Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 58
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7198

Bacaan






Alia Nasuha termenung di sofa bilik Amsya memikirkan Puan Anis melarang dia tidur bersamanya. Dia memang tidak puashati atas tindakkan Shasha merebut Puan Anis darinya secara tiba-tiba. Amsya melihat wajah Alia murang tidak gembira dan seriang seperti biasa.

Fikir Amsya. “Apa yang bermain dalam fikiran Alia sekarang ni?” Amsya mendekati Alia lalu duduk disebelahnya. Alia berpaling pada Amsya disebelahnya dengan wajah yang masam mencuka. Amsya tersengih.

“Hai! Kenapa ni?” Tanya Amsya bergurau sambil menolak bahu Alia dengan bahunya, cuba mencungkil hati Alia. Alia berpaling pada Amsya.

“Peliklah, kenapa tiba-tiba Shasha tidur dengan ummi? Dan ummi tak bagi Lia tidur dengan dia lepas ni. Habis tu Lia macam mana? Takkan Lia nak tidur sorang-sorang.” Jawab Alia kecewa tidak puashati.

“Laaa…itu yang difikirkan diam dari tadi? Bad mood? Lia tidur dengan abanglah.” Balas Amsya mengusik dan menduga Alia. Alia merenung Amsya bermasam muka.

“Iya Lia tahu. Tapi kalau awak tak ada macam mana? takkan Lia nak tidur dalam bilik awak ni. Lia tak mahu lah.” Komen Alia. Mukanya sudah sedih. Belum sempat Amsya membalas kenyataan Alia, Alia sudah bangun keluar dari bilik. Alia berhenti didepan bilik Puan Anis yang tertutup rapat. Selepas itu Alia menghala ke tingkat bawah dia menuju ke dapur. Amsya juga keluar dari biliknya mengekori Alia.

Sampai didapur Alia tengok Shasha ada disitu sedang makan kek harijadi Amsya yang dibelinya tadi. Alia menghampiri Shasha berdiri tegak didepan Shasha. Amsya yang baru sampai menyembunyikan dirinya disebalik dinding ruang makan ke dapur apabila mendengar Alia menegur Shasha.

“Sha, kenapa buat macam ni?” Soal Alia tidak puashati Shasha tidur dengan Puan Anis.

“Aku buat apa? tak fahamlah.” Jawab Shasha bersahaja.

“Kenapa awak tidur dengan ummi. Sebelum ni kalau awak datang sini awak tidur bilik tetamukan.” Ujar Alia. Shasha tersenyum menyindir pada Alia.

“Kau marah? Ikut akulah…kaukan dah dapat Amsya. Apa lagi kau nak? Kalau kau nak ummi kau…kau lepas Amsya.” Ugut Shasha. Alia sudah menduga ini mesti ada yang tak kena. Alia menarik nafas mengigit bibir bawah geram dengan tindakan Shasha.

Amsya mendengar disebalik dinding dia ingin tahu apa rancangan Shasha.

“Awak cakap apa ni Sha. Kenapa buat Lia macam ni? Apa salah Lia?” Soal Alia dengan marah dan geram. Shasha bangun dari kerusi berdiri tegak depan Alia dengan muka menyindir, tersengih-sengih depan Alia. Menyampah betul Alia menengoknya.

Shasha menyentuh pipi Alia dengan perlahan dari atas ke bawah menggunakan seputung jarinya sambil berkata. “Kalau kau mahukan ummi kau!!!…baik kau pujuk Amsya kahwin dengan aku. Kalau tak!!!”

“Kalau tak apa?” soal Alia pedih dengan kata-kata Shasha. Sambil menepis tangan Shasha. Sakit pipinya ditoreh oleh kuku Shasha yang tajam. Baru tadi dia mendengar ugutan itu dari Faris. Airmatanya sudah penuh dikelopak mata bila-bila masa sahaja akan gugur.

“Aku akan buat mak ngah benci pada kau…kau jangan cuba nak lawan aku Lia.” Ugut Shasha lagi. Semakin pedih hati Alia mendengarnya menahan sebak.

“Kau menang gila sha!..Aku tak boleh janji, Amsya cintakan orang lain dan mereka akan kahwin.” Balas Alia, akhirnya airmata Alia gugur juga membasahi pipinya.

Shasha mengacip gigi lalu berkata sambil tergedik-gedik “Itu aku tak peduli. Kau pandai-pandailah pujuk Amsya supaya dia terima aku. Itupun kalau kau sayangkan ummi kau.” Shasha tersengih dengan keningnya digerak-gerak.

Hati Alia terluka dengan kelakuan Shasha. Alia memejam mata airmatanya keluar lagi. Teringat peristiwa hari itu diugut Faris, gambar Amsya bercium dan sekarang ugutan Shasha. Alia kemudian lari berlalu dari dapur terus naik ke bilik Amsya. Alia tidak terperasan yang Amsya ada disebalik dinding. Sebelum masuk ke bilik Amsya dia mengesat airmatanya.

Shasha melihat Alia lari darinya, dia tersenyum puas. Tergelak-gelak pada Alia. Amsya yang sememangnya mendengar setiap kata-kata Shasha muncul didepan Shasha setelah Alia lari naik ke tingkat atas. Dengan lagak heronya sambil memeluk tubuh, dia memanggil…

“Shasha, kau cakap apa dengan Lia?” Soal Amsya. Mendengar suara keras Amsya, Shasha terkejut mukanya pucat.

“Cakap apa?’ Soal Shasha kembali buat tak tahu. Amsya bercekak pinggang, muka Amsya sudah merah menahan marah, giginya dikacipkan.

“Eh! aku dengarlah apa kau cakap dengan Lia tadi.” Ujar Amsya. Shasha datang dekat depan Amsya lalu memeluk Amsya.

“Sha buat begitu sebab Sha cinta abang.” Balas Shasha. “Eh!, lepaskan aku.” Cepat tangan Amsya menolak Shasha yang memeluknya. Dengan wajah yang marah, menjegil mata pada Shasha.

Sakit benar hati Shasha apabila Amsya menolaknya dengan kuat.

“Kenapa abang buat Sha macam ni. Sha sayang abang, cinta abang macam dulu lagi. Cinta Sha tak pernah berubah.” Tengking Shasha sambil menangis meluahkan perasaannya terhadap Amsya.

Dengan perasan geram dan marah dengan menunjuk-nunjuk jari ke muka Shasha Amsya berkata. “Eh!, Sha…kau dengar sini…aku tak hairan dengan airmata kau. Kau ni perempuan tak tahu malu. Kau dah ludah aku, kau nak jilat balik. Sorrylah, aku tak akan balik pada kau!…Masa aku sayang kau, cinta kau sampai kejar kau ke Australia. Apa kau cakap pada aku? Kau hina arwah walid kerana halang cinta kita, kau cakap lelaki macam aku ni kau tak hairan pun. Kau sanggup tidur dengan jantan lain supaya aku lepaskan kau, sekarang kau nak aku balik pada kau?”

“Tapi Sha tahu Am masih sayangkan Sha kan?” Soal Shasha lagi.

“Aku tak sayang dan aku tak cinta kau. Faham!!!...Cinta aku sekarang pada isteri aku Alia Nasuha.” Jerkah Amsya dengan membulatkan matanya.

“Tapi Alia tak cinta abang. Dia cakap abang nak kahwin dengan orang lain.” Balas Shasha tengking.

Amsya membulatkan matanya pada Shasha lalu berkata. “Itu cakap dia bukan aku. Aku bagitahu kau, aku cinta Alia…kau dengar sini! sekali lagi kau ugut Alia, siap kau! Kalau apa-apa berlaku pada Alia, aku tak akan lepaskan kau. Ingat!!!.. jangan sesekali kau dekat dengan Alia.” Amaran tegas dari Amsya, tetap membela Alia Nasuha.

Amsya terus melangkah dengan laju meninggalkan Shasha disitu. Hati Shasha pedih dengan kata-kata Amsya. Shasha berkata sendirian. “Takpe, hari ini hari kau Amsya. Esok lusa hari aku. Apa pun aku akan pisahkan kau dengan Alia.” Nekad Shasha untuk membalas dendam pada Amsya.

Alia termenung di sofa bilik Amsya. Fikirnya Amsya ada dalam bilik air apabila lampu tandas menyala. Bisik hati Alia. “Kenapa semua ni berlaku pada aku. Kenapa Faris dan Shasha ugut aku macamtu, apa salah aku pada mereka.” Alia menekan dadanya yang terasa sakit. Airmatanya tumpah dikesat lalu menekup mukanya dengan tapak tangan.

Terdengar pintu bilik dibuka. Alia melepaskan tangan dari mukanya, terkejut dia apabila melihat Amsya baru masuk ke bilik. Alia kemudian berpaling ke tandas, tertelan liur Alia. Dia menunjuk jari ke tandas sambil memandang Amsya.

“Bukan awak dalam bilik air?” Soal Alia tersedu-sedu.

Amsya menghampiri Alia dipegang dagu Alia lalu mendongak ke atas. “Kenapa nangis?” Soal Amsya, walaupun dia tahu sebabnya. Alia menepis tangan Amsya.

“Ikut sayalah saya nak menangis.” Jawab Alia dengan sikap poyonya. Amsya duduk disebelah Alia tangannya memeluk bahu Alia. Alia tengok tangan Amsya dibahunya lalu ditepisnya lagi.

“Teringat pada arwah mama? Rindu papa?” Soal Amsya sengaja ditanya begitu kerana itu alasan Alia setiap kali bila ditanya kenapa dia menangis. Alia berdiam diri, dia menghela nafas. Fikir Alia sendirian macam mana dia mahu mula bicara pasal Shasha. Amsya mengkerling pada Alia disebelahnya. Ada sesuatu dalam fikiran Alia.

“Encik Amsya, boleh Lia tanya sikit?” Soal Alia. Amsya tersenyum sinis dia sudah mengagak. Pedih hati Amsya mendengar Alia masih memanggilnya encik.

“Sikit je tahu, tak boleh tanya lebih. Jangan tanya bila abang nak kahwin. Kalau itu soalan Lia tak payah tanya.” Tegas Amsya membentak.

Dengan perlahan Alia bertanya. “Encik Amsya, Shasha tu cinta pertama awak ke?”

Desis hati Amsya. “Dah mula dah. Aduh!!! Ini mesti pasal Shasha tadi. Tak ada soalan lain ke? Kalau tanya aku sayang dia ke? Tak pa jugak.” Amsya tidak menjawab soalan Alia. Amsya buat muka. Dia bangun lalu bersuara.

“Tidur lagi best.” Alia tengok Amsya berlalu tanpa menjawab persoalannya. Amsya membaringkan tubuhnya dikatil. Teringat ugutan Shasha pada Alia tadi. “Kalau kau sayang ummi kau, pujuk Amsya kahwin dengan aku.” Amsya mengeleng kepala beberapa kali.

Telefon bimbit Alia berdering dengan lagu nanyian Yuna, bulan ditutup awan. Amsya mendengarnya lalu bangun berpaling pada Alia. Alia mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Pangilan dari Tengku Badri. Alia mengesat saki-baki airmatanya. Dia menjawab panggilan Tengku Badri.

“Hello Tengku.” Jawab Alia. Amsya menoleh jam dinding pukul 12.10 malam. Bentak hatinya “Jantan mana pula call malam-malam? Tengku Badrilah tu.” Teka Amsya sendirian apabila mendengar Alia menyebut nama itu.

“Hello Lia, maaf mengganggu? Lia belum tidur lagi ke?. Rasa rindu pula dengan Lia tak sangka Lia jawab call abang.” Luah Tengku Badri memancing Alia. Alia perasan Amsya memerhatinya dengan sengaja dia menjawab.

“Lia pun rindu abang juga. Tak boleh tidur ni.” Tergaman Tengku Badri seketika mendengar kata-kata Alia.

Amsya juga terkejut mendengar kata-kata Alia. Dia bingkas bangun menuju ke sofa lalu duduk disebelah Alia.

“Betul ke ni?” Soal Tengku Badri meminta kepastian Alia. Amsya telah menganggu Alia dengan suaranya kuat supaya Tengku Badri mendengarnya.

“Sayang cepatlah tidur, abang tak tahan ni. Cakap dengan siapa tu. Jom layan abang dulu dah pukul berapa ni.” Terkejut Alia, dia menjegil mata pada Amsya disebelahnya marah. Amsya tersengih nakal mengenakan Alia.

“Siapa tu Lia?” Soal Tengku Badri kehairanan mendengar suara Amsya.

“Eh! Tak ada siapa-siapa Tengku. Budak kacau ni.” Balas Alia sambil memandang Amsya tajam. Tanganya dikepal. “Heee” marah Alia, Amsya mengacaunya.

Balas Amsya lagi dengan kuat. “Budak apanya jom sayang, kan abang cium kat sinikan?” Ugut Amsya sengaja melaungkan suaranya. Amsya mendekatkan telinganya ditelefon bimbit Alia.

“Alia kat mana ni? Soal Tengku Badri lagi. Amsya mendengarnya. Belum sempat Alia menjawab Amsya sudah pun menyampuk ditelefon Alia.

“Lia kat dalam biliklah atas katil.”

Cepat Alia menjawab. “Maaf Tengku, jangan dengar cakap dia. Ini adik saya, dia memang macam ni sengaja nak kenakan saya. Tadi saya kacau dia dengan kekasih dia. Nak balas dendamlah tu.” Jawab Alia membela diri.

“Adik apanya ni suami dia. Bak mai sini telefon tu.” Pinta Amsya cuba menarik telefon bimbit Alia. Alia memegangnya dengan kuat.

“Kalau suami takkan saya boleh layan Tengku. Tengku nanti Lia call pukul tiga pagi, kita bermadu kasih. Bye.” Ujar Alia lalu memutuskan taliannya dengan Tengku Badri. Alia memandang Amsya dengan tajam.

“Awak kenapa kacau saya?” Soal Alia marah.

“Kenapa layan lelaki malam-malam. Ingat awak tu isteri orang.” Bentak Amsya marah.

“Yang awak nak marah saya kenapa? saya tahulah saya isteri awak tapi…” Belum sempat Alia menghabiskan ayatnya Amsya sudah memotong.

“Tapi apa??? jangan nak membebel malam-malam ni. kan tak pasal-pasal saya tidur dengan awak.” Ugut Amsya sengaja nak kena Alia. Alia mendengus.

“Eh! Kenapa manusia hari ini suka ugut orang? Sikit-sikit ugut, sikit-sikit ugut.” Tengking Alia malam-malam tidak puashati, hari ini saja dia terima ugutan dari Faris, Shasha dan sekarang Amsya.

Dengan perlahan tapi tegas Amsya menjawab. “Abang tak suka Alia layan orang lain.”

“Eh! Encik Amsya. Saya tak kacau awak. Kenapa awak nak campur urusan saya. Awak jelouse dengan saya?” Bentak Alia.

“Ya saya cemburu!...Dah tidur kalau tak saya angkat awak tidur atas katil.” Balas Amsya marah. Alia terdiam dia menarik selimut diatas sofa lalu menutup mukanya.

Desis hati Alia dalam selimut “He! Tak guna, marah orang pula. Dia layan perempuan kita tak marah pun. Betul ke aku tak marah? He! Bercium lagi.” Gertak hatinya sendirian.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku