Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
-Sedutan Bab 48 - L.O.V.E
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015
Dapatkan Novel Hai Handsome! akan datang di kedai-kedai buku berhampiran Julai 2017 ini. Sekarang ini sudah boleh Pre-order dengan saya sendiri :) pm FB atau Instagram sy ya. Thanks you so so much utk semua yang sentiasa menyokong karya saya. Alhamdulillah. Satu lagi jangan lupa utk follow novel ke-2 saya di portal ilham berjudul My Love, Encik Sombong. Ikuti sy di FB : Idya Mohd Nor dan instagram : idyamohdnor
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8035

Bacaan







                          “It’s okay if you don’t know how much I love you,

                          because I'll show you what is L.O.V.E, love!”IZZAZ

Aku senyum ke arah seorang pramugari yang cantik jelita yang berdiri di pintu masuk pesawat itu. Senyuman manis dan ucapan selamat datangnya membuatkan aku rasa betul-betul dihargai sebagai seorang penumpang syarikat penerbangan yang berkelas ini. Aku kemudian mencari nombor tempat duduk yang tertera di atas tiket penerbangan yang ada di tanganku. Aku duduk di sebuah kerusi yang betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Tiba-tiba mataku bertembung dengan mata seseorang yang aku kenali. Gadis itu melemparkan senyuman kepadaku. Dia juga merupakan salah seorang krew penerbangan ke Auckland rupa-rupanya. Aku membalas senyumannya itu sambil fikiranku kembali mengingati bagaimana kami berdua berkenalan yang aku kira lebih kurang sejam yang lalu.

Pertemuan kami bermula ketika aku sedang berjalan seiringan dengan Izzaz ketika kami sampai di lapangan terbang. Ketika aku dan Izzaz sedang menarik bagasi masing-masing, gadis muda yang mungkin dalam lingkungan awal 20 an itu tiba-tiba datang dan menegur Izzaz dengan begitu mesra sekali.

“Hai Iz mana you pergi? Lama dah I tak nampak you.” Ujar gadis muda itu sambil lengan Izzaz diraihnya.

Player rupanya mamat ni.” Kataku di dalam hati sambil bibirku menguntum sebuah senyuman yang tidak ikhlas.

Izzaz senyum dan ketawa buat-buat. Wajahnya berubah sambil dia memandang ke arahku dan gadis itu silih berganti. Perlahan-lahan dia meleraikan tangan gadis itu dari lengannya.

“Mia...let me introduce this is Maya, and she is my wife.” Ujar Izzaz sambil tersenyum kepadaku. Senyum takut!

Oh sorry. I tak tahu you dah kahwin Iz. Puan Maya I minta maaf. I teruja dah lama tak jumpa kawan-kawan.” Gadis itu cuba membuat penjelasan. Wajahnya juga nampak serba salah.

“No, it’s okay.” Balasku masih tersenyum. Gadis itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

“Dia bukan sesiapa dengan saya Maya. Saya anggap dia macam kawan-kawan, adik sebab dia muda.” Jelas Izzaz tanpa aku pinta.

“Saya tak cakap apa-apa pun. Suka hati lah awak nak kawan dengan siapa pun, saya tak kisah pun Iz.” Kataku selamba tanpa ada rasa perasaan. Jauh sekali nak rasa cemburu.

Wajah Izzaz nampak berubah mendengar kata-kataku. “Sikit pun tak rasa apa-apa bila ada perempuan lain pegang lengan saya?”

Aku sekadar mengangkat bahu dan menarik muka masam.

Izzaz senyum. “Mengaku ajelah awak jealous kan?” Hidungku dipicitnya.

Aku menarik tangannya dari memegang hidungku. “Pedihlah Iz.”

Izzaz ketawa sambil wajahku direnungnya. “Saya harap awak gembira saya bawa awak pergi jalan-jalan ni. Pergi honeymoon.” Dia seakan berbisik di telingaku.

“Umi yang paksa saya ikut awak lah.” Balasku kerana memang benar Umi yang beriya-iya menyuruh aku dan Izzaz pergi berbulan madu ke luar negara dan aku tidak sangka pula Izzaz memilih Auckland, New Zealand sebagai destinasi percutian kami. 

Aku tidak pasti ini merupakan satu kebetulan ataupun rancangannya kerana aku kan pernah ke sana sebelum ini dan di sanalah aku bertemu dengan Firqin. Aku bertambah bingung apabila setiap kali memikirkannya, namun aku tidaklah mahulah melulu menuduh Izzaz yang bukan-bukan pula.

“Tiba-tiba saya rasa seronok pulak sebab flight saya kali ni ada awak. Awak patut rasa bertuah sebab saya yang akan bawa kapal terbang tu ke sana.” Ujar Izzaz bangga.

Aku memandang ke arah uniform yang tersarung di tubuhnya. Benar penerbangan ke Auckland kali ini akan dikendalikan olehnya. Dalam hatiku sebenarnya ada terbit rasa bangga dan teruja kerana ini kali pertama aku akan menaiki pesawat yang dikendalikan olehnya. Kalau sebelum ini aku banyak tahu tentang kerjayanya hanya melalui dari cerita-ceritanya saja, kali ini aku berpeluang merasai dan melihat sendiri bagaimana dia menjalankan tugasnya sebagai pengemudi di awan biru, kerjaya yang selalu menjadi kebanggaannya setiap kali dia bercerita itu.

Aku mengangguk dan senyum kerana aku tidak mahu merosakkan mood nya yang mungkin sedang teruja ketika itu. “Okay saya harap awak dapat bawa saya dengan selamat ke sana.” Kataku.

Izzaz senyum. “Tiba-tiba rasa nervous pulak!” Dia ketawa.

“You are awesome! Don’t worry. I know you are a good pilot,kan captain?” Aku mengusiknya.

Izzaz nampak lebih bersemangat setelah mendengar kata-kataku itu. Dia kemudiannya menggaru-garu pipinya namun senyuman masih tidak lekang dari wajahnya.

“Pipi awak kenapa?” Tanyaku. Izzaz menggeleng.

“Pipi saya ke ada apa-apa?” Aku mengusap pipiku.

Aku bertambah pelik apabila Izzaz ketawa lebih kuat dari tadi. “Pipi awak tak ada apa-apa, cuma saya rasa saya akan jadi lebih awesome kalau awak kiss pipi saya ni!” Mula lah perangai dia yang suka mengusik tu.

Aku buat muka di depannya. “In your dream, bye!”Balasku sebelum aku menarik bagasiku dan mula meninggalkannya.

“Maya, you know how much I love you right?”Ujar Izzaz sambil dia mengikutiku di belakang.

“No, I don’t know.”Balasku selamba.

“So you don’t know?”Tanya Izzaz pula apabila dia kembali jalan seiring denganku.

Aku menggeleng.

“It’s okay if you don’t know how much I love you, because I’ll show you what is L.O.V.E, love!”Izzaz senyum. 

Suaranya kedengaran romantik di telingaku. Dia mengenyitkan matanya ke arahku sebelum bagasi di tanganku dicapai dan ditariknya. Aku senyum. Namun aku sendiri tidak pasti atas sebab apa aku menguntum senyuman itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


             “Apa kenalah dengan Si Singa tu tiba-tiba hantar surat pulak ni?" MAYA


Aku mengangguk sambil tersenyum. Aku fokus memasang telinga ketika aku mula terdengar sesuatu. Suara Izzaz! Spontan sebuah senyuman terbit di bibirku.

“Good night ladies and gentlemen, this is your captain speaking. My name is Izzaz Rayqal. Welcome to flight 19 bound to Auckland. The flight is gonna take roughly about 9 hours and weather looks to be okay but I’ll updates you once we are airborne. Hope you make yourself comfortable and if there's anything you need our cabin crews will gladly assist you. Thank you and enjoy your flight.” Lancar Izzaz memberi welcoming brief kepada para penumpang penerbangan kali ini.

Aku pula yang tiba-tiba rasa berdebar apabila kapal mula bergerak untuk take-off. Nampaknya Izzaz memang menjalankan tugasnya dengan bagus di hadapan sana dan kapal terbang tersebut dapat take- off dengan sempurna.

“Betul lah kata akak tadi, tak rasa bergoncang langsung bila take-off  tadi. Nama akak siapa ya? Saya Sofea.” Kata gadis itu.

“Maya, Maya Ariana.” Kataku.

“Cantik nama akak, secantik orangnya.” Puji Sofea.

“Terima kasih.” Kataku.

Tidak lama selepas itu, perbualan kami terhenti ketika gadis yang bernama Mia tadi berhenti di hadapan kerusi kami. “For you, from your husband.” Ujar Mia sambil dia menghulurkan sehelai kertas yang dilipat dua kepadaku

“Dari siapa?” Aku bingung. Kerana kali pertama menerima surat di dalam kapal terbang.

Mia tersenyum. “Dari suami Puan, Kapten Izzaz Rayqal.”

Aku mengangguk dan menyambut hulurannya itu.

Sofea sudah tersengih-sengih di sebelahku. “Patutlah tadi akak puji lebih-lebih juruterbang kat depan tu, suami akak ya rupa-rupanya.”

Aku tergelak mendengarnya.

“Sofea tak nak kacau akak baca surat cinta tu, jadi Sofea nak tidur dulu ya.” Kata gadis itu dan terus dia melelapkan matanya.

Perlahan-lahan aku membuka lipatan kertas itu. Tulisan tangan itu aku baca dari atas. Spontan terus terbit sebuah senyuman di bibirku apabila membaca satu persatu perkataan yang ditulis Izzaz untukku.

Dear Maya,

‘How about the take off tadi? Perfect bukan. Saya harap awak rasa selesa setakat ni. Kalau perlu apa-apa panggil aje Mia. Saya dah mintak tolong dia tadi. Siap saya jadikan dia pengutus surat cinta lagi tau. Saja nak tunjuk kat awak yang saya ni bukan player sebenarnya dan biar awak rasa Mia dengan saya tak ada apa-apa yang istimewa pun hahahahaha (gelak takut sebenarnya) sebab saya tak nak buat awak marah, sedih atau merajuk lagi. Perjalanan ni masih jauh, baik awak tidur dulu ya, kejap lagi bantal akan sampai. Tapi sebelum tu tolong balas surat ni dan beri pada Mia semula masa dia datang hantar bantal kejap lagi ya’

Ayat-ayat di atas inilah yang terkandung di dalam surat yang ditulisnya. Aku terus ketawa dari awal aku membacanya sampailah ke perkataan yang terakhir.

“Apa kenalah dengan Si Singa tu tiba-tiba hantar surat pulak ni? Suruh Mia hantar lagi. Bagus jugak sekurang-kurang Izzaz jujur dengan aku tentang Mia.” Kataku sendiri.

Aku terus mengeluarkan sebuah buku nota dan sebatang pen dari dalam beg tanganku. Aku merangka ayat di dalam kepala sebagai balasan kepada suratnya itu. Senyuman masih tidak lekang dari bibirku kerana aku masih lagi rasa teruja, maklumlah kali pertama dapat surat cinta, di dalam kapal terbang pulak tu.

Iz,

‘Take off tadi very nice, perfect. Don’t worry kalau saya perlu apa-apa nanti saya akan panggil Mia okay. How about the weather outside? Nice or not nice? Iz...saya nak tahu sangat tentang satu benda ni, kalau kat depan tu awak nampak bintang dengan bulan lebih besar ke? Mia memang baik dan cantik orangnya kan Iz hahahahaha (gelak tak cemburu langsung lah). Saya tidur dulu ya. Good night!’

Aku menyerahkan surat yang aku tulis itu kepada Mia ketika gadis itu menghulurkan sebiji bantal kecil kepadaku.

“Untng you dapat suami macam Izzaz. He is a very nice guy.” Puji Mia yang membuatkan aku sekadar tersenyum.

“Ini puji saja-saja ke atau puji ada makna ni?” Omelku sendiri ketika Mia sudah berlalu pergi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


                                          "Maya trust me, please?" IZZAZ


“I am Geena. Do you still remember me?”
Perempuan berkulit putih itu memeluk lengan Izzaz.

Geena! Kali ini perempuan yang datang entah dari mana itu pula bukan main begitu mesra lagi bermanja-manja dengan Izzaz. Aku mendekati Izzaz dan terus mengambil tangan perempuan yang bernama Geena itu dari terus memegang lengan Izzaz.

Izzaz nampak pucat ketika aku memandang tajam ke arahnya. Aku kembali memandang Geena. “Who are you? Do you know him?” Soalku serius.

Jangan salah anggap! Aku menyoalnya dengan serius bukan kerana aku cemburu ya tapi kerana aku pantang sekali dengan lelaki yang kaki perempuan ni. Ingat tak apa yang aku pernah lakukan terhadap Burhan tidak lama dahulu? Itu semua kerana aku benci pada lelaki jenis miang!

“Saya tak kenal siapa dia ni Maya.” Jawab Izzaz. Wajahnya jelas nampak pucat.

“Baby....” Geena memegang lengan Izzaz semula namun Izzaz segera mengelak dan terus berdiri di belakangku.

Aku bertambah bengang apabila Izzaz pula cuba berpura-pura di hadapanku. Malam tadi Mia, sekarang Geena dan selepas ni siapa lagi aku tak tahu lah. Wajahnya aku jeling geram.

Izzaz menggeleng-geleng sambil memandangku. “Sumpah saya tak kenal siapa perempuan ni.” Izzaz nampak bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.

“Who are you?” Soal Geena pula.

“I am his mother. And who are you? When and where you meet him before?” Balasku sinis.

Geena tergelak yang membuatkan aku bertambah meluat. Aku mengelak dan melepaskan tanganku dari terus dipegang Izzaz.

“Maya jangan kata awak nak gaduh dekat sini pulak?” Izzaz nampak gelisah.

Aku senyum sinis. “Kenapa awak takut ke rahsia awak dah bocor? Apa awak tulis dalam surat semalam tu ‘saya bukan player ya’? Semalam Mia, hari ni Geena dan kalau lepas ni ada perempuan ketiga muncul, saya akan tinggalkan tempat ni masa tu jugak Iz.” Kataku geram kerana aku memang tidak suka lagi untuk terus dipermainkan.

“Awak cakap apa ni? Buat apa nak tinggalkan tempat ni? Saya memang tak kenal siapa Geena ni.” Izzaz masih degil untuk mengaku kesalahannya.

“Izzaz Rayqal apa rancangan awak sebenarnya bawak saya ke sini? Kenapa Auckland bukan tempat lain? Kenapa perlu tinggal kat hotel ni sedangkan banyak lagi hotel lain? Dan lagi satu paling penting, awak pernah jumpa perempuan ni kat hotel ini ke sebelum ini?” Soalku serius.

Izzaz meraup-raup wajahnya beberapa kali. “Maya trust me, please?” Izzaz cuba memujukku.

Aku menolak tangannya. “No! Saya tak nak percaya kan awak.” Jawabku.

“Geena, come here. Are you okay sweetheart?” Suara seorang lelaki asing menarik perhatianku dari terus bertengkar dengan Izzaz.

“Who are you?” Soalku kepada lelaki itu.

“I’m her husband. Sorry Geena is a little bit drunk. And I am so sorry if she bothering both of you.” Ujar lelaki itu lagi yang terus membuatkan aku terdiam.

“Err...she is your wife?” Soalku semula.

Terus terbit bersalah di dalam diriku kerana telah bersangka buruk kepada Izzaz dan juga kerana aku tidak mempercayai kata-katanya tadi . Lelaki asing itu berlalu keluar ke pintu utama bersama isterinya.

Aku mengetap bibirku sebelum berani menoleh ke arah Izzaz. Aku menepuk mulut sendiri kerana sudah keterlaluan berkata-kata tadi tanpa menyelidiki tentang sejauh mana kebenaran wanita itu mengenali Izzaz. Malahan aku juga salah kerana tidak memberi Izzaz peluang untuk memberi penjelasan. Itu semua gara-gara aku sudah mula geram dengannya sejak dari dalam teksi lagi dan apabila ada perempuan asing memeluk Izzaz sejurus selepas itu, terus aku tidak fikir panjang lagi dan melepaskan geram kepada Izzaz.

Wajah Izzaz nampak suram. Belum sempat aku membuka mulut untuk meminta maaf, Izzaz terlebih dahulu mengeluarkan kata-kata yang semakin membuatkan aku rasa lebih bersalah. 

“Sekarang saya sedar yang awak memang tak cintakan saya.” Ujar Izzaz lemah sebelum dia masuk ke dalam perut lif.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku mendekati Izzaz yang sedang baring di atas sofa. Aku duduk bersimpuh di atas lantai berdekatan dengan kakinya.

“Iz, saya minta maaf sebab tuduh awak yang bukan-bukan tadi. Saya sedar saya tak patut melawan awak. Saya cuma geram kerana saya memang pantang pada lelaki jenis kaki perempuan. Tapi saya tak pun tuduh awak macam tu Iz. Penjelasan awak tentang Mia melalui surat-surat semalam buat saya rasa awak jujur pada saya Iz. Saya terlalu banyak berfikir Iz, sebab tu saya jadi macam ni. Sorry sekali lagi Iz.” Kataku kepadanya yang langsung tidak bergerak itu.

Aku merapatinya dan membuka kedua-dua belah kasut dan stokin yang masih tersarung di kakinya lalu aku letakkan di satu sudut di tepi pintu. Aku tahu Izzaz dengar apa yang aku katakan tadi kerana aku perasan Izzaz membuka kedua-dua belah matanya apabila aku mula melangkah ke bilik air.

“Saya nak turun ke bawah dulu ya Iz. Saya lapar. Awak mesti masih penat kan, awak tidur lah dulu ya.” Kataku lalu aku kembali menyarung kasutku dan keluar dari bilik itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------                            

                          "Now, you know how much I love you right?" IZZAZ

“Just finish your breakfast and stop staring my wife.” Izzaz mengetuk meja lelaki yang duduk di sebelahku sebelum dia duduk di hadapanku.

Izzaz mencapai kopi aku dan terus dia menyisipnya perlahan. Sandwich di tanganku dicapainya lalu terus disumbatkan ke dalam mulutnya. Spontan mulutku menggaris senyuman melihat kelakuannya itu yang bagiku nampak agak comel. Aku memandang penampilan dirinya yang nampak kemas dan segak bergaya. Rambutnya di sisir kemas ke belakang, wajah putih bersih dan bibir merah jambunya itu seperti biasa nampak sempurna bagi seorang lelaki yang tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kenapa awak tak makan? Termenung jauh betul tadi.” Izzaz mula membuka mulutnya.

Aku menggaris senyuman untuknya. “Saya makan kejap lagi. Awak lapar ke? Saya order makanan lagi ya?” Kataku. Izzaz mengangguk.

Aku bangun untuk mengambil makanan buat kami berdua. Aku mengerling ke arahnya yang sedang mengangkat kopi di atas meja. Di dalam hatiku terdetik betapa penyayangnya lelaki itu sebenarnya kerana walau pun masih dalam rasa marah dan rajuknya kepadaku, dia masih lagi segera turun untuk menemaniku. Tidur sudah jatuh ke nombor dua. Aku kembali bersama beberapa piring makanan untuknya.

Izzaz terus mencapai sekeping roti bakar di hadapannya. Nampak lapar benar gayanya ketika itu. Aku hanya menjadi pemerhati Izzaz mula bercakap dengan lelaki yang dikatanya merenungku tadi.

“She is beautiful isn't she? Did you finish your breakfast?” Ujar Izzaz. Tersipu-sipu remaja berbangsa asing itu dibuatnya.

“Iz...” Panggilku.

Hahahaha....joking. You know joke!” Izzaz ketawa kuat sambil bahu remaja itu ditepuk-tepuknya.

“Saya minta maaf sekali lagi Iz.” Ucapku.

Izzaz mengangguk lalu sebuah senyuman dihadiahkan untukku. “Aku dah maafkan kau. Aku pun salah jugak sebab selalu buat kau salah faham, sebab tu kau rasa aku macam main-mainkan kau kan.” Balas Izzaz.

Aku tiba-tiba terfikir akan sesuatu yang sering mengelirukan aku iaitu kata ganti diri yang sering digunakannya.

“Iz saya nak tanya sesuatu boleh? Sekejap awak gelarkan diri awak ‘aku’ sekejap pulak guna ganti diri ‘saya’. Saya pulak yang rasa kekok dan tak faham kadang-kadang.” Kataku kerana memang aku sering kali merasa begitu.

Izzaz ketawa. “Betul ni kau nak tahu kenapa?” Tanyanya pula. Aku terus mengangguk.

“Bila aku guna kata ganti diri ‘aku’ yang macam sekarang ni itu maknanya aku sedang anggap dan sayangkan kau sebagai seorang kawan, kalau kata ganti diri ‘saya’ aku rasa sayang dan hormatkan kau sebagai teman yang aku hargai dan kalau perkataan ‘abang’ keluar dari mulutku itu bermakna aku sayangkan kau sebagai seorang suami.” Jelas Izzaz yang membuatkan aku terfikir akan sesuatu.

“Oh saya dah faham sekarang kalau awak diam macam tadi tu awak tengah marah dan merajuk lah kan. Bila awak diam itu bermakna awak tak anggap saya sebagai sesiapa pun, macam tu ke Iz?” Aku membuat andaian sendiri.

“Siapa kata macam tu sayang oii...” Izzaz menyuapkan roti bakar di tangannya ke dalam mulutku.

“Kau dengar kan apa aku cakap tadi? Cuba kau buat revision sikit. Kau perasan tak, tak kisahlah aku guna kata ganti diri ‘aku, saya atau abang’ sekalipun sebab maknanya tetap sama iaitu aku sayangkan kau.” Izzaz memandang wajahku.

Kali ini entah mengapa aku merasakan pandangannya itu menusuk masuk terus ke dalam hati. Hatiku mula berdebar-debar ketika memandang senyuman yang semakin melebar di wajahnya dan entah mengapa juga jantungku terus berdegup kencang tiba-tiba bagaikan baru terkena renjatan elektrik tatkala tangan kananku dicapainya lalu di letakkan di atas dadanya.

“Now, you know how much I love you right?”Izzaz menggengam kemas jari-jemariku.

Cepat-cepat aku menarik semula tanganku. Aku senyum sambil memandang wajahnya. Aku mula nampak dan mula sedar akan kasih sayang yang ditunjukkan untukku namun tidak semudah itu lagi aku boleh menerimanya di dalam hidupku. Akhirnya aku menyedapkan hati dengan menerima kasih sayang Izzaz kepadaku sebagai seorang kawan dan tidak akan boleh menjadi lebih dari itu. Aku tidak bersedia dan masih tidak mampu bersedia pun sebenarnya.

“Saya tak berapa nak tahu sangat lah. Kecuali awak kena buktikan beberapa perkara dulu.” Aku sengaja mahu mengusiknya.

“Bukti? Alah semudah kacang tanah aje lah. Aku boleh bagi macam-macam bukti. Kau tinggal cakap aje.” Izzaz nampak yakin dan bangga dengan kata-katanya seperti biasalah perangainya yang gila-gila itu telah kembali.

“Betul ni? Jangan menyesal pulak.” Aku mengingatkannya.

Izzaz ketawa. “Hahahahaha ini Izzaz Rayqal lah. Boleh lakukan apa-apa saja.”

“Okay kita tengok macam mana nanti.” Balasku sambil rancangan jahat untuk mengenakannya sedang rancak aku rangka di dalam minda. Tunggu dan lihat sajalah apa yang Izzaz boleh lakukan untukku sebagai bukti sayangnya kepadaku katanya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku