WAD 2C
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Fans Fiction
Paparan sejak 09 Mei 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
1445

Bacaan







Kring Kring ~! Bunyi deringan telefon membuat aku terjaga dikala malam masih sepi . Deringan yang berbunyi tadi diam seketika . Melihat semua pesakit serta penjaga masih tertidur membuat aku rindu pada teman serumahku , Ji Hyo . Ahh , dia pun pasti sedang sibuk sekarang . Mungkin masih bersengkang mata menyiapkan laporan untuk kelas Prof Baek , kelas perubatan . Sesekali aku menguap , namun mata seakan melarang aku untuk tidur . "Laparlah ~" Aku merengek , laci meja dibuka , sebungkus roti coklat Squiggles menjadi pilihan santapan tengah malam ku . Sesekali aku berimaginasi seram . Di sudut pintu masuk wad ada kelibat manusia . Kelibat manusia yang sangat terkenal di negaraku , manusia yang berbungkus kain putih . Dia berdiri di depan pintu , cahaya lampu di lorong wad yang malap menampakkan sipi sipi kelibatnya , di situ dia menatapi semua pesakit dan tiba tiba kilat menyambar . Dia melompat menuju masuk ke bilik wad yang menempatkan diriku dan berdiri di depan ... GILA ~! Aku lebih rela mati dari melihat jelmaan tersebut .


KRING KRING ~! KRING KRING ~! Sekali lagi bunyi telefon memenuhi ruang wad . Kali ini deringan tersebut membuat aku terkejut . Hatiku berdegup laju , ini semua gara gara aku berimaginasi berjumpa jelmaan tersebut . Lantas aku mengusap dadaku , membuang rasa tidak sedap hati dan seram . "Dekat Korea mana ada poko . Haish macam macam lah kau ni ." Aku sengaja mengutuk diriku , membiarkan diriku tersenyum . Ya poko adalah gelaran untuk pocong . Melihat benda itu berbaring sahaja boleh membuat aku menjerit , apatah lagi berhadapan mahupun melihat ianya melompat . Pasti , aku akan koma bertahun .


Aku memandang tangan kananku yang sudah berjarum , yang kiri pula bersimen putih . Ini semua gara gara Sam ! Kalau dia tidak menolak aku dengan semgaja pasti aku tidak akan menjalani pembedahan seperti ini . Nak tahu ceritanya ? Begini ceritanya .


"Berpusu pusu lagi lah kita ." Ji Hyo mengomel perlahan , aku tergelak kecil . Sebagai pelajar yang mendapat rumah tumpangan yang agak jauh dari kolej , kami terpaksa menempuh setiap petang berpusu pusu ke bas yang mengambil dan menghantar kami ke tempat kediaman .


"Memang macam tu lah , Hyo ~" Aku menepuk mesra bahu Ji Hyo . Kemudian kami tergelak , tidak tahu apa yang lucu .


"Hai Sarah ~" Tegur Sam sebaik sahaja sampai di perhentian bas . Siapa sahaja tak kenal Sam ? Suka mengusik aku . Yang terkena tempiasnya , Ji Hyo .


"Kalau kau setakat nak sakitkan hati aku , baik bla dari sini ." Aku berkata seraya itu tanganku seolah menghalau seorang penjual yang tidak faham bahasa .


"Yah Sarah . Janganlah marah , Sam nak gurau gurau je ." Jong Kook membela Sam , lantas mereka bertepuk tangan .


"Gurau ? Ya lah ~ Gurau sangat ." Ji Hyo memerli . Lantas aku bangun setelah bas tiba di perhentian , Ji Hyo turut sama denganku. Kaki mengorak langkah masuk ke bas .


"Cepatlah ~" Sam seakan marah , lantas dia menolakku . PUUP ! Aku terjatuh , entah bagaimana aku boleh hilang keseimbangan diri sedangkan tolakan Sam tidaklah kuat mana . Sam gelisah , aku menangis kerana pedih yang terasa agak lain . Ji Hyo mengangkat ku perlahan , tanganku bagai dihiris hiris .


"Aku rasa tangan kau patah ni . Kita pergi hospital !" Ujar Ji Hyo kepada pemandu bas , sebagai pelajar perubatan , Ji Hyo agak arif dengan semua ini . Mungkin kerana tangis aku agak lain . Aku juga pelajar perubatan , namun aku terus tidak dapat berfikir apa apa kerana kesakitannya agak kuat .


"Tulang pergelangan tangan kiri Cik Sarah agak lari dari posisi asal dan harus menjalani pembedahan ." Damn ! Pembedahan ? Hanya itu sahaja perkataan yang menjerit di dalam hati kecilku apabila Doktor Kwang Soo memberitahu situasi tanganku .


"Kalau urut tak boleh ke doktor ?" Aku mencuba nasib , Sam yang berdiri bersama Ji Hyo dan Jong Kook dibelakangku hanya mendiamkan diri .


"Kami tiada tukang urut yang professional dalam bidang ni . Jadi operation adalah pilihan yang ada untuk sekarang ." Aku mengeluh perlahan dengan jawapan doktor Kwang Soo . "Buat masa sekarang , Cik Sarah akan ditahan di wad ."


Macam tu lah ceritanya . Dah dua hari aku dekat sini , lusa pembedahan akan dijalankan . Enam tangkai bunga ros tersemat indah dalam sebuah pasu . Kata Ji Hyo , ianya dari Sam atas kesilapannya . Kata Ji Hyo lagi , Sam tidak bersedia ingin berjumpa dengan aku , takut aku baham dia . Ugh , benci . Minta maaf je lah , minta maaf pun guna postmen . Aku mengomel lagi . "Bosan lah ~" Aku turun dari katil , dilihat jendela luar , malam masih gelap .


Angin sejuk menerpa wajah aku , dengan tiba tiba bulu romaku naik . "Pergi kau ! Pergi !" Sebuah jeritan mengejutkanku . Jeritan seseorang yang dalam ketakutan .


"Dik , tidur dik . Ngigau ni ." Seorang wanita yang layak bergelar ibu menenangkan anaknya . Dia tersenyum padaku , aku hanya membalas senyuman . Lagipun senyum itu membuktikan kita ni tidak kedekut dengan senyuman .


Aku melangkah keluar , setiap poster yang melekat di tingkat bilik wad 2C memaparkan cara menjaga kebersihan , jadual bertugas dan sebagainya . Aku tiba di kaunter , sepi sahaja . Tiada jururawat yang bertugas , mungkin sibuk memerhati , tekaku . KRING KRING ! Telefon di kaunter berbunyi . Aku menoleh kanan dan kiri , tiada sesiapa yang bergegas ingin mengangkat gagang telefon . Lantas terlintas rancangan nakal dariku . Gagang telefon diangkat . Aku senyap tidak mahu mengeluarkan suara .


"Cik Sarah Majid ~" Aku terkedu seketika , bagai ada alur elekrik bermain di dalam setiap salur darahku membuat aku berdiri kaku . "Sarah Majid sayang ~" Ianya suara lelaki bermain dengan nama , namaku ! Lantas gagang telefon dihentak kuat olehku kembali pada rumahnya . Kali ini memang menyeramkan . Siapa si pemanggil ? Macam mana dia tahu nama ayah aku ? Sarah Majid ? Itu adalah nama terkenal ku . Aku berteka teki keseorangan . Jam dikelih di dinding , sudah hampir 3 pagi . Mengapa dia membuat panggilan ? Dan mengapa namaku disebut ? Dan bagaimana dia tahu aku yang menjawab panggilan itu ? Siapa lagi Sarah Majid di sini ? Aku masih tertanya , perasaan curiga dan seram menghantui diri .


KRINGG ~! Telefon berbunyi , deringan kali ini pendek , kemudian diam . KRINGG ~! Sekali lagi dia bermain , aku mula tidak sedap hati . Tangan menggigil mencapai telefon . WARGHHHHHH ! PAPP PAPP PAPP ! Televisyen tiba tiba terbuka , memaparkan jeritan kuat seorang wanita dan kesemua tingkap di kaunter terbuka membawa angin malam yang sejuk . Aku terduduk , menekup telingaku . Hatiku sudah berdetak tahap maksimum . Ini memang tak masuk akal !


TANGG TANGG TANGG ~! Bunyi seperti besi dihentak ke lantai . Aku memeluk diri ketakutan . Sepasang kaki menuju ke arah kaunter . Aku segera mencapai bakul sampah yang berada di kaunter dengan tangan kananku , hanya itu sahaja senjata yang aku punya . "Cik Sarah Majid ~" Suara yang bermain di telefon tadi kedengaran jelas dari lorong bilik wad menuju ke kaunter .


"Siapa kau ?" Aku bertanya , nadaku sudah saling tidak tumpah seperti kanak kanak yang takut dalam gelap. air mataku menitis perlahan , keringat mula membasahi dahi . Tudung yang tadi menghangatku dari sejuk kini memanaskanku . Nafasku tercunggap cunggap .


"Kesayang awak lah ~" Aku menggeleng laju , tangan ditekup ke mulut agar tangisan tidak kedengaran . Siapa dia ? Apa dia nak ? Aku tak mahu mati ! Aku terus berlari menuju ke pintu keluar , tong sampah dicampak ke lorong wad , berharap dapat melengahkan masa si Misteri .


Sepi ~ Suasana luar wad lebih sepi . "Cik Sarah Majid sayang ~" Pintu keluar yang agak jauh dariku ditolak perlahan , aku berlari memandang pintu , berharap aku punya masa untuk jauh dari si gila misteri . PANGGG ! Aku terlanggar sesusuk tubuh .


"Sarah , kau kenapa ni ? Apa kau buat kat sini malam malam ?!" Sam memegang bahuku , berharap aku tenang , aku hanya menoleh ke pintu keluar wad . Mana kelibat yang mengejar ngejar aku tadi ? Mana dia ? Aku menoleh kekiri kanan mencari . Sam memegang kepalaku . "Hey Sarah , kenapa ni ?" Dia bertanya sekali lagi .


"Ada orang .. dia kejar aku .. aku .. aku tak nak mati !" Aku tumpas , aku terduduk dan menekup muka untuk menangis . Kesejukan simen tanganku menambahkan lagi seram sejuk ku .Sungguh aku takut ! Sam duduk sepertiku , membiarkan aku menangis . Oh kejap ! Sejak bila Sam ada dekat sini ? Aku memandang ke hadapan . Sepi sahaja yang menemaniku . Tiada yang lain selain sepi .


"Sarah ?" Satu suara memanggil aku , aku memberanikan diri memandang empunya suara . Akhirnya , Ji Hyo sudah tiba . Ji Hyo terus berlari mendapatkan aku . "Sarah , kau okay ke ? Kenapa ni ? Kenapa kau dekat sini ? Kenapa menangis ?" Tanya Ji Hyo bertalu talu , airmataku dikesat dengan bajunya . Ji Hyo sememangnya kawan yang baik .


Tapi adakah dia Ji Hyo atau cuba bayangan seperti Sam. Tapi aku dapat rasa pegangan Sam di bahu dan wajahku dan aku pasti itu bukan mimpi . "Ji Hyo ? Kau ke ?" Aku bertanya resah .


"Aku lah ni . Habis tu kau nak siapa ?" Ji Hyo mula memarahi aku . Aku tersenyum lantas aku memeluknya . "Kena--"


"Aku kena kejar tadi , ada orang kacau aku . Lepastu aku nampak Sam . Tapi sekarang Sam tak ada ...!" Aku menangis di dalam pelukan Ji Hyo . Ji Hyo mengusap kepalaku .


"Dah , jom masuk ." Ajak Ji Hyo , dia mengangkat aku bangun , aku duduk dan menggeleng. "Aku ada . Jangan risau ." Ji Hyo meyakinkan aku , buat seketika aku terasa selamat . Lantas Ji Hyo membawa aku ke katil wad aku .


"Kenapa kau datang ?" Sengaja aku bertanya , sedangkan aku tahu pasti Ji Hyo sibuk dengan pelbagai tugasan .


"Aku sibuk sikit . Banyak kot assignments ." Ji Hyo mengeluh di kerusi malas . Aku terlopong , kiranya nanti banyaklah kerja aku. "Tapi , kau jangan risau . Prof dah kecualikan kau . Cuma kau kena buat revision yang banyak untuk exam nanti ." Jelas Ji Hyo , aku mengangguk dan tersenyum . Namun senyumku pudar sekelip mata . "Kenapa ?"


"Aku tak tahu tapi wad ni macam .. seram .." Hujung ayatku kelam . "Aku kena kacau . Orang tu panggil nama aku , Sarah Majid . Lepastu waktu aku nak angkat call kedua , tv dan tingkap serentak terbuka . Dan .. aku dengar ketukan besi .. Aku lari , aku terlanggar Sam .. Lepas tu Sam takde .. Alih alih kau muncul .." Aku bercerita dari A sampai Z . Aku memandang Ji Hyo sayu , Ji Hyo sekadar mengangguk .


"Kau tidur dulu . Aku ada ." Dia menenangkanku . Aku mengeluh , pasti susah untuk Ji Hyo percaya . Aku menyelimuti badanku dan terlena dalam mimpi .


"Bangun ~ Masa untuk makan petang ." Sebuah suara garau mengejutkan aku , dalam kekaburan mata aku nampak susuk Ji Hyo , aku berkelip lagi namun kelibat itu bertukar kepada susuk tubuh Sam .


"Kau buat apa dekat sini ?" Aku bertanya , wajah ku semuram warna kelabu . Sam sekadar tersenyum .


"Ji Hyo kata ada orang kacau kau , so hari ni dan hari seterusnya aku akan jaga kau ." Sam menjelaskan mengapa dia disini . Aku terdiam , mungkin Sam patut menjaga aku memandangkan aku hanya ada kawan kawan di Korea . "Apa sebenarnya terjadi ?" Dia bertanya , aku menunduk . Perasaan seram semalam masih bersisa .


"Ada orang kacau aku . Dia tahu nama aku . Dan dia kata aku kesayangan dia . Aku tak kenal siapa dia . Lepastu dia nak kejar aku semalam , aku lari . aku terlanggar .." Pandanganku beralih pada Sam . "Kau ."


"Aku ?" PANGGG ! Gelas kaca dari atas meja ku jatuh . Pecah seribu . "Jangan turun . Biar aku panggilkan cleaner ." Sam terus meninggalkan aku , aku memerhati gelas yang pecah . Kenapa boleh pecah ?


Cleaner membersihkan sisa kaca , Sam duduk dihujung katilku . "Aku rasa tak sedap hati lah ." Aku bersuara .


"Kau penat kot . Dah rehat , takkan ada sesiapa yang kacau kau ." Aku mengeluh , semua seakan akan mempermainkan kataku . Tapi , memandangkan aku ada pengawal , mungkin orang tu takkan kacau aku .


Petang itu berlalu dengan pantas . Tiada apa yang pelik , aku hanya tertidur . Sam menjaga aku dengan baik . Setiap permintaanku dia ikut , lima kali dia berulang alik dari kantin dan wad . Semata mata ingin membeli makanan yang aku inginkan . "Sam~" Aku memanggilnya , keheningan malam membuat aku seram . Sam terjaga .


"Kenapa ?" Tanyanya dalam mamai , aku tersenyum . Haish , comel juga dia ni .


"Aku lapar lah . Aku nak roti coklat . Boleh tak ?" Sememangnya aku lapar , memandangkan esok aku kena berpuasa untuk menjalani pembedahan , jadi aku akan makan sepuas puasnya . Sam bangun . "Nak pergi mana ?"


Sam menggeleng . "Lah , kantin lah . Kau kan nak roti ." Sam berkata bisik namun kuat . Aku tergelak . Kemudian dia berlalu pergi .


15 minit berlalu namun tanda tanda Sam akan kembali ke bilik wad tiada . Selalunya 5 minit je masa dia ambil , kenapa lambat pula . Aku bertanya sendiri . Kemudian aku turun dari katil . Peristiwa semalam bermain di fikiranku , namun aku harus mencari Sam . TANGG TANGG TANGG ~! Bunyi hentakan besi mula bermain , aku masih berdiri di hadapan pintu bilik wad . Masih ragu ragu untuk keluar dari zon selamatku . "Siapa tu ?" Aku meninggikan suara . PANGGGGG ~! Kini hentakan besi pada sesuatu kedengaran , tapak kaki berlalu pergi . Laju seperti berlari . "Sam ?" Aku mula gelisah , bermacam macam bayangan bermain .


Aku melangkah keluar . Di satu sudut , ada sesuatu terbaring di lantai , meski gelap namun aku dapat melihat . Aku mula mendekatinya , telefon bimbitku dikeluarkan , lampu telefon dinyalakan . Dan di situ , dia terbaring . "Sam !" Aku menjerit kuat dan berlari mendapatkan Sam , ada sedikit darah di kepalanya . "Tolong !" Aku menjerit , namun tiada sesiapa menyahut . "Sam ! Bangun lah !" Aku menggerak gerakkan kepalanya . Berharap dia bangun. namun dia masih begitu.


TANGGG TANGG TANGG ~! "Cik Sarah Majid ~" Suara itu kedengaran dari belakangku . "Pandanglah sini ~"


"Kau siapa ?! Apa kau nak ?! Jauh lah gila !" Aku menyumpah , aku tidak akan berpaling . Takkan walaupun aku ingin melihat siapa punya angkara .


"Ke awak nak saya hayun benda ni dekat dia ?" Orang yang selama ini misteri kini berdiri di sebelahku . Bertemankan air mata aku cuba beranikan diri menatap wajah nya .


"Jong Kook ?" Hanya itu sahaja yang terpacul dari mulutku , Jong Kook dengan badan sasanya memegang tukul besi yang besar yang jika diberi pukulan di kepala mungkin akan menyebabkan kematian . "Kau dah gila ke ?!" Aku berteriak kuat .


"Aku tak gila . Sam yang gila . Dia yang rancang semua ni . Dia nak tahu kau sayang dia ke tak .." Jong Kook terhenti katanya . "Tapi aku lebih layak untuk kau !" Jong Kook menjerit kuat . Aku menangis , lebih kuat . Sam terjaga . "Salahkan dia !" Jong Kook mengarah tukul besi pada Sam .


Sam berkelip beberapa kali hingga dia dapat melihat dengan jelas . "Jangan pernah salahkan aku !" Sam cuba membela diri .


"Jikalau bukan kau , siapa lagi ?!" Aku menambahkan kebingitan malam .


"Aku cuma nak uji kau ." Sam berkata sayu . Jong Kook terus menarik kolar baju Sam , membawa Sam jauh dari ku. "Sam !" Aku berlari mengejar Jong Kook , kekuatannya luar biasa kerana sekejap sahaja dia jauh dariku bersama Sam .


"Sarah ! Tolong !" Sam berteriak . Aku segera berlari ke punca suara . Dan di sebuah lorong , Sam terduduk . Jong Kook dalam keadaan bersedia untuk menghayunkan tukul besi di tangannya .


"Jong Kook ! Jangan !" Aku cuba melarangnya .


Sam berpaling melihat aku . "Aku sayang kau ..." Aku dapat membaca bibirnya berkata sebegitu , sebelum sempat aku berlari ke arah mereka , bunyi dentuman kuat membuat aku terpaku . Jong Kook telah menghentakkan tukul besinya tepat di kepala Sam , membuat Sam terbaring dengan mulut yang tersembur darah .


"Sam !!!!" Aku menjerit , terduduk . Jong Kook mendekati aku .


"Dia dah tak ada sayang ." Jong Kook bersuara lembut , dia mendekati aku . Aku memandangnya penuh dendam . Aku berlari mendapatkan tukul besi yang berhampiran dengan tubuh Sam . Tukul besi dicapai , meski berat akan ku gagahkan demi Sam dan aku .


"Apa kau buat ni Kook ?! Kau dah gila ke ?! Kau tahu tak Sam tu kawan kau ?! Kau tahu tak dia sayang kau ?!" Aku bertanya bertalu talu dalam nada amarah dan sedih . Jong Kook tersenyum , senyum gila !


"Tapi aku sayang kau . Aku gilakan kau . Salah Sam sebab dia nak kenakan kau , tapi aku takkan biarkan dia kenakan kau . Sebab apa , sebab aku sayang kau ." Jong Kook semakin menghampiriku . "Letak benda tu Sarah ."


"TAK !!" Aku menghayunkan tukul besi hanya menggunakan tangan kanan dan terkena pada perut Jong Kook , dia terbaring kesakitan . Aku memberi hentakan kuat pada kepala Jong Kook , hentakan yang aku sendiri tidak sedar akan perilaku itu


"Letakkan senjata anda !" Dua orang pengawal yang sasa mengarahku , aku terus melepaskan tukul besi yang menjadi senjataku dari Jong Kook .


Di Mahkamah


"Berdasarkan bukti bukti yang diperolehi , Cik Sarah Abdul Majid , anda didapati bersalah atas kesalahan membunuh Encik Sam Samad dan Kim Jong Kook dengan sengaja ." Aku sepi , sudah seribu kali aku menceritakan hal yang sebenar namun pihak mahkamah punya bukti yang lebih kukuh untuk membuat aku bersalah . Memang aku tak cedera , tapi aku hampir dan aku cuba menyelamatkan diri .


Di dalam sel penjara , aku menangis perlahan . "Sam ?" Aku terlihat susuk tubuh Sam berdiri di hadapan sel , menatap sayu diriku .


"Aku tahu kau tak bersalah dan .. aku cintakan kau ." Dia memegang pipiku , airmata ku jatuh membasahi tangannya .


Inilah ceritaku , cerita di mana sebuah percintaan menjadi sebuah mimpi ngeri . Dimana ayat cinta sang jejaka terucap sebelum dia pergi meninggalkan sang gadis yang setia menanti selamanya . Aku rela , biarlah aku mati tanpa terbela kerana aku percaya kelak semua ini akan terbela . Semua kenangan mula bermain di fikiranku . Tatkala Sam menarik tudungku , menganggu aku menulis , cuba membuat aku tertawa . Siapa sangka , aku adalah seorang pembunuh . Pembunuh yang hanya membunuh kerana terdesak untuk keselamatanya . Sam , kita bertemu di syurga ya ..



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku