SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
BAB 39
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mei 2015
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1424

Bacaan






BAB 39

Safwan mengeluh. Ini semua gara-gara Arish dan Mel. Arghh!!! Sakit jiwa di buatnya!

“Hello! Hello! Dengar tak apa yang saya cakap ni? Safwan!!!”

“Ya, tuan. Saya dengar,” balas Safwan dengan hati mendongkol.

“Macam mana awak buat kerja ni? Saya tak peduli, awak mesti cari Arish sampai dapat! Saya tak nak apa-apa jadi pada dia, faham?”

“Faham, tuan. Tapi tuan jangan bimbang. Sekarang ni dia bukan keseorangan. Dia ada dengan PA dia.”

“Hah? Dengan PA dia? Macam mana pula PA dia tiba-tiba muncul kat situ?!”

Safwan menggosok-gosok telinga. “Bertuah betul Tuan Kommisioner ni. Ada ke patut di jeritnya kat telinga aku ni? Pekak juga telinga aku ni nanti,” sungut Safwan dalam hati.

“Err…sebenarnya…sebenarnya…tempohari PA dia pun kena culik sekali dengan si Robo tu.”

“Hah?! Macam mana boleh jadi macam tu? Boleh rosak program kalau macam ni. Cari diorang berdua cepat! Lagi lama diorang berdua-duaan macam tu, lagi bahaya!”

“Alah, tuan jangan risaulah. Takkanlah tuan tak maklum dengan perangai si Arish tu. Dialah manusia paling cerewet dalam alam maya ni. PA dia tu kan kelam-kabut. Lurus bendul pula tu. Tak mungkinlah dia akan pilih perempuan macam tu. Pilihan dia mestilah yang sempurna. Terbaik. Macam Cik Qisya tu,” pojok Safwan.

Lega terpercik di jiwa Tuan Kommisioner. “Betul juga tu. Takpelah sekarang ni awak cari diorang berdua sampai dapat. Kalau ada apa-apa maklumat nanti, maklumkan pada saya, faham?”

“Baik, tuan. Roger and out.”

Talian di matikan. Safwan menghela nafas kasar. Ke mana sajalah mereka berdua menghilang agaknya? Matanya tiba-tiba tertancap pada Lili yang sedang asyik menggodek telefon bimbitnya di bawah pohon kelapa. Matanya langsung tidak berkalih dari skrin telefon bimbitnya. Terus sahaja Safwan menghampiri.

“Cik Lili! Agak-agak Cik Lili tahu tak kawan Cik Lili tu pergi mana?”

“Entah! Manalah saya tahu. Mungkin dia balik rumah. Tak pun dia pergi kat hospital balik. Mak dia kan tengah sakit. Dari tuan duduk tercongok kat sini, baik tuan pergi cari dia kat rumah atau kat hospital,” sahut Lili acuh tak acuh. Kemudian terus sahaja dia angkat kaki dari situ.

Safwan mendengus. Langsung tak boleh harap! Nak di cari, jejak Arish dan Mel langsung tidak dapat di hidu walaupun seinci. Akhirnya Safwan mengalah. Dia berlalu pergi dari situ.

“Berapa lama lagi kita nak berkubang dalam terusan ni? Dah naik kematu kaki saya ni,” sungut Arish sambil menahan ketar. Bertinggung dalam air terusan yang sejuk sampai ke tulang hitam selama dua puluh minit sudah cukup menyeksakannya. Ini semua gara-gara idea gila Mel!

Mel dah senyum senget. “Tulah! Siapa suruh tuan ikut saya. Sekarang ni tanggunglah akibatnya!”

Arish merengus. “Haish, balik-balik kita juga yang salah! Dahlah, saya tak nak ikut kerja gila awak lagi. Lama-lama boleh mereng otak saya di buatnya!”

Bergegas Arish memanjat tembok tebing terusan itu. Mel di biarkan terkapai-kapai keseorangan.

“Sanggup buat apa-apa saja untuk kita, konon! Ni selamba aje tinggalkan kita terkontang-kanting kat sini,” bebel Mel seorang diri. Rumput liar yang menjalar di sepanjang tebing menjadi mangsa cengkaman jemari Mel. Tubuhnya cuba di lonjakkan ke atas. Pedih tiba-tiba menangkap di kaki. Sesuatu melekap padat pada betisnya. Mel kerling ke bawah. Oh, tidak! Mukanya berubah pucat macam mayat. Dia terjelepuk ke dalam terusan tersebut. Tubuhnya lencun. Kaki dah menendang ke kanan dan ke kiri.

“Aaaaaahhhhhh...tolong tanggalkan benda tu! Tolong tanggalkan cepat! Geli! Geli!”

Arish dah tak fikir panjang. Jeritan Mel merenjat ketenangannya. Dari tepi tebing terus sahaja dia melompat semula ke dalam terusan tersebut. Tak berkelip bebola mata Mel melihat aksi terjun tiruk Arish!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku