Gadis Poyo (Diakah CEO???)
bab 61
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
5371

Bacaan






Faris mengemas barangnya untuk pulang ke Besut keesokkan harinya. Nasrun datang padanya tersenyum manis. Di tegurnya Faris. “Hoi bro! jadi ke balik esok? Kata nak kerja dengan Alia, jadi ke tak?”

Faris memandang tepat muka kawannya itu. “Lia suruh aku bagi tempoh pada dia dalam sebulan dua untuk dia set-up balik syarikat bapa dia.” Balas Faris.

“Fuhh!, lama tu. Sebulan dua apa-apa boleh jadi Faris. Kan terlepas kau, Lia tak dapat, harta pun tak dapat. Sekurang-kurangnya kau mintalah duit sikit buat niaga.” Hasut Nasrun membuatkan Faris berhenti memasukkan bajunya dalam bagasi. Fikirnya ada betul kata-kata Nasrun.

Puan Anis masuk kebiliknya untuk beradu. Dilihatnya Shasha dengan ipadnya. Puan Anis melabuhkan punggungnya di bikar katil memikirkan Alia, Puan Anis merasa bersalah pada Alia kerana memarahinya tadi. Dia bangun belum sempat Puan Anis membuka pintu, Shasha memanggilnya.

“Mak Ngah nak ke mana?” Tegur Shasha.

“Nak jenguk Alia kejap.” Jawab Puan Anis.

“Tak payahlah mak ngah. Biarkan dia, nanti dia mengadu pada abang Am. Pandailah abang Am pujuk dia. Nanti dia rasa disayangi. Mak ngah nak Alia cintakan abang Am kan?” Pinta Shasha lembut menyakinkan Puan Anis yang Alia akan jatuh cinta pada Amsya. Sedangkan dia sengaja mahu membuktikan yang Puan Anis membenci Alia dengan tidak memujuk Alia Nasuha.

Langkah Puan Anis terhenti. Dia kembali ke katilnya lalu membaringkan badannya. Shasha yang ada disitu terus menghasut Puan Anis.

“Mak ngah, malam esok Shasha ada janji dengan kawan dari Penang, mungkin Sha tidur di hotel bersama dia. Jangan pula mak ngah tidur dengan Lia. Bair dia bermadu kasih dengan abang Am. Sha tahu abang Am mesti call dia. Tiap-tiap malam mereka berhubung. Mak ngah bagi masa pada Lia dulu, boleh?”

Puan Anis tersenyum manis, terangguk-angguk.

“Sha nak jumpa kawan, lelaki atau perempuan?” Soal Puan Anis mengambil berat anak saudaranya.

“Perempuan. ini dia…” Kata Shasha menunjukkan gambar rakannya yang akan datang esok bagi menyakinkan Puan Anis sebenarnya dia mahu pulang ke rumah maminya menceritakan apa yang berlaku, tidak sabar rasanya dia mahu memberitahu maminya.

Amsya termenung dalam bilik pejabatnya. Sudah beberapa kali Amsya menghubungi Alia tapi tetap tidak dijawab oleh Alia. Hatinya resah gelana memikirkan Alia Nasuha. Sambil menukat kepala Amsya berdesis. “Kenapa dia marah aku macamtu sekali. Aku mesti balik hari ini.”

Pintu bilik Amsya dibuka selepas mendengar ketukkan dari seseorang. Irfan melangkah masuk terus melulu ke meja Amsya. Dia menghulurkan satu borang cuti yang diisi Amsya semalam.

Amsya mengambilnya dilihat permohonan balik awal pada hari khamis diluluskan.

“Terima kasih, bos bagi kau?” Soal Amsya.

“Iya. Kau nak ke mana balik awal?” Balas Irfan dengan pertanyaan.

“Teman Alia balik Besut…Fan, aku nak kau tolong aku. Teman aku jumpa Tengku Umairah, aku nak terus terang aku nak putus dengan dia.” Pinta Amsya merayu pada sabahatnya itu.

“Kau nekad? Bila?” Soal Irfan.

“Nanti aku bagitahu.” Jawab Amsya. Menunduk kepala dengan tangan dibelakang tekaknya. Irfan melihat sahabatnya itu macam ada yang tidak kena, gelisah semacam.

“Ada masalah ke?” Soal Irfan. Amsya mendongak kepalanya memandang Irfan didepan dengan wajah sayu.

“Petang ni aku nak balik Bangi, nak pujuk Lia. Dia marah sangat pada aku semalam.”

“Kenapa?” Soal Irfan pantas. Amsya mengeleng kepala, dia sendiri pun sukar untuk menceritakan pada sahabatnya itu.

Denga keluhan dijawabnya.“Entahlah Fan, susah aku nak cerita. Bagilah aku selesai dulu dengan Alia. Aku sendiri pun tak tahu apa terjadi kat rumah tu. Sekarang ni Shasha ada rumah ummi. Apa yang dihasutnya ummi pun aku tak tahu. Shasha ada ugut Lia suruh pujuk aku kahwin dengan dia.”

Irfan berkerut kening mendengar cerita Amsya. “Ah! Ugut Lia?. Kesiannya Lia. Kau masih cinta Shasha ke Am? Cinta lama bertaut kembali?” Soal Irfan merenung tajam wajah Amsya didepannya.

“Aku tak cinta dia. Aku cinta isteri akulah. Itulah Alia banyak salah faham dengan aku. Aku tak salahkan dia. Aku sekarang pun tengah usaha pikat dia.” Kata Amsya menyakinkan Irfan.

“Am, aku tahu kau cinta Lia, tapi kau kena sabar Am. Kau kena bagitahu dan terus terang dengan dia, kau cinta dia. Kau nak aku tolong kau?” Tawar Irfan membantu Amsya. Amsya tersenyum sambil mengeleng kepala.

“Terima kasih Fan. Alia tidak percaya pada aku. Selagi aku ada Tengku Umairah susah aku. Lagilah si Lia tu susah nak jatuh cinta dengan aku bila dia tengok gambar Tengku Umairah cium aku. Nanti aku settled dengan Alia.” Balas Amsya berterima kasih pada sabahatnya itu.

“Hoi! kau gila ke apa? bila pula Alia tengok gambar kau bercium?. Kau pun satu, susah-susah bagi saja Lia pada aku. Kau tak usik dia lagikan?” Soal Irfan. Pantas Amsya menjawab.

“Kau nak? Ambil Tengku Umairah.”

“Kau bagi free pun aku tak nak.” Balas Irfan spontan membuatkan dua sahaja itu ketawa pecah perut.

Fikiran Alia kacau pada hari itu, kerjanya terganggu. Hanya cek yang ada di atas mejanya saja disain. Dia memandang diarinya lalu dibelek mengambil surat-surat Amsya. Dibacanya surat-surat itu. Perasaan marah pada Amsya tiba-tiba reda ada rasa bersalah kerana memarahi Amsya semalam. Desis hatinya. “Betul ke semua ni permainan Amsya?. Kesian Am, aku marah dia semalam.” Sayu hatinya, terasa rindu pada Amsya, diambil telefon bimbitnya dilihat panggilan Amsya yang tidak dijawabnya.

“Perlu ke aku balas panggilan dia? Macam mana kalau ini betul permainannya, dia marah? Dia tak suka aku? Dia berdendam kerana niatnya belum kesampaian lagi hingga sekarang?” Bicara Alia sendirian sambil memegang kepala dengan kedua-dua tangannya. Frame gambar encik Helmi dan Puan Zakiah diatas mejanya direnung lama-lama. Tanpa disedari airmatanya gugur. Desis hatinya. “Adakah kerana Lia mama dan papa pergi buat selamanya kerana menolak lamaran Faris, membuatkan Faris marah dan merancang untuk mencederakan papa dan mama? Maafkan Lia papa, mama kalau ini semua kerana Lia. Lia janji akan bela atas kematian papa dan mama.” Airmata Alia keluar mencurah-curah bagaikan hujan.

Amsya mematikan kereta Fairladynya dihalaman rumah Puan Anis. Kereta Hyundai Sonata milik Alia terpapar didepan keretanya. Tiada pula kereta Shasha. Amsya keluar terus masuk ke rumah setelah memberi salam. Salam itu disambut oleh umminya Puan Anis.

“Am, dari mana ni? Biasa balik hujung minggu?” Soal Puan Anis merenung wajah anaknya itu. Amsya tidak menjawab persoalan itu sebaliknya ditanya soalan.

“Lia dan Shasha mana?”

“Lia ada dalam bilik, balik satni terus naik ke atas. Shasha keluar jumpa kawan, katanya malam ni tak balik teman kawannya tidur di hotel.” Jawab Puan Anis. Amsya tersengih.

“Baguslah macamtu, Am naik dulu ummi.” Ujar Amsya melangkah naik ke tingkat atas.

Amsya terus masuk ke bilik apabila biliknya tidak berkunci. Alia tidak kelihatan, kedengaran suara Alia dari bilik air mungkin sedang mandi sambil menyanyi. Amsya merebahkan dirinya di sofa. Terdengar suara Alia menyanyi lagu sandiwara cinta yang dipopularkan oleh Repvblik.

Amsya tersengih mengeleng-geleng kepala.

Alasannya seringkali ku dengar

Alasannya seringkali kau ucap

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas telah berbeda

Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mau

Mungkin ini jalan yang kau inginkan

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Tombol bilik air kedengaran dibuka, Alia keluar hanya bertuala. Terkejut besar Alia melihat Amsya di sofa. Terus ditegurnya dengan suara terkejut.

“Hoi! Encik Amsya, buat apa kat sini? Bila sampai? Kenapa tak bagi salam?” Soal Alia spontan. Amsya berpaling pada Alia tersengih nakal melihat Alia dari atas ke bawah.

“Eh! Tanya buat apa kat sini? Ini bilik sayalah, dah lama sampai, kalau dah melaung melalak dalam bilik air bagi salam pun tak dengar. Sedap suara, tak sangka pula pandai menyanyi ingat pandai berlakon saja” Jawab Amsya selamba sambil menyindir. Alia ternganga sekali lagi terkejut dengan jawapan Amsya, mukanya berkerut.

“Dah bagi salam?” Soal Alia dengan suara terkejut.

“Dah.” Jawab Amsya sepatah.

“Waalaikummussalam…terima kasih. Suara Lia sedap? Bolehlah masuk AF?” Balas Alia.

“Tak payah tak ada orang nak vote.” Jawab Amsya. Alia menjuih bibir.

“Boleh awak keluar sekarang, saya nak pakai baju.” Arah Alia bersungguh.

“Pakai ajelah, bukan tak pernah tengok pun.” Selamba dijawab Amsya sambil tersengih menyindir Alia.

Tergaman Alia seketika, memikirkan sesuatu…

“Jadi malam saya demam tu awak nampak ya?” Soal Alia berjalan kearah Amsya. Amsya tidak menjawab sekadar tersenyum sinis memandang tepat anak mata Alia didepannya. Alia menarik tangan Amsya supaya keluar.

“Keluarlah.” Arah Alia lagi sedikit menjeritan.

“Pakai je lah, jangan menjerit boleh tak? kan tak pasal-pasal kena cium.” Ugut Amsya menjeling tajam pada Alia didepannya. Alia menghentak kaki lalu beredar ke almari. Cepat-cepat dia memakai baju apabila Amsya memejamkan matanya.

Usai memakai baju, Alia terus bersuara dengan marah.

“Encik Amsya, saya tak sangka awak bagitahu Shasha dan ummi, saya ada lelaki lain. Awak memang nak ummi benci sayakan dan awak sengaja halang saya tidur rumah Syafikahkan? Dan sekarang ummi sudah tak pedulikan saya. Terima kasih encik Amsya.”

Amsya membuka matanya terkejut dengan tuduhan Alia secara tiba-tiba.

“Lia!...jangan tuduh abang macamtu, abang tak pernah nak burukkan Lia.” Balas Amsya membela diri.

“Kalau bukan awak kenapa Shasha boleh tuduh saya macamtu. Walaupun saya tahu awak tak cinta saya. Tapi saya masih waras dan tahu batas perkahwinan hukum-hakam, saya tidak akan bercinta dengan siapa-siapa selagi saya masih isteri awak. Cuma saya mencari bakal suami saja yang memahami saya. Saya tidak akan jatuh cinta selagi saya isteri orang.” Balas Alia dengan tangisan.

Terkedu Amsya mendengarnya merenung tepat anak mata Alia yang dipenuhi airmata. Desis hatinya “Alia tidak seperti wanita lain. Dia seorang isteri yang baik, jujur selalu bagitahu aku siapa lelaki yang dikenalinya dan sentiasa minta izin.” Mahu saja airmatanya tumpah disitu tapi ditahannya. Alia membalas renungan Amysa yang membisu didepannya.

“Lia tolonglah percaya abang. Abang tak pernah nak rosakkan hubungan Alia dengan ummi. Percayalah Shasha tu ada agenda lain. Abang berjanji dengan Lia, abang akan pujuk ummi kalau betul ummi salah sangka dengan Lia.” Rayu Amsya dengan janjinya.

“Shasha ada minta saya pujuk awak kahwin dengan dia. Tapi saya tidak sanggup lukakan hati awak. Saya tahu awak cintakan Tengku. Saya akan pujuk ummi dan satukan awak dengan kekasih awak. Itu janji saya.” Balas Alia. Amsya mengeleng-geleng kepala beberapa kali.

“Please Lia, jangan bertindak apa-apa. Abang tengah ada masalah dengan kekasih abang. Pasal Shasha tahulah abang macam mana nak settled.” Balas Amsya merayu tidak mahu Alia menyakinkan Puan Anis tentang hubungannya dengan Tengku Umairah. Terpaksa dia berkata begitu demi merebut hati Alia Nasuha. Ini satu cara untuk membuatkan Alia percaya bila dia putus cinta dengan Tengku Umairah nanti.

Alia berdiam diri memandang Amsya, rasa bersalah pada Amsya. Terkelip-kelip mata Alia didepan Amsya. Alia mengukir senyum dan mengangguk-angguk kepala tanda memberi peluang pada Amsya menyelesaikan masalahnya.

“Awak selesai dulu masalah dengan kekasih awak. Bincang baik-baik.” Pujuk Alia walaupun hatinya sendiri rasa terguris, mengapa rasa cemburu pada Amsya menyelubungi hatinya kini. Cepat-cepat Alia ke bilik air apabila airmatanya mahu menitis. Dia tidak mahu Amsya perasan akan perasaannya.

Jerit hati Alia. “Aku tak boleh cinta dia, tak boleh cinta dia, tak boleh cinta dia. Tolonglah jangan jatuh cinta Lia!!!! Kau akan kecewa.”

Beberapa minit Alia keluar. Amsya menghela nafas lalu bersuara.

“Lia, abang izinkan Lia pergi Besut dengan syarat abang ikut Lia. Syafikah tak payah ikut. Tapak projek jauh ke? Hari Sabtu nak pergi pukul berapa?”

“Pagi Sabtu lebih kurang pukul 9.30, dekat jea lepas jambatan Tok Bali belok kiri.” Terang Alia.

“Hari khamis tunggu abang dibasement lepas solat jumaat.” Ujar Amsya bersahaja memberi kebenaran pada Alia ke Besut. Alia sekadar mengangguk.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku