SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 29
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
2363

Bacaan






BAB 29

Perkhabaran yang hampir-hampir sahaja merenjat ketenangannya. Menggugat jiwa. Langsung tidak terjangka. Sungguh tidak di duga. Tuan Komisioner menghenyakkan punggung ke atas sofa dengan kasar. Sesungguhnya dia sudah salah percaturan. Permata berharga di sangkanya kaca di jalanan. Tidak! Ini tidak seharusnya berlaku. Kesilapan ini harus di perbetulkan semula. Telefon bimbit di kocek segera di seluk. Pantas jemarinya mendail.

“Assalamualaikum. Safwan, ini ada maklumat penting. Saya tahu di mana kedudukan Robo dan Togo sekarang. Hantarkan sepasukan anggota kita ke Cheng Ho Cultural Museum sekarang!” ujar Tuan Komisioner. Tegas nadanya.

Teragak-agak suara Safwan di hujung talian. “Err...tapi tuan, kan kita dah buat perjanjian...”

Tuan Komisioner bingkas memangkas. “Jangan banyak soal! Ikut sahaja arahan saya. Ataupun awak teringin nak terima nasib macam diorang?”

Safwan terpaksa akur. “Baiklah, tuan. Roger and out.”

Talian di putuskan. Tuan Komisioner senyum sumbing. Satu hal sudah selesai. Tinggal satu hal lagi yang perlu di tangani segera. Bak kata pepatah, bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Nombor Safwan di dail semula. “Safwan! Saya nak layanan terbaik di berikan pada Arish dan rakan-rakan. Jangan ada kurang walau seinci pun, faham? Kalau sampai kedengaran ke telinga saya kekurangan kat mana-mana, saya takkan teragak-agak untuk bertindak ke atas awak, mengerti? Ingat sikit, masa depan kerjaya awak terletak dalam tangan saya.”

“Baik, tuan. Jangan risau, saya akan buat yang terbaik,” ikrar Safwan bersungguh-sungguh. Walaupun hatinya berat, jiwanya lelah melayan perangai bongkak Tuan Komisioner, namun sebagai orang bawahan, segala arahan hanya mampu di junjung tanpa banyak bicara.

Talian di matikan. Segaris senyuman sudah mula terukir di bibir Tuan Komisioner. Fikirannya sudah mula terbayang momen-momen indah yang akan di kecapinya tidak lama lagi.

“Sikit masa aje lagi, semuanya akan jadi milik aku. Hanya milik aku!” teriaknya penuh keghairahan.

“Aku kaya! Aku kaya! Pewaris Panglima Awang dah berada dalam genggaman kita! Lepas ni tercapailah hasrat aku nak menakluki seluruh harta peninggalan kesultanan silam yang tidak ternilai harganya tu!”

Togo menggaru-garu kepala. “Tapi bos, jangan lupa perjanjian kita pula. Semua maklumat ni kita kena salurkan pada tuan besar saya dulu. Hasilnya kita akan kongsi sama rata.”

Robo membentak. “Hei, Togo! Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Aku tak percayalah dengan tuan besar kau tu. Salah-salah, lepas aku bagi semua maklumat, di seretnya aku dalam lokap nanti. Sebelum dia buat macam tu, baik aku ambil langkah awal dulu!”

Togo gusar. “Apa maksud bos ni? Janganlah macam tu, bos. Teruk saya kena nanti.”

“Apa yang kau nak gelabah sangat ni? Cuba kau dengar cakap aku baik-baik. Kalau kita teruskan rancangan tuan besar kau tu, kau ingat dia akan kongsi ke segala penemuan harta tu nanti? Jangan mimpilah! Baik kau ikut aku aje. Kita teroka sama.-sama. Hasilnya kita bahagia dua. Amacam?”

Logik. Masuk akal. Hasutan Robo tunak ke jiwa Togo. Senyum jahat dah terpamer di bibir masing-masing.

Masri menggerutu. “Elok bonarlah tu! Duo-duo pun samo porangai! Macam setan!”

Merah padam muka Robo. “Kau diamlah orang tua! Aku sumbat mulut kau dengan pistol ni karang, baru tahu.”

Hilang sabar Arish dengan kebiadapan Robo. “Itu ajelah kerja kau, kan? Sikit-sikit ugut, sikit-sikit jerit. Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan tolong kau dalam rancangan gila kau ni. Apa nak jadi pun jadilah. Aku takkan benarkan harta karun tu jatuh ke tangan penyangak macam kau!”

Panas hati Robo di buatnya. “Kurang ajar punya budak! Nah, kau terimalah habuan kau!”

Pistol sudah di tala tepat ke kepala Arish. Pantas Togo menghalang. “Sabar, bos. Sabar. Jangan terburu-buru. Dia ni penting dalam misi kita. Kalau dia mati, hancurlah harapan kita!”

Robo mendengus kasar. Hatinya bengkek. Namun dia terpaksa akur. Buat masa ini Arish sudah jadi ‘orang penting’ buat mereka. Harus di jaga rapi dan di awasi sebaik-baiknya. Tangan di jatuhkan semula. Pistol segera di simpan di dalam kocek.

Mel bingung. Tadi marah berapi-api, tiba-tiba boleh aje cool down! Pelik bin ajaib. Panglima Awang. Ya, sejak nama itu bermain-main di bibir Masri dan Daud, Robo dan Togo tampak kalut. Gugup. Resah gelisah. Siapa agaknya gerangan Panglima Awang sampaikan kecut perut Robo dan Togo di buatnya? Pemegang pingat emas Kejohanan Silat Sedunia agaknya. Hmm...tapi tak pernah dengar pun nama tu sebelum ni?

“Dari tadi korang duk sebut nama Panglima Awang, sebenarnya dia tu siapa? Majistret? Lawyer? Tak pun doktor?” selamba Mel melemparkan soalan ala-ala Nyonya Mansor dalam filem Ibu Mertuaku.

Robo dah kerling tajam. Bibir di ketap rapat. Mel telan liur. Salah soalanlah pulak! “Err...saya tarik baliklah soalan tu. Jangan marah, hah,” getus Mel sambil pamer senyum sinis.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku