SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 33
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1556

Bacaan






BAB 33

Hati tua Pak Saad di selubungi keceriaan. Manakan tidak, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Effa sekeluarga muncul di muka pintu. Terlepaslah rindu dendamnya pada cucu-cucunya yang sudah hampir lima bulan tidak ketemu. Bukannya Effa tidak pernah mempelawa dia dan Mak Cik Rosnah tinggal sekali di sana namun dia sendiri yang berat hati nak meninggalkan tempat ini. Kampung Delima. Tempat yang penuh nostalgia. Segala suka, duka, jatuh dan bangun semuanya di sini.

“Amboi! Sengih sampai ke telinga, nampak? Mentang-mentanglah anak cucu dah ada depan mata, kita ni dah tak ada nilailah, ya?”

Pak Saad berpaling. Mak Cik Rosnah dah tercegat di belakang dengan muncung sedepanya. Risya yang ralit menconteng sesuatu di kertas terus sahaja bangkit. Pantas dia menerpa Mak Cik Rosnah.

“Risya nak opah dukung! Nak opah dukung!” rengek Risya. Tersentuh naluri keibuan Mak Cik Rosnah. Risya terus di rangkul dalam pelukan hangatnya.

“Kalau dah jumpa opah, melekap ajelah kerjanya, ya?” seru Effa yang muncul dari dapur. Rayyan, Mak Cik Roza, Isya, Tisya dan Asya berdedai-dedai mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja ternampak Mak Cik Rosnah mengendong Risya, mulalah mereka berempat berjaki. Pantas semuanya menerpa.

“Nak dukung opah juga!”

“Opah dukunglah Asya pulak!”

Risya segera di turunkan dari dokongan. Mak Cik Rosnah bertinggung. Tangan di depang lebar-lebar.

“Meh sini semua cucu opah! Manalah si busyuk masham opah tu. Meh peluk opah!”

Serentak Risya, Isha, Tisha dan Asya menerkam Mak Cik Rosnah. Mereka berlima berpelukan seketika.

“Hai, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia pula yang lebih-lebih. Nampaknya lepas ni sayalah yang dah tak ada nilai, ya,” sinis Pak Saad menyelar.

Sebijik terkena batang hidung! Mak Cik Rosnah tersipu-sipu malu. Merah padam wajahnya. Mujurlah ketukan bertalu-talu di pintu menyelamatkan Mak Cik Rosnah. Effa segera mara ke pintu. Sebaik sahaja pintu terkuak, Lili muncul di muka pintu dengan wajah suram.

“Lili! Ya Allah! Rindunya aku dengan kau! Kau sorang aje ke? TJ mana?”

Senyap. Sunyi. Sebutir bicara pun tidak terperlus keluar dari bibir Lili. Effa di jentik kehairanan.

“Kenapa ni, Lili? Dah macam muka tikus mondok aje aku tengok? Apa kes ni?”

Lili mengeluh. Berat untuk di ungkap namun perit lagi untuk di simpan. Effa harus tahu hal sebenar. Di kuatkan hati, di tekadkan semangat. Bibirnya segera mengalun ayat-ayat duka.

“Effa, kalau aku cakap, kau jangan terperanjat, ya? Tadi kau tanya TJ mana kan? Sebenarnya...sebenarnya...esok ada orang datang merisik dia.”

Effa terjerit kegembiraan. “Hah? Betul ke ni? Kenapa kau tak cakap dengan aku awal-awal? Jomlah kita pergi rumah dia sekarang!”

Effa dah menala langkah ke pintu. Tangan Lili di heret kuat. Namun pantas Lili merentap kuat tangan Effa.

“Kenapa ni, Lili? Jomlah kita jumpa TJ. Sebagai kawan, kita mestilah ada di samping dia pada hari bahagia dia.”

Lili menunduk. Tubir mata dah mula bergenang dengan mutiara jernih. “Aku tak sanggup, Effa. Aku tak sanggup tengok TJ hancurkan hati Mel. Untuk pengetahuan kau, esok Rizal yang akan datang merisik TJ.”

Effa tergamam. “Hah?!

Tangannya meraba-raba segenap ruang beg sandangnya. Namun yang di cari-cari langsung tak terkesan di jemari. Mel merengus. Mana pula perginya ni? Kalau tak silap semalam masih ada dua keping tuala wanita yang terselit dalam beg sandang tersebut. Pagi ini entah ke mana pula lesapnya. Nak beli yang baru, prestasi kewangannya yang sipi-sipi nazak terus sahaja membantutkan agendanya. Arghh!! Geramnya makin bertali-tali. Apa yang harus di buatnya? Hmm…takkanlah dia nak minta bantuan Arish pula? Haish tak sanggup rasanya! Tapi penyelesaian itulah yang paling logik dan masuk akal di kala ini.

Gagang telefon di angkat. Namun jemarinya tidak punya kekuatan untuk mendail. Gagang telefon di hempas semula. Mel hanya mampu mengeluh.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku