Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
-Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015
Dapatkan Novel Hai Handsome! akan datang di kedai-kedai buku berhampiran Julai 2017 ini. Sekarang ini sudah boleh Pre-order dengan saya sendiri :) pm FB atau Instagram sy ya. Thanks you so so much utk semua yang sentiasa menyokong karya saya. Alhamdulillah. Satu lagi jangan lupa utk follow novel ke-2 saya di portal ilham berjudul My Love, Encik Sombong. Ikuti sy di FB : Idya Mohd Nor dan instagram : idyamohdnor
Penilaian Purata:
(22 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8468

Bacaan






                                            "Maya pandang aku." IZZAZ                                                

“Maya? Maya tolong jangan macam ni.” Suara Izzaz yang memanggilku membuatkan aku tersedar dari terus melayan perasaan sedih.

Aku segera membasuh tanganku dan mengelap sisa airmata di pipi sebelum keluar dari bilik air itu. Sebaik saja aku keluar Izzaz sudah menantiku. Wajahku direnungnya lama. Aku pula cuba mengelak dari bertentang mata dengannya kerana perasaan malu masih menyelubungi diriku tatkala itu.

Aku hanya memandang wajah lelaki itu apabila sehelai sapu tangan dihulurkannya kepadaku. “Tak salah untuk menangis Maya. Akan rasa lebih lega apabila dapat lepaskan kesakitan dalam hati tu. Tapi tak berbaloi rasanya untuk kita menangisi orang yang langsung tidak menghargai kasih sayang yang kita berikan kepada orang tu.” Lembut Izzaz memujukku sambil sapu tangan itu diletakkan di atas tapak tanganku.

“Saya...saya malu Izzaz. Saya malu dengan awak, awak dah dengar kan semuanya tadi? Dah ternyata saya ni bukan calon isteri yang baik untuk awak. Maafkan saya kerana libatkan awak dengan masalah keluarga saya.” Ujarku hiba.

Izzaz membawaku ke satu sudut yang agak tersembunyi di lobi hotel itu. Dia kemudiannya berdiri di hadapanku. “Maya pandang aku.” Pintanya. Dalam keadaan yang teragak-agak aku mendongak mencari matanya.

“Apa yang nak dimalukan Maya? Kau tak buat salah apa-apa pun. Sepatutnya Mama dan Kak Long kau yang patut rasa macam tu. Aku tak cakap apa-apa pun pasal hal yang aku dengar tadi tu. Kita masing-masing ada sejarah dan kisah hidup masa lalu, yang baik, manis ataupun pedih. Begitu juga dengan aku dan semua manusia atas muka bumi ni. Apa yang aku dah dengar dan nampak tadi tu aku anggap aje sekurang-kurangnya aku dah tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang keluarga kau.” Izzaz cuba menyedapkan hatiku dengan berkata seperti itu.

“Izzaz...” Aku tidak tahu untuk berkata apa ketika itu. Hanya namanya saja yang terbit di bibirku.


                        

                        “Mesti cantik gambar perkahwinan kita nanti kan?" IZZAZ

“Mana ada comot. Awak ni saja mengusik saya kan.” Aku menilik wajahku di dalam sebuah cermin yang terdapat di belakangku.

Aku terkesima apabila Izzaz mendekati dan berdiri di belakangku. Kami saling berpandangan melalui cermin tersebut. Agak lama kami berdua saling berpandangan tanpa bicara. Mungkin hanya hati kami saja yang berbicara ketika itu.

“Mesti cantik gambar perkahwinan kita nanti kan? Macam yang kita tengok dalam cermin inilah. Hanya ada kau dan aku.” Izzaz seakan berbisik kepadaku.

“Awak serius ke Izzaz untuk teruskan semua ni?” Kali ini aku benar-benar bertanya dari hati ke hati.

Izzaz mengangguk. “Kau boleh simpan kontrak setahun tu dan aku akan tambah syarat-syarat tambahan yang aku katakan hari tu untuk bantu anak-anak Norzie. Tapi Maya jujur aku akui, sebenarnya apa yang aku sedang buat ni bukan semata-mata hanya kerana kontrak tu saja, tetapi juga kerana aku sebenarnya dah mula sukakan kau.” Pengakuan Izzaz itu terus membuatkan aku terpaku.

“Izzaz, boleh awak jawab beberapa soalan saya dengan jujur?” Soalku pula.

Izzaz mengangguk.

“Kalau kita batalkan kontrak tu dan tidak menjadikan syarat-syarat di dalam perjanjian itu sebagai sebab untuk kita berkahwin macam mana?” Soalku.

Izzaz nampak bingung. “Maksud kau?”

Aku menarik nafas sebelum menyambung kata-kataku. “Maksud saya adalah awak batalkan syarat-syarat yang awak tulis dalam kontrak tu kecuali syarat baru yang awak katakan tadi iaitu akan bantu Adib dan Dania. Kita batalkan terus kontrak tu. Saya akan kahwin dengan awak tanpa sebarang syarat, kontrak mahu pun perjanjian. Kita kahwin macam pasangan yang lain. Saya tak nak terikat dengan mana-mana kontrak untuk membina sebuah perkahwinan. Bagi saya perkahwinan tu satu hubungan yang suci dan perlu dihormati. Niat untuk memulakan hubungan tu haruslah baik.” Kataku lebar tentang pendirianku tentang perkahwinan dan sebab mengapa aku tidak bersetuju dengan rancangannya sejak dari awal.

Izzaz tersenyum lebar dan wajahnya nampak begitu berseri-seri. “Baguslah akhirnya kau fikir jugak apa yang aku fikirkan. Itulah maksud sebenar aku bila aku melamar kau tempoh hari bila aku katakan yang aku ikhlas untuk memperisterikan kau Maya.”

Aku menoleh menghadapnya. “Habis kontrak tu? Bukan ke awak kata nak pinda kontrak tu dan jadikan ianya sebab untuk paksa saya kahwin dengan awak?” Soalku.

Izzaz ketawa. “Yang itu sebenarnya back up plan aku. Bila kau asyik kata tak nak kahwin dengan aku, aku terpaksalah guna kontrak tu sebagai syarat untuk kau bersetuju.” Akuinya.

“Izzaz.” Aku mengetap bibirku geram.

“Sekurang-kurangnya aku jujur dengan kau sekarang ni. Tapi betul apa yang kau cakap tadi tu Maya yang ikatan perkahwinan tu kan tak sepatutnya bersyarat sebab hubungan itu kan suci dan memerlukan niat yang baik untuk memulakannya. Jadi sebagai langkah yang baik ke arah niat kita tu, apa kata sekarang ni kita jumpa Abah dan Abang kau yang mungkin dah lama tunggu kat dalam tu.” Izzaz mengangkat kedua belah keningnya sambil bibirnya masih terukir senyuman.


                                           

                                               "Maya minta maaf Abah." MAYA

“Saya Izzaz Rayqal, Datuk.” Izzaz memperkenalkan dirinya.

“Saya kenal kamu. Kita pernah jumpa masa meeting di Putrajaya bulan lepas. Lagipun saya kenal arwah ayah kamu, sangat berdedikasi orangnya.” Balas Abah. Izzaz mengangguk tanda hormat.

Aku memandang Abang Bukhary lalu sebuah senyuman aku berikan untuknya. Abang Bukhary memandangku dan Izzaz silih berganti. “Sejak bila korang berdua berkenalan ni? Kenapa Abang tak tahu pun Maya? Kau pulak Izzaz macam mana boleh kenal dan tackle  adik aku ni?” Bahu Izzaz ditepuknya.

“Accident. Kami kenal ketika kami berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya.” Ujar Izzaz yang terus membuatkan Abah dan Abang Bukhary memandangku.

“Kemalangan? Maya okay tak masa tu? Macam mana boleh jadi?” Soal Abah bertubi-tubi. Riak risau terpancar di wajahnya. Aku senyum melihatnya kerana aku sedar yang Abah sebenarnya masih mengambil tahu tentang diriku.

“Maya yang salah sebab langgar Izzaz. Maya tak apa-apa Abah cuma kepala luka sikit aje. Izzaz terus bawa Maya ke hospital terus lepas kejadian tu. Abah tak perlu risau ya, Abang pun sama.” Jawabku bersama senyuman yang tidak lekang dari mulutku.

“Baguslah kalau macam tu. Maya tu berahsia sangat orangnya sampai kadang-kadang sanggup tanggung masalah sorang-sorang.” Tambah Abang Bukhary.

Aku mencapai tangan Abah di atas meja dan aku genggam lama. “Maya rindu pada Abah. Maya minta maaf sebab dah lama tak jenguk Abah.” Bergenang airmata di peluput mataku. Abah mengangguk perlahan.

Izzaz berdehem. “Datuk, maaflah kalau kejadian tu buat Datuk risau. Tapi syukur Maya tak ada apa-apa dan kerana itu juga saya dapat kenal Maya. Dia istimewa bagi saya, Datuk.” Izzaz memujiku di depan Abah.

Abah tersenyum mendengarnya. “Maya betul ke nak kahwin dengan Izzaz ni?” Abah bertanya kepadaku.

Aku memandang wajah Izzaz yang nampak pucat ketika itu. Wajahnya berpeluh-peluh nampak sangat dia juga panik sebenarnya untuk berdepan dengan Abah dan Abangku. Aku mengangguk. “Betul Abah.” Aku tidak pasti jawapanku itu sebenarnya datang dari hatiku atau hanya meniti di bibirku saja.

Izzaz memandang wajahku bersama sebuah senyuman yang sukar untuk aku mengertikan. Senyuman itu tidak nampak seperti selalu kerana kali ini senyumannya itu nampak begitu ikhlas dan menyakinkan.

“Izzaz pula macam mana? Apa janji Izzaz boleh bahagiakan anak Uncle?” Soalan serius Abah itu membuatkan Izzaz nampak tidak senang duduk.

Aku menahan ketawa yang ingin meledak tatkala melihat wajah kalutnya ketika itu. ‘Selalu kau buat muka serius kan bila menyoal aku, sekarang baru kau rasa bila Abah soal kau soalan serius macam tu.’ Aku ketawa di dalam hati.


                        “Abah ni saja nak kutuk Maya depan Iz kan?" MAYA

Abah menggeleng sambil tersenyum. “Maaflah Izzaz, anak Uncle ni memang nakal sikit. Mulut tu kalau tak menjawab tak sah. Memang dari kecil macam ni. Nanti bila dia dah jadi milik kamu, Uncle minta kamu jagalah dia elok-elok ya. Kadang-kadang perangai dia yang suka menjawab dan melawan tu memang menyakitkan hati sikit tapi dia tak maksud betul-betul pun. Maya ni hatinya baik dan mudah lembut. Percayalah Iz, selepas dia buat perangai tu kita akan rasa terubat dengan sifat manja dan ambil beratnya yang penuh kasih sayang terhadap kita. Kamu rasalah sendiri perasaan tu nanti ya. Betul tak Bukh?”

Abang Bukhary mengangguk. Aku memandang wajah abangku yang nampak sedikit berubah ketika itu. Di dalam hati aku berdoa semoga Abang Bukhary tidak lagi menyimpan perasaan terhadapku dan mudah-mudahan hatinya sudah terbuka dan diserahkan kepada isterinya yang lebih berhak untuk menerima cinta dan kasih sayangnya.

“Abah ni saja nak kutuk Maya depan Iz kan? Mana ada Maya suka menjawab.” Aku memuncungkan bibirku.

“Yang aksi muncung bibir ni salah satu perangai manja dia lah ni.” Abah menyakatku lagi.

“Abah...sudahlah tu.” Aku memang kedua-dua belah pipiku yang terasa bahang.

Wajah Izzaz aku pandang. Lelaki itu sedang tersenyum lebar sambil matanya yang kelihatan bersinar-sinar itu sedang menghantar satu pesanan kepadaku. Pesanan cinta mungkin!

“Saya dah ada point untuk sakat dia nanti Uncle, terima kasih sebab kongsi rahsia tu.” Izzaz ketawa sambil dia membuat muka mengejek di hadapanku.

“Bukan menyakat Abah, tapi point untuk buli Maya nanti adalah.” Aku mengetap gigiku di depannya.

“Kamu berdua ni dah nak kahwin selalu bergaduh macam ni lagi ke?” Abah menyoal.

“Mana ada Uncle. Saya ni aje yang selalu suka usik Maya. Saya suka tengok muka dia bila saya buat dia macam tu. Lepas tu Maya pulak suka buat muka depan saya, makin nampak comel lah. Itu yang buat rasa hati saya rasa terhibur dan makin menjadi menyakatnya.”

Aku mencebik mendengarnya. ‘Iyalah tu. Depan Abah aku bukan main manis lagi mulut kau ya, padahal suka membuli aku tu adalah hobi masa lapang kau kan?” Aku mengata di dalam hati.


                                                       "Ya, saya sudi." MAYA

“Malam ni bersaksikan Uncle dan Bukhary, saya dengan hati yang ikhlas meminta izin untuk jadikan Maya sebagai suri hidup saya yang saya akan jaga, lindungi dan beri kasih sayang kepadanya setulus hati saya sehingga ke hembusan nafas terakhir saya.” Izzaz bagaikan sedang melafazkan ikrar di hadapan Abah dan Abang Bukhary.

Aku terpana tatkala Izzaz mencapai tanganku dan perlahan-lahan sebentuk cincin bermata satu berbatu berlian disarungkannya ke jari manisku. “Maya Ariana, sudikah awak terima saya Izzaz Rayqal lelaki yang tak berapa sempurna ini sebagai suami awak? Dan juga adakah awak rela untuk jadi isteri, peneman dan kawan baik saya sampai akhir hayat?”

Izzaz sedang melamar aku ke ni? Iyalah Maya! Aku bagaikan tidak percaya yang Izzaz sedang melamar aku untuk menjadi isterinya di hadapan Abah dan Abang Bukhary. Ini kali pertama di dalam hidupku seorang lelaki betul-betul melamar diriku untuk dijadikan isteri. Dengan perasaan yang terkejut, terharu, gembira dan hiba, tanpa berfikir panjang lagi aku terus mengangguk bersetuju. Aku sendiri tidak tahu kenapa hatiku begitu kuat bersuara menyuruh aku menerima lamaran itu.

“Ya, saya sudi.” Jawabku.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku