Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
Bab 7 - Adam yang teristimewa
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015
Dapatkan Novel Hai Handsome! akan datang di kedai-kedai buku berhampiran Julai 2017 ini. Sekarang ini sudah boleh Pre-order dengan saya sendiri :) pm FB atau Instagram sy ya. Thanks you so so much utk semua yang sentiasa menyokong karya saya. Alhamdulillah. Satu lagi jangan lupa utk follow novel ke-2 saya di portal ilham berjudul My Love, Encik Sombong. Ikuti sy di FB : Idya Mohd Nor dan instagram : idyamohdnor
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13979

Bacaan






Aku memandang ke arah luar tingkap pesawat yang akan berlepas tidak lama lagi itu. Suara ketawa bayi di tempat duduk sebelahku menarik perhatianku. Bayi lelaki yang comel itu mengekek ketawa apabila diacah oleh ibunya. Aku turut senyum melihat kemesraan di antara ibu dan bayinya itu.

Aku kemudiannya beralih ke tempat duduk untuk mendekati mereka. Aku minta kebenaran dari ibu bayi itu untuk aku mendukung bayinya. Pipi gebunya jadi mangsa ciumanku. Jari-jemari kecilnya turut menjadi mangsa ciuman aku. Geramnya.

“Siapa nama dia Puan?” Tanyaku ramah.

“Adam.” Balas wanita yang mungkin usianya lewat 20 an itu.

Aku terdiam tatkala nama itu di sebut. ‘Adam....nama yang sama seperti Adam yang pernah jadi milikku dulu.’ Bisik hatiku.

“Adam....sedap nama dia ya. Adam nanti dah besar jadi budak baik, dengar cakap ibu ayah ya.” Suara aku mula sebak. Aku mencium dahinya. Lama.

Aku menyerahkan Adam kembali kepada ibunya kerana aku takut aku tidak dapat menahan emosi pula nanti. Aku kembali ke tempat dudukku. Aku membuang pandangan ke arah luar. Mataku mula bergenang dengan airmata. Aku mengigit bibirku menahan tangisanku dari pecah bila ingatan lama kembali berputar di dalam minda.

“Adam......” Aku menyebut nama itu.

“Ya saya!” Tiba-tiba seorang lelaki menyahut. Begitu dekat dengan telingaku. Aku menoleh. Aku terkejut bila melihat Adam betul-betul di sebelahku.

“Hai....Ariana.” Sapanya.

“You...sepupu Firqin kan?” Soalku pula.

Dia mengangguk. Wajahnya ceria saja. Sama seperti malam yang kami terserempak di hotel.

“Kita sama flight balik. Lagi bertuah I dapat duduk sebelah dengan you. Emm...nampaknya perjalanan balik kali ni I tak akan tidur langsung lah sebab ada wanita cantik yang duduk sebelah I yang boleh teman berbual kan. Oh by the way mana sepupu I tu? You balik tinggalkan dia ke?

Aku memandang wajah lelaki itu. “You ni memang banyak cakap er? I nak jawab yang mana satu dulu ya?”

Dia ketawa. “Sorry....sorry. I memang suka berborak, jadi I guarantee sepanjang perjalanan balik ni you takkan bosan punya.”

Aku senyumlah juga. Kalau tidak layan nanti dikatanya pula aku sombong. Tapi macam tak logiklah, boleh pulak aku satu flight balik dengan sepupu Encik Pilot ni. Duduk sebelah-sebelah lagi. Ini bukan konspirasi kan? Aku memasang curiga.

“Mana Abang Kin?” Soal Adam sambil dia memasang tali pinggang keledar.

Aku mengangkat bahu. “Entah. Dekat hotel lagi kot.” Balasku pendek.

Adam memandangku lama menunggu jawapan.

“Apa?” Soalku terketawa memandang riak wajahnya.

“Itu aje ke? Takkan tak tahu bakal suami buat apa?” Dia pula memandangku curiga.

Aku buat-buat tergelak. “Oh...dia masih ada kerja....I balik Malaysia dulu.” Jawabku ringkas. Malas nak panjangkan cerita. Nanti terkantoi pulak.

Gulp! Aku sempat menelan air liur.

“Oh....” Dia mengangguk.

Aku kembali memandang ke luar tingkap. Isyarat yang aku mahukan privasi. Tidak berminat untuk berbual lagi. Namun tidak berhasil. Ternyata lelaki ini banyak mulut. Karakternya berbeza sungguh dengan Firqin.

“Miss Ariana.....” Panggilnya. Aku berpaling memandangnya.

“Siapa Adam? Bukan saya. Adam yang you sebut tadi tu?”

Banyak soal betullah budak ni. Sibuk betul. Dah macam wartawan pulak.

“Err...tak ada sesiapa. Adam berapa umur you?” Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulutku.

Dia senyum sambil membetulkan rambutnya. “Twenty...”

Muda lagi rupanya. Tapi wajahnya nampak sedikit matang. “You kena panggil I kakak and dilarang mengurat okay.” Tuturku. Aku mula selesa dengannya. Budak lagi rupanya. Enam tahun beza umur kami.

“Tak payahlah panggil kakak. Ariana. Adam. Boleh?”

Aku menggeleng. Sengaja mengusiknya.

Perbualan kami terhenti seketika ketika kapal terbang mula berlepas. Aku ingatkan aku boleh mengelak dari berbual dengannya dengan berpura-pura melelapkan mata.

“Takkan baru berlepas dah tidur? Tipu sangat. Tak sudi ke nak berbual dengan I?” Suara lelaki tu kedengaran lagi.

Aku membuka mata. Melepaskan keluhan. "Adik Adam....umur I 26 tau.” Jawabku.

“So....” Soalnya pula.

Aku pula yang jadi keliru. "So apanya?”

“I bukan nak mengurat you pun. You bakal kakak ipar I kan. Takkan I berani nak kacau girlfriend sepupu sendiri. I cuma nak berbual dengan you je. Banyak benda yang boleh kita bualkan. Contohnya pasal kerusi ni kenapa warna biru, kenapa I rasa lapar tiba-tiba, kenapa awan berwarna putih...emm banyakkan topik yang boleh kita kupas bersama. Takkan you nak tidur dah.” Panjang lebar dia membebel.

“Stop!”Aku mengisyaratkan tanganku ke arahnya.

Aku ketawa. “Okay sekarang jelas yang you ni memang suka bercakap ye, tak henti- henti pulak tu. Macam reporter dah.” Komenku.

“Yes I am. I student masscomm, majoring journalism.” Ujarnya dengan bangga. Memang patutlah dia pandai bercakap dengan petah sekali.

“Okay Adam....apa topik pertama kita?” Aku sudah tersenyum-senyum. Boleh tahan kelakar juga sepupu Encik Pilot ni.

“Macam tu la Ariana. Sporting lah sikit. Sembilan jam lama kalau nak tidur aje tak best lah.”

“Emm...soalan pertama macam mana you kenal Abang Kin? Buat apa di Auckland?”

Aku sudah jangka soalan ini pasti akan terkeluar punya. Macam mana aku nak jawab ya. Buat cerita ajelah. Putusku.

“Kami kenal baru aje lagi. I ke Aucland sebab saja...nak bercuti. Kebetulan sepupu you tu kerja ke sini.” Aku membuat cerita. Tapi wajah Adam nampak seakan-akan tidak percaya saja dengan ceritaku itu.

“Emm...ringkasnya. ceritalah lagi.” Desaknya.

Aku ketawa buat-buat lagi. “Adam pula buat apa di sini? Boleh pula tersempak dengan Firqin malam tu.” Cepat-cepat aku pula menjadi penemuduga.

Aku nampak dia melepaskan keluhan. “Sepatutnya datang bercuti tapi macam tak jadi. Abang Kin yang ajak Adam ke sini kebetulan tengah cuti semester. Tiba-tiba sampai saja di hotel, dia pergi makan dengan Ariana dan tak jumpa Adam langsung selepas tu. Dahlia pula balik ke Malaysia macam tu aje.  Daripada Adam sorang, duduk dalam bilik hotel baik balik KL jumpa Umi lagi bagus.”

Sekejap. Nama siapa tadi?

“Dahlia? Si...siapa tu?’ Soalku tergagap-gagap. Jangan orang yang sama sudah.

“Siapa? Oh Dahlia...sepupu saya.”

Aku mengangguk.

“Adik abang Kin.” Tambah Adam lagi.

“Hah? Apa? Adik...Dahlia tu adik Firqin?” Soalku seperti tidak percaya.

Wajah Adam berubah. Nampak mencurigakan. “Iyalah. Takkan you tak tahu. Tak pernah jumpa Dahlia sepanjang you dating dengan Abang Kin?”

Ternganga aku mendengar kenyataan itu. Sudah. Cerita ini bersangkut paut rupanya. Patutlah Firqin tiba-tiba masuk campur ketika aku bertengkar dengan Burhan. Rupanya adiknya terlibat sama. Dahlia tu adiknya. Kalau tidak takkan dengan berani dia menegurku begitu padahal kami saling tidak mengenali.

“Kata Abang Kin, Dahlia balik semula ke Malaysia selepas bergaduh dengan teman lelakinya. Sebabnya boyfriend dia tu dah buat seorang perempuan mengandung. Ariana tahu siapa perempuan tu?” Adam memandangku.

Gulp. Aku telan air liur. Bulat mataku membalas pandangan matanya. Perlahan aku menggeleng. Aku meminta diri ke toilet dengan harapan topik ini akan tamat selepas aku kembali ke tempat duduk nanti.

‘Bahaya reporter ni. Aku cakap kena berhati-hati.” Omelku di dalam hati.

“Dahlia, girlfriend Burhan tu adik Firqin? Memang tak masuk akal betul kebetulan ni.” Kataku sendirian ketika aku di tandas.

“Okay Maya....jangan panik. Kau tak akan jumpa Dahlia, Adam atau Encik Pilot tu lagi lepas ni. Relax je.” Aku cuba menenangkan diri sendiri.

Bila aku kembali semula ke tempat duduk, alangkah leganya aku apabila aku lihat Adam sudah lena. Perlahan-lahan aku duduk di kerusi tanpa membuat sebarang bunyi. Aku tak nak buat ‘adik wartawan’ terjaga. Pening kepala aku nak melayan kerenahnya nanti. Cakap tak henti-henti. Aku tersenyum ketika memandang wajah Adam yang sedang lena itu. Perangai gila-gila dan cerianya sedikit sebanyak mencuit hatiku.

Aku kembali teringat ketika Firqin memperkenalkan Adam kepadaku, sebenarnya hati aku sudah sedikit terusik. Aku tidak boleh mendengar nama ‘Adam’ disebut. Dari dulu lagi. Sejak aku kehilangan Adam.

Aku memandang seorang lagi Adam yang sedang lena di dalam dakapan ibunya. Si kecil Adam nampak tenang dan selamat dilindungi dalam pelukan seorang yang bernama ibu.

‘Kenapa aku tidak boleh lindungi Adam milik aku seperti yang dilakukan wanita itu atau mana-mana ibu di dunia ini.’ Aku bertanya kepada diri sendiri. Mungkin aku masih belum cukup dewasa ketika itu, atau aku takut menghadapi permainan dunia?

Aku memandang ke arah kepulan-kepulan awam putih di luar. Aku seakan-akan ternampak Adam milikku di sana. Adam, anakku.

7 tahun lalu.....

“Sakit Mak Wa.....tolong Maya.” Aku meraung. Airmata sudah mengalir lebat menahan kesakitan yang tidak dapat digambarkan.

“Sabar Maya. Tarik nafas perlahan-lahan, lepas tu teran sekuat yang boleh.” Mak Wa mengusap-usap perutku yang besar itu.

Aku masih lagi menangis teresak-esak menahan sakit. “Sakit Mak wa...Maya tak boleh nak tahan lagi. Tolong Maya, Mak Wa....” Aku merayu kepada Mak Wa, pembantu rumah yang aku sudah anggap seperti ibu itu.

“Datin...lama lagi doktor nak sampai nya?” Soal Mak Wa kepada Mama yang berdiri di sudut pintu.

“Tak perlu panggil doktor Mak Wa. Nanti orang tahu...mana saya nak letak muka saya ni bila orang sekeliling tahu yang perempuan ni lahirkan anak haram!” Marah Mama.

Mak Wa mengucap panjang mendengar kata-kata Mama.

Aku memandang Mama. “Mama....tolong Maya. Maya tak minta jadi macam ni. Mama pun tahu kan? Maya tak nak jadi macam ni. Maya tak salah Mama.” Kataku walau pun sakit yang aku rasakan semakin membuatkan aku semakin sukar bernafas.

“Kalau bukan kau yang menggatal, menggoda...benda ni tak jadi! Aku tak nak ambil tahu apa pun. Pandai-pandai kau lah apa nak jadi.”

Sampai hati Mama buat begitu kepadaku. Padahal Mama tahu kisah sebenar yang berlaku di dalam rumah ini. Mama sebaik mungkin mahu sembunyikan aib yang terjadi.

Aku semakin teresak-esak menangis. Tanganku semakin kuat mencengkam besi katil. Apalah daya aku, seorang gadis yang baru berusia 18 tahun yang masih mentah. Yang tak pernah mengalami pengalaman seperti ini. Pengalaman untuk melahirkan seorang bayi.

Abang Bukhary menerpa masuk. Matanya nampak berair. “Mama....sampai hati Mama buat macam ni pada Maya. Mama tak nampak Maya sedang sakit, sedang bertarung nyawa tu. Bukh dah tak sanggup simpan semua ni lagi. Kita bawa Maya ke hospital, Mak Wa.”

“Bukhary kamu jangan nak memandai. Mama tak akan benarkan. Nanti nak cakap apa dengan doktor bila ditanya siapa bapak kepada budak tu? Suami perempuan ni? Nanti jadi kes polis! Kamu faham tak Bukhary!” Mama membentak menghalang.

Aku semakin lemah. Hatiku juga semakin tidak cekal menghadapi semua ini. Pertengkaran di antara Mama dan Abang Bukhary makin membuatkan aku hilang semangat.

“Memang Bukh akan buat laporan polis! Ini kes rogol. Bukh dah tak boleh tahan. Dah tak boleh diam.” Kuat suara Abang Bukhary menengking.

Muka Mama nampak pucat. Terkejut dengan reaksi Abang Bukhary yang selama ini sentiasa menurut katanya. “Abah tak ada di sini sekarang. Abah dah amanahkan Maya pada Bukh, jagakan Maya ganti tempat Abah. Jadi sebagai lelaki di dalam rumah ni, Bukh ada hak buat keputusan Mama.” Abang Bukhary bertekad.

“Keputusan apa? Keputusan yang nanti akan buat kita sekeluarga malu. Itu yang kamu mahukan? Mana mama nak letak muka ni?Dekat kaki ke...cuba kamu bagitahu pada Mama!”

Aku mencapai tangan Abang Bukhary, menghalang dia dari terus bertegang urat dengan mama. Abang Bukhary memandang wajahku. Aku menggeleng. Isyarat agar Abang menurut saja kata Mama.

Abang Bukh mengetap bibirnya. Menahan geram. Sesekali dia menyeka airmatanya. Ini kali pertama aku lihat Abang Bukhary menangis sebegitu.

Mama mula melangkah meninggalkan bilikku. Namun kata-kata Abang Bukhary menghalang langkah mama.

“Habis Mama tak malu pula ada menantu seorang perogol! Mama gelapkan mata lepaskan pelakunya begitu saja. Sebab Kak Long kan? Bukan mama tak tahu, Maya tak pernah mahukan semua ni, Maya tak pernah rela....dia dipaksa, dia..dia dirogol mama.” Sebak suara Abang Bukhary ketika menuturkannya.

“Mama sepatutnya kasihan pada Maya, bukan pada menantu tak guna tu, bukan pada Kak Long.” Teresak-esak Abang Bukhary.

Agak lama Mama terdiam. Sebelum dia berpaling memandang aku. “Walau apa pun dia penyebab Kak Long bercerai. Penyebab Kak Long menderita. Mama benci tengok muka dia. Wajah cantik tu dah musnahkan keluarga kita. Sampai mati pun mama tak akan terima dia di dalam rumah ni sebagai sesiapa pun.” Mama terus keluar meninggalkan aku.

Aku teringat pada Abah ketika itu. Kalau ada Abah ketika ini, aku tak akan dibiarkan menderita sebegini. Abah kebetulan perlu bekerja di luar negeri selama 6 bulan atas urusan bisnes.

“Abang....Abah mana?Panggil Abah balik boleh Abang...”

“Kita ke hospital ya Maya...” Ujar Abang Bukhary.

Aku menggeleng.“Jangan bang. Mama marah nanti. Maya tak nak sakitkan hati Mama lagi.” Tuturku semakin lemah.

“Takkan Abang nak biar Maya macam ni.” Abang Bukhary juga nampak buntu.

“Bukhary!” Panggil Mak Wa yang ketika itu sedang berdiri di tepi tingkap.

“Itu kawan Mak Wa dah sampai. Dia bidan. Pergi kamu sambut dia. Cepat.” Arah Mak Wa.

Pandangan mataku semakin kabur. Aku tersedar ketika aku terasa pipiku ditampar perlahan.

“Bangun nak...bertahan ya. Ingat ALLAH banyak-banyak. Insya Allah selamat semuanya. Dengar cakap Mak Esah ya sayang.” Aku terdengar suara seorang wanita di telingaku.

“Tarik nafas perlahan-lahan, teran kuat...sekuat yang mampu. Jangan takut... Mak Esah ada si sini..” Itu saja yang aku dengar sebelum aku bagaikan berada di dimensi lain yang berbeza. Di mana kesakitan itu sudah tidak aku dapat rasakan lagi.

Tidak lama selepas itu, suara tangisan bayi kedengaran. Terdengar sayup di telingaku sebelum suara itu menjadi semakin nyaring. Kepenatanku ketika itu terasa hilang bila saja Mak Esah meletakkan seorang bayi kecil di dadaku. Begitu kecil. Mungkin sebesar dua telapak tanganku. 

Aku tergamam. Terpaku. Airmataku mengalir. Aku takut. Aku tak tahu untuk buat apa-apa ketika itu. Aku hanya perhatikan bayi yang diselimut itu bernafas. Dadanya nampak perlahan turun naik menyedut udara sepertiku.

Tatkala itu aku tersedar ada nyawa baru yang hidup. Aku memandang Mak Wa dan Mak Esah silih berganti.

Terdengar ketukan di pintu. Aku menoleh. Aku nampak Abang Bukhary masuk. Dia mendekatiku. Wajahnya juga sepertiku. Pucat. Kaku. Memandang ke arah jemari kecil yang seakan-akan minta dipegang itu.

Abang Bukhary memandang wajahku. “Maya tak nak dukung dia?”

Aku menelan liur. Aku memandang lama si kecil itu. Aku tersenyum ketika melihat si kecil itu menguap. Perlahan-lahan aku angkat tubuh kecilnya lalu aku dekatkan ke wajahku.

Perlahan-lahan aku mencium pipinya. Terasa begitu lembut. Kemudian beralih ke hidung kecilnya, kedua matanya yang tertutup rapat dan akhirnya ke bibir kecilnya yang berbau wangi itu.

Airmataku mengalir. Aku tak tahu mengapa tiba-tiba aku terasa yang aku sangat sayang pada si kecil ini. Perasaan yang tulus lahir dari hati. Melihat tubuh kecilnya yang tidak terdaya itu, aku rasa bersemangat untuk melindunginya walau pun sebelum ini, ketika ia masih di dalam perutku, aku tidak pernah suka padanya. Tidak pernah menghargai atau menanti langsung kelahirannya. Namun kini rasa itu berbeza. Berubah sama sekali.

Aku memandang Abang Bukhary. “Anak Maya....” Kataku. Abang Bukhary mengangguk. Perlahan dia mencium ubun-ubun si kecil.

“Adam....Maya nak namakan dia Adam.” Aku senyum. Pipi Adam aku cium lagi. Tak nak aku lepaskan lagi. Aku memasang tekad untuk membesarkannya sendiri. Adam milik aku seorang. Bukan sesiapa. Bukan Amran, lelaki tak guna tu.

Aku meletakkan Adam di atas tilam. Dengan penuh berhati-hati. Abang Bukhary memegang jari-jemari kecil Adam dan menciumnya perlahan.

“Mak Wa...tengok comelnya dia kan. Terima kasih Mak Wa, Mak Esah sebab tolong Maya.” Aku memeluk Mak Wa.

“Maya tu lemah lagi. Jangan banyak bergerak. Tak apa Mak Wa ada...Mak Wa akan jaga Maya sepanjang berpantang ya.” Mak Wa mengusap-usap rambutku.

Agaknya kalau ibu kandung masih hidup, pasti aku dilayan sama seperti sekarang, sama seperti yang dilakukan Mak Wa.

“Ma...Maya....” Panggil Abang Bukhary.

Aku memandang wajahnya.

“Kenapa Adam macam tak bergerak langsung.” Wajah Abang Bukhary panik.

Aku mendekati Adam. Perlahan aku memegang jari-jemarinya. Aku meletakkan tanganku di dadanya. Tiada rasa degupan pun. Aku semakin panik. Lantas aku mendekatkan telingaku ke dadanya. Tapi kenapa dada Adam tak turun naik macam tadi?

“Mak Wa....kenapa dengan Adam ni?” Aku panik. Tangan aku menggigil memegang tubuh kecil itu.

Mak Esah mendekati katil. Dia mendukung Adam. Aku lihat Mak Esah memegang kepala Adam, dadanya, lehernya. Aku tak tahu apa yang sedang Mak Esah sedang lakukan, kerana aku hanya berharap yang anakku tidak apa-apa.

Aku memandang Mak Esah. “Adam baik-baik sajakan Mak Esah.” Aku minta kepastian.

Lama Mak Esah diam sebelum dia memandangku. Perlahan Mak Esah menggeleng.

“Kenapa Mak Esah menggeleng aje? Saya tanya anak saya baik-baik aje kan!” Aku mula meninggi suara.

“Maya...” Panggil Abang Bukhary.

Badanku terasa menggigil. Aku rebah. Abang Bukhary dan Mak Wa sempat menyambutku.

“Adam.....”

“Msk Esah tolong...tolong buat apa saja suruh Adam bangun. Saya rasa dia tidur lagi Mak Esah. Adam nampak elok aje tu.” Pintaku. Aku menahan tangisan. Tidak percaya dengan apa yang Mak Esah bakal katakan.

“Adam dah tak ada...dah tak berdenyut jantungnya ni.”

Aku memandang Adam di dalam dukungan Mak Esah. Aku terus mengambil Adam darinya. Perlahan-lahan aku menepuk kakinya, berharap agar dia terjaga dari tidurnya.

“Adam....Adam...bangun sayang. Ibu panggil ni.” Ujarku.

“Abang, kenapa Adam tak nak bangun ni...” Aku memandang Abang Bukhary. Airmata sudah tidak dapat aku bendung lagi.

Aku tidak percaya yang Adam dah pergi tinggalkan aku. Belum sampai lima minit aku melihatnya bernafas tadi, kini kenapa tubuhnya kaku?

“Tolong Maya.....” Aku meraung. Merayu kepada semua orang yang ada dalam bilik itu.

Aku membuka mata apabila aku terasa tubuhku digoncang. Aku memandang sekeliling. Kini aku tidak lagi berada di bilikku. Aku memandang ke dua-dua belah tanganku yang sedang menggigil. Lama aku memandang tanganku. Hatiku luluh bila aku perasan yang Adam tiada di atas tanganku.

Aku tidak dapat menahan tangisan lagi. Teresak-esak aku menangis saat itu. Kesakitan yang aku tidak mampu bendung lagi. Aku memegang dadaku menahan sakitnya jiwa menanggung kesedihan itu sejak sekian lama.

“Maafkan ibu Adam...maafkan ibu...Adam tak salah. Adam tak salah sayang.” Aku menangis teresak-esak.

“Ariana.....” Aku dengar namaku dipanggil seseorang. Aku menoleh. Wajah Adam nampak risau.

“Miss....are you okay?” Tanya seorang pramugari yang kebetulan lalu.

Aku mengangguk. “Boleh bagi saya segelas air.” Pintaku. Pramugari itu mengangguk sebelum beredar.

“You mimpi apa yang sangat menakutkan, sampai you menangis begini?” Soal Adam, sepupu Firqin. Wajahnya nampak gusar.

Aku menggeleng sambil aku mengesat airmata di pipi. Terus aku buang pandangan ke luar tingkap. Tidak ada mood untuk berbual.

“You rehat ya.” Tambahnya yang memberi privasi kepadaku.

Sepanjang perjalanan sehingga pesawat mendarat, Adam tidak lagi mengajak aku berbual. Cuma dia ada menawarkan diri untuk membantuku membawa bagasi dan menghantarku pulang tetapi aku menolak. Aku tak mahu nak susahkannya pula.

Selepas kami melepasi pemeriksaan imegresen, aku mencapai bagasi. Meninggalkannya di belakang. Namun Adam lebih pantas memintasku.

“Kakak Ariana....I hantar balik ya. Nanti I suruh abang I hantar kakak ke rumah. Risau pula I biar akak balik sorang dengan keadaan pucat macam ni. Nanti apa yang I nak cakap pada Abang Kin bila dia tanya kenapa I biarkan akak macam tu aje.” Adam cuba memujukku.

“Adam....” Aku cuba memberi alasan. Namun Adam lebih cepat dariku.

“Kakak Ariana. Just say yes boleh.” Dia mendesak.

Aku diam.

“I nak ke toilet sekejap. You tunggu sini. Sekejap lagi my brother sampai.” Katanya sebelum bergegas ke bilik air.

Aku tidak tunggu lama. Aku terus berjalan untuk ke kaunter tiket KLIA Transit. Ketika aku sedang mencari beg dompet di dalam beg sandangku, tiba-tiba aku dilanggar seseorang. Aku tersadung ke depan. Aduh! Sakitnya.

Aku memandang ke arah lelaki asing yang nampak tergesa-gesa itu. Dia hanya memohon maaf dan beredar begitu sahaja. Perlahan-lahan aku cuba untuk bangun.

Aku terkejut apabila aku lihat ada seseorang menghulurkan tangan untuk membantuku. Aku beralih memandang ke arah wajahnya. Aku tidak mengenali lelaki itu. Aku bangun sendiri. Tidak menyambut huluran tangannya.

“Awak okay Miss?” Soalnya lembut.

Aku mengangguk. “Terima kasih.” Balasku ringkas kepada lelaki yang berpakaian pejabat itu. Lelaki itu kemudiannya membantu mengutip barang-barangku yang terkeluar dari beg sandang dan menghulurkan kepadaku. Dia juga membantu mengangkat bagasiku.

“Thank you.” Ucapku lagi sambil tersenyum.

“Welcome.” Dia  membalas senyumanku.

Aku terus beredar. Selepas membeli tiket, aku sempat menoleh ke arah belakang. Aku perasan lelaki tadi masih lagi memandangku. Aku menundukkan kepala. Tanda terima kasih sekali lagi kepadanya.

"Miss...Miss tunggu sekejap."Panggil lelaki itu sambil dia mula berjalan mendekatiku.

Aku tiba-tiba rasa takut apabila lelaki yang tidak aku kenali itu cuba merapatiku. Dengar kadar segera aku melarikan diri dengan menyelit di celah-celah orang ramai yang sedang lalu lalang sebelum aku bersembunyi di sebalik tiang. 

"Apa yang lelaki tu nak dari aku? Ish...tak nak cari pasal lagi lah." Aku berkata pada diri sendiri sambil mataku tidak lepas memerhatikan lelaki yang mengekoriku itu.





Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku