Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 59
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5596

Bacaan






Siap bersarapan pada pagi itu Amsya bergegas untuk ke pejabatnya. Alia yang baru sudah membasuh tangan ditariknya keluar hingga ke halaman rumah. Shasha yang ada disitu memerhati mereka. Dia turut mengekorinya.

“Cepat sikit Lia, abang lewat ni.” Arah Amsya. Alia menoleh jam dinding ruang tamu baru pukul tujuh pagi. “mana lewatnya.” Desis Alia.

Sampai sahaja di keretanya. Amsya membuka pintu kereta. Alia buat muka, mengejek pada Amsya. Patutlah kata lewat lupa balik dengan kereta bisik Alia.

“Lia sudah siapkan? Jom abang hantar ke ofis.” Ajak Amsya.

“Bag tak ambil lagi. kalau awak hantar petang nanti saya nak balik dengan apa?” Rungut Alia.

“Suruh je Syafikah hantar.” Cadang Amsya. Alia teringatkan sesuatu. Malas dia mahu tinggal bersama Shasha selama Shasha ada di sini.

“Tak payahlah encik Amsya. Lia lupa nak bagitahu, Lia ada out station dua minggu.” Ujar Alia sengaja berkata begitu cadangnya nak tidur dirumahnya Putrajaya. Malas rasanya mahu berdepan dengan Shasha yang suka mengugutnya.

“Bila? Ke mana?” Soal Amsya sedikit terkejut berkerut kening.

“Hari ni. Besut, Lia nak singgah rumah tok wan.” Jawab Alia sekali lagi mengejutkan dan mendebarkan hati Amsya.

“Hah!...Hari ni? Lamanya, buat apa pergi sana. kenapa baru bagitahu? Tak boleh. Awak jangan pergi abang tak izinkan.” Halang Amsya tegas.

“Saya lupa nak bagitahu. Saya pergi kerjalah encik Amsya.” Balas Alia. Amsya memandang Alia macam singa apabila dia membulatkan matanya. Alia bermasam muka melihat muka Amsya merah marah padanya. Sekali lagi Amsya menghalang dengan suara yang tegas.

“Jangan pergi.” Amsya menghulurkan tangannya pada Alia sebelum masuk ke dalam perut kereta. Alia tengok bersahaja tidak menyambut tangan Amsya.

“Cepat. Lewat ni. Ummi dan Shasha tengok tu.” Arah Amsya membentak. Alia terpaksa bersalam dengan Amsya. Satu lipatan kertas singgah ditangan Alia. Amsya sempat mengeyit mata pada Alia sebelum bergerak ke pintu pemandu. Dia melaung memberi salam pada Puan Anis, Shasha dan isterinya.

Amsya mengerakkan keretanya terus ke rumah Syafikah. Dia memang tidak puashati dan tidak percaya dengan kata-kata Alia tadi. Kenapa tiba-tiba nak pergi out station sampai dua minggu. Sempat Amsya menghantar pesanan ringkas pada Irfan menyatakan dia masuk lewat.

Alia berlalu masuk ke rumah untuk mengambil handbag dan latopnya untuk ke pejabat. Surat Amsya seperti biasa disimpan dalam diarinya belum sempat dia membacanya. Alia menuju kearah Puan Anis bersama Shasha sedang menyiram bunga dihalaman rumah untuk bersalam. Dengan suara perlahan Alia Nasuha berkata.

“Ummi, Lia out station hari ni dua minggu.” Terkejut Puan Anis mendengarnya, muka berkerut, tidak pernah Alia memberitahunya selewat itu.

“Kenapa tak bagitahu awal?” Soal Puan Anis. nampak lain sikap Alia.

“Maaf ummi Lia lupa.” Jawabnya sambil mengkerling pada Shasha. Walaupun mukanya senyum didepan Puan Anis. Namun hatinya tuhan saja yang tahu.

“Sayang Out station ke mana? Johor?” Soal Puan Anis lembut.


“Tak ummi. Besut, Lia tidur rumah tok wan.” Balas Alia.

“Abang tahu?” Tanya Puan Anis lagi. Alia sekadar mengangguk.

“Lia pergi dulu ummi.” Ucap Alia dia menghulur tangan bersalam dengan ibu mertuanya. Kemudian berlalu dari situ terus ke keretanya. Puan Anis merasa pelik dengan sikap Alia. Desis hati Puan Anis. “Kata Out station tergesa-gesa tak kan tak bawa baju.” Apabila melihat Alia tanpa bag pakaian. Puan Anis cuba memanggil Alia kembali tapi tidak sempat Alia menekan pedal minyak terus keluar ke jalan besar.

Amsya sampai di rumah Syafikah. Beberapa kali dia menekan loceng pagar apabila melihat kereta Hyundai masih ada. Hana, Mimi dan Syafikah bergesa-gesa lari ke jendela melihat siapa yang menekan loceng rumah awal pagi.

“Amsya?...Aduh! apa kena pula ni?” Rungut Syafikah sambil berpaling pada dua sahabatnya itu.

Syafikah membuka pintu utama lalu terus ke pagar rumahnya.

“Encik Amsya ada apa?” Soal Syafikah kehairanan.

“Syaf, kenapa awak hantar Lia out station sampai dua minggu. Saya tak izinkan.” Gertak Amsya tanpa bertanya terlebih dahulu. Syafikah terkejut mukanya berkerut. “Dua minggu.” Ulang Syafikah tanpa suara hanya bibirnya sahaja bergerak, sambil kepalanya membayangkan bosnya Alia Nasuha. Desis hatinya “Apa Lia cakap ni. Parah aku. Dahlah pagi-pagi dah kena tengking.”

Amsya melihat Syafikah berdiam diri macam kebinggungan apabila Syafikah berkerut muka.

“Syaf, saya tanya awak ni.” Jerkah Amsya. Syafikah tak mampu berkata-kata, muka terkejutnya memandang Amsya dengan kedua tangannya diangkat paras dada membuka tapak tangan. Tanda tidak tahu.

“Eh! Awak ni kenapa? takkan awak tak tahu. Lia tukan staf awak.” Bentak Amsya. Syafikah mendengus.

“Saya tak arah pun Lia pergi out station sampai dua minggu. Kalau ada pun dua hari je hujung minggu ni encik Amsya.” Jelas Syafikah membela dirinya.

“Habis dia cakap dengan saya nak pergi out station hari ni dua minggu kenapa?” Soal Amsya.

“Eh! mana saya tahu awak tanyalah dia sendiri.” Jawab Syafikah bersahaja. Amsya memegang kepala pening dengan sikap Alia.

Disoalnya Syafikah lagi. “Ke mana dia kena pergi? Kenapa hantar dia.”

“Besut. Dah itu kerja dia.” Jawab Syafikah selamba. Amsya tersengih sinis dia sudah terkena pada Alia.

“Baik Syaf. Terima kasih.” Amsya memasuki keretanya. Termenung seketika teringat akan kata-kata Alia sebelum ini, “kita tak perlu jumpa selepas ni”. Amsya menekup mulutnya, “Aduh!!! Apa lagi rancangan Alia ni.” keluhnya. dia memang tak puashati dengan tindakan Alia sengaja lari darinya . Dia menghala keretanya ke HH Holding.

Amsya memarkir keretanya didepan bangunan HH Holding, pintu pejabat masih terkunci. Dilihat seorang pengawal ada disitu. Amsya mendongak sedikit kepalanya memerhati bangunan itu. Katanya sendirian “Besar juga syarikat ni.” Dia menunggu Alia disitu. Diperhatinya seorang demi seorang memasuki bangunan itu.

Beberapa minit menunggu Alia muncul, Amsya melihat Syafikah juga baru sampai. Cepat dia melangkah keluar dari keretanya menuju ke arah mereka.

“Lia.” Panggil Syafikah. Alia berpaling tersenyum pada PAnya itu. Belum sempat mereka berbual. Amsya telah mengejutkan mereka dengan memanggil Alia.

“Alia.” Alia dan Syafikah berpaling. Dua-dua tersentak dan berpandangan terkejut melihat Amsya di situ.

“Abang nak jumpa Lia kejap.” Pinta Amsya sambil menarik tangan Alia. Alia menarik tangannya dari pegangan Amsya.

“Orang tengoklah.” Kata Alia. Alia mengikut Amsya ke sebuah restoran berhampiran.

Alia duduk dengan muka selamba memandang Amysa didepannya.

“Apa ni? Kenapa tak pergi kerja lagi?” Soal Alia lembut. Beberapa orang stafnya ada disitu. Alia memandang mereka dengan isyarat mata supaya masuk ke pejabat. Farah yang ada disitu menegurnya.

“Cik Lia, makan dengan kekasih ke? Handsomenya sesuai Cik Alia. Tak nak kenal pada kami?” Alia tersengih sinis pada Farah sambil mengeleng kepala. Amsya juga tersenyum manis apabila dirinya dipuji sambil melihat Farah disebelahnya

Dengan senyum Alia bersuara tegas “Boleh masuk ofis sekarang.” Arah Alia. Farah, Zaiman dan Halida tersenyum manis digertak halus oleh bosnya. “Baik Cik Lia.” Jawab mereka serentak meninggalkan restoran itu.

“Satu ofis ke dengan mereka?” Soal Amsya pada Alia. Alia sekadar mengangguk.

“Kenapa tipu abang?” Soal Amsya, memandang tajam pada Alia. Datang seorang pelayan yang memang kenal dengan Alia yang selalu makan disitu bertanya.

“Cik Lia nak makan apa?

“Macam biasa kak.” Jawab Alia.

“Nasi lemak sotong?” Tanya pelayan tadi.

“Ya, dua ya kak. Air pun sama Nescafe.” Pinta Alia sambil tersenyum pada pelayan yang tersengih padanya memerhati Amsya. Alia faham dengan jelingan pelayan itu menanyakan soalan. Alia mengeleng kepala sambil tersenyum malu. Pelayan itu meninggalkan mereka.

Ditanya Amsya sekali lagi pada Alia. “Kenapa tipu abang?”

“Tipu apa?” Balas Alia dengan muka selambanya.

“Kata pergi out station ke Besut dua minggu hari ini. Abang tanya Syafikah katanya dua hari jea hujung minggu ni.” Jelas Amsya. Alia bermasam muka.

“Ya lah, ya lah. Lia memang pergi dua hari je yang lebih tu Lia nak tidur rumah Syafikah. Tak nak tidur rumah, Shasha ada. Sakit hati tengok dia dengan ummi. ” Rungut Alia. Amsya menghela nafas. Amsya sedikit ketawa mendengar rungutan Alia. Begitu cemburu dengan umminya. Bisik hati Amsya “Dengan aku tak cemburu pula. Dah lah semalam Shasha ugut dia, gambar Tengku Umairah cium aku lagi. Tak jelouse pula. Heee!!!. Apalah kau ni Lia, keras sangat hati tu. Ummi juga yang kau nak, aku?”

“Kalau Lia lari macam ni, lagi lah si Shasha tu besar kepala. Lia balik tidur rumah ummi, jangan peduli Shasha tu.” Pujuk Amsya lembut, dia faham perasaan Alia.

“Tapi encik…” Belum sempat Alia menghabiskan ayatnya Amsya memotong.

“Dah, tak payah tapi-tapi. Satu lagi jangan panggil encik dah berapa kali pesan. Tak perlu takut pada Shasha. Lia sepatutnya lawan dia bukan lari macam ni.” Pujuk Amsya memberi semangat pada Alia Nasuha.

“Saya dah bagitahu ummi saya pergi out station hari ni. Biar Lia tidur rumah Syafikah je lah.” Luah Alia, bermasam muka. Amsya merenung Alia didepannya tersengih sikit apabila melihat muka masam Alia.

“Senyum sikit.” Pujuk Amsya.

“Tak nak.” Jawab Alia merajuk.

“Taknak sudah. Tapi Lia tetap nampak cantik. Abang tak izinkan Lia tidur rumah Syafikah. Lia balik ya. Nanti bagitahu ummi out station hari ni cancel.” Pujuk Amsya lagi. Alia hanya terdiam, nasi didepannya disuap ke mulut.

“Makanlah awak, nak masuk ofis pula.” Pelawa Alia.

“Lia pergi Besut hari apa? dengan siapa?” Soal Amsya lembut, sambil menyuap nasi ke mulutnya.

“Hari Jumaat, dengan Syafikah. Lepas lawat tapak Lia nak ke Kelantan jumpa kawan.” Jelas Alia. Kali ini Amsya berkerut kening.

“Kawan lelaki, perempuan?” Soal Amsya tidak senang hati.

Alia memandang Amsya lalu menjawab.“Perempuan.” Amsya tersengih.

Usai bersarapan mereka bergerak meninggalkan restoran itu. Faris yang baru sampai melihat mereka berdua berjalan seiringan, dia bersembunyi disebalik tiang. Sampai sahaja dimuka pintu utama HH Holding Amsya memegang tangan Alia. Alia tersentak lalu berpaling pada Amsya, menarik tangannya dari pegangan Amsya.

“Lia, please jangan keluar dengan mana-mana lelaki, abang tak izinkan. Pasal Lia nak ke Besut nanti abang bagitahu kemudian. Hari ini balik terus rumah ummi.” Pesan Amsya. Mahu tak mahu Alia terpaksa mengikut perintah suaminya. Alia mengangguk.

Faris memerhati Alia yang memasuki pejabat, manakala Amsya ke keretanya.

Desis hati Faris. “Amsya datang hantar Lia ke? Eh! Mereka berdua tak bergaduh ke? Macam biasa sahaja. Pandai juga Amsya ni. Ayat apa dia pakai sampai Lia boleh kahwin dengan dia. Ini tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu.”

Pang!...satu tepukkan singgah di bahu Faris dari belakang membuatkan dia terperanjat. Faris berpaling.

“Eh! Halim, awak ni mengejutkan saya saja. Baru sampai ke?” Sapa Faris.

“Iya, lewat sikit hantar isteri ke klinik. Encik Faris kenapa tak naik pejabat?” Soal Halim.

“Saya baru juga sampai. Awak dah makan?.” Tanya Faris. Halim mengeleng kepala.

“Jom kita pergi makan dulu.” Ajak Faris.

“Saya kena punch card dulu encik Faris.” Jawab Halim.

“Tak payah, nanti kalau Alia marah, cakap saja keluar makan dengan saya sekejap. Jom.” Balas Faris lalu bergerak ke restoran . Sambil berjalan Faris mendapat satu akal. Dia tersengih sendirian.

Alia masuk ke pejabatnya pagi itu, dia mendengar pekerja-pekerjanya berbual tentang dirinya dengan seorang jejaka tampan.

“Eh, siapa ya lelaki dengan Cik Alia tu, handsome betullah. Kalau aku dapat bahagia hidup aku.” Kata Farah.

“Kau jangan nak beranganlah orang kacak macamtu dah tentu pilih Cik Alia, baru sesuai.” Balas Zaiman. Hati Alia berbunga apabila dipuji begitu. Lalu Alia menegur mereka.

“Kau orang tak ada kerja ke?” Mereka semua terperanjat mendengar suara bos mereka. Masing-masing terpinga-pinga apabila ditegur tegas.

“Cik Lia, siapa tadi tu? Kacaknya. Kekasih Cik Lia ke?” Tanya Farah ingin sangat tahu.

“Client. Dah pergi buat kerja masing-masing.” Arah Alia lagi. Farah masih tidak puashati lalu ditanyanya lagi.

“Cik Lia, boleh past pada saya tak client tu biar saya handle. Dah kahwin ke belum?” Pinta Farah memujuk bosnya Alia Nasuha.

“Ish! Awak ni Farah. Dia dah kahwin, tak payah nak mengatal.” Balas Alia Nasuha tiba-tiba rasa cemburu. Dia berlalu dari situ terus ke biliknya. Stafnya yang ada disitu tersenyum sipu.

Sedang Faris dan Halim bersarapan pada pagi itu, secara tidak langsung banyak cerita dan maklumat yang Faris dapat daripada Halim tentang syarikat HH Holding. Faris tersengih-sengih ada beberapa perancangan yang dia dapat untuk memiliki Alia Nasuha. Hatinya begitu gembira. Faris juga mengetahui bahawa Alia akan ke Besut pada hujung minggu ini apabila diberitahu oleh Halim.

“Halim, untuk pengetahuan awak, saya dan Alia akan berkahwin cuma keluarga kami tidak mahu hebohkan kerana Alia masih banyak kerja yang perlu dia settledkan. Jadi saya juga tidak mahu kamu hebohkan pasal hubungan saya dangan Alia. Apa-apa saya akan hubungi awak, saya datang ni pun untuk jadi spy Alia tahu, dia suruh saya perhatikan semua staf-stafnya.” Kata Faris cuba memerangkap Halim supaya percayakan kata-katanya.

“Oh!, macamtu ke encik Faris. Jadi kami semua dalam perhatian Cik Alia lah?” Berdebar juga jantung Halim apabila diberitahu begitu jadi semua rakan-rakannya yang lain juga dalam perhatian Faris. Dan Faris akan melaporkan pada Alia.

“Begitulah.Tak apa awak jangan risau, saya akan jaga awak. Cuma awak perlu buat apa yang saya arahkan kerana itu arahan daripada Alia juga selepas ini. Lepas saya kahwin dengan Alia, awak akan jadi orang kanan saya. Sekali lagi saya bagitahu awak jangan bagitahu rakan-rakan yang lain.” Kata Faris menyakinkan Halim. Halim sudah masuk perangkap Faris.

“Baik encik Faris.” Balas Halim.

Alia membelek-belek diarinya, kertas yang diberi oleh Danial Amsya diambilnya belum sempat dia membacanya tiba-tiba hatinya rasa tidak tenang apabila wajah Faris tiba-tiba diingatinya, ugutan Faris semalam benar-benar menganggu fikirannya. Dia mencapai telefon bimbitnya menghubungi Inspektor Azlan.

“Assalamualaikum Cik Alia.” Jawab Inspektor Azlan.

“Waalaikummussalam. Inspektor macam dengan kes papa saya?” Soal Alia.

“Saya masih menunggu Cik Alia dapatkan maklumat tentang Faris.” Balas Inspektor Azlan. Alia teringat kata-katanya melarang Inspektor Azlan membuat siasatan dan menahan Faris.

“Inspektor, semalam Faris ada datang jumpa saya untuk kerja disini. Saya rasa dia masih ada di Kuala Lumpur.” Bagitahu Alia hatinya berdebar-debar mengingati Faris.

“Kalau begitu apakata Alia dapatkan maklumat dari Faris. Pihak kami bila-bila masa boleh mengeluarkan waran tangkap untuk Faris bagi soal siasat.” Terang Inspektor Azlan.

“Saya sebenarnya tidak mahu Faris tahu kita menyiasat pasal dia, Inspektor.” Luah hati Alia.

“Baik, Alia cuba dapatkan maklumat dari Faris kemudian bagitahu saya.” Arah Inspektor Azlan lagi.

“Baik tuan. Assalamualaikum..” Balas Alia mengakhiri perbualan pagi itu dengan Inspektor Azlan.

Alia termenung dalam biliknya, difikirnya bagaimana dia mahu bertanya Faris. Jika tersilap langkah Faris akan menyesaki dia tahu bahawa Faris terlibat dengan kematian papanya. Sedang asyik Alia Nasuha berfikir dia melihat kertas lipatan yang diberi oleh Amsya. Alia membukanya lalu dibaca kandungan ayat di atas kertas itu.

‘Pada bulan selalu kubisikkan

Tentang cintaku padamu

Pada mentari selalu kukatakan

Aku akan tetap setia padamu

Akanku harungi lautan yang luas

Akanku tembusi gelombang dan badai

Untukku raih cintamu padaku

Yang akan kusimpan didalam dada

Tak siapa yang boleh menghalang

Tak siapa yang mampu menghalang

Kejujuran, keikhlasan dan ketulusan cinta kita

Gelora hati ini kian membara

Api cinta yang kian menyala…’Dari Suamimu Danial Amsya Zulkrania love u forever.

Alia tersenyum sendirian membacanya. Mengeleng-geleng kepala, teringat akan kebaikan dan layanan Amsya padanya. Betapa Alia takut untuk mengingati jejaka itu yang menjadi suaminya dikala ini, takut hatinya berpaut cinta sudah pasti dia terpaksa pendamkan kerana Amsya mencintai orang lain.

Alia Nasuha monolog luaran.

“Kenapa Amsya mahu pikat aku sedangkan dia sudah ada kekasih hati dan akan berkahwin. Aku tidak mahu bermadu dan tidak akan bermadu. Tidakkkkk!!!!.” Pekak Alia perlahan.

Pintu bilik Alia Nasuha di ketuk. Lamunannya terhenti. Pantas Alia melaung “Masukkk!!”

Daun pintu bilik Alia Nasuha dibuka. Faris melangkah masuk. Alia melipat surat Amsya lalu disimpan dalam diarinya.

“Hai sayang!..” Sapa Faris. Alia menghela nafas.

Desis hati Alia. “Aku kena berlakon dengan Faris kalau mahu dapatkan maklumat.” Faris melangkah menuju ke meja Alia.

“Duduklah Faris, ingat dah balik Besut.” Pelawa Alia lembut.

“Fariskan nak kerja dengan Lia.” Kata Faris cuba memujuk Alia Nasuha. Alia tersenyum. Faris juga tersenyum pelik juga dia rasa dengan sikap Alia hari itu, baik saja biasanya tidak mahu layan dia.

Alia bangun menuju ke sofa biliknya, dia membuka voice recorder dari telefon bimbitnya tanpa pengetahuan Faris mahu mengekod perbualannya dengan Faris. Dengan tenang Alia bersuara.

“Faris kita bincang kat sini.” Ajak Alia. Faris mengikut arahan, Alia mengalihkan sedikit kedudukannya apabila Faris duduk disebelahnya.

Dengan suara yang lembut dan memujuk Alia berbicara. “Faris, buat masa sekarang Lia tidak boleh ambil Faris kerja. Faris boleh tunggu tak dalam sebulan dua lagi. Sekarang ni Lia kena atur kerja banyak sangat kerja yang belum beres setelah papa tiada. Bagi peluang pada Lia selesaikan dulu…Takkan Lia nak bagi jawatan yang rendah pada Faris. Apa kata ibubapa Faris, tok wan dan aki. Faris tunggu dulu boleh?…semua settled Lia janji akan ambil Faris kerja dengan Lia.”

Tutur kata Alia yang lembut dan perlahan membuatkan Faris cair dan mempercayai kata-kata Alia. Desis Faris hatinya berbunga “Lepas aku kahwin kerusi CEO akan jadi milik aku. Aku perlu sabar untuk memenangi hati Alia.” Namun Faris masih berfikir bagaimana mahu putuskan hubungan Alia dengan Amsya. Masa yang diberi Alia terlalu lama baginya.

“Lia dah bagitahu Amsya tentang hubungannya dengan perempuan lain?” Tanya Faris cuba mengorek rahsia.

“Malaslah Faris, Lia nak fikirkan. Kalau jodoh Lia tak panjang dengan Amsya, Lia terima je.” Balas Alia sengaja mahu melihat reaksi Faris. Faris tersenyum.

“Lia tidak boleh buat macam tu, nanti Lia juga yang kecewa. Lia sanggup bermadu ke? Minta saja cerai dengan Amsya. Kita kahwin?... Papa Lia ada bagitahu nak jodohkan Lia dengan abang.” Kata Faris. Berkerut muka Alia mendengarnya, hatinya mula berdebar.

“Bila papa bagitahu Faris? Kenapa Lia tidak diberitahu.” Balas Alia cuba mengorek rahsia dari Faris. Semakin berdebar jantung Alia Nasuha.

“Faris ada jumpa papa Lia sebelum papa kemalangan. Pak Ngah nak balik ke Besut nak bincang pasal kita dengan tok wan dan aki. Tapi tak sempat.” Jawab Faris. Alia terkejut dia membentulkan kedudukkannya.

“Betul ke Faris? Papa nak jodohkan kita? Bila Faris jumpa papa? Jumpa dimana?” Soal Alia bertubi-tubi.

“Betullah, Faris ada pergi rumah pak ngah malam sebelum pak ngah dan mak ngah balik ke Besut. Pada mulanya Faris nak balik sekali tapi ada kerja. Tak sangka pula pak ngah ditimpa kemalangan.” Cerita Faris. Alia berkerut kening curiga dengan cerita Faris.

Alia teringat akan kata-kata Encil Hilmi papanya yang menyuruh dia mencari lelaki yang tidak mengenali siapa dirinya sebelum kahwin, biar suami nya mengenali nya masa kahwin atau selepas kahwin. Desis hati Alia. “Takkan papa terima Faris. Kenapa papa dan mama tidak bincang dengan aku? Ini mesti ada yang tidak kena.”

Faris sekali lagi merayu dan memujuk Alia. “Lia, abang tengok Amsya tu bukan sayang pun pada Lia, dia pun curang, Lia masih nak bersama orang macam itu? Terang-terang Lia…Apa kata Lia tuntut cerai saja dengan Amsya.”

Alia tersenyum sinis. Tidak menjawab persoalan Faris, dia masih lagi memikirkan apa perbualan sebenar papanya dengan Faris pada malam itu.

Alia bersuara dengan lembut. “Faris…Faris balik dulu nanti kirim salam pada Mak Long dan Pak Long…wan dan aki. Pasal kita, kita serah pada takdir, ada jodoh kita kahwin.” Pujuk Alia.

“Lia cuba lari dari Fariskan?” Kata Faris tegas dengan jelingan matanya terpetir dimata Alia.

Dengan pantas Alia menjawab lembut. “Tidak Faris. Bagi peluang pada Lia, Lia masih isteri orang.” Pujuk Alia.

“Baik, tapi kalau Lia cuba lari dari Faris, Lia tidak akan terlepas.” Ugut Faris. Remuk hati Alia mendengarnya. Faris bangun meninggalkan pejabat Alia Nasuha pagi itu.

Doa Alia dalam hatinya “Ya Allah selamatkan aku dari penglihatan orang-orang yang berniat jahat pada aku. kenapa semua ni berlaku pada aku. Apa Faris nak dari aku sebenarnya? Harta?. Betul ke papa nak jodohkan kami sebagaimana Faris bagitahu. Berilah petunjuk Engkau Ya Allah untuk aku selesaikan kemelut kematian papa dan mama aku.”

Alia mencapai telefon bimbitnya menghubungi Inspektor Azlan, mereka berjanji untuk berjumpa pada tengah hari itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku