Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 64
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2015
Penilaian Purata:
(65 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
31908

Bacaan






Amsya memberhentikan kereta di tepi hoarding projek hotel dalam pembinaan. Alia turun terus ke bonet kereta mengambil fail, memakai topi keselamatan dan menukar kasut butnya. Amsya sekadar memerhati Alia, tiba-tiba datang supervisornya Johan.Apabila Johan melihat Syafikah tidak ada kerana kebiasaannya Alia akan datang bersama Syafikah tapi kali ini dengan lelaki yang tidak dikenalinya lalu ditegur.

“Cik Alia datang sorang ke? Cik Syafikah tak datang?” Tanya Johan. Sambil memandang pada Amsya. Amsya hanya senyum dan mengangguk pada Johan apabila mereka berpandangan.

Persoalan Johan sekali gus menutup bahawa Alia sebagai seorang bos, ini kerana kebiasaannya pekerja akan bertanya pasal majikannya.

Desis hati Amsya.”kau tak nampak ke apa, Lia datang dengan aku.”

“Cik Syafikah tak datang. Saya datang dengan engineer baru.” Jawab Alia memandang Amsya. Johan berjabat salam dengan Amsya.

“Eh, ganti encik Zafrul ke?”Soal Johan. Alia tidak menjawab persoalan Johan manakala Amsya hanya berdiam diri mengekori Alia yang sudah memulakan langkah memasuki kawasan pembinaan. Johan terkedu dengan seribu persoalan apa lagi melihat Amsya memegang lengan Alia berjalan seiringan dan Alia membiarkan Amsya memegangnya.

Terkejut juga Amsya melihat projek yang dikendalikan oleh Alia, kerisauan yang dirasakan selama ini menyelubungi perasaannya apabila melihat pekerja-pekerja buruh yang terdiri dari warga asing. Inilah yang merisaukan Amsya apabila Alia datang ke tapak projek seorang diri, perkara buruk bermain dalam fikirannya.

Alia seperti biasa menjalankan tugasnya memeriksa dan memerhati setiap kerja dan merekodkan dalam buku notanya. Setiap ruang yang diperiksaannya pasti dirujuk pada pelan. Beberapa perkara dibincang dan ditegur oleh Alia tentang struktur bangunan dan kerja-kerja yang tidak memuaskan hatinya. Amsya hanya mengekori dan memerhati setiap kerja dan gerak-geri Alia. Ini kali pertama Amsya melihat Alia bekerja dan tugas yang disandangnya bukanlah mudah, dengan kewibawaan yang ada pada Alia membanggakan Amsya. Hampir dua jam Alia disitu akhirnya Alia siap memeriksa bangunan hotel yang dibina itu.

Masuk sahaja dalam kereta Alia Nasuha lalu menghubungi sahabat karibnya Suria yang dijanjinya untuk bertemu di Kota Bharu.

“Hello, Assalamualaikum Cik Alia Nasuha. Apa khabar?” Jawab Suria yang merupakan sahabat baik Alia dari sekolah menengah hinggalah ke universiti.

“Waalaikummusalam. Aku sihat.” Jawab Alia.

“Kau kat mana sekarang? Semalam aku massage kau tak balas.” Balas Suria.

“Eh! Iya ke? Aku tak perasan, sorry. Sekarang aku nak ke Kota Bharulah jumpa kau, aku baru je lepas lawat tapak di Tok Bali. Aku nak jumpa kau kat mana?” Tanya Alia pada Suria.

“Bila kau sampai di Masjid Kubang Kerian, kau telefon aku.” Arah Suria.

“Okey.” Balas Alia.

“Kita boleh bergerak sekarang. Awak tahu tak masjid Kubang Kerian?” Tanya Alia pada Amsya.

“Nanti kita cari. Janji jumpa disana?” Balas Amsya. Alia mengangguk.

Alia terus membuka latopnya lalu membuat kerja-kerja. Setiap laporan ditulis dalam notanya dimasukkan dalam komputer. Amsya asyik memandang Alia yang tekun membuat kerja walaupun dalam kereta.

“Sayang, ini yang abang tak suka. Lia tak takut ke? Pergi site sorang-sorang, kalau apa-apa berlaku macam mana?” Luah Amsya.

“Berlaku apanya, sanakan ramai pekerja.” Jawab Alia sambil menekan butang keyboardnya.

“Ramai pekerja lelaki, dahlah bangla. Eeeehhh...lain kali abang tak bagi pergi sorang-sorang tempat macam tu.” Larang Amsya, memgambil berat tentang Alia Nasuha.

“Eh! Awak kenapa pula halang saya? Saya kerjalah. Dah memang itu kerja saya.” Balas Alia bersahaja.

“Kerja opis sudahlah, pergi site biar lelaki. Nanti abang bagitahu Syafikah.” Runggut Amsya. Alia menggeleng kepala malas rasanya nak melayan kerenah Amsya yang tidak tahu siapa dirinya.

Alia dan Amsya sampai di Masjid yang dijanjikan dengan sahabatnya Suria. Sepuluh minit menunggu Suria muncul dengan kereta BMW. Suria keluar dari kereta mendapatkan Alia Nasuha yang sudah lama tidak berjumpa. Mereka bersalam dan berpelukkan.

“Kau apa khabar Lia? Rindu sangat aku kat kau.” Kata Suria.

“Aku pun. Aku sihatlah.” Balas Alia.

“Kau datang sorang ke? Mana suami kau?” Soal Alia.

“Kerja…Lain macam je tanya suami aku.” Balas Suria dengan matanya melirik pada Alia. Dan dia terpandang Amsya yang baru keluar dari kereta.

“Kau ni kan, tak boleh aku tanya sikit, mulalah nak cemburu.” Jawab Alia.

“Iyalah, sebab aku tahu suami aku syok dekat kau.” Sindir Suria.

“Suuuuu itu certia lama.Lagi pun aku tak sempat pun nak bercinta dengan suami kau.” Balas Alia dengan nada merajuk. Mereka ketawa bersama mengimbas kenangan lalu.

“Lia, siapa tu? Handsomenya. Kekasih kau ke?”Soal Suria sambil memandang Amsya yang berjalan menuju ke arah mereka.

“Taklah, kawan je…aku kenalkan, ini Amsya.” Kata Alia pada Suria.

“Encik Amsya, ini Suria. Sahabat baik saya.” Alia memperkenalkan Suria pada Amsya. Amsya dan Suria berpandangan serta berbalas senyuman.

“Kamu berdua balik KL hari ni atau esok?” Tanya Suria. Alia melirik pada Amsya, Amsya tersenyum lalu menjawab selamba.

“Balik esok.”

“Okey sekarang kau nak check in bilik atau nak pergi makan dulu?” Tanya Suria lagi, berbalas pandang pada mereka berdua.

“Dekat sini ada hotel ke? Aku nak kau bawa aku pergi makan nasi ulam yang kita makan dulu. Boleh?” Balas Alia dengan manja. Suria tersenyum dengan lagak manja Alia Nasuha yang tidak pernah berubah sejak mengenalinya.

“Depan tu ada hotelRenaissance, sebelahnya ada shooping complex. Bolehlah kau nak shooping. Kita pergi check in hotel dulu kemudian kita pergi makan.” Bagitahu Suria pada Alia dan Amsya. Mereka berpandangan dan mengangguk. Suria menjeling pelik pada mereka berdua.

“Eh! Kau orang jangan nak tidur satu bilik pula, nanti kena tangkap basah.” Tempelak Suria dengan sindiran.

“kau ni, aku tahulah.” Jawab Alia. Dia tidak memberitahu sahabat baiknya itu bahawa dia sudahpun berkahwin. Terpaksa Alia merahsiakan dulu perkahwinan yang dia sendiri pun belum jelas kedudukkannya.

Shasha menuruni tangga rumah ibu saudaranya Puan Anis, dia merasa hairan kenapa Amsya tidak pulang dari semalam, kebiasaannya hari minggu begini Amsya pulang. Cadangnya bolehlah dia bersama Amsya apabila Alia tidak ada. Dia menuju ke ruang tamu dimana Puan Anis ada di situ menonton television.

“Mak ngah, abang Am tak balik ke?” Soal Shasha selepas sahaja melabuhkan punggungnya disofa empuk. Puan Anis berpaling melihat Shasha.

“Abang Am ikut Alia ke Besut.” Jawab Puan Anis bersahaja. Shasha terkejut dengan matanya dibulatkan kemudian berkerut muka.

“Ke Besut?betul ke mak ngah? Bukankah Alia pergi dengan kawan dia?” Soal Shasha mukanya masih dikerutkan kurang yakin dengan penjelasan Puan Anis.

“Iyaaa…kenapa?” Balas Puan Anis cuba menyakinkan Shasha.

“Mereka bermalam di mana? Di hotel ke?” Soal Shasha lagi sengaja mengorek rahsia dari mak ngahnya. Dia tidak yakin yang Amsya mengikut Alia ke Besut, dalam fikirannya mungkin Amsya bersama kekasihnya yang diberitahu oleh Alia.

“Mereka bermalam di rumah nenek Alia di Besut.” Jawab Puan Anis. Shasha masih memikirkan sesuatu.

Amsya memarkirkan keretanya disebelah kereta Suria, mereka berjalan seiringan menuju ke gerai makan nasi ulam terkenal di Kota Bharu. Selesai mengambil beberapa hidangan untuk santapan mereka pada tengah hari itu. Alia tersenyum puas dapat datang lagi ke gerai nasi ulam Cikgu yang terletak ditengah Bandar Kota Bharu.

“Eh! apa tengok lagi, makanlah.” Pelawa Suria.

“Wow! Best ni. Lama aku tak datang sini.” Balas Alia.

“Makan puas-puas. Am silalah.” Pelawa Suria sekali lagi.

Mereka sama-sama menikmati hidangan yang dipilih. Gelojoh juga Alia menikmati makanan itu sehinggakan tak sabar rasanya dia mahu habiskan nasi yang ada dalam pinggannya.

“Lia, kau kenapa. makan tu perlahanlah sikit. Gelojoh betul, tak ubah-ubah perangai tu.” Tegur Suria.

“Bestlah sambal ni, aku sudah lama tau mengidam nak makan kat sini.” Jawab Alia spontan. Amsya disebelahnya berpaling tersenyum memandang gelagak Alia makan.

“Sayang, makan elok sikit, apasal gelojoh sangat ni? Mari sini.” Amsya mengambil tisu disebelahnya lalu mengelap nasi yang berada di atas bibir Alia.

“Comot ke?” Soal Alia manja sambil memandang Amsya. Suria memerhati gelagat mereka berdua dengan tajam berkerut muka. Hairan sungguh Suria apabila melihat Alia mesra dengan lelaki. Setahu dia Alia bukan perempuan yang mudah disentuh lelaki kecuali lelaki itu suaminya. Alia terperasan dengan jelingan mata Suria padanya, dia tertunduk buat tidak tahu meneruskan suapan nasi ke mulutnya. Suria dengan pantas bersuara.

“Lia, Amsya suami kau?” Alia membisu seketika menguyah makan dalam mulutnya. Amsya menjeling ke arah Alia kemudian pada Suria. Mata Suria dan Amsya bertentangan namun Amsya mendiamkan diri.

Dengan suara yang sedikit tengking sekali lagi Suria bertanya. “Lia! aku tanya kau ni, Amsya suami kaukan? Kau sudah kahwin Lia?”

“Mana kau tahu?” Balas Alia.

“Lia. Aku kenal kau lebih sepuluh tahun. Aku rasa aku lebih kenal kau dari parent kau. Kau kenapa Lia? Kahwin tak bagitahu aku? Sampai hati kau Lia. Kau kena tangkap basah ke? Family kau tahu kau kahwin?” Soal Suria bertubi-tubi membuatkan perasaan Alia bertukar hiba, Alia menekup mulutnya dengan tapak tangan kiri mahu saja airmatanya menitis disitu namun ditahannya. Alia mengangguk-angguk dan menggeleng-geleng kepala kemudian dia mengangkat mukanya memandang sayu pada Suria. Namun airmatanya tidak dapat ditahan dari gugur.

“Maafkan aku Su.” Ayat yang keluar dari mulut Alia dengan sayu.

“Mama dan papa tahu? Mereka apa khabar?” Soal Suria lagi membuatkan airmata Alia deras mengalir keluar sehinggakan Amsya terpaksa mengambil tisu dan mengelapnya.

“Mama dan papa sudah tak ada Su.”

“Ya Allah, kau cakap apa ni Lia, apa maksud kau?”

“Papa dan mama sudah meninggal Su.”

Dengan nada marah dan kesal Suria menjawab. “Ya Allah Liaaaa…kau kenapa Lia tak bagitahu aku semua ni. Bila Lia?” Terkeluar juga airmata Suria mengingat papa dan mama Alia yang sudah lama dikenalinya.

“Maafkan aku Su. Sudah enam bulan…Aku ada hubungi kau, tapi Yasri yang jawab. Masa tu kau tengah bertaruh nyawa melahirkan anak kau. Aku tak sampai hati nak bagitahu Yasri.” Jelas Alia.

“Tapi Lia enam bulan sudah berlalu. Kau terus membisu.” Desak Suria tidak puashati dengan penjelasan Alia. Alia memejamkan mata seketika kesal dengan apa yang berlaku.

“Suria, please jangan desak Alia.” Bela Amsya. Suria memandang tajam pada Amsya. Amsya menggelengkan kepala.

“Am, izinkan Lia berduaan dengan Suria.” Pinta Alia. Amsya mengeluh kuat sambil mengangguk kepala beberapa kali.

“Boleh, tapi bukan di sini. Kita makan dulu, tak pasal-pasal selera hilang. Lepas makan kita balik hotel, Lia dan Suria boleh berbincang kat sana. Dah lap airmata tu, ramai orang tengok ni.” Pujuk Amsya pada mereka berdua.

Selesai makan mereka terus bergerak ke hotelRenaissance. Sampai sahaja di hotel Amsya memberi ruang pada Alia dan Suria berbincang dalam bilik mereka. Amsya menunggu di ruang lobi hotel. Alia menceritakan semuanya apa yang telah berlaku dalam hidupnya enam bulan yang lalu.

Shasha tidak puashati dengan penjelasan Puan Anis. Dia mundar-mandir dalam bilik tetamu, dia perlukan pengesahan betulkan Amsya bersama Alia atau kekasihnya. Dia menghubungi Amsya.

Telefon bimbit Amsya berdering dilihatnya panggilan dari Shasha. Desis hatinya “apa pula Shasha ni? Ummi sakit ke?”

“Hello.”

“Hello, abang Am ada di mana?” Soal Shasha.

“Aku kat hotel lah. Kenapa ummi sakit ke?”

“Taklah. Hotel? Dengan siapa? Alia ke?” Soal Shasha berkerut kening. Tadi Puan Anis memberitahu bahawa mereka tinggal di rumah nenek Alia.

“Dengan kekasih hati aku lah. Kau kenapa? Kau jaga ummi aku baik-baik, Alia tak ada.” Balas Amsya kemudian terus memutuskan talian, malas untuk melayan Shasha.

Berdengus Shasha mendengar taliannya diputuskan begitu sahaja. Dengan perasaan marah dan tidak puashati Shasha mengomel sendirian.

“Heee…si Amsya ni, jaga kau. Tahulah aku apa nak buat. Rupanya kau ambil kesempatan keluar dengan betina lain apabila Alia tidak ada. Si Alia ni pun satu hal berpakat dengan Amsya tipu mak ngah. Jaga kau Lia…kau bagi peluang Amsya keluar dan tidur di hotel pula dengan kekasih dia. Aku suruh kau pujuk Amsya kahwin dengan aku.”

Kedengaran titisan hujan pada petang itu semakin reda namun tangisan Alia semakin kuat apabila menceritakan pada Suria apa yang sudah terjadi pada dirinya sehingga dia berkahwin dengan Amsya. Suria tidak dapat menahan kesedihan yang menimpa sahabat baiknya itu.

Dengan suara tangisan Suria berkata “Ya Allah Lia, kau tanggung semua ni seorang diri? Perkahwinan kau, kematian ibubapa kau, ancaman Faris, kerja kau.” Alia menggangguk beberapa kali sambil dipeluk oleh Suria.

“Kau kahwin bukan atas dasar cinta, tapi lari dari Faris. Amsya tahu?” Soal Suria.

Sambil mengangguk kepala Alia menjawab. “Iya…semalam aku bagitahu dia.”

“Apa reaksi Amsya?” Alia mengeluhsambil menjawab “Dia tidak kata apa pun.” Suria hanya membisu dan mengimbas kembali layanan Amsya pada Alia. Dari rauk wajah Amsya, dia tahu Amsya mencintai Alia.

“Kau cinta dia?” Soal Suria menguji hati Alia.

“Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku tidak boleh cinta dia.” Jawab Alia perlahan.

“Dia suami kau, kau boleh cinta dia Lia.” Pujuk Suria.

“Hati dia untuk orang lain. Dia mencintai seseorang. Aku tidak boleh merebutnya dari orang lain.”

“Kau masih tidak berubah Lia.”

Sudah hampir dua jam Amsya menunggu di lobi hotel. Hujan yang reda semakin lebat, waktu maghrib sudah hampir. Amsya memandang dua gadis menuju ke arahnya. Senyuman berbalas antara mereka, Amsya bangun sebaik sahaja Alia dan Suria menghampirinya. Amsya tengok wajah Alia ceria dengan senyuman manis mengukir dibibir gadis yang dicintainya itu.

“Macam mana, lega?” soal Amsya. Suria dan Alia berpandangan kemudian serentak mengangguk pada Amsya.

“Esok pukul berapa kamu bertolak?” Soal Suria. Alia memandang Amsya didepannya isyarat bertanya jawapan.

“Dalam pukul 10 atau 11pagi.” Jawab Amsya tidak memberi jawapan yang tepat.

“Ok Lia, Amsya kita jumpa lagi…jaga Alia baik-baik” Pesan Suria pada Amsya sambil memandang melihat reaksi Amsya.

“Insyaallah, saya akan jaga Alia bagaikan nyawa saya sendiri.” Balas Amsya spontan sambil tersengih. Mereka sama-sama berjalan mengiringi Suria ke parkir kereta di basemenet.

“Lebatnya hujan.” Kata Alia apabila mendengar guruh.

Suria tergelak nakal memberi isyarat pada Alia sambil matanya melirik pada Alia. Dia tahu yang Alia memang takut pada guruh dan kilat. Suria mendekatkan mukanya ditelinga Alia lalu membisikan sesuatu. “Jangan risau abang Am ada.” Kata Suria dengan gurauan. Cepat cubitan Alia singgah di lengan Suria.

“Sakitlah Lia.” Mengadu Suria.

“Kenapa Su?” Soal Amsya dengan tiba-tiba apabila mendengar rungutan Suria.

“Ni hah! Kekasih hati awak ni cubit saya. Dia ni takut…” Belum sempat Suria meneruskan kata-kata Alia dengan pantas menekup mulut Suria.

“Dah pergilah balik, kirim salam pada suami dan mak kau dan anak kau sekali.” Arah Alia. Suria tergelak nakal.

“Iyalah aku nak balik ni. Jumpa lagi. Amsya, kuat guruh tu hati-hati sikit.” Usik Suria membuatkan Amsya berkerut muka kurang faham pada yang dimaksudkan oleh Suria. Amsya melihat Alia sekali lagi mencubit sahabatnya itu. Suria tergelak dengan kuat sambil membuka pintu keretanya.

Puan Anis menuruni tangga lalu di tengoknya Shasha di ruang tamu dengan bermasam muka.

“Shasha.” Tegur Puan Anis. Shasha sedikit terkejut berpaling pada Mak ngahnya.

“Kenapa ni? Ada masalah ke?” Soal Puan Anis. Shasha bermanis muka.

“Tak adalah mak ngah…mmmm Alia balik bila ya mak ngah?” Balas Shasha.

“Esok baliklah. Sha nak pulang ke rumah ke?”

“Tak…Mak ngah betul ke abang Am ikut Alia ke Besut?” Soal Shasha masih was-was.

“Ya, kenapa? Balas Puan Anis.

“Bukan apa mak ngah. Tadi Sha ada hubungi abang Am. Tanya dia kat mana, katanya kat hotel dengan kekasih dia. Mak ngah cakap mereka bermalam di rumah nenek Alia.” Mengadu Shasha. Puan Anis berdiam sejenak. Terfikir dia dengan kata-kata Shasha. Desis hatinya “Entah-entah keluar dengan Tengku Umairah.”

Amsya dan Alia kembali ke bilik hotelnya. Memandangkan bilik mereka berada di tingkat lapan, kedengaran guruh semakin jelas dan kuat dengan kilat sambung menyambung. Alia Nasuha sudah mula merasa takut mendengar guruh yang kuat dan cahaya kilat memancar ke dalam biliknya. Dilihatnya Amsya mengambil kain tuala dan membuka pakaiannya untuk mandi dan bersolat.

“Encik Amsya, awak nak mandi ke?” Soal Alia terketar-ketar apabila Amsya menuju ke bilik air.

“Ya. Awak tak mandi ke?” Balas Amsya pula.

“Saya dah mandi tadi, saya ambik wuduk dulu.” Pinta Alia sambil menuju ke bilik air, hati Alia berdegup kencang mendengar guruh di langit. Dia cuba menahan ketakutannya, usai mengambil wuduk Alia keluar lalu menegur Amsya.

“Encik Amysa, awak mandi lama ke?” sambil menghampar sejadah.

“Kenapa? Lia nak mandi dengan abang ke?” Usik Amsya, dengan pantas Alia menjawab.

“Bukanlah. Boleh tak awak jangan kunci pintu.” Pinta Alia membuatkan Amsya tergelak nakal, memandang Alia yang sedang memakai telekung sembahyang.

“Ni kenapa pelik sangat. Lia nak intai abang mandi ke?” Alia membalas pandangan Amsya dengan manja.

Dengan nada perlahan Alia memberitahu. “Saya takutlah, boleh tak awak teman saya solat dulu. Jangan pergi mana-mana.” Pinta Alia. Kasian pula Amsya mendengarnya apa lagi melihat muka Alia pucat nampak jelas ketakutan diwajahnya.

“Lia sembahyang abang tunggu.” Arah Amsya. Alia terus mengangkat takbir.

Lima minit kemudian Alia siap bersolat, Amsya terus bangun menuju ke bilik air apabila melihat Alia sudah siap solat. Alia memerhati Amsya memasuki bilik air terdengar tombol dikunci. Hujan semakin lebat, kilat sambar-menyambar sesekali kedengaran guruh memecahkan telinga. Ketakutan Alia semakin kuat apalagi lama rasanya dia menunggu Amsya siap mandi. Kali ini kedengaran guruh yang kuat membuatkan hati Alia berdegup kencang dengan pantas dia menghala ke pintu tandas lalu mengetuknya dengan kuat beberapa kali apabila pintu terkunci.

“Encik Amsya, encik Amsya, tolong buka pintu ni…cepatlah.” Laung Alia. Amsya mendengar pintu diketuk kuat dan suara Alia memanggilnya. Pantas dia mencapai tuala dengan sabun masih dibadan.

“Apa kena pula si Lia ni.” Gomel Amsya sambil membuka pintu, dengan pantas Alia menolak pintu dan melulu masuk ke bilik air.

“Kenapa ni? Nak mandi sama ke?” Usik Amsya lagi.

“Awak mandi lama sangatlah saya taknak duduk kat luar tu sorang-sorang, saya takut” Kata Alia melihat badan Amsya masih ada sabun. Amsya ketawa terbahak-bahak.

“Awak pergilah mandi,saya tak tengok.” Arah Alia sambil berpaling mengadap ke pintu dan menekup mukanya.

“Kalau Lia nak tengok…tak salah pun. Boleh je.” Usik Amsya lagi ditelinga Alia sambil tergelak.

“Ada jugak orang macam ni. Aduh!…” Sambil tergelak Amsya terus membersihkan badannya.

Alia termenung diatas katil menunggu Amsya siap solat isyak. Tersengeh sendirian, merah juga mukanya apabila mengingati kelakuannya tadi, kerana terlalu takut dia terpaksa menahan malu.

Usai bersolat Amsya memandang Alia yang termenung di atas katil lalu ditegurnya sambil berjalan dan merebahkan dirinya ke atas katil.

“Termenung jauh nampak, kenapa?”

Alia menjeling pada Amsya disebelahnya menjawab. “Saya minta maaf tadi, ganggu awak mandi. Kenapa hujan tak berhenti lagi ni.”

Amsya tergelak tanpa suara. “Dah musim dia…Lia memang takut hujan?” tanya Amsya lembut.

“Bukan hujan tapi kilat, guruh, petir itu yang Lia takut.” Jawab Alia.

“Saya tidur dulu encik Amsya.” Pinta Alia, membaringkan dirinya.

“Lia, tolong jangan panggil encik, tak baik panggil begitu pada suami. Lia panggil abang ya.” Nasihat dan pinta Amsya, sudah banyak kali dia melarang dan menegur Alia dari memanggilnya encik.

Alia Nasuha terdiam, sekadar menjeling pada Amsya, tidak tahu dia apa yang harus diperkatakan. Bukan dia tidak mahu panggil abang tapi segan dan malu. Dia sendiri pun tidak tahu dengan perasaannya kini.

Puan Anis tidak sedap hati dengan kata-kata Shasha petang tadi, Terlintas juga dalam fikiran Puan Anis betul ke yang Amsya mengikut Alia ke Besut atau itu hanya alasan untuk keluar bersama Tengku Umairah. Puan Anis naik ke tingkat atas untuk menghubungi Amsya.

“Alia tak sejuk ke?” Usik nakal Amsya sambil tangannya menyentuh bahu Alia disebelahnya. Alia mengerakkan bahunya.

“Ehhhh…awak ni apa? kalau sejuk saya selimutlah.”

“Tak nak abang peluk ke?” Pujuk Amsya mengoda Alia. Cepat Alia menggelengkan kepalanya.

Amsya tersengeh, sekali lagi ada sesuatu dalam fikirannya. Dia cuba mengenakan Alia.

“Kalau tak mahu abang peluk, abang nak keluarlah.”

“Ah!...a a awak nak keluar? Nak pergi mana?” Soal Alia tergagak-gagak.

“Turun bawah, boring dalam bilik ni nak pasang tv tak boleh, nak tidur tak boleh, kalau ada orang peluk boleh juga tidur.” Kata Amsya cuba mengoda Alia. Bibir bawah digigitnya menunggu reaksi Alia.

Alia bermasam muka, desis hatinya. “Mengada-ngadalah Amsya ni…eeee…kalau tak bagi dia peluk nanti dia betul-betul keluar matilah aku sorang-sorang kat dalam bilik ni.”

“Okey, peluk saja tahu.” Kata Alia terpaksa bersetuju. Amsya tersengeh menang. Baru saja Amsya meletakkan tangan dipinggang Alia tiba-tiba telefonnya berdering. “Aduhhhh!...siapa pula kacau ni.” Gertak hati Amsya. Amsya mengambil telefon bimbit disebelahnya dilihat panggilan dari Tengku Umairah. Lama juga telefon itu berdering. Terdetik hati Alia “ini mesti kekasih dia call.heeee…”

Alia berpaling lalu bersuara. “Kekasih awak, kenapa tak jawab?” Amsya mengangguk kepala.

“Jawablah saya tidak kacau.” Arah Alia. Dia terus berpusing membelakangi Amsya.

Amsya menjawab panggilan dari Tengku Umairah.

“Hello.”

“Hello sayang, abang kat mana ni?” Tanya Tengku Umairah dengan manja.

“Ada di Kota Bharu.” Jawab Amsya perlahan sambil mata melirik pada Alia disebelahnya sedikit gelisah. Alia disebelahnya berdesis “Eeee dasar lelaki…kenapa pula aku rasa cemburu,gilanya…”

“Abang balik bila? Tanya Tengku Umairah. Amsya terdengar suasana bising.

“Balik esok, awak kat mana ni?”

“Club.” Jawab Tengku Umairah sepatah.

“Club? sayang balik sekarang.” Arah Amsya spontan kerana sudah biasa memanggil Tengku Umairah sayang terkeluar juga. Sambil mata melirik pada Alia.

Bisik hati Alia. “Sayang!...Ya Allah kenapa hati aku sakit bila dia panggil macamtu pada kekasih dia. Kau jangan perasanlah Lia, Amsya tak cinta kau pun. Jangan jadi bodoh.”

Desis hati Amsya. “Aduh! Susah ni macam mana kalau Alia diam-diam ada hati dengan aku, mesti dia sakit hati. Kesian isteri aku.

“Abang tengah sibuk sekarang ni nanti abang call balik.” Kata Amsya mengakhiri perbualan dengan Tengku Umairah.

Desis hati Alia sekali lagi.”Sibuk konon, itu alasan lelaki bila ada dengan perempuan lain.”

“Lia, dah tidur ke?” Tanya Amsya sambil memegang bahu Alia, ternyata Alia mengalihkan bahunya.

“Jangan kacaulah orang nak tidur.” Balas Alia dengan nada sedikit marah.

Sekali lagi telefon Amsya berbunyi, Alia sedikit mengeluh. Amsya melihat telefon bimbitnya pangilan dari ibunya Puan Anis. Kali ini dia cuba menguji Alia.

“Hello sayang, rindu ke…”Jawab Amsya sengaja berkata begitu pada umminya. Amsya Tersengeh sendirian.

“Hello. Sayang-sayang, rindu-rindu apa pula ni. Am kat mana? mana Alia?” Soal Puan Anis.

“Ada di Kota Bharu, dengan orang tersayanglah dalam hotel ni.” Jawab Amsya sengaja tidak menyebut nama umminya.

“Am, cakap betul-betul sayang mana pula ni, mana Lia ummi nak bercakap dengan dia.” Marah Puan Anis.

“Ada, kejap.” Jawab Amsya. Dia memberikan telefon bimbitnya pada Alia.

“Sayang, ada orang nak cakap ni.” Alia berpaling mukanya berkerut menggeleng kepala. Dia tidak tahu siapa yang menghubungi Amsya kali kedua. Puan Anis mendengar percakapan Amsya yang tidak menyebut namanya.

“Hello sayang, dia tak mahu cakap.” Kata Amsya pada umminya. Puan Anis sudah mula bengang dengan sikap Amsya entah apa yang tidak kena, betul ke Alia ada bersama dia. Tidak mungkin Alia tidak mahu bercakap dengan dia. Tadi dia cuba hubungi telefon bimbit Alia tapi hanya pesanan suara yang didengarnya.

“Am…bagitahu Alia ummi nak bercakap. Kalau Am tidak sebut nama ummi mana dia nak tahu. Am jangan nak main-mainkan ummi tau. Cepat.” Arah Puan Anis. Amsya tergelak.

“Sayang, ummi nak bercakap ni.” Bagitahu Amsya sambil menghala telefon bimbitnya pada Alia sekali lagi. Alia memandang Amsya dengan masam lalu mengambil telefon dari tangan Amsya melihat skrin. Dengan geram dan memandang tajam pada Amsya, memprotes cara Amsya.

“Heeee…”

“Hello ummi.”Jawab Alia.

“Hello Lia, kenapa susah sangat nak telefon ni, dua tiga kali ummi call Lia tak terjawab. Lia kat mana ni?”

“Sorry ummi, telefon Lia tengah caj lupa nak buka. Sekarang ada di hotel Kota Bharu, tadi Lia jumpa kawan lama. Esok Lia balik. Ummi tunggu Lia tau.” Pujuk Alia menenangkan hati ibu mertua kesayangannya.

“Okeylah kalau macamtu, jaga diri baik-baik. Bagitahu abang Am bawa kereta hati-hati jangan laju sangat.” Pesan Puan Anis.

“Baik ummi, Assalamualaikum.” Alia mengakhiri perbualan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku