Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 56
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7455

Bacaan






Faris sudah bersiap seawal pagi untuk ke pejabat Alia, dia perlu keluar lebih awal untuk ke Putrajaya. Hatinya cukup gembira, tidak sabar rasanya mahu melihat reaksi Alia apabila dia mendedahkan kecurangan dan siapa Amsya.

Alia Nasuha sampai di pejabatnya pagi itu dengan senyum manis, moodnya baik sekali. Mana tidaknya, awal pagi lagi Alia menerima whatsApp dari Amsya. Jiwanya terusik dengan kata-kata Amsya yang diterimanya yang berbunyi. ‘Good morning Alia Nasuha, Please take care your self for me.”

Alia Nasuha memberhentikan langkahnya didepan setiausahanya Syafikah.

“Morning Syaf, tolong bagitahu Zaiman, Halim, Halida dan kak Zura pukul dua saya nak buat briefing suruh mereka ke bilik saya.” Arah Alia sambil tersenyum manis pada Syafikah.

“Baik Cik Puan Alia Nasuha. Happy semacam kau? Dah sihat demam? Atau best tidur dengan suami.” Usik Syafikah, dia tergelak mengenakan bosnya.

“Ooo, berani kau cakap macamtu kat aku. Kejap lagi kau masuk bilik aku, aku ada hal sikit dengan kau.” Balas dan arah Alia pada Syafikah.

“Baik bos.” Balas Syafikah.

Alia melangkah masuk ke biliknya. Membuka latop dan mesin printer untuk menprint semua kertas kerja yang dibuatnya untuk dibentangkan kepada pekerjanya nanti. Beberapa minit selepas itu pintu biliknya diketuk.

“Masuk.” Laung Alia. Syafikah masuk terus menghala ke meja Alia dia berdiri ditepi Alia.

“Ada apa Lia?”

“Kau duduklah.” Arah Alia. Syafikah mengikut arahan. Alia mengangkat muka memandang Syafikah.

“Kenapa?” Soal Syafikah berkerut dahi kehairanan.

Alia membuka diarinya dan mengeluarkan surat yang diterima dari Amsya dan menghulurkan pada Syafikah.

“Apa ni?” soal Syafikah.

“Kau bacalah Amsya bagi. Tolong explain pada aku, apa dia nak? Dan apa yang kau faham.” Kata Alia sambil tangannya sibuk membuat kerja. Sebelum membuka dan membaca surat yang ada ditangan Syafikah, dia bertanya.

“Kau buat apa?”

“Aku buat kerja akulah, ini untuk meeting petang nanti. Kau sudah bagitahu mereka.” Soal Alia.

Sambil membuka lipatan kertas Syafikah memjawab.“Dah.”

Syafikah membaca satu persatu surat itu, dia tersenyum kemudian tergelak terbahak-bahak.

“Kenapa, kau faham?.” Soal Alia, juga tergelak.

“Kenapa pula kau tak faham, dia nak pancing kau ni.” Jawab Syafikah.

“Itulah, dia gila ke apa? dia nak umpan aku dengan madah pujangga dia. Tak masuk akallah.” Ujar Alia.

“Siap bermadah lagi nak pikat kau, Lia…kalau orang lain, setakat muka handsome, tampan dan kacak macam Amsya tu, sekali dia senyum je, dah cair perempuan. Tak payah berpujangga. Ini mesti dia sudah try pikat kau kat rumah, tapi tak jalan itu yang dihantar madah ni.” Jelas Syafikah. Meraka sama-sama ketawa.

“Syaf, kalau kau boleh percaya ke lelaki macamtu? aku susah sikit. Tak tersangkutnya aku.” Sunggut Alia.

“Jangan cakap macamtu Lia. Kau jatuh cinta dengan Amsya?” Soal Syafikah mengusik dan menguji perasaan sahabatnya itu.

“Syaf, kalau kau tahu dan terang-terangan Izul kau ada perempuan lain. Setiap malam bergayut, setiap hari berjumpa. Tiba-tiba cakap cinta kat kau. Kau percaya ke? Kau masih nak terima dia? Kau bersedia untuk bermadu.” Soal Alia kali ini membuatkan Syafikah terdiam seketika.

“Heee, kau kan selalu ambil contoh Izul. Kalau dia buat macamtu kat aku, memang aku lari, entah-entah aku boleh bunuh diri tau.” Balas Syafikah geram.

“Habis tu, kau nak aku percaya, tergadai bodylah aku, entah-entah dapat madu sepah dibuang. Aku tahulah aku isterinya, tapi isteri temporary. Boleh dia buat macamtu kat aku.” Sunggut Alia.

Syafikat teringat kata-kata Amsya padanya pada malam itu yang dia mencintai Alia. Syafikah tersenyum sendirian. Bisik hatinya “Betul kata Amsya, Alia tidak akan percaya. Mungkin ini cara dia memikat Alia.”

Alia melihat Syafikah tersenyum sendirian.

“Kau kenapa? diam, senyum sorang-sorang dah baung tabiat ke apa?.” Soal Alia.

“Nak, ambil balik surat kau ni, simpan elok-elok mungkin kau dapat tahu rahsianya suatu hari nanti. Aku keluar dulu, banyak kerja nak buat.” Kata Syafikah bangun meninggalkan Alia.

Faris melangkah masuk ke HH Holding, Halim yang baru keluar dari biliknya ke pantry terserempak dengan Faris yang baru masuk.

“Eh, encik Faris.” Tegur Halim yang sememangnyaa kenal dengan Faris kerana Faris sudah beberapa kali datang ke HH Holding.

Faris cuba mengingati nama Halim sambil menunjuk jari ke arah Halim. “Aaaaa…encik Halim kan?” Halim mengangguk.

“Lama tak datang sini, jumpa cik Alia ke?” Soal Halim.

“Iya, jumpa Cik Alia. Ada hal sikit nak bincang.” Balas Faris.

“Nak kahwin ke? Sesuai sangatlah encik Faris, cik Alia kan masih solo.” Kata Halim tersenyum simpul, Faris berkerut kening dia memikirkan sesuatu.

Bisik hatinya “Staff, Alia tak tahu ke yang Alia sudah kahwin.” Dia tersengih nakal, untuk pengesahan dia bertanya lagi.

“Betul ke Cik Alia masih solo, tak ada sesiapa datang sini jumpa atau bawa dia keluar?” Soal Faris menguji. Jika benar apa yang dikatakan Halim bermakna semua pekerja Alia belum tahu Alia sudah kahwin.

“Mana ada, kalau ada pun encik Zafrul je lah, itu pun pasal kerja.” Jawab Halim.

Faris sekali lagi tersengih desis hatinya. “Jadi, Amsya tak pernah datang sini. Dia tidak bekerja dengan Alia? Bagus. Alia, Alia…kenapa kau kahwin Lia. Dahlah semalam Amsya dengan orang lain.”

“Encik Faris, saya beredar dulu.” Pinta Halim, Faris mengangguk.

Kini Faris sudah dapat menduga perhubungan Alia Nasuha dan Amsya ada yang tidak kena.

Sedang asyik Syafikah membuat kerja intercom dimejanya berdering dia menjawabnya.

“Yes Lini.” Jawab Syafikah pada penyambut tetamu.

“Syaf, ada orang nak jumpa Cik Alia, katanya sepupu Cik Alia, namanya Faris.” Bagitahu Lini.

Berdebar hati Syafikah mengetahui Faris sudah datang. “Hah!…Okey suruh dia tunggu sekejap. Saya bagitahu Cik Lia.”

Syafikah memberitahu Alia yang Faris sudah datang untuk berjumpa dengannya. Mengeluh panjang Alia.

Alia terdiam seketika, kemudian dengan sayu pinta Alia. “Syaf, tolong pasang intercom kau. Kau tolong aku dengar apa dia cakap dengan aku. Suruh dia masuk.”

Tut, tut, tut pintu bilik Alia diketuk, berdegup kencang jantung Alia. Dia sendiri pun tidak tahu macam mana nak berdepan dengan Faris. Alia terpaksa menyahutnya.

“Masuk.” Laung Alia.

Faris membuka pintu lalu melangkah masuk dengan yakinnya. Lalu disapa Alia.

“Hai Lia, lama tak jumpa terubat rindu abang kat Lia. Lia tak rindu abang ke?.” Tegur Faris. Menyampah Alia mendengarnya.

Alia mengangkat muka memandang Faris. Hatinya sudah mula meluat dengan Faris. Tanpa disuruh duduk. Faris menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya sambil memandang Alia dengan mengoda dan merenung Alia lama-lama.

“Kau nak apa dengan aku?” Soal Alia dengan garang.

“Garangnya sayang, kali ni abang datang bukan nak minta duit pun, tapi nak minta Lia jadi isteri abang dan abang kerja dengan Lia.” Gertakkan halus Faris. Hati Alia semakin membakar dengan kata-kata Faris. Syafikah mendengar diluar perbualan mereka.

“Kau gila ke Faris, aku kan dah kahwin.” Balas Alia geram.

“Abang tahu, tapi Lia tak bahagiakan. Minta saja cerai dengan Amsya tu.” Sindir Faris.

“Aku bahagialah dengan dia, aku cinta dia.” Balas Alia cuba menyakin Faris.

“Tapi dia tak cintakan kau…Lia, abang datang dengan niat baik. Abang nak kerja dengan Lia.” Ujar Faris dengan lemah lembut.

“Faris, sini tak ada kerja kosong. Lagipun tak ada jawatan yang sesuai dengan Faris. Faris tak boleh buat drawingkan?” Balas Alia berlapis.

“Jangan panggil Faris, panggil abang kitakan sepupu…Betul abang tak boleh buat drawing tapi abang boleh bantu Lia, pergi site, management, nanti abang masukkan projek untuk syarikat kita.” Jawab Faris menyakinkan Alia. Muka Alia sudah masam mencuka mendengar kata-kata Faris.

“Faris, Lia minta maaf banyak-banyak Faris mana boleh buat macam ni. Lia kan sudah kahwin. Tolonglah Faris jangan kacau Lia.” Rayu Alia lembut.

“Kau betul Lia dan Amsya tak ada masalah, kenapa semua staff Lia tidak tahu yang Lia sudah kahwin. Kenapa tidak bagitahu mereka, Lia tak panggil mereka masa majlis kahwin Lia?.” Soal Faris mendebarkan jantung Alia dan Syafikah yang sedang mendengarnya. Terkejut Alia mendengarnya. Desis hatinya “Mana Faris tahu semua ni?”

Tergagap-gagap Alia untuk menjawabnya.

“Lia…Lia…Lia sebenarnya belum buat majlis persepsimasih dalam perbincangan dengan abang Amsya sebab kami masih sibuk dengan kerja.” Balas Alia memberi alasan.

“Sudahlah Lia, jangan tipu abanglah. Apa pun abang nak keluar dengan Lia, ada perkara abang nak bincang, jom kita pergi makan.” Ajak Faris cuba menarik tangan Alia tapi cepat ditepis Alia.

“Tak boleh Faris, Lia banyak kerja, lepas ni Lia ada meeting, lagipun Lia kena minta izin Amsya dulu, nanti dia marah Lia keluar dengan lelaki lain. Kita bincang kat sini sajalah.” Balas Alia memberi alasan.

Kata-kata Alia membuatkan Faris tergelak nakal. Pelik Alia melihatnya, dia berkerut dahi.

“Kita tak boleh bincang kat sini. Tak apa…apa kata kita keluar bersama lepas office hour, abang tunggu Lia. Pasal kerja Lia kena ambil abang kerja dengan Lia. Nanti abang bantu Lia. Sekarang ni Lia telefon suami Lia minta izin mahu keluar dengan abang, pasti dia bagi.” Kata Faris dengan yakin.

Semakin berdebar jantung Alia dengan kata-kata Faris, ada ugutan di situ.

“Nanti Lia call Amsya. Faris tunggu kat luar dulu. Lepas tu Lia bagitahu.” Arah Alia,. Sekali lagi Faris tersengih dan menjeling nakal pada Alia.

“Kalau betul Lia tidak ada masalah dengan Amsya. Telefon dia sekarang minta izin, abang nak dengar sendiri. Buka speaker.” Arah dan ugut Faris sekali lagi. Muka Alia sudah merah, marah dengan Faris tapi dia perlu kawal keadaannya. Mahu tak mahu Alia terpaksa buhungi Amsya dengan membuka speaker. Berdebar jantungnya untuk menghubungi Amsya di depan Faris.

Tengku Umairah ada bersama Amsya pada ketika itu untuk keluar lunch. Tengku Umairah sedang menunggu Amsya dalam bilik pejabat Amsya. Walaupun sudah beberapa kali Amsya menolak untuk keluar makan bersama Tengku Umairah. Nanum dia didesak oleh Tengku Umairah sehingga Tengku Umairah datang ke pejabatnya.

“Cepatlah bang lapar ni, Umairah nak masuk office pula.” Desak Tengku Umairah.

Amsya memandang sinis pada Tengku Umairah, malasnya mahu keluar dengan Tengku Umairah. Telefon Amsya berdering dilihatnya panggilan dari isterinya Alia Nasuha. Berkerut kening Amsya, jarang Alia menghubunginya. Takut apa-apa berlaku dia membuat muka selamba tidak mahu Tengku Umairah perasan panggilan dari perempuan.

Danial Amsya menjawabnya. “Hello.”

“Hello, sayang” Jawab Alia, terpaksa berlakon depan Faris. Amsya terkejut mendengarnya, apa tak kena Alia ni bisiknya.

Kerana terkejut dengan panggilan sayang dari Alia, Amsya tidak perasan Tengku Umairah datang padanya.

“Sayang cepatlah, tak tahan ni.” Kata Tengku Umairah, mengajaknya makan. Suara Tengku Umairah jelas kedengaran oleh Alia. Membuatkan Alia gaget dan terdiam. Faris yang mendengarnya tersengih nakal. Cepat-cepat Alia memutuskan taliannya.

Faris ketawa terbahak-bahak, menyindir Alia. Mahu saja Alia menangis di situ, bukan kerana Amsya bersama kekasihnya tapi kerana Faris mengetahui rahsianya.

“Tak payahlah nak minta izin suami. Kita keluar lepas office hour. Sekarang Faris nak pergi jumpa kawan sekejap, lepas tu Faris datang balik.” Kata Faris sambil bangun mencuit dagu Alia dan tergelak nakal pada Alia.

Alia mengigit bibir bawah menarik nafas panjang selepas melihat Faris keluar dari biliknya. Perasannya sudah sebak, airmatanya dikelopak mata. Syafikah termenung di mejanya memikirkan sesuatu, dia mendengar setiap perbualan Alia dengan Faris. Dia juga tahu Alia akan keluar dengan Faris petang ini. Hatinya juga berdebar dengan cara Faris. Kesian Lia, dia perlu bantu bosnya Alia Nasuha. Dia menghubungi Amsya.

Amsya mengeluh dan berdebar-debar apabila menerima panggilan dari Syafikah, dia berpaling pada Tengku Umairah disebelahnya sedang makan. Dia bangun untuk menjawab pangilan Syafikah, jauh dari Tengku Umairah.

“Hello Syaf, apa berlaku pada Alia?” Jawab Amsya dengan soalan.

“Alia call awak tadi?” Jawab Syafikah dengan soalan.

“Iya, tapi dia putuskan talian mungkin terdengar suara…” Belum sempat Amsya menghabiskan ayatnya Syafikah menyampuk.

“Kekasih awak…Encik Amsya saya nak minta tolong awak.” Minta Syafikah, seakan merayu.

“Tolong apa Syaf?” Soal Amsya cemas.

“Tolong datang sini dalam pukul lima hari ni.” Pinta Syafikah

“Kenapa Syaf, cemas je bunyi? Kenapa dengan Lia?” Tanya Amsya, hatinya sudah mula berdebar.

“Mari je lah, boleh ke tak? nanti awak akan tahu.” Balas Syafikah.

“Baik Syaf, sampai nanti saya call awak.” Jawab Amsya mengakhiri perbualan.

“Terima kasih.” Balas Syafikah

Syafikah masuk ke bilik Alia dilihatnya Alia termenung dengan lindangan airmata membasahi pipi. Syafikah terus mendapatkan Alia dan dipeluknya dengan kemas.

“Sabar Lia.” Pujuk Syafikah.

“Akhirnya Faris tahu juga Syaf, dia tak akan lepaskan aku. Aku tak akan ambil dia kerja.” Kata Alia sebak. Tapi tiba-tiba hatinya bersemangat dia perlu bangkit dari semua ini. Dengan suara yang tegas dia bersuara.

“Syaf, petang ni tolong aku, kalau aku tak balik pukul 9.00 malam tolong hubungi Inspektor Azlan.”

Syafikah sekadar mengangguk kepala. Tidak berani dia untuk memberitahu Alia yang dia sudah meminta pertolongan Amsya.

“Lia, kita pergi makan dulu.” Ajak Syafikah memujuk Alia.

“Aku tak selera Syaf, kau pergilah.”

“Jangan macam ni Lia, kejap lagi kau nak meeting.Insyaallah tak ada apa-apa berlaku. Kau kena berani dan yakin.” Kata Syafikah memberi semangat sambil menarik tangan Alia. Alia terpaksa mengikut sabahatnya itu.

Puan Anis sedang menyediakan makan tengah harinya pada hari itu, dia mendengar loceng rumahnya beberapa kali. Dengan langkah yang laju dia ke pintu utama dijenguknya dari jendela kereta Shasha. Dia membuka pintu.

“Assalamualaikum,.” Shasha memberi salam.

“Waalaikummussalam. Masuk Sha, sorang je ke? Mami mana?” Jawab Puan Anis dengan pelawaan, Shasha masuk ke dalam rumah dengan membibit bag pakaiannya.

“Sorang je mak ngah. Mami kirim salam, dia ke Singapura. Mami suruh Shasha tumpang kat rumah mak ngah, bolehkan mak ngah?” Bagitahu Shasha merayu.

“Boleh. Tapi kenapa Shasha tak ikut? Berapa lama mami pergi?” Tanya Puan Anis.

“Dua minggu. Shasha tak boleh pergi, tengah tunggu surat dari kementerian dua tiga hari lepas mereka ada hubungi katanya Sha kena pergi interview, bila-bila masa dari sekarang mereka akan panggil.” Balas Shasha menyakinkan Puan Anis. Ini rancangan Shasha dan maminya Puan Liza.

“Sha, duduklah dulu, mak ngah nak ke dapur.” Pelawa Puan Anis. Shasha mengikutnya.

“Mak Ngah buat apa? Lia kerja ke?” Soalnya mengambil berat.

“Lia kerjalah, Mak Ngah tengah masak, Nanti Siap kita makan.” Balas Puan Anis,

“Mari Sha tolong Mak Ngah.” Tawar Shasha.

Sambil membantu Puan Anis, Shasha cuba memasuk jarum pasal buhungan Alia dan Amsya.

“Mak Ngah, hari ni abang Am tak balik ke?” Soal Shasha bersahaja.

“Ish!, abang Am hujung minggu baru balik. Kenapa Sha tanya pasal abang Am. Sha masih ada hati dengan abang Am?” Balas Puan Anis cuba menduga Shasha.

“Bukanlah Mak Ngah, Sha dah boleh terima tak ada jodoh dengan abang Am. Mak Ngah tak ingat ke hari ni kan harijadi abang Am.” Ujar Shasha cuba menyakinkan Puan Anis.

“Eh!, Iya ke? Hari ni lapan hari bulan sepuluh. Ya allah Mak Ngah sendiri pun dah lupa, maklumlah dah tua ni.”

“Mana tua lagi, mak Ngah masih muda, cantik lagi…Mak ngah rasa Alia ingat tak hari ni harijadi suami dia. Tak kan abang Am tak sambut dengan Alia. Kalau seorang isteri yang cinta dan sayang suami dia mesti dia ingat.” Balas Shasha sekali lagi menguji Puan Anis tentang hubungan antara mereka.

“Entahlah Sha.” Jawab Puan Anis sambil memikirkan sesuatu ada benar juga kata Shasha.

“Mak Ngah, Sha tahu mereka berdua saling mengenal hati budi. Masih dalam berkasih sayang masing-masing masih mencari cinta. Tapi kalau Alia selalu bersama Mak ngah, tidur dengan mak ngah, nak buat apa pun dengan mak ngah. Mana dia nak ingat pasal abang. Kalau mak ngah nak buat Alia cepat sayang dan cinta dengan abang kenalah Alia tu bersendirian. Maksud Shasha… biar Alia tidur bilik abang Am. Mungkin Alia akan teringat abang Am dan dia akan jatuh cinta.” Kata Shasha membuatkan Puan Anis terdiam seketika inilah masanya dia nak uji cinta Alia pada anaknya.

“Betul juga tu kata Shasha. Mak ngah tak sangka Shasha nak tolong abang Am dan Alia. Ingat Shasha nak…” Belum sempat puan Anis meneruskan kata-katanya Shasha menyampuk.

“Nak putus kan hubungan mereka?...Mak ngah, Sha dah dapat terima semua ni. Tapi bila tengok mereka berdua Sha dah dapat agak mereka ada masalah terutama bila Alia bagitahu abang Am ada kekasih. Lagilah Alia tak percaya dan tak akan jatuh cinta pada abang Am.” Kata Shasha mengejutkan Puan Anis.

“Sha tahu? Alia bagitahu?” Soal Puan Anis.

“Hum, hum…tapi tak apa nanti Sha tolong mereka. Apa kata sepanjang Sha ada disini Sha tidur dengan mak ngah. Alia tidur dalam bilik abang Am.” Kata Shasha cuba menyakinkan Puan Anis.

“Baiklah. Bagus jugak cadangan Sha tu.” Balas Puan Anis. Hati Shasha tersenyum rinag rancangannya berjaya menyakinkan Puan Anis. Bisik hati Shasha “Makan jantunglah kau Alia. Kau belum kenal siapa aku.”

Faris memasuki bilik Alia selepas pekerja-pekerja Alia keluar dari biliknya setelah habis mesyuarat. Alia mengeluh panjang. Faris tersenyum lebar berjalan menuju ke meja Alia.

“Dah habis meetingkan? Jom kita pergi.” Ajak Faris sambil menarik tangan Alia.

“Faris, kalau tak pergi tak boleh ke? Kau nak bincang apa? bincang saja kat sini.” Soal Alia memujuk.

“Boleh, tapi esok abang Faris masuk kerja ya sayang.” Kata Faris mengugut membuatkan hati Alia bergelegak. Alia bermasam muka merah menahan marah. Sikap Faris yang suka mengugut dan mendesak membuatkan Alia semakin benci dengan Faris.

Terpaksa Alia bangun dari kerusinya, mengambil dan mengemas barang-barang dia di atas meja.

“Cepatlah, Lia pergi dengan kereta abang.” Arah Faris.

“Kita nak pergi ke mana sebenarnya? Lia bawa kereta Lia sendiri nanti senang Lia nak balik.” Kata Alia dengan tengking.

“Baik.” Sambil mengambil telefon bimbit Alia diatas meja. “Lia follow Faris, handphone Lia Faris pegang. Kalau Lia cuba lari, Lia tahulah akibatnya.” Ugut Faris. Alia memandang Faris dengan marah dan bengis, benci dengan sikap Faris. Faris tersengih sambil mengangkat-angkat kening.

Alia menghentak kakinya dengan kuat sambil mengambil handbag danbriefcasenya lalu beredar dari biliknya dengan langkah yang laju tanda protes pada Faris. Faris menjejakinya. Syafikah tengok Alia keluar dari biliknya dengan muka yang masam diikut oleh Faris.

Syafikah menoleh jam tangannya pukul 4.45petang hatinya berdebar-debar. Dia janji dengan Amsya pukul 5.00 tapi Alia sudah keluar. Macam mana aku nak tahu Lia pergi mana. Cepat-cepat Syafikah menghubungi Alia. Tapi sayang Faris yang menjawabnya jantung Syafikah makin berdebar. Dia mencapai kunci keretanya cuba menjejaki mereka. Dia berlari anak ke kereta Alia. Apabila Alia menggunakan keretanya.

Alia terpaksa mengikut kereta Faris menuju ke Alamanda. Syafikah mengekorinya sambil menghubungi Amsya. Amsya memecut keretanya ke Putrajaya, telefon bimbitnya berdering, dijawabnya pangilan dari Syafikah.

“Hello Syaf, awak kat mana?”

“Awak datang Alamanda.”

“Baik Syaf.”

Syafikah terus mengekori Alia tanpa pengetahuan Alia. Faris dengan kuat memegang dan menarik tangan Alia ke sebuah restoran. Faris menarik kerusi menyuruh Alia duduk. Faris memerhati Alia tersengih tengok muka Alia sedang marah dan merah.

“Lia, kenapa Lia kahwin dengan Amsya? Lia dari Faris?” Soal Faris. Alia memandang Faris mengacip gigi dengan geram Alia menjawab.

“Sebab aku cinta dia.” Jawab Alia dengan marah.

“Cinta? Kau ingat aku bodoh ke Lia? Berapa kau bayar dia kahwin dengan kau?” Soal Faris membuat hati Alia semakin pedih dan membakar.

“Aku tak bayar dialah. Aku memang sayang dia.” Balas Alia sekali lagi dengan suara yang marah.

“Dia sayang kau ke? Jangan jadi bodohlah Lia. Kau ingat aku tak tahu ke kenapa kau kahwin. Lari dari aku. Lia, staf kau pun tak tahu kau kahwin kenapa kau sembunyikan? Terang-terang Lia, Amsya tu ada perempuan lain. Aku tahu dia tak sayang kau pun dan kau pun samakan?”Gertak Faris cuba membakar hati Alia supaya Alia menceritakan padanya.

Alia memejam mata dan menghela nafas. Faris tergelak nakal…Katanya lagi “Lia, Lia. Kesian kau. Apa salahnya kau kahwin dengan aku pasti aku tak cari perempuan lain. Aku cinta kau. Baik kau minta ceria dengan Amsya dan kahwin dengan aku. Kalau tak???...” Ugut Faris.

“Kalau tak apa? mana telefon aku?” Tengking Alia.

Faris mengambil telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar Amsya dengan Tengku Umairah yang diambilnya semalam dan memberi telefon bimbit Alia.

“Kau tengok ni.” Kata Faris menghulurkan handphone dekat ke muka Alia. Alia memejam mata apabila melihat seorang gadis sedang mencium pipi Amsya. Alia cuba membela Amsya.

“Mana kau dapat gambar ni? Mungkin itu gambar lama.”

Faris tergelak…ah ah ah ah ah… “gambar lama kau kata? Ini gambar semalam datenya ada kat bawah tu, tadi pun dia bersama kekasih dia. Kau kata dia sayang kau. Sudahlah Alia…aku nak kau minta ceria dengan Amsya, kalau tak gambar ni aku tunjuk pada Tok wan dan aki. Nanti aku send pada kau. Kau tunjuk pada suami kau, dia curang dengan kau.” Ugut Faris lagi. semakin hati Alia bengang dan marah. Teringat akan tok wan dan akinya. Mata Alia sudah mula berair.

Tiba-tiba Amsya datang mengejutkan mereka.

“Hai sayang. Maaf abang lambat.” Sapa Amsya memerhati Alia sambil menarik kerusi lalu duduk disebelah Alia. Sekali lagi Amsya menyapa “Hai Faris, apa khabar?” Amsya menghulur tangan pada Faris berjabat salam. Cepat-cepat Alia mengesat airmatanya.

“Baik.” Jawab Faris sepatah, berubah air muka Faris, dia amat terkejut macam mana Amsya boleh jejaki mereka. Amsya berpaling pada Alia yang mengesat airmata.

“Sayang kenapa ni? Takkan abang lambat sikit pun nak menangis. Faris buat apa kat sayang? Faris kenapa isteri aku menangis?” Soal Amsya bersahaja sambil memahut bahu Alia. Faris senyum menyindir dengan menyangka Amsya berlakon.

“Kerana kau tak sayang dia kot.” Jawab Faris bersahaja. Alia terpaksa berlakon depan mereka berdua. Ini masanya dia melepaskan diri Faris.

Alia bangun. dengan suara yang tengking dan marah Alia berkata pada Amsya sambil menarik tangan Amsya.

“Jom balik. Lelaki tak guna.” Terkejut Amsya dengan tindakan Alia. Dia turut bangun berjalan laju ditarik Alia. Faris tergelak menang dapat mengenakan mereka berdua. Sangka Faris, Alia dan Amsya akan bergaduh. Amsya mengikut Alia dengan tangannya dipegang kuat oleh Alia sehingga jauh dari pandangan Faris. Kemudian dia melepaskan tangan Amsya.

“Maaf encik Amsya.” Kata Alia. Amsya berkerut kening. Belum sempat dia bertanya, terdengar seseorang memanggil Alia.

“Lia.” Panggil Syafikah dibelakangnya. Alia berpaling.

“Syaf.” Jawab Alia. Memandang Syafikah, Alia tahu ini kerja Syafikah yang memberitahu Amsya. Alia mengacip gigi pada Syafikah tanda marah tapi kemudian dia tersenyum berterima kasih dan bersyukur pada sabahatnya itu membantu dia dari ancaman Faris.

“Maaf Lia.” Ucap Syafikah. Alia mengangguk dan tersenyum.

“Thanks Syaf. Terima kasih encik Amsya.” Ucap Alia kepada Syafikah dan Amsya.

“Terima kasih saja. Datang jauh-jauh terima kasih saja. Kenapa dengan Faris?” Balas Amsya. Alia dan Syafikah berpandangan.

“Tak ada apalah. Awak nak apa?” Jawab Alia.

“Nak apa? Balik tidurlah.” Kata Amsya mengenakan Alia sambil ketawa diikuti Syafikah. Alia memukul bahu Syafikah beberapa kali.

“Sakitlah Lia.” Mengadu Syafikah.

“Pergilah awak balik tidur. Siapa nak tidur dengan awak.” Balas Alia bermasam muka.

“Abang balik rumah ummi. Jom balik. Lia parking kereta kat mana?” Tanya Amsya.

“Sebelah sana.” Jawab Alia menunjuk ke parking keretanya.

“Balik terus.” Pesan Amsya. Mereka berpecah ke kereta masing-masing.

Tiba-tiba Alia teringat harijadi Amsya hari itu. Fikir Alia apa kata Puan Anis kalau dia tidak sambut harijadi suaminya. Alia Nasuha berhenti di sebuah kedai jam untuk membeli hadiah dan sebutir kek untuk Amsya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku