Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 57
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4868

Bacaan






6.45petang Amsya sampai di rumah umminya di Bangi, dia memerhati kereta yang ada dihalaman rumahnya. Katanya sendirian sambil berkerut muka dan mengeleng. “Shasha ada di sini ke? Aduh!...Buat apa?” keluh Amsya. Pintu rumah dibuka dilihat Shasha keluar melulu ke keretanya. Kemudian membuka pintu kereta, Amsya keluar dengan wajah selamba.

“Happy birthday sayang.” Ucap Shasha perlahan pada Amsya. Amsya dengan muka selamba dan mengeleng kepala terus berlalu meninggalkan Shasha disitu.

Tanpa menghiraukah Shasha, Amsya masuk ke dalam rumah. Shasha mengekorinya, Puan Anis tersenyum manis apabila Amsya balik dan bersalam dengannya. Puan Anis mengucap selamat harijadi pada anak kesayangannya kemudian menciumnya. Shasha duduk di sisi Puan Anis.

“Maaf Am, ummi hampir lupa harijadi Am hari ini. Lia pun tak bagitahu. Itu pun Shasha yang bagitahu. Betul tekaan Shasha Am mesti balik sambut harijadi. Alia tahu ke hari ni harijadi Am?” Soal Puan Anis menguji Amsya.

“Tahu mi.” Jawab Amsya selamba.

“Betul ke? atau nak bela isteri.” Sindir Shasha. Amsya memandang tajam pada Shasha menyampah dengan kata-kata Shasha. Dia melihat umminya tersengih juga menyindir.

Hati Amsya berkata. “Shasha nak kenakan aku dan Alia ke? Jaga kau.”

“Kenapa tak percaya. Ummi tengok ni…”Kata Amsya menunjukkan whatsApp yang diterimanya dari Alia malam tadi.

“Awal-awal lagi, isteri saya ucap birthday. Tepat jam 12.00malam, lepas tu Am call dia bercakap dan bermadu kasih.” Balas Amsya. Puan Anis dan Shasha terdiam. Shasha menarik muka masam menjeling pada Amsya.

“Alia tahu ke Am balik petang ni?” Soal Puan Anis lagi menyerkap Amsya.

“Tahu. Am baru keluar dengan Lia dan Syafikah.” Jawab Amsya bersahaja.

“Am sambut birthday ke? Mana Lia?” Tanya Puan Anis, dia seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang.

“Belum. Malam ni dengan ummi sekali.” Jawab Amsya walaupun dia tidak pernah merancangnya. Ditoleh jam tangannya sudah setengah jam Alia belum sampai. Dia menghubungi Alia panggilannya tidak dijawab.

Kedengaran engine kereta diluar rumah. Amsya tersenyum. Beberapa minit kemudian Alia masuk dengan memberi salam.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Jawab mereka serentak.

Alia menuju ke Puan Anis bersalam dan mencium ibu mertuanya.

“Pergi mana lewat? Abang Am kata keluar dengan dia.” Soal Puan Anis, cuba mencari kepastian dengan kata-kata Amsya tadi. Alia bersalam dengan Amsya kemudian Alia mengangkat bag plastik yang dibawanya.

“Ya, kita orang keluar dengan Syafikah sekali, lepas tu abang balik dulu. Lia pergi beli kek birthday untuk anak kesayangan ummi. Itu yang lewat sikit nak buat surprise kat orang tuuu!” Balas Alia bersahaja sambil memuncungkan mulutnya pada Amsya, kemudian Alia beralih pandang pada Shasha disebelah Puan Anis bermasam muka.

“Hai Sha. Dah lama sampai?” Sapa Alia.

“Tengah hari tadi. Sha tidur sini dua minggu. Sha tidur dengan Mak ngah.” Balas Shasha. Alia memandang Puan Anis meminta kepastian, terasa pelik dengan kehadiran Shasha dan kenapa Shasha tiba-tiba tidur dengan umminya.

Alia memandang Amsya sekali lagi. Bisik hati Alia “Perlukah aku berlakon?”

“Abang, nanti kita sambut harijadi abang sama-sama ya? lepas maghrib.” Ujar Alia. Amsya tersentak mendengar panggilan abang oleh Alia. Amsya melihat airmuka Alia sedikit berubah apabila Shasha mahu tidur dengan Puan Anis. Amsya perasan perubahan Alia nampak jelas Alia cemburu.

Amsya sekadar mengangguk. Namun hati Amsya berdesis. “Kenapa dengan Alia hari ini, tadi panggil aku sayang dan sekarang abang. Lakonan atau betul? Kenapa dia dengan Faris?”

Amsya memerhati Alia kemudian beralih pandang pada Puan Anis dan Shasha. Tidak menjangka Amsya yang Alia akan menyambut harijadinya. Alia ke dapur untuk menyimpan kek yang dibelinya. Puan Anis juga menuju ke dapur.

“Abang Am kata nak sambut birthday dia kat luar.” Ujar Puan Anis pada Alia. Alia berpaling pada Puan Anis.

“Laaa, dia tak bagitahu pula, nak buat surprise lah tu. Tak apalah.” Balas Alia sambil berjalan ke arah Puan Anis. dipegangnya tangan Puan Anis dengan lembut lalu ditanyanya lagi.

“Ummi, kenapa Sha tidur dengan ummi? Habis Lia nak tidur dengan sapa?” Soal Alia bermanja dengan Puan Anis.

“Lia tidur dengan abang Am. Biarlah Shasha tidur dengan ummi.” Jawab Puan Anis berbalas pandang pada Alia.

“Tapi mi, abang Am bukan ada selalu. Maksud Lia malam-malam seterusnya, kan Lia tidur dengan ummi. Ummi suruhlah Sha tidur bilik tetamu.” Rayu Alia. Puan Anis mengeleng kepala.

“Tak payah nak tapi-tapi. Lepas ni Lia tidur bilik abang Am. Jangan tidur dan bermanja dengan ummi lagi” Jawab Puan Anis dengan arahan. Menepuk lembut pipi Alia beberapa kali. Pedih hati Alia mendengarnya. Puan Anis berlalu dari situ ke ruang tamu.

Terpinga-pinga Alia dengan kata-kata Puan Anis. Bisik hati kecilnya, “Kenapa tiba-tiba ummi halang aku tidur dan bermanja dengan dia.”

Selepas menunaikan solat maghrib Amsya memerhati Alia dicermin sedang memakai tudung. Namun fikiran Alia jauh melayang entah apa difikirnya bisik Amsya dalam hatinya. Amsya mendekati Alia dipeluknya Alia dari belakang. Alia terperanjat, dengan cepat dia meleraikan tangan Amsya dari pinggangnya.

“Janganlah encik Amsya.” Halang Alia.

“Tak boleh ke? Hari ni kan harijadi abang, takkan tak nak bagi hadiah kat abang?” Soal Amsya mengusik. Alia tiba-tiba teringat gambar Amsya bersama kekasihnya sedang bercium. Pedih juga rasa hatinya.

“Awak peluk kekasih awak jea lah. Awakkan sudah dapat hadiah dari kekasih awak” Tempelak Alia. Amsya berdegus. Teringat Amsya pada Faris tadi.

“Tadi kenapa lari dari Faris?” Soal Amsya, memandang Alia dari cermin. Kali ini Alia pula rasa terpukul berpaling pada Amsya dibelakangnya.

“Saya lari sebab terpaksa berlakon dengan Faris yang saya cemburu dan marah pada awak. Kalau saya tidak buat begitu nanti dia ingat saya tak sayang awak.” Jawab Alia. Amsya berkerut muka tidak faham maksud Alia.

“Kenapa?” Soal Amsya lagi.

“Dia tahu awak curang dengan saya. Awak ada kekasih lain. Dia datang tadi pun nak bagitahu perkara itulah.” Balas Alia suaranya sedikit tengking, dia menelan liur. Amsya berkerut muka.

“Mana dia tahu. Tak ada bukti jangan nak cakap sebarangan.” Kata Amsya membela diri. Alia menarik nafas kemudian menghempusnya perlahan. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu membuka gambar yang dihantar oleh Faris kemudian menunjukkan pada Amsya.

“Nah tengok ni!!!” ujar Alia menyerahkan telefon bimbitnya pada Amsya.

Terbeliak anak mata Amsya melihat dia dicium oleh Tengku Umairah. Dalam hati Amsya bersuara, tangannya memegang dahi. “Oh my god. Aku baru nak masuk jarum pikat Alia. Dah jadi macam ni pulak!!.” Amsya mengelembung mulutnya

“Mana dia dapat gambar ni?” Soal Amsya sambil menjeling pada Alia, ada rasa malu dan bersalah pada Alia. Bisik hati Amsya lagi. “Tidak patut Lia tengok gambar ini. Ini bukan buat Lia suka aku tapi buat hati Alia tertutup untuk aku. Malah dia akan benci aku.”

“Dia tengok awak dengan kekasih awak semalam.” Kata Alia menyakinkan Amsya biarpun hatinya terluka. Entah kenapa hatinya pedih bila tengok gambar itu. Sedangkan dia tidak mahu ada perasaan pada Amsya tapi perasaannya terpendam, dia perlu sembunyikan perasaan itu dalam-dalam walau hatinya rasa mahu menangis.

“Lia, abang minta maaf.” Kata Amsya dengan tiba-tiba dia betul-betul rasa bersalah dengan Alia. Terasa terkilan dengan tindakkannya sendiri.

“Kenapa pula? Saya tak kisahlah encik Amsya. Awak pun dah nak kahwinkan? Dah bincang, bila?” Balas Alia. Amsya terdiam menelan liur soalan cepu mas yang menyakitkan hatinya. Alia memandang Amsya membisu lalu disapa dengan sikap poyonya.

“Encik Amsya jomlah, nanti mereka tunggu lama. Awak nak pergi makan kat mana? Nak tiup lilin dulu ke? Awak janji dengan shasha?”

“Tak.” Jawab Amsya sepatah, pantas Amsya mengeleng kepala. Amsya mengenggam jari jemari Alia berjalan seiringan turun ke tingkat bawah.

Desis hati Amsya. “Macam mana kalau Lia ada perasaan pada aku, hatinya sakit. Sama sakitnya hati aku bila tahu dia bersama lelaki lain.”

Amsya mengkerling pada Alia disebelahnya. Mereka sama-sama bergerak ke restoran untuk menyambut harijadi Amsya. Suasana dalam kereta sepi seketika. Alia sesekali berpaling ke arah Puan Anis dan Shasha dibelakang, mukanya sudah berubah apabila melihat kemesraan Shasha dengan Puan Anis. Amsya memberhentikan keretanya didepan sebuah restoran.

“Jom mak ngah.” Ajak Shasha dengan mesra, memegang tangan Puan Anis sambil membuka pintu kereta. Alia masih dalam kereta berpaling ke belakang memerhati Shasha berpimpin tangan dengan dengan Puan Anis. Amsya juga masih dalam kereta memerhati Alia sedang tengok umminya berjalan dengan Shasha. Pedih hati Alia melihat Puan Anis tidak melayannya dari dia balik petang tadi.

“Lia…Lia…Lia.” Panggil Amsya beberapa kali apabila melihat Alia ralik melihat Shasha dan Puan Anis memasuki restoran. Alia berpaling pada Amsya.

“Kenapa ni? Jomlah keluar kita dah sampai.” Ajak Amsya. Dia keluar dari kereta berjalan kearah Alia yang baru keluar dari kereta. Nampak jelas mood Alia kurang baik. Amsya memegang erat jari-jemari Alia dengan lembut menarik Alia masuk ke dalam restoran.

Alia hanya berdiam diri, sesekali memandang Puan Anis dan Shasha sedang bermesra. Alia terasa tersinggung dan terasing, Alia menunduk kepalanya. Amsya amat perasan dengan sikap Alia.

“Sayang.” Panggil Amsya pada Alia. Alia berpaling pada Amsya disebelahnya nampak mata Alia berkaca.

“Sayang nak makan apa?” Tanya Amsya lembut. Alia memicit hidungnya.

“Apa-apa jea lah, awak orderlah nak makan apa, saya belanja. Hari inikan harijadi awak biar saya belanja…Ummi nak makan apa?” Balas dan tegur Alia pada umminya dengan nada yang lembut..

“Nanti ummi tengok menu dulu.” Jawab Puan Anis bersahaja. Tanpa memandang Alia jawapan Puan Anis menyingung perasaan Alia. Tidak pernah Puan Anis bersikap dingin dengan Alia selama ini.

Mereka memesan makanan untuk malam itu. Sambil menunggu makanan yang diorder Shasha bersuara.

“Alia, tak ada hadiah untuk abang Am ke?” Soal Shasha cuba memerangkap Alia.

“Hadiah apa pula ni Sha. Alia hari-hari bagi hadiah kat abang.” Jawab Amsya membela Alia. Alia tersenyum sinis, dia faham dengan sindiran Shasha.

Dengan pantas Shasha bertanya “Hadiah apa Alia bagi hari-hari?” Menyindir.

Amsya memandang Alia disebelahnya menjawab. “Senyumannya cukup manis membuatkan abang asyik terbayang pada dia.” Balas Amsya, tersenyum. Alia membalas pandangan Amsya dengan senyuman juga. Amsya tahu Shasha sengaja mahu mengenakan Alia depan umminya. Alia semakin tersenyum Amsya membelanya dia hampir-hampir lupa hadiah yang dibelinya. Alia mengeluarkan satu bungkusan kecil lalu diberi pada Amsya.

“Untuk abang. Happy birthday. Harap awak suka.” Ucap Alia mengejutkan Amsya sambil mengkerling ke arah Shasha didepannya.

“Apa ni sayang?” Tanya Amsya menyambut hadiah yang diberi oleh Alia. Amsya tersenyum manis.

“Bukalah.” Arah Alia bersahaja. Amsya membuka balutan kotak hadiah, dia tersenyum lebar kemudian berpaling pada Alia. Tangan Alia dipegang lalu diciumnya kemudian ciuman halus singgah di pipi isteri kesayangannya Alia Nasuha. Terpana Alia seketika.

“Thanks sayang.” Ucap Amsya sambil mengeluarkan jam tangan hadiah dari Alia. Puan Anis tersenyum manis. Hati Shasha sakit melihatnya tak sangka pula dia, yang Alia akan menyambut harijadi Amsya dan memberi hadiah. Shasha bermasam muka.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku