Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 63
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10907

Bacaan






Faris mundar-mandir dirumahnya macam cacing kepanasan. Tidak senang duduk dia mengingati kata-kata Alia dan akal fikirannya terus berkecamuk dengan kata-kata Nasrun. Gambar Amsya bercium dengan perempuan lain dalam genggamannya. Fikirnya inilah masanya dia mendedahkan keburukkan perangai Amsya pada tok wan dan akinya. Faris mencapai kunci kereta lalu ke rumah neneknya.

Amsya berpaling pada Alia disebelahnya tertidur lena. Perut Amsya sudah mula menyanyikan lagu keroncong. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Alia berdering dengan lagu bulan ditutup awan nyanyian Yuna. Alia tersedar, cepat dia mencapai telefon bimbitnya didalam beg tangannya.

Cepat lintasan dalam fikiran Amsya mungkin Zafrul yang menghubungi Alia apabila melihat jam didepannya hampir pukul enam petang.

Alia melihat skrin panggilan dari Syafikah.

“Hello Syaf.” Jawab Alia. Amsya tersengih sendirian apabila mendengar Alia menyebut nama Syafikah. Lega hatinya.

“Hello Lia, kau kat mana sekarang?” Balas Syafikah. Alia memerhati sekeliling.

“Dah sampai Chearting.”

“Lia, kenapa kau tidak sain form TT dan debit note?” Soal Syafikah selaku PA prihatin dengan kerja Alia.

“Untuk apa? kau bagi kat aku ke?” Ditanya Alia lagi pada PAnya.

“Ada atas meja kau. Itu penting tau, kita nak bayar overdraf untuk projek Tok Bali. Date line hari ini nanti kita kena bayar interest lagi.” Terang Syafikah.

“Kita kira sampai hari ini kan? Bagitahu officer bank minggu depan, nanti aku explain kalau kak zura tak boleh explain. Siapa nama officer bank tu?” Balas Alia.

“Tadi officer tu call, cakap dengan kak Zura. Dia tanya pasal OD projek Sepang, invoice ada hantar ke? Kalau tak silap…nama dia Tengku Umairah.” Jawab Syafikah.

“Tengku Umairah.” Ulang Alia. Amsya terkejut dengar nama itu berkerut kening kenapa pula tiba-tiba muncul nama Tengku Umairah. Desis Amsya dalam hatinya.

“Ya, okeylah Lia. Selamat bercuti. Enjoy dengan orang sebelah tu. Kirim salam. Bye.” Syafikah memutuskan perbualan.

“Bye.” Balas Alia.

Amsya terus bertanya tidak sabar dia mahu mengetahui apa pula kaitan dengan Tengku Umairah.

“Kenapa dengan Syafikah?. Siapa Tengku Umairah?”

“Pasal kerja. Tengku Umairah tu officer bank, syarikat tempat Lia kerja ada buat OD dengan bank dia. Nama Tengku juga, mungkin kekasih awak tak encik Amsya?” Jawab Alia selamba, cuba meneka nama kekasih Amsya. Tertelan liur Amsya mendengarnya.

Sekali lagi suara hati Amsya. “Betul pula tekaan dan sasaran si Alia ni. Macam mana kalau Tengku Umairah tahu Alia isteri aku? Ini tidak boleh jadi aku kena cepat putuskan hubungan aku dengan Tengku Umairah. Aduh!!! Pening…”

Faris keluar dari keretanya setelah sampai didepan rumah akinya, dengan muka selamba dan tersenyum manis pada tok wan dan akinya yang berada divarandah.

“Assalamualaikum, wan, aki?” Sapa Faris diberi dengan ceria.

“Waalaikummussalam.” Serentak dijawab oleh tok wan dan akinya.

“Ha, Faris kamu dari mana?” Soal Akinya.

“Dari rumah.” Balas Faris bersopan didepan orang tuanya. Sambil melabuhkan punggung di sebelah akinya.

“Tok wan, Alia ada bagitahu dia nak datang hari ni?” Tanya Faris mendapatkan kepastian.

“Ada, dalam perjalanan, malam ni sampailah tu.” Jawab Tok Wan, Faris tersenyum manis. Teringat dia akan Amsya.

“Alia datang dengan siapa?” Soal Faris lagi.

“Dengan suami dialah.” Jawab akinya pula kali ini.

“Oh! Iya ke? Ingat datang dengan kawan dia Syafikah tu. Katanya datang nak lawat tapak.” Ujar Faris.

“Betullah tu. Dah sekarang ada suami datang dengan suami dialah.” Balas Tok wannya.

Faris memikir sesuatu. Inilah masanya dia mendedahkan perangai Amsya pada tok wan dan akinya. Sudah pasti tok wan dan akinya benci dan tidak suka pada Amsya. Perlahan-lahan dia mengatur kata-kata.

“Tok wan, aki…Faris bukan nak memburukkan perangai Amsya. Tapi Faris rasa Amsya kahwin dengan Alia saja-saja je, dia permainkan Alia, dia ada wanita lain, dia bukan sayang pun Alia tu.”

“Apa kamu cakap ni Faris. Tok wan tengok Amsya tu baik orangnya, tanggungjawab, bersopan. Apa lagi yang tak kena?” Balas Tok Wannya.

“Wan, aki orang ni kita boleh tengok luaran saja, dalaman bukan senang kita nak baca hati orang. Faris ada buktilah wan, aki yang si Amsya tu ada perempuan lain. Kesian Lia. Kalau Tok wan dan aki jodohkan saya dengan Alia kan bagus. Ini tak, tolak mentah-mentah bukan saya tak boleh jaga pun Alia tu.” Faris cuba menyakinkan kedua orang tuanya.

“Betul ke Faris apa kamu cakap ni? Jangan nak fitnah orang tak baik, memporak-perandakan rumahtangga orang.” Balas Akinya cuba mempertahankan cucu kesayangannya Alia Nasuha.

Terpaksa Faris menunjukkan bukti demi menyakinkan Tok wan dan akinya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu dibuka gambar Amsya bersama Tengku Umairah.

“Aki, tengok ni.” Ujar Faris menghulur telefon bimbitnya pada Akinya.

“Astaghfirullah al-azim…” Istighfar encik Hassan melihat gambar itu lalu memberikan pada isterinya.

“Allah huakhbar!!!...Kesian Lia. Lia tahu ke Faris?” Soal Tok wannya. Luhur hati orang tua kedua-duanya, terasa pedih dan sedih dengan kelakuan cucu menantunya Amsya.

“Tahu wan, Faris ada bagitahu Lia. Faris tidak mahu Lia dipermainkan oleh lelaki itu. Entah-entah kahwin nak bolot harta Alia. Itulah wan, aki…terima saja siapa masuk pinang Alia tanpa usul periksa. Baru tiga bulan dah jadi macam ni…kalau lama lagi tak tahu apa pula yang jadi. Wan dan aki nak tengok Alia tu merana ke? Baru nak bertindak. Kalau saya, suruh saja Amsya tu cerai Alia.” Kata Faris membuatkan kedua orang tuanya berpandangan mengeluh.

Amsya memberhentikan keretanya disebuah R&R untuk berehat dan makan. Alia keluar dari perut kereta.

“Awak, Lia pergi solat dulu.” Pinta Alia.

“Okey, nanti jumpa di gerai makan.” Balas Amsya. Alia sedakar mengangguk.

Selepas selesai solat dan makan pada petang itu mereka meneruskan perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa enam jam itu, akhrinya mereka sampai dikampung halaman Alia di Besut. Lebih kurang jam 9.00 malam mereka sampai. Faris yang berada di verandah tersenyum sinis, mahu saja dia melihat reaksi Amsya dan Alia dan bagaimana penerimaan Tok wan dan akinya pada Amsya kali ini.

Alia Nasuha keluar dari kereta diikuti oleh Amsya mengambil beg pakaian masing-masing. Namun beg Alia dibawa oleh Amsya. Sampai didepan tangga Alia terlebih dahulu memberi salam dengan senyum manis, bersalam dengan dengan tok wan dan berpelukkan. Amsya menyusur dari belakang. Memberi hormat pada orang tuanya kemudian bersalam dengan Faris yang ada disitu. Berkerut kening Amsya melihat wajah sinis Faris.

“Aki dan tok wan, apa khabar? Soal Amsya. Encik Hassan membalas pandangan Amsya dengan senyum manis.

“Alhamdulilah. Sihat orang tua, macam ni ler. Kamu berdua apa khabar? Ummi kamu sihat?” Balas Encik Hassan.

“Sihat aki. Ummi kirim salam pada aki dan tok wan.” Ujar Amsya. Sampai dijawab serentak oleh orang tua mereka. Amsya melihat Alia sedang berpelukkan mesra dengan tok wannya.

“Alia, dah ada isi ke?” Soal Tok wan mengusik Alia dan Amsya. Amsya tersenyum manis. Alia menjeling pada Amsya. Alia mengeleng kepala pada Tok wan dan akinya. Faris memasang telinga tersengih menyindir.

“Pernah diusik ke?” Sindir Faris. Semua yang ada disitu terdiam. Wajah Amsya berubah dengan sindiran itu. Dia faham maksud Faris. Desis hati Amsya. “Adakah Faris tahu dia tidak pernah bersama Alia.”

“Dah. Jom masuk dulu…Lia dan Amsya pergi mandi dulu lepas tu makan. Wan ada sediakan kuih untuk kamu.” Pelawa Tok Wan nya.

Mereka semua masuk ke dalam rumah. Amsya dan Alia terus ke bilik untuk membersih badan terlebih dahulu. Usai mandi dan solat mereka berdua keluar mendapatkan orang tua mereka sekali lagi.

“Makan Am, Alia sedap cekodok tok wan kamu buat ni. Dah makan nasi ke?” Pelawa encik Hasan.

“Dah makan tadi aki.” Jawab Alia yang berada disebelah tok wannya. Alia merasa pelik dengan pandangan tok wannya pada dia, macam ada yang tidak kena.

“Faris, sila…” Pelawa Amsya pada Faris didepannya sambil menunjuk jari ke arah makan di atas meja sambil mengapai cawan.

“Makanlah aku dah makan tadi.” Kata Faris, dia bangun mencapai cawan dan mengambil beberapa biji cekodok meletakkan dalam piring lalu dibawanya pada Alia.

“Lia, makan.” Pelawa Faris memberikan secawan kopi. Alia terpaksa menyambutnya namun matanya melirik pada Amsya yang memandang tajam padanya. Mengeluh Amsya dengan kuat. Aki dan tok wan mereka berpandangan. Akinya bangun menuju ke bilik air.

“Lia, mari ikut tok wan kejap.” Arah Tok wan pada Alia. Tok wan bangun menarik tangan Alia. Berkerut kening Alia macam ada yang tidak kena. Matanya tertumpu pada Faris. Berdebar-debar hatinya, dia sudah dapat menduga sesuatu. Alia turut bangun mengekori neneknya ke bilik.

Amsya memandang Faris yang tersengih sinis dengan jelingan mata padanya. Amsya berkerut muka. Desis hati Amsya. “Apa yang tidak kena dengan mereka semua ni.”

Tiba-tiba Faris bersuara. “Amsya,.. aku nak kau ceraikan Alia.” Amsya tersentak dan terkejut dengan kata-kata Faris.

“Kau kenapa Faris? Kenapa aku perlu ceraikan Alia?” Soal Amsya berkerut kening.

“Sebab lelaki buaya macam kau tidak layak untuk Alia. Berapa Alia bayar kau untuk kahwin dengan dia?” Ugut Faris. Berkerut kening dan merah padam muka Amsya apabila dituduh sebegitu.

“Faris! Kau cakap apa ni? Aku tak pernah minta duit dengan Alia dan Alia tidak pernah bagi duit pada aku. Kau kenapa tuduh aku macam tu?” Tengking Amsya.

“Eh Amsya! Kau dengar sini. Aku nak kau ceraikan Alia. Aku tahu kau tidak cintakan dia, kau hanya akan melukakan hati dia. Atau kau nak rampas harta dia? Apa pun aku nak kau lepaskan Alia.” Ugut Faris dengan tegas. Membakar hati Amsya mendengarnya.

Tangan Alia digenggam lembut oleh tok wannya yang ada disebelahnya. Alia merenung wajah tok wan dengan seribu pertanyaan, nampak jelas ada sesuatu yang bermain dalam fikiran tok wannya. Hati Alia berdegup kencang dengan tiba-tiba. Perlahan tok wannya mengatur kata.

“Along, macam mana perkahwinan Along? Along bahagia tak?” Soal Tok wan dengan senyum tapi air mukanya nampak keruh. Alia memandang tajam wajah mulus wanita separuh abad itu didepannya. Desis hati Alia “kenapa tiba-tiba tok wan tanya aku macam ni? Apa yang berlaku sebenarnya?”

“Lia okey je wan. Kenapa? wan risau ke?” Soal Alia dengan manis. Tok wannya senyum penuh makna.

“Lia tak bahagia? Amsya ada orang lain? Dia tidak cintakan Lia kan?” Soal Tok wannya lagi membuatkan hati Alia tersentak dengan pertanyaan itu. Tiba-tiba rasa terguris dihatinya mengingati gambar Amsya bersama kekasihnya. Berubah air muka Alia. Terasa sebak dengan persoalan itu bagaimana mahu menjawabnya, bisik hati Alia. Terdiam seketika. Alia menarik nafas panjang.

“Tok wan, kenapa cakap macam ni? Tok wan ada tahu apa-apa ke?” Balas Alia dengan soalan. Semakin kuat debaran dihatinya.

“Faris, ada bagitahu tok wan dan aki yang Amsya ada orang lain dan dia tidak cintakan along. Tok wan dan aki tengok gambar Amsya dan kekasihnya.” Jelas tok wan. Remuk hati Alia ketika itu. Airmatanya gugur jua. Perlahan dikesatnya.

“Wan, abang Amsya tidak bersalah. Maafkan Lia wan, kerana tidak pandai menjaga hati dan layan suami. Lia sibuk wan. Sebab itu Amsya ada orang lain.” Kata Alia terpaksa menyalahkan dirinya dengan semua ini. Kuat tangan Alia diramas oleh tok wan. Airmata tok wannya juga mengalir dengar kata-kata Alia Nasuha.

Dengan mengangguk-angguk kepala faham dengan situasi cucu kesayangannya itu, tok wan bersuara lagi.

“Wan faham, jika Amsya ceraikan along. Wan mahu along kahwin dengan Faris.” Ujar Tok wan walaupun dengan lembut tapi cukup meremuk dan membakar hati Alia kini. Dengan rasa kecewa airmata Alia mengalir laju. Alia menekup muka dengan kedua tapak tangannya. Alia bangun dengan perlahan kemudian berjalan keluar dari bilik tok wannya dengan tangisan melalui ruang tamu di mana Amsya dan Faris ada disitu. Amsya pantas menengok Alia lalu depannya dengan menangis terus ke bilik mereka. Amsya memandang Faris dengan seribu pertanyaan dengan muka berkerut. Pandangan Amsya dibalas Faris dengan senyum sinis. Dengan perasaan yang kecewa Amsya bangun terus ke bilik.

Alia menangis sekuat hati di dalam bilik. Amsya menghampiri Alia lalu duduk disebelah Alia terus dipeluk bahu Alia.

“Kenapa Lia? Apa yang telah berlaku?” Soal Amsya lembut. Alia mengesat airmatanya, merenung wajah Amsya didepannya. Dengan suara esakkan dia menjawab.

“Tok wan dan aki sudah tahu pasal awak ada perempuan lain. Faris sudah bagitahu semuanya…Dan tok wan nak Lia kahwin dengan Faris kalau awak lepaskan saya.” Sebak hati Alia mengucap kata-kata itu, laju airmatanya keluar. Amsya menarik nafas panjang remuk juga perasaannya ketika itu.

“Ya Allah!” Ucap Amsya.

Alia terus berkata. “Maafkan saya encik Amsya. Tak patut Faris memburukkan awak pada tok wan dan aki. Tak sepatutnya saya terima lamaran awak dan kahwin dengan awak…Maafkan saya encik Amsya.” Tergaman Amsya dengan kata-kata Alia, menatap tajam wajah Alia didepannya.

“Lia tak salah.” Jawab Amsya memujuk hati Alia. Alia mengeleng kepala

“Amsya, saya nak terus terang dengan awak. Maafkan saya kerana menerima lamaran awak. Sebenarnya saya tidak perlu kahwin dengan awak untuk pujuk ummi terima kekasih awak tapi saya terima awak kerana saya lari dari Faris. Saya tidak mahu kahwin dengan Faris. Tapi saya bukan nak guna awak encik Amsya. Kalau awak nak lepaskan saya sekarang saya terima.” Cerita Alia dengan tangisan luka dan remuk hatinya. Desis hatinya “Jika ini takdir aku, aku terima.” Alia menangis sekuat hatinya. Airmatanya tidak berhenti mengalir.

Amsya merenung Alia didepannya dengan senyum manis. Desis hatinya. “Syukur Lia kau terima aku. Inilah dikatakan jodoh. Jika tidak kerana Faris mungkin kau tidak terima aku. Sekarang kau sudah jadi milik aku. Aku tidak akan lepaskan kau Lia kerana aku cinta kau.”

Amsya memegang muka Alia dengan lembut, dikesatnya airmata Alia perlahan-lahan sambil merenung wajah ayu isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Diambilnya lagi tisu diatas meja tepi katil.

“Dahlah, tak payah menangis. Nanti abang terangkan pada tok wan dan aki.” Pujuk Amsya sambil memeluk Alia. Kepala Alia bersandar didada Amsya. Esakkan tangisan perlahan-lahan kedengaran reda. Dengan perlahan Alia menolak badan Amsya dari Amsya terus memeluknya.

“Kenapa?” Tanya Amsya apabila dia melepaskan pelukkannya.

“Tak payah nak peluk saya. Saya tak perlukan simpati awak.” Kata Alia dengan perlahan walaupun hatinya mahu berada dalam pelukkan suami. Tapi dia tidak mahu Amsya menyatakan dia mengambil kesempatan.

Alia bangun terus menuju ke pintu, belum sempat memulas tombol Amsya bertanya.

“Lia nak ke mana?”

“Tandas.” Jawab Alia sepatah lalu keluar ke bilik air.

Amsya merenung nasibnya hari itu, siang tadi dengan Zafrul yang menyatakan Alia bakal isteri dia dan sekarang Faris pula. Perlahan-lahan dia mengeleng kepala.

Hati kecil Amsya bersuara dengan tegas. “Sekarang Alia sudah jadi isteri aku!, milik aku!…kau orang tidak akan dapat Alia.”

Faris yang ada diruang tamu melihat Alia ke ruang dapur lalu diekorinya dari belakang. Belum sempat Alia melangkah masuk ke bilik air, tanganya ditarik oleh Faris dengan kuat sehingga tubuhnya ke dada Faris tanpa ragu Faris terus memeluk Alia. Alia meronta dalam pelukkan Faris. Dengan mengacip gigi Alia bersuara.

“Faris lepaskan aku, jahaman!!!.. lepaskan. Kau tak aku jerit!” Tegas dan ugut Alia sambil menolak Faris, namun kekuatan Faris tidak mampu menangani tenaga wanita seperti Alia.

Tangan Faris terus menekup mulut Alia. “Kalau kau nak aku lepaskan kau? Kau kena setuju kahwin dengan aku. Faham? Aku nak kau minta Amsya ceraikan kau.” Ugut Faris lagi.

Tiba-tiba Faris terkejut apabila mendengar suara dari belakangnya. Dengan tegas Amsya menegur.

“Faris!...Lepaskan isteri aku.” Kerana terkejut Faris melepaskan Alia, dengan pantas Alia berlari mendapatkan Amsya lalu dipelukknya Amsya. Amsya membalas pelukkan Alia. Dengan wajah yang marah dan bengis Amsya sekali lagi berkata.

“Eh Faris! Kau dengar sini...ini amaran terakhir!, sekali lagi kau sentuh bini aku…pecah muka kau.” Sambil menunjuk penumbuk pada Faris. Faris tersengih sinis menyindir Amsya. Dengan gelak ketawa Faris yang dibuat-buat membuatkan Amsya dan Alia menyampah lalu beredar dari situ terus ke biliknya.

Perlahan Alia melepaskan pelukkannya dari Amsya apabila sampai dalam bilik. Amsya merenung Alia membuatkan Alia tertunduk kesal dan malu. Amsya tersenyum sambil mengeleng kepala.

“Lain kali kalau suami nak peluk jangan bantah. Kan tak pasal-pasal orang lain yang peluk.” Sindir Amsya. Alia terdiam.

“Dah pergi tandas tadi?” Soal Amsya. Alia mengeleng kepala.

“Jom, abang teman.” Ajak Amsya sambil menarik tangan Alia.

Seawal pagi Amsya sudah tidak ada dalam bilik tidur.Alia tahu mungkin Amsya di ruang tamu. Usai sahaja solat subuh Alia termenung dan tersenyum sendirian, wajahnya ceria pada pagi itu apa tidaknya semalaman dia tidur dalam pelukkan seorang suami. Namun hatinya amat terkilan Amsya kekasih orang menyebabkan Alia terpaksa menahan perasaannya tidak mahu kecewa.

Amsya menuju ke dapur apabila melihat tok wannya keluar dari bilik tidur menuju ke dapar untuk menyediakan sarapan pagi. Dia perlu berbicara dengan Tok wannya tidak mahu tok wan dan aki terasa hati dan salah faham dengan sikapnya dan melukakan hati Alia. Perlahan dipanggilnya tok wan dari belakang.

“Tok wan!” Tok wan berpaling dan tersenyum manis pada Amsya. Senyuman itu dibalas dengan senyuman juga.

“Ada apa Am?” Soal Tok wan dengan lembut.

“Wan, Am minta maaf kalau Am melukakan hati tok wan dan aki dengan sikap Am. Am tahu Faris cerita pasal Am pada tok wan dan aki kan?.” Ujar Amsya bersungguh-sungguh.

Dengan perlahan tok wan mengosok lengan Amsya sambil menjawab.

“Am, maafkan Lia kalau Lia tidak sempurna menjadi isteri Am. Tok wan tahu dia sibuk dan tidak ada masa untuk melayan Am. Sampai Am cintakan orang lain, Tok wan faham…tapi kalau Am tidak sukakan Lia lepas dia baik-baik.” Berkerut muka Amsya mendengarnya, hancur berkecai hatinya.

“Wan! Wan cakap apa ni? Am tidak akan lepaskan Lia. Am sayang dia. Kenapa wan cakap macamtu? Am minta maaf wan. Lia amat baik untuk Am, dia seorang isteri yang sempurna dan dia layan Am dengan baik. Am betul-betul cintakan Lia. Tidak pernah pun nak mainkan perasaan dan melukakan hatinya.” Rayu Amsya kali ini dengan tangisan. Tok wan merenung wajah cucu menantunya menitis airmata, kehairanan juga tok wan melihatnya. Lalu dikesat airmata Amsya.

“Kenapa Am menangis? Dah lap airmata tu, tak elok lelaki menangis. Bincang dengan Alia baik-baik kalau ada apa-apa masalah…Lia bagitahu wan, Am ada perempuan lain sebab dia tidak pandai jaga Am. Am pula bagitahu lain.” Kata Tok wan lembut.

Desis hati Amsya. “Ya Allah, kenapa Lia letakkan kesalahan ini atas dirinya. Kau korban maruah kau kerana aku Lia. Kau terlalu baik sayang.”

“Am betul-betul minta maaf dengan wan. Am tidak terniat pun nak lukakan hati siapa-siapa terutama hati isteri Am. Am cinta Lia, tok wan. Sebenarnya perempuan yang tok wan tengok tu memang bercinta dengan Am tapi Am tidak boleh terima dia dalam hidup Am. Dia sosial sikit wan…tapi setelah Am kahwin dengan Lia, hanya Lia dalam hati Am.” Jelas Amsya bersungguh-sungguh pada tok wannya.

Tok wan merenung tajam wajah cucu menantunya dengan senyum penuh makna. Faham sangat dia dengan Amsya yang mencintai cucunya.

“Dahlah, pergi panggil Alia makan. Pukul berapa nak pergi tapak projek?” Tanya Tok wan.

“Lia cakap pukul 9.00. Am tengok Lia dulu wan.” Ujar Amsya berlalu dari situ setelah tok wan mengangguk kepala.

Amsya masih ke dalam bilik, dilihatnya Alia sedang mengemas pakaian ke dalam beg. Teringat akan kebaikan Alia membela dirinya. Alia berpaling pada Amsya lalu disapanya.

“Encik Amsya, boleh tak saya satukan baju awak yang belum pakai dalam beg saya? Beg awak kita isikan baju yang telah dipakai, boleh?” Cadang Alia.

Amsya tersenyum lalu dijawabnya sambil memeluk Alia dari belakang. “Boleh, ikut sayanglah nak buat macam mana.” Tergaman Alia apabila dipeluk begitu.

“Kenapa peluk saya? Lepaslah, saya nak kemas ni.” Rayu Alia lembut. Amsya tersenyum makin erat dia memeluk Alia.

“Dr.Fadzilah Kamsah menyatakan bahawa memeluk isteri setiap pagi menambahkan kasih sayang dan panjang umur. Tak salahkan abang peluk Lia.” Balas Amsya lembut membuatkan Alia serba salah.

“Memang tak salah tapi Lia tidak selesa.” Jawab Alia bersahaja. Amsya sekadar tersenyum, sempat lagi satu ciuman singgah dipipi Alia sebelum Amsya melepaskan pelukkannya. Alia terdiam tertunduk malu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku