Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 55
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8439

Bacaan






Faris sampai ke rumah Nasrun, malam itu mereka keluar mencari makan dan gadis-gadis yang boleh menemani mereka. Mereka ke kelab malam, sambil memerhati gadis yang akan dilayani mereka Nasrun bersuara dengan melaung sedikit kerana muzik dalam kelab itu bunyinya terlalu kuat.

“Faris, kau nak pergi jumpa Alia buat apa?”

“Aku nak kerja dengan dia, nanti mudah aku nak pikat dia.” Jawab Faris dengan yakin.

“Bila?” Tanya Nasrun sambil memeluk gadis yang berada disebelahnya.

“Lusa. Hari Isnin.” Balas Faris.

“Bagus, esok hari minggu malam ni kita enjoy dulu.”Kata Nasrun.

“Aku tumpang dua tiga hari rumah kau.” Bagitahu Faris pada Nasrun.

“Boleh jea. Duit pampasan ayah dia sudah dibayar bank in ke akaun Arshraf.” Kata Nasrun mengejutkan Faris.

“Lima Ratus Ribu?” Tanya Faris mendapatkan pengesahan.

“Ya.” Jawab Nasrun sambil mengangguk.

Amsya tersedar dari tidurnya, dia bangun ke tandas selepas itu sambung balik tidur tapi tiba-tiba matanya tidak dapat dilelapkan. Teringat kesungguhan Alia memberikan cek bernilai seratus tiga puluh ribu padanya untuk kahwin. Amsya bangun sekali lagi dipandangnya Alia disofa sudah pun tidur.Amsya memejam matanya mengimbas kembali saat-saat bersama Alia dari mula pertemuannya, lamarannya, perkahwinannya, malam pertama dirumah orang tua Alia. Lelaki-lelaki yang ada disamping Alia, kata-kata Alia sentiasa bermain dalam ingatnya terutama janji perkahwinannya. Kelakuan Alia, kebaikkan Alia sepanjang menjadi isterinya, Alia jujur. Bicara Amsya sendirian.

“Maafkan aku Alia kerana mencintaimu…aku takut untuk berterus terang pada kau. Aku tahu kau tidak akan percaya aku. Aku takut kau lari dari aku dan terus mencari lelaki lain. Aku tak sanggup melihat kau bersama orang lain.”

Amsya teringat yang esok dia terpaksa balik ke kondominiumnya lebih awal kerana janjinya dengan Tengku Umairah. Berat hatinya untuk meninggalkan Alia demi tidak mahu Tengku Umairah mengesakinya ada wanita lain dia terpaksa walaupun hatinya kini tidak mahu lagi bersama Tengku Umairah. Amsya bangun mengambil pen dan kertas lalu ditulis sesuatu pada Alia.

Selepas bersarapan pada pagi itu, Alia meminta izin Amsya untuk keluar ke pasar membeli lauk.

“Encik Amsya, saya nak keluar kejap pergi pasar.” Pinta Alia.

“Sorang?”

“Dengan ummi.”

“Abang pergi sekali. Mana ummi?”

“Ada kat atas tengah bersiap, yang awak nak ikut sekali buat apa?” Soal Alia. Dia sudah rimas, dia tahu Amsya akan pegang dia apabila umminya ada.

“Biarlah abang nak ikut. Mana tahu kot-kot Lia ada buah hati kat pasar tu, abang-abang jual ikan, jual sayur takpun jual buah.” Sindir Amsya.

“Kalau ada pun kenapa?, biarlah. Lebih baik.” Balas Alia. Puan Anis turun kemudian mengajak Alia.

“Jom Lia. Am, ummi pergi pasar kejap dengan Lia.” Kata Puan Anis.

“Am pergi jugak ummi.” Balas Amsya sambil mengambil kunci kereta lalu berjalan bersama mereka keluar dari rumah.

Setelah pulang dari pasar Puan Anis merasa penat, dia merebahkan dirinya di sofa. Alia membawa semua barangan yang dibelinya ke dapur. Dia kembali ke ruang tamu menghampiri Puan Anis. Amsya berada dikerusi membaca akhbar, dengan suara yang lembut Alia bersuara.

“Ummi…ummi dah makan ubat hari ini?”

“Belumlah Lia, ummi lupa tadi.” Jawab Puan Anis, Alia tersenyum manis memandang ibu mertuanya. Amsya tengoh ralik pada Alia yang begitu prihatin dan menjaga umminya dengan baik.

“Tak apalah, Lia ambilkan ubat untuk ummi.” Kata Alia, sambil bangun menuju ke dapur. Hati Amsya terusik dengan tindakkan spontan Alia, dia tahu Alia ikhlas dengan umminya.

Beberapa minit kemudia Alia keluar bersama segelas air yang dilapik piring.

“Ummi, makan ubat ni.” Arah Alia, menyuapkan ubat kemulut Puan Anis. Setelah memberi air suam pada Puan Anis Alia berkata lagi.

“Ummi rehatlah. Lia masak, nanti siap kita makan sama-sama.” Ujar Alia dengan sopan dan lembut, mengusap dahi Puan Anis. Alia bangun ke dapur, Amsya mengekorinya.

Alia berpaling ke belakang apabila perasan Amsya dibelakangnya.

“Encik Amsya, awak nak apa?” Soal Alia.

“Air.” Jawab Amsya sepatah. Alia berasa bersalah kerana sampai dirumah tadi dia tidak memberi air pada Amsya.

“Maaflah, saya lupa. Nanti saya ambilkan.” Pohon Alia.

Amsya tersengih menyindir. “Mana ingat kat suami, kalau dah tak sayang suami.” Kata-kata Amsya membuatkan Alia memandang tajam pada Amsya menarik nafas kemudian menghempusnya dengan kuat, memberontak dengan kata-kata Amsya. Alia mengambil gelas lalu menuang air oren yang sudah ada dalam peti ais. Kemudian menghulurkan gelas pada Amsya didepannya. Amsya mengambil gelas ditangan Alia dengan tangan kirinya dan tangan kanannya memegang kuat tangan kiri Alia. Amsya meneguk air ditangan kirinya sambil memegang tangan Alia. Selepas minum dia meletakkan gelas di atas meja ditepinya kemudian menarik tangan Alia membuatkan badan mereka rapat antara satu sama lain. Amsya terus memeluk Alia dengan kuat.

“Au! Lepaslah.” Rayu Alia, meronta dalam pelukkan Amsya. Amsya tidak mengendahkannya makin kuat dia memeluk Alia.

“Lia jeritkan.” Ugut Alia.

“Jeritlah, biar ummi dengar, ummi terkejut.” Kata Amsya berbalas ugut. Alia terdiam, dia tahu Puan Anis sedang tidur, jadi Alia terpaksa membiarkan Amsya memeluknya, dia cuba menolak badan Amsya tapi tidak berjaya.

“Diamlah sayang.” Pinta Amsya dengan lembut apabila merasa Alia cuba menolaknya.

“Awak nak apa?” Soal Alia perlahan antara dengar dan tidak.

Amsya perlahan mencium leher isterinya dengan lembut kemudian mulut mereka bersatu. Alia terpaksa mengikut rentak Amsya. Lama Alia dicium suaminya. Perlahan Amsya melepaskannya, dia dapat rasa tubuh Alia lemah.

“Kenapa buat Lia macam ni?” Soal Alia perlahan. Amsya mendekatkan mulutnya ke telinga Alia lalu membisiknya.

“Lia dah curi hati abang. Ini balasannya” Jawab Amsya lalu beredar dari situ selepas mengucapnya. Alia terkanting-kanting bingung dengan kata-kata Amsya. Dia menarik kerusi disebelasnya lalu duduk, meletakkan lengannya di atas meja, kepalanya diletakkan diatas lengannya, termengguk. Bisik hati Alia Nasuha. “Ya Allah, ampunkan aku, dia tidak bersalah memperlakukannya tapi aku tidak bersedia untuk dia.”

Selepas siap menyediakan masakan tengah hari itu Alia mengejutkkan Puan Anis yang masih tidur di sofa untuk makan. Hati Alia berdebar-debar untuk berdepan dengan Amsya mengajaknya makan. Dia cuba menenang dan mengawal dirinya. Menarik nafas panjang-panjang kemudian melepaskannya beberapa kali diulangnya. Dengan sikap poyonya dia melangkah masuk dalam bilik Amsya. Dilihatnya Amsya berpakaian kemas didepan cermin.

Dengan sikap poyonya dia bersuara seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. “Encik Amsya, jomlah turun makan. Awak balik hari ni ke?”

Amsya berpaling dan tersenyum mengoda pada Alia. Alia buat muka selamba. Amsya berjalan menghampiri Alia dengan pantas Alia menghala kedua-dua tangannya ke depan supaya Amsya tidak rapat dengannya. Amsya tergelak nakal.

“Kenapa takut?” Soal Amsya melihat tindakkan Alia. Alia mengigit bibir.

“Bukan takut. Rimas.” Jawab Alia bersahaja dengan sikap poyonya.

“Abang terpaksa balik petang ni ada hal sikit.” Kata Amsya dengan lembut.

“Dengan Tengku?” Soal Alia menguji. Ini kerana Alia tahu esok adalah harijadi Amsya, mungkin malam ini dia mahu menyambutnya dengan orang tersayang. Sedangkan Amsya sendiri lupa yang esok adalah tarikh harijadinya. Tarikh harijadi Amsya sentiasa dalam ingatan Alia. Sudah tiba masanya Alia Nasuha memainkan peranannya menyatukan Amsya dengan kekasihnya.

“Yes.” Jawab Amsya sepatah memandang Alia dengan tajam. Alia menjuih bibir. Amsya tersengih sekali lagi berkata.

“Tak jelouse ke?” Usik Amsya sambil menguji Alia.

“Kenapa pula Lia nak jelouse. Awak bukan siapa pun dengan saya.” Balas Alia. Amsya tersengih, membiarkan kata-kata Alia.

“Jom.” Ajak Amsya sambil menarik tangan Alia.

“Bag?” Soal Alia apabila melihat bag galas Amsya masih di kerusi.

“Lupa, kejap.” Balas Amsya melangkah luas mencapai bag galasnya.

Amsya memegang tangan Alia berjalan bersama-sama turun ke tingkat bawah. Sambil berjalan bisik hati Amsya. “kalau Lia tarik tangan dia dari pegangan aku bermakna Alia jelouse dan dia sayang aku.”

Alia buat muka selamba apabila Amsya memegang dan meramas lembut tangannya mahu saja dia menarik tangannya dari pegangan Amsya. Tapi difikirnya “Kalau aku tarik tangan aku dari pegangannya nampak sangat aku cemburu dia nak jumpa kekasih dia, nanti dia kata aku sayangkan dia pula. Walaupun aku rasa cemburu.” Alia membiarkan Amsya memegang tangannya.

Bisik hati Amsya “Huh! Tak lepas, tak jelousenya aku nak jumpa perempuan lain.”

Selesai makan tengah hari itu Amsya berehat sekejap di ruang tamu bersama umminya, sambil menunggu Alia mengemas dapur. Siap mengemas Alia keluar ke ruang tamu.

“Sayang sini kejap. Duduk” Panggil dan arah Amsya.

“Taknaklah, Lia bau busuk. Balik pasar, masak berpeluk, Lia tak mandi dan sembahyang lagi.” Jawab Alia. Amsya menoleh jam tangannya pukul tiga petang.

“Pergilah mandi dan solat, abang tunggu. Tapi cepat sikit.” Arah Amsya. Alia berkerut kening.

“Kalau awak nak balik dulu, baliklah tak payah tunggu. Pergi jer lah.”Balas Alia perlahan depan Amsya takut Puan Anis dengar. Amsya bangun menarik tangan Alia, Alia terpaksa mengikutnya ke bilik. Sampai sahaja dalam bilik Amsya bersuara.

“Pergi mandi dan solat abang tunggu.” Arahnya sekali lagi. Dengan wajah yang masam memandang Amsya tajam tanda protes, namun Alia akur.

Lebih kurang 20minit menunggu Alia siap mandi dan bersolat. Alia melihat Amsya tersandar di sofa dengan kepalake siling mata terpejam. Alia menghampirinya lalu mencuit bahu Amsya.

“Encik Amsya, tidur ke?.” Amsya sedikit terkejut dia membuka mata. Di tengoknya Alia tercegak depannya tersenyum manis. Terusik perasaannya ketika itu, “Cantik kau Lia.” berat untuk Amsya meninggalkan Alia. Keluh hati Amsya lagi.“Kenapa Alia tak halang aku. Dia memang tak ada perasaan pada aku.”

Amsya bangun berdiri depan Alia, memandang Alia dengan mengoda tersenyum manis pada Alia. Bicara hati Amsya. “Alia taknak halang aku dari pergi ke? Tanya aku, tak boleh ke balik esok? Kalau kau tanya macamtu confirm aku tak pergi jumpa Umairah.”

Berdebar juga jantung Alia apabila dipandang begitu oleh Amsya untuk tidak menampakkan dia berdebar dan gelisah Alia membalas renungan Amsya dengan sikap poyonya. Minda Alia berkata. “Kalau kau kekasih aku sudah pasti aku halang kau dari pergi, apa lagi esok harijadi kau. Tepat pukul 12malam aku nak surprisekan kau. Tapi kau sudah janji dengan kekasih hati kau.”

“Jomlah nanti awak lambat.” Ajak Alia melangkah keluar dari bilik.

Sampai sahaja di tingkat bawah Amsya mencapai kunci motosikalnya. Selepas bersalam dengan Puan Anis sekali lagi dia memegang tangan Alia lembut dan membawa Alia ke luar rumah menghantarnya hingga ke motosikal.

“Lia, tolong buka zip poket bag abang.” Arah Amsya sambil berpaling ke belakang supaya Alia membuka zip poket bagnya. Alia membukanya.

Arah Amsya sekali lagi. “Ambil sampul surat putih.” Alia mengikut perintah. Dia mengambilnya lalu menyerahkannya pada Amsya. Amsya menyambutnya kemudian dia mengambil tangan kanan Alia lalu meletakkan sampul surat itu pada tapak tangan Alia.

“Ini untuk Lia.” Kata Amsya sambil tersenyum. Alia berkerut kening, kaget seketika, namun dia masih mampu mengucap terima kasih.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

“Encik Amsya, nanti awak balik sekali lagi jawapannya positif tau.” Pinta Alia,

“Positif apa?” Soal Amsya bingung.

“Perkahwinan awaklah, awak nak pergi bincang dengan dia hari inikan? Happy nice day” Kata Alia. Amsya merenung Alia yang tersengih didepannya.

“Abang pergi dulu, jaga diri Lia untuk abang.” Balas Amsya sambil mengeyit mata pada Alia. “Bye” Amsya memasuk gear pertama motosikalnya perlahan dia bergerak meninggalkan Alia disitu.

Puan Anis yang sememangnya ada dipintu utama rumahnya melihat Alia menerima surat dari Amsya. Alia masuk ke dalam rumah.

“Surat apa tu Lia.” Tanya umminya

Alia tersenyum pada Puan Anis. “Entahlah ummi, orang bagi Lia ambil aje. Lia naik dulu ummi.” Balas Alia sambil melangkah mendaki tangga loteng rumah ibu mertuanya. Alia menuju ke bilik Amsya. Sampul surat ditangannya dibuka, dia mengeluarkan isi kandungan sampul itu. Sekeping cek yang diberinya pada Amsya dikembalikan dan sekeping surat. Alia membuka lipatan kertas yang dikeluarkannya dari sampul surat itu.

Alia membaca kandungan ayat dalam surat itu.

‘Cintailah dirimu,

Sebelum cinta itu

Kau ucapkan kepada

Orang yang kamu sayangi

Dan…

Apabila dirimu dicintai

Hiasilah dirimu

Dengan sifat-sifat kejujuran

Kerana kejujuran itu

Satu kemuliaan.

‘Hidupku hanya sekali

Matiku hanya sekali

Kasihku berkali-kali

Kahwinku hanya sekali”

Dari suamimu, Danial Amsya Zulkarnain. Love u…

Tergaman kaku seketika Alia selepas membacanya. Kemudian dia tersengih sendirian.

“Wow!, pandai pula bermadah, berpujangga. Tak sangka pula mat jiwa rupanya…hahaha. Tapi apa maksud Amsya ni. Love u,cinta kamu. Dia cinta aku. Habis mana dia nak letak kekasih dia. Di sini cinta di sana cinta. Ooooo tidak…” Komen Alia.

Sekali lagi Alia Nasuha merenung kata-kata yang terkandung dalam surat itu mencari jawapan. Dia tersenyum sendirian lalu mengeleng kepala berkali-kali. “Amsya, Amsya. Kau ingat aku bodoh ke?”

Amsya sampai di kondominiumnya pada petang itu janjinya dengan Tengku Umairah. Berat benar rasanya untuk berjumpa Tengku Umairah pada hari itu. Entah mengapa. Dilihat jam tangannya sudah pukul 7.00malam sebentar lagi akan masuk waktu maghrib. Dia menghubungi Tengku Umairah, memberitahu tunggu dia di parkir bila Tengku Umairah sampai. Amsya mandi dan bersolat terlebih dahulu. Beberapa minit selepas itu dia menerima whatsApp dari Tengku Umairah memberitahu dia sudahpun sampai.

Faris dan Nasrun keluar dari kereta menuju ke restoran di sebelah hotel KL International Hotel. Tiba-tiba Nasrun tertengok sebuah kereta Fairlady warna putih dipandu perlahan. Dia kenal nombor plate itu. Hatinya berkata “Itu kereta suami Alia.” Faris terangguk-angguk tersengih apabila kereta itu berhenti di depan hotel. Tak salah sangkaannya bila Amsya keluar dari kereta tapi lebih membuatkan Faris tersengih lebar apabila Tengku Umairah keluar lalu mendapatkan Amsya dengan memegang lengan Amsya meluru masuk ke Hotel.

“Nas, kau tunggu kejap. Tolong order nasi kat aku.” Kata Faris pada Nasrun. Faris bangun dari kerusinya.

“Kau nak ke mana?” Tanya Nasrun.

“Aku ada kerja kejap.” Balas Faris, dia berlari anak mengejar Amsya, ditengoknya Amsya dan Tengku Umairah memasuki lif ke tingkat 2. Faris mengikutnya. Amsya dan Tengku Umairah menuju ke café hotel. Faris terus memerhati mereka berdua dibuka telefon bimbitnya mencari item camera. Apabila saja mereka berdua melabuhkan punggung dikerusi Tengku Umairah dengan spontannya memcium pipi Amsya yang biasa dilakukannya apabila berjumpa. Sempat Faris menangkap gambar mereka. Jelas wajah Amsya kelihatan.

“Umairah, kenapa cium abang macam ni, ini tempat orang ramailah. Abang tak suka Umairah cium abang. Lain kali jangan buat.” Marah Amsya dengan tiba-tiba tidak selesa diperlakukan sebegitu oleh Tengku Umairah.

“Kenapa pula. Biasa abang tak marah pun. Nak harapkan abang cium Umairah, memang taklah kan?” Balas Tengku Umairah membela diri.

“Sini ada CCTV kalau orang tengok macam mana? Cuba faham sikit. Sekarang ni pleasesss…jangan cium abang lagi.” Kata Amsya marah kurang senang Tengku Umairah menciumnya.

Faris tergelak sendirian dia sudah mendapat ideal untuk memutuskan hubungan Alia dan Amsya. Kini dia tahu Amsya main kayu tiga.

Alia sedang menyiapkan kertas kerjanya pada malam itu, dipandangnya ke belakang melihat Puan Anis sudahpun tidur. Dia tersenyum hatinya senang sekali apabila berada bersama Puan Anis. Teringat Alia pada mamanya Zakiah yang telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Dia amat terharu dengan pemergian kedua orang tuanya. Alia Nasuha membuka telefon bimbitnya merenung wajah kedua orang tuanya. Dia menoleh jam di latopnya 11.45malam. Dia teringat harijadi Amsya 15minit lagi. Sekali lagi dia mengambil surat Amsya dari dairinya. Sekali lagi dibacanya. ‘Cintailah dirimu sebelum cinta itu kau ucapkan pada orang yang kau sayangi, dan apabila dirimu dicintai hiasilah dirimu dengan sifat-sifat kejujuran kerana kejujuran itu satu kemuliaan.’

“Indah kata-kata ni, pandai juga Amsya bermadah, takkan aku cair dengan kata-kata dia.” Bicara Alia sendirian.

Amsya terbaring dikatilnya teringat akan isterinya Alia Nasuha, terusik jiwa mengingati saat-saat bersama Alia. Tidak seperti saat bersama Tengku Umairah. Dia memejam matanya teingat kata-kata Alia petang tadi. “Jumpa sekali lagi saya nak jawapannya positif.” Omong Amsya sendirian “Alia, Alia terang-terang kau tolak aku. Kau benci aku? Tapi aku sayang kau. Apa pun aku akan jelaskan pada kau. Masalah sekarang aku kena putuskan hubungan dengan Tengku Umairah, baru Alia boleh buka hati dia pada aku. Apa reaksi Alia baca surat aku faham ke dia?”

Tiba-tiba Amsya menerima pesanan whatsApp,dia mengambil telefon bimbitnya ditengok whatsApp dari siapa, hatinya riang gembira apabila nama Alia terpapar, dilihat jam 12.00 malam. Amsya bersuara. “Eh, tak tidur lagi ke si Lia.” Dia membuka whatsApp lalu dibacanya.

“Happy birthday encik Amsya. Jika hidup ini sekali, hargilah ianya berkali-kali. Sedang sambut dengan orang tersayang ke. Semoga kalian berbahagia.”

“Oh my god.” Ucap Amsya sambil menutup mulut. “Birthday aku ke hari ini??? Laaaa, aku sendiri pun lupa. Tengku Umairah tak ucap pun pada aku tadi. Dia lupa atau tadi belum sampai waktu. Tapi Lia orang pertama mengucapnya. Ingat juga dia hari jadi aku. Sweetnya kau Lia. Aku sayang kau Lia.”

Kata Amsya lagi. “Ini bermakna Lia belum tidur, apa kata aku call dia boleh dengar suara dia, bestnya…”

Amsya mengedail nombor telefon bimbit Alia.

Kedengaran lagu dari telefon bimbit Alia berbunyi, cepat-cepat dia mengambilnya takut Puan Anis terjaga. Dilihat panggilan dari Amsya.

“Hello.” Jawab Alia perlahan sambil melangkah keluar dari bilik Puan Anis.

“Hello Lia, thanks for your teks. Ingat juga Lia harijadi abang. Lia buat kerja ke?” Ucap Amsya memancing Alia.

“Your welcome. Ya buat kerja sikit tapi dah siap. Macam mana sambut harijadi dengan kekasih. Masih bersama dia ke?” Balas Alia.

“Mana ada, abang kat rumah, tak sambut birthday pun. Abang sendiri pun lupa. Terkejut juga Lia hantar massage.”

“Happy nice day encik Amsya. Sweet dream. Good night.” Ucap Alia cuba mengakhiri perbualan.

“Lia kejap…dah baca surat abang?” tanya Amsya untuk pengesahan

“Dah, tapi kenapa ya?” Soal Alia supaya Amsya menjelaskannya.

“Tak faham?” Soal Amsya.

“Faham.” Jawab Alia sepatah.

“Good night, sweet dream sayang. Bye.” Amsya mengakhiri perbualan cepat dia memutuskan talian, risau Alia marah bila dia mengucapkan sayang. Membiarkan Alia sendiri memahami ucapan itu.

“Bye” balas Alia. Tersenyum manis.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku