutnya dia percepatkan niat dia tu tapi sekarang macam carring aku pula, aku rimaslah…Syaf tolong aku hubungi Izwan, aku nak minta maaf dengan dia.” Jelas Syafikah.

“Kenapa kau tak telefon sendiri?” Tanya Syafikah.

“Aku takut dia tidak jawab panggilan aku. Aku tahu dia kecewa. Tolonglah Syaf.” Rayu Alia.

Petang itu, Amsya dan Irfan berjumpa Izwan di café hospital Ampang medical. Amsya merenung Izwan sebaik sahaja Izwan tiba didepannya.

“Ada apa abang nak jumpa saya?” Soal Izwan pada Amsya.

“Izwan, abang betul-betul minta maaf. Abang tidak terniat pun nak sakitkan hati Izwan. Abang juga terkejut apabila Izwan bagitahu abang yang Izwan ada suka pada seseorang bernama Alia Nasuha pada majlis kahwin abang. Abang tidak tahu pula Izwan begitu serius dengan Alia.” Jelas Amsya sedikit kesal.

“Entahlah abang. Saya kecewa sebab macam dipermainkan. Alia sendiri tidak bagitahu dia sudah kahwin, Syafikah juga. Sedangkan saya sudah tanya Syafikah, dia bagitahu Alia belum berpunya. Tiba-tiba abang muncul bagitahu Alia isteri abang. Mana tak terkejut bang? First time saya jumpa Alia saya sudah jatuh cinta. Hari-hari ingatkan dia cuma masa tidak mengizinkan saya berjumpa dengannya, dah berapa kali saya cuba. Alia memang ada bagitahu saya nak minta izin dengan bakal suami dia mahu jumpa saya tapi saya terkilan dia tidak bagitahu saya yang dia sudah kahwin sehingga dia jumpa saya tempoh hari.” Jelas Izwan dengan kecewa. Demi menjaga maruah Alia, Amsya membelanya.

“Izwan, jangan salahkan Alia. Abang yang bersalah, abang tak bagi dia bagitahu Izwan. Tapi abang tak larang dia berkawan dengan Izwan. Abang minta maaf menyakitkan hati Izwan. Abang sayang dan cinta isteri abang.” Jelas Amsya. Irfan sekadar mendengar memerhati mereka berdua. Izwan mengeleng kepala dengan penjelasan Amsya.

“Cinta?...Tapi abang mainkan perasaan Alia. Abang sekarang masih bercinta dengan kekasih abang. Apa perasaan dia nanti kalau dia tahu.” Dengan perasaan sedih Izwan pula membela Alia kali ini. Amsya terdiam.

Tiba-tiba telefon bimbit Izwan berdering. Panggilan dari Syafikah. Izwan memandang Amsya dan Irfan silih berganti.

“Syafikah telefon.” Bagitahu Izwan. Dia menjawab panggilan itu.

“Hello.” Jawab Izwan. Amsya berdebar.

“Hello. Izwan maaf awak sibuk ke?” Soal Syafikah.

“Tak, tengah rehat sekarang. Ada apa Syaf?” Balas Izwan.

“Izwan. Alia nak bercakap dengan awak. Bagi dia peluang jelaskan pada awak.” Bagitahu Syafikah. Izwan memandang Amsya. Amsya semakin berdebar dahinya berkerut.

“Bagi saya cakap dengan Alia.” Pinta Izwan, sambil matanya memandang Amsya didepannya. Amsya terkejut dan mengeluh Syafikah menghubungi Izwan bagi pihak Alia. Amsya mengaup muka.

“Hello?” Jawab Alia.

“Hello Lia.” Balas Izwan.

“Izwan, Lia nak minta maaf banyak-banyak, Lia sakitkan hati Izwan. Tapi Lia tidak terniat pun.” Terang Alia kesal dengan apa yang berlaku.

“Izwan maafkan Lia.” Balas Izwan membuatkan hati Alia sedikit reda dan tenang.

“Terima kasih.” Jawab Alia.

“Abang Am cinta Lia?” Soal Izwan menguji sambil memandang Amsya.

“Tak tahu.” Jawab Alia perlahan.

“Lia cinta dia?” Saol Izwan lagi masih menguji perasaan kedua mereka. Amsya menarik nafas panjang sambil memejam mata dengan pertanyaan Izwan pada Alia. Amsya mengeleng kepala.

“Tak tahu.” Jawab Alia kali ini suaranya sebak.

“Kenapa pula tak tahu, Lia cinta abang Amsya atau tidak?. Lia tahu Izwan dengan siapa sekarang?” Soal Izwan.

“Tak. dengan siapa?” Soal Alia hatinya sedikit berdebar.

“Dengan abang Am dan abang Irfan. Lia tanya abang Am sekarang, dia cinta Lia tak.” Kata Izwan. Alia terkejut, cepat-cepat dia putuskan talian.

“Hello Lia.” Panggil Izwan apabila mendengar talian terputus. Dia memandang Amsya .

“Maaf bang, Lia dah letak telefon.” Bagitahu Izwan tersengih sinis. Amsya senyum, dia mengambil telefon bimbitnya menghubungi Alia.

“Heee…Izwan ni gila ke apa?” Omong Alia, geram.

“Kenapa Lia?” soal Syafikah cemas.

“Izwan ada dengan Amsya sekarang. Dia suruh aku tanya Amsya cinta aku tak. Gila ke?” Bagitahu Alia pada Syafikah.

Telefon Alia berdering.

“Aduhhhh…Amsya call.”

“Jawab je Lia.” Arah Syafikah. Alia menjawabnya.

“Hello.” Jawab Alia.

“Hello. Kenapa letak telefon? Lia kat mana sekarang? ” Soal Amsya lembut.

“Rumah Putrajaya.” Jawab Alia. Amsya menoleh jam tangannya hampir pukul tujuh.

“Kenapa tak balik lagi. Ummi tahu balik lewat?”

“Lia ada kerja sikit. Lia dah call ummi tadi. Lia balik lepas maghrib. Malam ni Lia nak keluar dengan ummi pergi makan.” Jawab Alia.

“Keluar dengan ummi tak apa. Jangan keluar dengan lelaki lain pula… Abang nak jawab pertanyaan Izwan tadi, dengar baik-baik depan Izwan dan Irfan ni, abang bagitahu…Abang cintakan Alia.”

Alia mendengarnya lalu tergelak dibuat-buat. “Hahaha…cintalah sangat. Tak ada makna. Bye” Balas Alia kemudian terus memutuskan perbualan mereka.

Alia mengomel. “Cinta konon, kalau kau tak cakap macamtu nanti tembelang kau pecahlah.”

“Kenapa Lia?” Tanya Syafikah apabila mendengar kata-kata Alia.

“Amsya ni ha!…cakap cinta kat aku depan Izwan. Sewel. Takkan nak kata tak cinta.” Jawab Alia marah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku