Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 54
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5822

Bacaan






Shasha melihat foto lamanya bersama Amsya, mengimbas kembali kenangan bercinta dengan Amsya sungguh indah dan bahagia. Setiap janji Amsya masih terngiang-ngaing difikirannya. Namun begitu, kerana marah dia telah mengeluarkan kata-kata kesat pada Amsya dan menolak cinta Amsya tanpa berfikir panjang semasa Amsya datang ke universitinya di Australia. Airmatanya gugur mengingati peristiwa itu.

“Kenapa kau tidak memaafkan aku Amsya, sedangkan aku masih cinta pada kau. Kau tidak boleh jadi milik orang lain.” Nekad Shasha.

Shasha keluar mencari maminya Liza, aunti Liza berada di halaman rumah. Dengan wajah yang murang dan moyok dia menghampiri ibunya.

“Moyok je anak manja mami ni? kenapa dik.” Tegur aunti Liza pada Shasha. Adik panggilan manja pada Shasha.

“Mami, adik tak boleh lupa abang Am. Adik masih cintakan dia, mami tahukan kita orang dari dulu lagi bercinta. Adik setia tau pada dia. Tapi bila balik je dia kahwin dengan orang lain. Dengan si Alia tu. Entah apa-apa, Alia tu bukan cinta pada abang Am pun. Alia bagitahu adik abang Am nak kahwin dengan orang lain. Alia tak kisah pun. Daripada abang Am kahwin dengan orang lain baik kahwin dengan adik.” Kata Shasha merayu pada maminya. Puan Liza mengeluh sambil mengeleng kepala.

“Betul ke apa yang adik cakap ni?” Soal Puan Liza meminta kepastian.

“Betul mami, tolonglah adik pikat balik abang Am.” Rayu Shasha meminta buah fikiran dan cadangan maminya.

“Kalau begitu, adik cuba berbaik dengan mak ngah.” Cadang Puan Liza. Shasha masih belum faham dengan cadangan maminya.

“Berbaik macam mana?” Soal Shasha pelik dengan cadangan maminya.

“Ambil hati mak ngah, jaga dia, masak untuk dia, tidur dengan dia, biar sampai mak ngah selesa berada bersama adik, macam mana Alia buat. Bila buat macam itu Alia akan tercabar. Sebab Alia sayang sangat pada mak ngah. Lepas tu bagi syarat pada Alia suruh dia pujuk Amsya terima adik.” Shasha tersengih mendengar cadangan dari maminya. Dia memetik jari.

“Good mami, idea yang bernas, adik suka. Tapi macam mana mami? Adik kena tinggal bersama mak ngahlah. Alasan apa adik nak bagi?” Tanya Shasha masih meminta pertolongan Puan Liza.

“Macam ni…” Puan Anis membisik sesuatu di telinga Shasha. Shasha tergelak mendengar cadangan maminya dia memeluk dan mencium puan Liza.

“Terima kasih mami.” Balas Shasha pada maminya, dia berlari menuju ke biliknya.

Selepas waktu maghrib pada malam itu Puan Fatimah, ibu Faris teringat yang Faris akan ke Kuala Lumpur pada minggu ini. Dia mencari Faris, diketuknya bilik Faris.

“Faris…Faris kamu ada di dalam ke?” Panggil Puan Fatimah sambil mengetuk pintu.

“Ada mak, kenapa?” Jawab Faris dari dalam.

“Boleh mak masuk?” Tanya Puan Fatimah.

“Masuk jea mak, pintu tak kunci.” Balas Faris. Fatimah membuka pintu lalu melangkah masuk ke bilik Faris. Ibunya melihat Faris sedang memasukkan kain baju ke dalam bag pakaian.

“Faris, jadi ke nak ke KL?” Soal Fatimah.

“Jadilah mak. Dah siap dah ni, tengah hari esok saya bertolak.” Jawab Faris.

“Kamu nak jumpa Alia tu bila?” Tanya Fatimah.

“Hari isninlah mak. Kenapa mak nak telefon Lia bagitahu ke? Bagus juga mak, pujuk Alia terima saya kerja dengan dia.” Balas Faris.

“Esok baru hari Sabtu, kamu nak tidur kat mana? Nak tidur rumah Pak Ngah kamu, Puchong?” Tanya Fatimah lagi.

“Taklah saya tumpang rumah Nasrun di Kampung Baru. Mak jangan risualah.” Kata Faris. Puan Fatimah mengeleng kepala.

Selepas menunaikan solat maghrib Amsya dan Alia masuk ke biliknya menyimpan kain sarung dan sejadah. Kemudian Alia ke bilik air. Tiba-tiba telefon bimbit Alia berdering, Amsya mengambilnya ditengok panggilan dari Arshraf lalu dijawabnya.

“Hello.” Arshraf mendengar telefon bimbit kakaknya dijawab oleh Amsya.

“Hello, abang Am” Balas Arshraf.

“Ya, Arshraf apa khabar?”

“Baik bang. Abang sihat? ada kat rumah ke?” Tanya Arshraf.

“Abang tak kerja hari ni, kakak kurang sihat semalam demam.” Bagitahu Amsya.

“Alah, along tu bagi aje sup dan aiskrim sihatlah, bukan lama pun demam, kecuali selsema memang sudah nak hilang. Boleh Arshraf cakap dengan along tak?” Balas Arshraf.

“Along dalam bilik air. Nanti abang bagitahu.” Kata Amsya. Amsya terdengar tombol dipulas. Alia keluar.

“Arshraf tunggu kejap.” Arah Amsya. Amsya memanggil Alia selepas sahaja Alia keluar.

“Sayang, Arshraf call.” Bagitahu Amsya sambil menghulurkan telefon bimbit Alia. Alia berkerut dahi apabila Amsya menjawab telefonnya, lalu mencapai telefon bimbitnya dari tangan Amsya dengan marah memandang tajam Amsya.

“Hello dik.” Jawab Alia.

“Hello Along, adik nak bagitahu duit pampasan papa sudah di bank in dalam akaun adik. Nanti Adik transfer ke akaun along 150 ribu. 50 ribu adik nak bagi pada aki, wan, pak Majid dan Mak Tim.”

“150 ribu untuk along, terima kasih dik. 50 ribu, jangan bagi macamtu, lebih baik atar mereka ke Makkah. Kalau tak pun bagi pada mereka tiap-tiap bulan. Along tak mahu mereka tahu duit tu daripada mana.” Nasihat Alia. Amsya mendengar setiap perbualan Alia walaupun dia buat tidak tahu sibuk dengan telefon bimbitnya.

Asyik Amsya membaca whatsApp dari group pejabatnya. Dia terkejut apabila menerima panggilan dari Tengku Umairah. “Alamak” Keluh Amsya resah. Dia keluar dari bilik untuk menjawab panggilan dari Tengku Umairah. Sambil berjalan menuruni tangga.

“Hello.”

“Sayangggg, kat mana ni? Tadi tak kerja kan?” Soal Tengku Umairah manja.

“Rumah ummilah, ni kenapa? ada apa?” Balas Amsya berbalas soalan. Amsya membuka pintu utama rumahnya keluar ke halaman dan duduk dikerusi rehat.

“Eh, abang ni kan, selalu marah Umairah. Nak telefon pun tak boleh sekarang. Umairah rindu nak jumpa abang. Jomlah kita keluar Umairah pergi Bangi.” Pinta Tengku Umairah bermanja.

“Umairah, tak boleh abang kena jaga ummi. Kita jumpa lain kali.” Pujuk Amsya.

“Alahhh…kejap jea, sekarang ni baru pukul 8.45. Umairah pergi, kita jumpa depan rumah abang.” Rayu Tengku Umairah, Amsya tercabar dengan kata-kata Tengku Umairah. Dia tahu Umairah orang macam mana, kalau itu yang dikata itulah yang akan dibuatnya.

“Umairah please, jangan buat macamni, nanti ummi tahu lagi rosak kita. Kalau Umairah sayangkan abang jangan datang sini. Kita jumpa hari Isnin.” Pujuk Amsya lagi.

“Taknak, hari Isnin Umairah sibuk. Kita jumpa hari Ahad malam, abang balik petang tau, Umairah tunggu rumah abang. Abang jangan nak berdolak-dalih pulak.” Desak Tengku Umairah.

“Okey.” Jawab Amsya.

Puan Anis keluar dari rumah apabila melihat pintu rumahnya terbuka, dilihatnya Amsya ada diluar. Dia menghampiri Amsya yang sedang berbual dengan Tengku Umairah. Puan Anis memanggilnya.

“Am...” Amsya terkejut lalu berpaling pada umminya.

“Ya ummi.” Balas Amsya. Terus memutuskan panggilan Tengku Umairah.

“Cakap dengan siapa? Lia mana?” Tanya Puan Anis bersahaja. Amsya tidak memberi jawapan dengan siapa dia bercakap, sebaliknya dia menjawab di mana Alia.

“Lia ada atas tadi, cakap dengan Arshraf.”

“Lia cakap dengan Arshraf. Am cakap dengan siapa? Tengku Umairah?” Sindir Puan Anis pedas. Amsya terdiam.

“Kalau Am terus layan Tengku Umairah. Am memang tak sayangkan Alia. Ummi kecewa Am.” Kata Puan Anis, tidak berpuashati dengan anak tunggalnya.

“Ummi, please bagi masa pada Am selesaikan semua ni.” Rayu Amsya. Puan Anis mengeluh lalu beredar dari situ meninggalkan Amsya.

Beberapa minit selepas itu Amsya masuk ke dalam rumah. Dia menuju ke dapur apabila melihat lampu dapur terpasang. Dia melihat Alia sedang menghirup sup, dia menghampiri Alia lalu menyentuh dahi Alia.

“Demam lagi? Malam ni kena minum sup lagi ke?” Tanya Amsya, dahi Alia tidak panas seperti semalam.

“Tak payah. Malam ni awak boleh tidur lena.” Balas Alia. Amsya menarik kerusi duduk disebelah Alia.

“Lia, kenapa Arshraf telefon tadi, dia nak apa? duit?” Soal Amsya.

Alia berpaling pada Amsya dan merenungnya. Alia bangun kemudian membalas.

“Tak perlu tahu. Tak ada kena-mengena dengan awak.” Alia ke sinki membasuh mangkuk dan cawan yang digunakannya. Amsya mengeluh.

“Awak nak minum air ke?” Tanya Alia apabila melihat Amsya berdiam diri, rasa bersalah dengan jawapannya.

“Kalau ada orang nak buat, nak lah.” Kata Amsya.

“Holicks? Nescafe?” Tanya Alia.

“Holicks dan air suam. Bawa ke atas.” Arah Amsya, Dia bangun ke biliknya. Alia berpaling melihat Amsya berlalu dari situ.

Jawab Alia perlahan “Mengada-ngada.”

Alia meletakkan dulang yang dibawanya ke bilik Amsya di atas meja sebelah katil.

“En.Amsya ini air awak.” Kata Alia. Berjalan ke sofa lalu membaringkan tubuhnya.

“Terima kasih.” Jawab Amsya sambil memerhati Alia berbaring di sofa.

“Kenapa tidur situ. Marilah tidur sini.” Ajak Amsya lembut.

“Tak boleh, Lia tidur sini. Awak tidur jea lah.” Jawab Alia menolak ajakkan Amsya.

“Marilah, semalam boleh, kenapa pula malam ni tak boleh?” Soal Amsya berkerut dahi.

“Semalam demam.” Jawab Alia bersahaja.

“Kalau macamtu demam hari-harilah, boleh tidur dengan abang.” Balas Amsya tergelak nakal.

“Kalau demam hari-hari matilah saya. Dah jangan bising saya nak tidur. Good night.” Balas Alia membuatkan Amsya terkaku.

Amsya menghirup sedikit air holicks yang dibuat Alia. Sedap. Tiba-tiba dia teringat akan Tengku Umairah mahu berjumpa dengannya malam lusa. Ini bermakna, dia perlu pulang pada hari Ahad petang. Hanya malam esok satu malam dia bersama Alia. Fikiran Amsya bagaimana untuk membuatkan Alia jatuh cinta dan tidur dengannya.

Faris sudah bersiap untuk bertolak ke Kuala Lumpur, sekali lagi dia memeriksa engine keretanya. Sedang dia memeriksa kereta ayahnya Yusof datang menghampirinya dari belakang.

“Faris, kau betul ke nak kerja dengan Alia?” Tanya encik Yusof, Faris berpaling pada ayahnya yang berada dibelakang.

“Betul ayah…apa cara sekali pun saya akan dapatkan Alia.”

“Macam mana kalau Lia tidak terima kau?” Soal Ayahnya lagi.

“Tahulah apa saya nak buat ayah, yang penting Lia akan jatuh ke tangan saya.” Kata Faris dengan yakin sambil mengepal tangannya.

“Kau kena bijak Faris. Alia tu bukan calang-calang orang, dia tidak bodoh.” Pesan Encik Yusof, membuatkan hati Faris berapi.

Amsya yang baru siap bersarapan pagi menuju ke ruang tamu, melihat Alia sedang bermanja dengan Puan Anis. Dia memikirkan sesuatu untuk berdamping dan mendekati Alia Nasuha. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

“Lia, jom kita pergi jalan-jalan, ronda-ronda hari minggu. Kita naik motor.” Ajak Amsya selamba.

Ha!...naik motor?...heeee tak naklah. Kalau ronda-ronda dengan kereta okey, kita pergi bawa ummi sekali.” Sangkal Alia.

Puan Anis menjawab. “Lia pergi dengan abang Am, ummi tak pergilah…abang nak bawa naik motor tu, romantik sikit.”

“Ummi…takkan ummi tinggal kat rumah sorang-sorang…Lagipun Lia takut naik motor, Lia tak pernah naik, Lia taknaklah ummi.” Rayu Alia.

“Itulah kalau tak biasa, biasakanlah. Pergilah, ummi dah biasa tinggal sorang. Jangan tolak permintaan suami, tak baik.” Pujuk Puan Anis.

“Kalau Lia jatuh, mati macam mana?.” Kata Alia membuatkan Puan Anis pantas menjawab dengan marah.

“Alia!...kenapa cakap begitu. Tak baik, takkanlah abang Am nak jatuhkan Lia.” Amsya memandang Alia tajam.

Dengan perlahan Alia membalas “Manalah tahu, bukan sayang Lia pun.” Puan Anis mengeleng kepala pada Alia disebelahnya, kemudian memandang ke arah Amsya, faham dengan kata-kata Alia.

“Sudah, jangan fikir yang bukan-bukan. Pergilah siap ikut abang.” Pujuk Puan Anis, sambil mengosok belakang Alia. Alia bermasam muka. Amsya menarik tangan Alia supaya mengikutnya.

“Jom, salin baju.” Alia bangun mengikut Amsya ke tingkat atas.

Alia ke bilik Puan Anis, Amsya juga mengikutnya.

“En.Amsya, tak pergi tak boleh ke? Lia takutlah naik motor, Lia tak pernah tunggang motor.” Rayu Alia, sambil merenung meminta simpati Amsya.

“Kita pergi kejap jea, tak payahlah takut…tak jatuhnya. Lain kali jangan cakap macam tadi, tak baik.” Ujar Amsya, memberi keyakinan.

“Lia nak pakai baju mana?” Tanya Alia sambil membuka almari, Amsya dibelakang Alia. Amsya menunjuk seluar jeans putih dan baju t-shirt lengan panjang oren campur pink. Alia mengambilnya.

“Pakai yang ini? En.Amsya panaskan naik motor? Lia baru lepas demam.”kata Alia. Amsya tersengih.

“Sayang pakai…panas sikit jea, tak demamnya. Pakai ya, abang keluar dulu.” Balas Amsya. Dia keluar ke biliknya menyalin pakaian.

Alia merungut sendirian. “Aduh! Macam mana ni, naik motor dengan Amsya, kena duduk rapat dengan dia. Alah! apa aku nak buat ni?...heee dia ni sengaja tau. Ini yang aku malas kalau dia ada kat rumah.” Mahu tak mahu Alia terpaksa juga akur. Alia menukar pakaiannya, beberapa minit kemudian Amsya kembali ke bilik Alia, dilihatnya Alia sedang memakai tudung. Dia menghampiri Alia memandang Alia dari cermin.

“Lia, pakai ni.” Arah Amsya sambil membuka jaket yang dibawanya. Amsya memakaikan jaket itu pada Alia sambil melihatnya dicermin kena dengan pakaian Alia dan tudung serta make-up.

Amsya ralik melihat Alia dicermin membetulkan tudungnya. Cantik, Alia memang pandai bergaya.

“Cantik tak Lia?” Soal Alia spontan mengejutkan Amsya. Amsya tersengih.

“Cantik, cantik sangat.” Puji Amsya ikhlas.

“Taklah cantik sangat, bukan macam kekasih awak…En.Amsya apa kata awak hantar saya rumah Syafikah, lepas tu awak keluarlah dengan kekasih awak, nak?” Kata Alia tapi Amsya tidak mengendahkan kata-kata Alia.

“Dah siap? Jom.” Ajak Amsya sambil menarik tangan Alia.

Sampai di tingkat bawah mereka meminta izin Puan Anis.

“Ummi, kami pergi dulu.” Kata Amsya sambil bersalam.

“Bawa Lia baik-baik.” Pesan Puan Anis. ikut menemani mereka hingga ke luar rumah.

Amsya mengambil helmet dalam rak kasut dia menghulurkan helmet itu pada Alia. Kemudian menghala ke motosikal Ducatinya. Amsya bersedia di atas motor. Dia melihat Alia yang masih memegang helmet. Amsya tersengih dan tergelak sedikit.

“Mari sini.”Arah Amsya. Alia menghampirinya. Amsya mengambil helmet dari tangan Alia lalu memakaikan untuk Alia, kemudian menutup cermin helmet. Amsya menghidupkan engine motornya.

“Cepat naik.” Arah Danial Amsya. Alia tercenggang ditepi Amsya. Amsya memandangnya, sekali ini Amsya tergelak nakal lalu ditanyanya.

“Kenapa ni?” Amsya tengok muka Alia berkerut.

“Nak naik macam mana?” Tanya Alia.

“Laaaa…pijaklah kat situ. Pegang bahu abang kuat sikit lepas tu naik.” Arah dan tunjuk Amsya pada tempat pemijak kaki.

Alia mengikut arahan, Puan Anis mengeleng-geleng kepala melihat Alia naik motor, dia juga tergelak.

“Lia…pegang kuat-kuat.” Laung Puan Anis memberi arahan dan nasihat.

Dengan perlahan Alia bersuara sedikit cemas. “Awak, saya takutlah, kalau jatuh macam mana?”

“Macam ni…” Kata Amsya, sambil mengambil kedua-dua tangan Alia menyuruh Alia memeluknya. Alia terdiam apabila badannya terpaksa dirapatkan dengan Amsya.

Keluh hati Alia Nasuha. “Hah!...aduh!...takkan macam ni.”

“Dah sedia? Pegang kuat sikit.” Kata Amsya, lalu memasukkan gear pertama. Alia terpelenting ke depan badannya rapat dibelakang Amsya. Amsya tergelak dan tersengih tanpa suara didepan.

“Ummi, kami pergi dulu.” Laung Amsya terus mengerakkan motosikal Ducatinya. Alia memejamkan matanya semakin kemas memeluk Amsya sehinggakan membuatkan perut Amsya tercekik, susah untuk dia bernafas.

Beberapa minit dalam perjalanan Amsya memberhentikan motosikalnya. Dia melihat Alia dibelakang melalui cermin tepi. Alia memejam matanya dengan rapat. Amsya tersengih dan mengeleng kepala.

“Sayang…kenapa macam ni? Buka mata.” Sambil meleraikan sedikit pegangan tangan Alia di pinggangnya.

“Kalau Lia peluk abang macam ni, mana boleh bernafas lemaslah. Satu lagi jangan tutup mata nanti tertidur, jatuh.” Pesan Amsya.

“Lia takutlah tak biasa…jomlah kita balik.” Ajak Alia, merayu cemas.

“Dah pegang elok-elok.” Kata Amsya lalu meneruskan perjalanan.

“Kita nak ke mana?” laung Alia sedikit atas motorsikal.

“Port Dickson” Jawab Amsya.

“Jauhnya, tak nak lah. Jomlah balik.” Balas Alia. Amsya terus menghala motosikal Ducatinya ke pantai Port Dickson.

Amsya memberhentikan motosikalnya di sebuah pokok yang rendang di pantai Port Dickson. Alia turun dari motosikal, melepas mengeluh kelegaan, sepanjang perjalanan jantungnya bagaikan mahu tercabut.

“Huh!...Aduh!...En.Amsya saya tak sukalah naik motor, lenguh…” Kata Alia, termengah-mengah. Amsya tergelak melihat gelagat Alia cuba membuka helmetnya tapi tidak boleh.

“Mari sini, abang buka helmet tu.” Pinta Amsya. Alia berdiri depan Amsya yang masih diatas motor. Amsya membuka helmet Alia, tersengih mengoda pada Alia.

“Kenapa? tudung Lia senget ya?” Tanya Alia sambil membetulkan tudungnya. Amsya turun dari motor diletakkan helmet Alia di atas motor.

“Mari, abang betulkan tudung Lia.” Pinta Amsya, dia membetulkan tudung Alia sambil merenung wajah cantik isteri yang dicintainya. Alia tertunduk malu, mengalihkan pandangnya ke arah lain, apabila mata mereka bertentangan. Berdebar jantung Alia begitu juga Amsya.kedua-dua terdiam seketika melayani perasaan masing-masing. Alia segera menukar perasaannya dikala itu dengan sikap poyonya.

“Encik Amsya…awak selalu bawa kekasih awak tunggang motor?” Tanya Alia mengalih pandangan pada yang dirasanya. Amsya tersenyum dengan pertanyaan Alia. Sambil melabuhkan punggungnya disebuah bangku yang ada disitu lalu menjawabnya.

“Tak pernah, Lia wanita pertama tunggang motor dengan abang.” Alia tersengih dan tergelak.

“Ah ah ah…Alah! Encik Amsya tak payah malu dengan saya, mengaku sajalah. Tak salahnya, mana ada lelaki tak bawa kekasih tunggang motosikal bersama.”

Amsya memandang ralik pada Alia tersenyum. Dia tahu Alia tidak akan percaya dengan kata-katanya.

“Awak kenapa tengok saya macamtu? Tak payah nak goda saya. Saya tak akan tergoda pun.” Marah Alia apabila Amsya asyik memandangnya tajam.

“Saya tak goda Lialah.” Balas Amsya. Dalam hatinya berkata-kata “Cuma aku sudah tergoda dengan kau Alia.” Masing-masing terdiam lagi cuba menikmati angin tengah hari itu walaupun waktu tengah hari tapi suasana disitu redup dan nyaman luas mata memandang, masing-masing memandang ke laut.

“Lia pernah datang sini?” tanya Amsya memecah suasana sepi itu.

“Masa kecil-kecil dulu pernah datang dengan family.” Jawab Alia bersahaja.

“Awak selalu bawa kekasih awak jalan-jalan? Tentu happykan?” Tanya Alia, Amsya merenung Alia ada sesuatu dalam fikiran Alia.

“Kenapa?” Soal Amsya cuba mengorek rahsia hati Alia. Alia tersenyum dan mengangguk-angguk teringat akan kawan-kawannya yang semua sudah berpacaran.

“Entahlah encik Amsya. Kadang-kadang sedih juga bila tengah orang lain berkasih sayang. Teman-teman saya boleh dikatakan semua ada teman lelaki, ada yang dah kahwin, ada anak lagi. Jelouse juga tengok Syafikah dengan tunang dia, Hana, Mimi dan awak, tentu happykan?... Kalaulah kekasih awak tahu awak sanggup buat apa saja untuk dapatkan dia kahwin dengan saya semata-mata nak pujuk mak awak, awak sanggup merepuh lautan api demi cintanya, tentu kekasih awak orang paling bahagia. Awak baik encik Amsya, sudah tentu kekasih awak orangnya baik jugakan?” Jelas Alia apa yang ada didalam hatinya.

Amat terkejut dan terkedu Amsya mendengar penjelasan Alia. Amsya memejam mata, mindanya berkata-kata. “Jadi selama ini Alia pegang setiap kata-kata aku, dan sekarang menyangka semua yang terjadi ini adalah untuk aku memiliki Tengku Umairah. Oh Tidak…aku buat ini semua kerana kau Alia. Aku sanggup buat apa saja untuk memiliki kau bukan Tengku Umairah atau sesiapa saja.”

“Lia pernah bercinta? Atau ada sesiapa dalam hati Lia?” Soal Amsya perlahan mengatur kata-kata. Alia menarik nafas panjang-panjang kemudian menghempusnya dengan perlahan. Alia tersenyum memandang Amsya disebelahnya.

“Selepas putus cinta semasa belajar dulu, Lia tidak bercinta dengan sesiapa walaupun ada yang sukakan Lia. Tapi, Lia sendiri pun tidak sedar bila hati Lia jatuh cinta dengan seseorang. Dia ada dalam hati Lia. Lia cintakan dia tapi…” Cerita Alia, wajah Zafrul bermain dalam fikirannya kini, terasa sebak mengingatinya, airmatanya mengalir cepat-cepat Alia mengesatnya.

Resah gelana jantung Amsya berderai hati bagaikan hancur mendengarnya, perlahan dia menarik nafas kemudian mengaup mukanya. Bisk hatinya. “Ya Allah, Lia mencintai seseorang. Siapa agaknya.”

“Tapi, kenapa?” Soal Amsya supaya Alia meneruskan ceritanya. Amsya juga menahan sebak.

“Tapi dia tak cintakan Lia. Dia cinta orang lain…Macam awaklah, kahwin dengan saya tapi berkasih bercinta dengan orang lain, dalam hati awak ada taman yang mekar. Tapi saya…” Jawab Alia, sekali lagi mengejutkan Amsya.

“Dia tahu Lia cintakan dia? Siapa orangnya?” Tanya Amsya lagi dengan lembut. Alia mengeleng kepala.

“Dia tak tahu.” Jawab Alia kecewa.

“Kenapa Lia tidak bagitahu dia?” Soal Amsya lagi hatinya sudah mula resah gelana semakin sebak.

“Sebab Lia tahu dia tidak mencintai Lia, dan dia tahu Lia tahu dia mencintai orang lain. Kenapa perlu Lia bagitahu dia, nanti di kata perigi mencari timba, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Mana Lia nak letak muka Lia…malulah Lia. Dia bawa Lia semasa mula-mula nak bercinta dengan kekasihnya. Hati Lia hancur ketika itu, tapi Lia pendam sehingga hari ini. Dan sekarang Lia cuba untuk lupakan dia.” Cerita Alia sebak.

Amsya faham dengan perasaan Alia, sekarang perasaan Amsya juga begitu, dia amat sedih.

“Saya faham perasaan awak Lia.” Kata Amsya. Alia tersengih sinis.

“Apa yang awak faham, encik Amsya.” Sindir Alia.

Amsya terus berkata-kata dalam hatinya “Aku juga mencintaimu sayang, tapi kau tidak tahu. Aku tahu bagaimana perasaan itu.”

“Boleh abang tahu siapa orang yang bodoh itu.” Tanya Amsya.

“Kenapa cakap dia macamtu? Dia tak tahu Lia cinta dia. Awak pernah jumpa dia.” Bela dan jawab Alia. Amsya sudah dapat menduga siapa Alia maksudkan.

“Anak kawan papa? Engineer tu?” Teka Amsya. Alia mengangguk berkali-kali. Amsya melepas keluh.

“Bodohnya dia, Lia ada depan mata dia tapi dia tak nampak.” Kutuk Amsya. Alia terdiam.

“Siapa nama dia?” Soal Amsya.

“Zafrul. Tapi tempoh hari jumpa dia, dia ajak Lia kahwin dengan dia. Lia tak faham, kenapa dia buat macamtu.” Terang Alia. Terkedu Amsya mendengarnya. Hati Amsya mengeluh pedih rasa mahu saja dia mengeluarkan airmatanya.

Amsya terus menjawab dalam hatinya “Aku tak akan lepaskan kau Alia Nasuha, kau milik aku.”

Amsya terdiam, membisu seribu bahasa, lalu bangun dari situ berjalan beberapa langkah ke depan airmatanya gugur. Cepat benar tangannya mengesat. Alia memerhati Amsya rasa pelik dengan sikap Amsya, Alia membiarkan Amsya berdiri beberapa langkah dihadapan melayani perasaannya sendiri. Beberapa minit kemudian Amsya kembali disebelahnya memegang erat tangan Alia.

“Kenapa encik Amsya?” Tanya Alia melihat Amsya berdiam diri. Amsya tersenyum dan mengeleng kelapa.

“Lembutnya tangan Lia.” Puji Amsya secara tiba-tiba.

Alia tersenyum, menarik balik tangannya dari pegangan Amsya “Pandailah nak mengoda…Encik Amsya, Lia laparlah…jom pergi makan, kemudian kita pergi solat. Lepas tu kita balik.” Ajak Alia mesra mengatur perjalanan.

“Lia, please jangan panggil abang encik. Tak baik tau Lia panggil suami macamtu.” Tegur Amsya.

“Lia kekoklah nak panggil abang.” Terang Alia.

“Kenapa pula?Kalau Zafrul, Lia boleh panggil abang, suami sendiri tak boleh.” Sindir Amsya.

“Lia kenal abang Zafrul dari kecil lagi. dari kecil lagi Lia sudah panggil dia abang. Kami selalu berjumpa. Arwah papa dan uncle kawan baik dari bangku sekolah lagi.” cerita Alia.

“Lia, sebelum kita pergi makan, abang nak tanya. Sekarang Lia sedang lupakan Zafrul? Kenapa Lia tidak boleh terima lelaki yang sudah ada kekasih?”

“Am…saya sudah bagitahukan, saya tidak boleh rampas dan ambil hak orang lain. Saya tahu bagaimana perasaan apabila dilukai.”

“Kalau Lia tahu abang tak ada kekasih, boleh Lia jatuh cinta dengan abang?” Tanya Amsya spontan. Alia berkerut kening.

“Apa maksud Am?”

“Abang!... jangan panggil Am…sepatutnya sebagai suami isteri kita patut mencintai satu sama lain. Itu wajib.” Kata Amsya cuba masuk jarum.

“Tapi awak hak orang lain. Sanggupkan awak lukakan hati awak sendiri dan kekasih awak, sedangkan awak saling mencintai?.”

“Lia berhak ke atas abang seratus peratus dan abang berhak ke atas Lia seratus peratus.” Kata Amsya cuba menyakin Alia. Alia terdiam memikirkan sesuatu.

Hatinya bersuara. “Alamak, encik Amsya ni, nak pikat aku ke? Takkan aku nak bermadu kot? Ehhh…tak boleh mesti dia nak apa-apa dari aku ni, lepas dapat madu sepah dibuang. Oh tidak.” Alia tersenyum sinis.

Alia bangun. “Jomlah pergi makan cari gerai yang sedap, nak?.” Ajak Alia. Amsya bangun memegang tangan Alia berjalan seiringan sambil tangannya merangkul pinggang Alia. Alia memandang Amsya.

“Tak payahlah pegang macam ni. Nanti orang tengoklah.” Halang Alia.

“Eh, kenapa pulak. Lia hak abang tau, tak salah pun. Jangan bantah boleh. ” Tegas Amsya dalam perlahan. Alia diam akur dengan arahan suami.

“Lia nak makan apa?”

“Makan seafood. Awak belanja boleh. Lia nak makan banyak-banyak.” Jawab Alia dengan menunjukkan gaya makan dan gelak ketawanya. Geli hati Amsya melihat gelagat lucu dan lawak Alia.

Selepas makan dan bersiar-siar mereka pulang, Alia tersengih sendirian melayani perasaannya dibelakang Amsya. Inilah kali pertama Alia Nasuha menunggang motosikal. Amsya memberhentikan motosikalnya di satu lampu isyarat. Tangannya memegang tangan Alia.

“Sayang, okey tak? jangan tidur tau.” Pesan Amsya apabila Alia hanya diam sahaja.

“Okey, tapi lenguhlah awak.” Jawab Alia mengadu peha dan betisnya sudah lenguh dan kebas. Amsya tersengih dan tergelak sedikit dengan sikap manja Alia.

Amsya terus menungang motosikal ke rumahnya di Bangi. Hampir waktu maghrib mereka sampai. Sampai sahaja Alia terus turun dengan berjalan terbongkok-bongkok mendapatkan Puan Anis.

“Ummi…” Panggil Alia. Memeluk Puan Anis. “Ni, kenapa?” Tanya Puan Anis apabila melihat Alia berjalan terbongkok-bongkok.

“Lenguhlah ummi tunggang motor tak sukalah… habis sakit peha dan betis Lia. Ummi tolong urut boleh.” Mengadu manja Alia pada umminya. Amsya masuk ke dalam rumah tergelak melihat Alia mengadu pada umminya.

“Am, pergi mana?” Soal Puan Anis. sambil memapah Alia ke sofa ruang tamu.

“Port Dickson ummi, bukan jauh pun. Manja…tak ada staminalah tu.” Jawab Amsya tergelak nakal menyindir Alia yang berada disebelah Puan Anis.

“Patut ler, orang tak biasa naik motor…Dahlah pergi mandi dulu, nanti ummi urutkan.” Ujar Puan Anis. Alia mendaki tangga dengan perlahan-lahan sambil memicit-micit pinggangnya masuk ke bilik Puan Anis. Begitu juga Amsya, turut naik ke biliknya untuk membersihkan dirinya.

Alia masuk ke bilik Amsya selepas diurut oleh Puan Anis. Dilihatnya Amsya sudah pun tidur, dia merebahkan diri disofa, merenung nasibnya selepas ini. Teringat peristiwa bersama Amsya siang tadi, itulah kali pertama dia menunggang motosikal bersama lelaki, Alia tersengih sendirian, tidak pernah dia rasa sebahagia ini bersama seorang lelaki. Dia menoleh pada Amsya dikatil hatinya begitu terusik dengan sikap Amsya, tapi hatinya tiba-tiba tersentak pedih kerana rasa bersalah pada keksaih Amsya. Tidak patut dia mengambil kesempatan atas kebaikan Amsya. Kelopak matanya dipenuh air, mahu saja dia lari dari semua ini, kenapa aku perlu kahwin dengan dia. Tiba-tiba hatinya berdebar-debar apabila teringatkan Faris. Masih terfikir bagaimana mahu memberi alasan untuk menolak permohonan Faris bekerja dengannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku