SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 32
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1982

Bacaan






BAB 32

Tudung di tanggalkan dan di sangkut ke bucu kerusi. Tubuh di henyakkan ke atas katil king size yang di baluti cadar selembut sutera. Nikmatnya! Tidak pernah di rasakan seselesa dan semewah ini.

Selama ini hanya tilam bujang yang sudah keras kejung menjadi santapan tubuhnya setiap hari. Tilam yang di beli oleh Mak Cik Sara dari apek penjual tilam yang selalu berlegar-legar dengan lori kecil warna merah di Kampung Delima dan kawasan sekitarnya. Itu sudah cukup memadai bagi Mel. Walaupun hidupnya sekeluarga serba-serbi kekurangan namun dia tidak ralat. Pesan Mak Cik Sara sentiasa tertanam kukuh dalam diri. Sentiasa bersyukur atas apa sahaja yang Allah kurniakan dan banyakkan berdoa bila di timpa musibah.

Oleh sebab itu tidak pernah sesekali dia mengidamkan kehidupan serba mewah ala-ala puteri raja walaupun sesekali terdetik juga hatinya tatkala melihat sisi kehidupan golongan aristokrat yang acapkali terpampang di dada majalah Mingguan Wanita. Banglo mewah di atas bukit, kereta besar yang menjalar di perkarangan rumah. Tergugat juga iman Mel.

Bunyi interkom bertalu-talu menyapa gegendang telinga. Mel mengeluh. Baru aje nak bermanja-manja dengan tilam yang empuk, ada-ada sahaja gangguan yang datang. Ah, kacau daun betul. Pantas Mel menekup bantal erat-erat ke telinga.

“Berhentilah bunyi...berhentilah bunyi...” gumam Mel. Tapi tiada langsung petanda interkom tersebut akan berhenti dalam masa terdekat.

Arghh!! Mel hilang sabar. Dia terus bangkit. Gagang telefon di regut kasar. “Nak apa lagi ni? Dah pukul dua pagi, tau tak? Tak boleh nak tunggu esok pagi ke?”

“Awak dah nak tidur ke? Sorilah ganggu awak. Saya cuma nak ucap selamat malam aje. Ke manalah tahu kot-kot awak lapar ke tengah malam ni. Bolehlah kita gi supper kejap.”

Tergeleng-geleng kepala Mel. Tak serik-serik lagi nampaknya mamat ni. “Err...saya dah mengantuk sangat ni, Safwan. Apa kata esok pagi aje kita jumpa?”

“Oh..yeke? Oklah kalau macam tu esok pagi kita jumpa. Selamat malam.”

“Selamat malam.”

Sebelum sempat Safwan membalas cepat-cepat Mel meletakkan gagang. Kalau di layan nanti makin menjadi-jadi pula mamat ni. Selama ini memang Safwan senantiasa mengintai-ngintai peluang untuk mendekati Mel. Erti putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidup jejaka itu. Pelbagai muslihat di tebar namun Mel tangkas menangkis. Eei…tak kuasa nak melayan godaan ala-ala sendu tu. Seram sejuk pula Mel tatkala wajah miang Safwan menari-nari di mata.

Kepenatan mula melanda. Mel sudah terkuap-kuap. Tubuh di benamkan semula ke atas tilam empuk yang sudah siap sedia menanti. Tapi mata pula buat hal. Langsung tak mahu terkatup. Terkebil-kebil, terkulat-kulat. Dah macam kembar burung hantu.

Minda pula makin ligat berputar. Panglima Awang. Ada sesuatu pada nama itu. Sesuatu yang indah. Sesuatu yang aneh. Kelat dan manis saling bertindih rasa. Apakah persaan ini? Tak terjangkau dek minda, tak tercengkam dek hati. Mel bingung. Istimewa sangatkah Panglima Awang sehinggakan mendengar namanya sahaja sudah bisa merenyam gusar di jiwa. Dan yang paling mencuit kehairanannya, apakah pertalian yang terjalin sebenarnya di antara Panglima Awang dan Arish?

Arghh!! Kusutnya kian berangkai. Matanya kian segar-bugar. Segala persoalan yang bertalu-talu menebak minda gagal mencapai sebarang penyelesaian. Pantas tangannya mencapai gagang telefon. Rancak jemarinya mendail. Persoalan yang bersarang dalam diri harus di tamatkan sekarang juga. Namun Mel kecewa. Tiada sebarang petanda nada dering yang beralun-alun di corong talian akan bersambut dari sebelah sana.

Mel terus bangkit. Tudung yang tersangkut di bucu kerusi di capai dan di sarung semula. Moodnya untuk beradu sudah terbang melayang-layang. Dia harus keluar dari sini. Kakinya sudah laju di tala ke lif. Sesampainya di lobi hotel, matanya sudah menerawang ke sekeliling. Janganlah si Safwan muncul tiba-tiba. Ada juga tak cukup tanah dia berlari nanti.

Suara halus yang berdesir di corong telinga hampir-hampir sahaja menyentap pernafasannya. “Tak usahlah di kenang orang yang dah lepas sampaikan orang yang dah ada di sisi langsung tak di peduli.”

Mel terus berpaling. Opps!! Tinggal seinci aje lagi pipinya hampir sahaja bergesel dengan pipi Arish. Berderau darahnya. Kus semangat! Mel segera menjarakkan tubuhnya. Patutlah telefon tadi tak berangkat. Mamat cengcong ni ada kat sini rupanya.

“Kalau saya nak kenang sekalipun, tak salah kan? Bukan orang lain pun. Suami saya juga.”

“Opps...pembetulan. Bukan suami. Dia tak sempat jadi suami awak lagi. Tulah, orang dah offer nak jadi suami gantian, dia jual mahal pula.”

Terjongket kening Mel. “Tuan nak jadi suami gantian saya? Betul ke ni?”

Arish dah menyengeh. Wajah kaget Mel di lirik nakal. “Yelah! Memang saya nak jadi suami gantian awak. Tapi bila semua perempuan dalam dunia ni dah pupus dan awaklah satu-satunya perempuan yang tinggallah,” sinis Arish menyelar.

Pedih. Tajam menikam. Hati Mel bagaikan di robek-robek dengan pisau belati. “Saya pun tak inginlah jadi isteri tuan! Macamlah bagus sangat. Dahlah banyak songeh, cengcong tak kira tempat pulak tu!” kutuk Mel. Geram membuatkan mulutnya hilang kawalan. Kalau Arish nak pecat dia lepas ni, pecatlah. Mel tak peduli. Apa nak jadi pun, jadilah!

Buntang mata Arish. “Apa awak cakap? Selamba aje awak kutuk saya, ya? Ok, saya akui, saya memang banyak songeh. Memang cerewet terutamanya dalam soal jodoh. Yelah takkanlah saya nak pilih sebarangan pula, kan? Lagipun saya kan jejaka terhangat, terhebat dan terlajak laris di pasaran? Mestilah saya nak yang terbaik. Takkanlah saya nak pilih perempuan tak laku yang kena tinggal dengan pengantin lelaki di hari perkahwinannya?”

PANG!!! Berpijar seketika pipi Arish. Mel terus angkat kaki. Luka di hati yang belum sembuh kian bernanar. Tidak si sangka kata-kata berbaur penghinaan seperti itu akan terbit dari bibir Arish. Kakinya terus di tala laju ke muka pintu sebelum hilang dari pandangan.

Entah mengapa hati Arish tersayat pilu. Titisan mutiara jernih yang terkilas di tubir mata Mel tadi menyentap kalbunya. “Apa yang kau dah buat ni, Arish? Kenapa kau lukakan hati dia?” omel Arish penuh kekesalan.

“Kalau cinto, katokan cinto. Tak payah ekau duk sorok-sorok perasaan tu hah!” Masri sudah tercegat di sebelah Arish sambil menyerigai.

“Saya tak cintakan dialah! Dia tu PA saya. Antara kami tak ada apa-apa hubungan,” dalih Arish.

“Ekau tak payah tipu denlah! Den ni bukannyo buto. Mulut ajo kato tak cinto tapi hati ekau tu dah berbungo-bungo, kan? Ekau kono ingat, cinta sojati bukannyo datang hari-hari. Kalau sokali ni ekau lopaskan, sampai bilo-bilolah ekau takkan jumpa laie.”

Arish terkedu. Perasaannya celaru. Betul ke dia cintakan Mel? Kenapa selama ni tidak pernah walau sepicing pun perasaan sayangnya tumpah pada PA nya itu? Tapi malam ini hatinya di garu gelisah bila sahaja Mel berada dalam keadaan bahaya. Jiwanya di geletek pilu tatkala Mel bersedih hati. Arghh!!! Kenapa dengan kau ni, Arish?

“Dongar cakap den ni hah. Ekau porgilah pujuk dio. Jangan biar dio sorang-sorang kek luar tu hah. Eh, nanti kojap. Biar den tomankan ekau. Nanti kalau ekau berduo dongan dio nanti, lain pulo jadinyo. Copeklah, apo yang ekau torhegeh-hegeh laie tu?”

Lengan Arish sudah di cekau kuat. Hendak tak hendak Arish terpaksa mengikuti langkah Masri dengan hati sebal. Mata masing-masing menerawang, cuba menyerap kelibat Mel. Akhirnya kelibat gadis itu terlihat di sebalik biasan air jernih kebiru-biruan yang terpantul dari cahaya neon yang memagari di sekeliling kolam mandi hotel tersebut.

“Hah! Apo yang ekau tunggu lagi? Poielah pujuk dio. Den tunggu kek sini. Tapi ekau jangan buat drama Hindustan pulak kek situ. Nanti duo-duo ekor sekali den humban dalam kolam tu hah!”

Sempat lagi Masri menitipkan kata-kata amaran. Arish mendengus. Bengkak hatinya. Tak pasal-pasal nak kena pujuklah pulak. Kalau setakat pujuk kekasih hati boleh tahan lagi, ini bos pula kena pujuk PA nya. Hampeh!

Arish menghampiri Mel. “Tak payahlah nak termenung sangat. Hari pun dah lewat malam ni. Pergilah balik bilik awak.”

Senyap. Sunyi. Kata-kata Arish langsung tak bersambut. “Kalau pun awak marah kat saya, takkanlah sampai nak bahayakan diri sendiri. Pergilah masuk bilik. Tak manis orang tengok anak dara duduk sorang-sorang tengah malam buta camni. Takkanlah awak nak tunggu putera raja dari kayangan turun ke bumi untuk pujuk awak kot? Sampai kiamat pun belum tentu lagi tu,” sindir Arish lagi.

“Jangan sibuk hal saya, boleh tak? Suka hati sayalah nak duduk sini sampai esok ke, sampai kiamat ke. Walau apa pun yang terjadi saya tetap menanti di kaki langit pabila ufuk timur mula melabuhkan tirainya.”

Arish terpana. Tak mungkin! Kata-kata itu...bagaikan pernah di dengarinya sebelum ini.

‘Walau apa pun yang terjadi aku tetap menantimu di kaki langit pabila ufuk timur mula melabuhkan tirainya.’

Arish menerpa ke arah Mel. Kedua-dua bahu gadis itu di cengkam kuat. “Awak...ayat tu...mana awak dapat ayat tu?”

Mel meronta-ronta. Cengkaman kuat dari sepasang tangan sasa milik Arish menyakitkannya. “Lepaslah! Tuan ni dah kenapa?”

“Saya takkan lepaskan awak selagi awak tak bagitahu saya!” tempik Arish. Cengkamannya tiada tanda-tanda mengendur.

Masri pantas menerpa ke arah mereka berdua. Tangan Arish di tepis kuat. “Ekau ni dah gilo ko apo? Den suruh ekau pujuk dio, bukannyo borkasar dengan dio! Apo pasal ekau buat dio macam ni? Apo salah dio kat ekau?”

Arish tergamam. Wajah cuak Mel mengundangnya ke alam nyata semula. Ya Allah! Apa yang telah dia lakukan? Langsung tidak terlintas di fikirannya untuk berkasar dengan Mel. Tanpa sebarang kata, Arish berlari meninggalkan Mel dan Masri terpinga-pinga.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku