Matinya Seorang Penulis
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Fans Fiction
Paparan sejak 09 Mei 2015
Penilaian Purata:
(19 orang telah menilai karya ini)
2238

Bacaan






Menjejakkan kaki ke dalam sebuah rumah yang mempunyai aura antik-moden membawa senyuman kepada wajah Kwang Soo . Pemilihan rumah oleh appanya sememangnya tepat buatnya . Terasa tenang berada di dalamrumah tersebut , seolah olah setiap pelusuk rumah tersebut menerima kehadirannya . Dua minggu lagi akan bermula semester pertama untuknya di Kolej RunMan . Dia mengambil bidang psikologi kerana minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut .

"Bang , barang semua ni nak letak mana ?" Suara pekerja yang membantu Kwang Soo untuk berpindah rumah menyapanya. Kwang Soo memandang setiap inci rumah mencari tempat yang sesuai untuk diletakkan barangnya .

"Letak semuanya dekat sana , nanti biar saya uruskan ." Pekerja tersebut mengangguk faham , dengan bantuan tenaga pekerja yang lain , semua barang miliknya siap diuruskan sebelum malam tiba . Setelah memberi wang upah kepada pekerja, mereka meminta izin pulang dan meninggalkan Kwang Soo keseorangan .

"Siap pun semuanya ," Kwang Soo berasa lega , perlahan lahan dia melangkah ke tingkat atas biliknya bersama beg pakaiannya , meski keseorangan , dia tidak takut kerana keseorangan membuat dirinya merasa tenang . Bilik master tersangat besar , katil Queen telah disediakan begitu juga almari dan lain lain .

Matanya tertumpu pada laci meja kecil yang berada berdekatan di katilnya . Hatinya terasa aneh , seperti ada benda yang tersorok di dalam laci tersebut . Perlahan lahan tangannya menarik laci tersebut , kemudian dia ternampak sesuatu .

Kwang Soo mencapai benda yang berada di dalam laci tersebut . "Surat ?" Hatinya tertanya , sampul surat tersebut amatlah putih , seakan akan baru dibeli , isinya dikeluarkan. Terdapat tulisan yang menghiasi kertas tersebut . 'Selamat Datang .' Kwang Soo tergelak kecil . 'Ingatkan apa benda , rupa rupanya welcome wish .' Surat diletakkan di atas laci meja tersebut , dia menuju ke arah tingkap biliknya . Matanya tertumpu pada kawasan lapang di belakang rumahnya , hatinya terusik . Entah mengapa dia merasa sesuatu yang aneh. Dia meneliti kawasan tersebut , kawasan rumput itu umpama pemandangan yang pernah dilihat olehnya , umpama dekat dengan dirinya , tiba tiba telefon Kwang Soo berbunyi , dia terkejut kecil , diusap dadanya lalu mengangkat panggilan tersebut .
"Macam mana rumah tu ? Lee suka tak ?"
Suka appa . Terima kasih sebab faham citarasa Lee .
"Sama sama . Belajar elok elok , kalau appa free , appa akan jenguk Lee . Jaga diri tu . Kalau nak apa apa bagitahu appa ."
Baiklah appa .

Panggilan telefon dimatikan , dia mengeluarkan laptop miliknya dan duduk di atas katil , membuka dokumen untuk menyambung penulisannya . Tangannya mula menaip ..

.. . Melihat dirinya di dalam cermin , dia mula terdengar sesuatu terjatuh dari ..

Telinga Kwang Soo menangkap bunyian, bunyi cawan plastik terjatuh jelas kedengaran dari aras bawah . 'Jatuh ?' Dia memerhati hasil penulisannya , entah mengapa dia mula merasa seram sejuk , namun digahkan juga untuk turun ke bawah melihat apa yang terjadi . Anak tangga demi anak tangga dituruni , dia terus menuju ke dapur , namun tiada apa yang terjatuh .

'Perasaan aku je kot .' Kwang Soo menyedapkan diri , mungkin kerana mendalami penulisannya , dia terbawa bawa ke realiti. Dia menuju ke biliknya semula , menutup laptopnya dan mengemas apa yang patut .

Malam melabuh , Kwang Soo meneliti sebuah televisyen dari ruang tamunya . Barang yang bersisa di penjuru ruang tamu , dibiarkan untuk dikemas esok. "Aku sayang kau ." Kedengaran suara ganjil dari aras atas . Dia mengendahkan suara tersebut , pernah dia terbaca , andai terdengar sesuatu jangan ditegur atau mungkin itu hanya permainan mindanya , lagipun dia banyak memerah idea , jadi mungkin idea tersebut sesekali terlepas ke realiti . Dia menonton televisyen , ada kalanya siaran bertukar tukar. Tidak tahu apa yang harus ditonton . Dia menuju ke dapur untuk menyediakan hidangan ringkas .

Roti dan coklat mentega disediakan , sedang dia menyapu coklat mentega pada roti , siaran televisyen bertukar sendiri . Kwang Soo agak terkejut dengan apa terjadi , namum dia tetap dengan pemikiran positifnya . Mungkin butang alat kawalan televisyen rosak. Dia memakan roti sambil berjalan ke arah alat kawalan , diketuk beberapa kali , televisyen kembali normal . "Remote ni dah lama tak tukar ni , esok aku keluar beli lah ." Kwang Soo menutup televisyen dan menuju ke biliknya , namun langkahnya terhenti . Bilik yang selang satu pintu dari biliknya menarik perhatiannya. Langkahnya menuju ke arah bilik tersebut . Lampu dipetik , ruang yang gelap bertukar terang .

"Bilik ni ," Kwang Soo memerhati bilik tersebut dari pintu masuk , dia terasa sesuatu yang pelik . " Kenapa bilik ni macam ," dia menuju masuk , katil yang terbiar dengan tilam yang dilipat menjadi tempat duduknya . "Kawan ? Gelak ? Idea ke ?" Kwang Soo terbayang gelak tawa sahabat rapat di tengah ruang bilik itu , mungkin idea untuk penulisan barunya , seorang penulis tidak terjangka bila ideanya akan menerpa . Dia hanya memerhati bilik tersebut , terasa dirinya diperhatikan , pandangan matanya meliar ke arah pintu masuk , namun dia tahu hanya dia di situ dan mustahil ada yang memerhati .

"Baik aku tidur , esok ada banyak benda nak uruskan , rumah ni ada 4 bilik , mungkin aku patut sewakan ." Kwang Soo keluar dari bilik tersebut dan menuju ke biliknya . "Jangan lupakan aku ." Sekali lagi suara asing kedengaran dari salah satu bilik di tingkat atas , namun Kwang Soo telah pun terlena dengan mimpinya.

"Kamsahamida !" Kwang Soo keluar dari kedai elektronik setelah membeli alat kawalan televisyennya yang baru . Alat kawalan diletakkan di dalam beg sandangnya . Basikal dicapai dan dikayuh , kayuhannya tiada hala tuju , terasa ingin bersiar namun tidak tahu ke mana . Matanya tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang berkumpul di hadapan sebuah kedai .

"Beli satu , percuma satu !" Jerit sang promoter . Kwang Soo meletakkan basikalnya di tempat basikal .

"Ada apa ye ?" Kwang Soo cuba bertanya pada salah seorang orang awam yang berada di hadapan kedai tersebut .

"Ada sale buku catatan ." Jawab salah seorang dari mereka .

Kwang Soo terdiam , 'Buku catatan ? Sampai ramai orang ?' Pelik dengan apa yang dilihat dia cuba untuk sertai . Setelah sang promoter membuka kedai , ramai menyerbu masuk . Kwang Soo juga sama . Semua buku catatan cantik disusun , corak buku catatan amat menarik kesemuanya . Kebanyakan yang menyerbu kedai tersebut adalah anak muda , mungkin buku catatan digunakan sebagai diari . Kwang Soo meneliti satu persatu , buku catatan yang menarik perhatiannya ialah buku yang setebal 590 muka surat dengan corak belang harimau , dia terus mengambil buku tersebut dan membayarnya , Kwang Soo mendapat buku catatan setebal 590 muka surat dengan corak hijau kosong sebagai hadiah pembelian.

KRING KRING ~ Telefon Kwang Soo berbunyi . Panggilan diangkat .
"Appa dah sampai dekat rumah ni Lee . Mana Lee ? Kereta ada , tuan menghilang ."
Sorry appa , Lee keluar beli barang . Lee naik basikal , nak tukar arah sekejap , asyik kereta je.
"Tak apalah kalau macam tu . Take your time , appa ada kunci pendua rumah ni ."
Okay appa . Nanti Lee balik .
"Okay okay ."

Panggilan dimatikan . Telefon diseluk masuk ke dalam poketnya . "I should buy something ." Kwang Soo mengayuh basikal ke pasaraya yang tidak jauh dari kedai tersebut . Dia membeli sedikit makanan untuknya dan ayahnya dan terus pulang ke rumah , sehari berpisah membuatnya rindu akan kasih sayang ayahnya .

Kwang Soo melompat terus dari basikalnya setelah sampai di hadapan rumah , tidak sabar ingin berjumpa appanya . "Appa !" Kwang Soo terus memeluk appanya yang sedang leka membaca surat khabat di sofa .

"Haish Lee ni . Kenapa ?" Jae Suk mengusap lembut rambut anaknya .

"Rindu appa lah !" Kwang Soo membetulkan rambutnya . "Appa tinggal berapa hari ?"

"Tetap . Appa tahu Lee tak boleh berpisah dari appa ." Jawapan Jae Suk membawa senyuman pada Kwang Soo . "Beli apa je ?"

"Beli makanan sikit . Appa nanti tidur dengan Lee , katil Queen besar sangat ." Kwang Soo mengambil barang yang dibelinya tadi untuk diletakkan di dalam peti ais . Jae Suk mengangguk faham .

Ketika Kwang Soo ingin ke dapur menyimpan makanan di dalam peti ais, dia terlihat satu perkataan berwarna merah terlukis di dinding berdekatan sinki dapurnya "DEAD" . Kwang Soo tergamam , setahunya perkataan tersebut tiada di situ malam tadi .

"Lee Kwang Soo !" Jae Suk menepuk bahu anaknya , Kwang Soo terkejut dengan sapaan appanya . "Apa yang Lee tengok ?"

Kwang Soo melihat semula ke dinding sinki dapurnya , namun tulisan tersebut hilang , malah dinding tersebut bersih tanpa kotoran . "Nothing appa ." Kwang Soo berdalih , tidak mahu perbesarkan apa yang dia lihat.

"Kalau macam tu , appa naik dulu ." Kwang Soo mengangguk . Langkah Jae Suk setapak demi setapak meninggalkan Kwang Soo . Kwang Soo memerhati dinding sinki dapurnya , betulkah apa yang dia lihat tadi atau hanya bayangan minda . Kwang Soo menyimpan barang yang dibeli ke dalam peti ais dan mengambil sekotak jus dan duduk di atas meja kaca di dapur , masih lagi memerhati dinding tersebut. 'Tulisan tu memang betul betul ada dekat situ tadi . Tapi sekarang dah tiada , apa sebenarnya dah terjadi ?' Kwang Soo bermonolog sendirian . Memikirkan kewarasan kejadian tadi .

"Kenapa macam risau ?" Jae Suk menegur Kwang Soo apabila anaknya kelihatan kerisauan memasuki ruang bilik mereka . Kwang Soo menggeleng lemah , bunyi kipas siling jelas kedengaran menyatakan betapa sunyi rumah tersebut .

"Appa okay tak kalau Lee nak sewakan bilik rumah ni ?" Kwang Soo memandang wajah ayahnya , ada terselit raut rayu .

"Appa tak kisah , tapi Kwang Soo kan tak suka bising ." Jae Suk berkata selamba . Kwang Soo terdiam , ada betul juga kata ayahnya. "Ni karya Lee semua ni , tak nak publish ke ?" Jae Suk bermain dengan laptop Kwang Soo , sengihan sahaja menjadi jawapan kepada soalan Jae Suk . "Ni tajuk baru ke ?" Jae Suk memandang Kwang Soo .

"Tajuk apa appa ?" Kwang Soo mendekati Jae Suk , sedari tadi dia hanya duduk termenung di sofa biliknya .

"Ni hah ." Jae Suk menunding jari ke arah skrin laptop . Ada lukisan yang dilukis di dalam laptopnya . Namun bukan lukisan yang terlukis namun tulisan . *KILL* Perkataan itu menimbulkan riak terkejut Kwang Soo . "Kenapa sampai macam tu sekali ?" Jae Suk tergelak melihat riak wajah anaknya.

"Tak appa ." Kwang Soo agak tergagap . 'Patut ke aku bagitahu ?'

"Kenapa ni ?" Jae Suk mula resah .

"Ini bukan hasil karya Lee ." Kwang Soo menelan air liur resahnya .

Jae Suk memandang tepat pada wajah Kwang Soo , gelaknya terletus . "Memanglah bukan Lee yang buat , ini appa yang buat ." kata Jae Suk dalam gelak tawanya , Kwang Soo seakan akan lega , gelaknya bercampur resah . Hampir sahaja jantungnya tercabut . Kwang Soo merebahkan badannga ke atas katil. "Is there's something that I don't know , Lee ?" Jae Suk terus bertanya apabila gelaknya terhenti , anaknya seperti menyembunyikan sesuatu.

"There's nothing that you don't know , appa ." Kwang Soo membalas soalan Jae Suk , bumbung diperhati dengan penuh minat, cukuplah hanya dia sahaja yang mengetahui .

"Okay then . Dah sedia untuk semester pertama ?" Jae Suk masih leka dengan laptop milik Kwang Soo , hanya melukis apa sahaja yang dia suka .

"Not ready or ready , I have to ." Kwang Soo tergelak , mungkin dia risau dengan apa yang bakal dia tempuhi di kolej nanti .

"If you say so , then goodluck ." Jae Suk tersenyum pada anaknya , kedua dua anak beranak tersebut gelak sakan , rindu setelah seharian terpisah.

Kwang Soo keluar bersenam di awal pagi , setelah puas bersenam dia berjalan untuk menikmati pemandangan di awal pagi . Jae Suk pula keluar berjumpa rakan kongsinya , membincangkan tentang perniagaan yang diuruskan . Kwang Soo menyepak nyepak batu kecil yang menganggu perjalannya , bosan menghimpit dirinya . Dia duduk di bangku yang disediakan untuk menikmati pemandangan bukit indah . Ingatannya terlintas akan perkara yang terjadi semalam . Tulisan misteri yang membawa kepada seribu persoalan . Dalam pada berfikir ,telefonnya berbunyi .

Hah , kau nak apa ?
"Eh bos , marah ke ? Sorry lah tak sempat nak lawat kau sebelum kau berpindah ."
Kau kan sibuk memanjang , nak apa ni ?
"Aku nak bagitahu ni .."
Tak payah mengada , cakap cepat .
"Spoil lah mamat ni . Aku dapat tawaran masuk Kolej RunMan ."
Sama tempat dengan aku lah ni ?! Kan aku dah kata , kau boleh dapat punya .
"Hah ya lah , terima kasih percayakan aku ."
Sama sama .
"Nak tanya ni ."
Apa ?
"Aku nak pindah serumah dengan kau . Boleh ?"
Serumah ? Dengan aku ? Memang boleh lah ! Aku pun tengah cari penyewa sekarang . Bila nak masuk ? Siapa nak hantar ?
"Take easy brother , aku tak sure bila . Tapi sebelum sem pertama . Kau inbox aku harga and alamat ? Nanti aku inform apa apa ."
Appa Jae mesti happy kau jadi penyewa . Cepat cepat tau buddie .
"Mestilah cepat . Eh aku ada hal ni . Nanti talk ."
Okay .

Panggilan dimatikan , senyuman Kwang Soo terukir . Teman baiknya bakal duduk serumah dengannya . Kehadiran ayah dan teman baiknya pasti menambahkan lampu keceriaan di rumahnya . Mula dia merancang apa patut dibuat dengan teman baiknya itu , adakah mereka akan bermain game sepanjang hari atau keluar berjalan atau apa apa sahaja lah . Senyumannya masih tidak pudar , tidak sabar menunggu kedatangan teman baiknya itu. Dia hanya menikmati pemandangan , membazirkan masa begitu sahaja . Dia memetik jarinya , seperti teringat sesuatu . Langkahnya mengorak laju .

Sesampai di rumah , di terus menuju ke biliknya . Mengeluarkan komputer ribanya , hanya dengan menulis sahaja , dia dapat menghilangkan bosannya . Sedang sibuk dia menaip , pintu utama dikuak perlahan .

"Lee ! Tengok siapa datang !" Kedengaran seperti suara Jae Suk memanggilnya , dengan segera dia berlari turun . Namun rasa pelik mengusik hatinya , pintu utama tertutup rapat , malah tiada tanda tanda bahawa appanya sudah balik .

"Betul ke apa aku dengar ? Hurm , ni mesti sebab excited sangat . Haish." Kwang Soo tergelak kecil , lalu dia menuju ke biliknya semula . Dia tidak mahu memikir banyak tentang hal itu.

Gary berada di hadapan sebuah rumah , besar dan cantik bak rumah agam . Seorang budak lelaki mendekatinya menghulurkan sebuah surat . "Untuk Hyung ." Suara budak lelaki itu bak tenggelam , mujur Gary dapat menangkap kata kata budak tersebut .

"Untuk Hyung ?" Budak lelaki itu mengiyakan kata Gary . Surat tersebut bertukar tangan. Budak lelaki itu terus berlari meninggalkannya , Gary berpaling ke belakang . Mencari kelibat budak tersebut , namun tiada . 'Laju betul dia lari .' Teka Gary .

"Gary cari apa ?" Tegur Jae Suk apabila melihat Gary seakan akan mencari cari sesuatu . Dia memanjangkan lehernya , ingin mencari apa yang dicari Gary namun tiada apa yang dilihat.

"Tak , tadi ada budak ." Gary menunjuk ke arah budak itu berlari . "Nah , just forget about it ,appa Jae ." Gary tersenyum , Jae Suk hanya mengangguk , pintu dibuka.

"Lee ! See who is coming !" Jerit Jae Suk dari pintu utama . Kelihatan Kwang Soo berlari anak menuruni tangga , bertambah terkejut riak wajah Kwang Soo melihat Gary , teman baiknya .

"Kau Gary ! Kata nak datang nanti !" Kwang Soo berlari ke arah Gary dan menumbuk bahunya , keduanya tergelak kecil .

"Sorry beb . Saja bagi suprise ." Gary berkata dalam nada riang.

"Appa lah kan atur semua ni ?" Jae Suk mengiyakan kata Kwang Soo . Mata Kwang Soo tertumpu pada surat yang dipegang oleh Gary .

"Suprise memang suprise ni . Tu surat dari siapa ? Kekasih ?" Kwang Soo meneka .

"Tak tadi ada budak bagi . Entah lah ." Gary malas memikirkan tentang budak tadi .

"Lee ni , bagilah Gary letak barang dulu , rehat ke ." Jae Suk yang tadi memerhati gelagat dua anak muda itu mula bersuara . Kwang Soo terasa bersalah , cepat cepat dia mengangkat beg Gary walau dihalang . Bilik Gary bersebelahan biliknya.

Jae Suk membeli makan malam untuk mereka , Gary dan Kwang Soo tinggal berduaan di rumah .

"Kau dah buka surat tadi ?" Kwang Soo duduk di atas katil di bilik Gary setelah menolong Gary mengemas apa yang patut . Gary memandang Kwang Soo , hampir sahaja dia terlupa tentang surat tersebut . Surat yang diletakkan di meja belajar dicapai dan mengambil tempat di sebelah Kwang Soo . Sampul surat dibuka perlahan , sehelai kertas dibuka lipatannya dan dibaca . 'Selamat Datang' tulisan tersebut menghiasi kertas tersebut .

"Welcome wish ? Pandai budak tu ." Gary tergelak , Kwang Soo terdiam , surat tersebut sama seperti surat yang menyambutnya sebelum ini , jenis tulisan semuanya sama. Gary memandang Kwang Soo pelik. "Apahal dengan kau ?"

Kwang Soo seperti ingin memberitahu Gary sesuatu tapi tidak jadi , tapi harus juga beritahu. "Kau dah kenapa ? Macam apa dah ni ?" Gary mula geram dengan perangai Kwang Soo.

"Surat tu sama dengan surat aku ." Kwang Soo terus menuju ke biliknya , mengambil surat yang berada di dalam lacinya , namun surat tersebut sudah tiada . "Aku memang letak surat tu dekat sini , tapi mana ?" Kwang Soo tetap mencarinya .

"Surat je kan . Tak perlu nak cari sangat . Aku nak main game . Lawan ?" Gary mengubah haluan Kwang Soo yang sibuk dengan surat Kwang Soo memandang Gary dan mengangguk laju , mereka menuju ke ruang tamu dan bermain PS3 dengan permainan yang terbaru . Permainan WWE menjadi pilihan mereka , pusingan pertama Gary menang . Mereka berehat sebentar , keadaan menjadi sunyi .

TAP TAP TAP ! Kedengaran seperti bunyi tapak kaki seperti berlari menuju ke aras atas . "Kau dengar tak apa yang aku dengar ?" Gary memandang tajam Kwang Soo .

"Apa dia ? Cengkerik ?" Memang Kwang Soo mendengar suara asing tersebut , namun dia tidak mahu ambil peduli.

"Betul tak dengar ? Seriously ? Bunyi tapak kaki ? Kau tak dengar ?" Soal Gary berganda ganda .

"Tapak kaki ? Merepek je kau . Kita berdua je, duduk . Mana boleh ada bunyi tapak kaki ." Kwang Soo cuba meyakinkan Gary .

TAP TAP TAP TAP TAP ! Sekali lagi bunyi tapak kaki kedengaran . Mereka kaku ."Takkan kau nak cakap kali ni kau tak dengar ?" Gary memandang sinis Kwang Soo .

"Bukan tapak kaki tu , mesti ada tikus tu . Lagipun rumah ni belum renovate completely. Gary memandang Kwang Soo , dia mengagguk perlahan , mungkin ada betul kata Kwang Soo , mereka menyambung perlawan WWE sehingga Jae Suk pulang , kepulangan Jae Suk sangat superb ! Dengan ayam bakar , jagung bakar dan beberapa minuman yang menyelarakan , sudah cukup mengenyangkan mereka bertiga . Kekenyangan tersebut melupakan Gary sebentar pada bunyi yang aneh.

Gary dan Kwang Soo bergegas masuk ke kereta Ferrari putih milik Kwang Soo, masih ada 30 minit lagi sebelum hari pendaftaran bermula. Jae Suk ke luar negara untuk menguruskan cawangan syarikatnya di sana , katanya dia akan pergi sebulan lebih , bekerja dan betcuti sekali gus .

"Tak awal ke ?" Gary masih mengantuk . Malam tadi agak lambat dia tidur , semuanya gara gara permainan video .

"Memang awal , cuba kau bayangkan kalau kita datang lewat , ramai pelajar beratur ." Kwang Soo membebel sambil memandu keretanya .

"Hah , ya lah ya lah ." Gary menguap , dia menutup mulutnya dengan belakang tapak tangannya. Kwang Soo hanya menggeleng pendek melihat telatah kawannya .

Mereka berdua memasuki ruang Kolej RunMan , Gary dan Kwang Soo berkongsi minat yang serupa di dalam bidang psikologi , mereka menuju ke kaunter , mengisi beberapa borang untuk memastikan bahawa mereka sememangnya pelajar yang bakal belajar di situ .

Mereka berdua berjalan menuju ke dewan , setelah diberitahu oleh penjaga kaunter. "Kolej ni memang bagus lah !" Gary memandang sekeliling . Kwang Soo hanya tersenyum. Beberapa langkah kemudian , Kwang Soo terlanggar seorang lelaki . Buku catatan belang harimaunya jatuh ke tanah .

"Maaf !" Lelaki itu mengambil buku catatannya.

"Tak apa ." Kwang Soo berkata lembut , Gary hanya tersenyum dengan sikap Kwang Soo , bangga dengan sikap kawannya yang tidak cepat melatah apabila ditimpa ujian. Muka surat yang terselak terbaca oleh lelaki tersebut. Kwang Soo hanya mendiamkan diri .

Bukan sahabat andai dia menyakiti ,
Bukan sahabat andai dia tidak bersama ,
Sahabat sejati sentiasa dengan kita ,
Disaat suka ataupun duka .

Lelaki itu tersentak, terkejut dengan apa yang dibaca . Lalu buku Kwang Soo diserahkan semula padanya, langkah lelaki itu tangkas menuju ke dewan . Tidak memandang Kwang Soo atau senyum padanya.

"Apahal ?" Gary bertanya pada Kwang Soo , apabila melihat lelaki itu bersikap pelik.

"Entah ." Kwang Soo mengangkat separuh bahunya .

Acara pengenalan Kolej RunMan kepada pelajar baru dimulakan . Kata kata aluan dari beberapa pengajar menyerikan majlis , salah seorang pengajar menarik tumpuan Gary dan Kwang Soo .

"Itu lelaki tadi kan ?" Kwang Soo bertanya Gary , sengaja mencari kepastian . Gary mengangguk laju mengiyakan kata sahabatnya .

"Saya Professor Haha , Professor jurusan psikologi akan membimbing anak didik saya dengan baik . Kolej RunMan menyingkap segala persoalan yang meliputi semua subjek . Kamu semua adalah calon yang saya tahu amat hebat belaka. Jadi saya harap semua pelajar akan membanggakan lagi pencapaian Koleh RunMan . Don't Walk ! Run !" Kata slogan dari Prof Haha mendapat tepukan dari pelajar semua. Kata slogan itu adalah kata slogan Kolej RunMan , namun lain orang lain cara penyampaiannya .

"Kenapa ya dia macam takut tadi ?" Gary bersandar pada kerusi . Matanya tertumpu pada seorang gadis yang cantik. Keseorangan dan tampak tekun .

"Manalah aku tahu. Yang penting Prof Haha nampak sporting ." Kwang Soo menjawab . Gary hanya mengangguk , pandangannya teralih apabila si gadis hampir membalas pandangannya.

Setelah majlis tamat , para pelajar masuk ke kelas masing masing untuk pengenalan antara guru dan pelajar . Kwang Soo dan Gary duduk di baris ketiga tengah , semua pelajar mengambil tempat masing masing . Tidak disangka, bidang psikologi amat digemari ramai juga kerana ramai pelajar di dalam kelas Psikologi.

Prof Haha memasuki ruang kelas , semua memberi kata hormat . Prof Haha mengarahkan mereka duduk. "Baiklah , hari ini saya akan mulakan sesi perkenalan ." Mata Prof Haha bertembung dengan Kwang Soo , hampir kaku dibuatnya , diam seribu kata . Menyedari dia dalam keadaan yang tidak berkeyakinan , dia berdehem mengembalikan keyakinannya. "Maafkan saya , okay kembali pada topik , saya nak awak semua beritahu minat awak ." Kelas menjadi riuh .

"Kenalkan diri kamu dan minat kamu ." Prof Haha memberi arahan , satu per satu pelajar mengenalkan diri mereka .

"Okay hai . Saya Song Ji Hyo , minat saya melukis ." Kata kata Ji Hyo mengagumkan semua . Gary memerhati Ji Hyo dari tadi , gadis itulah yang berjaya mencuri perhatiannya di dewan tadi. Meski kelihatan agak kelelakian , namun Ji Hyo tampak manja dan anggun dengan topi yang dipasang cantik di kepalanya, rambut panjangnya kelihatan . Kini giliran Kwang Soo pula .

"Anyeong . Lee Kwang Soo imnida . Saya minat pada sastera ." Jawab Kwang Soo selamba , mata Prof Haha terbeliak terkejut .

"Lee Kwang Soo , awak ada abang ke ?" Prof Haha seakan ingin tahu .

"Saya anak tunggal Prof ." Kwang Soo menjawab yakin . Prof Haha mengangguk dan mengizinkan Kwang Soo duduk . Kini giliran Gary .

"Anyeong ! Kang Gary imnida . Saya minat pada dia !" Gary berkata dengan menunjuk ke arah Ji Hyo . Semua pelajar membuat suara nakal , Ji Hyo terkejut dengan jawapan Gary .

"Hoi Gary ? Gila ke ?" Kwang Soo berbisik marah pada Gary yang sedang berdiri .

"Yah kau ! Siapa kau nak minat aku ? Tak malu !" Ji Hyo berkata kasar , Gary hanya tersenyum . Semua pelajar tergelak melihat telatah dua insan itu .

"Yah ! Aku tak minat kau lah ! Aku minat meja tu !" Gary berkata dengan nada berpura kasar . Ji Hyo mendengus marah.

"Semua tolong diam . Gary serious ." Prof Haha berkata sedikit tegas .

"Baiklah . Anyeong Kang Gary imnida ! Minat saya adalah pada bola sepak ." Semua pelajar lelaki bersorak gembira . Prof Haha mengarahkan Gary untuk duduk. Ji Hyo menjeling tajam Gary saat Gary tersenyum padanya .

"Kau ni , agak agak lah nak tackle awek pun ." Kwang Soo berbisik pada Gary .

"I can't . Dia telah mencuri hati aku ." Gary bersikap over , tangannya menepuk nepuk posisi jantungnya , lakonan dia memang menjadi seakan akan hatinya memang dicuri .

"Lantak kau lah , jangan pelajaran ke mana , dia ke mana ." Kwang Soo malas melayan telatah kawannya itu . Gary tergelak .

"Baiklah , saya akan mulakan .." Percakapan Haha terganggu apabila ada kerusi terjatuh , kerusi yang betul betul bersebelahan Kwang Soo . Semua pelajar mencari punca bunyi yang terjatuh.

"Maafkan saya Prof ! Salah saya !" Kwang Soo meminta maaf , Prof Haha mengangguk faham. 'Kenapa kerusi ni boleh jatuh ? Aku terlanggar ke ? Setahu aku tak . Tapi , mungkin ya kot.' Kerusi diletakkan semula di posisinya . Kwang Soo mula bingung , setahunya dia tidak menyentuh kerusi tersebut tapi mungkin dia tidak menyedarinya.

"Hati hati lain kali ." Gary memandang Kwang Soo . Kwang Soo mengangguk perlahan .

"Okay , saya nak bagitahu awak semua betapa hebatnya minda kita ." Prof Haha menyambung topiknya .

"Boleh terbangkan benda ke Prof ?" Seorang pelajar bertanya , pertanyaannya membawa tawa pada semua.

"Tidak boleh tapi minda mampu mengawal keadaan tubuh badan kita . Jika kita sakit , jangan tetapkan di minda bahawa kita sakit . Nanti akan parahnya sakit itu . Sama keadaan jika kita putus asa , jangan fikir kita dah gagal , maka minda kita akan menghantar isyarat ke seluruh anggota bahawa kita boleh berjaya ." Prof Haha menyambung katanya dengan pendedahan yang unik dan tidak pernah diketahui.

"Baiklah , sampai di sini sahaja kelas kita . Kwang Soo ?" Prof Haha memandang Kwang Soo.

"Ya Prof ?" Dia berdiri .

"Boleh saya berjumpa dengan awak lepas ni ?" Kwang Soo mengangguk tanda setuju .

Kwang Soo melangkah ingin keluar kelas . "Lee !" Gary menjerit namanya apabila dia jauh sedikit darinya. "Kau nak aku tunggu kat mana ?"

"Cafeteria !" Kwang Soo menyahut jawapan , lantas dia berjalan laju menuju ke pejabat Prof Haha.

Gary mendekati Ji Hyo yang sedang mengemas barang . "Cafeteria ? " Gary mencuba nasib .

Ji Hyo memandang Gary pelik . "Aku ke ?" Dia menunding jari ke arahnya , Gary mengangguk . "Tak ada masa !" Ji Hyo terus melanggar bahu Gary dan berlalu keluar dari kelas . Gary hanya tersenyum melihat telatah Ji Hyo.

Kwang Soo mengetuk pintu bilik Prof Haha . Prof Haha mengizikannya masuk . "Ada apa ya Prof panggil saya ?" Kwang Soo ingin tahu.

"Duduk dulu , minum kopi ." Prof Haha menjemput Kwang Soo , Kwang Soo menghirup kopi perlahan lahan. "Saya cuma berminat dengan karya awak , maafkan saya terbaca karya awak tentang sahabat tu ."

"Tak mengapa Prof , lagipun puisi tu biasa biasa ." Kwang Soo bersikap rendah diri . Senyuman hanya terukir di bibirnya.

"Awak memang tak ada abang ke ?" Prof Haha membuka soalan awal kelas tadi .

Kwang Soo menangguk. "Saya memang tiada abang , Prof . Kenapa Prof tanya macam tu ?"

"Puisi awak tu serupa dengan puisi seseorang ." Prof Haha memberi jawapan padanya .

Kwang Soo terkejut kecil . "Siapa ya Prof ?"

Prof Haha terdiam , kemudian dia memandang Kwang Soo . Peluh resah membasahi dahinya meski bilik tersebut sejuk . "Saya , saya tak ingat ." Prof Haha berdalih .

Kwang Soo mengangguk kecil , jam tangan dilihat . "Prof , saya tak boleh lama ." Kwang Soo cuba meminta izin.

"Oh , kalau begitu , tidak apa . Maafkan saya ambil masa awak ." Prof Haha bersalam dengan Kwang Soo , Kwang Soo keluar dari ruang pejabat Prof Haha dengan seribu pertanyaan.

Kwang Soo ke Cafeteria , membeli chocolate shake dan duduk berhadapan Gary , dia mengelamun keseorangan . "Kau kenapa ?" Gary bertanya .

"Aku pun tak pasti . Aku perhati yang Prof Haha tak habis habis tanya aku ada abang ke tak. " Kwang Soo memandang Gary dengan pelik , pelik dengan kelakuan Professor nya.

"Alah , abaikanlah . Mungkin kau ada serupa dengan ex student dekat sini ke ?" Gary cuba menenangkan sahabatnya. Kwang Soo mengangguk resah , meski kata Gary melegakannya namun masih ada resah berbaki di hati . "Jom balik ?" Gary mengajaknya , Kwang Soo mengangguk . Mereka pulang ke rumah .

Kwang Soo berada di dapur , menikmati segelas jus oren . Masih lagi tidak melupakan pertanyaan Prof Haha . Sedang dia menikmati jus tersebut , dia ternampak kelibat hitam seperti seseorang menaiki tangga menuju ke aras atas dengan penuh kesakitan. "Hoi !" Kwang Soo menyergah kelibat tersebut . Kelibat tersebut menaiki ke aras atas dan menuju ke bilik ketiga iaitu bilik bersebelahan Gary. ARGHHHH ! Sebuah jeritan kedengaran .

Kwang Soo berlari ke menuju ke aras atas namun lariannya terhenti di tangga , rasa ragu untuk ke atas. "Gary ? Gary ?! Gary !" Dengan pantas , Kwang Soo berlari menuju ke aras atas apabila Gary tidak menyahut panggilannya . Sesampai di bilik ketiga , lampu dibuka namun tiada sesiapa .

"Kau kenapa ?" Gary menerpanya , pelik melihat sahabatnya seakan akan mengejar sesuatu.

"Aku nampak orang tadi , naik atas ni . " Kwang Soo masih meliar mencari kelibat yang sememangnya dia lihat sebentar tadi.

"Aku tak nampak kelibat apa apa pun ." Gary menyakinkan Kwang Soo.

"Tapi memang aku nampak ! Ada orang masuk bilik ni . Lepastu kau menjerit. " Kwang Soo terus menjenguk kebawah katil di bilik ketiga tersebut .

"Aku menjerit ? Mana ada . Kau penat ni . Dah lah ." Gary memegang bahu Kwang Soo dan memimpin Kwang Soo kebiliknya .

"Tapi memang aku nampak ." Kwang Soo cuba mempertahankan apa yang dia lihat tadi .

"Kau duduk sini . Rehat . Jangan banyak fikir ." Gary mendudukkan Kwang Soo di atas katil. Gary sudah seperti abang untuk Kwang Soo. Kwang Soo hanya membiarkan Gary melayannya seperti budak kecil yang ketakutan. Fikirannya menerawang kepada kelibat dan jeritan sebentar tadi . "Aku pergi buatkan air untuk kau ." Gary terus keluar dari biliknya.

Kwang Soo terbaring. 'Memang aku dengar ! Memang aku nampak ! Takkan bayangan aku je ? Kalau ya kenapa sering sangat diganggu ?' Kwang Soo memandang siling biliknya , teringat kejadian tadi , tiba tiba .. "I LOVE YOU , YOU LOVE ME , WE ARE HAPPY FAMILY. " Lagu dari rancangan kanak kanak Barney &Friends dinyanyikan dengan nada perlahan dan garau oleh suara budak lelaki . Kwang Soo menutup telinganya .

"JANGAN KACAU AKU !" Kwang Soo menjerit dengan kuat dan dalam masa yang sama ada darah yang mengalir dari siling biliknya .

'Darah ?!' Darah tersebut tidak jatuh ke bawah namun meresap di liang liang roma siling biliknya yang diperbuat dari kayu . Darah tersebut melukis tulisan perlahan lahan , H perkataan pertama yang dilukis kemudian diikuti A . Kwang Soo kaku tidak tahu apa patut dibuaf.

Gary memasuki ruang bilik Kwang Soo dengan segelas hot chocolate . Kehadiran Gary mengejutkan Kwang Soo membuatkan dia terduduk, dia memandang siling biliknya , namun perkataan tersebut telah pun hilang.

"Nah hot chocolate ." Gary menghulurkan gelas kepada Kwang Soo . "Kau tengok apa ?" Gary duduk di sebelah Kwang Soo dan turut memandang siling .

Gelas diletakkan di meja kecilnya . "Gary , tadi kau dengar .." PRAKKK ! Terdengar seperti sesuatu pecah dari aras bawah . Kwang Soo dan Gary berpandangan sesama sendiri. Mereka bergegas menuruni tangga menuju ke bawah .

"Aku tak salah dengar kan ?" Gary memandang Kwang Soo , mereka masih tidak menjumpai punca bunyi .

"Tak ." Kwang Soo menjawab kecil . Angin menerpa ke arah muka mereka berdua , angin yang membawa aura seram sejuk , bulu roma masing masing tegak ketakutan. "BEST FRIEND FOREVER ." Bisikan seorang lelaki kedengaran . Gelak tawa gembira seperti budak lelaki berbunyi dari tingkat atas . "HA DUL SET !" Suara tersebut nyaring dan perlahan dimainkan oleh suara budak lelaki yang didengar oleh Kwang Soo dan diikuti dengan tawa . Kwang Soo dan Gary memandang ketakutan muka masing masing.

"Kwang Soo ?" Gary memanggil nama sahabatnya , mengharapkan sahabatnya dapat merangka apa patut dibuat . Kwang Soo perlahan lahan menuju naik anak tangga . "Kwang Soo ? Mana kau nak pergi ?" Gary menarik tangan Kwang Soo .

Jari telunjuk Kwang Soo diletak ke bibir dan berbisik SHHH . "Ikut je aku. " Kwang Soo berkata bisik. Tangan Gary dipegang Kwang Soo, Gary mengikuti Kwang Soo dari belakang . Dia harus menemani sahabatnya . Meski apa pun terjadi !



Kwang Soo dan Gary berjalan perlahan menaiki anak tangga , setapak demi setapak , hati mereka semakin berdebar , lampu bilik ketiga terbuka , mereka mula merapati bilik ketiga , dengan tiba tiba suasana rumah menjadi gelap seperti tiada elektrik di kala malam menjelma, sedangkan pada waktu itu petang belum berlabuh .

"Gary !" Kwang Soo menyahut nama Gary , dia tidak dapat melihat apa apa . Angin kuat bagai angin taufan membadai umah tersebut , semua barang ringan tersusun bersepah merata .

"Kwang Soo !!" Tiba tiba Gary seakan ditarik ke bawah , namun pegangan Kwang Soo masih kuat , Kwang Soo terduduk , tangan kanannya memegang Gary , tangan kirinya pula berpaut kuat pada pintu bilik Gary . "Kwang Soo ! Jangan lepaskan aku !" Gary menjerit ketakutan .

"Aku takkan ! Bertahan Gary !" Kwang Soo menarik tangan Gary , tangannya seakan lemah , namun dia takkan berputus asa . "Gary ! Aku sayang kau ."

"Aku pun !" Gary seakan menangis , Kwang Soo menarik tangan Gary sekuat hati, tarikan yang menarik Gary ke bawah dan angin terhenti , dalam masa yang sama Kwang Soo tertolak ke belakang . "Kwang Soo ? Kwang Soo ?" Gary meraba dalam gelap mencari temannya .

Kwang Soo terduduk . "Aku kat sini ." Kwang Soo meraba dalam gelap juga , tangan mereka berdua bertemu .

"Kwang Soo , ini semua tak masuk akal ." Kata Gary .

Ji Hyo menaiki basikal berjalan jalan , kayuhannya terhenti di depan pagar besar yang menyimpan rumah agam didalamnya . Dia terpaku . Begitu cantik rumah tersebut , pasti tuan rumah tersebut bukan calang calang orang.

"Ada sesuatu yang tak kena . Tolong ! Tolong !" Gary menjerit meminta pertolongam juga apabila Kwang Soo bertindak serupa .Tiba tiba ada sesuatu memukul kepala mereka berdua , mereka berdua pengsan .

"Tolong ?" Ji Hyo pelik dengan teriakan didengarnya tadi , lantas tanpa berfikir panjang dia terus melepasi pagar utama dan menuju masuk ke perkarangan rumah agam apabila jeritan pertolongan hilang begitu sahaja . Sesampai di pintu masuk rumah agam , Ji Hyo mengetuk pintu tersebut sekuat hati. "Buka pintu ni ! Buka !" Ji Hyo menjerit sekuat hatinya.

"Ada apa apa saya boleh tolong ?" Jae Suk muncul dari belakang Ji Hyo , Ji Hyo terkejut dengan kemunculan Jae Suk yang secara tiba tiba baginya .

"Maaf tapi saya dengar ada orang minta tolong ." Tangganya menunjuk ke arah pintu rumah . Jae Suk gelak kecil .

"Anak saya mungkin ." Jae Suk menjawab kecil .

"Ouh anak , kalau macam tu .. saya balik dulu. . Maaf menganggu ." Ji Hyo menuju keluar dari perkarangan rumah agam tersebut , setelah Jae Suk mengangguk tanda dia faham . Sempat dia memandang rumah tersebut , pelik dengan .. Entah , dia pun tidak tahu apa yang dipeliknya .

"Ha dul set !" Dua budak lelaki bermain di bilik ketiga rumah Kwang Soo . Kemudian mereka membesar sehinggalah tinggal seorang sahaja lelaki di dalam bilik tersebut , wajahnya muram .

"Kwang Soo !" Gary menjerit nama Kwang Soo , Kwang Soo tersedar dari mimpinya , malam sudah melabuh , kepalanya terasa sakit , dia berada di dalam biliknya sendiri , yang peliknya cahaya lampu telah pun menghiasi rumah tersebut . Dia melangkah keluar ingin menuju ke bilik Gary .

"WARGHH !" Kwang Soo terkejut apabila dia bertembung dengan Gary di muka pintu , keduanya terduduk terkejut .

Gary bernafas dengan nada resah . "Lee ! Aku tak mimpi kan tadi ?" Gary memandang Kwang Soo. Kwang Soo membalas pandangannya dengan pandangan sedih namun lega.

Kwang Soo menggeleng . "Tak , kau tak mimpi. "

"Apa sebenarnya benda tu nak dari kita ?" Gary memegang kepalanya yang terasa sakit.

"Aku tak tahu tapi aku tahu ada sesuatu yang terjadi di sebalik rumah ni ." Kwang Soo memandang dapur dari tingkat atas , semua barang yang bersepah tadi , tersusun rapi.

"Kau nak siasat ?" Gary turut sama memandang apa yang dipandang oleh Kwang Soo.

"Harus disiasat ." Kwang Soo hanya mengelamun begitu juga Gary . Tiada tanda bahawa akan ada gangguan . TAPP TAPP TAPP . Kedengaran seperti tapak kaki berjalan menuju ke atas.

"Kwang Soo kau dengar ?" Gary bersandar rapat pada dinding . Kwang Soo mengangguk , dia juga bersandar rapat di dinding . Mereka memerhati tangga yang membawa bunyi tapak kaki itu TAP TAP TAPP bunyi tersebut melintasi mereka dan menuju ke bilik ketiga. Mereka terkejut , adakah betul ada sesuatu yang melintasi mereka. Mereka berdua berlari masuk ke bilik Kwang Soo.

"Bilik tu . Kunci pada gangguan ni ." Kwang Soo berbisik pada Gary apabila mereka selamat berada di atas katil. Gary mengangguk faham . Mereka terdiam di tempat duduk masing masing . Bunyi tapak kaki terhenti di bilik ketiga. Kemudian , sunyi sahaja .

"Apa kita nak buat sekarang ?" Gary bertanya .

"Kita tidur dulu . Aku tak nak apa apa jadi dekat kau. Buat masa sekarang kita harus berdiam diri , tunggu siang menjelma ." Gary dan Kwang Soo terus mencuba melelapkan mata berharap malam menimpa berlaku segera .

Kelas Prof Haha tamat pada hari tersebut , Kwang Soo dan Gary tidak dapat menumpukan perhatian mereka sepenuhnya. Mereka harus menghentikan gangguan tersebut . Kwang Soo dan Gary menuju keluar kelas namun mereka berlanggar dengan Ji Hyo akibat ketidakkepekaan mereka. Habis jatuh barang Kwang Soo ke lantai .

"Maaf maaf !" Ji Hyo mengutip barang Kwang Soo dengan bantuan Kwang Soo dan Gary, sekeping gambar menarik perhatiannya . Lantas dia mengambil gambar tersebut . "Ni siapa ye ?"

Kwang Soo mengambil gambar yang berada di tangan Ji Hyo . "Ouh , ni appa Kwang Soo ." Gary menjawab pertanyaan Ji Hyo . Kwang Soo mengangguk mengiyakan.

"Kau tinggal dekat rumah agam dekat pekan lama tu ke ?" Ji Hyo meneka dengan nada teruja dan terkejut.

Kwang Soo mengangguk. "Mana kau tahu ?" Giliran Kwang Soo pula bertanya.

"Betul tu , mana kau tahu ?" Gary mengulangi pertanyaan Kwang Soo.

"Kebetulan semalam aku lalu depan rumah kau , then aku dengar orang minta tolong. Aku ketuk rumah tu , tiba tiba appa kau .. " Ji Hyo ingin melangsungkan katanya .

"Wait ! Appa Kwang Soo ? Tapi appa dia outstation ." Gary menyampuk kata Ji Hyo dengan nada terkejut dan pelik.

"Habis tu siapa semalam ? Appa Kwang Soo kata mungkin anak nya tengah main . Kau lah kan Kwang Soo ?" Ji Hyo memandang Kwang Soo berharap Kwang Soo tidak memberi jawapan yang pelik .

"Memang aku satu satunya anak appa. Tapi appa aku tak de kat rumah Hyo ." Kwang Soo cuba menerangkan pada Ji Hyo . Ji Hyo mula resah. "Okay okay . Macam ni , apa kata ikut aku dan Gary ke cafeteria ." Kwang Soo menenangkan Ji Hyo. Ji Hyo mengangguk setuju. Mereka menuju ke Cafeteria bersama .

"Kau kata appa kau tak ada . Habis tu siapa orang yang aku jumpa ?" Ji Hyo duduk berhadapan Gary dan Kwang Soo , dia ingin tahu .

"I think you should forget about it ." Nasihat Kwang Soo .

"No , I won't !" Bentak Ji Hyo .

"Kwang Soo , aku rasa Ji Hyo patut tahu ." Gary berkata pada Kwang Soo . Kwang Soo mengangguk faham.

"Apa patut aku tahu ?" Ji Hyo memandang mereka berdua dengan riak risau .

Kwang Soo merapatkan diri pada Ji Hyo begitu juga Gary . Hal ini tidak boleh diketahui orang , atau heboh jadinya nanti . Ji Hyo juga mendekatkan dirinya , berminat ingin tahu apa yang patut dia tidak tahu. "Rumah tu berhantu ." Kata Kwang Soo perlahan . Ji Hyo terkejut dengan apa yang didengarnya .

"Macam mana kau tahu rumah tu berhantu ?" Ji Hyo masih tidak puas hati dengan apa yang didengarnya , baginya ia memerlukan alasan yang kukuh.

"Mulanya aku pun tak percaya tapi semalam .." Gary bercerita tentang apa yang berlaku semalam , gelak tawa budak , angin kuat , dia ditarik ,waktu cerah menjadi gelap, mereka tiba tiba ada di dalam bilik masing masing serta bunyi tapak kaki , tidak satu pun tersembunyi , semuanya diberitahu.

"So kau nak cakap apa yang aku nampak semalam bukan manusia ?" Ji Hyo masih ragu . Kwang Soo dan Gary mengangguk.

"Sebab appa aku memang tak ada dekat rumah ." Kwang Soo meyakinkan Ji Hyo .

"Aku agak tak percaya . Okay macam ni , apa kata sekarang juga kita pergi rumah kau. " Ji Hyo memberi cadangan .

"Tak kisah ke ?" Kwang Soo mencabar Ji Hyo .

"Aku tak kisah ? Sekarang juga kita pergi . Jom !" Ji Hyo bangkit dan menuju ke keretanya .

Sesampai di rumah Kwang Soo , Ji Hyo terpesona , rumah inilah yang membuatnya kagum , ukiran dan seni bina yang sempurna. Ji Hyo turun dari keretanya . Duduk di kerusi di halaman rumah .

"Eh Kwang Soo , rumah kau boleh access Internet tak ?" Tanya Ji Hyo . Kwang Soo mengangguk . Gary turut bersama duduk dengan Ji Hyo . Ji Hyo sudah tidak kisah dengan kelakuan Gary , lagipun Gary seorang yang baik.

"Aku masuk dulu ." Kwang Soo terus masuk ke dalam rumah.

"Kau nak buat apa dengan Internet ?" Gary ingin tahu.

Ji Hyo tersenyum dengan pertanyaan Gary . "Aku nak cari tahu pasal rumah ni , mana tahu ada dekat Google ." Tangan Ji Hyo lincah menekan skrin telefonnya . Dahinya berkerut .

"Kenapa ?" Gary pelik melihat wajah Ji Hyo yang seperti gusar . Kwang Soo datang bersama tiga gelas jus anggur.

"Cuba tengok ni ." Ji Hyo bersuara . Gary dan Kwang Soo terus mendekati kiri dan kanan Ji Hyo , melihat apa yang ingin ditunjukkan olehnya . "Ini rumahnya kan ?" Ji Hyo bertanya lagi.

"Memang gambar ni rumah aku . Ada apa apa informasi ke ?" Kwang Soo teruja ingin tahu . Jari Ji Hyo menekan sesuatu , terbukalah satu laman berita .

27 OGOS 1994 , SEORANG REMAJA LELAKI DITEMUI MATI KERANA MEMBUNUH DIRI DI KEDIAMAN RUMAH AGAM DI PEKAN LAMA , SEOUL .

Ketiga tiga mereka terkejut dengan tajuk besar tersebut . Setiap potongan ayat dibaca namun yang peliknya , tiada sebarang nama yang dapat dijadikan petunjuk . Dan yang pasti remaja lelaki tersebut telah membunuh diri di salah sebuah bilik dan bilik yang dimaksudkan ialah bilik ketiga .

"Nama remaja tu tak dinyatakan ." Gary memberitahu.

"Mungkin keluarga mangsa tidak mahu nama dinyatakan ." Kwang Soo terduduk . Dia harus cari tahu tentang semua ini .

"Mungkin kita patut ke Balai Polis Pekan Lama . Mana tahu pihak polis ada menyimpan kes ni ?" Ji Hyo cuba memberi cadangan.

"Tapi tak mungkin pihak polis senang senang nak bagi kes tu pada budak mentah macam kita ." Gary menambah . Kwang Soo dan Ji Hyo mengangguk.

"Atau mungkin. Kita boleh tanya nama mangsa dalam kes ni ?" Kwang Soo menambah .

Guruh berbunyi. "Jom kita masuk dulu . Nak hujan ni ." Kwang Soo mengangkat gelas dan mengajak namun Ji Hyo seakan keberatan.

"Kitaorang takkan apa apa kan kau ." Gary cuba menenangkan Ji Hyo . Ji Hyo tersenyum , perlahan lahan dia masuk ke rumah tersebut .

"Besarnya rumah ni !" Ji Hyo kelihatan gembira . Dia meneliti setiap pelusuk rumah itu.

"Kalau nak tengok tv , tengok je ." Kwang Soo mempelawa , Ji Hyo duduk di kerusi ruang tamu . "Aku nak naik kejap ." Kata Kwang Soo.

"Aku pun . Nak apa apa bagitahu. " Gary melangkah ke atas , Ji Hyo mengangguk perlahan.

Sedang dia menikmati pemandangan rumah agam yang besar itu , hujan lebat membasahi bumi . "Hey pelik ! Kau nak buat apa hah ?" Kedengaran suara lelaki seakan mengancam seseorang di sebalik jeritan hujan . Ji Hyo terpandang ke arah suara tersebut , tingkap besar di kanannya memperlihatkan seorang lelaki dipegang oleh dua lelaki yang lain dan seorang lelaki lagi mengancamnya . Muka mereka kabur , tidak dapat dilihat dek hujan lebat.

"Apa kau nak buat hah ? Hoi ! Hoi !" Ji Hyo mengetuk ngetuk tingkap tersebut namun tidak dipedulikan oleh semuanya.

"Kau memang nak kenakan ! Buat apa kau datang sini ?!" Lelaki yang mengancam tersebut menumbuk lelaki yang dipegang , lelaki yang dipegang jatuh tersembam dan tidak bangun .

"Hoi ! Jangan lari !" Ji Hyo berlari ke arah pintu apabila ketiga lelaki lain lari . Namun tangannya dipegang erat.

"Hey Hyo ! Kau nak pergi mana ?" Mujur Gary sempat menahannya atau Ji Hyo akan kebasahan kerana hujan.

Ji Hyo memandang resah Gary . "Ada orang kena tumbuk !" Ji Hyo menunjuk ke arah tingkap .

"Kenapa ni ?!" Kwang Soo bergegas turun , teriakan Ji Hyo merisaukannya. Gary terus ke arah tingkap namun tiada sesiapa pun.

"Mana ada sesiapa Ji Hyo . Kau betul betul nampak ke ?" Gary bertanya lagi pada Ji Hyo . Ji Hyo mengangguk laju.

"Nampak apa ?" Kwang Soo yang dari tadi tidak tahu apa apa bertanya .

"Ji Hyo nampak orang kena tumbuk . Tapi mana ada sesiapa ." Gary menjawab , Kwang Soo terus ke arah tingkap . Betul , tiada sesiapa pun.

"Tapi aku nampak. Lelaki tu .." Ji Hyo berjalan ke arah tingkap . "Lelaki tu jatuh kat situ. " Ji Hyo menunjuk nunjuk ke arah budak tersebut jatuh , amat dekat dengan lantai berdekatan tingkap . Namun tiada sesiapa pun.

Kwang Soo terduduk di atas lantai bersama Gary , Ji Hyo pula duduk di atas sofa . "Aku rasa , itu adalah petunjuk ." Kwang Soo menjawab dalam nada bergetar .

"Apa maksud kau ?" Gary tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Kwang Soo . Kwang Soo duduk berhadapan Gary dan Ji Hyo.

"Sebenarnya , semalam , sebelum kejadian yang Gary ceritakan tadi . Aku ada nampak perkataan H dan A ." Kwang Soo bersuara . "And hari kedua aku tinggal dekat sini aku nampak perkataan DEAD ." Perkataan dead yang dinyatakan Kwang Soo mengejutkan Gary dan Ji Hyo .

"Apa yang dimaksudkan dengan dead ?" Ji Hyo beranikan diri.

"Aku tak tahu tapi aku nak siasat benda ni . Kau berdua macam mana ?" Tanya Kwang Soo .

"Aku okay je ." Ji Hyo menjawab , Gary mengangguk tanda dia ingin serta .

"Memandang esok tiada kelas , apa kata kita siasat benda ni ." Cadang Gary , semua mengangguk setuju. Setelah hujan reda , Ji Hyo pulang ke rumah , ingatannya masih teringat kejadian tadi . Kwang Soo dan Gary mengatur langkah untuk pencarian jawapan misteri rumah agam tersebut .

PONN PONN !~ Hon dibunyikan dihadapan rumah sewa Song Ji Hyo , entah macam mana Kwang Soo dan Gary tahu dimana rumah sewanya . Ji Hyo yang ingin masuk ke keretanya terbantut niatnya apabila kereta Kwang Soo kelihatan . Cepat cepat dia menuju ke kereta Kwang Soo .

Tingkap kereta bahagian tempat duduk bersebelahan pemandu diturunkan apabila Ji Hyo mendekati kereta Kwang Soo . "Macam mana kauorang tahu rumah aku ?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Ji Hyo. Kwang Soo dan Gary tersenyum kecil.

"Tak penting semua tu , cepat masuk ." Gary mengarahkan Ji Hyo masuk , Ji Hyo mencebik dan terus masuk ke kereta Kwang Soo di bahagian belakang.

"Malam tadi okay tak ?" Ji Hyo memandang Gary dan Kwang Soo silih berganti.

"Okay je . So sekarang kita pergi Balai Polis Pekan Lama ." Kwang Soo berkata sambil memandu.

"Tak sangkakan , aku pun terjebak sekali ." Ji Hyo bersandar pada tempat duduk belakang.

"Thanks sudi terjebak ." Kata Gary , Ji Hyo tersenyum manis . Semua tergelak kecil.

Balai Polis Pekan Lama agak besar pejabatnya , semua pekerja di dalam balai polis sibuk dengan kerja masing masing. "Ada apa apa saya boleh tolong ?" Tanya seorang pegawai polis yang terlihat kelibat mereka bertiga .

"Tuan , kami nak tahu tentang maklumat mangsa bunuh diri di rumah agam pekan lama pada tahun 90-an , di mana kami boleh dapat maklumat tersebut ? " Tanya Kwang Soo dengan yakin .

"Tahun 90-an ? Kalau boleh saya tahu mengapa awak semua nak tahu tentang maklumat mangsa ?" tanya pegawai tersebut kembali. Semua terdiam , tidak tahu apa patut dijawab.

"Kami harus siasat hal ini tuan , ini membabitkan keselamatan penghuni rumah agam tersebut ." Jawab Ji Hyo dengan keberanian yang bersisa . Pegawai polis tersebut mengangguk faham . Lantas dia menuju ke sebuah bilik diikuti Kwang Soo dan lain lain. Banyak fail di dalam bilik tersebut . Pegawai tersebut mencari cari di dalam beberapa laci.

"Mungkin ini kes yang kamu maksudkan. Tahun 1994, bunuh diri , Pekan Lama , Seoul ." Pegawai tersebut meneliti fail yang dipegang . Semua mengangguk. "Tapi ada satu masalah , saya tak boleh bagitahu perihal mangsa atas penghormatan kepada keluarga mangsa ."

"Tuan , tolong bagitahu kami . Baiklah , bagi kami hanya nama mangsa ." Pujuk Gary.

"Baiklah ." Jawab pegawai tersebut . "Kim Jong Kook nama mangsa ."

"Terima kasih tuan ." Kwang Soo bersalam dengan pegawai polis tersebut begitu juga Gary dan Ji Hyo . Mereka keluar dari bilik tersebut . Pegawai polis tersebut tersenyum pada mereka , bayangan pegawai polis tersebut hilang begitu sahaja , umpama debu ditiup angin begitu juga pekerja yang lain apabila mereka berjalan melepasi pekerja lain. Mereka berlalu pergi dari Balai Polis Pekan Lama, balai tersebut berlumut dan makin lama hanya bersisa batu lama yang meruntuh .

"So macam mana sekarang ? Nama dah dapat ." Gary buntu memikirkan penyelesaian .

"Aku tak tahu . Kwang Soo , macam mana ?" Ji Hyo bertanya pada Kwang Soo pula .

"Apa kata kita pergi dekat perpustakaan berdekatan ." Kwang Soo membetulkan posisi badannya semasa memandu.

"Untuk apa pula ?" Gary mula keliru. Apa kaitan perpustakaan dengan kes yang disiasat ?

"Kita guna Internet dan komputer perpustakaan , mana tahu boleh jumpa apa apa maklumat tentang mangsa ." Kwang Soo menjawab kekeliruan Gary . Ji Hyo terdiam , tidak tahu apa perlu dikata . Kwang Soo amat pandai mengatur langkah .

"Tapi Ji Hyo kan ada Internet ?" Gary mula mengelirukan Kwang Soo .

"Memang betul tapi kita tak boleh harap Ji Hyo seorang . Dekat perpustakaan kita bertiga boleh cari maklumat serentak . Betul tak Ji Hyo ?" Kwang Soo memandang cermin yang menampakkan Ji Hyo , Ji Hyo tersenyum dan mengangguk .

Perpustakaan Bandar Ilmu , perpustakaan yang amat aktif dan menyimpan pelbagai jenis buku , semua buku yang dicari pasti ada , jika tiada pun pasti pihak pengurusan perpustakaan akan mengemas kini koleksi buku perpustakaan tersebut . Hanya segelintir orang sahaja yang melawat perpustakaan pada waktu tersebut , mungkin masih pagi.

"Okay , sekarang siapa nak cari maklumat guna Internet dan siapa nak cari dekat rak akhbar lama ?" tanya Kwang Soo .

"Ji Hyo lebih baik guna Internet sebab dia memang dah pakar bab Internet , aku nak cari dekat akhbar lama ." Gary memberi idea , lagipun dia lebih suka melihat lihat buku . Kwang Soo mengangguk faham .

"Okay , kalau macam tu aku nak cari guna Internet , kau okay tak cari sorang sorang ?" Kwang Soo bertanya , Ji Hyo tidak sabar ingin mencari maklumat dengan menggunakan Internet. Gary mengangguk tanda okay .

Mereka menuju ke arah tugas masing masing . Fokus mereka adalah satu , maklumat Kim Jong Kook . Pasti mereka akan menemui sesuatu dengan petunjuk yang diberi.

Ji Hyo dan Kwang Soo menaip nama mangsa iaitu Kim Jong Kook , namun tiada maklumat tentang mangsa bunuh diri. Yang ada nama agak serupa dengan mangsa iaitu Kin Jung Koo dan sebagainya .

"Jumpa ?" Tanya Kwang Soo yang duduk berhadapan dengan Ji Hyo yang dihalangi dengan komputer .

"Tak lah ." Ji Hyo bernada pasrah . Namun mereka menaip tajuk besar iaitu Pembunuhan Diri Di Rumah Agam Pekan Lama , Seoul . Seperti biasa , kes seorang remaja lelaki membunuh dirinya di salah sebuah bilik di rumah agam iaitu rumah Kwang Soo .

Gary berjalan menuju ke rak akhbar lama , mungkin ada surat khabar yang memaparkan wajah mangsa atau tempat tinggal mangsa atau sebagainya . Gary duduk di sebalik rak rak yang lain dan berhadapan rak akhabar lama . Tangan membelek belek beberapa akhabar lama. Puas dia mencari namun tiada akhbar yang dipinta . Gary bersandar pada rak dibelakangnya , cuba melepaskan lelahnya.

"MAJALAH KENANGAN 1994 KOLEJ RUNMAN ." Tajuk pada sisi majalah tersebut menarik perhatian Gary , mana tidaknya , itu adalah majalah kolej tempat dia belajar sekarang , tanpa berlengah masa , tanggannya terus mencapai majalah tersebut . Satu per satu helaian dibelek . Setiap gambar pelajar dilihat , betapa simple nya pemakaian mereka . Betapa berjayanya mereka tanpa gajet pada zaman tersebut .

Semua pelajar serta guru di dalam majalah tersebut mengingatkan Gary bahawa kehidupan masa dahulu adalah lebih berjaya dari segi pendidikan dari sekarang namun bukanlah pendidikan sekarang merosot tapi baginya pendidikan sekarang memudahkan pelajar berjaya , tanpa membuang tenaga yang banyak kerana semua maklumat terletak di hujung jari . Majalah diletakkan di sebelahnya . Tiba tiba ..

Sehelai demi sehelain muka surat ditiup angin , Gary berpaling pada buku tersebut , bulu romanya menegak . Mana tidaknya , tiada punca angin di dalam perpustakaan tersebut kerana hanya pendingin hawa dipasang. Itupun pasti tidak dapat menyelak muka surat buku tersebut sehelai demi sehelai. Muka surat tersebut berhenti menyelak pada muka surat 59 . Gary melihat apa yang terkandung di dalam muka surat tersebut.

"Tak jumpalah ." Kwang Soo merenggangkan badannya di kerusi komputer, dia terasa lenguh tengkuk. Penat mencari maklumat yang tidak wujud.

Ji Hyo mengintai Kwang Soo . "Jom cari Gary ." Ajak Ji Hyo , Kwang Soo mengangguk .

Baru sahaja mereka berdiri , kelihatan susuk tubuh Gary berlari anak ke arah mereka . Mereka tergelak melihat Gary , entah apa lah dia nak bagitahu. Gary terduduk di atas kerusi komputer dan meletakkan majalah kolej di sebelah papan menaip . "Cuba tengok ni !" Gary menunjuk ke arah sesuatu di dalam majalah tersebut . Kwang Soo dan Ji Hyo segera duduk berdekatannya dan mencapai majalah yang dibawa oleh Gary , ingin melihat apa yang ditunjukkan oleh Gary.

" Kau nak tunjuk kelas kelas ni je ke ?" Ji Hyo pelik , dia masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Gary.

Gary menggerakkan tangannya ke kiri kanan tanda bukan itu yang dimaksudkannya , dia masih terbaring di atas kerusi sengaja menyuruh Kwang Soo dan Ji Hyo meneliti apa yang tidak kena pada muka surat tersebut , ada dua gambar kelas disitu , namun mereka keliru dengan apa yang patut mereka tahu.

"Habis tu apa ?" Kwang Soo masih meneliti muka surat tersebut , begitu juga Ji Hyo. Setiap patah perkataan dibaca , kadang mata mereka berarah pada gambar di dalam majalah .

"Tengok betul betul ." Kata Gary .

"Tengok apa ?" Sahut Ji Hyo , Gary tergelak . Mereka masih tidak puas hati dibaca sekali lagi , ditatap sepenuh hati untuk mencari apa yang cuba diberitahu oleh Gary , kemudian wajah mereka bertukar riak terkejut.

"Dah dapat apa aku maksudkan ?" Gary mengangkat sebelah keningnya tanda betapa bangganya dia dan dia dapat mengagak bahawa mereka telah menjumpai jawapan persoalan mereka .

"Okay , ni memang unbelievable ." Ji Hyo teruja . Dia masih meneliti majalah tersebut.

"Kan ? Aku pun tak sangka dapat jumpa gambar ni ." Kata Gary dalam nada teruja juga.

"Tapi , ada satu lagi masalah , macam mana kita nak sahkan bahawa dia ialah Kim Jong Kook yang kita cari ?" Kwang Soo memandang yang lain dengan serious. Memang betul ganbar kelas Psycho yang dijumpai ada tertera nama Kim Jong Kook , namun sejauh mana kebenaran bahawa dia lah Kim Jong Kook yang mereka cari . Ji Hyo meneliti semula gambar tersebut apabila diragui kesahihannya.

"Tapi kan , betul juga kata kau ." Mengaku Gary.

"Guys ! Check this out !" Ji Hyo menarik kolar baju Gary dan Kwang Soo ke arah buku , terkejut kedua duanya. "Ni ! Ni !" Jari telunjuknya menunjuk pada seseorang di dalam gambar .

"Macam Prof Haha lah ." Teka Gary . Mereka melihat nama pelajar yang serupa dengan Prof Haha itu .

"Tunggu sekejap , aku tengok ." Kwang Soo menaip sesuatu pada komputer . Sebuah laman maklumat terbuka . Memaparkan gambar seorang lelaki yang agak bergaya.

Ji Hyo dan Gary melihat apa yang tertera pada skrin komputer . "Ha Dong Hoon , pensyarah termuda berkelulusan bidang psikatri." Ji Hyo membaca maklumat tersebut dalam nada perlahan. "Eh ni kan Prof Haha ! Yes ! Aku betul ! Aku tahu ! Aku tahu ! Kita boleh tanya dia !" Ji Hyo terlalu gembira entah mengapa dia merasa seronok apabila petunjuk demi petunjuk dapat ditemui.

"SHHHH !" Penjaga perpustakaan memberi amaran apabila Ji Hyo agak membuat bising . Ji Hyo tersengih pada penjaga perpustakaan dan menyorokkan mukanya dengan majalah , Kwang Soo dan Gary tergelak kecil melihat keterujaan Ji Hyo .

"Suka lah kan ?" Ji Hyo bernada bisik tapi seakan mengancam .

"Suka suka suka ." Gary mengusiknya . Ji Hyo mencebik muka .

"Okay , nampaknya sekarang , target kita seterusnya , ialah Ha Dong Hoon ." Kwang Soo berkata sambil memandang skrin .

"Dah macam penyiasat kita ni ." Gary bersandar semula pada kerusi . Ji Hyo hanya mengangguk .

"Korang , balik lah jom . Penat lah ." Ji Hyo bangun dan berjalan keluar dari perpustakaan bersama Gary dan Kwang Soo .

Setelah makan petang dan menghantar Ji Hyo pulang ke rumanya , Gary dan Kwang Soo terus balik ke rumah agam mereka . Penat menghantui diri , dari pagi sampai petang mereka be'kerja'. Gary turun di hadapan rumah , Kwang Soo pula meletakkan keretanya di garaj . Gary berjalan menuju pintu masuk , namun bunyi tingkap pecah mengubah haluan langkahnya , dia terus lari ke arah bunyi yang didengarnya , seperti yang diagak memang ada tingkap yang pecah dan ada lelaki di situ !

"Eh abang ! Bang tak apa apa ke ?" Gary mendekati lelaki tersebut , mengikut susuk tubuh , lelaki itu seperti lebih tua darinya. Lelaki tersebut terduduk memegang lengannya , tidak memberi jawapan pada Gary . Gary resah , dia ingin menerpa lelaki tersebut namun lelaki tersebut lari ke hadapan sambil memegang pergelangan tangannya yang berdarah . Gary terkejut , dia mati akal . Kaca yang pecah diselimuti darah lelaki tersebut .

"Gary ! Gary !" Jerit Kwang Soo apabila pintu utama rumah agam tidak dibuka lagi , kemana Gary pergi.

"Kwang... Soo !" Jerit Gary tergagap . Kwang Soo terdengar sayup suara Gary dan cuba mencarinya di belakang . Gary ternampak Kwang Soo, pandangannya beralih semula kepada kaca tersebut . Namun hilang ! Tiada tompokan darah setitik pun .

"Kenapa ni ?" Dia terus berlari ke arah Gary apabila Gary kelihatan pucat sedikit .

"Aku nampak .." Gary agak takut dengan apa yang dilihatnya tadi .

"Nampak apa ? Kau okay tak ?" Kwang Soo memegang pipi Gary dengan kedua dua belah tanggannya . "Sedar Gary !" Kwang Soo menjerit kecil .

Gary tersentak kecil dengan jeritan Kwang Soo . Semangatnya masih tidak pulih . "Aku nampak kaca , pecah , darah ada lelaki tadi ." Gary berucap sepatah sepatah sambil tangannya menunjuk pada tingkap rumah agam mereka.

"Okay okay tak apa. Jom masuk rumah ." Kwang Soo mengambil kunci dari poket seluar Gary dan memimpin Gary masuk ke dalam rumah . Membuat air untuk menenangkan Gary . 'Apa lagi petunjuk yang dia nak tunjuk ?' Kwang Soo tertanya, dia terpanggil untuk menyiasat sepenuhnya tentang ini , harus disiasat hingga segalanya terjawab !

Kwang Soo membawa segelas susu coklat panas . Gary termenung di sofa , hanya tuhan sahaja tahu apa yang dja lihat tadi . "Kau okay tak ?" Kwang Soo menegur Gary yang termenung , pasti dia masih fikirkan kejadian tadi . Gary terkejut dengan teguran Kwang Soo . "Jangan terkejut sangat . Sorry ." Kwang Soo tersenyum dan menghulur gelas kepada Gary .

"Terima kasih ." Gary tersenyum tawar dan mengambil gelas dari Kwang Soo , memikirkan kejadian tadi membuat dirinya seram sejuk. Air diteguk perlahan.

"Apa kau nampak tadi ?" Kwang Soo masih dengan perasaan ingin tahunya . Tegukan Gary terhenti , gelas diletakkan di atas meja berhadapannya , dia bermain dengan jarinya , resah .

"Aku nampak tangan lelaki itu terhiris dengan kaca , banyak darah ." Kata Gary memandang ke lantai.

"Terhiris ? Pergelangan tangan ?" Hanya anggukan menjadi jawapan kepada soalan Kwang Soo. "Guna apa ?"

"Aku tak tahu tapi aku rasa guna kaca tingkap tu ." Gary menunjuk ke arah tingkap di sebelahnya .

Kwang Soo bersandar . "Aku rasa itu bayangan petunjuk ." Kwang Soo berkata pendek. Gary memandang Kwang Soo , dia kagum dengan Kwang Soo , ketakutannya mungkin ada namun disembunyi rapat.

Setelah habis pembelajaran psikologi , Kwang Soo , Gary dan Ji Hyo menuju ke pejabat Prof Haha . Tuk Tuk Tuk ! Pintu diketuk perlahan. "Masuk." Pelawa si pemilik suara.

"Prof Haha , boleh kami menganggu ?" Kwang Soo bertanya sebaik masuk ke ruangan bilik Prof Haha .

"Ya , boleh . Saya free buat masa sekarang ." Jawab Prof Haha dengan senyuman .

"Kami nak tanya sesuatu ." Tanya Gary pula , mereka bertiga mengambil tempat di hadapan Prof Haha.

"Berkaitan apa ? Pelajaran tadi membuat kamu semua keliru ke ?" Prof Haha kelihatan resah sedikit . Masing masing menggeleng. "Jadi apa ?" Pelik Prof Haha .

"Berkaitan Kim Jong Kook ." Jawab Ji Hyo pendek . Jawapan yang keluar dari mulut Ji Hyo mengejutkan Prof Haha , air liur keresahan ditelan dengan sukar .

"Siapa tu ?" Prof Haha cuba berdalih.

"Murid sekelas dengan Prof sewaktu berada di kolej ini . Kelas Psycho ." Kwang Soo tersenyum sindir , salah lah jika Prof Haha cuba berdalih dengan mereka.

"Apa kamu nak tahu ? Kenapa ?" Prof Haha berdiri , cuba menenangkan dirinya yang keresahan.

"Kami nak tahu segalanya . Kerana ini melibatkan hidup dan mati ! Gary dan Kwang Soo terancam di tempat kematian Kim Jong Kook , Prof !" Ji Hyo bersuara agak tegas.

"Prof tahu kenapa Kim Jong Kook membunuh diri ?" Gary malas memutar tujuan mereka bertemu Prof Haha .

"Kamu pergi ke rumah agam pekan lama ?" Prof Haha bertanya , berdalih pada soalan Gary.

"Bukan . Itu rumah saya , sekarang saya menetap di sana ." Kwang Soo menjawab pertanyaan Prof Haha . "Maknanya Prof Haha tahu tentang kematian Kim Jong Kook , bukan ? Kalau tak kenapa Prof Haha tahu tentang rumah agam tersebut ?" Kwang Soo cuba memerangkap Prof Haha.

"Prof , Prof seorang lah harapan kami . Rumah tersebut dihantui roh Kim Jong Kook , kami rasa dia cuba memberitahu sesuatu ." Ji Hyo merayu.

Prof Haha terduduk , airmatanya berlinangan . "Kamu semua jumpa saya di rumah saya pada 4 petang hari ni . Sini bukan tempat selamat untuk saya ceritakan segalanya ." Prof Haha menjelaskannya . Mereka bertiga mengangguk faham dan meninggalkan Prof Haha.

'Jong Kook , apa kau cuba buat ?' Prof Haha menekup mukanya dan menangis perlahan. Dia kesal dengan setiap tindakannya dahulu.

Seperi dijanjikan Kwang Soo , Haha dan Ji Hyo telah berada di hadapan rumah Prof Haha . Prof Haha mempelawa mereka masuk dan menghidangkan biskut serta jus oren pada mereka.

"Prof , apa kaitan Prof dengan Kim Jong Kook ?" Ji Hyo membuka soalan.

Prof Haha mendengus perlahan . "Kawan baik ." Jawabnya pendek , semua terkejut dengan jawapan Prof Haha namun kenapa Prof Haha seboleh bolehnya cuba berdalih. "Dia minat sastera sama dengan kamu, Kwang Soo . Salah satu puisi kamu iaitu Sahabat amat sama dengannya , isi , kata kata . Kerana itu saya ingat kami ada abang tapi bila difikirkan , Jong Kook tiada adik . Namun saya tahu minatnya setelah dia 'pergi'."

"Macam mana dia boleh bunuh diri ?" Gary teruja , tidak sangka Prof Haha adalah kawan baik mangsa .

"Ceritanya macam ni .."

Di bilik Haha , Jong Kook dan Haha membuat assignment yang diberi oleh Prof mereka. "Kau nak tahu tak , aku ada baca satu cerita ni , alien nak takluk bumi . Gempak kan ?" Jong Kook memandang Haha dengan penuh teruja , Haha tergelak kecil .

"Bukan gempak tapi pelik . Merepek lah cerita macam tu ." Haha tergelak sambil membuat kerjanya.

"Pelik ?" Jong Kook terus terdiam , dia tersenyum tawar .

Hari pembelajaran di Kolej RunMan bermula lagi . "Aku nak pergi beli sesuatu dulu ." Kata Haha , lalu Jong Kook menuju ke lokarnya . Di situ , senior Suk Jin menunggu.

Jong Kook berjalan tanpa mempedulikan Suk Jin dan kumpulannya . "Hei , kau buta ke aku dekat sini ? Bagi aku duit kau ." Suk Jin menghulurkan tangannya . Akibat sering dibuli di masa lampau , Suk Jin mula membuli budak bawahannya .

"Senior , tolong . Saya hormat senior jadi tolong senior hormat saya juga ." Jong Kook mengambil barang di dalam lokarnya . Serta merta begnya ditarik oleh Suk Jin .

Buku berbelang harimau dipegangnya. Dibuka salah satu muka surat . Jong Kook dihalang oleh ahli kumpulan Suk Jin yang lain. "Semua ! Dengar ni ! Alien Datang Menakluki !" Suk Jin menjerit tajuk cerita Jong Kook . Semua pelajar tergelak dengan apa yang mereka dengar
.


"Bagi balik lah !" Jong Kook meronta , akhirnya dia lolos dari halangan dan menumbuk muka Suk Jin , buku diambil dan Jong Kook terus menuju ke kelas seperti tiada apa yang berlaku , Suk Jin bangun dengan kesakitan .


"Kau tunggu pelik !" Jerit Suk Jin . Haha terkejut dengan tindakan Jong Kook yang sempat dia lihat tadi , kawan yang dia kenal bukanlah senang pemarah .

Jong Kook berdiam di tempat duduknya . Haha memasuki ruang kelas namun dia duduk berdekatan Suk Jin kerana tempat Suk Jin dan ahli kumpulannya sahaja kosong . "Bagus kau duduk sini ! Tak perlu layan budak pelik tu , Alien takluki bumi konon !" Suk Jin menyindir Jong Kook dengan kuat . Haha hanya diam , dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa .

Kelas bermula dengan perlahan , sebaik sahaja habis kelas , Jong Kook terus menuju ke arah Haha . "Haha ? Kenapa kau tak nak duduk dengan aku ?" Jong Kook bertanya , namun Haha terus menggalas begnya dan menuju pulang . "Haha !" Namun teriakan Jong Kook diendahkan Haha .

Tiga hari berlalu , Jong Kook dan Haha tidak bertegur sapa , Jong Kook menuju ke rumah Haha , namun tiada sesiapa di rumah . Sebaik sahaja Haha masuk ke biliknya , dia ternampak mayat Jong Kook terkulai layu , tiada nyawa , hirisan di pergelangan tangannya membuktikan dia telah membunuh diri . Sekeping kertas bertitik darah terdampar di mejanya . "Aku sayang kau ." Hanya itu tulisan akhir milik Jong Kook.

"Saya tak berniat nak buat dia begitu , cuma saya terkejut dengan tindakan dia yang memukul orang , dan salah saya mengendahkan dia , hasil tulisannya merepek ." Prof Haha menekup mukanya , kesal .

"Prof , sabar ." Pujuk Gary . Entah mengapa dia tidak terkesan dengan cerita Prof Haha .

"Tapi kenapa dia menganggu kami Prof ?" Kwang Soo tidak berpuas hati . Prof Haha terdiam .

"Apa jadi dengan Suk Jin ?" Ji Hyo tiba tiba bertanya .

"Suk Jin dan ahli kumpulannya ... mati .." Prof Haha bersuara getar .

"Mati ?!" Kwang Soo terkejut .

"Mereka mati dalam sebuah kemalangan ." Prof Haha menjawab .

"Mati kerana aku !" Sebuah suara berkata kasar , mereka semua terkejut . Saling berpandangan . Ji Hyo memandang mereka tajam .

Ji Hyo terdiam , dia termenung . "Okay tak , Ji Hyo ?" Gary bertanya , Prof Haha agak ketakutan .

"Kau kena tahu hal sebenar Haha ! Kau kena pergi tempat kematian aku ! Atau anak didik kau tak selamat !" Ji Hyo berkata dalam suara garau . Bagai dirasuk , kemudian dengan sekelip mata Ji Hyo pengsan di bahu Gary .

"Ji Hyo ? Ji Hyo ?" Gary mengejutkan Ji Hyo namun Ji Hyo tidak sedar .

"Prof kena ikut kami ! Sekarang Ji Hyo jadi mangsa lepas ni siapa pula ?!" Kwang Soo terus bangun , mengarahkan Gary mendukung Ji Hyo dan menarik Haha bersama .

Kwang Sok memandu keluar dari halaman rumah Haha , Ji Hyo terbangun . "Kepala aku .." Ji Hyo memegang kepalanya , terasa sakit .

"Ji Hyo , kita akan tamatkan semua ni . Kau kena balik , aku tak nak apa apa jadi dekat kau ." Kata kata Kwang Soo seakan marah .

"Tak ! Aku tak nak !" Ji Hyo tegas . " Aku nak ikut kamu semua , Prof , Gary , Kwang Soo please !" Ji Hyo merayu .

"Baiklah ." Kwang Soo mengalah .

"Biar Prof sahaja yang uruskan semua. ni ." Haha pula bersuara .

"Prof ingat kami nak biarkan Prof macam tu ? Kami akan sama sama dengan Prof ." Kwang Soo berkata tegas .

"Kwang Soo , kita akan selamat ke ?" Gary bertanya , namun Kwang Soo terdiam , tidak tahu hendak jawab apa.

"Jom masuk ?" Kwang Soo mengajak mereka semua setelah berada di hadapan pintu rumah agam . Mata Haha berair , rumah inilah menjadi bukti persahabatan mereka , menjadi tempat mereka berkongsi segalanya , perlahan lahan langkah kakinya mengekori ketiga tiga anak didiknya . Haha meneliti semuanya , bilik ketiga itu adalah biliknya , telah lama dia meninggalkan semua perkara di rumah ini , namun kini dia kembali semula . PANGGGG ! Pintu utama tertutup kuat , semua terkejut . Ji Hyo menghampiri Gary .

"Kita takkan apa apa ." Haha cuba menenangkan semua . Tiba tiba kerusi berjalan ke arah mereka , kerusi bertempat duduk tiga dan kerusi bujang . Kerusi bujang mendekati Haha dan kerusi yang laib merapati ketiga anak didik Haha , suatu tarikan memaksa mereka duduk di atas kerusi tersebut .

"Aku dah datang Jong Kook !" Teriak Haha . Lampu siling besar ditiup angin , terhasil bunyian antara pelanggaran berlian berlian lampu tersebut .

"Haha , Haha .." Sebuah suara seakan memerli Haha . Mereka terdiam , membiar Haha dan sahabat baiknya berbicara .

"Kalau kau marahkan aku , lepaskan anak didik aku !" Haha mula dingin , namun dalam masa yang sama , kelihatan Haha sedih . "Aku tahu salah aku abaikan kau . Tapi aku tak berniat macam tu . Kau buat perkara yang gila ! Selama ni kau marah , kau tak pernah sakiti orang tapi .." Kata Haha terhenti , suaranya seakan sebak .

"Suk Jin patut terima semua tu . Selama ini aku diam , tapi dia dah melampau !" Suara tersebut berkata kasar . Angin mula melanda , tiupannya umpama seiring dengan kemarahan Jong Kook .

"Tapi perlu ke kau sakitkan orang ?" Haha ingin berdiri namun dia tidak mampu , umpama melekat di sofa tersebut .

"Aku hanya sakitkan ! Bukan .." Suara tersebut diam .

"Bukan apa ?! Lepaskan mereka Kook !" Haha menepik , dia tidak boleh bersabar lagi.

"Prof ! Sabar !" Kwang Soo cuba menenangkan Haha meski dia tidak mampu mendekati Haha . Lampu terpadam , tiada apa yang mampu mereka lihat .

"Kau buat apa lagi dekat sini ?" Teriakan seseorang mengejutkan Haha , Haha membuka matanya perlahan lahan , sinaran matahari menyakiti matanya , ada kelibat beberapa orang di hadapannya di belakang rumahnya .

"Aku nak tengok Haha je ." Jong Kook tertunduk .

Dua orang daripada ahli Suk Jin memegang tangan Jong Kook apabila menerima isyarat dari Suk Jin . "Jong Kook ?" Haha seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Haha mendekati Suk Jin dengan penumbuk. "Jangan kacau dia !" Haha menumbuk Suk Jin namun dia terjatuh menembusi Suk Jin .

"Yang kau mengintai intai kenapa ? Kau nak mencuri kan ? Sebab Haha dah tak kawan dengan kau ! Kan ?" Suk Jin berdiri gagah di depan Jong Kook .

"Kenapa dengan aku ?" Haha melihat kedua dua belah tangannya serta memegang megang badannya , dapat dipegang namun kenapa Suk Jin ditembusinya ?

"Cuba kau tengok apa jadi lepas ni ." Jong Kook muncul dari sebelah Haha , terkejut Haha dibuatnya , namun Jong Kook tiba tiba hilang .

"Aku tak nak mencuri tapi aku nak minta maaf dekat dia . Aku sayang dia ." Jong Kook membuat pengakuan , Suk Jin dan ahlinya tergelak .

"Jong Kook ? Lawanlah !" Haha menjerit namun jeritannya tidak dapat didengar .

"Sayang ? Gay eh ?" Suk Jin gelak dengan kuat.

"Kawan , kawan baik !" Jong Kook menegaskan jawapannya .

"Menjawab ! Kau memang nak kenakan !" Tumbukan padu dari Suk Jin mengena pada dada Jong Kook .

Jong Kook terbatuk akibat tumbukan tersebut , namun dia tidak melawannya . Haha mendekati Jong Kook dengan air mata . "Lawan wei ! Lawan ! Tolonglah !" Hahah ingin memegang kolar baju Jong Kook namun tidak boleh .

"Ini sebab ganggu Haha !" Pegangan Jong Kook dilepaskan , satu sepakan dilepaskan oleh Suk Jin dan mengena tepat dadanya , dia terlanggar tingkap kaca . Pecah ! Jong Kook terbaring .

"Jong Kook !" Haha mendekati Jong Kook , dia tidak mampu memegang Jong Kook , hanya tangisan yang mampu dilakukannya . "Bangun wei ! Bangun !"

"Bangun lah ! Tak payah nak tidur sangat !" Suk Jin memekik , namun Jong Kook tidak memberi tindak balas .

"Bos ! Darah !" Salah satu ahli Suk Jin mengarah pada kaca kaca yang berkecai , ya memang ada darah ! Suk Jin dan ahlinya panik .

Haha melihat kaca kaca yang berterabur , darah menitis . "Jong Kook ! Jangan buat macam ni ! Bangun !" Dia mula lupa pada realiti bahawa Jong Kook sudah tiada , dia mula resah dengan keadaan Jong Kook .

"Blah jom ! Cepat ! Jangan bagi ada yang nampak !" Suk Jin dan kawannya lari keluar , membiarkan Jong Kook terbaring .

"Jong Kook ? Jong Kook !" Haha masih tidak putus asa , mungkin Jong Kook tidak mendengarnya namun dia tidak penat menjerit . Perlahan lahan Jong Kook terbangun , dia kelihatan lemah , pergelangan tangan dilihatnya . Berdarah .

"Wei ! Tangan kau berdarah ! Aku.. Aku akan ubatkan !" Haha cuba menekap tangan Jong Kook namun tangannya menembusi pergelangan tangan Jong Kook . Jong Kook terus berlari meninggalkan halaman belakang . " Jong Kook !" Haha mengikutinya dari belakang .

Tangan Jong Kook ligat mencari sesuatu dari bawah alas kaki depan rumah Haha , kunci rumah dicapai , dengan kudrat yang ada . Dia membuka pintu , menuju ke bilik Haha .

Haha berjalan lemah , dia tahu dan dia pasti ini adalah tayangan kematian Jong Kook . Jong Kook mencari kertas dalam laci bilik Haha , perlahan lahan tangannya menulis sesuatu dengan pensel . Tangan yang berdarah tertekap di kertas .

Haha menangis lemah di pintu bilik , dia tidak sanggup melihat Jong Kook yang tergetar getar menulis .

Aku sayang kau . Perkataan itu ditulis semampu yang boleh . Dengan sekelip masa Jong Kook terjatuh di atas lantai , Haha mendekatinya dengan tangisan yang kuat .

"Jong Kook ! Aku minta maaf ! Jangan tinggalkan aku ! Aku pun sayangkan kau ! Tolonglah jangan tinggalkan aku !" Haha mengusap rambut Jong Kook, di saat itu , dia boleh merasa setiap helaian rambut Jong Kook . Tangannya ditangkap Jong Kook .

"Aku yang bersalah , tak beritahu segalanya pada kau . Aku sayangkan kau , aku takkan tinggalkan kau . Aku minta maaf , aku harap kau boleh maafkan aku ." Jong Kook mula sesak nafas , Haha mula gelisah .

"Bertahan Kook ! Aku akan cari bantuan !" Haha ingin keluar dari bilik , namun tangan Jong Kook memegang erat Haha .

"Aku nak mati dekat sisi kau , jangan lupa lawat aku hari hari . Aku tahu kau sayangkan aku . Maafkan aku atas karya pelik aku ." Tangan Jong Kook mengusap pipi Haha , Haha hanya mampu mengangguk dalam tangisan . Jong Kook bernafas dengan sukar . "Kawan baik.." Kata itu adalah kata akhir dari mulut Jong Kook, mata Jong Kook tertutup rapat , namun senyuman terukir tapi buat seketika .

"Jong Kook ? Jong Kook ? Jong Kook ?! Jong Kook !!!" Haha meriba Jong Kook di pahanya , memeluk erat tubuh Jong Kook , dia mencium dahi temannya . Menangis dan meraung sekuat hatinya , semangatnya hilang . "Jong Kook , bangunlah !" Haha menjerit sekuat hatinya .

Haha kini berada di bahu jalan , melihat sebuah kereta yang berpenghuni Suk Jin dan kawan kawannya yang sedang bersuka ria . "Jong Kook ?!" Haha menjerit nama Jong Kook apabila terlihat Jong Kook di tengah jalan . Haha berlari ke arah Jong Kook , namun terlambat , kereta Suk Jin melanggar Jong Kook , namum tiada jasad Jong Kook yang dilanggar , hanya kereta Suk Jin yang hilang kawalan dan terjunama ke sebuah gaung . Meletup !

" Jong Kook ? Mana kau ?" Haha mencari Jong Kook di tempat kemalangan, hanya rangka kereta yang terbakar sahaja di situ . Letupan kecil terkena pada mata Haha .

Haha membuka matanya , dia terduduk di sofa dengan air mata . Hanya Ji Hyo bermandi air mata namun tidak seteruknya , tapi Kwang Soo dan Gary mata mereka kemerahan . "Aku minta maaf ." Roh Jong Kook muncul dari bilik Haha menuruni tangga . Ji Hyo tidak mampu mengawal perasaannya , dia menangis . Ya , mereka juga dapat melihat kematian Jong Kook. Tanpa bantuan mereka , Haha pasti tidak akan tahu bagaimana perginya kawan baiknya .

"Jong Kook ?" Haha bangun , dan terus menuju ke arah Jong Kook . Roh Jong Kook dapat dipeluk umpama memeluk sebuah jasad . "Kenapa kau tinggalkan aku ? Kenapa kau tak lawan ?" Haha berkata dengan tegas dalam tangisan , marah dan kesal pada masa yang sama .

Ji Hyo memeluk Gary , dia tidak mampu menahan kesedihan . Gary menguatkan dirinya agar tidak tumpah air matanya begitu juga Kwang Soo .

"Aku tak nak kau benci lagi pada aku . Cukup kau tahu semuanya , kau dah lama tak lawat aku ." Jong Kook membiarkan dirinya dipeluk , air mata mengalir laju .

"Aku tak sanggup nak lawat kau ! Aku tahu kematian tu sebab aku ! Aku malu !" Haha memeluk Jong Kook sekuat hati . Dia rindu sahabat baiknya .

"Bukan salah kau . Dah , jangan nangis . Lelaki tak kuat kalau nangis . Kau tahu kan ? Aku sayangka kau , aku tak nak sebab aku kau nangis ." Jong Kook memandang Haha yang menekap mukanya di dada Jong Kook .

"Aku tak kisah semua tu ! Aku rindu kau ! Aku sayang kau ! Aku takkan tinggalkan kau ! Tolong balik Jong Kook !" Sekali lagi tangisan Haha meletus . Dia memeluk erat , umpama tidak mahu lepas .

"Kau tak boleh macam ni . Aku selalu ada dengan kau , aku selalu memerhati kau , aku akan pastikan kau selamat ." Jong Kook tersenyum dengan tangisan . Badannya bercahaya . Haha terkejut dan memandang wajah Jong Kook yang tersenyum . "Masanya dah sampai ." Kaki Jong Kook mula hilang perlahan lahan .

" Jong Kook ! Jangna tinggalkan aku lagi ! Please ." Tangan Jong Kook dipegang erat dengan kedua belah tangan Haha , merayu dengan bersungguh.

"Aku tak boleh , hidup aku bukan dekat dunia ni . Hidup aku dalam hati kau dan di sana ." Badan Jong Kook mula hilang namun tangan dipegang tidak hilang umpama memberi masa terakhir perpisahan .

"Aku tak nak kehilangan kau ! Jong Kook ! Tolonglah !" Haha sudah lemah , dia menangis sekuat hatinya .

"Ingat aku selalu , lawat aku selalu . Aku takkan tinggalkan kau ." Muka Jong Kook hilang , tangan hampir hilang . "Aku sayang kau ."

"Aku sayang kau juga !" Haha menjerit sekuat hati apabila jari jemari Jong Kook hilang sepenuhnya , dia terduduk . Menangis sekuat hati. Gary , Ji Huo dan Kwang Soo mendekati Haha , Ji Hyo memeluk Haha dari tepi . Cuba memberi semangat . Haha menekup mukanya , Jong Kook . Kawan yang disangkakan pergi kerana bunuh diri rupanya pergi kerana sebuah pembunuhan yang tidak diketahui. Kwang Soo dan Gary memberi pelukan , mereka berempat peluk bersama , akhirnya tangisan Gary dan Kwang Soo mengalir.

Cahaya mula menghiasi rumah tersebut , cat yang suram diwarnai dengan warna yang ceria .

"Prof ?" Ji Hyo cuba membawa Haha jauh dari kesedihan. "Kita lawat Jong Kook jom ?" Ji Hyo menangis , dia masih terasa akan kesediahn tadi .

"Jom prof , Jong Kook mesti tengah tunggu Prof ." Kwang Soo cuba menahan sebak , Haha bangun perlahan dibantu oleh Gary dan Kwang Soo . Mereka menuju ke kubur Jong Kook . Haha dipimpin oleh Gary dan Kwang Soo . Haha dibiarkan bersendirian di puasara Jong Kook . Gary , Kwang Soo dan Ji Hyo tunggu di bawah satu pokok .

"Wei Gary ." Kwang Soo memandang Gary yang termenung.

"Apa ?" Gary masih terkesan dengan tangisan semua .

"Kau sayang aku ?" Kwang Soo memandang Gary dengan senyuman sindir . Ji Hyo tersenyum melihat mereka .

"Siapa sayang kau ? Ntah ntah kau yang sayang aku. " Gary cuba bergurau .

Kwang Soo memandang Gary dengan pandangan yang aneh lantas Gary dipeluk olehnya . "Ya memang aku sayang kau ! Memang aku sayang ! Kau seorang je kawan dunia akhirat aku ! Kau adalah adik , abang , kawan baik , segalanya untuk aku !" Kwang Soo menangis . Gary membalas pelukan Kwang Soo .

"Maafkan aku ! Aku pun sayangkan kau ! Kau segala galanya untuk aku ! Aku tak ada sesiapa dekat dunia ni ! Kau seorang je aku ada !" Gary juga menangis di dalam pelukan . Ji Hyo tersenyum dan menangis melihat mereka . Bahagia .

Sejak dari pendedahan tersebut , Haha tidak putus putus melawat Jong Kook kerana akhirnya dia berani melawat Jong Kook setelah mengetahui bahawa dia bukanlah penyebab kematian Jong Kook , Gary , Kwang Soo dan Ji Hyo menjadi rapat . Haha juga sering bertandang kerumah Kwang Soo untuk mendekati kenangan lamanya . Jae Suk sehingga kini tidak mengetahui kisah persahabatan di sebalik rumah agam tersebut . Jae Suk sering bertukar pendapat dengan Haha tentang karier yang dipegang mereka , adalah juga Haha tahu sebanyak sedikit tentang perniagaan dan Jae Suk pula tahu bagaiman cara meyakinkan pelanggan bahawa perniagaannya adalah yang terbaik . Kini , kesemuanya rapat . Kerana sebuah kematian , mereka teramat rapat . Sebuah buku dijumpai di bawah katil bilik Haha , mempamerkan setiap karya Jong Kook . Buku tersebut disimpan rapi oleh Haha , menjadi kenangan dari Jong Kook untuknya . Sejujurnya , hasil karya Jong Kook layak dipanggil penulisan teragung bukan benda merepek .

"Jong Kook , selamanya kau lah yang terbaik . Maafkan aku tidak mampu menghargai seorang penulis seperti kau . Matinya seorang penulis dari dunia ini. Aku pasti kau bahagia di sana ." Haha memeluk erat buku Jong Kook . Dari pintu bilik , roh Jong Kook melihat Haha dengan senyuman .

"Mungkin sahabat rapat tidak tahu segalanya ,
Mungkin sahabat rapat tidak mampu memahami segalanya ,
Namun percayalah ,
Andai ditanya betapa besar sayang sahabat rapatmu kepadamu ,
Tidak mampu terungkap oleh kata ,
Tidak mampu dilukis dengan apa jua
Hanya hati sahaja yang tahu betapa agungnya sayang dan cinta itu.
Maka itu , hargai sahabatmu , jangan pernah meninggalkannya begitu sahaja , kerana kita tidak tahu bagaimana dan bila terpisahnya jasad dari roh . Di setiap saat , bahagiakanlah sahabatmu , ukirkan senyuman buatnya , jadikan kenangan nya bahagia dengan mu . :') " - Sarah Abdul Majid


TAMAT



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku