SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 31
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1281

Bacaan






BAB 31

Effa tersenyum puas. Hatinya gembira. Sebaik sahaja berita ini hinggap ke telinga Mel, dia pasti Mel pasti akan akan jadi insan yang paling berbahagia. Sudah sekian lama perkara ini menjadi idam-idaman Mel. Tidak lama lagi ianya bakal menjadi realiti.

Namun terselit kerisauan di hati Effa. Dia hanya mampu memasang angan-angan dalam hati. Moga-moga berita ini mampu menghilangkan calar di hati Mel. Yalah, kegagalannya untuk hadir dalam majlis perkahwinan Mel tempohari sudah cukup membuatkan sahabat baiknya itu menjeruk rasa. Bukan sengaja dia tidak mahu hadir tapi di saat-saat akhir Aurora Electrical Services berdepan dengan masalah besar sehinggalah Rayyan telah di panggil mengadap Datuk Bandar Perth untuk memberi penjelasan. Akibatnya mereka terpaksa membatalkan kepulangan mereka ke Malaysia.

Jiwanya terus di himpit rasa bersalah apabila Lili pula mengkhabarkan mengenai bahana buruk yang telah menimpa Mel di hari perkahwinannya. Simpatinya datang membuak-buak. Seandainya dia mempunyai sepasang sayap mahu sahaja dia terbang ke pangkuan Mel. Mendengar segala keluh-kesahnya. Meredakan jiwanya yang bergelodak.

Perkhabaran terkini yang di terimanya tambah menyesakkan dada. Mel lari dari rumah, lari dari kampung semata-mata untuk mengejar cinta jantan tak guna tu! Effa ketap bibir. Geram, pilu datang bertalu-talu dalam hati. Sedih mengenangkan nasib teman baiknya yang tidak sudah-sudah di rundung malang.

Usapan lembut di bahu menyentak lamunan Effa. Pantas dia berpaling. Rayyan sudah tercegat di belakang. Senyuman paling manis di lemparkan. Masih kacak, masih menawan seperti selalu. Mujur tak gugur jantung Effa!

“Abang ni, terperanjat Effa, tau. Suka sangat datang menonong dari belakang macam ni,” ujar Effa manja.

Rayyan melabuhkan punggung ke sebelah Effa. Jemari isterinya itu di genggam kemas sebelum di kucup perlahan-lahan. Penuh asyik. Hangat membara.

“Sayang tak suka ke abang buat macam tu? Oklah, kalau macam tu lain kali abang serbu dari depan ajelah. Boleh, kan?” usik Rayyan nakal. Tangannya sudah mula menjalar ke bahu Effa.

Effa menggeletek kegelian. Pantas tangannya menepis tangan Rayyan yang sudah mula menjalar ke pinggang.

“Janganlah, abang. Ayang tengah takde mood ni,” keluh Effa dengan wajah suram.

Rayyan tersentak. “Lah, kenapa pula dengan buah hati abang ni? Tiba-tiba boleh hilang mood pula? Bukan selalunya ayang ke yang paling aktif kalau part-part romantika di amor macam ni? Lagipun anak-anak kita ada kat nursery, kan? Peluang baik ni.”

Sengaja Rayyan menjongket-jongketkan keningnya. Senyum nakal dah tersungging di bibir.

Merah padam wajah Effa. Pantas tangannya mengutil lengan Rayyan. “Abang! Jangan nak menggatal, ya? Ayang tengah susah hati ni, dia buat lawak bodoh pula,” gerutu Effa geram. Muncung dah mula panjang sedepa.

“Ok...ok...abang minta maaf ya, ayang. Janganlah merajuk. Dah tak comel dah muka tu. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aje ayang susah hati. Kenapa? Cubalah ayang cerita dengan abang. Manalah tahu abang boleh tolong,” pujuk Rayyan.

Effa mengeluh. “Pasal Mel lah, bang. Ayang rasa bersalah sangat kat dia. Masa hari perkahwinan dia tempohari, kan kita tak sempat balik ke Malaysia? Tup tup dengar khabar bakal suami dia larikan diri sebelum sempat diorang di ijabkabulkan. Kesian dia.”

Rayyan menggaru-garu kepala. “Erkk...dah macam adegan kahwin kita aje tempohari. Diorang pun nak ikut jejak langkah kita ke?”

“Entahlah, bang. Tulah Effa ingat nak tolong Mel tu. Aritu dia pernah cakap kalau ada peluang dia teringin nak ambil course makeup kat sini. Ayang ada survey kan untuk dia. Boleh tahanlah, course enam bulan kat WA Academy. Mesti dia suka punyalah.”

“Wow! Baguslah! Ayang jangan risau. Demi ayang, abang akan tanggung semua kos pembelajaran Mel. Pergilah maklumkan pada Mel sekarang. Eh, nanti dulu. Apa kata kita balik Malaysia? Ayang maklumkan perkara ni sendiri pada dia. Mesti dia gembira punya. Jadi sekarang ni dah tak ada alasan untuk ayang bermuram durja lagi,” seru Rayyan dengan wajah yang berseri-seri.

Effa telan liur. Lidahnya kelu. Mindanya buntu. Bagaimana harus perkara ini di khabarkan pada Rayyan?

“Err...sebenarnya...Mel...dia dah larikan diri dari kampung. Tak ada sesiapa pun yang tahu ke mana dia menghilangkan diri.”

Rayyan tersentak. “Hah? Biar betul?”



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku