Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 60
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7103

Bacaan






Alia bergegas keluar dari biliknya untuk berjumpa Inspektor Azlan. Syafikah yang melihat bosnya itu tergesa-gesa di sapanya.

“Lia, kau nak ke mana?”

“Aku nak pergi jumpa Inspektor Azlan.” Jawab Alia bersahaja.

“Kau ada minta izin Amsya?” Soal Syafikah, risau juga dia kalau Amsya menghubunginya mencari Alia.

“Argh! Tak payah minta izin.” Balas Alia dengan suara yang keras.

“Kalau dia tanya macam mana?” Soal Syafikah kebinggungan.

“Cakap aku jumpa client.” Balas Alia terus berlalu dari situ.

Puan Anis termenung diruang makan rumahnya. Memikirkan Alia yang pergi out station hari ini. Puan Anis berbicara sendirian. “Betul ke si Lia ni pergi out station, betul ke Amsya tahu?”

Shasha muncul dilihat Puan Anis termenung. “Mak Ngah fikir apa?” tersentak lamunan Puan Anis apabila ditegur oleh Shasha. Shasha menarik kerusi duduk disebelah Puan Anis.

“Mak ngah fikir pasal Alia tadi, katanya pergi out station tapi pakaian tak bawa pula. Mak Ngah curigalah. Sha rasa macam mana?” Tanya Puan Anis kekusutan yang ada dalam kepalanya kini.

“Cubalah mak ngah tanya abang Amsya. Perempuan sekarang bukan boleh percaya. Entah-entah diluar sana ada lelaki lain.” Kata-kata Shasha mengingatkan Puan Anis pada lelaki yang bernama Tengku Badri client Alia.

“Itu yang mak ngah risau. Ada seorang lelaki ni katanya client dia kacak juga orangnya keturunan raja…Entah mak ngah lupa nama lelaki tu, Lia ada sebut.” Kata Puan Anis nampak kerisauan dari wajahnya. Shasha cuba mengorek rahsia.

“Entah-entah memang betul Lia bersama dengan lelaki tu. Itulah mak ngah cari isteri pada anak tak usul periksa. Entah siapa tak tahu Alia tu?” Balas Shasha cuba menambahkan kerisauan dihati Puan Anis.

“Tapi Lia baik orangnya.”Puji Puan Anis.

“Alah mak ngah, orang di luar nampak baik, dalam hati kita tak tahu. Kenapa dia tidak cinta abang Am? Dan satu lagi kenapa dia terima abang Am kalau dia tahu abang Am cinta orang lain.” Ujar Shasha membakar dan menghasut hati Puan Anis. Puan Anis terfikir sejenak dengan apa yang dikatakan oleh Amsya tempoh hari.

“Entahlah Sha nanti kita siasat.” Balas Puan Anis.

Alia sampai ditempat yang dijanjikan dengan Inspektor Azlan. Alia mengambil tempat didepan Inspektor Azlan. Tiba-tiba dia menerima pesanan dari suaminya Amsya.

“Keluar makan?” Alia tidak membalasnya pesanan itu diabaikan, ada perkara lebih penting yang perlu diselesaikan.

“Dah lama Inspektor sampai?” tegur Alia sambil melabuhkan punggung dikerusi.

“Baru lima minit. So, macam mana? Kelam kabut nak jumpa saya, ada maklumat tentang Faris?” Soal Inspektor Azlan.

“Cuba Inspektor dengar perbualan saya dengan Faris pagi tadi. Kalau-kalau boleh membantu siasatan.” Pinta Alia, membuka rakaman suara perbualannya dengan Faris.

Inspektor Azlan mendengarnya dengan teliti ada beberapa part yang diulang bagi mendapat gambaran yang tepat sambil mengangguk-angguk kepala. Habis mendengarnya Inspektor Azlan bertanya.

“Jadi, Cik Alia sudah kahwin? Amsya nama suami Cik Alia? Cik Alia ada masalah dengan suami?” Alia menghela nafas mengangguk pertanyaan Inspektor Azlan. Inspektor Azlan familia dengan nama itu dia berkerut kening.

“Boleh saya bertanya cik Alia, nama penuh suami Cik Alia?” Soal Inspektor Azlan.

“Danial Amsya Zulkarnian.” Jawab Alia spontan. Inspektor Azlan seketika kemudian tergelak tekaannya tepat. Alia melihat Inspektor Azlan ketawa lalu ditanyanya.

“Inspektor kenal ke?”

“Iya, tapi dah lama kami tak jumpa. Baru-baru ini kami buat temujanji tapi sampai masa hanya Irfan saja. Katanya Amsya balik isterinya demam. Tak terlintas pula nak tanya nama isteri dia. Rupanya Alia. Dia tahu masalah Alia?” Cerita Inspektor memeranjatkan Alia dengan tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

“Tuan Inspektor, Amsya tidak tahu. Boleh tuan tolong rahsiakan dulu. Saya rasa belum sampai masanya lagi dan Amsya tidak perlu tahu. Jangan bagitahu dia kita kenal…tolonglah Inspektor.” Rayu Alia bersungguh-sungguh. Inspektor Azlan memandang Alia ada sesuatu yang disembunyikan oleh Alia.

“Kenapa Alia tidak mahu bagitahu suami Alia?” Soal Inspektor Azlan.

“Belum sampai masa, tolong rahsiakan dulu. Saya rayu pada tuan, kita selesaikan dulu masalah kematian papa Lia. Saya tidak mahu tambah masalah. Biarlah hal saya dengan Amsya, saya selesaikan.” Rayu Alia lagi.

“Amsya tahu pasal kematian papa dan mama Alia?”

“Dia tahu mama dan papa meninggal kerana kemalangan. Tapi dia tidak tahu sebab kematian dan pasal Faris.” Jelas Alia.

“Baik. Sekarang kita sudah tahu yang Faris adalah orang terakhir bersama ibubapa Lia. Kita siasat dan cari maklumat kenapa dia jumpa papa awak dan apa yang dibincangkan pada malam itu. Lia ada bagitahu sebelum ini yang Pak Majid menyatakan Faris lamar Lia. Tapi adakah Encik Hilmi terima? Jika ibubapa Alia terima kenapa break kereta dipotong? Itu persoalan yang perlu kita selongkarkan. Lia kena cari maklumat itu sebelum kita buat waran tangkap ke atas Faris.” Terang Inspektor Azlan. Alia terangguk-angguk faham.

“Tapi saya takutlah, dia ugut saya.” Gusar Alia.

“Jangan bimbang, setiap maklumat yang Alia dapat terus bagitahu saya.” Arah Inspektor Azlan.

“Baik tuan.” Balas Alia. Inspektor Azlan meniggalkan Alia disitu setelah mendapat beberapa maklumat dari Alia.

Alia masih disitu, termenung memikirkan sesuatu. Dia teringatkan yang papanya ada mengubah wasiat beberapa minggu sebelum kemalangan itu. Wasiat HH Holding 20% untuk suami nya. Alia berkerut kening. Berdebar jantungnya. Bisiknya sendirian. “Adakah Faris tahu? Papa bagitahu? Tak mungkin papa bagitahu. Siapa ada dengan papa masa pengubahan wasiat dilakukan selain lawyer Bakri. Aku mesti siasat. Yes!!!” Dengan semangat Alia mengepal tangannya sambil mengacip gigi.

Petang itu seperti biasa Alia pulang ke rumah. Masuk saja dalam rumah terus dia mendapatkan Puan Anis yang berada didapur dipeluknya Puan Anis dari belakang.

“Ummi.” Sapa Alia lalu dicium pipi ibu mertuanya dengan mesra. Puan Anis tersenyum manis. Sememangnya dia rindu pada menantunya.

“Kata out station? Dah makan?” Soal Puan Anis, menepuk lembut pipi Alia.

“Cancel ummi, Lia pergi hari khamis ni. Itu pun kena tunggu abang Am kalau dia izin boleh pergi…Lia belum makan lagi laparlah.” Balas Alia bermanja.

Shasha datang ke dapur terus menyampuk. “Macam mana abang Am tu nak izin kalau awak tu ada jantan lain. Tak pandai nak jaga suami, suami mana yang tak curiga.” Pedih menusuk hati Alia mendengar tuduhan Shasha.

“Apa awak cakap ni sha. Kenapa tuduh Lia macamtu?” Balas Alia tengking dengan suara yang tinggi kesal dengan tuduhan itu.

Tiba-tiba Alia terperanjat apabila Puan Anis menjerit “Lia!..kenapa soal Shasha macamtu? Lia tak berhad tahu!” Marah Puan Anis pada Alia membela Shasha apabila Alia menengking Shasha.

Alia pandang Puan Anis didepannya tergaman, sayu apabila dia dimarahi. Dengan perlahan Alia berkata, sambil terangguk-angguk. “Ummi dah tak sayang Lia. Lia minta maaf kalau Lia menyinggung perasaan ummi.” Berderai airmatanya dikala itu, menekup mulut dengan langkah longlai Alai berlalu dari situ.

Sambil mendaki tangga loteng ke tingkat atas Alia teringat akan Amsya yang melarangnya tidur dirumahnya Putrajaya. Alia terus masuk ke bilik Amsya termenung disofa. Fikirnya “Kenapa dia larang aku? Kenapa dia tak bela aku semalam? Sedangkan dia tahu aku sayang ummi dan aku tak boleh tengok ummi bersama Shasha. Dia sengaja nak suruh ummi benci aku. Dia sengaja nak aku sakit hati. Hantar surat cinta supaya aku jatuh cinta dengan dia kemudian ceraikan aku bila dia kahwin. Apa permainan kau Amsya? Kau taknak bagi ummi kau pada aku? Atau Amsya dendam pada aku sebab dia kena marah pada ummi halang cinta dia?” Sangka Alia semua ini permainan Amsya. Airmatanya dilap lalu Alia bangun ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Malam itu Alia tidak keluar bilik. Hatinya masih sakit terasa pedih dengan tengkingan Puan Anis memarahinya dan membela Shasha. Alia menerima panggilan dari Amsya dia mengabaikannya lalu menekan silent mode.

Amsya menoleh jam dinding rumahnya baru 8.30malam, tidak senang duduk beberapa kali Amsya menghubungi Alia tapi tidak dijawab. WhatsApp yang dihantarnya tengah hari tadi juga tidak dibalas. Hati Amsya gusar.

Amsya berbicara sendirian. “Mana Lia pergi ni? Balik rumah ummi ke tak? takkan nak telefon tanya ummi?”

Amsya mencuba lagi, hinggalah pukul 10.30malam namun panggilannya tidak dijawab beberapa kali WhatsApp yang dihantarnya tidak dibalas. Hatinya semakin berdebar, dalam kepalanya sekarang hanya pada Alia Nasuha. Amsya monolog luaran.

“Lia, please sayang, abang rindu ni. Lia pergi mana? Kenapa tak jawab telefon. Aduh!!!...Ish! si Lia ni kan…aku hantar massage tanya baik-baik taknak jawab. Nanti kau.” Marah Amsya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu dihantar whatsApp.

“Eh! Awak ni kenapa x jawab pangilan saya? x balas massage? Dah mati ke apa? awak kat mana sekarang???” Pedas massage Amsya. Beberapa minit menunggu Alia tidak membalasnya. Perasaannya mula bimbang dan berdebar-debar. Amsya menghubungi Syafikah.

Syafikah yang sedang menonton melihat panggilan dari Amsya dia mengeluh. “Heee! Dia ni nak apa lagi? sikit-sikit telefon aku. Yang si Lia ni pula apa dia buat sampai Amsya cari aku. Kalau aku tak sayang kau Lia, aku tak layan si Amsya ni. Aku sayang kau Lia.”

Syafikah menjawab pangilan Amsya.

“Hello encik Amsya. Ada apa malam-malam ni rindu saya ke?”Sindir Syafikah.

“Saya rindukan isteri saya. Mana dia?” Balas Amsya dengan soalan.

“Hoi! Kenapa tanya saya? Manalah saya tahu. Isteri awak kat mana? Telefonlah dia sendiri.” Komen Syafikah.

“Syaf, saya tanya baik-baik ni, mana Lia? Saya call dia dari tadi tak jawab, massage tak balas. Saya risau ni.” Rayu Amsya cemas dan kesian Syafikah mendengarnya. Syafikah mengeluh lagi.

“Lia ada rumah ummi awaklah tu, jangan risau. Tak pergi mana dia, kalau dia pergi mana-mana dia akan bagitahu saya. Lia bukan biasa pun jalan kat sini. Kalau dia tahu pun jalan balik rumah keluarga dia. Cuba telefon ummi awak.” Pujuk Syafikah.

“Baiklah Syaf, terima kasih.” Ucap Amsya.

Alia membaca semua whatsApp yang diterimanya, berbelas panggilan dari Amsya. Dia membuka whatsApp pula.

“Lia dah balik rumah ummi?”

“Sedang buat apa tu?”

“Lia dah makan?”

“Lia please jawab pangilan abang.” Alia membaca whatsApp terakhir.

“Eh! Awak ni kenapa x jawab pangilan saya? x balas massage? Dah mati ke apa? awak kat mana sekarang???”

Alia berdengus marah. “Arghhh! Marah aku! buat baik kononnya. Aku benci kau Amsya.” Luah Alia sendirian.

Amsya tidak senang hati walaupun Syafikah menyakinkannya Alia ada dirumah tapi apa yang berlaku pada Alia sehingga pangilannya tidak dijawab. Amsya menghubungi umminya Puan Anis.

“Hello Am.” Jawab Puan Anis.

“Ummi kat mana ni? Lia ada dengan ummi?” Soal Amsya menguji kalau-kalau Alia berada bersama umminya.

“Kat bawah tengok tv, Lia ada dalam bilik. Entah buat apa tak tahu, tadi kata lapar. Sampai sekarang tak turun. Merajuk agaknya.” Jawab Puan Anis.

Amsya kehairanan. “Lia tak makan lagi ke ummi? Kenapa merajuk?” Tanya Amsya.

“Belum makan lagi dah pukul berapa tak turun-turun. Terasa hati kot? tadi ummi marah dia, itu yang merajuk.” Ujar Puan Anis.

“Kenapa ummi marah dia?” Soal Amsya pelik, tak pernah ummi marah Alia sebelum ini.

“Dia marah Shasha, tegur dia ada lelaki lain kat luar dan Am tidak izin dia pergi out station.” Jawab Puan Anis. Amsya terkejut dengan penjelasan Puan Anis.

“Ah!... Apa ni ummi, memang Lia marah cakap macam tu kat dia. Yang ummi bela sangat si Shasha tu kenapa?” Soal Amsya tidak puashati dengan tindakan umminya.

“Niat Shasha tu baik. Dia nak satukan Am dengan Alia. Sebab itu ummi suruh dia tidur bilik Am supaya dia ingat pada Am, lama-lama dia akan rindu dan jatuh cinta pada Am.” Jelas Puan Anis. Amsya mengeluh panjang.

Bisik hatinya “Ummi dah termakan kata-kata Shasha. Apa si Shasha cakap kat ummi sampai percaya sangat pada Shasha.Aduh!!! parah aku.”

“Tak apalah ummi nanti Am call dia.”

“Baguslah pujuk Lia baik-baik suruh dia turun makan. Kalau Am pujuk dia, baru dia rasa Am sayang dia.” Arah Puan Anis.

“Bye, ummi.” Amsya mematikan telefon bimbitnya. Amsya memicit-micit kepalanya rasa pening tiba-tiba. Dia menghubungi Alia.

Alia menerima panggilan dari Amsya. Desis hatinya. “Eh! Dia ni kan, memang nak kena pada aku ni.”

Panggilan Amsya dijawab lalu disimbah dengan kata-kata marah yang terbuku dihatinya.

“Hello, encik Amsya. Apa lagi awak nak? puashati awak sekarang, ummi benci saya. Ini yang awak nak kan. Itu sebab larang saya tidur rumah Syafikah. Awak nak saya sakit hatikan? Dah lah semalam bekas kekasih awak ugut saya suruh pujuk awak kahwin dengan dia. Dia tuduh saya rampas awak. Tapi saya tahu awak cinta orang lain sebab itu saya tidak pujuk awak. Sekarang awak puashatikan ummi kata saya ada lelaki lain awak bagitahukan?. Awak sengaja nak ummi benci sayakan? Saya benci awak encik Amsya.”

Tergaman Amsya mendengarnya habis saja percakapan Alia terus dijawabnya. “Lia! Lia cakap apa ni? Mana ada abang cakap macamtu.”

“Sudahlah encik Amsya.” Jerit Alia talian diputuskan.

“Lia…” Panggil Amsya. Terdengar talian diputuskan tut,tut,tut… Amsya meraup muka pedih hatinya dengan kata-kata Alia menuduhnya. Sebak dadanya, menelan liur. Terkeluar juga airmata jantannya. Baru tadi dia mahu ambil hati dan berbaik-baik dengan Alia tapi sekarang dah lain pula jadinya. Kalau diikutkan hati mahu saja dia balik ke Bangi malam itu juga.

Keluhnya sendirian. “Aduh!..punah. Abang sayang Lia, abang cinta Lia. Abang tak pernah burukkan Lia sayang… Kenapa jadi macam ni? Apa lagi Shasha ni.” Mahu saja Amsya menghubungi Shasha tapi pastinya Shasha ada dengan umminya.

Sekali lagi Amsya cuba hubungi Alia. Dia perlu pujuk Alia apa lagi teringat Alia belum makan. Di dailnya nombor telefon Alia. Berdering tapi tidak dijawab.

Amsya mengeluh lagi, lengannya diletakkan dikepala. Tiba-tiba telefonnya berdering cepat tangannya mencapai lalu dijawabnya tanpa melihat siapa, sangkanya Alia.

“Hello sayang, please…” Amsya terhenti apabila mendengar suara Tengku Umairah.

“Hello! Sayangggg…please apa? nak jumpa ke? jomlah Umairah ada kat bawah ni.” Balas Tengku Umairah.

Desis hati Amsya.”Lain yang ditunggu lain pula yang datang.”

“Umairah buat apa malam-malam ni? Tadikan dah jumpa. Dah pergi balik dah lewat ni.” Arah Amsya tegas.

“Abang jomlah, teman sayang makan lapar ni.” Rayu Tengku Umairah.

“Maaf Mairah, abang mengantuk ni, esok-esoklah. Bye.” Balas Amsya mematikan panggilan Tengku Umairah. Hatinya tidak tenang mengingatkan Alia.

Kata Amsya sendirian. “Aduh! Nak teman dia makan, bini aku kat rumah tak makan. Kesian Lia. Abang tak terniat pun nak sakitkan hati sayang…kenapa susah sangat memiliki hati dia?”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku