SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 20
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2351

Bacaan






BAB 20
Arish merengus. Tipikal gadis melayu! Setia tak bertempat, berkorban tak tentu hala, sanggup menjunjung kesilapan orang lain. Ini bukan cinta sejati tapi buta mata hati!

Come on, dear. Tak payah nak cover line lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Rizal or whatsoever nama dia...memang lelaki dayus! Sanggup malukan awak depan semua orang. Jatuhkan air muka keluarga awak. Lelaki macam ni ke yang awak harapkan untuk jaga awak seumur hidup? Tolonglah, Mel. Tolong buka mata hati awak besar-besar sikit. Jangan terus hidup dalam dunia khayalan.”

Sentap. Menusuk hingga ke lubuk jiwa. Hati yang nanar kian goyang. Bahu Mel sudah terenjut-enjut menahan tangis. Esakan halus sudah bertukar kasar. Ngongoian Mel kian menjadi-jadi.

Arish panik. Hujan air mata lagi. Kali kedua dalam hari yang sama. Berpasang-pasang mata mula menebar pandang. “Ok...ok...saya salah cakap. Saya tarik balik kata-kata saya. Jangan nangis, ya?”

Misi Arish gagal. Esakan sudah bertukar jadi teriakan. Mel bangkit. Kata-kata di lontar dalam sendu sedan. “Ya! Saya tahu saya memang bodoh. Memang saya selalu harap dapat hidup dalam dunia khayalan sebab realiti hidup saya tak seindah orang lain. Korang semua, gelaklah. Gelak kuat-kuat. Untuk pengetahuan korang, perempuan depan korang ni, perempuan yang paling malang sekali dalam dunia. Patutnya hari ni hari perkahwinan saya tapi belum sempat kami bernikah, pengantin lelaki dah lari tinggalkan saya. Sekarang ni saya tengah kejar pengantin lelaki saya balik. Salah ke?”

Seisi bas terkesima mendengar pengakuan berani mati Mel. Arish lebih-lebih lagi. Serba salah mula menghuni hati. “Dahlah tu, Mel. Janganlah macam ni. Malu kat orang.”

“Apa yang nak di malukan? Ini memang kenyataan. Saya memang penagih cinta seorang lelaki bernama Rizal. Saya sedang mengejar cinta sejati dalam hidup saya sebelum ia berlalu pergi,” ungkap Mel. Malu sudah punah dalam diri setelah puas dia di malukan berkali-kali oleh insan yang bergelar lelaki.

Satu suara gemersik yang mencelah kian mengocak suasana. “Anak! Maaf makcik mencelah. Jangan kecil hati, ya. Apa yang anak faham pasal cinta sejati? Cinta sejati tak bererti harus memiliki. Cinta tak boleh di paksa. Semakin kuat kita mengejar, semakin kuat ia akan menjauh. Namun jika cinta itu sudah tertulis dalam takdir kita maka ia akan kembali semula, percayalah.”

Mel terpana. Kata-kata makcik itu sedikit sebanyak tunak ke jiwa. Akal menerima tapi hati memprotes. Curiga mula bertandang di jiwa. Berbaloikah Rizal di jejaki? Atau haruskah dia melepaskan Rizal pergi?

Bas sudah membelok masuk ke RnR Seremban. Sebaik sahaja bas berlabuh di parkir, berpusu-pusu penumpang turun. Tidak terkecuali Arish. Namun Mel lebih pantas. Arish di pintas. Dalam sekelip mata kelibat Mel hilang dari pandangan.

“Lajunya minah ni. Macam pelesit!” omel Arish sendiri. Sedar-sedar aje dah lesap. Dah macam lipas kudung aje rupanya.

Mata Arish terus melilau. Cuba mengesan kelibat Mel di celah puluhan manusia yang bertali-arus. Hati di palu risau. Kenapalah gatal sangat mulutnya tadi bertekak dengan PA nya itu? Kalau apa-apa terjadi pada Mel, dialah yang harus di persalahkan sepenuhnya!

Kelegaan menjentik jiwa sebaik sahaja kelibat Mel di salah satu kedai menjual cenderamata. Laju kakinya di tala ke situ. Sebuah kotak muzik berwarna pink dan berbentuk hati yang tergenggam kemas dalam pegangan Mel terus sahaja merenjatkan langkah kaki Arish. Fikirannya terus melayang-layang pada peristiwa sepuluh tahun lepas yang masih erat terlakar dalam fikiran...

“Mak aku cakap, bapak dia yang letak bom dalam kereta bapak kau!” juih Imran ke arah seorang gadis comel dengan reben merah hati yang indah menghiasi tocangnya. Dia leka bermain dengan kotak muzik berwarna pink. Terasing. Seorang diri. Sejak perisiwa hitam yang telah melanda Inspektor Afzan dan Zulaikha, gadis itu telah di pulaukan. Lebih-lebih lagi setelah ayahnya telah di masukkan ke dalam penjara. Tiada sesiapa pun yang sudi berkawan dengannya.

Arish dah muncung bibir. “Alah! Kita memang tak nak kawan dengan dialah. Kita kan budak Tahun Tiga. Dia tu baru tadika lagi.”

“Jom kita rosakkan kotak muzik dia, nak? Biar padan muka dia,” acum Imran.

Arish dah garu kepala. “Tapi dia kan ada kat situ. Macam mana kita nak ambil kotak muzik dia?”

Imran dah senyum nakal. “Kau pergi menyorok kat belakang pokok tu. Aku panggil dia kejap, nanti kau cepat-cepat pecahkan kotak tu, tau?”

Arish angguk kepala. Hatinya berdebar-debar tatkala melihat Imran mendekati gadis itu. Sebaik sahaja mereke berdua beredar dari situ, pantas Arish mendekati kotak muzik yang di tinggalkan di atas bangku. Dengan sekaut tenaga, kotak muzik itu di angkat dan di hempaskan sekuat hati ke atas lantai.

PRAKK!!

Puas hati Arish melihat kotak muzik itu pecah berderai. Kemudian laju-laju kakinya di tala meninggalkan tempat itu. Dan perkara terakhir yang masih segar dalam pemikirannya adalah saat gadis kecil bereben merah itu menggongoi kesedihan di sisi kotak muzik yang sudah hancur sama sekali. Hati Arish puas. Barang kesayangan si gadis itu hancur sebagaimana hatinya yang turut hancur bersama-sama pemergian ibu dan ayahnya...

Hiruk-pikuk manusia yang tidak henti-henti menyongsong di sepanjang hentian ini menggamit semula Arish ke alam nyata. Dia mengeluh. Kenangan yang menyakitkan hati, melemaskan jiwa. Ini semua gara-gara kotak muzik yang di pegang oleh Mel. Pantas dia menghayun langkah ke arah PA nya itu.

“Macam budak-budak! Takkanlah dah tua bangka macam ni pun masih minat dengan permainan budak-budak lagi?” sinis Arish menyelar.

Mel tersentak. Terus sahaja kotak muzik itu di letakkan semula ke atas rak pameran. “Err...saya tengok ajelah. Teringat dulu-dulu masa kecil pun saya ada kotak muzik macam ni. Ayah saya yang hadiahkan.”

Mata tajam Arish terus sahaja menangkap sisa-sisa habuk yang terlekat di jemari Mel. “Lain kali jangan main pegang aje benda. Tengok, tangan awak dah kotor. Mesti tangan awak dah di jangkiti kuman. Jom ikut saya.”

Tanpa amaran jemari Mel di regut kasar. Tatkala dua jemari itu bertaut, sesuatu yang aneh terus bertandang dalam jiwa Mel. Hati di gayut resah. Jantung dah berdegup di luar kawalan. Dah kenapa aku ni, getus Mel dalam hati.

Arish mengheretnya ke sinki yang berdekatan. Pili air di buka. Jemari Mel di usap lembut. Berderau darah Mel. Pertama kali seorang lelaki memperlakukannya sebegini. Hati yang mula di buai rasa cepat tersedar dengan loceng akal. Pantas Mel menarik tangannnya dari pegangan Arish.

Muka Arish sudah merah padam. “Sori. Saya takde niat apa-apa. Saya cuma tak nak tangan awak kena jangkitan kuman, tu aje.”

“Tapi niat tidak pernah sesekali menghalalkan cara, tuan. Saya dan tuan bukan muhrim, mana boleh bersentuhan. Lagipun setakat habuk aje pun, takkanlah sampai ada kuman H1N1 kot!” selar Mel. Tak habis-habis dengan perangai cerewet tak bertempat. Rimas!

Arish terpana. Malu menyerkap jiwa. Serentak kedua belah tangannya di angkat ke atas. Cuak terpamer di wajah. “Ok...sori sangat-sangat, ya. Saya janji saya tak buat lagi.”

“Lagi satu boleh tak tuan jangan ikut saya lagi? Saya rimaslah. Asyik mengekor aje dari tadi. Saya ni PA tuan, bukannya suspek penjenayah!” gumam Mel. Geram. Menyampah. Semuanya dah berbaur rasa. Mamat cengcong ni memang dah melampau!

Sinis Arish menukas. “Bila masa pula saya ikut awak ni? Daripada ikut awak, baik saya ikut puteri raja ke, anak tengku ke, berbaloi lah juga. Mohon jangan perasan ya. Lagipun…”

Kata-kata Arish mati demi terlihat kelibat seseorang sedang elok bersantai dalam Cik Vios kesayangannya. Siap kaki berlingkar atas dashboard kereta. Sekelumit kekesalan langsung tidak tergambar di wajah. Menyirap Arish di buatnya.

Laju Arish menala langkah kaki ke arah Cik Vios kesayangannya. Mel di tinggalkan terkontang-kanting sendirian.

“Woi!!! Sesedap rasa aje kaki kau berlingkar kat situ, ya? Banyak cantik muka kau. Turun dari Cik Vios aku sekarang juga!”

Husni tersentak. Kehadiran Arish langsung tidak di jangkanya sama sekali.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku