Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
Bab 24 - Tuan muda sombong!
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015
Dapatkan Novel Hai Handsome! akan datang di kedai-kedai buku berhampiran Julai 2017 ini. Sekarang ini sudah boleh Pre-order dengan saya sendiri :) pm FB atau Instagram sy ya. Thanks you so so much utk semua yang sentiasa menyokong karya saya. Alhamdulillah. Satu lagi jangan lupa utk follow novel ke-2 saya di portal ilham berjudul My Love, Encik Sombong. Ikuti sy di FB : Idya Mohd Nor dan instagram : idyamohdnor
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10082

Bacaan






Bab 24

“Get up...get up!” Suara kasar seorang lelaki mengejutkanku. Dengan mata yang masih berat aku cuba mengenal pasti gerangan lelaki yang terasa begitu dekat dengan wajahku. Alangkah terkejutnya aku sebaik saja aku membuka mata, wajah seseorang betul-betul berada hanya sejengkal jauh dari wajahku. Dalam keadaan yang cemas, aku terus bangun dari pembaringan.

“Auch sakitnya!” Lelaki itu memegang batang hidungnya.

“Saya minta maaf.” Pintaku. Kerana aku tergesa-gesa bangun dari pembaringan tadi, kepalaku terhantuk dengan hidungnya.

Lelaki itu mengesat darah yang keluar dari lubang hidungnya. Aku menghulurkan tisu tapi tidak disambutnya. Darah di hidung di kesatnya dengan belakang tangan. 

“Kau ni memang suka menyusahkan orang kan?” Marahnya. Dijelingnya aku.

“Tapi kepala saya sakit jugak apa. Saya tak sengaja lah Encik. Siapa suruh Encik duduk dekat-dekat dengan muka saya. ” Jawabku sambil memegang kepalaku. Geram kerana tiba-tiba dijeling pula.

“Aku nak kejutkan kau. Tidur macam orang tak sedar diri. Tahu tak dah pukul berapa sekarang ni. Dah pagi, aku nak balik.” Balasnya. Encik Izzaz yang duduk di atas kerusi yang terletak di sisi katil.

Aku memandang sekeliling. Baru tersedar yang aku mungkin sedang berada di hospital. Benar tekaanku. “Kenapa Encik bawa saya ke sini? Dah pagi?” Soalku bagaikan baru tersedar dari simptom hilang ingatan pula.

Aku memandang lelaki yang sedang duduk itu. Soalanku tadi dibiarkan sepi. Aku melihat dia bagaikan sedang melakukan senaman ringan dengan menggerak-gerakkan tangannya.

“Encik bersenam ke?” Soalku tiba-tiba. Saja nak tahu aje. Terasa pelik melihat kelakuan yang aneh di mataku.

Dia menoleh ke arahku. Matanya tajam menjelingku. “Senaman? Did you call this as an excercise?” Dia tergelak sinis.

Aku masih diam. Masih tidak faham dengan perkataan-perkataan yang bernada berbisa yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Tangan aku sakit sebab angkat kau malam tadi tau. Berat macam badak. Kau pengsan malam tadi. Kau tak ingat dah ke?”

Walau sakit hati mendengar nada yang tidak enak itu, mindaku masih cuba mengimbas apa yang berlaku malam tadi. Selepas kemalangan tu, aku pengsan. Aah lah..aku pengsan dan lelaki ni yang sambut aku ketika itu! Aku mengetap bibirku sambil mataku memandangnya.

“Sekarang dah ingat semua? Bangun! Dah pagi ni aku nak balik. Lagi cepat settle kes accident malam tadi, lagi bagus.”

Aku perlahan-lahan turun dari katil. Mataku mencari beg tanganku.

“Atas almari tu.” Kasar bunyi suara itu.

Aku sempat menjelingnya. Kenapa lah dengan lelaki ni, dari malam tadi asyik nak marah-marah aje. Aku tahu lah aku yang langgar kereta mahal dia, karang aku gantilah. Bukan aku lari pun. Ish...lelaki jenis macam ni menyusahkan. Senang cerita, semua lelaki macam tu. Hatiku rasa jengkel.

Aku capai beg di atas almari. Kini tercari-cari pula kasutku. Mana pulak kasut aku ni? “Ni kasut kau.” Mr. Lion King menyepak kasutku yang berada di bawah kerusi yang diduduknya. Aku mengetap bibir, menahan geram. Aku memandang wajahnya. Mr. Lion King tu dengan muka selamba mengangakat kedua-dua belah keningnya. Kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh. Berlagak sungguh! Ingat kau hensem ke? Kutukku di dalam hati.

“Cepatlah! Terhegeh-hegeh betul!” Mulut jahatnya memberi arahan.

“Encik ni datang bulan ke?” Mulut jahat aku pula menyoal.

Bulat matanya memandangku. Jarinya dituding tepat ke arahku. Namun ketawa seseorang yang baru masuk ke dalam bilik wad membuatkan perbuatannya terhenti. Mata kami berdua beralih kepada seorang lelaki yang memakai jubah putih.

“Betul kata Miss tu. Dia ni memang datang bulan selalu. Sejak dari dulu lagi.” Kata doktor itu dengan ketawa yang masih bersisa.

Encik Izzaz a.k.a Mr. Lion King hanya buat buka meluat sambil tangannya memeluk tubuh apabila doktor itu mengenakannya. Aku yang sedang terpingga-pingga turut tertanya-tanya apa yang sedang doktor itu katakan? Dan adakah mereka berdua ada hubungan? Nampak macam rapat.

“Saya Fairuz. Doktor Fairuz. Miss macam mana rasa pagi ni? Kepala tu masih sakit lagi ke?” Ramah doktor muda itu bertanya.

“Hah? Saya okay. Dah tak sakit.” Balasku.

“Izzaz ada cakap apa-apa ke pada awak? Jangan ambil hati sebab mulut dia memang jahat macam tu dari dulu lagi.” Tambah doktor itu lagi sambil dia memeriksa keadaanku.

Aku sekadar tersenyum. Muka Izzaz masam mencuka.

"How's her condition?" Mr. Lion King kembali bersuara.

“Tak ada apa yang serius. Dah boleh balik.”

“Good. Dah jom settle kat balai.” Lelaki itu bangun.

Doktor Fairuz menepuk bahu Izzaz. “Apa kau ni? Dengan perempuan cakap lah elok-elok. Cantik gila awek ni kot.” Walau pun berbisik namun aku masih dapat dengar dengan jelas kata-kata doktor itu.

“Kita breakfast dulu. Kau belanja Iz. Sebab kau tau aku kena stay sepanjang malam tadi.” Doktor Fairuz mengadu.

“Bukan sebab aku kau kena stay sepanjang malam tadi, tapi sebab perempuan clumsy ni.” Sinis dan pedih kata-kata dia. Lelaki itu terus keluar dari bilik itu.

Doktor Fairuz kembali memandangku. “Jangan ambil hati. Dia memang macam tu. Angin selalu, tapi hatinya baik. Jom kita sarapan dulu.” Pelawa doktor itu.

Aku cuba menelefon Norzie beberapa kali namun tidak dijawab. Hati aku semakin rasa tidak tenteram. Dah pagi, tapi aku masih gagal untuk mendapatkan bagi wang hutang Akmal. Janganlah apa-apa jadi pada Jie. Doaku di dalam hati.

Ketika aku sedang memilih makanan di tempat makanan, aku rasakan yang Encik Izzaz dan Doktor Fairuz bagaikan sedang bercakap tentang sesuatu yang serius dan sesekali mereka berdua menoleh ke arahku. Aku menelan liur bila tersedar yang Mr. Lion King sedang merenungku. Panahan matanya yang tajam itu mengerunkan! Rasa meremang bulu romaku. Tapi aku buat-buat tidak nampak saja. Lambat-lambat aku berpura-pura memilih makanan, supaya apabila aku kembali ke meja nanti, mereka berdua sudah selesai makan.

Tapi hampa. Mereka berdua seakan-akan menungguku. Mahu tidak mahu dalam keadaan terpaksa, aku kembali lah juga ke meja itu. Mr.Lion King merenung wajahku lama. Dalam. Macam tak pernah nampak perempuan saja gayanya.

“Kenapa Encik tenung saya macam tu? Jangan risau, saya akan bayar kerugian Encik tu.” Geram aku dengan tindakan beraninya yang sesuka hati aje merenungku itu.

Aku tergamam apabila tiba-tiba saja tangan lelaki itu menyelak rambut yang menutupi wajahku. Aku menepis tangannya. “Apa ni Encik! Encik jangan macam-macam ya. Encik jangan nak buat suka hati ya! Saya ada maruah tau. Saya masih mampu nak bayar kerosakan kereta Encik tu. Apa Encik ingat dengan duit, dengan kekayaan Encik ada tu boleh buat sesuka hati kat saya. Saya boleh mengadu kat polis tau, Encik ambil kesempatan kat saya. Ingat saya lemah ke, ni nampak penumbuk ni...” Panjang lebar aku memarahinya.

Hatiku semakin geram melihat senyuman yang terbit dari bibirnya. “Encik ni gila ke apa? Sekejap garang, sekejap elok..”

“Ishhh....” Aku semakin pelik apabila lelaki itu mengisyaratkan aku supaya diam. Aku memandang Doktor Fairuz yang turut tersengih-sengih ketika itu.

“Sah dua-dua gila.” Kataku sambil bangun dari kerusi.

“Encik nak selesai kan tidak hal kita? Saya serius ni. Encik jangan cabar kesabaran saya.” Kataku kali ini berbau ugutan.

Mr. Lion King tiba-tiba ketawa. Matanya tiba-tiba berkaca. “Kenapa lah aku tak sedar Fai yang dia sebenarnya ada betul-betul depan mata aku. Kemalangan ni satu keajaiban! Dia sebiji macam mama.” Si Pemilik Cayennes gelak macam orang gila.

“I guarantee she can do it Iz. She will help you.” Suara Doktor Fairuz menambah.

“She totally like Umi. Her face, her words and her temper.” Izzaz tidak lepas dari merenung wajahku.

Aku dah malas nak layan. Aku terus berpusing dan mahu segera beredar. Kalau lelaki itu nak ganti rugi pandai-pandailah dia cari aku. Aku bukan murah yang sesuka hati dia nak marah tinggi suara bagai depan aku, nak pegang aku. Aku tak ada masa nak layan topik yang mereka berdua sedang bincangkan itu yang aku tak tahu pucuk pangkal ceritanya. Mengarut! Sengaja ambil kesempatan! Lelaki tak guna!

Aku masih ada banyak benda lagi yang nak difikirkan. Hari ini merupakan hari penting untuk aku. Aku harus kuat untuk berjumpa dengan Along yang tidak pernah aku rancang untuk terlibat di dalam hidupku.

Aku tersentak bila aku terasa bahuku dipegang dari belakang. Aku berpusing. Lantas tangan lelaki yang sedang memegang bahu itu aku pegang dan aku pusingkan ke belakang badannya. Baru dia rasa, sesuka hati pegang aku kan.

“Sakit lah.” Dia mengerang.

“Rasa kan. Suka hati aje nak pegang orang.” Kataku.

“Ini aje ke yang mampu awak buat? Tak sakit pun. But nice try.” Aku terkejut apabila  mendengar lelaki tu tiba-tiba ketawa.

Entah bagaimana aku sendiri tidak sedar bila, Encik Izzaz tu pusingkan badannya dan aku pula yang terkunci di dalam pelukannya! Bulat mataku memandang wajahnya. Tapi dia bagaikan mengejek aku sinis.

“Lepaskan saya!” Bentakku cuba untuk melepaskan diri.

Doktor Fairuz bangun dari kerusi. “Err....suami isteri gaduh biasalah. Hahaha....” Katanya apabila ada beberapa orang yang sedang makan di kafeteria itu turut memerhatikan adegan yang sedang berlaku.

“Lepas...” Ujarku sambil mengetap bibir.

“Aku akan lepas tapi kau kena janji kena dengar cakap aku.”

“Siapa kau nak beri arahan?” Aku meninggi suara. Habis geram dah!

Mr. Lion King masih mempamerkan wajah selamba. Muka minta penyepak. “Pemilik Cayennes S Hybrid berharga RM 745,00.00 ribu ringgit.”

Aku menelan liur. Namun mataku  masih menjeling wajah itu.

“Kalau iya pun kau nak ganti rugi, lepas kan aku boleh? Kau siapa nak pegang dan peluk aku? Kita kenal pun tak sampai 24 jam.” Bentakku lagi.

“Kan aku kata tadi kau kena janji dulu.” Masih tidak mahu mengalah.

Aku melepaskan satu nafas berat. “Baiklah aku janji.”

“Betul ni?” Serkapnya.

“Janji.”

Bila saja dia meleraikan tangannya dari tubuhku, sepantas kilat aku menyepak kaki kanannya. “Itu janji aku untuk kau. Bye.” Izzaz memegang dan mengusap-usap lututnya.

"Sakitlah. Aku akan saman kau nanti. Kau tak kenal siapa aku lagi." Lelaki itu mengugutku.

"Saya kenal, awak tu ada wayar putus kat dalam kepala." Jawabku selamba.

Aku melangkah pergi namun pergelangan tanganku segera disambar lelaki itu. Cengkaman tangannya yang kuat membuatkan aku mengerang kesakitan.

“Kau nak apa?” Aku cuba melepaskan diri.

Doktor Fairuz cuba meleraikan persengketaan kami. “Tak elok gaduh kat sini. Orang ramai tengok ni.”

Encik Izzaz memandang sekilas rakannya itu sebelum dia mengheret tanganku untuk mengikutinya. Aku semakin takut dengan keadaan ini. Adakah lelaki ini pesakit yang baru terlepas dari hospital mental? Kata-kata dan perbuatannya kasar. Aku benci. Aku tak suka.

“Lepas lah. Kau ni gila ke apa?” Teriakku tetapi lelaki itu hanya buat tidak tahu.

“Kau yang gila. Ni hospital yang kau jerit-jerit tu kenapa.” Balas lelaki itu.

Lelaki itu membawa aku ke keretanya dan memaksa aku masuk ke dalam keretanya.

“Tak nak lah. Lepas. Kau nak bawak aku ke mana? Saya jerit nanti.”

“Jeritlah. Nanti aku kata kau jagi gila lepas langgar kereta aku. Nak ke balai polis lah. Aku nak dakwa kau. Pertama sebab langgar kereta aku dan yang kedua kau sepak aku tadi.” Matanya tajam menikam wajahku. Dia menutup pintu kereta di tempat duduk penumpang depan sebelum dia masuk ke tempat duduk pemandu.

“Yang kau menangis ni kenapa?” Soalnya.

Aku takut. Aku tak kenal siapa lelaki di sebelah ketika itu. Apa yang akan dilakukan terhadapku? Dengan siapa harus aku minta tolong ketika itu. Tangisanku semakin kuat dan bertambah teresak-esak.

“Saya merayu tolong jangan apa-apa kan saya.” Rayuku.

“Kenapa kau nak takut sangat ni? Aku tak akan apa-apa kan kau lah. Relaks sudah.” Suara Izzaz tidak sesinis dan setegang tadi.

“Saya akan bayar ganti rugi Encik tu. Saya mohon Encik tolong jangan apa-apa kan saya. Saya tahu kereta Encik ni mahal tapi saya janji akan bayar semua kos kerosakan kereta tu.”

“Itu aje ke?” Soalnya.

Aku memberanikan diri memandang wajahnya yang nampak merah ketika itu. “Saya minta maaf sepak awak tadi.”

“Siapa nama kau?” Izzaz serius menyoalku.

“Err...Maya. Maya Ariana.” Jawabku teragak-agak.

Dia mengadapkan wajahnya ke arahku. “Maya Ariana, kau dengar sini baik-baik. Aku Izzaz tak akan tuntut satu sen duit pun ganti rugi dari kau. Aku cuma nak kau ganti dengan benda lain.”

“Benda apa maksud awak ni?” Aku berfikir negatif. Perasaan panik mula menguasai diri.

“Kau dengar dulu boleh tak. Jangan panik dan menggelabah boleh!”

“Okay....sorry aku tinggi suara kat kau. Aku nak tawarkan sesuatu yang bagus untuk kau. Kau tak perlu bayar ganti rugi kereta ni, aku nak minta kau satu aje.” Sambungnya.

“Mintak apa?” Soalku teragak-agak.

Agak lama Izzaz diam bagaikan fikir sesuatu sebelum matanya tepat memanah mataku. “Aku nak kau menyamar jadi adik aku!”

“Hah?” Aku benar-benar terkejut.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku