Hai Handsome! a.k.a (Musuhku, Encik Pilot)
-Sedutan Bab 50 -Bond Girl
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2015
Hai semua! Cik Dea nak bagitahu ni novel Hai Handsome! a.k.a (Musuhku Encik Pilot) yang korang tunggu-tunggu tu bakal diterbitkan insya Allah pada bulan June 2017 ni! Tajuk novel ini diubah namun isinya tetap sama dan best mcm selalu. Jangan lupa dapatkan senaskah ya. LOVE U ALL :)
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6317

Bacaan







                        “Your Izzaz? Apa pulak suprise Encik Pilot kali ni?” MAYA


Petang itu selesai sahaja aku membersihkan diri dan keluar dari bilik air aku dapati Izzaz sudah tiada di dalam bilik. Ketika aku sedang mengelap rambut dengan tuala di hadapan cermin solek aku terpandang akan sebuah kotak yang diletakkan di atas katil. Aku mendekati kotak bersaiz sederhana besar itu lalu aku buka perlahan. Aku terus mencapai sekeping kad kecil yang terletak di dalamnya.

‘Tonight you are the bond girl! My only one bond girl. This beautiful dress and s  pair of high heel is for you, my lovely Maya. I wait for you in lobby at 8.00 pm for our dinner. Please look like goddess tonight! Hahahaha.’

From,

Your Izzaz.

Your Izzaz? Apa pulak suprise Encik Pilot kali ni?” Aku senyum sambil tanganku mengeluarkan sehelai gaun malam berwarna kuning cair yang memang nampak sungguh cantik di mataku.

Patutlah bila kami sampai saja di bilik petang tadi, dia seboleh-bolehnya tidak membenarkan aku untuk membuka bagasi miliknya. Malahan Izzaz juga telah bersiap-siap lebih awal dengan berpakaian kemas. Bila aku tanya apa rancangannya malam ini, katanya dia penat dan mahu tidur. Bila Izzaz sudah berkata begitu, aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Rupa-rupanya dia ada sediakan suprise event untuk aku malam ini.

“Boleh tahan jugak taste Izzaz pilih gaun ni untuk aku. Cantik. Romantik jugak mamat tu rupa-rupanya ya. Bond girl Maya! Dia nak kau cantik macam bond girl dalam cerita 007 tu.” Pujiku sebelum aku segera bersiap untuk bertemunya sebentar nanti.

Lebih kurang empat puluh minit kemudian aku sudah siap mendandan diri. Aku merenung diri sendiri di dalam cermin di hadapanku. Aku siap menyarung gaun labuh berwarna kuning, selendang dari nada yang sama dan juga sepasang kasut tumit tinggi berwarna coklat muda yang diberi Izzaz tadi. Wajah pula aku calitkan dengan make-up dari warna-warna pastel seperti warna merah jambu, coklat muda dan kuning cair bagi pembayang mata, pemerah pipi dan juga lipstik.

Aku tiba-tiba mula membayangkan perkara yang bukan-bukan di dalam kepala ketika itu termasuk juga rancangan Izzaz malam ini. Aku berharap lelaki itu tidak akan buat perangai sesuka hatinya malam ini sementelah sejak dari hari kami bernikah kami masih tidak tidur bersama, tidak berkongsi katil, jauh sekali akan berada berdua-duaan dengan begitu dekat!

Itu syarat yang aku kemukakan kepadanya sebelum aku bersetuju untuk meneruskan majlis pernikahan itu. Di rumah Abah atau rumah Umi bolehlah aku mengelak darinya yang selalu sangat suka mengusik aku, tapi di sini di Auckland dan lebih tepat lagi di dalam bilik ini hanya ada kami berdua sahaja. Aku mula gusar dan sempat menelan liur apabila memikirkannya.

Aku mengetuk perlahan kepalaku apabila aku mula tersedar dari terus berfikir yang bukan-bukan. 

“Ingat Maya... Izzaz bukan macam tu. He is gentlemen, itu kata Adam. Jangan fikir bukan-bukan. Tapi kenapa aku rasa yang aku seperti pernah buat semua ni sebelum ni ya? Pakai cantik-cantik untuk makan malam.” Aku bertanya kepada diriku sendiri sambil aku cuba mengingati kembali adakah ini semua dejavu atau pun memang pernah terjadi.

Aku mengeluh tatkala aku teringat yang aku pernah pakai cantik-cantik seperti malam ini tidak lama dulu ketika Firqin minta aku untuk berlakon menjadi bakal isterinya. Entah apa khabar lelaki itu agaknya? Aku harap dia baik-baik saja. Aku juga berharap yang Firqin akan dapat menerima kenyataan yang aku telah sah menjadi isteri kepada sepupunya, Izzaz. Aku juga berharap yang dia juga dapat memaafkan aku yang tidak mampu untuk membalas cintanya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

                          "I think I already falling in love with you!” IZZAZ



Izzaz bagaikan terkesima memandang ke arahku sebelum sebuah senyuman paling manis terbit di bibirnya. “My beautiful bond girl!” Ujarnya sambil dia membuat gaya tangan memegang pistol.

Perlahan-lahan dia mendekatiku sambil matanya bagaikan tidak jemu dari terus merenung wajahku. “Awak nampak sangat cantik. Sangat! Sangat!.” Izzaz ketawa gembira sambil dia memandang pula ke arah gaun dan kasut yang tersarung di tubuhku.

Aku hanya senyum tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu sementelah agak jarang aku memakai alat solek, baju yang cantik-cantik sebelum ini dan juga jarang ada lelaki yang memujiku.

“Bond girl? Saya pakai tudung lah Iz.” Kataku sambil tersenyum malu.

“Apa salahnya? Awak kan bond girl saya. Awak lah yang paling cantik sebab pakai tudung dan baju labuh macam ni. Bond girl yang dalam movies 007 tu semua kalah lah! Hahaha.” Izzaz memujiku.

“Kita nak ke mana?” Soalku.

Dinner for two. Just us, you and me. Emm...saya namakan dinner malam ni ‘dinner dari hati ke hati’ di mana kita boleh berbual tentang apa sahaja sepanjang malam. Awak nak cakap apa sekalipun , luahkan saja saya akan dengar.” Katanya.

Kami mula berjalan seiringan ke pintu utama. Aku hanya ikut sahaja ke mana Izzaz akan membawaku malam ini. Aku terkejut apabila aku rasakan tanganku digenggamnya kemas. Aku menoleh mencari wajahnya. Izzaz nampak selamba saja sambil senyuman di bibirnya masih lebar seperti tadi. Akhirnya aku biarkan saja kerana entah kenapa hatiku seakan merelakannya.

“Hei you again! Why are you still staring at my wife?” Izzaz menegur budak lelaki yang sama di kafe pagi tadi yang kebetulan ketika itu sedang berjalan berlawan arus dengan kami.

“Iz awak ni. Mana ada dia pandang sayalah. Kesian dia pagi tadi pun awak ada tegur dia macam tu.” Kataku yang cuba menyembunyikan ketawa apabila melihat wajah pucat budak lelaki yang tiba-tiba ditegur Izzaz itu.

“Siapa suruh dia lalu depan saya.” Jawabnya selamba.

“Hahahaha joke, you know joke.” Sekali lagi seperti pagi tadi, bahu budak lelaki itu ditepuk-tepuknya selamba. Budak itu juga begitu sporting melayan perangai gila-gila Izzaz dan turut ketawa bersama-sama.

Aku menggeleng-geleng melihat perangai gila-gilanya itu namun aku akui yang sifatnya itu mampu mengembirakan hatiku dan juga membuat aku sentiasa tersenyum.

“Maya?” Izzaz memanggilku ketika kami sedang menunggu teksi.

Aku memandangnya.

“Awak boleh mintak apa saja dengan saya kecuali satu.” Ujarnya.

“Apa yang kecuali tu?” Tanyaku.

Izzaz memandang wajahku. “Kau dilarang nak jadi pelakon, model atau apa saja yang boleh mendatangkan peminat. Tak boleh. Tak akan mungkin sama sekali.” Katanya serius.

Aku ketawa. Aku ingatkan apa benda lah yang serius sangat tadi yang mahu disampaikan kepadaku, rupa-rupanya tak mahu aku jadi artis aje!

“Iz saya ni ada muka artis ke? Saya biasa-biasa saja. Lagipun saya tak minat lah nak menonjolkan diri. Awak jangan risau ya, saya tak akan jadi pelakon, penyanyi atau apa saja yang boleh mendatangkan peminat.” Aku masih ketawa.

Namun wajah Izzaz masih nampak serius. Lama dia memandang wajahku bersama satu pandangan yang sukar aku tafsirkan.

“Betul ni? Saya risau bila awak yang cantik macam ni tiba-tiba ada niat nak jadi artis pulak kan, yang lepas tu ada ramai peminat lelaki. Tak boleh! Saya seorang aje peminat awak tau, peminat nombor satu. Ingat tu. Ingat tak?” Katanya sambil tanganku semakin dipegangnya erat.

“Ya.” Jawabku pendek.

“Ingat tak?” Soalnya lagi.

“Ingat.” Balasku lagi.

“Ingat tak?” Izzaz ketawa. Sengaja lah tu mahu mengusikku.

Aku memukul lengannya. “Iz...sudahlah tu.”

“Ingat tak? Hahahaha.” Izzaz semakin galak mengusikku.

“Ya, saya ingat Abang!” Balasku sambil turut ketawa bersamanya.

Izzaz terus merenung wajahku. “Apa?” Soalku.

Izzaz menggeleng. “Kali pertama awak panggil saya Abang. Saya harap sangat saat-saat sekarang ni akan lambat berlalu.” Katanya yang terus membuatkan wajahku merona kemerahan.

“Mana ada saya panggil macam tu.” Aku menidakkan kata-katanya itu yang sebenarnya lebih kepada mahu menyembunyikan rasa maluku. Izzaz ketawa tatkala melihat perubahan wajahku ketika itu.

“Apa saya nak buat ni? I think I already falling in love with you!” Izzaz mengurut-urut dadanya yang membuatkan aku terus terdiam.

------------------------------------------------------------------------------------------------

                                   "Marah? Saya sendiri tak pasti." MAYA


“Sejuk ke?” Izzaz menyoal. Aku menggeleng. Kemudian tanpa aku pinta, Izzaz membuka kot hitam yang tersarung di badannya lalu diselimutkan di atas tubuhku. Aku sekadar tersenyum sebagai tanda terima kasih.

“Arrggh....nyamannya.” Ujar Izzaz sambil matanya memandang ke arah langit.

“Err...awak gembira sepanjang seharian kita kat sini?” Soal Izzaz lagi untuk menghilangkan rasa kekok yang mula muncul di antara kami.

Aku mengangguk. “Saya gembira. Tempat ni cantik, di tambah saya dapat jalan dengan awak yang happening. Terima kasih untuk makan malam yang sempurna tadi.” Aku senyum ke arahnya.

Izzaz ketawa. “Bila saya ingat balik, entah macam mana saya boleh dapat keberanian untuk terjun siang tadi, walau apa pun saya kena berterima kasih pada awak kerana buatkan saya berjaya mengatasi ketakutan diri.”

Aku hanya senyum sambil menjamu mata memandang ke arah bintang-bintang yang bertaburan di langit malam itu. Indah!

“Awak masih marah dengan saya Maya?” Soalan dari Izzaz itu terus membuatkan aku berpaling ke arahnya.

Agak lama aku memandang wajah lelaki itu sebelum aku membuka mulut. “Kenapa awak tanya Iz?”

Izzaz ketawa. “Kan saya kata tadi malam ni ‘dinner dari hati ke hati’. Jadi awak bebas nak cakap apa saja, saya akan setia untuk dengar sampai habis.”

Aku memandang wajah lelaki yang telah bergelar suamiku itu sambil satu-persatu imbasan kejadian sejak kali pertama aku berjumpa dengannya sampailah ke hari ini kembali bermain-main di dalam mindaku. Marah? Aku kecewa sebenar-sebenarnya. Izzaz lukai aku dengan tindakannya yang mempermainkan aku dan menjebakkan aku ke dalam rancangan membalas dendamnya. Tapi kata Izzaz dia hanya berniat begitu hanya pada awal pertemuan kami sahaja dan selepas itu dia telah pun sedar akan kesilapannya. Tapi entah mengapa hatiku terasa pedih apabila setiap kali teringat setiap perkara yang Izzaz telah lakukan kepadaku, aku terkilan dengan perbuatannya yang seringkali membuatkan aku menangis.

“Macam mana saya nak cakap Iz, entahlah. Marah? Saya sendiri tak pasti. Apa yang boleh saya katakan saya sebenarnya sangat kecewa dengan awak. Benar-benar kecewa sampai saya tak pasti yang saya mampu untuk maafkan awak atau pun tidak.” Jujur aku akui dari hati.

Izzaz memandangku sebelum tanganku diraihnya lalu dipengangnya kemas. Aku terkesan ada air mata bergenang di peluput matanya. Dia terus berpaling ke arah lain tatkala dia terkesan aku nampak perubahan di wajahnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

                                   "Now I realize that I really love you.” IZZAZ


“Abang janji akan buat apa saja untuk bahagiakan Maya. Walau pun tempoh setahun tu singkat, tapi Abang akan manfaatkan masa yang kita ada bersama-sama dan Abang akan buktikan yang Abang boleh sayang dan cintakan Maya melebihi nyawa Abang sendiri.” Pengakuan Izzaz itu benar-benar membuatkan hatiku tersentuh.

“Tapi saya tak cintakan awak. Awak jangan terlalu baik dengan saya Iz, saya takut saya akan rasa lebih bersalah pada awak.” Ujarku pula.

Izzaz senyum. “Abang akan tetap menunggu Maya sampai Maya kata ‘I love you too, Izzaz’. Malah Abang sanggup tunggu sampai bila-bila pun sebabnya Abang sangat sayangkan Maya.”

Aku senyum sambil mataku tidak lepas dari memandang wajahnya. “Saya tiba-tiba teringatkan Abah. Biasanya masa saya kecil dulu kalau saya sedih selepas kena marah atau kena pukul dengan Mama, Abah mesti akan peluk dan pujuk saya. Abah saya buka tangannya untuk memeluk saya dan akan kata ‘Come here dear. Abah sayang Maya. Sayang sangat. Jangan menangis lagi sebab Abah ada kat sini’ kata-kata itu lah yang terus membuatkan saya kuat untuk tinggal di rumah tu sebagai anak angkat.” Aku kembali terkenang akan kenangan sewaktu kecil pula.

“Masa awak kecil, ada Abah yang jadi pelindung awak dan jaga awak dari disakiti. Sekarang ni awak dah dewasa dan awak sebenarnya ada Abang, suami awak yang akan menjadi pelindung awak dari segala kesusahan yang awak tempuhi. Awak masih ingat pada janji Abang kan, yang Abang tak akan pernah lagi biarkan Mama, Kak Long atau sesiapa pun menyakiti awak? Abang akan pegang dan tunaikan janji tu selagi Abang masih hidup.” Izzaz mengusap-usap pipiku.

“Boleh awak tunaikan satu permintaan saya?” Aku membalas pandangan matanya.

Izzaz mengangguk. “Apa saja untuk awak.”

“Boleh tak awak peluk saya sama macam Abah saya buat bila saya sedih?” Aku membuat permintaan.

Izzaz tersenyum. Dia melapangkan tangannya dan terus memelukku buat kali pertama sejak aku bergelar isterinya. “Come here dear. Abang sayang Maya. Sayang sangat. Maya tolong jangan menangis lagi ya sebab Abang sentiasa ada di sisi Maya yang akan jaga, lindungi dan dengar apa saja masalah Maya. I love you.” Izzaz mengeluarkan kata-kata pujukan yang bagaikan memberi jiwaku kekuatan untuk terus kuat menempuhi kehidupan yang akan datang.

Aku merapatkan kepalaku dan terus bersandar di dadanya. Perasaan rasa selamat ketika berada di dalam dakapan Izzaz sama seperti yang aku rasakan ketika Abah memelukku ketika aku masih kecil. Cuma yang bezanya entah mengapa aku merasakan jantungku berdegup kencang dan aku mula merasai perasaan yang belum pernah aku temui dan alami sepanjang hidupku. Aku tidak sendiri tidak dapat mengenal pasti apakah nama perasaan itu kerana ketika itu aku rasakan yang aku tidak boleh berfikir dengan baik lagi. Aku juga baru tersedar yang aku sebenarnya mungkin telah hilang akal apabila meminta Izzaz untuk memelukku di mana sepanjang hidupku aku tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki memelukku dengan kerelaan hati kecuali Izzaz, iaitu pada saat ini.

“Now I realize that I really love you.” Ucap Izzaz lalu dahiku dikucupnya perlahan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 2 - Siapa dia? | Bab 1 - Permulaan kisah | Bab 3 - Aku jadi pelakon | Bab 4 - Dia kata I Love you | Bab 5 - Aku benci dia | Bab 6 - Goodbye Mr.Pilot | Bab 7 - Adam yang teristimewa | Bab 8 - Tentang Hati | Bab 9 Hai Beautiful | Bab 10 The real Maya | Bab 11 Saya suka awak! | Bab 12 - Firqin vs Bukhary | Bab 13 - Cemburu atau marah? | Bab 14 - First Date! | Bab 15 - I am sorry | Bab 16 - :( | Bab 17 - Realiti kehidupan | Bab 18 - 100% markah buat dia | Bab 19 - Still awake princess? | Bab 20 - Dia kecewakan aku | Bab 21 - Sampai hati dia ;( | Bab 22 - Erti kawan | Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne | Bab 24 - Tuan muda sombong! | Bab 25 - Jadi isteri aku | Bab 26 - Kerana aku terpaksa | Bab 27 - Kau cantik bertudung | Bab 28 - Cinta telah berakhir | Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King! | Bab 30 - Kontrak Izzaz | Bab 31- Izzaz berterus-terang | Bab 32 - Secret Garden :) | Bab 33 - Geram dengan Izzaz | Bab 34 - Why you keep appear? | Bab 35 - Firqin pergi | - Teaser Bab 36 - Aku tanpa cinta | - Teaser Bab 37 - Lari | - Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah | -Teaser Bab 39 - Ada Izzaz | -Teaser Bab 40 - Sempurna Waktu | - Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya! | -Teaser Bab 42- Siapa muncul? | -Teaser Bab 43 - Maya Kecewa Lagi | - Sedutan Bab 44 - Firqin vs Izzaz | -Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot | -Sedutan Bab 46 - Peluang buat Izzaz | -Sedutan Bab 47 - Singa vs Labah-Labah | -Sedutan Bab 48 - L.O.V.E | -Sedutan Bab 49 - Hero Filem | -Sedutan Bab 50 -Bond Girl | -Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1 | -Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2 | -Teaser Bab 53- Heart to Heart | -Teaser Bab 54- Salah aku? | -Teaser Bab 55- Putera Panda | -Teaser Bab 56- Baik Hati | -Sedutan Bab 57- Almari+Cinta | -Sedutan Bab 58 - Destiny Sonata- | -Sedutan Bab 59 - Tears |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku