Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 52
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5923

Bacaan






Alia Nasuha masih lagi menyiapkan kerja-kerjanya pada malam itu. Dia perlu siapkan konsep dan lakaran projek Tengku Badri pada malam itu juga untuk diserahkan pada pekerja-pekerjanya esok. Walaupun badannya masih panas demi tugas dia terpaksa siapkan juga. Dia menoleh jam tangannya di atas meja sudah hampir 2.30pagi. Esok hari khamis dia perlu keluar awal kerana janjinya dengan Arkitek Sukri pada pukul 10.00pagi dan lawatan tapak projek Sepang pada tengah hari, sebelum itu dia perlu ke pejabat ambil pekerjanya Halim.

Alia menuruni tangga rumahnya sambil memicit-micit kepala, selsemanya semakin menjadi-jadi, suhu demamnya semakin tinggi, suaranya sudah mula serak dan batuk-batuk. Alia menuju ke meja makan di mana umminya sedang menunggunya untuk bersarapan bersama pada pagi itu.

“Morning umi.” Tegur Alia sesampai di meja makan, Puan Anis memandang Alia mukanya pucat, dan suara Alia serak.

“Morning sayang. Demam Lia makin kuat ni, tak payah pergi kerjalah, cuti jer hari ni.” Rayu Puan Anis sambil bangun menyentuh dahi Alia yang panas.

Dengan suara yang serak Alia menjawab.“Tak boleh ummi, hari ni Lia ada meeting penting.”

“Tapi Lia demam ni, panas sangat badan ni, tak payah pergi, telefon Syafikah bagitahu. Kita pergi klinik.” Pujuk Puan Anis. Alia meneguk air teh panas didepannya, kemudian menjawab.

“Sikit ajer ummi, Lia tak apa-apa. Lia pergi dulu ummi.” Alia banguan bersalam dengan Puan Anis. Dia bergerak ke keretanya. Mengeluh panjang sambil mengeleng kepala Puan Anis melihat keadaan Alia.

Alia sampai di pejabat Arkitek Sukri tepat pada masanya. Encik Sukri sedang menunggu Alia di bilik pejabatnya. Alia yang baru sampai dipelawa masuk ke bilik encik Sukri. Pintu bilik Arkitek Sukri di ketuk, Alia masuk ke bilik uncle Sukrinya sendirian. Halim menunggunya di luar. Alia perlu berbincangan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan projek dan urusan pejabatnya tanpa orang lain.

“Assalamualaikum uncle, selamat pagi.” Ucap Alia setelah melangkah masuk ke bilik pejabat arkitek Sukri.

Arkitek Sukri memandang dan mendengar suara Alia serak dan wajahnya pucat.

“Alia demam? Dah pergi klinik?” Soal Encik Sukri.

“Demam sikit je uncle. Tak payahlah pergi klinik.” Jawab Alia. Encik Sukri mengeleng kepala.

“Makan ubat, jangan biarkan demam tu melarat.” Nasihat Encik Sukri.

Alia memulakan perbincangannya dengan arikitek Sukri tentang projek 25 unit teres di Nilai dan progress kerja projek-projek dibawah kelolaan syarikat HH Holding. Setelah menerangkan semua status projek, Encik Sukri memerhati setiap kerja Alia dan kesungguhan serta komitednya Alia tentang kerja-kerja yang dilaksana, tak ubah seperti papanya, Encik Helmi. Walaupun sakit selagi boleh bangun dan berjalan dia tetap bekerja.

“Hari ini Lia janji dengan abang Zafrul nak pergi site kan?” Tanya Encik Sukri. Alia mengangguk.

“Tadi, abang Zafrul ada pesan kalau Lia datang sini, dia nak tumpang Lia pergi site. Keretanya masuk workshop. Pagi tadi pun datang dengan uncle.Tapi uncle tengok, kesihatan Lia kurang baik ni, tak payahlah pergi site, nanti uncle suruh abang Zafrul bawa Lia pergi klinik.” Ujar Encik Sukri, kasihan benar melihat keadaan Alia.

“Tak apa uncle Lia okey, pasal abang nak tumpang, boleh sangatlah uncle.” Jawab Alia dengan nada suaranya turun naik.

“Nanti uncle call dia, suruh dia datang sini. Lia ada apa lagi nak bincang?” Soal Encik Sukri.

“Dah tak ada uncle.” Balas Alia.

Amsya sedang menunggu Irfan untuk menghadiri satu mesyuarat anak syarikat petronas. Dia menyusun dokumen yang perlu dibawa. Irfan membuka pintu bilik Amsya.

“Am. Kau sudah siap?... jomlah.” Ajak Irfan.

“Kejap…Fan, hari ini jadi ke nak jumpa Azlan?” Soal Amsya.

“Jadilah, kau bawa semua barang kau.Kita tak balik office dah. Habis meeting petang nanti kita terus ke Kajang.” Jawab Irfan.

“Okey, kalau macamtu, kau dengan motor kau, aku dengan motor aku.” Balas Amsya.

“Iyalah. Cepatlah sikit.” Desak Irfan. Mereka bergerak ke parkir.

Alia sudah pun turun ke keretanya di basement bersama Halim dan Zafrul. Sambil berjalan menuju ke keretanya, sampai saja di depan keretanya tiba-tiba seekor lebah entah datang dari mana terbang terkena pipi kiri Alia.

“Aduh!...” Mengadu Alia kesakitan sambil memegang pipinya. Zafrul yang ada dibelakangnya dengan pantas mendapatkan Alia, memegang tangan Alia dipipi.

“Lia, kenapa ni? Mari abang tengok.” Pinta Zafrul sambil mengalihkan tangan Alia. Halim yang ada disitu juga menghampiri Alia.

“Aduh!, sakit bang.” Sekali lagi Alia mengadu.

“Ni kena lebah bahaya ni, jom kita pergi beli ubat.” Kata Zafrul dengan cemas apabila pipi dan bawah mata Alia sudah merah dan bengkak.

Amsya dan Irfan yang baru menolak pintu ke ruang parkir mendengar jeritan halus seorang gadis terpandang pada gadis yang menjerit. Alangkah terkejutnya Amsya apabila melihat gadis yang menjerit itu adalah isterinya Alia Nasuha. Tapi dia memberhentikan langkahnya apabila melihat Zafrul mengosok lembut pipi dan mata Alia yang terkena lebah. Jantungnya berdengup kencang, pedih dengan tiba-tiba. Mahu saja di berlari mendapatkan Alia. Namun kakinya terhenti disitu tidak mampu untuk melangkah. Hanya memerhati isterinya dipapah oleh orang lain.

“Halim, bawa kereta.” Arah Zafrul sambil memapah Alia masuk ke dalam kereta dibahagian belakang.

Irfan memandang Amsya menyaksikan Alia dan lelaki yang pernah dilihatnya sebelum ini. Irfan menepuk belakang Amsya. Amsya memegang dahinya mengeluh sambil membalas pandangan Irfan tidak terkata melihat isteri dipegang oleh orang lain.

“Ya Allah Fan!, kenapa Alia tak bagitahu aku, dia keluar hari ini. Lelaki tu lagi. Lia ke mana pulak.” Luah Amsya kecewa.

“Am, kau kenal dengan lelaki tu? siapa lelaki tu dengan Lia.” Tanya Irfan.

“Katanya anak kawan papa dia…Aduh!, sakit hati aku Fan. Siap pegang-pegang lagi.” Balas Amsya sambil memegang dadanya. Moodnya sudah hilang untuk pergi meeting, namun kerana tugas Amsya terpaksa juga pergi.

“Sudahlah Am, nanti kau tanya Lia baik-baik.” Pujuk Irfan apabila melihat Amsya kecewa dan moodnya sudah berubah, kurang baik. Nampak jelas wajah Amsya berubah dan kecewa. Mereka menunggang motosikal masing-masing menuju ke destinasi.

Selepas mesyuarat pada petang itu Irfan melihat Amsya masih berdiam diri dan kecewa dengan apa yang dilihatnya tadi, Irfan tahu Amsya amat cintakan Alia. Sambil berjalan menuju ke tempat parkir motosikal mereka, Irfan menepuk bahu Amsya.

“Am, aku faham perasaan kau. Tapi Lia sebenarnya kerja apa? selalu jea jumpa lelaki itu? Aku tahu kau cinta dan sayang Alia tu, tapi adakah Alia cintakan kau?.” Soal Irfan, sedikit sebanyak mencurigai perkahwinan sahabatnya itu.

Masih jelas gambaran dalam kepala Danial Amsya peristiwa tengah hari tadi. Hatinya begitu pedih.“Aku tak boleh tengok orang lain pegang dia Fan.” Kata Amsya.

“Am, kau sembunyikan apa dari aku? Kenapa Lia terima kau? Lia betul cintakan kau? Aku menyaksikan semua Am. Aku rasa ada yang tak kena dalam perkahwinan kau, hari pernikahan kau lagi aku nak tanya, tapi aku tak tergamak. Kau ada masalah dengan Alia.” Persoalan Irfan amat mendebarkan hati Amsya membuatkan Amsya teringat perjanjian perkahwinannya. Namun dia tidak boleh menceritakan pada Irfan pada masa itu.

“Aku tak ada masalah dengan Alia, cuma kami masih mengenal hati budi masing-masing. Tapi aku memang cintakan dia.” Luah Amsya dengan nada yang sayu.

“Tapi kenapa kau tidak pergi tempat dia tadi? kita dengar dia menjerit? Kenapa ya?” Soal Irfan berkerut dahi.

“Entahlah…malaslah aku nak fikir. Kita nak jumpa Azlan kan? jomlah pergi.” Ajak Amsya, cuba mengelakkan dari Irfan terus bertanyakan pasal hubungannya dengan Alia. Mereka menuju ke Kajang.

Selesai sahaja melawat tapak pada petang itu, Alia menghantar Halim ke pejabat selepas itu dia terpaksa menghantar Zafrul ke Shah Alam. Pipi Alia masih lagi bengkak dan merah walaupun telah disapu ubat yang dibeli oleh Zafrul tadi. Dalam keadaan Alia yang kurang sihat Zafrul tidak tergamak untuk menyuruh Alia menghantarnya hingga ke Shah Alam, walaupun dia yang membawa kereta tapi bila balik nanti Alia terpaksa memandu sendirian.

Selepas sahaja menghantar Halim ke pejabatnya. Zafrul bersuara.

“Lia, tak payahlah hantar abang ke rumah. Hantar abang Putrajaya sentral, abang balik naik LRT. Lagipun Lia demam…kan senang kalau kahwin dengan abang. Boleh abang jaga Lia. Kita kahwin nak?” Kata Zafrul. Alia terkejut dengan kata-kata Zafrul, tertekan liur mendengarnya.

Bisk hatinya. “Betul ke Zafrul ni. Ajak aku kahwin.” Alia memejam mata, tidak menjawab soalan Zafrul. Jantungnya tiba-tiba berdebar, apakah maksud kata-kata Zafrul. Gurauan? Sindiran? Serius?.

“Lepas tu abang nak balik dengan apa pula.” Tanya Alia, lari dari menjawab persoalan Zafrul.

“Tak apa lah, tahulah abang, Lia tak payah risau. Lepas ni Lia balik terus. Macam mana boleh tak kita kahwin?” Ditanya lagi Zafrul pada Alia Nasuha.

“Kenapa pula tiba-tiba abang nak kahwin dengan Lia? Abangkan cinta kak Sara. Kenapa abang tak kahwin saja dengan kak sara?” Balas Alia menguji Zafrul.

“Kalau Lia sudi kahwin dengan abang. Abang tak kahwin dengan kak sara. Sebenarnya…abang sukakan Lia, abang cintakan Lia.” Terbeliak anak mata Alia mendengarnya. Jantungnya bagaikan mahu luruh. Gementar tubuhnya tiba-tiba, dia menundukkan kepalanya mendengar kata-kata Zafrul.

“Apa abang cakap ni? Kenapa baru sekarang abang bagitahu? Abang kecewa dengan kak sara? Abang gaduh dengan dia? Kecewa? Lepas tu ajak Lia kahwin? Dahlah bang pergilah balik dulu.” Arah Alia apabila keretanya sampai di Putra Sentral. Zafrul terpaksa keluar dari kereta Alia, kerana dia memberhentikan kereta didepan perhentian tempat menurunkan pelanggan.

“Kita jumpa lagi, jangan lupa makan ubat.” Pesan Zafrul sebelum melangkah keluar dari kereta Alia. Alia juga keluar dari tempat duduk sebelah penumpang untuk ke tempat pemandu.

“Abang kirim salam pada aunti dan uncle.” Kata Alia. Alia terus memecut keretanya ke Bangi.

Sambil memandu kata-kata Zafrul bermain dikepala Alia. Hatinya terusik “Apa benar kata-kata Zafrul.” Airmata Alia menitis satu persatu, badannya semakin lemah dan letih, dia sudah tidak larat untuk singgah mana-mana kedai. Sampai sahaja didepan rumah ibu mertuanya dia menghubungi Syafikah.

Pangilannya dijawab.

“Hello Lia.” Jawab Syafikah.

“Syaf, tolong aku. Belikan sup dan ais krim.” Pinta Alia dengan suara yang serak dan teresak-esak.

“Lia, kau demam? Tadi kau pergi site juga ke?” Soal Syafikah cemas mendengar suara Alia.

“Ya lah, tolong ya…aku dah tak larat ni.” Rayu Alia.

“Kau kat mana sekarang?” Tanya Syafikah lagi.

“Aku baru sampai rumah.” Jawab Alia. Syafikah memandang jam dinding biliknya, pukul 7.05malam.

“Baiklah, aku pergi lepas maghrib.”

“Terima kasih Syaf.”

Alia keluar dari kereta, Puan Anis sudah berada di pintu utama menunggu Alia sambil tersenyum manis menyambut menantu kesayangannya itu. Alia memberi salam dan bersalam dengan Puan Anis.

“Ya Allah, mata kenapa ni?” Soal Puan Anis apabila melihat muka Alia merah dan bengkak, sambil menyentuh kepala Alia begitu panas.

“Entahlah kena gigit lebah.” Jawab Alia.

“Dah, dah mari masuk.” Ajak Puan Anis sambil memegang Alia.

Dengan suara keletihan dan serak Alia bersuara. “Ummi…Lia naik dulu nak mandi.” Puan Anis mengangguk. Puan Anis mengeleng kepala sambil memerhati Alia naik ke tingkat atas.

Setengah jam selepas itu, masuk waktu maghrib Puan Anis naik ke biliknya. Dilihatnya Alia terbaring diatas katil hanya bertuala tidak berbaju, kain sembahyang tidak dilipat.

“Ya Allah budak ni…” omong Puan Anis sendirian. Dia tahu Alia baru sudah mandi dan sembahyang apabila melihat rambut Alia masih basah dan kain sembahyang di atas sejadah.

“Lia, Lia…bangun sayang pakai baju dulu.”Pujuk Puan Anis.

Dengan suara yang lemah Alia menjawab.“Ummiii…nantilah, Lia penatlah. Tak larat nak bangun, Lia nak tidur kejap.” Kesian benar dia melihat Alia demam sampai tak boleh bangun, baju pun tak sempat nak pakai. Dia keluar mengambil telefon bimbitnya menghubungi Amsya. Amsya menjawab pangilan dari umminya.

“Hello ummi.”

“Hello, Am ada dimana ni?”

“Am ada di Kajang. Tapi sekarang ada di masjid baru sudah solat, lepas ni nak jumpa kawan. Kenapa ummi?”

“Am nak jumpa kawan, penting ke? Kalau boleh balik dulu tengok Lia, dia demam tu dah tak boleh bangun. Bawa dia pergi klinik, ummi tak boleh bawa kereta malam-malam ni. Tolonglah Am balik dulu.” Rayu Puan Anis pada anak tunggalnya.

“Baiklah ummi, nanti Am balik.” Balas Amsya. Amsya terdiam seketika ingatannya kembali peristiwa tadi. Debaran dihatinya kembali lagi, walaupun hatinya pedih dia mahu segera bertemu kekasih hatinya Alia Nasuha.

Amsya mendapatkan Irfan yang sedang menuju ke motosikalnya.

“Fan, aku minta maaf, aku tak bolehlah jumpa Azlan, kau kirim salam dulu. Ummi telefon suruh aku balik. Lia demam. Aku balik dulu.” Kata Amsya. Kelam kabut Irfan melihatnya. Amsya memecut motosikalnya ke Bangi.

8.15 malam Amsya sampai, Puan Anis membuka pintu. Selepas sahaja bersalam dengan Puan Anis, Amsya terus ke tingkat atas. Sampai sahaja dalam bilik Amsya terkejut melihat keadaan Alia terbaring separuh bogel hanya bertuala sedang tidur. Dia menghampiri Alia perlahan-lahan, di sentuhnya dahi Alia, panas sangat. Teruja dia melihat tubuh Alia terbujur di atas katil. Puan Anis masuk.

“Am, ambil baju ni pakaikan untuk Lia.” Arah Puan Anis sambil menghulur pakaian Alia. Terbeliak mata Amsya mendengarnya terpaksa dia mengambil pakaian ditangan umminya. Perlahan-lahan dia mengejutkan Alia.

Bisik Amsya ke telinga Alia. “Sayang…sayang bangun sayang, kenapa tak pakai baju ni.” Alia terkejut mendengar suara Amsya, perlahan-lahan dia membuka mata. Dilihatnya Amsya terpacak didepan.

Dengan suara yang serak dan perlahan Alia berkata. “En.Amsya, hari ni hari apa?” Mata Alia kuyup memandang Amsya.

“Hari ni hari khamis. Lia pergi mana tadi sampai demam macam ni. Muka kenapa ni? Kena apa? Soal Amsya cemas apabila melihat muka Alia bengkak.

Dengan suara seraknya Alia membalas “Hari khamis, kenapa awak balik?”

“Liakan demam. Dah mari pakai baju dulu.” Arah Amsya cuba mengangkat Alia bangun.

“Hah!..” Alia terkejut, terkedu seketika dia sedar yang dia hanya bertuala.

“Lia bangun dulu pakai baju.” Kali ini Puan Anis pula bersuara. Alia tidak dapat berkata apa-apa apabila terdengar suara umminya. Ini bermakna umminya ada bersama. Hatinya sudah mula berdebar-debar sambil menjeling pada Amsya didepannya. Kemudian menjeling pada ibu mertuanya dihujung katil.

Alia perlahan-lahan bangun sambil memegang ikatan tualanya. Amsya tertunduk dan mengalihkan padangannya ke arah lain apabila tuala yang dipakai Alia terselak sehingga menampakkan pehanya, namun dia sedikit tergelak sambil meraup muka. Alia perasan, apa tidaknya dia tidak pernah separuh bogel depan Amsya. Puan Anis memerhati mereka berdua. Sekali lagi dia memberi arahan.

“Am, pakaikan baju untuk Lia.” Alia menjeling pada Amsya disebelahnya. Kedua-duanya diam membisu seketika, Alia mengigit bibir.

“Tak apa…Lia…pakai sendiri.”kata Alia terketar-ketar suaranya. Umminya menjawab.

“Biar abang pakaikan.” Arah Puan Anis lagi kali ini suaranya agak tegas, dua-dua tertelan liur. Puan Anis sengaja berbuat begitu apabila melihat kedua-dua mereka merah muka. Alia terbatuk-batuk. Ah ah ah...

Amsya dengan muka selambanya mengambil coli dan memakainya pada Alia. Amsya tahu Alia malu sudah nampak mata Alia berlindangan airmata berkerut muka. Alia membelakangi Amsya apabila Amsya mengepinkan baju dalamnya di belakang. Alia memejam matanya. Terketar-ketar tangan Amsya mengepinkannya, Puan Anis melihat kelakuan kedua anak menantunya, ada yang tidak kena. Apa lagi apabila mengingati Amsya bersama Tengku Umairah.

Bisik hati kecil Puan Anis. Dia, sudah dapat menduga. “Alia dan Amsya masih belum bersama selama ini.” Dia keluar dari biliknya memberi peluang pada mereka berdua.

Alia cepat-cepat mengambil pakaian yang ada ditangan Amsya. Amsya bangun menuju ke jendela sambil berkata.

“Cepat pakai.” Arahnya. Alia terus memakai baju dan seluar tidurnya. Selepas itu Amsya kembali ke katil, disebelah kiri Alia, dia merenung Alia. Alia bermasam muka, merah padam muka Alia. Amsya tersengih nakal.

“Lia pergi mana hari ini?” Soal Amsya mesra.

“Kerjalah.” Jawab Alia sepatah mengalihkan mukanya kearah kanan.

“Tahu. Kerja luar?” Soal Amsya cuba menduga Alia.

“Iya…pergi meeting lepas tu pergi site.” Jawab Alia, tangannya menukat dagu.

“Meeting kat mana? Pergi dengan siapa?” Alia menjeling pada Amsya yang banyak bertanya.

“Meeting kat KLCC lepas tu pergi site dengan budak office dan engineer.” Jawab Alia. Amsya tersengih, Alia jujur tidak menipunya.

“Lain kali bagitahu dulu nak pegi mana.” Pesan Amsya lembut.

“Takkan pasal kerja pun kena report juga.” Kata Alia dengan suara serak-serak.

“Abang tak mahu orang lain pegang dan sentuh Lia. Lia masih isteri abang.” Kata Amsya. Alia mengecilkan matanya dan terfikir, dia merasa pelik dengan kata-kata Amsya. Soal hatinya. “Adakah Amsya nampak aku tadi?.”

“Emergency. Tengok kat mana?” Jawab Alia balas tanya.

“Basement.” Jawab Amsya. Alia terdiam, dia tahu Amsya nampak dia bersama Zafrul dan Halim.

“Sampai demam macam ni, dah makan ubat?” Tanya Amsya lagi. Alia mengeleng kepala.

“Mana ubat?” soal Amsya. Dua hari lepas dia ada menyuruh Alia ke klinik.

“Tak pergi klinik. Kejap lagi Syafikah hantar ubat Lia.” Jawab Alia Nasuha spontan. Amsya mengeluh.

“Jom, masuk bilik kita.” Arah Amsya sambil menarik tangan Alia. Alia bangun perlahan-lahan berat rasa kepala, badannya sangat lemah. Amysa memapahnya ke bilik, membaringkan Alia di katilnya. Amsya cuba memicit kepala Alia tapi ditepisnya tangan Amsya.

“Tak payah, jangan sentuh Lia.” Halang Alia. Terasa pedih hati Amsya apabila ditolak begitu.

“Kenapa? haram ke?” Soalnya perlahan menyindir Alia. Alia tidak menjawab, dia sudah rimas Amsya berada bersama dia.

“Maaf menyusahkan awak. Pergilah balik. Lain kali kalau ummi suruh apa-apa tentang saya bagi saja alasan.” Sekali lagi kata-kata pedih yang terpaksa didengar oleh Amsya.Amsya terkedu.

Lebih kurang pukul 9.00 malam Syafikah dan rakan-rakan yang lain tiba dirumah Puan Anis. Puan Anis terkejut dengan kedatangan rakan-rakan Alia. Tambah hairan lagi dengan tindakan Syafikah yang meminta izin untuk menggunakan dapur dan memasak sup untuk Alia. Syafikah menyediakan sup untuk Alia Nasuha.

“Syafikah buat apa ni?” Soal Puan Anis, apabila melihat Syafikah membuka tin sup cendawan campbell’s.

“Aunti, Lia kalau demam dia tak makan ubat, dia hanya makan sup dan ais krim.” Jawab Syafikah membuatkan Puan Anis berkerut kening.

“Laaa…patutlah dia tak pergi klinik. Kenapa?”

“Lia tu takut makan ubat. Kalau ditelah ubat bukan semakin sembuh malah bertambah sakit.” Balas Hana yang ada bersama didapur.

“Ada juga orang macamtu.” Usik Puan Anis

“Memantu aunti lah tu…” Sampuk Mimi, mereka tergelak bersama-sama. Beberapa minit selepas itu Syafikah siap memasak. Dibawanya sup ke bilik Amsya bersama-sama kawan-kawannya.

Syafikah mengetuk pintu bilik. Tut..tut..tut…Amsya bangun membuka pintu. Dilihatnya tiga orang sahabat baik Alia tercegak didepan pintu, dia mempelawa masuk. Syafikah meletakkan dulang yang dibawanya ke atas meja tepi katil.

“Lia, bangun makan.” Perlahan Syafikah mengejutkan Alia. Amsya duduk dibirai katil menolong Alia bangun. Amsya berkerut kening dan hairan melihat hidangan untuk Alia.

“Lia belum makan lagi? Syaf mana ubat Lia?” Soal Amsya.

“Inilah ubat Lia. Encik Amsya, untuk pengetahuan awak, Alia tak boleh makan ubat…bila demam inilah ubatnya.” Terang Syafikah menunjuk ke arah makanan tadi.

“Mari abang suapkan. Ini ais krim untuk apa?” Soal Amsya apabila melihat semangkuk ais krim sambil mengambil mangkuk sup.

“Untuk sejukkan badan dia. Suara dah serak maknanya tonsilAlia bengkak dan merah.” Jelas Syafikah lagi. Amsya mengeleng kepala, pelik. Dia belum lagi mengenal Alia Nasuha sepenuhnya. Amsya menyuap sup untuk Alia. Tapi Alia mengambil mangkuk ditangan Amsya.

“Terima kasih. Lia boleh suap sendiri.” Kata Alia perlahan, tersenyum memandang Amsya didepannya.

“Alah Lia, biarlah hubby suap. Kau malu pada aku ya?” Usik Mimi, Alia tergelak dengan usikkan Mimi, yang lain juga turut ketawa.

“Yalah aku malu.” Balas Alia dengan suaranya semakin hilang.

“Lepas ni sihatlah tu.” Kata Mimi yang berada disitu. Hana pula menyampuk.

“Malam ni, tak tidurlah abang Amsya. Kena jaga Alia. Lia kena makan sup dan ais krim dua jam sekali. Nampaknya abang Am kena masak untuk Lia lah.”

Amsya berkerut dahi…Syafikah memerhati Amsya mengeluh dan pelik dengan kata-kata Hana.

“Tak apa encik Amsya. Saya sudah masak sup, ada didapur cuma perlu panaskan sahaja. Ais krim ada dalam peti ais. Sekarang ni pukul 10.00 bermakna pukul 12, pukul 2, pukul 4 dan pukul 6. Awak perlu bagi Alia makan. Esok Insyaallah sayang awak ni sihat.” Jelas Syafikah pada Amsya. Alia mencubit peha Syafikah.

“Aduh! Sakitlah Lia, kenapa cubit aku? aku bagitahu kat suami kau. Dah lepas ni kau tidur dulu…cepat habiskan sup dan aiskrim, kami nak balik ni, jaga diri okey.” Kata Syafikah. Alia sekadar mengangguk.

“Aku pergi dulu. Bye.”

“Bye Lia…” sampuk kawan-kawannya. Amsya turut turun menghantar mereka.

Sampai sahaja ditingkat bawah Syafikah meminta izin untuk pulang pada Puan Anis.

“Aunti, kami pulang dulu. Insyaallah esok sihatlah anak aunti tu.” Gurau Syafikah.

“Peliklah Alia ni, ummi pun tak faham dengan dia. Terima kasih semua.” Balas Puan Anis.

“Sama-sama.” Jawab mereka serentak. Puan Anis menaik ke atas melihat Alia. Manakala Amsya menghantar mereka semua ke kereta. Sampai di kereta Amsya memanggil Syafikah.

“Syaf kejap.” Syafikah berhenti. Mimi dan Hana masuk ke dalam kereta.

“Ada apa encik Amsya?” Soal Syafikah.

“Awak bos Lia kan? boleh tak ringankan sikit kerja Lia tu. Kenapa suruh dia turun site dengan lelaki, bahaya tau. Tak boleh suruh orang lain ke?” Soal Amsya. Syafikah menarik nafas, dia tahu Amsya belum kenal siapa Alia.

“Nanti saya bincang dengan Alia. Kenapa pula awak yang risau?” Tanya Syafikah cuba mengorek rahsia hati Amsya.

“Saya sayang dan cintakan isteri saya.” Balas Amsya.

“Tapi encik Amsya. Awakkan…” Belum sempat Syafikah meneruskan kata-kata, Amsya sudah memotong ayat Syafikah.

“Syaf…awak dan Lia salah faham. Pada hari lamaran saya, saya memang nak bagitahu Alia, saya cinta kan dia. Tapi entah macam mana lain pula jadinya.” Terang Amsya.

“Tapi awak sudah ada kekasih dan nak kahwin pula tu…tolonglah jangan main perasaan Alia. Kesian dia.” Balas Syafikah. Amsya terkedu.

“Tapi Syaf, saya betul-betul cintakan Alia.” Kata Amsya bersungguh tanpa ragu.

“Lia tidak semudah itu untuk jatuh cinta dengan lelaki. Apa lagi dia tahu lelaki itu sudah ada kekasih. ”Balas Syafikah tegas dengan jawapannya.

“Nanti saya bincang dengan awak lain kali.” Kata Amsya. Syafikah merenung anak mata Amsya. Ada keikhlasan diwajahnya.

“Kalau betul awak sayangkan dia, tolong jaga Alia baik-baik. Saya pergi dulu.” Balas Syafikah sambil membuka pintu kereta. Risau juga Syafikah kalau betul Amsya mencintai Alia. Dan apa reaksi Amsya kalau tahu Alia terimanya untuk lari dari Faris.

“Syaf, jangan bagitahu Alia…please. Saya tahu dia tidak akan percayakan saya.” Rayu Amsya. Syafikah mengangguk faham, tersenyum.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku