Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 62
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(24 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15493

Bacaan






Usai makan malam pada malam itu Amsya dan Puan Anis terlebih dahulu ke ruang tamu. Alia mencuci dan mengemas pingan mangkuk. Amsya bersama Puan Anis menuju ke halaman rumah, mengambil angin malam.

“Ummi, kenapa halang Lia tidur dengan ummi? Ummi tahukan dia sayang ummi, kesian dia mi. Apa Shasha cakap pada ummi, sampai ummi percaya Shasha tu?.” Soal Amsya cuba memujuk umminya supaya bercerita.

“Ummi buat begitu supaya Alia jatuh cinta dengan Am. Niat Shasha tu baik nak satukan Am dengan Lia. Am sendiri bagitahu ummi Lia tak cinta Am. Inilah masanya, kalau dia tidak bersama ummi, dia akan mengadu pada Am, Am pujuklah dia. Baru dia rasa Am sayang dia.” Balas Puan Anis. Amsya mengeleng kepala faham dengan permainan Shasha.

Desis hatinya.”Pandai kau Shasha, cuba pisahkan ummi dengan Alia dan aku dengan Alia. Tapi kau silap Shasha. Takpa, kau tunggu Shasha.”

“Ummi tolong jangan percaya sangat cakap Shasha tu. Kalau ummi buat begitu nanti Lia rasa ummi tak sayang dia…Ummi tolong Am boleh?. Tanya pasal Alia dan keluarga dia. Kalau ummi tanya pasti dia bercerita.” Pinta Amsya. Ingin sangat tahu pasal kehidupan Alia sebelum ini. Puan Anis merenung anak kesayangannya itu tersenyum manis, mengangguk bersetuju.

Alia muncul dari dapur juga menghala ke halaman rumah apabila melihatnya kedua-dua orang yang disayanginya ada disitu, tapi untuk tidak menyakitkan hatinya dia berlalu melangkah ke tangga. Belum sempat memijak anak tangga pertama Puan Anis memanggilnya.

“Alia mari sini.” Laung Puan Anis mengajak Alia. Menunjuk tempat duduk disebelahnya. Alia menanrik nafas panjang. Mahu tak mahu Alia mengikut arahan. Alia melabuhkan punggungnya disebelah Puan Anis.

“Ummi rindu Lia. Lia tak rindu ummi ke?” Soal Puan Anis memujuk Alia sambil memegang tangan Alia. Alia membalas pandangan Puan Anis dengan senyuman, hatinya berbunga. Puan Anis juga tersenyum.

“Boleh ummi tanya Alia? Soal Puan Anis lembut.

“Tanya apa ummi?” Balas Alia sikit mendebarkan hatinya sambil memandang Amsya.

“Biasa, hari-hari sebelum Lia kahwin atau hari cuti Lia buat apa?” Soal Puan Anis cuba mengorek kehidupan Alia sebagaimana yang Amsya mahu tahu.

Alia tersenyum memandang Puan Anis disebelahnya lalu menjawab.

“Tak buat apalah ummi, macam ni juga. Kadang-kadang keluar dengan kawan-kawan. Kalau dulu masa arwah papa dan mama ada, setiap minggu pada hari jumaat balik kerja, Lia terus balik Puchong. Duduk kat rumah tolong mama, Mak Tim, pergi pasar, belajar masak. Boring sangat keluar shooping dengan mama, petang-petang main badminton dengan papa, berenang…Kenapa ummi?” Soal Alia kembali.

“Saja tanya. Nak tahu kisah hidup Lia sebelum ini. Ingat Lia tinggal dengan kawan-kawan Lia kat Putrajaya balik dua tiga minggu sekali.” Balas Puan Anis cuba mengorek kehidupan menantunya

Alia tersenyum manis pada Puan Anis di depannya. Dia menceritakan kisah hidupnya sebelum ini.

“Kalau Lia tinggal dengan mereka hari minggu, maknanya setiap minggulah Lia tinggal sorang, lebih baik Lia balik rumah papa. Ada mama, papa, Mak tim, Pak Majid taklah boring.”

“Jadi mereka semua balik juga setiap minggu?” Tanya Puan Anis.

“Taklah ummi, kadang-kadang je mereka balik rumah keluarga mereka. Tapi boleh dikatakan setiap minggu ketiga-tiga mereka tu keluar dengan kekasih, tunang. Dari pagi hingga malam. Lia tinggal soranglah. Mereka semua sudah ada teman lelaki.” Cerita Alia.

“Lia tak keluar dengan kekasih?” tanya Puan Anis mengorek rahsia. Amsya sekadar mendengar, memandang Alia sambil tersenyum.

“Ummiiii…Lia mana ada kekasih dari dulu hinggalah sekarang ni, tak ada kekasih. Lagipun Lia perlu teman mama setiap minggu.” Kata Alia.

“Tapi sekarang Lia sudah ada suami, kan?” Balas Puan Anis. Alia tersengih, dia perasan Amsya memandangnya. Alia sekadar mengkerling.

“Ya, sekarang Lia sudah ada suami.” Balas Alia, namun suara hatinya menyambung “memang ada suami tapi bukan kekasih. Kekasih suami aku orang lain.”

“Lia memang rapat dengan mama?.” Tanya Puan Anis.

“Ya ummi. Tapi Lia terharu sangat dengan tindakkan mama sebelum ini. Mama sanggup berhenti kerja awal kerana Lia. Sanggup hantar makanan untuk Lia setiap hari dari Puchong ke Putrajaya semata-mata nak bersama Lia. Lia pula masa tu baru dapat kerja terus tinggal di Putrajaya. Hanya dua minggu saja, Lia bersama mama setelah kembali ke tanah air…

Amsya semakin berminat untuk mengetahui kisah hidup Alia, dia memperbetulkan kedudukkannya. Alia terus menyambung ceritanya.

“Apabila Lia dapat tahu dari Mak Tim, mama berhenti kerja semata-mata mahu bersama dengan Lia. Mama rasakan dia tidak memberi kasih sayang yang cukup untuk Lia. Tapi Lia tak pernah rasa begitu, cukup kasih sayang mama bagi pada Lia. Tapi mama…” Alia memberhenti seketika bercerita mengingati kata-kata Mak timnya. Dia mula sebak sebelum meneruskan ceritanya, Amsya bertanya.

“Mama kerja apa sebenarnya?”

“Pegawai Pendidikan.” Jawab Alia lalu menyambung ceritanya.

“Lia tahu masa kecil lagi, masa Lia banyak bersama Mak Tim. Mama kerja dari pagi hingga petang, pulang kerja kena siapkan makan untuk papa, walaupun Mak Tim ada kat rumah, papa mahukan masakan dari air tangan isterinya. Setiap hari mama boleh bersama Lia hanya selepas pukul lapan malam itu pun tak lama hanya satu dua jam sahaja lepas itu Lia tidur. Sehinggalah Lia besar, masa dengan mama hanya bila belajar waktu malam. Selepas UPSR Lia dapat 5A terus sambung belajar ke MRSM, jarang Lia balik rumah itupun jika cuti panjang, kalau tak Aki datang ambil tinggal dengan dia di Besut.” Lia berhenti sekejap bercerita menarik nafas dan menahan sebak. Selepas itu dia menyambung kembali ceritanya.

“Lima tahun di MRSM akhirnya Lia dapat keputusan cemerlang 11A dalam SPM. Kemudian Lia dapat sambung belajar eman tahun, tinggal mama. Disebabkan itulah mama bagitahu Mak Tim dia rasa kehilangan kasih sayang dengan Lia. Bila dia sedar yang Lia sudah 24tahun masa tu, dah habis belajar tak lama Lia akan kahwin, lagilah masanya tidak ada bersama Lia. Mama mengambil keputusan berhenti kerja beberapa hari sebelum Lia kembali ke tanah air. Tapi sayang Lia amat terkilan…hanya bersama dengan mama dan papa dalam tempoh satu tahun lebih, lepas itu mereka tinggalkan Lia buat selamanya. Tak sempat Lia nak balas jasa mereka… Lia ada buat salah dengan mereka sehinggakan mama dan Mak Tim terasa hati dan Lia dituduh anak derhaka…” Alia berhenti sebentar bercerita, menarik nafas. Namun airmatanya keluar jua.

“Kenapa sayang?” Tanya Amsya sambil mengambil tisu didepannya untuk Alia.

“Ada satu cuti sem Lia tidak balik, Lia sertai badan kebajikkan ke Plasetin selama sebulan. Selama itu jugalah mama dan Mak Tim risau sampai demam, tidak lalu makan ingatkan Lia. Tapi Apabila papa tahu yang Lia sertai badan kebajikan ke Plasetin kerana putus cinta, papa amat kecewa marah kerana melukakan hati dua ibu Lia, sehingga papa mengambil keputusan pergi ambil Lia di university. Memang masa itu papa amat marah, berat Lia kena marah pada papa sampai papa tuduhl Lia anak derhaka.” Alia memejamkan matanya mengingati peristiwa itu.

Puan Anis berkerut dahi ada kemusykilan dalam cerita Alia. Lalu ditanyanya.

“Lia kembali ke tanah air, Lia belajar dimana sebenarnya?” Alia menarik nafas panjang kemudian menghempusnya perlahan sebelum menjawab soalan umminya dia mengambil tisu yang ada diatas meja lalu mengesat airmatanya.

“Lia minta maaf banyak-banyak. Tak terniat pun Lia nak tipu ummi sebelum ini…Habis saja SPM umur Lia 18 tahun, Lia terus sambung belajar ke oversea, di Hall, London dalam jurusan senibina. Enam tahun Lia berada di sana, habis belajar Lia kerja di sana cari pengalaman dalam 8 bulan, kemudian papa panggil Lia balik kerja di sini. Itu memang cita-cita Lia untuk jadi seorang arkitek dan sekarang Lia tengah usaha mencari pengalaman dan mengambil peperiksaan di Lembaga Arkitek Malaysia.” Cerita Alia, sekali lagi menarik nafas panjang, lega rasanya dapat menceritakan kisah hidupnya.

Terkejut dan teruja juga Amsya dan Puan Anis mendengar cerita Alia. Puan Anis memandang Amsya sambil tersenyum. Semakin hari mengenali Alia semakin istimewa orangnya, itu yang ada dalam fikiran Amsya.

“Ya Allah. Jadi Lia ni pelajar lepasan oversea jugalah. Tapi orangnya tak sombong.” Puji Puan Anis, tersenyum lebar.

“Alah ummi, bukan Lia sorang saja pelajar lepasan oversea, Shasha pun sama jugakan.” Balas Alia merendah diri.

“Sebenarnya Mak Tim dan Pak Majid tu siapa? Saudara mama?” Soal Puan Anis, dia masih tidak tahu perbuhungan mereka kerana baru dua kali berjumpa itu pun tidak sempat berbual panjang.

Alia mengimbas kembali cerita yang beritahu oleh mamanya Zakiah. Sebelum menjawab persoalan Puan Anis, Alia merenung Puan Anis didepannya tersenyum, kemudian Alia menceritakannya.

“Sebenarnya papa dan mama tidak ada apa-apa hubungan dengan Mak Tim dan Pak Majid mereka hanya kenalan itu pun secara kebetulan. Ceritanya bermula semasa papa dan mama pulang dari Besut, masa tu mama dan papa baru kahwin. Semasa pulang perjalanan ke Kuala Lumpur sampai sahaja di Temerloh kereta yang dipandu papa disekat oleh Pak Majid, pada mulanya papa tidak berhenti takut orang jahat, apa lagi masa tu pukul 6.30 petang. Tapi apabila mama tengok cermin tepi Pak Majid kembali ke bas stop yang ada disitu bersama perempuan mengandung, mama suruh papa berhenti. Papa pusing ke belakang kemudian mengundurkan keretanya, papa keluar bertanya pada mereka. Apabila mereka memberitahu mahu ke Kuala Lumpur papa membenarkan mereka tumpang. Dalam perjalanan itulah mereka berkenalan. Dan apabila Pak Majid menceritakan kisahnya dengan Mak Tim dihalau keluarga dalam keadaan Mak Tim tengah sarat mengandung tujuh bulan, papa dan mama bersimpati. Apa lagi mereka mahu ke Kuala Lumpur dengan tidak ada pekerjaan dan tempat tinggal lalu papa bawa mereka tinggal bersama sehinggalah Mak Tim melahirkan anaknya. Ketika itu Pak Majid hanya bekerja kilang, itu pun hanya beberapa bulan akhirnya kilang itu ditutup. Pak Majid tidak ada pendapatan. Semasa Mak Tim melahirkan anaknya mama yang jaga mereka, mama suka dan sayang sangat pada anak Mak Tim sehingga tidak boleh dipisahkan…” Alia berhenti bercerita buat seketika memandang Puan Anis dan Amsya yang kusyuk mendengar ceritanya.

“Selepas itu?” Tanya Amsya. Alia terus menyambung ceritanya.

“Semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh papa dan mama. Mama tidak benarkan Mak Tim pindah. Jadi Mak Tim buat kerja-kerja rumah semasa mama pergi kerja. Disebabkan Pak Majid tidak ada kerja papa menyuruhnya jadi driver papa. Semenjak hari itu Pak Majid jadi driver hingga ke hari ini. Selepas dua tahun barulah mama bersalinkan Lia, semasa nak melahirkan Lia mama ada masalah jadi mama terpaksa dibedah…Mak Tim menjaga mama silih berganti dengan papa selama dua minggu, dalam masa yang sama Lia asyik menangis tidak cukup susu hingga Lia kena kuning. Memandangkan Lia tidak mahu susu botol, papa berbincang dengan mama mereka mengambil keputusan menyuruh Mak Tim susukan Lia…Jadi Lia anak susuan Mak Tim…Dari tidak ada apa-apa hubungan sehingga menjadi darah daging, lagilah mama dan papa tidak benarkan mereka pindah dari rumah kami…Lia disusui oleh dua orang ibu silih berganti. Malam mama susukan, siang hari Mak Tim susukan.” Alia memberhentikan ceritanya, airmatanya penuh dikelopak mata.

“Jadi Lia anak susuan Mak Tim.” Ulang Puan Anis tersenyum lebar mendengar cerita Alia dan keluarganya. Alia mengangguk.

“Mama selalu pesan, jangan sesekali sakitkan hati Mak Tim. Jangan buat Mak Tim berfikir tentang Lia. Kalau ada masalah cakap saja boleh selesai kalau tak dia akan fikir dan temenung.” Kata Alia.

Amsya memandang ralik pada Alia didepannya. Terharu mendengar cerita Alia.

“Lia bagitahu, Mak Tim ada anak? Yang mana satu anak dia? Masa Lia kahwin, ummi tak kenal pun.” Tanya Puan Anis.

“Abang tak ada masa Lia kahwin. Abang masih lagi belajar.” Jawab Alia.

“Abang belajar kat mana? Siapa nama?” Soal Amsya.

“Egypt, dalam bidang pendoktoran. Tak lama lagi habislah. Nama dia Mohd Hairi bin Majid” Jawab Alia.

“Dia tahu Lia kahwin?” Tanya Puan Anis.

“Mestilah tahu ummi, abang kesayangan Lia…malam-malam kalau Lia berchating, dengan abanglah tu.” Balas Alia sambil tersenyum manis.

“Lia ada gambar dia? Boleh ummi kenal macam mana orangnya.” Pinta Puan Anis untuk mengenali Hairi.

“Dalam handset Lia tak ada gambar abang, nantilah Lia tunjuk. Tapi kalau ummi nak kenal tengok Arshraf lah, sama saja dua tu macam cermin. Cuma abang tinggi.” Terang Alia.

“Handsome juga orangnya.” Soal umminya.

“Abang memang handsome, kalah Arshraf, abang baik, mama sayang sangat abang. Sampai mama minta izin dengan Mak Tim nak susukan abang lepas dia keluar dari hospital. Mama nak dia dengan abang halal bersentuhan sampai akhir hayat. Kadang-kadang jelouse juga. Tapi abang baik itu yang mama sayang, manja dengan mama, pandai ambil hati mama. Tapi masa mama dan papa meninggal abang macam tidak boleh terima hakikat. Apabila Lia hubungi abang semasa di hospital bagitahu mama dan papa dah tak ada, abang amat terkejut terus pengsan Lia jadi panik, cemas sebab Lia nampak jelas abang pengsan, masa tu Lia pasang skype melalui computer. Kawan-kawan dia tolong angkat dan bagitahu Lia yang abang hanya pengsan. Dalam 20 minit, bila dia sedar terus bagitahu dia nak balik. Hari itu juga abang balik tapi sayang abang tak sempat jumpa arwah. Mama dan papa dah dikebumikan sebelum abang sampai. Kami tidak boleh tunggu abang.” Cerita Alia lagi dengan sebak.

“Kesiannya, sedih ummi dengar cerita Lia.” Kata Puan Anis bersimpati.

“Lebih terharu ummi…apabila abang bagitahu mama ada hubungi abang malam sebelum mama meninggal. Banyak pesanan yang mama pesan pada abang, dia suruh abang jaga adik-adik, jaga mak ayah dia. Mama bagitahu abang Hairi, dia sayang abang dan adik-adik, mama tak pernah bezakan kamu. Abang kata masa tu dia dah rasa lain dengan sikap mama, lepas saja berbual dengan mama pada hari tu, abang tak boleh tidur, tak makan, abang tak pergi kuliah pada hari itu. Dia memang tak sedap hati. Hinggalah Lia hubungi bagitahu mama dan papa sudah kembali ke rahmatullah..”

Alia terus memberhentikan ceritanya, tidak mampu lagi dia bercerita kisah sedih hidupnya. Apa lagi cerita hidupnya kini diugut Faris dan Shasha apalagi penceraian dengan Amsya nanti. Alia juga tidak menceritakan tentang pekerjaan papanya Hilmi pada Amsya dan Puan Anis. Dalam fikirannya biarlah Amsya sendiri mencari jawapan itu.

Terdiam Puan Anis dan Amsya seketika mendengar cerita Alia. Tidak mampu lagi bertanya apabila melihat Alia begitu sedih. Puan Anis memeluk Alia yang masih menangis dan tersedu-sedu.

Sebagaimana yang dijanjikan Alia menghala kereta Hyundai Sonatanya menuju ke KLCC. Alia terpaksa pergi awal bimbang jika tersangkut di pusat bandaraya Kuala Lumpur pada waktu solat jumaat nanti.

Selasai solat jumaat Amsya cepat-cepat melangkah ke tempat yang dijanjikan. Sampai di basement dia mencari kereta Alia, Alia membuka bonet keretanya apabila Amsya menghampiri kereta supaya Amsya memasukkan bag pakaiannya. Alia memasang GPS dalam keretanya, Amsya masuk ke dalam kereta terus memberi salam. Salam dijawab Alia.

“Syafikah bagi pakai kereta dia ke?” Soal Amsya.

“Tak,dia tak bagi saya minta. Takut awak tak mahu naik kereta saya kecil.” Balas Alia selamba. Amsya tersengih.

“Buat apa tu?” Soal Amsya lagi apabila melihat Alia sibuk menekan sesuatu dalam GPS yang ada dalam kereta itu.

“Cari jalan keluar ke highway Kuantanlah.” Jawab Alia selamba.

“Tak tahu jalan keluar ke?” Tanya Amsya lagi berkerut dahi. Alia berpaling pada Amsya tersengih lalu menjawab.

“Saya bukan biasa pun. Selalu Syafikah yang bawa.”

“Turun, biar abang yang bawa.” Arah Amsya sambil membuka pintu kereta. Alia juga turun mengikut arahan suaminya.

Belum sempat Alia memasuki bahagian depan penumpang dia mendengar namanya dipanggil.

“Alia!” Alia berpaling arah suara itu. Dia berdegus. Zafrul datang padanya, melihat Amsya yang baru masuk dalam kereta. Amsya keluar semula apabila melihat Zafrul menghampiri Alia.

“Lia nak ke mana ni? Siapa ni?” Soal Zafrul matanya memandang Amsya.

“Jumpa client. Nak pergi site.” Jawab Alia spontan. Zafrul menghampiri Amsya memandang Amsya dari atas ke bawah, menghulur tangan bersalam.

“Zafrul.” Zafrul memperkenalkan diri. Fikirnya dia pernah jumpa lelaki ini.

“Amsya.” Balas Amsya pendek. Tidak memperkenalkan nama penuhnya.

“Awak client Alia kan? lepas habis lawat tapak hantar Alia balik segera jangan nak ke mana-mana. Alia ni bakal isteri saya, tanggungjawab saya. Jika apa-apa berlaku pada Alia saya akan cari awak.” Kata Zafrul, Alia terkejut. Amsya tersenyum sinis sambil mata melirik pada Alia yang berkerut muka. Sambil menganggu-angguk, hati Amsya berdesis. “Bakal isteri, tapi dia isteri aku tanggangjawab aku.” Bengkak hati Amsya mendengarnya mahu saja dia tumbuk muka Zafrul disitu.

“Tak apa encik Zafrul, sepanjang Alia bersama saya dia tanggangjawab saya. Awak jangan risau saya jaga Alia bagi pihak awak.” Kata Amsya menyindir sambil tersengih.

“Jomlah awak, kita dah lewat ni.” Arah Alia tidak mahu kedua-dua jejaka itu berbalas kata.

“Lia, balik awal. Petang nanti abang call Lia. Kalau tak dapat abang cari Lia.” Pesan Zafrul, membuatkan muka Amsya kelat.

Amsya membawa kereta dengan laju memprotes kemarahan yang membakar hatinya kini. Alia berdiam diri sesekali menjeling pada Amsya yang membisu nampak jelas muka Amsya merah. Tidak berani Alia menegurnya.Tiba-tiba Amsya bersuara dengan suara menyindir.

“Bakal suami, bagus!!!…Jadi aku ni siapa?”

Alia menjawab dengan perlahan. “Susahkan encik Amsya kita kahwin macam ni? Awak bila nak kahwin? Lepas tu perkahwinan kita game over.” Balas Alia. Mata Amsya terpancar dimuka Alia. Alia menunduk kepala takut juga dia jika kena sembur kata oleh Amsya.

Mahu saja Amsya memarahi Alia, tapi dia perlu mengambil dan memikat hati Alia dengan suara yang lembut dan perlahan Amsya menjawab. “Alia Nasuha…perkahwinan ni bukan boleh satu permainan, bukan satu perjudian. Perkahwinan adalah satu tanggangjawab yang perlu dipikul dan dijaga. Ikatan pertalian yang perlu diselami dengan kasih sayang.”

Alia terdiam, dia faham tapi perkahwinan yang dibina bukan atas dasar kasih sayang. Alia menahan airmata dari tumpah.

“Saya faham encik Amsya tapi kita tak ada kasih sayang.” Balas Alia bersahaja.

“Siapa kata tak ada kasih sayang? Alia yang tak ada kasih sayang dengan abang. Bukan abang. Sepatutnya Lia buka hati Lia untuk abang, suami Lia.” Kata Amsya cuba menyakin dan memujuk hati Alia.

“Awak cakap senang,orang lelaki ni kalau tidak dapat apa yang dia nak selagi itulah dia goda perempuan. Awak boleh ucap cinta pada ramai perempuan dalam satu masa. Lepas dapat madu sepah dibuang. Awak nak saya bermadu? Tolonglah…saya tak kisah kalau awak nak kahwin dua tiga atau empat sekalipun tapi bukan dengan saya.” Tempelak Alia dengan geram. Amsya menjeling pada Alia disebelahnya dengan keluhan.

Hati Amsya bersuara. “Susah betul nak yakinkan Alia ni.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku