Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 51
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5869

Bacaan






Selepas pulang dari berjumpa Izwan, Amsya kembali ke apartmentnya. Malam itu dia berjanji dengan Tengku Umairah. Amsya nekad untuk memutuskan hubungan dengan Tengku Umairah. Difikirnya apa reaksi Tengku Umairah nanti. Seperti yang dijanjikan dia menunggu Tengku Umairah ditempat yang dijanjikan. Sambil menunggu teringat Amsya yang Alia keluar makan bersama umminya malam itu. Dia menghubungi Alia.

“Hello, apa khabar?” Jawab Alia. Amsya tersenyum sendirian, lain benar bunyinya mesti ummi ada bersamanya.

“Hello sayang, keluar makan ke? Ummi ada bersama?” Balas Amsya.

“Ada, jangan risaulah Lia jaga ummi baik-baik. Nak cakap dengan ummi ke?” Jawab Alia.

“Boleh juga, bagi telefon kat ummi.” Arah Amsya. Alia menyerahkan telefon bimbitnya pada Puan Anis.

“Abang Am nak cakap.” Bagitahu Alia. Puan Anis menyambut telefon ditangan Alia.

“Hello.” Jawab Puan Anis.

“Hello ummi? Ummi sihat ke? Kat mana ni?” Soal Amsya prihatin pada umminya. Belum sempat Puan Anis menjawab persoalan Amsya, dia terdengar suara perempuan mendayu-dayu bersama Amsya.

“Abangggg…maaf, sayang lewat. Abang dah lama tunggu. Mairah minta maaf ya?” Sambil Tengku Umairah memeluk Amsya dari belakang membuatkan suara Tengku Umairah jelas kedengaran. Terkejut Amsya dengan kedatangan Tengku Umairah, tidak tersedar dia Tengku Umairah datang dari arah belakang.

“Mairah, nantilah abang tengah bercakap ni, lepaskan abang.” Halang Amsya menolak tangan Tengku Umairah di pinggangnya.

Berubah muka Puan Anis apabila mendengarnya, dia amat kecewa atas sikap Amsya terhadap Alia sambil merenung Alia didepannya. Lalu terus memutuskan taliannya.

“Hello ummi, hello…hello.” Balas Amsya cuba memanggil umminya beberapa kali. Akhirnya talian terputus.

Hati Puan Anis bersuara sambil mata merenung Alia. “Kesian Alia, tergamak Amsya permainkan Alia. Telefon tanya khabar kononnya. Tapi keluar dengan perempuan lain.” Omongnya marah.

Alia membalas pandangan Puan Anis didepannya, diam membisu. Disapa ibu mertuanya.

“Kenapa ni ummi? Dah cakap dengan abang Am.” Sambil tersenyum manis.

“Terputus.” Jawab Puan Anis sepatah, mengukir senyum, dia kecewa dengan Amsya.

“Kenapa tak redail?”

“Tak apalah, kita makan dulu.” Pelawa Puan Anis tidak mahu Alia perasaan dengan kekecewaannya terhadap kelakuan Amsya. Sambil menikmati makanan didepannya Puan Anis banyak membisu memikirkan tentang anak menantunya.

Amsya memandang Tengku Umairah dengan marah, tidak puashati dengan kelakuan Tengku Umairah.

“Awak kenapa ni? Kenapa tak bagi salam dulu. Saya tengah bercakap dengan ummilah.” Marah Amsya.

Tengku Umairah memandang Amsya wajahnya masam berkacip gigi.

“Kenapa marah-marah, tak pernah pun abang macam ni dengan Umairah. Sekarang ni selalu nak marah Umairah. Mengelak dari berjumpa, ada saja alasan. Apa salah Umairah?” Balas Tengku Umairah marah.

Amasya mengeluh, dengan suara yang perlahan Amsya memujuk. “Lain kali datang bagi salam dulu, jangan main terjah je. Dah jom.”

Amsya memegang tangan Tengku Umairah berjalan seiringan menuju ke restoran.

“Nak makan apa?” Tanya Amsya dengan suara memujuk, dia tahu Tengku Umairah sudah merajuk.

“Tak nak makan, tak ada selera.” Jawab Tengku Umairah merajuk. Amsya merenung Tengku Umairah.

“Dah mula tunjuk muka masam…senyumlah sikit, abang suka tengok Umairah senyum. Marah sikit merajuk dahlah, kata rindu abang.” Pujuk Amsya lagi sambil mencuit hidung Tengku Umairah. Tengku Umairah sudah mula senyum.

“Ha!...macamtu lah, baru cantik.” Puji Amsya. Tapi dia masih lagi terfikir macam mana nak bagitahu Tengku Umairah mahu putuskan hubungan, tak sampai hati pula rasanya tapi hatinya perlu menyatakan juga tapi tak tahu macam mana. Tiba-tiba Tengku Umairah bersuara.

“Abang, bila kita nak kahwin?” Tanya Tengku Umairah dengan manja. Amsya menarik nafas panjang.

“Sayang…kalau ada jodoh kita kahwin ya.” Jawab Amsya sambil memegang tangan Tengku Umairah.

“Alah… abang cakap pasal jodoh pula. Abang masuk je lah pinang sayang. Kenapa susah sangat ni?” Balas Tengku Umairah.

“Sayang bukan macamtu, sabarlah…abang perlu jaga ummi sekarang ni.”

“Sampai bila? Takkan tunggu ummi mati baru kita kahwin.”

“Umairah cakap apa ni? Umairah sanggup ke berhenti kerja jaga ummi?”

“Kenapa pula, ummi dah tak boleh berjalan ke?”

“Bukan macamtu, ummi nak memantu yang boleh jaga dia. Masak untuk dia, teman dia, pakai tudung, Umairah boleh buat ke semua tu?” Soal Amsya. Tengku Umairah terdiam sejenak.

“Alah abang, itu senang je, kita carilah maid jaga dia.Hari minggu kita balik jenguk dia. Apa salahnya.” Cadang Tengku Umairah.

“Maknanya ummi kena tinggal sorang lagi lah. Dia nak bila abang kahwin isteri abang boleh jaga dia. Malam-malam ada orang teman. Ha!..macam mana boleh buat tak? balik kerja terus balik rumah ummi.”

“Jauhnya abang, suruh ummi tinggal dengan kita di sini nak?” Kata Tengku Umairah.

“Kalau boleh, sekarang abang nak ummi tinggal dengan abang di sini, tak payah setiap minggu balik. Ummi tak nak, dia tak mahu tinggal rumah peninggalan walid.”

“Habis kalau macamtu, kita macam mana? Takkan selamanya nak macam ni?” Soal Tengku Umairah mula sakit hati.

“Sayang, kita serah saja pada takdir. Kalau ada jodoh kita kahwin, kalau tak ada jodoh, kita terima sahaja.”

“Abang sengaja cari alasankan? Tak mahu kahwin dengan Umairah? Kalau Umairah dapat tahu abang ada orang lain, siap abang Umairah cari perempuan tu.”Balas Tengku Umairah dengan tengking memang dia tidak puashati dengan penjelasan Amsya.

“Dahlah…jangan fikir yang bukan-bukan. Kita makan dulu ya? Nak abang suap ke?” Pujuk Amsya degan mesra sambil mengosok bahu Tengku Umairah..

Alia bersama Puan Anis meninggalkan restoran setelah selesai makan. Dalam kereta Alia memandang umminya, tersasa sedikit pelik kerana dari tadi umminya berdiam diri.

“Ummi, kenapa ni? Diam jea…ummi sakit ke? Atau makanan tadi tak sedap?” Tanya Alia dengan sopan sambil memegang tangan Puan Anis.

“Takadalah, ummi okey.” Balas Puan Anis bersahaja.

“Ummi fikir apa sebenarnya?” Soal Alia lagi.

“Tak ada apa sayang…jom kita balik.” Ajak Puan Anis. Alia terus mengerakkan keretanya ke kediaman mereka.

Malam itu seperti biasa Alia menyambung kerja-kerjanya yang belum siap dia perlu menyiapkan dalam dua tiga hari itu untuk diberi kepada pekerjanya nanti. Projek Tengku Badri mesti disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Malam itu sekali lagi Alia tidur lewat, sudah empat malam dia tidur lewat.

Hari ini hari yang mendebarkan Alia, Alia ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu Inspektor Azlan. Jantungnya berdebar-debar, dia sudah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sampai sahaja ditempat yang dijanjikan Inspektor Azlan sudah pun ada sedang menantinya.

“Assalamualaikun tuan Inspektor, sudah lama sampai?” Tegur dan Salam diberi Alia sambil menoleh jam ditangannya kerana dia lewat sepuluh minit.

“Taklah, baru juga sampai.”Balas Inspektor Azlan dengan senyuman. Alia menarik kerusi lalu duduk didepan Inspektor.

“Tuan Inspektor, bagaimana dengan siasatan?” Soal Alia selepas melabuhkan punggungnya dikerusi. Hatinya semakin berdebar menunggu jawapan dari Inspektor Azlan.

“Dari siasatan kami, saya tidak mendapat apa-apa bukti setakat ini, namun saya ada sedikit kemusykilan… Alia kenal dengan Faris?” Tanya Inspektor Azlan membuatkan Alia terkejut apabila nama Faris disebut, makinlah berdegup kencang jantungnya.

“Faris? Dia sepupu saya, kenapa Tuan Inspektor? Apa kaitan dengan kematian papa dan mama saya?” Jawab Alia dengan penuh kehairanan berkerut kening.

Inspektor Azlan menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya.

“Pada malam sebelum kejadian, Faris berada di rumah En. Hilmi. Boleh saya tahu sejauh mana hubungan mereka berdua dan hubungan Faris dengan keluarga Alia?” Soal Inspektor Azlan.

“Faris anak abang sulung papa saya, hubungan kami biasa saja, semuanya baik, kami sekeluarga memang rapat.” Jawab Alia. Walau itu jawapannya dia masih ragu-ragu, atas kedatangan Faris pada malam itu. Bisik hatinya sendirian “Adakah Faris ada kaitan dengan kematian papa dan mama?”

“Faris selalu ke rumah?

“Adalah tapi tak selalu, jika dia datang ke sini dia ada juga singgah ke rumah kami. Kenapa tuan?”

“Kalau begitu, Faris adalah orang terakhir yang berjumpa dengan En.Hilmi. Dan Faris bermalam di rumah keluarga Alia pada malam itu. Adakah Alia tahu apa tujuan Faris ke sana?”

“Saya kurang pasti, tuan.” Jawab Alia, hatinya semakin berdebar. “Apa yang Faris bincang dengan papa pada malam itu?” Soal Alia dalam hatinya, Alia tidak senang duduk.

“Kalau macam itu kita perlu menahan Faris untuk membantu siasatan selanjutnya.” Bagitahu Inspektor Azlan. Alia terdiam seketika memikirkan sesuatu. Kepalanya sudah merasa pening, dahlah semalam dia tidur lewat tambah pula masalah kematian ibubapanya dan kini nama Faris pula yang timbul.

“Bagaimana Alia?’ Soal Inspektor Azlan memberi cadangan.

“Kita boleh terus tangkap dan tahan dia, jika dia betul-betul bersalah?.” Soal Alia lagi.

“Kita tidak boleh tuduh dia melakukan jenayah kerana kita tidak ada bukti. Kita hanya boleh tangkap dia untuk membantu siasatan sahaja.” Jelas Inspektor Azlan. Alia sudah mula sebak didadanya. Dia masih memikirkan cara bagaimana untuk mengetahui semua ini.

“Sabar tuan, saya ada satu cadangan. Memandangkan kita tidak ada bukti untuk menuduh dia melakukan rancangan jahat itu. Apa kata tuan bagi saya masa untuk membuktikan jika benar Faris ada niat untuk membunuh ibubapa saya.” Cadang Alia. Inspektor Azlan berkerut kening mendengar cadangan Alia.

“Apa maksud Cik Alia sebenarnya. Alia ada menyembunyikan apa-apa yang saya tidak tahu.” Soal Inspektor Azlan. Alia terpaksa menceritakan perkara sebenar pada Inspektor Azlan.

“Sebenarnya, Faris ada menaruh hati dengan saya. Saya pernah tolak pinangannya. Tapi saya kurang pasti adakah dia yang melakukan semua ini dan apa motif dia. Dan apa yang dia perbualkan pada malam itu dengan papa saya. Sekarang hanya dia yang tahu semuanya.” Kata Alia dengan yakin.

“Kalau benar apa yang dikatakan Alia. Alia berada dalam keadaan bahaya. Kerana Faris ingin memiliki Alia?.” Terang Inspektor Alia dari cerita Alia. Alia teringat yang Faris mahu bekerja dengannya,

Inspektor Azlan memandang Alia yang sedang memikirkan sesuatu.

“Kenapa Alia?” Soal Inspektor.

“Faris bila-bila masa akan datang berjumpa dengan saya untuk meminta kerja.Dia mahu bekerja dengan saya. Saya risaulah tuan Inspektor, apa rancangan Faris pada saya, kerana saya menolak pinangannya,” Terang Alia.

“Okey, begini…saya perlukan bantuan Alia. Alia perlu berhati-hati dengan Faris, dapatkan maklumat daripada Faris. Tapi ingat jangan sesekali Alia buat Faris menyesaki sesuatu biar dia sendiri yang bagitahu apa sebenarnya berlaku. Kalau ada apa-apa maklumat segera bagitahu saya.” Terang Insektor Azlan.

“Baik, tuan. Terima kasih banyak-banyak.” Balas Alia.

Selepas perjumpaan itu Alia terus ke keretanya. Begitu juga dengan Inspektor Azlan berjalan menuju ke keretanya tiba-tiba dia dilanggar seseorang membuatkan kunci kereta yang dipegangnya terjatuh.

“Oh, Maafkan saya tuan.” Kata si melanggarnya apabila melihat dia melanggar seorang pegawai polis dengan berpakaian lengkap. Inspektor Azlan yang bangun dari mengambil kunci keretanya yang jatuh membalas. Sambil memandang orang yang melanggarnya.

“Tak apa, tidak sengajakan?” Balas Inspektor Azlan bergurau. Dia merenung orang melanggarnya itu. Orang itu membalas pandangan Inspektor Azlan.

“Awak ni…Irfan kan?” Soal Inspektor Azlan.

“Iya saya. Tuan kenal saya?” Tanya Irfan masih cuba mengenal Inspektor Azlan.

“Fan, akulah Azlan.” Kata Inspektor Azlan. Irfan tersenyum dia sudah mula mengingati wajah Inspektor Azlan.

“Kau, Azlan yang pondan tu? Wah! Dah jadi Inspektor kau sekarang.” Kata Irfan apabila dia sudah mengingati wajah Inspektor Azlan sambil menepuk bahu Inspektor Azlan.

“Perlahanlah sikit pondan tu, itu dulu. Kau ni tak berubahlah Irfan. Kau apa khabar sekarang? Macam mana dengan partner kau? Masih bersama dia?” Soal Inspektor Azlan.

“Aku macam ni, masih sihat. Alhamdulilah. Siapa yang kau maksudkan ni? Amsya? Eh, jom…mari kita pergi makan.” Ajak Irfan.

“Baiklah, tapi aku tak boleh lama, aku kena balik ibu pejabat.” Balas Inspektor Azlan. Mereka sama-sama menuju ke restoran yang berdekatan.

Alia termenung dalam kereta memikirkan apa yang dibincangkan dengan Inspektor Azlan tadi. Dia bercadang ke rumahnya di Puchong. Dia menghubungi Amsya untuk meminta izin.

“Hello sayang.” Jawab Amsya tersenyum manis.

“En.Amsya…Awak ni kan, tak perlu nak bersayang-sayang. Panggil Lia saja. Lia nak bagitahu, Lia nak balik Puchong kejap, nak jumpa Mak Tim dan Pak Majid.” Kata Alia meminta izin.

“Kenapa? Mak Tim dan Pak Majid tak sihat ke?” Soal Amsya.

“Taklah, Lia rindu nak jumpa mereka.” Bagitahu Alia walaupun dia ada tujuan lain.

“Kalau ya pun rindu, tak boleh tunggu hujung minggu ke? Boleh kita pergi sama.” Balas Amsya. Alia sudah bermasam muka mendengarnya.

“Eh, awak ni kan…ini yang saya malas bagitahu ni. Kan saya sudah kata, saya bagitahu jea mana saya nak pergi, awak kena izinkan. Saya nak pergi jumpa ibubapa saya. Kalau awak halang saya pergi jumpa jantan ke, pergi shooping ke, pergi melepak ke, tak apalah. Awak bagi ke tak ke, saya tetap nak pergi.” Marah Alia apabila Amsya cuba menghalangnya.

“Abang tak kata pun, tak bagi. Kenapa marah sangat ni? Tidur di sana ke?” Balas Amsya memujuk.

“Kalau bagi baguslah. Lia balik, tak tidur sana pun. Ada kerja sikit, Lia pergi dulu.” Kata Alia merendahkan sikit suaranya dari tadi.

“Nanti kirim salam Mak Tim dan Pak Majid.” Balas Amsya sebelum mereka memutuskan perbualan. Mengeluh Amsya sambil mengeleng kepalanya.

Alia terus menghala kereta ke rumah keluarganya di Puchong. Sebelum itu sempat Alia menghubungi Mak Tim untuk sediakan gulai tempoyak ikan patin makanan kegemarannya. Alia merasa badannya panas sejuk apa lagi dia mengalami selsema dari semalam. Matanya pula berair dan kepalanya sedikit berdenyuk.

Walaupun badannya merasa kurang sihat, Alia Nasuha sempat berhenti membeli buah tangan untuk ibu susuannya. Sampai sahaja di rumah keluarganya dia terus memanggil Mak Timnya.

“Mak Tim…Mak Tim...” Laung Alia sambil melangkah masuk ke dalam rumah mendapatkan Mak Timnya yang berada di dapur. Bau aroma gulai ikan tempayok sudah membuatkan selera Alia bertambah.

Sampai sahaja di dapur terus dipeluk Mak Timnya, air matanya sudah mula menitis. Apa tidaknya sejak berkahwin hampir dua bulan inilah kali pertama Alia pulang.

“Mak Tim, Lia rindulah. Maafkan Lia ya Mak Tim, lama Lia tak balik. Mak Tim apa khabar?” Kata Alia, membuatkan Mak Timnya juga menitiskan airmata. Alia mengesat airmata ibu susuannya itu. Selepas itu dia mengesat airmatanya juga.

“Mak Tim, macam ni lah…kalau Mak Tim rindu pun, apa boleh buat. Dah jadi milik orang.” Balas Mak Tim, membuatkan Alia semakin sebak.

“Pak Majid mana mak Tim?” Soal Alia. Apabila Pak Majid tidak kelihatan.

“Sembahyang. along dah sembahyang?” Tanya Mak tim sambil mengusap dahi Alia.

“Belum.” Jawab manja.

“Pergi solat dulu, lepas tu kita makan.” Kata Mak Tim sambil mengusap dahi Alia. Berkerut kening Mak Tim apabila merasa dahi Alia panas.

“Along demam ke?” Soal Mak Timnya cemas dan risau kalau betul Alia demam.

“Demam sikit jer.” Jawab Alia sambil memeluk Mak Timnya.

“Patutlah…pergilah mandi, sembahyang dulu, nanti Mak Tim siapkah suap untuk Lia.” Arah Mak Tim. Dia amat kenal dengan perangai anak susuannya itu. Bila demam Alia perlukan orang menjaganya, Alia seorang anak yang manja. Sambil tersenyum manis terubat rindu pada Alia Nasuha, Mak Tim menyediakan sup untuk Alia. Alia tidak pernah memakan ubat bila demam hanya minum sup dan air krim sahaja.

Amsya termenung, kerja yang ada diatas mejanya tidak dapat disiapkan. Dia asyik memikirkan tentang isterinya Alia Nasuha. Mengingati kata-kata Alia tadi. “Kalau awak halang saya pergi jumpa jantan ke, shooping ke, melepak ke takpa lah.” Sambil mengosok dahi Amsya tersenyum.

Selesai sahaja makan pada petang itu Alia bersama Pak Majid dan Mak Tim berbual-bual di halaman rumah mereka. Puas hati Alia dapat makan makanan kegemarannya. Alia berada di sebelah Mak Timnya.

“Pak Majid, Along nak tanya sikti... Malam sebelum papa dan mama bertolak ke Terengganu, Faris ada datang ke sini?” Soal Alia lembut. Pak Majid memandang anak majikannya itu, dia menarik nafas panjang.

“Memang Faris ada pada malam itu. Mereka berbual-bual sampai tengah malam. Kenapa along?” Soal Pak Majid.

“Pak Majid tahu ke apa yang mereka bualkan?” Soal Alia lagi berkerut dahi.

“Pak Majid tak tahu lah apa yang dibincangkan. Tapi, papa ada bagitahu mama pagi ke esokkannya sambil makan dengan Pak Majid. Katanya Faris sukakan Along.” Jawab Pak Majid. Alia terdiam seketika mendengar jawapan Pak Majid, hatinya mula berdebar.

Bisik hatinya. “Jadi papa tahulah Faris sukakan aku.”

Pak Majid menyambung perbualannya.

“Dua tiga hari sebelum tu, Pak long ada datang sini.” Cerita Pak Majid.

“Kenapa Pak Majid? Pak long datang sorang ke? Mak long datang?” Soal Alia sedikit cemas.

“Pak long datang sorang saja.” Jawab Pak Majid.

Asyik mereka berbual telefon bimbit Alia berbunyi Alia. Alia mengambil telefon bimbitnya atas meja didepan, melihat pangilan dari Amsya, dia menoleh jam tangannya pukul 5.30petang. Alia Nasuha menjawab pangilan Amsya.

“Hello.”

“Hello, sayang ada di rumah Mak Tim lagi ke?” Soal Amsya.

“Ya, ada sini lagi darling. Kenapa marah ke?” Balas Alia sengaja berkata begitu. Amsya tergelak sendirian. Alia memandang Pak majid dan Mak Tim silih berganti.

Perlahan Mak Timnya bertanya “Amsya?” Alia mengangguk beberapa kali sambil tersenyum.

“Pak Majid dan Mak Tim sihat ke? Mereka ada dengan Lia?” Tanya Amsya.

“Sihat. Ada ni hah…” Jawab Alia.

“Bagi phone pada Pak Majid, abang nak cakap.” Arah Amsya. Alia menghulurkan telefon bimbitnya pada Pak Majid.

“Abang Am nak cakap.” Kata Alia pada Pak Majid. Pak Majid menyambut telefon binbit dari tangan Alia.

“Assalamualaikum…Hello Am.” Jawab Pak Majid. Amsya membalas salam.

“Pak Majid maaflah Am tak dapat teman Lia. Tadi pun Lia telefon tergesa-gesa nak ke rumah Pak Majid, tak boleh tunggu hujung minggu. Kalau tak bolehlah kenal rumah Pak Majid.” Balas Amsya.

“Tak apalah Am, boleh datang lain kali. Lia memang macamtulah kalau dah demam, nak bermanja dengan Mak Tim dia, tadi pun sempat tidur dengan Mak Tim.” Bagitahu Pak Majid pada Amsya. Amsya sedikit terkejut apabila Pak Majid memberitahu Alia demam.

“Apa, Alia demam?”

“Iyalah suami tak ada bersama, kot demam rindu, atau demam berisi ni.” Kata Pak Majid sambil memandang Alia. Alia mengeleng kepala.

Amsya tergelak diulangnya kata-kata Pak Majid. “Demam berisi?”

“Iyalah kut dah mengandung nak buat surprise.” Kata Pak Majid bergurau. Alia dengan cepat menjawab.

“Pak Majid mana ada.”Kuat suara Alia dapat didengar oleh Amsya. Amsya turut tergelak dengan sindiran Pak Majid.

“Am, cakap dengan Lia.” Kata Pak Majid, menghulurkan telefon pada Alia.

“Hello.” Jawab Alia

“Sayang demam ke?” Soal Amsya.

“Sikit jer demam.” Balas Alia.

“Sikit, banyak Lia kena pergi klinik ya. Pergilah balik jangan lama sangat dah petang dah ni. Kirim salam pada Pak Majid dan Mak Tim.” Pinta Amsya.

“Ya, Lia nak baliklah ni. Okey bye.” Alia terus memutuskan perbualan mereka.

Amsya tersengih sendirian setelah berbual dengan Alia dan Pak Majid. Pintu pejabatnya dibuka, Irfan menjenguk ke dalam.

“Hoi, ada lagi kau, ingat dah balik. Pukul berapa dah ni? Kau taknak balik ke?” Tanya Irfan disebalik pintu.

“Nak baliklah ni…” Jawab Amsya sambil bangun mengemas mejanya. Dia keluar dari bilik pejabatnya. Berjalan bersama-sama Irfan untuk pulang. Sambil berjalan Irfan memberitahu Amsya perjumpaannya dengan Inspektor Azlan.

“Am, kau nak tahu aku jumpa siapa hari ini?” Soal Irfan.

“Kau jumpa siapa? Perempuan cun? Dah jatuh cinta?” Balas Amsya bersahaja.

“Bukanlah. Aku jumpa dengan Azlan. Kau ingat tak?”

“Azlan? Azlan mana?” Tanya Amsya berkerut kening sambil mengingat kawan-kawan lamanya. Irfan menjawab sambil membuat lagak pondan dengan tangannya. “Azlan.”

Dengan pantas Amsya menjawab “Azlan pondan tu?” Irfan terus mengangguk kepalanya. Mereka sama-sama tergelak.

“Mana kau jumpa dia. Macam mana dia sekarang?” Tanya Amsya.

“Aku jumpa dia di Bangi. Kau tahu tak? pada mulanya aku tak cam dia. Bila dia perkenalkan dirinya aku terkejut. Lepas tu dia terus tanya kau. Dia ingat kita ni guylah, sebab kita dulu selalu kacau dia cakap kita ni guy. Hahahaha…” Cerita Irfan, Amsya tgergelak sama.

“So, dia macam mana sekarang?” Soal Amsya lagi berminat nak tahu kisah sabahatnya dulu.

“Sekarang ni, aku pun susah nak percaya pertama kali jumpa. Dia sekarang Inspektor polis Bukit Aman.”

“What???...Inspektor? Pondan pun boleh jadi Inspektor ke?” Soal Amsya sambil terkejut dan tergelak.

“Itulah, sekarang dah tak pondan. Ini semua pasal kaulah dulu cabar dia. Sekarang dia nak jumpa kau. Dah lama dia kata cari kita tapi tak jumpa. Aku janji dengan dia hari khamis ni lepas office hour kita jumpa dia. Macam mana?” Kata Irfan.

“Bolehlah, jumpa dimana?” Tanya Amsya.

“Kajang, dekat dengan rumah dia.” Jawab Irfan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku