Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 53
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5177

Bacaan






Hampir subuh Alia terjaga dari tidur, dilihatnya Amsya masih nyenyak tidur. Kesian benar dia melihat Amsya yang terpaksa menjaganya semalaman. Alia merasa badannya sihat sedikit dari semalam, dia merasa bersalah pada Amsya dan kekasihnya. Hati Alia berkata-kata “Maafkan aku Amsya, kau terlalu baik”. Dia melihat jam dinding pukul 5.50pagi, dia mengambil telefon bimbit Amsya untuk mematikan pengera yang dikunci setiap dua jam sekali. Tapi sayang telefon bimbit Amsya terkunci paswood. Alia menyelitkan telefon bimbit Amsya di bawah bantal supaya Amsya tidak mendengar. Dia tidak mahu Amsya terjaga kerana dia, namun baru dia teringat bahawa hari itu hari jumaat, Amsya kerja. Niatnya untuk mengejutkan Amsya pukul 6.30pagi. Alia bangun mengambil wuduk kemudian mendirikan solat subuh.

Perlahan-lahan Alia menghampiri Amsya merenung dan menatapi wajah Amsya, dia tersenyum manis ditenungnya wajah Amsya lama-lama. Luah hati Alia “Terima kasih Amsya, kau tidak pernah mengambil kesempatan pada aku. Tapi badan aku lemah longlai bila berada dalam pelukkanmu. Aku takut jatuh cinta dengan kau. Hati kau milik orang lain, tak patut aku bersama kau.”

Semalaman Alia terpaksa tidur dalam pelukkan Amsya. Tidak pernah dirinya dipeluh oleh mana-mana lelaki sebelum ini. Terasa aneh setiap kali disentuh suami. tangannya menyentuh lembut wajah Amsya. Teruja dengan wajah kacak Amsya, ada rasa sayang dalam hati Alia pada Amsya tapi Alia tidak boleh jatuh cinta dengan Amsya, dalam hatinya berkata Amsya mencintai orang lain, milik orang. Amsya terasa pipinya disentuh, dia mengeliatkan badannya, cepat-cepat Alia mengalihkan tangannya. Amsya terjaga berat matanya untuk celik tapi apabila terasa Alia sudah bangun ada disebelahnya, dia bingkas bangun.

“Sayang kenapa ni? Sayang nak apa?” Soal Amsya pantas sambil mengosok matanya. Cepat Alia mengesat airmatanya tidak mahu Amsya perasan.

“Tak adalah, awak tidurlah dulu, nanti Lia kejutkan.” Arah Alia.

“Pukul berapa sekarang ni?”Tanya Amsya.

“Enam.”

“Ahhh…eh, kenapa jam tak bunyi. Nanti abang ambilkan sup untuk sayang.” Kata Amsya sambil bergerak untuk turun dari katil. Cepat Alia menghalangnya.

“Tak payahlah. Awak kerja tak hari ni?”

“Tak.” Jawab Amsya sambil mengeleng kepala.

Dengan suara yang masih serak Alia membalas. “Kalau begitu awak pergi sembahyang dulu, lepas tu sambung tidur. Kesian awak. Tarima kasih ya, Encik Amsya.” Amsya tersengih dan mengeleng kepala mendengar Alia masih memanggilnya encik.

“Terima kasih saja?” Soal Amsya menguji dan mengena Alia.

“Iyalah, awak nak apa?” Balas Alia dengan soalan.

“Teman abang tidur, nak bagi lebih pun boleh juga.” Pinta Amsya. Dengan pantas Alia menjawab.

“Bagi apa?” Tanya Alia buat tak tahu. Amsya mencelik matanya dengan bulat memandang Alia atas bawah, Alia faham dengan pandangan Amsya. Satu tamparan lembut singgah di pipi Amsya. Amsya tergelak nakal.

“Pergi mandi.” Arah Alia.

“Sayang dah mandi?” Soal Amsya mengoda. Alia mengeleng kepala.

“Jom mandi sama.” Usik Amsya nakal. Alia menidakkannya sambil menolak Amsya yang berada disebelahnya. Amsya bangun masuk ke bilik air sambil tergelak.

Puan Anis siap membansuh kain dan menyidarnya kemudian dia masuk semula ke dalam rumah, menoleh jam dinding 8.30pagi. Dia berbicara sendirian.

“Mana si Amsya dan Lia ni, Am tak kerja ke? dah pukul lapan lebih. Macam mana dengan Alia, masih demam lagi ke?”

Puan Anis mengeleng kepala, dia menuju ke bilik anak menantunya. Perlahan dia mengetuk pintu memanggil mereka.

“Am…Am…Lia.” Alia tersedar apabila namanya dipanggil, dia memandang Amsya sedang nyenyak tidur. Dia mengejutkan Amsya.

“Awak…awak. Ummi panggil tu.” Amsya terjaga dan mendengar, lalu disahut panggilan ibunya.

“Ya uumi.” Sambil bangun, dengan pantas sempat Amsya memberi satu ciuman dibibir Alia, selepas itu berjalan ke pintu biliknya. Alia terkedu, dia menekup mulutnya. Amsya tersengih.

“Tak bangun lagi ke?” Tanya Puan Anis, apabila Amsya membuka pintu.

“Dah bangun tadi.” Jawab Amsya ringkas.

“Mana Lia, demam lagi? boleh ummi masuk?” Amsya sekadar mengganguk dan menjawab “Hum…”

Puan Anis melihat Alia bersila diatas katil tersengih melihat dia masuk. Sempat lagi Amsya menyengit mata pada Alia apabila Amsya menengoknya. Alia mengalihkan pandangan pada Puan Anis.

“Morning ummi.” Ucap Alia dengan suara yang serak. Puan Anis menyentuh dahi Alia masih panas. Amsya ke bilik air membasuh muka.

“Lia dah mandi?” Tanya umminya. Alia mengeleng sambil tersenyum manis bermanja dengan Puan Anis. Amsya keluar dari bilik air.

“Am tak kerja hari ni?” Tanya Puan Anis

“Tak ummi, jaga anak manja ummi semalam. Dua jam sekali bangun, macam budak kecil kena jaga…manja.” Balas Amsya bersahaja. Alia bermasam muka mendengarnya, tapi dia merasa bersalah lalu menjawab.

“Maaf.”

“Am…” Kuat sikit suara Puan Anis memberi amaran dan marah manja pada Amsya dengan kata-kata Amsya.

Amsya melihat Alia bermasam muka. Dia menghampiri Alia lalu menyentuh dan mengosok pipi Alia dan berkata.

“Alah…cakap macamtu pun merajuk. Dah pergi mandi. Busuk.” Balas Amsya bergurau.

Puan Anis tersenyum melihat gelagat mereka. Balas Puan Anis. “Lia pergi mandi lepas tu turun makan.” Alia mengangguk.

Amsya dan Puan Anis keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu.

“Am nak makan dulu ke? Boleh ummi siapkan.” Tanya Puan Anis.

“Tunggu Lia.” Jawab Amsya sambil melangkah keluar dari rumah. Dia mengambil getah paip kemudian membuka paip lalu membasah motosikalnya. Sedang asyik Amsya membasuh motor dia terdengar umminya memanggil. Cepat-cepat dia menyahut pangilan itu lalu bergerak ke bilik umminya.

“Ya ummi, ada apa?” Tanya Amsya sesampainya dia di bilik Puan Anis.

“Ummi nak cakap sikit dengan Am.” Kata umminya. Amsya melabuhkan punggungnya di katil sebelah Puan Anis.

Alia yang baru keluar dari bilik Amsya untuk ke bilik Puan Anis tiba-tiba dia berhenti disebalik pintu apabila mendengar perbualan Puan Anis dan Amsya.

“Ada apa ummi?” Tanya Amsya.

“Am masih berhubung dan bercinta dengan budak Tengku tu?.. Ummi tak sangka Am buat begini pada Alia. Am tipu ummi, tipu Lia kenapa Am? Kononnya ambil berat telefon tanya khabar, tapi diluar sana ada perempuan lain, berpelukkan lagi. Am masih cinta dan bersama budak tu kan? Apa perasaan Alia kalau dia dapat tahu. Am sayang dan sukakan budak Tengku tu?” Soal Puan Anis dengan perasan marah pada anak tunggalnya tidak puashati dengan tindakkan Amsya mengkahwini Alia tapi masih bersama orang lain. Berdesing telinga Amsya mendengarnya.

“Ummi, Am minta maaf. Memang malam itu Am keluar dengan dia…” Balas Amsya, namun dia terhenti disitu tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan keadaan sebenar. Hati Amsya sudah mula sebak dengan kata-kata umminya.

Alia berkerut muka dan mengigit bibir mendengar Amsya dimarahi oleh Puan Anis. Dia perlahan-lahan beredar dari situ terus turun ke tingkat bawah.

“Am tak sayangkan Alia, tak cinta dia? Ummi nak Am jawab sejujurnya. Dulu Am bagitahu ummi Am cintakan Alia. Tapi dalam masa yang sama Am masih bercinta dengan orang lain. Am ingat Alia tu tak ada perasaan ke?.” Leter Puan Anis lagi. Amsya sudah mula mengeluarkan airmatanya, sebak juga dia mendengar tuduhan umminya sedangkan dia berusaha membuatkan Alia jatuh cinta padanya.

“Ummi…Am memang cinta dan sayang Lia, kalau tak, takkan Am kahwin dengan dia. Am sekarang memang nak putuskan buhungan dengan Tengku Umairah, sudah jarang Am jumpa dengan dia. Cuma Am tidak boleh terus tinggalkan Umairah macamtu, nanti dia tahu Am ada orang lain, dia akan cari siapa orang tu. Kalau diserangnya Lia macam mana? Bukan senang Am nak ambil hati Alia dan pikat dia supaya dia jatuh cinta dengan Am. Sekarang pun Am sedang berusaha.” Terang Amsya panjang lebar.

“Apa maksud Am?Lia tidak cinta Am? Habis kenapa dia terima Am?” Soal Puan Anis semakin pelik dengan anak menantunya.

“Dia terima Am sebab ummi. Dia sayang sangat kat ummi. Dan Am tersalah cakap pada Alia semasa melamar dia. Am minta dia terima Am untuk jaga ummi…Tapi mi, Am betul-betul cintakan Lia. Am pernah jumpa Alia sebelum ini, sebelum ummi kenal dia lagi. Cuma Lia tak kenal Am. Am jatuh cinta kali pertama jumpa dia. Tapi Am amat terkejut apabila kali kedua Am jumpa dia di sini. Kenapa Allah hantar dia untuk jaga ummi.Ummi pula suka Lia dan mahu jodohkan Am dengan Lia. Sebab itu Am pergi lamar Lia, tapi entah macam mana Am tersalah cakap Am sudah ada kekasih…” Cerita Amsya, mengejutkan Puan Anis.

“Ya Allah, ya tuhanku…Jadi, Alia tahu Am ada kekasih sekarang.” Amsya mengangguk beberapa kali.

“Patutlah…Sudah, ini kali kedua Am bagitahu ummi. Kalau Am betul cinta Alia seperti Am cakap, ummi nak Am pikat dia sampai dia jatuh cinta dengan Am. Am dengar sini, ummi tak akan terima orang lain jadi menantu ummi. Faham. Alia tu baik Am.” Arah Puan Anis dengan tegas.

Amsya merenung Puan Anis lalu mengangguk faham. Puan Anis berkata lagi.

“Ummi akan tolong Am. Pergilah tengok Lia, panggil dia turun makan.” Pujuk Puan Anis, melihat Amsya menekup mulut menahan sebak. Namun kata-kata semangat dari ibunya melegakan hati Amsya.

Amsya keluar menuju ke biliknya, tapi Alia tidak ada di dalam bilik. Dia turun ke tingkat bawah melihat Alia telah menghidangkan sarapan pagi yang dimasak oleh Puan Anis. Alia tengok Amsya turun dengan wajah yang muram lalu di panggil dengan suara yang lembut dan mesra.

“En.Amsya, awak dah makan ke? Jomlah makan dengan saya.” Ajak Alia memujuk. Puan Anis turun menuju ke meja makan. Alia menarik kerusi mempelawa Amsya duduk sambil tersenyum. Amsya tengok hairan dengan sikap Alia pagi itu. Amsya semakin hairan apabila Alia duduk disebelahnya dan menawarkan sup yang ada didepan.

“Nak sup tak? Lia suap.” Kata Alia sambil mengangkut sudu berisi sup ke mulut Amsya. Pelik benar Amsya melihatnya tadi bukan main lagi marah apabila dia cuba memeluk Alia semasa temannya tidur.

“Sedap ke?” Amsya berbalas tanya.

“Trylah.” Amsya menghirup sup itu sambil memegang tangan Alia kemudian Amsya menyentuh dahi Alia masih lagi panas.

“Lia makan sup tu, biar cepat sembuh.” Arah Amsya. Kali ini tangan kanannya merangkul pinggang Alia. Puan Anis hanya memerhati kelakuan mereka. Alia tersengih sambil menjeling ke arah Amsya. Satu perkataan keluar dari mulut Alia dengan perlahan.

“Lepassss…” Amsya membalas tersengih sambil mengangkat-angkat kening. Amsya tidak mengendahkan permintaan Alia. Malah semakin kemas dia memahut pinggang Alia.

Selesai makan Amsya terus kebiliknya. Alia mengemas dapur dan membasuh pingan mangkuk.

“Lia, pergilah rehat. Ummi nak ke pasar sekejap, Lia nak makan apa?”

“Suka hati ummi, Lia tak kisah.” Balas Alia sopan.

Selepas mengemas Alia naik ke tingkat atas, dia ke bilik Amsya. Alia tersengih melihat Amsya termenung dijendela biliknya. Lalu dipanggilnya.

“En.Amsya. Marilah” Amsya berpaling dan menuju ke arah Alia.

“Ada apa?” Soal Amsya bersahaja.

“Duduklah.” Arah Alia supaya Amsya duduk di sofa sebelahnya. Amsya duduk, dengan sikap poyonya Alia merenung Amsya lama-lama sambil tersengih menampakkan keseluruhan giginya beberapa saat. Amsya memandangnya mengangkat sikit kepala isyarat bertanya dengan muka berkerut. Dengan lagak poyonya Alia bersuara.

“Awak kena marah kat ummi ya? Itulah awak lain kali cover line sikit. Kalau keluar dengan kekasih jangan telefon ummi. Kan sekarang dah kantoi…Tapi tak apa saya tolong awak. Okey?” Kata Alia, Amsya memandang tajam mata Alia lalu bertanya.

“Curi dengar ya?”

Alia tersengih. “Sikit jea, terdengar. Sorry.” Balas Alia.

“Kenapa tak dengar sampai habis?” Tanya Amsya, menguji kalau-kalau Alia terdengar kata-katanya tadi, adakah Alia akan percaya.

“Tak sanggup nak dengar awak kena marah…siapa nama kekasih awak tu? Tengku saja saya dengar. Anak raja rupanya, patutlah cinta sangat bertuah awak. Anak dato ke?” Soal Alia lagi mengorek rahsia sambil tersengih walaupun hatinya sedikit terusik dan ada rasa cemburu.

Amsya sekadar mendiamkan diri, ini bermakna Alia tidak mendengar kata-katanya tadi. Alia melihat Amsya mengeluh.

“Apa masalah awak? Kenapa tak kahwin dengan Tengku? Pasal ummi? Nanti saya pujuk ummi. Tak payah risaulah.” Pujuk Alia, kesian dia tengok Amsya. Amsya sudah selamatkan dia dari Faris. Walaupun Amsya tidak tahu, Alia tetap berterima kasih. Inilah masanya dia menolong Amsya. Dia tidak boleh ada hati dengan Amsya.

Amsya terus berdiam diri, kadang-kadang malas rasanya nak layan Alia yang selalu bertanyakan pasal perkahwinannya. Alia terfikir dan cuba meneka apa yang ada dalam fikiran Amsya, sekali lagi dia bertanya.

“Awak nak buat majlis yang macam mana? Majlis besar-besaran? Iyalah saya faham, anak raja.” Amsya memandang tajam wajah Alia, kali ini Amsya cuba mencipta masalah yang tidak boleh orang lain selesaikan.

“Iya, dia nak buat majlis besar-besaran, majlis bertunang, akad nikah, bersanding, tujuh hari tujuh malam. Buat kat hotel five star. Nak duit beratus ribu. Faham.” Kata Amsya dengan suaranya agak tengking sedikit.

Alia tergangga, terkejut dengan apa yang didengarnya seketika. Sambil berfikir, Alia ada ideal.

“Jadi awak tak ada duit nak kahwin?” Soal Alia.

“Iyalah, susah-susah tak payah kahwin. Dah kahwin pun sekarangkan?” Balas Amsya, nada suaranya masih macam tadi sedikit tengking. Alia dengar macam menyindirnya namun dia tidak mengambil hati, dia faham dengan situasi Amsya sekarang.

“Apa kata saya tolong awak, berapa awak nak?” Kata Alia bersungguh-sungguh.

“Tak payah, awak nak tolong saya berapa ribu? Dua tiga ribu, tak cukup juga.” Balas Amsya.

“Duit hantaran untuk Lia masih adakan? Pakai saja duit tu untuk bertunang.”Cadang Alia.

“Mana adanya, banker cek tu atas nama Lia. Mana boleh pakai.”

“Pergilah cancel, awak yang buatkan? Mesti ada salinan form TT dengan awak.”

“Dah tak tahu salinan kat mana, dah hilang.” Kata Amsya sengaja berbuat begitu cadangnya supaya Alia dapat menerima cek itu.

“Mana cek tu, Lia masuk akaun Lia.” Balas Alia. Amsya tersengih lalu bangun mengambil cek itu dari dairinya. Dia memberikan kepada Alia.

“Awak tunggu kejap.” Arah Alia.

Alia keluar dari bilik Amsya ke bilik Puan Anis mengambil briefcasenya, kamudian kembali semula ke bilik Amsya. Alia mengeluarkan cek peribadinya lalu ditulis nama penerima cek Danial Amsya bin Zulkarnain, jumlah cek Seratus Tiga Puluh Ribu Sahaja. Selepas itu dia menghulurkan cek itu kepada Amsya. Terkejut juga Amsya apabila menerima cek itu.

“Cek apa ni?” Soal Amsya pelik, melihat angka yang begitu besar.

“Jangan risau cek tu tak spring punya…130,000.00. Tiga puluh ribu Lia bayar balik ganti banker cek dan seratus ribu untuk awak kahwin. Saya tolong awak, kalau tak cukup bagitahu…saya nak tengok awak senyum, sekarang awak boleh kahwin.” Kata Alia membuatkan Amsya tergaman seketika.

“Banyaknya duit.” Kata Amsya memandang tepat anak mata Alia.

“Adalah sikit, duit peninggalan papa mama.” Balas Alia.

“Tapi, ini duit Lia.” Kata Amsya dia terkilan dengan tindakkan Alia memberikan duit sebanyak itu pada dia. Sedangkan dia hanya menipu tidak ada duit untuk kahwin supaya Alia tidak mendesaknya. Tapi sebaliknya Alia pula yang bagi duit untuk dia kahwin.

“Alah…awak ambil sajalah, apalah sangat dengan seratus ribu kalau dibangingkan pertolongan awak pada saya.” Kata Alia, tiba-tiba dia tersedar tersilap cakap. Amsya berkerut kening mendengarnya.

“Pertolongan apa?” Tanya Amsya hairan. Cepat-cepat Alia mencari jawapan dengan kata-katanya dengan pantas dia menjawab.

“Pertolongan awak, bagi saya jaga ummi lepas ini…Bukan maksud Lia beli ummi. Cuma tanda terima kasih…Huh” Balas Alia, melepas mengeluh, takut Amsya perasaan ada perkara lain membuatkan dia menerima perkahwinan dengan Amsya. Dia tidak mahu Amsya tahu dia menerima perkahwinan ini disebabkan lari dari Faris. Alia menyambung lagi…

“Saya tolong awak bina masjid, tak salahkan.” Kata Alia. Amsya tersengih menyindir Alia.

“Niat tu dah baik nak bantu bina masjid. Memang baguslah dapat pahala. Tapi macam mana pula dengan roboh masjid. Bukankah itu satu dosa besar.” Balas Amsya. Alia terdiam seketika memandang tajam pada Amsya kemudian dia membalas penyataan Amsya dengan perlahan.

“Kalau masjid yang telah dibina tak boleh guna, baik musnahkan saja.”

“Siapa kata tak boleh guna?” Soal Amsya bersahaja. Alia sekali lagi terdiam. Malas dia berbahas dengan Amsya.

“Lia keluar dulu.” Kata Alia menuju ke pintu bilik. Dia keluar ke ruang dapur melihat Puan Anis sudah pulang dari pasar. Dia menolong apa yang patut. Amsya bersiap untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Alia terdengar motosikal Amsya, menandakan Amsya sudah pulang dari solat jumaat pada hari itu. Semua hidangan untuk tengah hari itu sudah siap di atas meja. Selesai sahaja makan Amsya terus ke biliknya dia mengambil kembali cek yang diberi oleh Alia tadi, merenung dan mengeleng kepala. Amsya mengenggam tangannya dengan geram lalu berkata.

“Aku bukan nakkan duit kau Lia…tapi aku nak kauuuu….” Laung Danial Amsya memandang ke siling, memikirkan sesuatu bagaimana dia harus yakinkan Alia Nasuha dan membuatkan hati Alia terbuka untuk dia.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku