Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
Bab 5 - Aku benci dia
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015
Dapatkan Novel Hai Handsome! akan datang di kedai-kedai buku berhampiran Julai 2017 ini. Sekarang ini sudah boleh Pre-order dengan saya sendiri :) pm FB atau Instagram sy ya. Thanks you so so much utk semua yang sentiasa menyokong karya saya. Alhamdulillah. Satu lagi jangan lupa utk follow novel ke-2 saya di portal ilham berjudul My Love, Encik Sombong. Ikuti sy di FB : Idya Mohd Nor dan instagram : idyamohdnor
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10883

Bacaan






Kami berempat makan bersama malam itu. Langkah pertama rancangan malam ini berjaya seperti yang Firqin mahukan iaitu buat-buat kami terserempak dengan Amera dan tunangnya. Amera memilih untuk duduk di sebuah meja yang terletak di luar restoran yang berhampiran dengan pantai.

Aku lebih banyak diam dan hanya fokus menikmati stik daging di dalam pingganku. Aku terus tunduk memencilkan diri. Kejadian tadi masih lagi bermain-main di dalam benakku. Aku bagaikan tidak percaya Firqin kata ‘ I love you’ kepadaku. Malahan sejujurnya pandangan matanya tadi yang menggusarkan hatiku sebenarnya. Tak pernah aku rasa kekok dan tidak selesa seperti ini.

Aku hanya menjadi pendengar perbualan rancak di antara Firqin dan Danial yang sesekali diselangi suara Amera. Topik perbualan mereka pula banyak berkisar tentang kerjaya dan kehidupan masing-masing. Yang langsung tiada kaitan denganku. Aku tak berminat untuk tahu pun.

“Ariana, why are you so quiet?” Soal Danial kepadaku.

Aku mengangkat wajah. Lalu tersenyum. “Nothing. Sebab I tak ada sebab nak cakap apa-apa. Sorry....you all boleh teruskan perbualan tadi.”

Aku terkesan Firqin memandangku tajam. Pasti dia mula bengang kerana aku tidak jalankan peranan aku sebagai ‘bakal isterinya’ malam ini.

“Oh yea... sedap bukan stik tu. Favorite I juga.” Danial mula mengajakku berbual.

Aku mengangguk. “Sedap.” Balasku ringkas. Aku kembali fokus menguis-nguis daging di dalam pinggan.

Tiba-tiba aku terasa kakiku ditendang. Aduh! Sakitnya. Kenapa dengan lelaki ni? Main tendang-tendang pula. Aku menjeling Firqin geram. Dia memberi isyarat mata kepadaku agar meneruskan rencana kami. Aku mengetap bibir menahan sakit, menahan geram.

Aku kembali menyuap makanan ke dalam mulut. Sekali lagi kakiku ditendang. Ini sudah lebih! Sepantas kilat aku memijak kaki kanannya dengan tumit kasutku. Sekuat hati.

“Auch!” Lelaki itu terjerit. Spontan dia terbangun dari kerusinya. Pergerakannya itu membuatkan gelas berisi air di atas meja tertumpah ke atas baju Amera.

Lelaki itu mengusap-usap kakinya. Merah padam wajahnya tahan sakit. Tahu sakitkan! Macam tu lah aku rasa. Ketika dia tersedar telah menyebabkan baju Amera terkena air, dia segera meminta maaf. Aku hanya buat selamba. Tidak mempamerkan wajah bersalah langsung.

“I am so sorry Amera. I tak sengaja. Tadi ada tikus bawah kaki I.” Katanya sambil matanya mengerling ke arahku.

“What? Tikus? Mana?” Amera mula panik.

“No...tak ada. I bergurau aje.” Firqin menenangkan Amera.

Amera bangun untuk membersihkan kesan air di bajunya. Firqin segera menarikkan kerusi buat Amera.

“I teman you.” Ujarnya tanpa sedikit pun meminta kebenaran dari Danial, tunang Amera.

Danial pula aku lihat nampak biasa saja. Tiada riak cemburu atau minat untuk ambil berat pada tunangnya. Sepatutnya dialah yang harus temankan Amera ke washroom.

Aku semakin kekok duduk berdua dengan Danial. Aku tak tahu nak bualkan tentang apa berdua dengan lelaki itu. Lalu aku hanya diam sambil berpura-pura melihat sesuatu di dalam telefon bimbitku.

“Dah lama you kenal Firqin?” Danial menyoal. Mungkin dia tak tahu nak mulakan topik apa agaknya.

“Emmmm.....tak juga. Baru aje kenal. Kenapa ya you tanya?” Balasku.

Danial ketawa. “Tak ada apa-apa. I cuma tertanya-tanya macam mana dia boleh kenal wanita secantik you ni. Are you a stewardess?”

Aku tergelak. “No, I am not.”

“Kalaulah I dulu yang terjumpa you...mesti I bertuah kan.” Dia memandangku. Pandangannya lain macam betul.

Aku hanya sekadar tersenyum. Dalam hati mula berprasangka terhadap Danial. Kenapa sikapnya tiba-tiba berubah?

Aku mencapai gelas, terasa dahaga. Namun alangkah terkejutnya aku apabila selamba saja Danial memegang tanganku.

Pantas aku menarik tanganku. “Apa ni Danial?” Aku mula meninggikan suara.

Danial melepaskan keluhan. “Look Ariana.... terus terang I katakan yang I dah jatuh cinta pada you. On the first sight. So can we meet again Ariana?”

Terasa nak terkeluar balik isi di dalam perutku apabila mendengar pengakuan berani seperti itu. Hello? Kenapa aku terjumpa dengan lelaki-lelaki yang minta pelik-pelik hari ni?

Aku memandang Danial tajam. “Are you lost your mind, Danial? You tunang Amera. You dan dia nak kahwin tak lama lagi. Tolong jangan buat benda pelik-pelik boleh.” Merona merah wajahku menahan marah. Aku memang pantang dengan lelaki seperti ini, satu spesis dengan Si Burhan.

Sesekali mataku mengerling ke arah Firqin yang aku lihat sedang berbual dengan Amera di bahagian dalam restoran. Nampak serius, entah apalah yang mereka bualkan. Mahu saja aku memanggilnya.

“I tahu Ariana. Tapi apa daya I kalau I jatuh cinta pada you. I tak pernah rasa macam ni. Dengan Amera pun I tak pernah rasa jantung I nak terkeluar macam I rasa sekarang. Tak sama perasaan ketika I pandang you.”

“Jom kita lari!” Tiba-tiba dia mencengkam pergelangan tanganku.

Aku panik. Terkejut. Takut apabila tiba-tiba Danial buat begitu. Aku cuba melawan dengan menarik tanganku, tapi cengkaman tangannya lebih kuat. Dia mula mengheret tanganku untuk mengikutinya.

“Danial, lepaskan I!” Aku berteriak. Namun semakin kuat Danial mencengkam lenganku. Sakitnya apabila aku dikasari begitu. Danial memang gila.

“Lepaskan, I menjerit nanti.” Aku mengugutnya. Tetapi Danial tidak ambil peduli.

Mataku tercari-cari kelibat Firqin. Aku tidak tahu untuk lakukan apa ketika itu, lantas aku berteriak memanggil nama Firqin supaya dia datang membantuku.

“Firqin! Tolong I please!” Kuat aku menjerit. Namun aku semakin panik apabila Danial menerkup mulutku dan mencengkam pinggangku.

Dalam keadaan panik sebegitu tanpa berfikir lagi aku terus menghentak kasut tumit tinggiku ke atas kasutnya. Terlepas saja cengkaman tangannya dari lenganku, aku terus menumbuk bahagian ulu hatinya. Danial melutut. Mengerang kesakitan.Aku pantas mencabut kasutku terus aku layangkan ke pipi kanannya. Danial tersungkur di atas pasir.

Tiba-tiba Firqin merampas kasut itu dari tanganku. Aku menoleh.

Amera terus mendapatkan tunangnya. “Are you crazy?” Amera memarahiku. Dia mengusap-usap pipi Danial yang bengkak. “Sayang...you okay? Darah...” Amera mengesat luka di pipi tunangnya itu.

“Apa salah Danial? Ariana I dah agak you mesti nak goda Danial. Sejak dari awal lagi tadi I dah perasan, I dah tahu perempuan macam you ni jual muka untuk dapatkan lelaki kaya! Tak guna!” Amera menghinaku.

Marahku sudah tidak dapat aku bendung. Aku mendekati Amera dan mencengkam kolar bajunya. Dia terdorong berdiri.

“Apa kau cakap tadi? Ulang balik!” Teriakku. Hilang sabar.

Firqin mendekati. “Ariana...awak gila ke?”

Aku menjelingnya. “Memang saya gila! Sejak dari awal lagi permainan awak cipta ni memang gila. Tapi dia ni dah buat saya bertambah lebih gila.” Semakin kuat aku mencengkam kolarnya.

Wajah Amera nampak  pucat. Tangannya cuba menarik tanganku dari lehernya.

“Ariana sudah!” Firqin tiba-tiba menengkingku.

Apahal pulak dia nak tengking aku! Ini dah melampau. Orang lain yang buat salah, aku yang kena pulak.

“Kau minta maaf dulu baru aku lepas.” Aku memandang tepat mata Amera.

Muka Amera bertukar merah. Dia terbatuk-batuk beberapa kali. Amacam rasa kena cekik? Tak sayang mulut, ini padahnya cari pasal dengan aku.

“Siapa perempuan tak guna? Siapa jual muka goda lelaki? Kau ulang sekali lagi.” Aku memandang tepat mata Amera.

Aku tak akan lepaskan Amera begitu saja. Siapa dia untuk menghina aku. Kalau perempuan sepert ini idaman Firqin, lelaki itu memang buta. Buta hati menilai seseorang seperti Amera ni.

Firqin memegang lenganku. Berusaha melepaskan tanganku dari Amera. Danial pengecut tu hanya berani jadi pemerhati je. Lelaki tak guna. Kutukku.

“Ariana lepaskan Amera. Dia tak boleh bernafas tu.”Firqin memarahiku.

Aku tidak mengedahkan omongan Firqin.

“Kau tanya dulu pada lelaki tak guna tu apa dia buat kat aku tadi? Ada sebab aku hentak dia dengan kasut.” Aku menjeling Danial geram.

Aku terkejut apabila aku terasa tubuhku didorong kuat. Badanku terhempas di atas pasir. Sakitnya. Aku memandang Firqin. Sampai hati dia menolak aku. Aku rasa ingin menangis. Aku seakan tidak percaya dia buat begitu terhadapku.

Aku ketawa. Terasa bodoh kerana terlibat dalam permainannya. Tajam matanya memandangku. Kenapa? Marah kerana aku mengapa-apakan perempuan yang dia sayang? Aku mengetap bibirku menahan geram, menahan rasa hiba yang tiba-tiba datang. Aku rasa terkilan dengan tindakannya itu.

Amera segera mendapatkan kembali Danial. “Gila.. you berdua sama aje. Gila! Sorang gila merayu nak dapatkan cinta , sorang lagi gila menggatal. You Firqin jangan kacau hidup I lagi, hubungan kita dah lama berakhir. I tak minat pada you lagi. Jangan fikir kita akan bersama balik. Hal tu tak akan jadi. Jadi baik you jaga girlfriend gila you ni aje. You know what, I makin benci pada you sebab perempuan ni.” Amera melepaskan geram sebelum melangkah pergi memapah kekasihnya.

Perlahan-lahan aku cuba bangun. Kaki kiriku terasa sakit. Mungkin terseliuh ketika aku ditolak tadi. Aku cuba tahan sakit. Aku mengesat kesan pasir di kedua-dua belah siku. Aku terkesan siku kananku berdarah. Terdapat calar terkena pasir tadi.

Firqin diam. Namun matanya tidak lepas memandang kelibat Amera sehingga mereka berdua keluar dari sana. Aku dah malas nak fikir apa-apa. Perlahan-lahan aku jalan terincut-incut meninggalkanya. Sakit di kaki cuba aku tahan.

Tiba-tiba aku rasa tangan kananku dicengkam dari belakang. Badanku terpusing. Tajam mata Firqin menikam wajahku. Wajahnya nampak benar-benar marah.Bukan dia seorang saja yang tengah marah masa tu, aku sepatutnya yang lebih berhak bersuara, berhak marah ketika itu.

Wajahnya berubah ketika matanya tertancap ke arah pergelangan tanganku yang nampak lebam. Lebam kerana dikasari Danial tadi. Hilang riak bengis di wajahnya. Perlahan-lahan dia melepaskan cengkaman tangannya dari lenganku.

Dia memandang sikuku yang terdapat kesan darah, sebelum matanya beralih ke arah wajahku. Mungkin dia terkesan mataku yang berair. Aku memusingkan badan. Mula berjalan perlahan. Dia kemudiannya menahanku.

“Ariana....awak okay ke? Okay ke kaki tu?” Lembut pula dia melayaniku. Dia tak sedar ke siapa penyebab aku jadi macam ni? Hatiku semakin terbakar.

Malas nak cerita panjang aku teruskan berjalan. Dia menghalang dengan berhenti di depanku. Aku tidak memandang langsung wajahnya. Membuang pandangan ke arah lain. Aku takut aku bertindak luar kawalan nanti.

“Salah awak juga, kenapa awak apa-apakan Amera tadi.” Ujarnya.

Aku menghempas tas tangan ke atas pasir. Memandang matanya. Cukup, aku dah tak boleh sabar.

“Encik! Salah saya ke? Encik nak cakap ini semua salah saya? Encik langsung tak rasa bersalah ke tolak saya tadi! Saya perempuan tau tak...kasar Encik buat saya macam tadi.” Marahku. Air mata memang tak mampu aku nak bendung lagi. Sakit hati kerana terkilan dengan perbuatannya dan juga sakit menahan kakiku yang terasa semakin berdenyut-denyut.

Lama dia memandangku. Matanya nampak bening. Tidak mencerlung seperti tadi. Aku nampak mulutnya seperti ingin berkata sesuatu tapi tidak terkeluar.

“Sepatutnya dari awal lagi saya tak nak terlibat dengan lakonan gila ni. Tapi Encik ugut saya walaupun saya dah minta maaf. Encik sedar tak Encik gunakan saya? Encik tak sedar tu sebab Encik gila pada Amera. Tindakan Encik ni sebenarnya lebih lukakan banyak hati. Termasuk saya. Saya tak pernah menyesal kenali seseorang baru dalam hidup saya. Ini kali pertama. Mengenali Encik buatkan saya menyesal sampai bila-bila.” Aku mengesat airmata di pipiku sebelum meneruskan melangkah. Entah mengapa aku rasa terkilan sangat walau pun aku tidak mengenali lelaki itu.

Firqin menghalangku. “Enough!” Aku memandang wajahnya sejenak sebelum aku terus berjalan.

“I am sorry Ariana.” Ujar lelaki itu.

Aku buat tidak endah. Buat tidak dengar.

“Ariana....saya minta maaf.” Katanya lagi.

“Simpan maaf awak tu bagi ikan kat laut tu makan.” Teriakku. Namun entah mengapa airmataku tak nak berhenti mengalir.

Sedih kerana Danial melayaniku dengan buruk tadi? Atau sedih kerana tindakan Firqin terhadapku tadi?

Aku menyesal. Sangat menyesal kerana terjebak dalam kehidupan lelaki itu. Apa salahku bila senang-senang saja aku dihina oleh Amera tadi, aku juga ada maruah yang aku berhak pertahankan. Apa salahku mempertahankan diri, sampaikan hati lelaki itu tergamak menolakku. Apa salahku dikurniakan wajah sempurna apabila aku dilayan sebegitu oleh Danial? Semua ini langsung tidak adil bagiku.

“Ariana....” Sayu suara lelaki itu memanggilku. Namun aku tidak endahkannya.

Aku terkedu apabila tiba-tiba lelaki itu memegang kedua-dua belah tanganku.

“En...encik...” Tergagap aku memanggil namanya. Terkejut dengan reaksinya yang spontan itu. Pantas aku menarik tanganku.

“Maaf saya tak sengaja pegang tangan awak. Ariana...saya betul-betul minta maaf.” Lembut dia menuturkannya.

“Memang saya salah. Saya tak sedar saya tertolak awak tadi. Saya tak sengaja. Please  Ariana.....” Pengakuannya itu kedengaran jujur di telingaku.

Aku masih diam. Tapi di dalam hati aku sudah sedikit terkesan dengan ucapan maafnya itu.

“Maaf kalau saya cederakan awak. Saya tak ada niat nak buat macam tu. Saya hormatkan awak sebagai seorang wanita. Maaf saya terkasar tadi.”

Agak lama aku berfikir sebelum perlahan-lahan aku mengangguk. Firqin mengeluarkan sehelai sapu tangan dari kocek seluarnya. Kemudian dia membersihkan kesan darah di sikuku sebelum dia menghulurkan sapu tangan itu kepadaku.

The end untuk drama malam ni.” Firqin membuang pandangannya ke arah laut sebelum dia berpaling ke arahku.

“Kita sudah tak saling berhutang lagi. Saya janji tak akan dakwa awak atau apa-apakan awak. Awak tak usah risau. Tak ada sebab untuk kita jumpa lagi selepas ni. Terima kasih banyak Ariana.” Dia senyum hambar.

Entah kenapa tidak tahu sebabnya, hatiku rasa sedih mendengar kata-katanya itu. Tapi hanya seketika aku rasa begitu sebelum nama Amera keluar dari mulutnya.

“Tapi awak kena minta maaf pada Amera.” Katanya yang membuatkan aku kembali bengang.

“What? No way!” Bentakku. Memang tidak mungkinlah aku nak minta maaf pada Si Amera tu.

“Awak berkasar dengan dia tadi kan?”

Aku mendengus geram. “Sebab dia hina saya. Encik dengar sendiri tadi kan dia cakap saya ni perempuan jual diri, nak goda tunang dia lah. Siapa pun tak boleh nak sabar bila dihina macam tu. Dia memang silap orang bila cakap macam tu pada saya. Amera tu yang sepatutnya minta maaf pada saya, bukan sebaliknya.” Aku melepaskan geram.

Aku hilang rasa untuk memaafkan lelaki itu apabila nama Amera disebut-sebut. Aku tak faham kenapa lelaki ini sangat berusaha untuk dapatkan kembali bekas teman wanitanya itu. Kalau akulah perangai macam tu awal-awal aku dah reject. Tak sayang mulut langsung. Buktinya tadi Amera bukan saja menghinaku malah dengan kasar dia memarahi Firqin agar menjauhinya.

Sepanjang perjalanan pulang ke hotel aku memilih untuk mendimkan diri. Langsung aku tidak memandang wajah lelaki itu. Ketika kereta yang dipandunya semakin mendekati kawasan terletaknya tempat penginapan kami, dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah farmasi.

Beberapa minit kemudian, Firqin kembali bersama plastik kecil. Dia menghulurkan bungkusan itu kepadaku. Lama dia menunggu aku menyambut huluran plastik itu. Mahu tidak mahu aku ambil juga dari tangannya.

Aku terus keluar dari kereta ketika Firqin memberhentikan keretanya di hadapan hotel. Aku terus menutup pintu kereta tanpa menoleh atau pun mengucapkan selamat malam kepadanya.

“Sekali lagi saya minta maaf, Ariana.” Laungnya yang turut keluar dari tempat duduk pemandu.

“Nanti saya fikirkan.” Balasku selamba.

“Jangan lupa sapu ubat antiseptik tu Ariana. Kaki tu juga awak jangan urut. Nanti makin melarat.” Pesannya lagi.

Aku tidak menoleh. Terus masuk ke dalam. Mahu segera masuk ke dalam bilik. Lagi lama aku pandang wajah lelaki itu, makin bertambah geram aku dibuatnya. Mana tidak geram, awalnya dia meminta maaf dariku, aku ingat dia ikhlas. Tapi selepas itu disuruhnya pula aku minta maaf pada Amera.

Tambahan pula, dia tidak minta penjelasan daripadaku tentang apa yang berlaku di antara aku dan Danial dan juga sebab aku memukul Danial dengan kasutku. Dia hanya mementingkan Amera. Takut Amera tidak bernafas ketika aku mencengkam leher perempuan tu.

Aku tidak cemburu. Jauh sekali! Cuma aku mahukan keadilan itu saja. Bila Firqin sendiri memilih untuk tidak bertanya aku pula tidak akan terhegeh-hegeh untuk bercerita tentang apa yang Danial lakukan kepadaku sebenarnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku